Anda di halaman 1dari 46

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N

PE ND I D I KA N M O RAL

KBSM

KANDUNGAN
RUKUN NEGARA

ii

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

iii

KATA PENGANTAR

iv

BIDANG PEMBELAJARAN 3 :
Nilai Berkaitan Dengan Alam Sekitar

21

BIDANG PEMBELAJARAN 4 :
Nilai Berkaitan Dengan Patriotisme

25

29

PENDAHULUAN

BIDANG PEMBELAJARAN 5 :
Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia

BIDANG PEMBELAJARAN 6 :
Nilai Berkaitan Dengan Demokrasi

34

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

PEMBINAAN KEMAHIRAN MELALUI


PERKEMBANGAN MORAL

BIDANG PEMBELAJARAN 7 :
Nilai Berkaitan Dengan Keamanan dan Keharmonian

39

BIDANG PEMBELAJARAN 1 :
Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

BIDANG PEMBELAJARAN 2 :
Nilai Berkaitan Dengan Kekeluargaan

17

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N
PE ND I D I KA N M O RAL

KBSM

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

ii

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N
PE ND I D I KA N M O RAL

KBSM

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahir kan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jas mani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan w arganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, ber keterampilan, berakhlak
berkeupayaan

mencapai

kesejahteraan

diri serta

mulia, bertanggungjaw ab dan

memberikan sumbangan terhadap

kehar monian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

iii

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N
PE ND I D I KA N M O RAL

KBSM

KATA PENGANTAR
Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang
memperincikan kandungan Sukatan Pelajaran yang
bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan
semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan
menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta
ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad 21.
Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan
penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan
kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah
aktiviti mengikut kesesuaian murid. Huraian ini diharap
dapat membantu guru merancang dan melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
guru diharap dapat memberi penekanan kepada unsur
bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran
belajar cara belajar, penggunaan teknologi maklumat
dan
komunikasi,
teori
kecerdasan
pelbagai,
pembelajaran
masteri,
pembelajaran
secara
kontekstual, pembelajaran secara konstru ktivisme, dan
pembelajaran akse s kendiri. Di samping itu, nilai murni
dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap
diutamakan.
Semua elemen ini diharapkan dapat
memberi keyakinan kepada murid dan diaplikasikan
dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.

Dalam melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Moral, guru


perlu peka terhadap pembinaan akhlak dengan mengambil kira
perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah
laku moral. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilakukan
secara berkesan dengan memberi tumpuan kepada penglibatan
murid secara aktif dalam suasana yang kondusif dan
menggembirakan.
Dalam menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran ini, banyak
pihak terlibat terutamanya guru, pensyarah maktab dan
universiti serta pegawai Kementerian Pendidikan, dan individu
yang mewakili badan-badan tertentu.
Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan
kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya Huraian
Sukatan Pelajaran ini, Kementerian Pendidikan merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

iv

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N
PE ND I D I KA N M O RAL

KBSM

PENDAHULUAN
Takrifan Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik
Pendidikan murid supaya menjadi insan yang bermoral atau
mulia
dengan
menekankan
aspek
Moral berakhlak

perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan


tingkah laku moral.
Pendidikan Moral di sekolah menengah memberi
tumpuan kepada usaha memupuk ke kuatan kerohanian
dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan
nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat
dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di
negara ini. Dengan itu, murid dapat membina satu
panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi
insan yang bermoral. Hal ini membolehkan mereka
menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan
so sial terhadap segala keputusan dan tindakan yang
dilakukan.
Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai
panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari
segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial.

menghormati hak asasi manusia; dan

mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan.

Pemilihan prinsip-prinsip di atas dilakukan untuk


merealisasikan semangat dan hasrat yang terkandung
dalam Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN


Tujuh
Bidang
Pembelajaran

Untuk membolehkan murid memahami, menghayati


serta mengamalkan prinsip-prinsip tersebut, sebanyak
tuj uh bidang pembelajaran telah dikenal pasti dan
nilai-nilai moral
disampaikan menerusi bidang
pembelajaran tersebut. Selain aspek kerohanian dan
kemanusiaan,
bidang
pembelajaran
itu
juga
menekankan aspek kemasyarakatan dan kebudayaan.
Bidang pembelajaran tersebut adalah seperti yang
berikut :
i.

Nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri

ii.

Nilai berkaitan dengan Kekeluargaan

bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang

iii.

Nilai berkaitan dengan Alam Sekitar

lain.

iv.

Nilai berkaitan dengan Patriotisme

berpegang teguh pada ajaran agama.

v.

Nilai berkaitan dengan Hak Asasi Manusia

prihatin kepada alam sekitar.

vi.

Nilai berkaitan dengan Demokrasi

mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup.

vii.

Nilai berkaitan dengan Keamanan dan

bersemangat patriotik.

Prinsip-prinsip itu ialah :


x

Keharmonian

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N
PE ND I D I KA N M O RAL

Rangka
Konsepsi

KBSM

Pengajaran nilai berfokus pada Model Insan Menyeluruh


yang meliputi tiga dimensi moral yang saling berkaitan.
(Rajah 1: Model Insan Menyeluruh). Perwatakan yang
positif harus terdiri daripada tiga dimensi moral ini, iaitu
pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral.
Pendidikan Moral yang efektif seharusnya membantu
murid memahami nilai-nilai moral, menerima dan
menunjukkan
komitmen
terhadapnya,
serta
mengamalkannya dalam kehidupan harian. Ketiga-tiga
dimensi ini perlu untuk membolehkan seseorang murid
mencapai tahap kematangan moral.
Teori perkembangan moral yang sebaik-baiknya ialah
yang mempertimbangkan ketiga-tiga dimensi ini, iaitu
pemikiran moral, perasaan moral dan tindakan moral.
Perkembangan moral yang meliputi ketiga-tiga dimensi
ini akan menyubur dan merangsangkan lagi kesedaran
hati nurani yang menyebabkan insan berkenaan berasa
gembira membuat apa yang betul dan berasa bersalah
jika melakukan sesuatu yang tidak betul atau tidak
bermoral. Program Pendidikan Moral ini tidak
seharusnya mengabaikan aspek kesedaran hati nurani
yang berfungsi menyepadukan ketiga-tiga dimensi
moral tersebut.

PEMIKIRAN
MO RAL

PERASAAN
MO RAL

KESEDARAN
HATI NURANI
INSAN
BERAKHLAK
MULIA

TINDAKAN
MO RAL

RAJAH 1 : MODEL INSAN MENYELURUH

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N
PE ND I D I KA N M O RAL

KBSM

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN


Matlamat
Pendidikan
Moral

Objektif
Pendidikan
Moral

Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk


insan yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
boleh menyumbang ke arah keharmonian dan
ke stabilan negara serta masyarakat global.

Tujuan

Kurikulum Pendidikan Moral membolehkan murid :


i.

memahami dan menghayati nilai-nilai yang


diperlukan untuk berakhlak mulia;

ii.

menyedari
dan
menerima
kepentingan
keharmonian antara manusia dengan alam
se kitar
serta
berusaha
ke
arah
mengekalkannya;

iii.

meningkatkan persefahaman dan kerjasama


bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian
hidup dalam negara Malaysia yang demokratik;

iv.

mengembangkan pemikiran dan perasaan


moral dalam membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah; dan

v.

mempunyai iltizam untuk mengamalkan tingkah


laku yang bermoral secara adil dan altruistik
selaras dengan nilai murni masyarakat
Malaysia.

Huraian Sukatan Pelajaran disediakan untuk membantu


guru merancang aktiviti dan menghasilkan bahan
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan
tahap kematangan murid. Buku ini juga menyediakan
penerangan untuk membantu guru melaksanakan
kurikulum Pendidikan Moral dalam bilik darjah dengan
berkesan.

Penerangan Huraian Sukatan Pelajaran mengandungi bidang


Lajur pembelajaran, nilai, penerangan nilai, kandungan

akademik, hasil pembelajaran, dan cadangan aktiviti


pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran dan nilai
diperincikan mengikut tahun. Walaupun bidang
pembelajaran dan nilai yang sama diajar pada setiap
tahun, skop dan penekanan adalah berbeza kerana isu
moral atau kandungan yang dikemukakan semakin
kompleks dan mendalam selaras dengan tahap
kematangan murid.
Format
Empat
Lajur

Huraian Sukatan Pelajaran menggunakan format empat


lajur utama, iaitu :
Laj ur Nilai

1
2

Laj ur Kandungan Akademik


Laj ur Hasil Pembelajaran

Laj ur Cadangan Aktiv iti Pembelajaran

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N
PE ND I D I KA N M O RAL

KBSM
1

Kandungan akademik bagi setiap tingkatan disusun

dengan jelas bermula dengan tema

taj uk pengajaran 7
8

4
6
8

Dalam lajur ini disenaraikan nilai-nilai yang terkandung


di bawah Bidang Pembelajaran. Setiap nilai disertakan

Pelajaran

yang dipetik daripada Sukatan

Pendidikan Moral Kurikulum

Bersepadu

Sekolah Menengah (Semakan).

Lajur Bagi setiap nilai disediakan kandungan akademik yang


Kandungan diolah bersesuaian dengan kebolehan dan tahap
Akademik kematangan murid bermula dari diri, keluarga,

masyarakat, negara hingga ke peringkat antarabangsa.

dan huraian taj uk pengajaran

yang disertakan dengan contoh jika perlu bagi

Dalam
perkembangan
kurikulum
dan
proses
pembelajaran, nilai dan kemahiran tidak boleh
dipisahkan daripada kandungan atau pengetahuan
akademik. Diandaikan bahawa murid akan berfikir
secara kritikal serta bertindak lebih efektif terhadap
se suatu isu moral jika mereka dapat mengkaji dan
memahami konsep isu itu, asal usulnya dan kesanke sannya. Dengan adanya kandungan akademik ini,
murid dapat mentelaah dan mengkaji bahan
pembelajaran secara lebih terperinci. Kandungan
akademik yang dimasukkan meliputi pelbagai bidang
seperti agama, sejarah, alam sekitar, isu-isu semasa
dan dasar-dasar kerajaan.
Oleh itu, kandungan
akademik harus diajar serta dipelajari bersama nilai dan
kemahiran dalam usaha mencapai matlamat Pendidikan
Moral.

penerangannya

diikuti oleh

memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Lajur
Nilai

Lajur
Hasil
Pembelajaran

Hasil pembelajaran ialah penerangan atau penyataan


tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang murid
dijangka atau diharap mencapai dalam setiap tahun.
Guru boleh mencerakinkan hasil pembelaj aran ini
dalam bentuk yang lebih spesifik bersesuaian
dengan kandungan akademik yang disampaikan.

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N
PE ND I D I KA N M O RAL

Lajur
Cadangan
Aktiviti
Pembelajaran

KBSM

Lajur ini memuatkan cadangan aktiviti dan contoh isu


atau situasi untuk pengajaran dan pembelajaran. Isu
atau situasi yang dikemukakan bukan sahaja yang
berkaitan dengan pengalaman diri murid tetapi juga
meliputi hubungannya dengan keluarga, komuniti,
negara, dan peringkat antarabangsa. Aktiviti, isu atau
situasi tersebut tidak hanya terbatas kepada
cadangan yang terdapat dalam Huraian Sukatan
Pelajaran ini tetapi guru boleh mengambil contoh
lain daripada pelbagai sumber asalkan dapat
memperkukuh nilai yang diaj ar.
Walaupun fokus pengajaran dan pembelajaran adalah
kepada satu nilai, nilai-nilai lain yang sesuai perlu
dihubungkaitkan
dan
digabungjalinkan
supaya
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik,
berkesan dan menyeluruh. Selain itu, unsur-unsur ilmu
daripada pelbagai mata pelajaran lain harus
disepadukan dalam merancang aktiviti sama ada di
dalam atau di luar bilik darjah.

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N
PE ND I D I KA N M O RAL
Contoh
Persembahan
Lajur

KBSM

TINGKATAN 2

LAJUR HASIL PEMB ELAJARAN

BIDANG PEMBELAJARAN 1:

Nilai Berkaitan Dengan


Perkembangan Diri

Mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup


LAJUR CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

LAJUR NILAI
Nilai

Penerangan nilai

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan


mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan pegangan
agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun
Negara.
LAJUR KANDUNGAN AKADEMIK
Tema

Percaya kew uj udan Tuhan asas


kesej ahteraan hidup

Taj uk pengaj aran : Agama benteng hidup manusia


Huraian taj uk pengajaran :
x

i.

Berbincang tentang kepentingan agama dalam


kehidupan

ii.

Menghasilkan esei bertema `Buat baik dibalas


baik

Kepercayaan kepada Tuhan

Keperluan beragama dalam kehidupan manusia


- Sikap taat dan patuh kepada suruhan
Tuhan
- Agama memandu manusia ke arah
kebaikan dan kesejahteraan hidup

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N
PE ND I D I KA N M O RAL

KBSM

PEMBINAAN K EMAHIRAN UNTUK PERK EMBANGAN MORAL


Kemahiran
Utama

Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid


menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti
kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran
so sial. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini akan
membolehkan murid menghadapi dunia ledakan
maklumat dan alaf baru dengan penuh keyakinan dan
sikap bertanggungjawab sosial dan moral. Penguasaan
kemahiran ini juga akan membantu pembinaan daya
tahan dan kebolehan menghadapi segala tekanan dan
cabaran hidup di kalangan murid. Mengajar murid
kemahiran-kemahiran ini boleh dianggap sebagai satu
cara memupuk dan merangsang perkembangan moral
mereka.

Kemahiran
Penyelesaian
Konflik

Guru boleh mengajar kemahiran penyelesaian konflik


yang akan membantu murid membuat keputusan
berasaskan nilai dengan mengambil kira perbezaan
nilai yang ada pada diri sendiri dan orang lain.
Penguasaan kemahiran penyelesaian konflik melalui
Pendidikan Moral boleh membantu murid berhubung
atau berkomunikasi dengan orang lain secara lebih
berkesan dan mengelakkan sebarang konflik.

Kemahiran
Pemikiran
Kritikal

Guru juga perlu mengajar murid cara menggunakan


kemahiran pemikiran kritikal berpandukan pengetahuan
moral supaya murid dapat menilai sama ada sesuatu
tindakan atau perkara itu bermoral atau tidak. Dalam
konteks ini, pengajaran kemahiran ini akan membantu
menyemai nilai moral dalam jiwa murid. Kemahiran

pemikiran kritikal ini juga membantu murid menyelesai


masalah dan membuat keputusan yang lebih baik dan
seterusnya berjaya dalam kerjaya mereka.
Kemahiran
Pemikiran
Kreatif

Kemahiran
Menentang
Tekanan
Rakan
Sebaya

Kemahiran
Mengkaji
Masa
Depan

Kebolehan berfikir secara kreatif membantu murid


mencari dan bertemu dengan cara penyelesaian dan
alternatif yang lebih baik ketika menghadapi masalah
dan konflik dalam kehidupan. Pendidikan Moral
memberi peluang kepada murid untuk berfikir secara
kreatif dalam menjalankan aktiviti yang bermanfaat
untuk diri sendiri dan orang lain.

Penguasaan kemahiran menentang tekanan rakan


sebaya sangat penting dalam pendidikan nilai atau
moral, khususnya apabila kemahiran ini digunakan
dalam usaha pencegahan salah guna dadah atau
sebarang bentuk salah laku yang lain. Mengajar murid
menentang tekanan rakan sebaya tidak bermakna
mengajar mereka tidak mempedulikan nasihat yang
baik daripada rakan sebaya mereka tetapi mengajar
murid supaya berfikir, berbincang dengan sumber lain
dan mempertahankan nilai moral sendiri.

Pendidikan Moral memupuk kemahiran mengkaji masa


depan di kalangan murid iaitu pendekatan pembelajaran
yang membolehkan murid menyedari tentang isu atau
permasalahan yang berlaku pada masa yang lampau,
masa kini dan masa depan. Ini membantu murid
membuat ramalan, menjangka akibat serta bersedia
menyesuaikan diri terhadap perubahan yang mungkin
berlaku.

H U RAI A N S U K AT A N P EL AJ A RA N
PE ND I D I KA N M O RAL

Kemahiran
Teknologi
Maklumat

KBSM

Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral,


murid diberi kesempatan mencari dan memperoleh
sumber-sumber maklumat yang tepat melalui Teknologi
Maklumat dan Komunikasi seperti Internet, laman web,
e-mail, cakera padat dan sidang telekomunikasi. Aktiviti
seperti ini dapat berfungsi sebagai perangsang dan
pemangkin kepada perkembangan minda murid. Selain
itu melalui Pendidikan Moral, murid-murid dapat
membuat pertimbangan dengan mencari maklumat
yang positif dan mengelakkan mereka daripada
melayari laman-laman web yang berunsur negatif.

sosial memberi penekanan kepada


Kemahiran Kemahiran
Sosial kebolehan murid untuk berkomunikasi dengan orang
lain dalam sesuatu situasi sosial yang boleh diterima
oleh masyarakat dan pada masa yang sama
bermanfaat kepada diri dan orang lain. Kemahiran
so sial ini boleh diajar dengan menggunakan pelbagai
kaedah pengajaran.

BIDANG PEMBELAJARAN

NILAI BERKAITAN DENGAN


PERKEMBANGAN DIRI

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM


TINGKATAN DUA

10

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM


TINGKATAN DUA

BIDANG PEMBELAJARAN 1 : N ILAI B ERKAITAN DENGAN PERK EMBANGAN DIRI


NILAI
1.1

1.2

KANDUNGAN AKADEMIK

Kepercayaan kepada Tuhan

Percaya kewujudan Tuhan asas


kesejahteraan hidup

Keyakinan wuju dnya Tuhan sebagai


pencip ta ala m dan mematuhi segala
suruhan Nya berlandaskan
pegangan agama masing-masing
selaras dengan prinsip Rukun
Negara.

Agama panduan hid up manusia


x Keperlu an beragama dala m kehidupan
manusia
- Sikap taat dan patuh kepada suruhan
Tuhan
- Agama memandu manusia ke arah
kebaikan dan kesejahteraan hidup

Amanah

Amanah menjamin perhubungan yang


harmonis

Sikap bertanggungja wab yang bole h


menimbulkan kepercayaan dan
keyakinan orang lain .

Sikap amanah menimbulkan kepercayaan orang


lain
x Sikap amanah dala m setiap perhubungan
- Anggota keluarga
- Rakan sebaya
- Warga sekola h
- Anggota masyarakat

HASIL PEMBELAJARAN

Mengamalkan ajaran agama


sebagai panduan hid up

CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

i. Berbincang tentang kepentin gan agama


dalam kehid upan
ii. Menghasilkan esei bertema `Buat baik
dibalas baik.

Bersikap amanah dalam hubungan


dengan anggota keluarga dan
individ u la in

i.

Melakonkan satu situasi sikap amanah


dalam kehid upan

ii. Menyenaraikan ciri amanah dalam


pelbagai situasi
- Koperasi sekola h
- Bendahari persatuan/kela b

11

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM


TINGKATAN DUA

NILAI
1.3

1.4

12

KANDUNGAN AKADEMIK

Harga Diri

Sayang akan diri membentuk peribadi mulia

Keupayaan dan keyakinan diri agar


mampu me mulia dan menja ga
maruah diri dalam kehidupan.

Perlakuan yang baik membentuk jati diri


x Tingkah laku yang merosakkan diri perlu
dijauhi
- Kumpulan kongsi gelap
- Pergaulan bebas
- Penyalahgunaan dadah
- Tabiat merokok

Bertanggungjawab

Sikap bertanggungjawab menjamin


kesejahteraan hidup

Kesanggupan diri seseorang untuk


memikul dan melaksanakan tugas
serta kewajipan dengan sempurna.

Amalan bertanggungjawab menja min


kesempurnaan tugas
x Sikap bertanggungja wab dalam
menjalankan tugas
- Rumah
- Sekolah
- Masyarakat

HASIL PEMBELAJARAN

Menghin dari amalan yang bole h


menjejaskan maruah diri

CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

i. Ceramah yang bertema `Tingkatkan


maruah diri
ii. Simulasi/main peranan sebagai murid yang
mengela k darip ada terlibat dala m kegiatan
yang menje jaskan maruah diri

Menjalankan tanggungja wab di


rumah, sekolah dan dalam
masyarakat dengan sempurna

i. Menyenaraikan tanggungjawab diri di


rumah, sekolah dan dalam masyarakat
ii. Main peranan untuk menunju kkan sikap
bertanggungja wab dala m pelbagai situasi

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM


TINGKATAN DUA

NILAI
1.5

1.6

KANDUNGAN AKADEMIK

Hemah Tinggi

Hemah tinggi mencerminkan peribadi mulia

Beradab sopan dan berbudi pekerti


mulia dala m pergaula n seharia n.

Tutur kata dan tingkah la ku yang sela ras dengan


norma masyarakat
x Tutur kata dan tingkah la ku terpuji
- Menghormati orang lain
- Berterima kasih atas pemberia n
x Jauhi sikap negatif
- Angkuh
- Mementingkan diri

Toleransi

Toleransi menjalin kemesraan

Kesanggupan bertolak ansur, sabar


dan mengawal diri bagi
mengela kkan berla kunya
pertelingkahan dan perselisihan
faham demi kesejahteraan hidup.

Amalan toleransi mengekalkan hubungan yang


mesra
x Toleransi dalam perhubungan
- Anggota keluarga
- Rakan sebaya
- Warga sekola h
- Masyarakat

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

Mengamalkan pertuturan dan


tingkah laku yang sesuai dengan
norma masyarakat

Memerhati tingkah laku rakan di sekola h dan


menyenaraikan tingkah la ku yang berhemah

Bertolak ansur dan mengawal diri


bagi menja ga hubungan yang baik
dengan keluarga dan orang lain

i. Berkongsi pengalaman tentang sikap


bertole ransi dalam menjaga hubungan
yang baik dengan kelu arga dan orang la in.
ii. Perbincangan tentang kesan jika sikap
bertole ransi tidak diamalkan dalam
kehidupan seharian.

13

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM


TINGKATAN DUA

NILAI
1.7

1.8

14

KANDUNGAN AKADEMIK

Berdikari

Berdikari membawa kejayaan

Kebolehan dan kesanggupan


melakukan sesuatu tanpa
bergantung kepada orang lain.

Kemampuan menyelesaikan masalah memupuk


sikap berdikari
x Keupayaan menyelesaikan masalah
- Secara individu
- Secara kumpula n

Kerajinan

Rajin dan usaha tangga kejayaan

Usaha yang berterusan penuh


dengan semangat ketekunan,
kecekala n, kegig ih an, dedikasi dan
berdaya maju dala m melakukan
sesuatu perkara.

Kegigih an dala m kehidupan seharia n


x Usaha yang gigih menjamin kejayaan
- Diri
- Keluarga
- Sekolah

HASIL PEMBELAJARAN

Berkeupayaan menyele saikan


masalah sendiri secara individu atau
berkumpulan

CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

i. Main peranan sebagai anak/murid yang


berdikari dala m me mbuat kerja rumah/
sekolah
ii. Menceritakan tentang anggota kelu arga
yang berja ya atas hasil usaha sendiri

Berusaha dengan gigih demi


kepentingan diri, keluarga dan
sekolah

i. Mengumpul dan membincangkan


kata-kata hikmah berkaitan tema
ii. Mewawancara atau kajia n kes tentang
individ u yang tela h berja ya

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM


TINGKATAN DUA

NILAI
1.9

1.10

KANDUNGAN AKADEMIK

Kasih Sayang

Kasih sayang asas kesejahteraan hidup

Kepekaan dan perasaan cinta yang


mendala m serta berkekalan yang
lahir daripada hati yang ikhla s.

Kasih dan sayang semua hid upan di dunia


x Sayangi semua hidupan
- Manusia
- Fauna
- Flora

Keadilan

Keadilan menjamin kesejahteraan bersama

Tindakan dan keputusan yang


saksama serta tidak berat sebela h.

Keadila n membentuk budaya sekola h


x Keadila n di sekolah tanggungjawab bersama
- Hukuman dan ganja ran
- Layanan antara murid
- Kemudahan

HASIL PEMBELAJARAN

Menyayangi dan tidak


memusnahkan semua hidupan
di dunia

CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

i.

Menghayati dan membincangkan lirik lagu


bertemakan kasih sayang

ii. Lawatan ke rumah kebajikan, zoo, hutan


rekreasi dan membuat laporan

Menerima dan mengamalkan prin sip


keadilan di sekola h

i. Menulis esei berkaitan dengan tema


amalan keadila n di sekola h
ii. Main peranan
- Pelaksanaan prinsip keadilan di
sekolah

15

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM


TINGKATAN DUA

NILAI
1.11 Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan
bukti yang nyata dan dapat mengambil
tindakan berasaskan pertimbangan
yang wajar.

1.12 Kesederhanaan
Bersikap tidak keterla luan dalam
membuat pertimbangan dan tindakan
sama ada dalam pemikiran, pertuturan
atau perla kuan tanpa mengabaikan
kepentingan diri dan orang lain .

16

KANDUNGAN AKADEMIK

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

Sikap rasional membentuk pemikiran yang


matang
Pemikiran terbuka menjamin keputusan yang
bijak
x Keupayaan menimbangkan pelbagai pilihan
berdasarkan beberapa faktor sebelum
membuat keputusan
- Bukti yang kukuh
- Pengetahuan
- Pengala man

Membuat keputusan setela h


menimbangkan pelbagai faktor

i.

Menyenaraikan kebaikan membuat


keputusan setelah menimbangkan
pelbagai faktor.

ii.

Mengumpul keratan akhbar tentang


kegiatan perlumbaan haram, rasuah,
penyalahgunaan dadah dan membuat
analisa akib at kegiatan tersebut.

Hidup sederhana asas kesejahteraan


bersama
Sikap sederhana dala m hubungan
x Keupayaan mengimbangi kepentin gan diri
dan orang lain
- Pergaulan
- Membantu mengikut kemampuan diri

Mengambil tindakan dengan


mengambil kira kepentingan diri dan
orang lain

Melengkapkan senarai semak kendiri tentang


nilai kesederhanaan dala m hubungan dengan
orang lain.

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM


TINGKATAN DUA

BIDANG PEMBELAJARAN

NILAI BERKAITAN DENGAN


KEKELUARGAAN

17

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM


TINGKATAN DUA

18

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM


TINGKATAN DUA
BIDANG PEMBELAJARAN 2 : NILAI B ERKAITAN DEN GAN KEKELUAR GAAN
KANDUNGAN AKADEMIK

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

NILAI
2.1 Kasih Sayang terhadap Keluarga
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang
mendala m dan berkekala n terhadap
keluarga.

Kasih sayang asas keluarga bahagia


Kebahagia an keluarga tanggungjawab bersama
x Kasih dan sayang terhadap anggota
keluarga
x Hubungan kelu arga yang harmonis

Menyayangi ibu bapa dan anggota


keluarga yang la in

i.

Peta minda tentang ciri-ciri kelu arga


bahagia

ii.

Main peranan sebagai anak yang


menyayangi ibu bapa dan anggota
keluarga yang la in

i.

Menyenaraikan perlakuan yang


menunju kkan sikap hormat dan taat
kepada anggota kelu arga

ii.

Mengumpul maklumat darip ada pelbagai


media dan membincangkan tentang
kedudukan ibu bapa mengikut perspektif
agama

2.2 Hormat dan Taat kepada Anggota Pegangan agama menjamin keluarga bahagia
Keluarga
Memuliakan setiap anggota keluarga
dengan berinteraksi dan memberi
layanan secara bersopan untuk
mewujudkan kelu arga yang harmoni.

Hormat dan taat kepada ibu bapa tuntutan agama


x Kedudukan ibu bapa mengikut perspektif
agama
- Islam
- Buddha
- Hindu
- Kristian
- Sikh

Memulia dan mentaati ib u bapa


seperti yang dituntut agama

19

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM


TINGKATAN DUA
NILAI
2.3 Mengekalkan Tradisi
Kekeluargaan
Menerima, menghormati dan
mengamalkan sesuatu kebia saan, adat
dan kepercayaan yang diwarisi secara
turun-temurun dala m keluarga.

2.4 Tanggungjawab terhadap Keluarga


Kewajipan yang harus dilaksanakan ole h
setiap individ u terhadap keluarga untuk
melahirkan kelu arga bahagia ,
meningkatkan imej dan menjaga maruah
keluarga.

20

KANDUNGAN AKADEMIK

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

Tradisi kekeluargaan warisan berharga


Amalan adat menghidupkan tradisi kekelu argaan
x Amalan tradisi ole h kelu arga sejak turuntemurun
- Sambutan sesuatu perayaan bersama
keluarga

Mematuhi adat dan tradisi yang


diamalkan oleh kelu arga

Mengumpul gambar beserta penerangan


ringkas mengenai adat dan tradisi kelu arga
dan menghasilkan buku skrap

i. Belajar bersungguh-sungguh
untuk kemajuan diri dan
keluarga

Membina carta roda masa depan yang


menunju kkan kemaju an diri dalam pendid ikan
dan kerjaya

Tanggungjawab terhadap keluarga ialah satu


amanah
Maju diri demi kebahagia an hidup keluarga
x Sikap bertanggungja wab untuk memajukan
diri dan kelu arga
- Pendidikan
- Kerjaya

ii. Menjalankan tanggungja wab


terhadap keluarga

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM


TINGKATAN DUA

BIDANG PEMBELAJARAN

NILAI BERKAITAN DENGAN


ALAM SEKITAR

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM


TINGKATAN DUA

22

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM


TINGKATAN DUA
BIDANG PEMBELAJARAN 3 : N ILAI B ERKAITAN DENGAN ALAM SEK ITAR
NILAI
3.1 Menyayangi dan Menghargai Alam
Sekitar
Kesedaran tentang perlunya memelihara
dan memulihara alam sekelilin g untuk
mengekalkan keseimbangan ekosistem.

3.2 Keharmonian antara Manusia dengan


Alam Sekitar
Keadaan saling memerlukan hubungan
yang harmonis antara manusia dengan
alam sekelilin g supaya kualiti kehidupan
manusia dan ala m sekelilin g terpelih ara.

KANDUNGAN AKADEMIK

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

Persekitaran berkualiti kesejahteraan


bersama
Keceriaan sekolah tanggungja wab bersama
x Tanggungja wab memelihara dan
memulihara persekitaran sekola h
- Kebersih an dan penghijauan
persekitaran sekola h

Menjaga persekitaran supaya


sentiasa bersih dan segar

i.

Menjaga dan menceria kan kawasan


di sekola h

ii.

Membuat penila ian tentang kebersih an


kawasan-kawasan di sekola h

i.

Menghasilkan poster bertemakan `Air

ii.

Buku skrap:
- Kepentingan air

Air sumber alam berharga


Air nadi kehidupan
x Kepentin gan air dala m kehidupan
- Punca air dan kegunaannya
- Tanggungja wab menjaga kebersih an
sumber air
- Penjimatan air

Menjaga kebersihan sumber air dan


mengela kkan pembaziran

23

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM


TINGKATAN DUA
NILAI
3.3 Kemapanan Alam Sekitar
Pengekalan keseimbangan ala m
sekelilin g sebagai tanggungjawab
bersama untuk keseja hteraan hid up.

3.4 Peka terhadap Isu-isu Alam Sekitar


Prihatin terhadap persoalan yang
berkaitan dengan ala m sekelilin g dan
berusaha menyele saikannya.

KANDUNGAN AKADEMIK

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

Perlindungan santuari hidupan


tanggungjawab bersama
Zon persisiran pantai perlu dilindungi
x Pembangunan terkawal di zon persisiran
pantai
x Pengekalan kawasan terumbu karang untuk
pembiakan hid upan marin

Melibatkan diri dalam melindungi


zon persisiran pantai

i.

Tayangan video mengenai perlindungan


santuari.

ii.

Mengadakan aktiviti membersihkan


persisiran pantai.

Bencana alam ialah fenomena semulajadi


Peka terhadap kejadian bencana ala m demi
keselamatan bersama
x Kesan bencana ala m kepada ala m sekitar
x Persedia an menghadapi bencana alam

Peka terhadap kejadian dan kesan


bencana alam serta mengenal pasti
langkah-langkah persediaan dalam
menghadapi bencana ala m

i. Membina peta aliran yang menunju kkan


persedia an yang dibuat dalam menghadapi
bencana alam.
ii. Mengumpul maklumat darip ada media
cetak atau ele ktronik dan berbin cang
tentang bencana ala m.
iii. Melakonkan satu latih an kecemasan.

24

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM


TINGKATAN DUA

BIDANG PEMBELAJARAN

NILAI BERKAITAN DENGAN


PATRIOTISME

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM


TINGKATAN DUA

26

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM


TINGKATAN DUA

BIDANG PEMBELAJARAN 4 : NILAI BERKAITAN DENGAN PATRIOTIS ME

NILAI

4.1 Cinta akan Negara


Perasaan sayang dan bangga kepada
negara serta meletakkan kepentingan
negara melebihi kepentingan diri.

4.2 Taat Setia kepada Raja dan Negara


Kepatuhan dan kesetiaan yang
berkekalan kepada Raja dan Negara.

KANDUNGAN AKADEMIK

HASIL
PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN

Nikmat dan keselesaan hidup tanda


kemakmuran negara
Kemudahan awam dan perkhidmatan sosial
negara tanggungja wab bersama
x Perasaan bangga dengan kemudahan
awam dan perkhidmatan sosia l negara
x Sikap bertanggungja wab menjaga
kemudahan awam dan perkhid matan sosia l
yang terdapat dalam negara

Berbangga serta menggunakan


sebaik-baiknya segala perkhid matan
dan kemudahan yang disedia kan
oleh keraja an

Surat kepada sahabat di luar negeri


menceritakan tentang rasa bangga tentang
kemudahan awam/perkhid matan sosia l yang
ada dala m negara

i. Menghormati dan mentaati


upacara dan majlis rasmi yang
dihadiri oleh pembesar negara

i.

Menunju kkan rakaman pertabala n Yang Di


Pertuan Agong/Sultan dan membuat
perbincangan tentang tata laku dala m
majlis tersebut.

ii.

Merancang dan menyertai program Hari


Kebangsaan di perin gkat sekolah
- Melukis/mewarna/mengibar Bendera
Malaysia
- Sudut patrio tisme di dala m kelas

Raja dan pemimpin ialah payung negara


Kesetiaan kepada raja dan negara iala h
kewajip an bagi setiap rakyat
x Tatalaku dala m majlis yang dihadiri oleh
pembesar negara
x Taat setia kepada raja dan negara
- Hari Keputeraan
- Hari Kebangsaan
- Pertabala n Raja

ii. Menyokong dan menyertai


program-program sambutan hari
kebesaran negara

27

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM


TINGKATAN DUA

NILAI

4.3 Sanggup Berkorban


untuk Negara
Kerelaan melakukan atau menyerahkan
sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda
kebaktian untuk negara.

28

KANDUNGAN AKADEMIK

HASIL
PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI
PEMBELAJARAN

Sanggup berkorban demi kebajikan


masyarakat dan kemakmuran negara
Kesanggupan melib atkan diri dalam aktiviti
kemasyarakatan
x Sedia mengorbankan masa dan tenaga
dalam kerja -kerja amal
- Ekonomi
- Kesihatan
- Pendidikan
- Sukan

Sanggup mengambil bahagian


dalam aktiviti kemasyarakatan demi
negara

Membuat laporan tentang aktiviti


kemasyarakatan yang pernah disertai.

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM


TINGKATAN DUA

BIDANG PEMBELAJARAN

NILAI BERKAITAN DENGAN


HAK ASASI MANUSIA

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM


TINGKATAN DUA

30

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM


TINGKATAN DUA
BIDANG PEMBELAJARAN 1 : N ILAI B ERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA
NILAI
5.1 Melindungi Hak Kanak-kanak
Membela, me mberi naungan dan
memelihara hak kanak-kanak bagi
menjamin kehid upan mereka yang
sempurna.

5.2 Menghormati Hak Wanita


Melindungi dan mengiktiraf wanita
sebagai in divid u yang boleh memberi
sumbangan dalam pembangunan
keluarga, masyarakat dan negara.

KANDUNGAN AKADEMIK

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

Persekitaran mempengaruhi pertumbuhan


kanak-kanak
Ibu bapa pelindung kanak-kanak
x Tanggungja wab ibu bapa memastikan
anak-anak mendapat kehidupan sempurna
- Pendidikan
- Perlindungan

Menyedari kanak-kanak berhak


mendapat pendid ikan dan
perlindungan untuk menja min
kehidupan yang sempurna

Berbincang dan menghasilkan buku skrap


tentang persekitaran yang sele sa untuk
kanak-kanak
- Tempat tinggal
- Suasana pembela ja ran

Bersikap terbuka dala m mengikfiraf


wanita sebagai golo ngan yang
berkebolehan, berpotensi dan
bermaruah

Mengumpul maklumat dari media cetak dan


media elektronik mengenai pengeksplo itasia n
wanita dan mempamerkan di kelas

Pengiktirafan hak wanita menjamin


pembangunan insan
Hak wanita tanggunggjawab bersama
x Peka terhadap hak wanita
- Hal-hal kebajikan
- Peluang kenaikan pangkat
- Pengeksploitasian
- Iklan

31

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM


TINGKATAN DUA
NILAI
5.3 Melindungi Hak Pekerja
Menghormati, menghargai dan
mengiktiraf perkhid matan, jasa dan
sumbangan golongan pekerja dalam
pembangunan negara.

5.4 Menghormati Hak Golongan Kurang


Berupaya
Memberi layanan yang bersopan kepada
golongan kurang berupaya supaya tidak
berasa tersisih dan mengiktiraf mereka
sebagai in san cip taan Tuhan.

32

KANDUNGAN AKADEMIK

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

Majikan yang prihatin meningkatkan


produktiviti negara
Majikan prih atin pekerja berja ya
x Tanggungja wab majikan dalam menjaga
kebajikan pekerja
- Keselesaan tempat kerja
- Peluang meningkatkan kerja ya
- Kemudahan berekreasi

Menerima hakikat bahawa kebajikan


pekerja merupakan tanggungja wab
majikan

i.

Mengumpul ikla n kerja dari akhbar dan


membuat perbandingan tentang
kemudahan serta faedah yang ditawarkan

ii. Simulasi
- Mewawancara dengan pekerja atau
majikan tentang kebajikan pekerja

Golongan kurang berupaya insan ciptaan


Tuhan
Prihatin terhadap golo ngan kurang berupaya
x Golongan kurang berupaya memerlukan
layanan dan sokongan daripada pelbagai
pihak
- Keluarga
- Rakan sebaya
- Anggota masyarakat

Memberi layanan dan sokongan


yang baik kepada golo ngan kurang
berupaya

i.

Lawatan ke pusat spastik atau kelas


pendidikan khas dan membuat laporan

ii.

Tayangan video berkaitan golo ngan


kurang berupaya dan berbincang tentang
layanan yang diberi

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM


TINGKATAN DUA
NILAI
5.5 Melindungi Hak Pengguna
Membela dan memelihara hak individu
untuk menjadi pengguna yang berilmu,
mendapat perkhidmatan serta barangan
yang berkualiti dan tidak mudah
dieksplo itasi.

KANDUNGAN AKADEMIK

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

Kesedaran pengguna tanda masyarakat


matang
Pendidikan kepenggunaan asas kepekaan
pengguna
x Kepekaan pengguna terhadap hak dan
tanggungjawab
- Maklumat tentang barangan dan
perkhidmatan supaya mudah membuat
pilihan dan mengela kkan penip uan
- Perlindungan daripada penggunaan
barangan dan perkhidmatan yang
membahayakan

Menyedari dan mengenal pasti hak


pengguna untuk mendapat
perlindungan dan maklumat tentang
barangan dan perkhidmatan

i.

Mengumpul, membincang dan


mempamerkan maklumat tentang hak
pengguna daripada media cetak dan
elektronik

ii. Menulis surat aduan kepada Persatuan


Pengguna tentang barangan/perkhid matan
yang tidak memuaskan

33

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM


TINGKATAN DUA

BIDANG PEMBELAJARAN

NILAI BERKAITAN DENGAN


DEMOKRASI

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL


TINGKATAN DUA

35

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM


TINGKATAN DUA
BIDANG PEMBELAJARAN 6 : N ILAI B ERKAITAN DENGAN D EMOKRASI
NILAI
6.1 Mematuhi Peraturan dan
Undang-undang
Menerima dan mematuhi peraturan dan
undang-undang yang telah ditentukan
tanpa mengira sesiapa dan di mana
seseorang itu berada.

6.2 Kebebasan Bersuara


Kebebasan berucap dan mengelu arkan
fikiran dengan batasan tertentu bagi
menjaga kesela matan dan ketenteraman.

36

KANDUNGAN AKADEMIK

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

Undang-undang menjamin kesejahteraan


hidup masyarakat
Undang-undang menja min keselamatan
di jala n raya
x Patuhi undang-undang dan peraturan
jalan raya
x Tidak terlib at dalam perbuatan yang
menyalahi undang-undang jala n raya
- Perlumbaan haram
- Memandu tanpa lesen
- Memandu dala m keadaan mabuk
- Kecuaian pejala n kaki

Mematuhi peraturan dan undangundang jala n raya bagi menjamin


keselamatan diri dan orang lain

i.

Mencari maklumat mengenai kesala hankesalahan di jala n raya

ii.

Ceramah keselamatan di jala n raya ole h


pegawai JPJ atau Polis

iii. Mempamerkan keratan akhbar yang


berkaitan dan mengadakan perbin cangan
tentang pentingnya mematuhi peraturan
dan undang-undang jala n raya

Kebebasan bersuara mencerminkan keluarga


berfikiran terbuka
Amalan bermusyawarah sebagai budaya hidup
berkeluarga
x Kebebasan mengelu arkan pendapat dalam
perbincangan keluarga
- Perbincangan bersama keluarga
dalam pelb agai hal
- Perasaan dan emosi dikawal

Berbincang dengan anggota


keluarga dala m suasana yang
harmoni

Sketsa atau main peranan sebagai anggota


keluarga yang mengamalkan kebebasan
bersuara dala m perbincangan secara terbuka
dan harmoni

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL


TINGKATAN DUA
NILAI
6.3 Kebebasan Beragama
Kebebasan setiap in divid u untuk
menganuti dan mengamalkan agamanya
seperti yang diperuntukkan dala m
Perlembagaan Malaysia.

6.4 Penglibatan Diri dalam Pembangunan


Negara
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam
pelbagai aktiviti pembangunan negara
dengan mematuhi peraturan, undangundang dan Perlembagaan Malaysia.

KANDUNGAN AKADEMIK

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

Kebebasan beragama lambang masyarakat


majmuk
Rakyat Malaysia merayakan pelb agai upacara
keagamaan
x Kebebasan meraikan upacara keagamaan
- Sambutan Maulidur-Rasul (Islam)
- Hari Wesak (Buddha)
- Thaipusam (Hindu)
- Good Frid ay (Kristian)
- Hari Vasakhi (Sikh)

Meraikan upacara keagamaan


sendiri dan menghormati upacara
keagamaan orang lain

i. Perbincangan tentang perayaan


keagamaan sendiri dan pentingnya
menghormati perayaan keagamaan
orang lain
ii. Menghasilkan folio tentang perayaan
keagamaan di Malaysia

Minda yang sihat melalui aktiviti yang


bermanfaat
Aktiviti kemasyarakatan dija yakan bersama
x Penyertaan dalam aktiviti luar sekolah yang
membina dan berfaedah
- Aktiviti kebajikan dengan masyarakat
setempat

Melibatkan diri dalam aktiviti


kebajikan dan kemasyarakatan demi
pembangunan negara

Menyenaraikan aktiviti luar sekola h yang


berfaedah dan mengkaji kesannya

37

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM


TINGKATAN DUA
NILAI
6.5 Sikap Keterbukaan
Bersedia memberi dan menerima
pandangan, pembaharuan dan kritikan
selaras dengan kebenaran fakta dan
norma masyarakat Malaysia.

38

KANDUNGAN AKADEMIK

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

Sikap terbuka tanda kematangan fikiran


Teguran yang membina pentin g untuk kebaikan
bersama
x Pendapat dan teguran diterima dengan
sikap terbuka
- Akademik
- Kokurikulu m
- Bimbingan dan kaunseling

Menerima pandangan dan teguran


orang lain demi kebaikan bersama

Main peranan
- Orang yang memberi teguran dan orang
yang menerima teguran dala m sesuatu
hal.

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM


TINGKATAN DUA

BIDANG PEMBELAJARAN

NILAI BERKAITAN DENGAN


KEAMANAN DAN KEHARMONIAN

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM


TINGKATAN DUA

40

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL


TINGKATAN DUA
BIDANG PEMBELAJARAN 7 : N ILAI B ERKAITAN DENGAN K EAMANAN DAN KEHARMONIAN
NILAI
7.1 Hidup Bersama Secara Aman
Hidup berbaik-baik antara satu sama lain
dengan mengutamakan kedamaian dan
keharmonian hidup tanpa mengira
agama, bangsa dan budaya.

7.2 Saling Membantu dan Bekerjasama


Usaha yang baik dan membina yang
dilakukan bersama pada peringkat
individ u, komuniti atau negara untuk
mencapai sesuatu matlamat.

KANDUNGAN AKADEMIK

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

Perpaduan masyarakat tunggak


kesejahteraan negara
Semangat kejiranan membentuk kesejahteraan
masyarakat
x Konsep kejiranan sebagai amalan dala m
kehidupan bermasyarakat
- Kunjungan Muhibah
(Rumah terbuka, hari keluarga, saling
membantu, ziarah-menziarahi)

Menjadi jiran yang baik boleh


dicontohi oleh masyarakat

i.

Membincangkan ciri-ciri jiran yang baik

ii. Projek : membantu jiran dan membuat


laporan

Hidup sepakat membawa berkat


Permuafakatan masyarakat untuk kebaikan
bersama
x Permuafakatan dala m melaksanakan tugas
kemasyarakatan
- Gotong royong
- Rukun Tetangga
- Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung
- Program Permuafakatan

Melibatkan diri dalam pelb agai


aktiviti masyarakat untuk
kesejahteraan bersama

Melibatkan diri dalam salah satu program


komuniti dan membuat laporan ringkas

41

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KBSM


TINGKATAN DUA
NILAI
7.3 Saling Menghormati antara Negara
Menghargai dan memuliakan hubungan
antara negara untuk menjamin
kesejahteraan sejagat.

42

KANDUNGAN AKADEMIK

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMB ELAJARAN

Kesepakatan antara negara menjamin


kemakmuran sejagat
Amalan saling menghormati antara negara
menjamin kemantapan ekonomi
x Perasaan bertola k ansur dan
hormat-menghormati antara negara untuk
kesepakatan serantau

Menerima hakikat bahawa perasaan


bertola k ansur dan salin g
menghormati antara negara
menjamin kesepakatan dan
pembangunan serantau

i. Menghasilkan buku skrap tentang


kesepakatan antara negara serantau
dalam pelb agai aspek.
ii. Mengumpul maklumat darip ada pelbagai
sumber tentang penyelesaian secara
diplo masi isu kesempadanan antara
negara dan mempamerkan di kela s

Anda mungkin juga menyukai