Anda di halaman 1dari 2

http://www.sabahsarawakmerdeka.com/2014/09/wanita-besi-disebalik-gerakan-anti.

html

Semangat anti penyerahan Sarawak 1946 (Anti Cession 1946) merupakan antara satu
peristiwa yang pernah terjadi di bumi Sarawak suatu waktu dahulu. Dan peristiwa ini
telah benar-benar membuatkan pihak Koloni British pusing kepala kerana ternyata ianya
benar-benar menggugat kedudukan mereka di bumi Sarawak pada waktu itu. Melalui
sejarah lepas kita ketahui bahawa pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak Koloni British
yang dikenali dengan nama Kerajaan British Borneo bagi mematahkan semangat
kesepaduan yang ditunjukkan oleh Bangsa Sarawak pada masa itu. Untuk artikel kali ini
Borneo Oracle akan memaparkan sejarah pengorbanan wanita-wanita bangsa Sarawak
yang juga telah bangun membantah Sarawak diserahkan kepada Koloni British. Sejarah
tentang pengorbanan wanita-wanita besi sememangnya tidak didendangkan langsung
bagi pengetahuan kita semua. Sebagai menjunjung apa yang dipanggil bulan
kemerdekaan ini maka artikel kali ini diberikan tajuk Wanita Besi Disebalik Gerakan
Anti Cessionist Sarawak 1946.
Seperti yang sering kita lihat di dalam gambar-gambar bersejarah tentang gerakan anticessionist 1946 kita akan melihat barisan wanita-wanita bangsa Sarawak yang bersamasama mengadakan demonstrasi membantah penyerahan Sarawak suatu waktu dahulu dan
siapakah mereka ini sudah tentu ramai yang tidak mengetahuinya. Kesemua wanitawanita itu adalah ahli Kesatuan Kaum Ibu yang diasaskan pada 16hb Mac 1947.
Walaupun diketika itu boleh dikatakan ramai wanita-wanita Sarawak masih kurang
berpendidikan tetapi itu bukan suatu yang boleh menjadi halangan di dalam menerapkan
nilai-nilai patriotisma di sanubari mereka. Inilah salah satu factor yang memeningkan
pentadbiran Koloni British pada waktu itu. Bantahan bukan sahaja datangnya dari
bantahan bangsa Sarawak yang berjantina lelaki malah juga yang wanita yang mengikut
perumpamaan orang dulu-dulu hanya suri-suri dapur semata-mata. Nama-nama seperti
Cikgu Lily Eberwein, Datuk Ajibah Abol, Cikgu Sharifah Sipah, Puan Duri bte Dull
adalah antara nama-nama pengasas Kaum Ibu Sarawak yang sudah tentu jarang-jarang
didengar oleh kita sebagai generasi bangsa Sarawak sekarang. Inilah nama-nama besar
Kaum Ibu yang sanggup melakukan apa sahaja bagi tanahair tercinta bergelar Negara
Sarawak pada ketika itu.
Tanggal 16hb Mac 1947, Kesatuan Kaum Ibu ditubuhkan dan penubuhannya mendapat
sokongan sepenuhnya daripada ibu-ibu di Sarawak ketika itu dan keahlian mereka yang
seramai 1000 orang di dominasi oleh bekas tenaga pengajar wanita yang telah turut sama
meletakkan jawatan bagi membantah Circular 9/46 yang diusulkan oleh pihak
pentadbiran Kerajaan Koloni British pada waktu itu. Kebanyakan daripada ahli-ahli
Kesatuan Kaum Ibu ramai dianggotai oleh wanita-wanita daripada Kuching dan Sibu.
Pengerusi Kaum Ibu pada waktu itu adalah Cikgu Lily Eberwein, seorang Guru Besar di
Permaisuri Malays School. Allahyarhamah merupakan seorang wanita berbangsa
Eurasian hasil perkahwinan Melayu Sarawak dan seorang penjawat awam Kerajaan
Brooke. Allahyarhamah merupakan bonda kepada mantan menteri kabinet Sarawak iaitu

Datuk Habsah Harun. Wanita besi kedua adalah Setiausaha kepada Kesatuan Kaum Ibu
iaitu Datuk Ajibah Abol. Allahyarhamah Datuk Ajibah Abol merupakan seorang guru dan
rakan sekerja kepada Allahyarhamah Lily Eberwein di Permaisuri Malays School. Datuk
Ajibah Abol merupakan mantan menteri wanita pertama di dalam Kabinet Sarawak suatu
waktu dahulu (1973 1976) Mereka berdualah yang telah menjadi wakil kepada
Kesatuan Kaum Ibu di dalam setiap mesyuarat Anti Cessionist yang dikelolakan oleh
Datuk Patinggi Ali di rumahnya Darul Kurnia. Di setiap mesyuarat inilah mereka
bersama-sama mengatur strategi tindakan dan aksi Gerakan Anti Penyerahan 1946.
Komuniti pengelola Anti Penyerahan Sarawak mengetahui bahawa kejayaan gerakan anti
penyerahan tidak hanya boleh diadakan di kawasan Bandar-bandar sahaja malah ianya
harus disemarakkan di seluruh ceruk rantau bumi Sarawak pada waktu itu. Maka tugas itu
telah dipikul oleh Kesatuan Kaum Ibu yang telah secara relahati memikul tugas berat ini.
Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa di ketika itu hampir majority daripada mereka
yang berada di dalam Gerakan Anti Penyerahan tidak mempunyai sumber pendapatan
lagi kerana mereka telah meletak jawatan kerana membantah circular 9/46. Kerana
inginkan gerakan membantah ini menjadi satu kenyataan, maka tampillah Kesatuan
Kaum Ibu yang telah sanggup mengorbankan segala wang ringgit malah bergolok
bergadai dengan barang kemas mereka bagi menampung perbelanjaan untuk ke kawasan
pendalaman di Sarawak. Bermulalah episode sessi penerangan dan sokongan terhadap
Anti Penyerahan Sarawak 1946 di rumah-rumah panjang dan kampong-kampung
terpencil di seluruh Sarawak. Wanita-wanita besi ini telah mempertaruhkan nyawa
mereka samada dengan berjalan kaki melalui perjalanan darat dan juga menggunakan
perahu untuk kawasan kampong yang terpencil. Hasilnya ramai wanita-wanita dari
pelbagai lapisan di rumah-rumah panjang dan kampong-kampung tanpa mengira bangsa
dan budaya mahupun agama bersama-sama menyokong Gerakan Anti Penyerahan 1946.
Inilah pengorbanan besar wanita-wanita besi ini di sebalik Gerakan Anti Penyerahan
1946 suatu waktu dahulu.
Kejayaan demonstrasi besar-besaran Anti Penyerahan 1946 yang disertai oleh wanitawanita bangsa Sarawak dengan membawa sepanduk serta meletakkan sepanduk serta
mengibarkan bendera Negara Sarawak suatu waktu dahulu adalah hasil kesedaran dan
pengorbanan yang dilakukan oleh wanita-wanita besi ini. Sejarahnya TIDAK
DIDENDANGKAN LANGSUNG di dalam mana-mana genre teks sejarah Sarawak
apatah lagi Malaysia namun perjuangan mereka di dalam memartabatkan kaum wanita di
zaman itu dilupa jangan oleh kita sebagai bangsa Sarawak. Semoga pengorbanan mereka
atas nama perjuangan untuk tanahair tercinta Sarawak akan menjadi pemangkin kepada
keunggulan kaum wanita Sarawak sekarang. Bersama-samalah kita berdoa agar roh-roh
mereka ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Alfatihah. Amin.

Anda mungkin juga menyukai