Anda di halaman 1dari 5

FREE TO FLOW TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DI MALAYSIA.

SUATU KELEBIHAN ATAU KEMUDARATAN? BINCANGKAN.


ICT adalah singkatan daripada Information and Communication
Technology ( Teknologi Maklumat dan Komunikasi ) yang bermaksud
teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang berkaitan
dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.
Secara tepat dan mudah penggunaan komputer dan perisian untuk
mengubah, menyimpan, melindungi, dan mendapatkan maklumat
tanpa mengira tempat dan masa. Namun teknologi maklumat dan
komunikasi ini bukan sahaja tertumpu kepada internet dan komputer
tetapi merangkumi telefon, fax, televisyen, telegram, PDA, sistem
satelit dan banyak lagi dalam menyampaikan maklumat.
Teknologi bermaksud pengembangan dan penerapan berbagai
peralatan atau sistem untuk menyelesaikan persoalan- persoalan yang
dihadapi oleh manusia dalam kehidupan sehari- hari. Maklumat pula
bermaksud berita yang mengandungi maksud tertentu. Manusia
memiliki pengetahuan dan pengalaman yang selalu ingin dikongsi
dengan
orang
lain.
Pengalaman
atau
pengetahuan
yang
dikomunikasikan dengan orang lain tersebut merupakan sebuah pesan
atau maklumat. Lebih mudah komunikasi bermakna menyampaikan
berita, pesan, maklumat dan perasaan kepada orang lain.
Seiring dengan perkembangan zaman, teknologi maklumat dan
komunikasi turut berkembang. Perkembangan teknologi dan maklumat
didefinisikan sebagai proses penyampaian suatu pesan dalam bentuk
lambang bermakna sebagai paduan fikiran dan perasaan berupa idea,
informasi, kepercayaan, harapan, ingatan dan sebagainya. Ia dilakukan
oleh seseorang kepada orang lain baik langsung mahupun tidak
langsung. Teknologi ini sudah menguasai global ini dengan berleluasa.
Hampir setiap orang menggunakan teknologi ini dan teknologi jugalah
yeng menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap
perkara di hujung jari sahaja. Kemajuan ICT ini telah mendatangkan
banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara.
Sesuatu
yang
diciptakan
atau
diwujudkan
tentu
sekali
mendatangkan kebaikan serta keburukan. Perkara yang baik tentu
sekali lebih mendatangkan faedah atau kepentingan kepada
pengguna. Begitu jugalah dengan ICT. Kewujudan teknologi maklumat
dan
komunikasi
membantu
dalam
sistem
pengajaran
dan
pembelajaran ( P&P ). Sistem pendidikan di sekolah khususnya di
peringkat universiti yang memerlukan pelajar mendapatkan maklumat
yang lebih meluas menyebabkan teknologi sangat diperlukan. Sebagai
contoh, pelajar perlu mendapatkan maklumat untuk menyiapkan
tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Oleh itu, untuk mendapatkan
maklumat atau data yang diperlukan, selain melalui pembacaan buku
secara langsung pelajar akan melayari internet bagi mendapatkan

lebih banyak maklumat. Hal ini bukan sahaja membantu pelajar namun
turut membantu para pensyarah.
Selain itu, kemajuan ICT turut menyumbang dalam meningkatkan
pengurusan dan pentadbiran negara ke arah yang lebih sistematik dan
teratur. Segala urusan baik kerajaan mahupun swasta dapat
dipercepatkan melalui kemajuan ICT. Keadaan ini bukan sahaja
menjimatkan masa, bahkan tenaga, dan wang kerajaan serta rakyat
sendiri. Kegunaan teknologi maklumat dan komunikasi sememangnya
cukup mendewasakan Malaysia. Pentadbiran negara dan swasta
menjadi lebih cepat dan cekap. Dengan itu, Malaysia akan lebih cepat
mencapai wawasannya dan mencipta nama di persada dunia. Sebagai
analoginya, kerja pengurusan dokumen, permohonan dan sebagainya
menjadi tepat dan cekap. Dengan adanya ICT, data dapat diproses dan
disimpan dengan segera tanpa membuang masa.
ICT juga dapat meningkatkan ekonomi negara. Kebanyakan
perniagaan pada masa kini adalah dijalankan melalui kaedah edagang atau perniagaan atas talian yang mana urus niaga dilakukan
tanpa perlu bersua muka. Melalui kaedah ini, para peniaga tidak perlu
menyediakan ruang niaga yang besar dan memerlukan kos yang
tinggi. Hal ini kerana pasaran dapat diperluas melalui internet. Pembeli
dari dalam dan luar negara dapat melihat produk dengan hanya
menekan tetikus, disamping membuat pesanan. Perdagangan cara ini
ternyata lebih berkesan kerana menjimatkan masa dan tenaga
pembeli. Contohnya Amazon.com sebuah syarikat penjualan bahan
bacaan yang terkenal telah berjaya membuktikan kejayaan mereka
dalam perniagaan atas talian ini.
Dari segi komunikasi pula, dengan bantuan teknologi, proses
komunikasi telah menjadi mudah, cepat dan efisen. Pada masa ini, kita
dapat berkomunikasi dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia dengan
menghantar teks mesej atau pun dengan kiriman e-mail. Teknologi ini
juga membuka peluang untuk berhubung dari muka ke muka iaitu
komunikasi secara terus dari bahagian- bahagian yang berbeza di
seluruh dunia. Teknologi ini juga digunakan dalam pekerjaan melalui
video conferencing yang membolehkan pengurus- pengurus dari
negara lain untuk turut serta menghadiri mesyuarat.
Tidak dinafikan teknologi maklumat dan komunikasi ini banyak
mendatangkan kebaikan kepada penggunanya sekiranya digunakan
dengan betul. Namun, teknologi maklumat dan komunikasi ini juga
mempunyai keburukan dan kesan negatif sekiranya disalahgunakan.
Antaranya penyebaran maklumat yang berkemungkinan tidak betul
atau kurang tepat berkenaan sesuatu perkara. Lebih membimbangkan
lagi terdapat perisian atau laman web di internet tersebut mempunyai
unsur yang tidak beretika dan tidak bermoral seperti gambar
pornografi, perjudian dan banyak lagi yang boleh mempengaruhi
pengguna yang tidak bijak.
Sudah menjadi tradisi pada masa kini ramai orang menggunakan

laman sosial sebagai tempat untuk berhubung. Ini kerana mereka


dapat berkomunikasi dengan keluarga dan teman dengan mudah dan
secara tidak langsung dapat mengeratkan perhubungan yang baik.
Namun, terdapat pengguna yang menjadikannya sebagai tempat untuk
menyebarkan fitnah, menghina sesama dan mengaibkan orang lain
menyebabkan pertelingkahan atau pergaduhan berlaku walaupun
dalam kalangan keluarga sendiri.
Selain itu, perkembangan teknologi ini jika tidak dikawal implikasi
yang lebih teruk boleh melanda sesebuah negara. Contohnya di negara
kita sendiri Malaysia. Negara kita sangat sensitif dengan sebarang isu
yang berkaitan dengan perkauman dan agama. Oleh itu, apa- apa
maklumat yang disebarkan dengan niat yang tidak baik boleh
mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan. Semua ini boleh
membawa kepada kemudaratan kepada negara kita sendiri. Anasiranasir yang jahat boleh menyalurkan isu- isu sensitif tentang hak dan
kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi mewujudkan huru- hara
dalam negara.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa
pelbagai kebaikan, namun pada masa yang sama memberi laluan
kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara dan
masyarakat kita. Oleh yang demikian, walaupun teknologi semakin
berkembang dan maju kita haruslah menjadi pengguna yang bijak agar
dapat memanfaatkan kemudahan selain mengelakan impak negatif
menguasai kehidupan seharian kita.

RUJUKAN
1. Razali Nor. 1997. Teknologi Pendidikan 2: Media Unjuran dan Media Elektronik.
Percetakan Seasons, Sdn. Bhd.
2. Yusup Hashim. 1997. Siri Pendidikan Fajar Bakti:Media Pengajaran untuk Pendidikan
dan Latihan. Fajar Bakti.
3. Yusup Hashim. 1998. Siri Pendidikan Fajar Bakti:Teknologi Pengajaran. Fajar Bakti.
4. Y. Maryono, B. Patmi Istiana. 2008. Indonesia: Yudhistira Ghalia.

Anda mungkin juga menyukai