Anda di halaman 1dari 49

Buku bergambar tanpa perkataan vs dengan perkataan

Apabila kita membicarakan isu berkaitan perkembangan awal literasi, kita cenderung merujuk
kepada penguasaan membaca kanak kanak di peringkat awal. Hakikatnya, perkembangan literasi
tidak tertumpu hanya kepada perkembangan kemahiran membaca, malah melibatkan pelbagai
kemahiran lain yang sama penting.
Antara kemahiran tersebut ialah:

kemahiran bahasa lisan

kemahiran menyoal dan menjawab dan

kemahiran berfikir secara kritikal.

Buku Bergambar Tanpa Perkataan Vs. Dengan Perkataan


Buku bergambar adalah buku yang mengandungi kisah yang diceritakan melalui ayat ayat dan ilustrasi. Ilustrasi
yang dihasilkan dapat meningkatkan lagi pemahaman pembacanya.
Sebuah buku bergambar yang paling baik adalah buku yang seimbang peranan ayat ayat dan ilustrasinya dalam
menyampaikan jalan cerita dan kefahaman. Ini bermakna, tanpa ilustrasi, jalan cerita mungkin akan menjadi kurang
sempurna.

Ilustrasi membantu pemahaman jalan cerita.

Kebiasaannya, apabila kanak kanak membaca buku cerita bergambar, tumpuan diberikan kepada
proses pembacaan. Tidak dapat dinafikan, kadang kala, proses pemahaman diabaikan secara
tidak sengaja. Ini gara gara terlalu fokus kepada kelancaran membaca.
Apabila fokus diberikan kepada kelancaran membaca, masalah akan timbul pada sesetengah

kanak kanak terutamanya mereka yang sememangnya baru belajar membaca, mempunyai
masalah disleksia dan sebagainya.
Aktiviti membaca yang sepatutnya seronok bertukar menjadi sesuatu yang tidak disukai kerana
otak telah terakam secara automatik bahawa membaca itu sukar. Tambahan pula, jika buku
pertama yang diperkenalkan pula terlalu panjang teksnya atau tahap kesusahan tidak bersesuaian
dengan kemampuan, ini mengundang frustration pada kanak kanak.
Oleh itu, buku bergambar tanpa perkataan atau wordless picture book dikatakan amat bersesuaian
dalam membantu perkembangan awal literasi kanak kanak terutamanya mereka yang di awal
usia dan mengalami masalah membaca.

Wordless picture book: penceritaan melalui gambar sahaja.

Tanpa teks, kanak kanak bebas menceritakan kembali pemahaman mereka dan ini merangsang
kemahiran lisan mereka. Di samping itu, soalan soalan yang diajukan dapat menguatkan lagi skil
menjawab soalan di samping kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Namun begitu, penggunaan buku ini hendaklah disesuaikan mengikut tahap umur dan
kemampuan. Sebagai contoh, buku yang bertajuk Is It Larger Is It Smaller dari Hana Toban boleh
digunakan sebagai permulaan.
Buku konsep ini tidak mempunyai perkataan sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada foto foto
untuk memperkenalkan konsep besar dan kecil. Bukan sahaja memahami konsep, malah kanak
kanak dapat menambah kosa kata baru dalam kamus minda mereka iaitu perkataan besar dan
kecil.

Buku konsep tanpa perkataan.


Namun demikian, ini tidak bermakna buku bergambar tidak bagus untuk kanak kanak, tetapi adalah
lebih sempurna jika proses pengenalan pendidikan awal literasi itu dilakukan berperingkat dan
dimulakan dengan sesuatu yang lebih mudah lagi menarik.

Kelebihan Buku Tanpa Perkataan


Apa kelebihan buku bergambar tanpa perkataan berbanding buku cerita yang lain?

dapat merangsang perkembangan bahasa lisan kanak kanak - melalui rekaan cerita

dapat mengaitkan cerita dengan pengalaman diri, budaya, nilai murni dan sebagainya

melatih skil pemahaman kanak kanak

menghubungjalin perkembangan skil pemahaman dan skil bahasa lisan melalui penceritaan
kembali jalan cerita serta makna di sebalik cerita

meningkatkan kosa kata

membantu perkembangan skil membaca

membantu kanak kanak mula menulis dengan struktur ayat yang sempurna

meningkatkan self-esteem kanak kanak melalui penceritaan semula pada orang lain dan apabila
didengari

meningkatkan komunikasi antara dua hala/ banyak hala

dapat memperkenalkan konsep atau struktur sebuah cerita yang baik - mempunyai awalan atau
pengenalan, badan atau tengah dan penutup

memupuk cara pengendalian buku yang sebenarnya - membaca dari kiri ke kanan, cerita yang
baik ada pengajaran, nilai murni dan sebagainya

memupuk kreativiti

merangsang dan memupuk "visual thinking" di dalam otak kanan

dapat mengenali dan mempelajari tentang emosi dan perasaan lebih dalam

memahami sifat karekter manusia/objek/haiwan/tumbuhan/negara yang berbeza

menguasai skil menjawab soalan dengan baik

menajamkan daya tumpuan, koordinasi mata dan print awareness

Menariknya Membaca Buku Tanpa Perkataan! (1)


Banyak aktiviti yang boleh dijalankan dengan menggunakan buku tanpa perkataan (wordless picture
book) ini. Berikut merupakan contoh aktiviti yang boleh dijalankan
Profil
Nama kanak-kanak: Shasha
Umur: 6 tahun 3 bulan
Tajuk buku: Rainstorm (tulisan Barbara Lehman)
Hobi: mewarna, menulis dan menyanyi.
Kelebihan: Sudah pandai menulis dan membaca namun, kurang sabar dan kadang kala mudah jemu
untuk menghabiskan bacaan satu buku.
Pengenalan Buku
Setiap kali apabila kita memperkenalkan apa-apa sahaja buku kepada kanak kanak, pengenalan buku
hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Aktiviti ini boleh dilakukan dengan membincangkan tajuk buku
dan gambar di kovernya.

Kita boleh melontarkan pelbagai soalan hanya melalui kover dan tajuk, sebagai contoh, "Pada pendapat
Shasha, buku cerita ini mengisahkan cerita apa?" Dengan ini, kita mengajar mereka konsep ramalan
(prediction).
Jika tiada respon yang diberi, ini berkemungkinan, soalan yang dilontarkan adalah formal lantas kurang
difahami. Oleh itu, soalan yang kedua boleh dilontarkan dengan menggunakan ayat tanya yang lebih
mudah seperti, "Shasha rasa, cerita ini pasal apa ya?"
Namun, adalah lebih digalakkan untuk sentiasa mengulang ayat yang formal atau Bahasa Melayu Tinggi
(BMT) sebagai langkah awal untuk memperkenalkan dan membiasakan mereka dengan bahasa yang
sempurna.

Dari kover, banyak perkara boleh disoalkan untuk merangsang kemahiran berfikir.

Kadang kala, soalan yang umum (seperti di atas tadi) tidak membawa respon kepada kanak kanak. Oleh
itu, soalan yang lebih spesifik boleh dilontarkan. Sebagai contoh, "Siapa yang berada di tingkap itu,
Shasha?" Apabila jawapan telah diberi, lontarkan lagi soalan, "Dia sedang buat apa itu?"
Jika cara ini tidak berjaya, close ended question boleh dilontarkan. Contoh, "Shasha, dalam gambar ini,
hari sedang hujan ke atau panas terik?"

Pengembaraan Bermula!

Sebelum memulakan sesi bercerita, perkenalkan kandungan buku ini yang mengandungi gambar bersiri
tetapi tidak mempunyai ayat untuk menggambarkan jalan cerita. Dengan menggunakan teknik yang
sama, lontarkan soalan untuk menggalakkan kanak kanak untuk menceritakan kembali apa yang dapat
dilihat dan difikirkan. Lama kelamaan, tanpa perlu disoal, kanak kanak ini sendiri akan menceritakan apa
yang dapat dilihat.
Tanpa disedari, gambar gambar yang terdapat di dalam buku ini berfungsi sebagai stimulus komunikasi
antara pencerita (ibu bapa atau guru) dengan kanak kanak. Selain itu, aktiviti ini dapat melatih daya
pemerhatian kanak kanak untuk menjadi tajam.
Apabila komunikasi berlangsung antara pencerita dan kanak kanak, aktiviti ini juga dapat merangsang
daya tumpuan, melatih kemahiran mendengar (melalui sesi soal jawab, mendengar "cue" dari pencerita)
dan melatih kemahiran bercakap kanak kanak tersebut.
Aktiviti membaca buku tanpa perkataan ini juga satu aktiviti yang amat bermanfaat untuk menguatkan
lagi hubungan dan komunikasi antara pencerita (ibu bapa atau guru) dan kanak kanak. Ini kerana,
pencerita dapat bertukar tukar pendapat dengan kanak kanak tentang intepretasi gambar gambar
tersebut. Sudah tentu, sudut pandang seorang dewasa kadang kala berbeza berbanding sudut pandang
seorang kanak kanak. Boleh jadi, sudut pandang kanak kanak sangat mengejutkan kerana daya imaginasi
dan kreativiti mereka sangat tinggi.

Menariknya Membaca Buku Tanpa Perkataan! (2)


Otak Kanan dan Otak Kiri
Apabila berlangsungnya sesi soal jawab antara pencerita (ibu bapa atau guru) dan kanak kanak, kita
sebenarnya telah merangsang skil berfikir secara kritikal. Ini adalah kerana untuk memahami jalan cerita
atau maksud sebenar penulis, kanak kanak perlu mentafsir dan menganalisa setiap gambar dengan teliti.
Ini bermakna, kita bukan sahaja merangsang kanak kanak untuk menggunakan otak kiri mereka tetapi
turut mengaktifkan otak kanan melalui skil pemikiran visual mereka. Bukan itu sahaja, kita juga
menggalakkan mereka untuk menjadi lebih kreatif dengan mengaktifkan otak kanan mereka.

Menggabungjalin fungsi kedua dua belah otak (gambar hiasan)

Mempelbagaikan Cara Membaca Di Rumah


Terdapat banyak cara yang boleh digunakan dalam menggunakan buku tanpa perkataan. Ini bergantung
kepada umur kanak kanak, keupayaan minda, objektif yang dicapai, persekitaran dan masa.
Antara kaedah membaca yang boleh dijalankan antara ibu bapa dan anak anak:
Cerita waktu tidur Ibu bapa menggunakan ruang masa sebelum tidur untuk menceritakan kisah yang
terdapat di dalam buku yang dipilih. Cara ini memerlukan kreativiti ibu bapa 100% untuk
mengintepretasikan gambar gambar. Ini kerana mereka bertindak sebagai tukang cerita dari mula
sehingga habis.

Bercerita sebelum tidur menggunakan buku tanpa perkataan.

Namun, sekali sekala, boleh lontarkan soalan mudah kepada si anak. Jika ada soalan yang diajukan anak,
ibu bapa boleh menjawabnya terus atau bertindak dengan bertanyakan kembali.
Selain itu, ibu bapa juga boleh berkongsi tugas bercerita dengan anak melalui bertukar giliran bercerita.
Selain dapat membantu perkembangan pertuturan, ini juga masa sesuai untuk mengukuhkan hubungan
antara ibu bapa dan si anak.

Bacaan terbimbing Dalam cara ini, ibu bapa akan membantu anak anak dalam proses membaca.
Selain membimbing mereka membaca dengan lancar dan memahami jalan cerita, ibu bapa akan turut
membantu mereka dalam mengaplikasikan strategi membaca. Antara bantuan dan strategi itu ialah kiu
konteks, klu literal, ramalan, pengetahuan latar, prompt, menanyakan soalan, .
Walaupun bacaan ini sering digunakan untuk anak anak di peringkat pra-sekolah, sebenarnya kita bebas
untuk mengubah suai strategi mengikut keperluan anak anak tidak kira umur mereka. Ini kerana, setiap
buku adalah berbeza dan semakin sukar sesebuah buku itu, semakin banyak strategi perlu digunakan
atau strategi baru hendaklah dipelajari.
Bacaan ini amat penting kerana melalui pengalaman ini, mereka akan dapat mengaplikasikannya apabila
membaca buku yang lebih sukar dan ketika mereka membaca buku secara sendirian atau bebas.

Bacaan bebas/ sendirian Bacaan ini merupakan saat di mana anak anak tidak lagi perlukan
bimbingan ibu bapa. Mereka sudah berupaya menggunakan strategi dan teknik membaca yang telah
dilatih sebelum ini.
Walaupun demikian, ibu bapa masih lagi boleh menjalankan pelbagai aktiviti melalui pertandingan atau
persebahan bercerita, catatan di buku log atau blog, buku skrap, sesi refleksi bersama ibu bapa,
penggunaan sticky notes dan bermacam macam lagi aktiviti yang menarik untuk menguji kefahaman
mereka terhadap buku yang telah dibaca.

Kebolehan membaca secara sendirian tanpa bantuan merupakan gol yang ingin dicapai (gambar hiasan).
Cara Membaca Bersama Shasha
Memandangkan ini adalah kali pertama Shasha membaca buku bergambar tanpa perkataan, cara bacaan
terbimbing telah dipilih dengan diberikan bantuan atau support secara maksimum. Lebih lebih lagi,
faktor umur Shasha juga diambil kira.
Sebelum buku bertajuk Rainstorm itu dipilih, Shasha terlebih dahulu diberi dua pilihan tajuk buku yang
berbeza tetapi tahap kesusahannya hampir sama.

Berfikir Secara Kritis dan Kreatif Melalui Buku


Bergambar Tanpa Perkataan
alah satu contoh buku bergambar tanpa perkataan (wordless picture book) adalah Window hasil kreativiti
penulis Jeannie Baker.

kover hadapan buku Window

Walaupun buku ini tidak mempunyai perkataan, ia tidak menjejaskan kefahaman kanak kanak terhadap
jalan cerita buku ini. ini kerana visualnya amat membantu dan terdapat banyak "literal clues" untuk
menambah kefahaman seperti kad hari jadi untuk tahu umurnya, doodle atas kertas untuk tahu namanya
dan banyak lagi.

"Literal cues": Kelihatan kad hari jadi yang menunjukkan usia watak utama

"literal cues": Kelihatan sehelai kertas hasil "doodling" dan kad hari jadi.
Kita dapat melihat terdapat perubahan suasana persekitaran melalui tingkap yang sama.

Soalan soalan boleh dilontarkan kepada kanak kanak untuk membantu dan menguji kefahaman mereka
dan merangsang mereka untuk bercerita. selepas beberapa ketika, mereka rancak bercerita tentang
perubahan perubahan yang berlaku di sekitar kawasan perumahan yang dapat dilihat melalui tingkap
rumah (ini) dan melihat watak utama membesar.
sambil bercerita, mereka juga turut menggayakan aksi aksi binatang, kanak kanak membuat aktiviti dan
macam macam lagi.

kanak kanak ini sungguh gembira menggayakan aksi aksi

nota: kredit kepada si kakak kerana dapat menjawab dengan baik di mana negara asal cerita ini. Di dalam
foto gambar pertama, kelihatan seekor kangaru sedang melompat di celah hutan.

Seni Bertanya Melalui Buku Tanpa Perkataan (2)


Banyak soalan yang boleh dilontarkan kepada kanak kanak semasa mereka membaca buku bergambar
tanpa perkataan.
Sesi soal jawab yang berlangsung ketika membaca buku bergambar tanpa perkataan dapat merangsang
dan melatih kemahiran berfikir di kalangan kanak kanak. Daripada kemahiran berfikir paras rendah
sehinggalah kemahiran berfikir paras tinggi, semuanya dapat dijana melalui jenis jenis soalan yang
dilontarkan kepada mereka.
Secara tidak langsung juga, sesi ini dapat memupuk skil menyoal kanak kanak.
Skil Menyoal
Sesungguhnya, skil menyoal ini amat penting bagi kanak kanak supaya proses pembelajaran mereka
berkembang dengan lebih baik, di mana mereka tahu bila dan bagaimana untuk memperoleh maklumat
melalui seni bertanya.

Selain itu, skil menyoal di kalangan kanak kanak juga dapat membantu mereka mempunyai perbualan
yang baik dan bermakna bersama ibu bapa atau dapat menyoal dengan baik di dalam bilik darjah.

Menyoal dengan menggunakan Taxanomy Bloom (TB)


Antara panduan yang boleh digunakan untuk menyoal kanak kanak semasa aktiviti membaca buku
bergambar tanpa perkataan adalah melalui Taxanomy Bloom (TB) seperti yang telah dibincangkan
sebelum ini. Berikut merupakan penerangan ringkas dan contoh soalan yang boleh digunakan (dengan
menggunakan buku Rainstorm karya Barbara Lehman sebagai panduan).

1. Mengingati
Mengingati bermakna kanak kanak berupaya memikirkan dan menyatakan kembali informasi yang telah
mereka alami atau pelajari sebelum ini. Antara soalan soalannya:
Apakah dia...
Berapakah bilangan...
Apakah yang berlaku...
Yang manakah benar dan salah di antara...
Siapakah yang melakukan...
Namakan yang...
Gambarkan...
Contoh:
Gambarkan bagaimana hujan (ribut) itu?

2. Memahami
Memahami bermaksud kanak kanak berupaya menangkap erti informasi tersebut melalui intepretasi dan
tafsiran apa yang telah dipelajari dengan menggunakan ayat sendiri. Antara soalan soalannya:
Apakah maksud...
Apakah pendapat anda...
Cuba jelaskan punca...
Mengapakah mereka...
Apakah yang bakal berlaku selepas...
Huraikan lebih lanjut....
Contoh:
Mengapakah kanak kanak lelaki itu bermain di dalam rumah, bukan di luar apabila hujan (ribut)?
3. Mengaplikasikan
Mengaplikasikan bermakna kanak kanak mengguna pakai informasi yang telah dipelajari sebelumnya di
dalam konteks atau situasi baru terutamanya dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Antara soalan
soalannya:
Apakah yang akan berlaku...
Apakah contoh lain...
Bagaimanakah ia boleh diselesaikan....
Apakah kaitan antara...
Apakah persamaan/ perbezaan....
Kelaskan karekter...
Yang manakah satu...
Contoh:
Apakah yang akan berlaku kepada kamu apabila hari hujan (ribut)?

4. Meng

analisa

Pada tahap ini, kanak kanak mula memecahkan atau mengasingkan informasi yang telah dipelajari
kepada komponen yang berasingan untuk memudahkan kefahaman dan mengkaji hubungan yang wujud
di antara komponen komponen itu.
Justeru, soalan mengapakah banyak sekali digunakan dalam menentu kaitkan hubungan hubungan
tersebut. Melalui proses ini, kanak kanak banyak melakukan pertimbangan dan akhirnya mendapatkan
satu rumusan atau kesimpulan.

Antara soalan soalan:


Mengapakah kejadian ini berlaku...
Bezakan antara....
Apakah masalah yang mungkin akan berlaku apabila...
Apakah faktor berlakunya kejadian...
Apakah fungsi...
Mengapakah anda percaya bahawa,...
Apakah hubungan di antara...
Apakah hujah/ kesan di sebalik....
Contoh:
Terangkan mengapakah hari hujan (ribut) boleh berlaku?
Mengapakah kanak kanak lelaki itu kelihatan begitu sedih (di dalam gambar itu)?

5. Menilai
Di dalam peringkat ini, kanak kanak mula membuat keputusan berdasarkan refleksi, kritikan dan
taksiran yang mendalam terhadap idea idea atau informasi yang diterima.
Antara soalan soalannya:
Yang manakah lebih baik...
Adakah solusi lain yang lebih baik....
Pertimbangkan...
Apakah perubahan yang dapat dilakukan....
Apakah kebaikan dan keburukan....
Apakah alternatif kepada....
Adakah ia sesuatu yang baik atau buruk...
Contoh:
Adakah hari hujan (ribut) itu sesuatu yang buruk kepada kita? Mengapa?
Apakah yang mungkin akan berlaku jika kanak kanak lelaki itu tidak sempat pulang ke rumah?
6. Mencipta

Dalam mencipta, kanak kanak akan mereka idea idea baru dengan menggunakan segala informasi yang
telah dipelajari dahulu.
Di sini, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis banyak diguna pakai. Kanak kanak memerlukan
kebebasan dalam menyatakan pendapat dan menjana idea dalam menghasilkan keputusan.
Antara soalan soalannya:
Ciptakan sesuatu...
Adakah solusi baru boleh dilakukan bagi...
Bagaimanakah cara (terbaru) untuk mengatasi...
Berapakah/ bagaimanakah cara baru untuk melakukan...
Apakah yang akan berlaku sekiranya...
Cadangkan satu alternatif baru...
Bagaimanakah cara untuk menguji...
Contoh:
Apakah yang akan berlaku kepada kanak kanak lelaki itu sekiranya kesudahan cerita tersebut berlaku
disebaliknya?

Kesusahan Soalan Berdasarkan Umur?

Aras kesusahan soalan yang diajukan kepada kanak kanak tidak semestinya
berbeza mengikut umur; soalan mudah untuk yang lebih muda
dan susah untuk yang lebih tua.
Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa kesusahan soalan yang dilontarkan haruslah bersesuaian
mengikut umur. Ini bermakna, semakin meningkat usia kanak kanak itu, semakin sukar corak soalan
yang diberikan.
Sebenarnya, pendapat ini ternyata tidak benar sama sekali kerana setiap peringkat umur harus
didedahkan dengan keenam enam peringkat ini. Bezanya adalah, jenis penggunaan bahasa dan maklumat
atau kandungan yang terdapat di dalam soalan itu.
Bahkan, semua peringkat umur harus didedahkan dengan kedua dua jenis iaitu soalan jenis tertutup dan
soalan jenis terbuka. Bukannya, kanak kanak yang lebih muda usianya hanya perlu didedahkan soalan
tertutup sahaja manakala yang yang lebih tua soalan jenis terbuka sahaja.

Soalan Terbuka dan Tertutup


Soalan jenis tertutup berbiasa memerlukan jawapan seringkas satu perkataan atau satu ayat ringkas
manakala soalan terbuka memerlukan jawapan yang lebih panjang sifatnya.
Kebiasaannya, soalan jenis tertutup terhad kepada soalan yang memerlukan jawapan fakta, yakni hanya
menggunakan kemahiran berfikir paras rendah. Soalan jenis terbuka pula memerlukan jawapan yang
menunjukkan ciri ciri kemahiran berfikir tinggi telah digunakan.
Namun, dalam keadaan tertentu, soalan soalan tertutup juga sebenarnya boleh membawa kepada
penggunaan kemahiran berfikir tinggi dan sebaliknya, soalan jenis terbuka juga boleh digunakan dalam
menguji kemahiran berfikir aras rendah.
Contoh:
1.

Apakah haiwan mamalia yang bertelur? (soalan tertutup dan jenis aras bawah)

2. Sejak kebelakangan ini, hujan turun tidak berhenti henti. Pada pendapat anda, adakah aras air di
laut akan melimpah? (soalan tertutup dan jenis aras tinggi)
1.

Mengapakah sungai mengalir menuruni bukit? (soalan terbuka dan jenis aras rendah)

2. Adakah solusi baru yang boleh dicadangkan bagi mengelakkan kesesakan jalan raya? (soalan
terbuka dan jenis aras tinggi)
Kesimpulan
Soalan soalan aras rendah penting dalam:

menguji kefahaman

mengenalpasti kekuatan dan kelemahan

reviu apa yang telah dipelajari

Soalan soalan aras tinggi pula penting dalam:

menggalakkan kanak kanak berfikir dengan lebih mendalam dan banyak melakukan analisa

menyelesaikan masalah

menggalakkan perbincangan dengan meluas

merangsang kanak kanak berfikir lebih jauh dan membuat kajian/ mencari informasi sendiri

Contoh Contoh Soalan "Prompt" (1)

eeerrrrrrrrr....apa saya nak tanya dan


cakap ni?

Pertama kali menggunakan buku bergambar tanpa perkataan?


Bukan sahaja kanak kanak, kita sebagai orang dewasa juga akan menghadapi masalah kekangan idea
untuk menggunakan buku ini memandangkan buku ini bukanlah buku yang biasa dalam budaya
membaca kita.
Helaian demi helaian diselak, namun masih tiada lagi interaksi yang wujud antara pencerita dan kanak
kanak dek kerana 'kejanggalan' buku ini yang tiada ayat mahupun perkataan untuk dibacakan kepada
mereka. Hanya ilustrasi semata mata.
Soalan Soalan "Prompt"

Soalan soalan "prompt" atau penggalak amatlah penting dalam menjayakan aktiviti bercerita
menggunakan buku jenis ini. Kita boleh bertanyakan soalan untuk:

menggalakkan kanak kanak bercerita atau menggambarkan kisah di dalam buku tersebut

membantu mereka menyusun atau melihat susunan dan jalan cerita

membantu mereka memahami karekter yang wujud di dalam cerita tersebut

membantu mereka mengenal pasti lokasi atau persekitaran cerita

memudahkan mereka memahami keseluruhan cerita (melalui ramalan awal, analisis dan lain
lain)

menggalakkan mereka berfikir dan menghubungkaitkan cerita dengan pengalaman yang mereka
alami sendiri

Apakah Contoh Contoh Soalannya pula?


Berikut pula disenaraikan contoh contoh soalan berserta penerangan ringkas untuk ditanyakan mengikut
urutan seperti yang telah dibincangkan sebentar tadi.

Menggalakkan penceritaan
Jika buku tersebut mengandungi gambar orang atau haiwan yang sedang melakukan aktiviti, soalan yang
boleh ditanyakan adalah:
Apakah yang sedang dilakukan orang orang/ haiwan haiwan di dalam gambar itu?

Jika ia menggambarkan sebuah pemandangan, kita boleh bertanyakan:


Apakah yang sedang berlaku di dalam gambar ini?

Apabila kita mahu mereka menghuraikan dengan lebih lanjut dalam ayat yang lebih lengkap, soalan
berikut boleh diajukan:
Jika buku ini mempunyai ayat ayat yang membentuk sebuah cerita, apakah yang akan ditulis untuk
muka surat ini?

Soalan yang menggalakkan mereka menggunakan kemahiran berfikir adalah seperti berikut:

Apakah faktor/ perkara yang terdapat di dalam gambar ini yang membantu kita untuk mengetahui
apa yang akan berlaku selepas ini?
Apakah yang berlaku di sini? Mengapakah ia berlaku?

Kita juga boleh merangsang daya visual atau kecekapan kemahiran visual melalui:
Apakah perkara lain yang boleh dilihat/ ditafsir melalui gambar ini?
Adakah gambar ini seolah seolah mempunyai ralat/ sesuatu yang aneh/ tidak kena?

Menghasilkan variasi dalam jawapan melalui soalan berikut:


Adakah perkataan lain atau huraian lain dalam menjelaskan apa yang dapat dilihat? Apakah
perkataan lain yang sesuai untuk digunakan?

Kita juga boleh menyelak halaman demi halaman dari mula hingga akhir untuk mendapatkan gambaran
keseluruhan cerita tersebut. Setelah selesai aktiviti scanning ini, kita boleh kembali ke muka surat
pertama lalu bertanyakan soalan berikut:
Katakan kisah buku ini ingin diceritakan kepada orang lain. Apakah yang akan disampaikan
kepadanya tentang apa yang berlaku di muka surat ini? (jika merujuk kepada halaman tertentu)
Katakan kisah buku ini ingin diceritakan kepada orang lain. apakah yang akan disampaikan
kepadanya tentang cerita ini? (jika ingin mereka bercerita dengan lebih independent, sambil diselitkan
beberapa soalan sepanjang mereka bercerita)

Contoh Contoh Soalan "Prompt" (3)


Mengfokuskan Elemen Latar Dalam Sesebuah Cerita
Latar sesebuah cerita merupakan salah satu elemen penting dalam sesebuah cerita. Tanpa latar, jalan
cerita akan menjadi kurang sempurna dan ada kemungkinan, imaginasi kanak kanak terhadap cerita
tersebut juga akan tersekat.
Lokasi cerita, cuaca atau musim, tahun cerita itu berlangsung, keadaan sosial dan budaya adalah contoh
contoh elemen latar dalam sesebuah cerita. Kadang kala, dalam sesebuah cerita, elemen latar ini tidak
diberi penekanan kerana fokus hanya diberikan dalam penceritaan karakter dan pembangunan plot.
Sebenarnya, mengkaji latar sesebuah cerita amat baik dalam kita boleh mendedahkan kanak kanak
dengan pelbagai subjek baru meskipun mereka masih kecil lagi. Dengan mengkaji latar cerita, kita boleh
dedahkan mereka dan seterusnya menimbulkan kesedaran tentang perbezaan kebudayaan, warisan,
keadaan sosial sesebuah masyarakat, dan menambah pengetahuan tentang keadaan geografi dan entiti
sesebuah tempat.

Elemen Latar Di Dalam Buku Bergambar Tanpa Perkataan

Menariknya buku berg


ambar tanpa perkataan, contoh
contoh elemen latar yang dinyatakan sebentar tadi boleh menjadi misteri memandangkan ia digambarkan
secara bersahaja, melalui visual sepenuhnya, bukan melalui perkataan.
Sebagai contoh, buku bertajuk Window dari Jeannie Baker ini mempunyai Australia sebagai lokasinya.
Ini dapat dipastikan melalui pemerhatian terhadap latar, di mana ada seekor kangaru liar di luar kawasan
rumah.
Namun begitu, bukan semua kanak kanak berupaya untuk mengesan kehadiran kangaru tersebut lebih
lebih lagi, ia bukanlah sebahagian daripada watak utama cerita. Lebih lebih lagi, figura kangaru itu amat
kecil dan ada kemungkinan, ia boleh terlepas pandang.
Tambahan pula, bukan semua kanak kanak tahu bahawa haiwan seperti kangaru merupakan lambang
negara Australia dan haiwan ini kadang kala boleh dijumpai di kawasan hutan Australia.
Oleh itu, mengajukan soalan "prompt" yang bersesuaian diikuti penerangan fakta atau informasi baru
merupakan satu strategi yang baik untuk merangsang daya pemikiran mereka di samping mendedahkan
mereka perkara perkara baru.
Buku yang menjadi kegemaran ibu bapa di Australia ini juga sering kali digunakan sebagai bahan
pengajaran dan pembelajaran guru guru di sekolah. Antara pengiktirafan yang telah diberikan adalah:
1992 Australian Childrens Bk. Council Picture Book of the Year Award
1992 Young Australians Best Book Award (Picture Books.)
1992 Shortlisted Kate Greenaway Medal UK
1992 Notable Book in the Field of Social Sciences USA

Satu lagi contoh hasil karya Jeannie Baker adalah Mirror, yang telah mendapat pengiktirafan
2011 Children's Book Council of Australia Picture Book of the Year ('Hamlet' also won)
2011 Australian Indie Award Best children's book
2011 The English Association and the UK Literary Association's 4-11 Award: Best Children's Illustrated Book.
Elemen latar menjadi kekuatan jalan cerita buku "dua dalam satu" ini di mana ia memaparkan latar
kehidupan dua orang kanak kanak lelaki yang berbeza lokasi, budaya dan sosial, namun sedikit sebanyak
ada titik persamaan di antara kedua duanya.

Buku "dua dalam satu" karya terbaru Jeannie Baker.


Banyak ilmu ilmu baru boleh dicari gali melalui buku ini dan semua ini boleh dilakukan dengan
mengajukan soalan soalan "prompt" sebagai pencetus.

Contoh Contoh Soalan


Berikut adalah antara contoh contoh soalan "prompt" yang mengfokuskan elemen latar sesebuah cerita.
Terdapat juga soalan yang boleh membawa kepada aktiviti baru untuk dilakukan.
Apakah yang boleh dilihat dari latar belakang (rumah) ini?
Gambarkan cara pemakaian watak/ cuaca/ suasana lokasi cerita ini.
Bagaimanakah keadaan masyarakat di sekeliling di dalam cerita ini?
Berdasarkan pemerhatian latar, cara pemakaian watak dan cuaca, di manakah lokasi cerita ini
berlaku?
Pada pendapat kamu, bilakah/ pada tahun apakah kejadian ini berlaku?

Adakah kejadian ini berlaku di dalam atau di luar negara?


Adakah cerita ini berlaku di dalam atau di luar rumah/bangunan?
Adakah cerita ini berlaku pada masa dahulu atau pada zaman sekarang? Bagaimanakah kamu
mengetahuinya?
(menyelak halaman yang seterusnya) Di manakah pula lokasi cerita ini berlaku? Adakah ia
sama dengan lokasi sebelum ini?
Adakah lokasi ini sama dengan lokasi di kover hadapan buku?
Pernahkah kamu ke tempat sama atau hampir sama seperti yang ditunjukkan di dalam gambar ini?
Ceritakan.
Jika kamu ingin melukiskan kembali tempat tersebut, apakah perkara yang ingin ditambah atau
perbezaan yang akan dilakukan?

Aktiviti "Warm Up" (1)


Sememangnya, buku bergambar tanpa perkataan adalah buku yang sedikit asing dalam masyarakat kita
hari ini. Faktor ia bukan sebahagian daripada komponen pendidikan menjadikan buku ini kurang popular
di kalangan masyarakat kita baik di sekolah mahupun di rumah.
Tambahan pula, tiada syarikat penerbitan buku tempatan yang menerbitkan buku seumpama ini
menjadikan buku yang lebih popular di negara Barat ini jarang diguna pakai di sini.
Menghilangkan Rasa Janggal
"Mari kita baca buku ini sama sama?" ajakan dari seorang ibu kepada anaknya yang berusia 7 tahun.
Teruja, lalu terus menyelak halaman pertama buku dicadangkan ibunya, "Ibu, macam mana kakak
mahu baca ini, langsung tiada perkataan!"
"Haa...inilah istimewanya buku ini. Walaupun tiada tulisan, tetapi kita masih boleh baca dengan
seronoknya," si ibu memberi penjelasan.
"Alah, tak mahulah. Kakak tak pandai," jawab si anak.
"Tidak mengapa, kita boleh baca sama sama. Ibu boleh bimbing kakak macam mana mahu baca buku
ini," terang si ibu.
Situasi begini boleh berlaku kepada siapa siapa sahaja. Bukan semua kanak kanak akan teruja apabila
melihat buku bergambar tanpa perkataan lebih lebih lagi jika mereka tidak biasa dengannya. Tambahan
pula, buku bergambar pertama yang diperkenalkan terlalu berat atau tidak memenuhi citarasa dan minat
mereka.

Usah khuatir!
Kita boleh lakukan aktiviti "warm up" sebelum memperkenalkan buku bergambar tanpa perkataan buat
pertama kalinya.
Iklan Bergambar
Ya. Aktiviti "warm up" yang dimaksudkan di sini adalah dengan mengadakan aktiviti pra-membaca
dengan menggunakan gambar daripada iklan. Banyak syarikat telah menggunakan ruangan seperti papan
tanda perniagaan, surat khabar, majalah, internet, poster dan sebagainya untuk mengiklankan produk
atau servis mereka.
Semestinya, syarikat syarikat ini akan mengggunakan ruangan iklan yang diperuntukkan sehabis baik
mungkin bagi memastikan mesej yang ingin disampaikan dapat difahami orang ramai. Oleh itu, pelbagai
idea yang menarik, jalan cerita dan elemen diguna pakai dalam iklan tersebut termasuklah penggunaan
gambar.
Kebiasaannya, gambar yang menjadi pilihan utama kerana ia lebih cepat lagi mudah menarik perhatian
orang ramai berbanding perkataan. Tambahan pula, hanya dengan sebuah gambar, mesej lebih jelas
disampaikan lagi menyakinkan orang ramai. Maka, kita boleh menggunakan gambar melalui iklan ini
sebagai bahan aktiviti "warm up" kita.
Dari Mana Boleh Kita Dapatkan Iklan Bergambar Ini?
Kita boleh gunting, atau fotokopi iklan bergambar ini daripada surat khabar, majalah, poster atau flyer,
internet mahupun menangkap gambar sendiri dari mana mana papan iklan yang dijumpai di tepi jalan, di
perhentian bas.

Contoh iklan bergambar yang bersifat abstrak yang ditangkap dari dalam komuter sebuah bandar di Australia.

Selain itu, kita juga boleh menggunakan gambar gambar daripada koleksi album kita sendiri seperti
gambar aksi aksi lucu, gambar seseuatu kejadian, gambar aksi haiwan peliharaan, gambar pemandangan
dan apa apa sahaja yang boleh membawa makna.

Contoh gambar yang dirakam sendiri. Pelbagai soalan dan cerita boleh diwujudkan hanya melalui sekeping
gambar ini sahaja.

Penggunaan poskad, setem, gambar di atas sesetengah kover buku catatan, "screen shot" dari sesebuah
filem atau drama dan apa apa sahaja gambar yang dijumpai yang dirasakan sesuai boleh diguna pakai.

Apakah Kriteria Iklan Bergambar yang Boleh Digunakan?


Seperti biasa, ia terpulang kepada objektif, umur kanak kanak dan minat mereka.
Di samping itu, kita juga boleh menetapkan konsep atau nilai yang ingin diterapkan dengan memilih
gambar yang tepat. Sebagai contoh,
Adakah kita mahu menyemaikan nilai nilai murni?
Adakah kita mahu mengetengahkan kepentingan menjaga kebersihan?
Adakah kita mahu menarik perhatian dan menghiburkan mereka dengan memaparkan gambar yang
lucu? Adakah kita mahu mencungkil kreativiti mereka dengan memaparkan gambar abstrak yang
mempunyai makna yang mendalam?

Iklan yang dipilih hendaklah menggunakan gambar tanpa perkataan ataupun yang mempunyai tulisan
secara minimum.

"Connection In Progress!!" (1)


Aktiviti membaca tidak akan lagi kelihatan pasif apabila kita menjadikan membaca seperti berfikir.
Apabila kita berfikir, secara automatiknya ia menjadi satu proses yang aktif. Untuk itu, mengadakan
koneksi antara buku yang dibaca dengan diri sendiri, buku lain yang pernah dibaca dan dengan isu dunia
amatlah digalakkan.
Koneksi ini perlulah diajar secara eksplisit bagi memastikan kanak kanak dapat memahami dan
mempraktikkannya.
Ketiga tiga jenis koneksi ini bolehlah diajar mengikut turutan, iaitu dimulakan dengan koneksi
dengan diri sendiri dahulu.
Ini kerana, kanak kanak akan lebih mudah mengaktifkan prior knowledge mereka yang berkisar diri
mereka sendiri.
Koneksi yang kedua adalah dengan buku atau teks lain yang pernah dibaca sebelum ini.
Semakin lama, semakin banyak buku atau bahan yang didedahkan dan dibaca oleh kanak kanak. Dengan
ini, mereka dapat membuat kaitan antara satu buku ke buku yang lain.
Seterusnya ialah koneksi dengan dunia. Koneksi ini adalah koneksi yang sukar untuk kanak kanak
lakukan.
Kemampuan untuk menghubungkaitkan apa yang sedang dibaca dengan konsep yang lebih besar iaitu
mencantum 'cebisan cebisan' informasi berkaitan dunia luar dengan bahan yang sedang dibaca menuntut
kemahiran berfikir secara kritikal.
Namun, ini tidak bermakna kita boleh menjangka jangka kemampuan mereka membuat interpretasi dan
koneksi mereka sendiri.

Walaupun kelihatan sukar sesuatu buku itu untuk seseorang kanak kanak, namun skil koneksi dapat membantu mereka
menghadam buku itu sehingga tamat.

Aktiviti koneksi ini sebenarnya boleh merangsang kemahiran berfikir konseptual kanak kanak kerana ia
menuntut mereka mengesan corak persamaan, memikirkan sesuatu hubungkait.
Meskipun hubungkait tersebut kelihatan tiada kaitan secara dasarnya, namun aktiviti ini berupaya
melatih kanak kanak untuk mencari dan mengemukakan hubung kait dan isu yang mendasari
perhubungan tersebut.

"Connection In Progress!!" (2)


Untuk menjalankan aktiviti ini, kita lakukan teknik pemodelan dengan menunjukkan terlebih dahulu
bagaimana proses koneksi boleh berlaku. Langkah langkah yang perlu diambil adalah seperti berikut.
Panduan Umum Aktiviti Koneksi
Sebelum aktiviti dijalankan:
1. Buku yang mempunyai jalan cerita yang mudah dipilih terlebih dahulu.
2. Tajuk yang dipilih adalah tajuk yang dirasakan paling hampir dengan kanak kanak,
seperti hobi atau minat mereka atau aktiviti yang biasa dilakukan mahupun tempat
yang biasa dilawati (contoh untuk memulakan koneksi teks kepada diri sendiri).
3. Ulang kaji buku tersebut dengan membacanya terlebih dahulu dan aktiviti koneksi dengan diri kita
sendiri dilakukan. Apabila tiba di muka surat yang mempunyai kisah yang serupa pernah kita lalui,
berhenti sejenak untuk fikirkan kembali peristiwa itu.

4. Kemudian, peristiwa itu dibuat catatan di atas sticky note dan ditampal pada
muka surat tersebut.
5. Proses ini diulang pada setiap muka surat yang mempunyai kisah yang sama atau hampir sama kita
lalui.

Sticky note yang pelbagai warna dan bentuk ini amat praktikal dalam mencatatkan segala perkara yang difikirkan
supaya tidak mudah lupa.

Semasa aktiviti dijalankan:


1. Sebelum memulakan apa apa sekalipun teknik, penerangan tentang matlamat aktiviti dan kepentingan
skil membuat koneksi ini diterangkan terlebih dahulu.
2. Skil membuat koneksi dijelaskan dengan lebih terperinci. Contoh cara mendapatkan skil mula
ditunjukkan (seperti langkah yang seterusnya).
3. Cerita yang dipilih dibacakan dengan kuat. Apabila tiba di muka surat yang telah kita tampalkansticky
note, berhenti. Proses berfikir (yang berlaku di minda kita) semasa melakukan aktiviti koneksi disebutkan
dengan jelas kepada kanak kanak.
4. Proses berfikir dengan sedar tentang apa yang minda kita sedang fikirkan seperti aktiviti nombor 3
disebut metakognitif. Istilah ini turut diterangkan kepada kanak-kanak.
5. Apakah yang boleh membantu kita supaya aktiviti koneksi itu berjalan lancar? Soalan atau ayat
ayat prompt digunakan dan ditunjukkan penggunaannya kepada kanak-kanak.
6. Sejurus soalan atau ayat prompt digunakan, jawapan diberikan berdasarkan catatan kita padasticky
note tersebut.

7. Bagaimana kita boleh memberikan jawapan tersebut? Di sini, kita boleh terangkan apa
ituskemata dan bagaimana ia berfungsi dalam membantu aktiviti koneksi kita.
Tip
Kita tidak perlu rasa gusar memperkenalkan istilah yang dirasakan canggih atau sukar kepada kanak
kanak. Seperti apa yang selalu dikatakan orang, 'jangan memandang rendah kebolehan kanak kanak'.
Sebaliknya, istilah ini hendaklah selalu diulang sebut supaya mereka jelas lagi ingat dan sedar akan
kepentingannya mengetahui istilah ini.
Di dalam aktiviti ini, dua istilah sukar yang diperkenalkan adalah metakognitif dan skemata.
Kita boleh memperkenalkan istilah baru ini pada hari sebelum aktiviti koneksi ini dilakukan bagi
memudahkan lagi kefahaman mereka
(kedua dua istilah ini diperjelaskan dengan lebih lanjut di dalam entri bertajuk Metakognitif? Skemata?
Apakah itu?).
Persoalan yang seterusnya,
Apakah prompt yang boleh digunakan?
Apakah contoh skrip aktiviti koneksi menggunakan buku bergambar tanpa perkataan yang boleh
diberikan?

Metakognitif? Skemata? Apakah itu? (1)


Semua perkara atau aktiviti yang kita lakukan sehari hari menuntut penggunaan daya pemikiran kita.
Namun, sejauh manakah kita sedar cara pemikiran kita dan bagaimana kita menguruskannya?

Adakah kita sedar bagaimana kita berfikir dalam sesuatu keadaan?

Metakognitif
Metakognitif ialah satu tahap kognitif yang membolehkan seseorang individu itu merenung dan
memikirkan kembali proses kognitif yang berlangsung di mindanya dan mempunyai kawalan secara sedar
serta dapat mengawasi proses kognitif itu.
Dalam kata mudah, metakognitif ialah
kesedaran berfikir
tentang apa yang diketahui dan
apa yang tidak diketahui.
Sebagai contoh, seorang pelajar universiti mempunyai banyak tugasan dan projek yang perlu dilakukan.
Setiap kerja tersebut mempunyai tarikh akhir yang perlu diingati dan tidak dilanggar. Pada masa yang
sama, beliau mempunyai tugas tugas persatuan yang perlu dilaksanakan.
Pelajar tersebut sedar bahawa mengikut pengalaman lalu, beliau tidak mampu mengingati kesemua
kerja dan tarikh yang diberi. Ini mengakibatkan beliau gagal menyiapkan semua kerja tepat pada
waktunya.
Beliau pun berfikir dan bertanya pada diri sendiri, apakah langkah yang boleh dilakukan bagi
mengatasi masalah ini?

Maka, keputusan yang diambil adalah mencatat kesemua kerja dan tarikh tersebut di atas sticky noteyang
dilekatkan di dinding meja studinya. Apabila siap satu tugas, maka sticky note itu dibuang satu persatu.
Semasa melakukan tugasan, beliau menilai keadaan semasa. Didapati catatan di sticky note yang
ditampal tidak membantu beliau secara maksima.
Maka, beliau telah mengklasifikasikan tugasan tersebut mengikut prioriti dan tahap kesukaran.
Kini,sticky notes tersebut menjadi lebih teratur. Selepas itu, barulah segalanya berjalan lancar dan amat
baik.

Penggunaan sticky notes sebagai reminder pelajar universiti tersebut.

Ini menunjukkan:
Pelajar tersebut sedar tahap metakognitif tentang kapasiti memorinya untuk mengingati semua
perkara serentak.
Pelajar itu menggunakan skil metakognitif dengan berfikir bagaimana mahu mengatasinya lalu
membuat pelan tindakan.
Pelajar itu menggunakan skil metakognitifnya dengan menganalisa kembali pelan tindakannya.
Penambah baikan telah dilakukan selepas itu.

Kesedaran tentang cara atau proses pemikiran yang berlaku ini amat baik didedahkan kepada kanak
kanak pada peringkat awal.

Memahami bagaimana minda mereka berfungsi penting dalam membantu proses pembelajaran mereka.
Ini kerana mereka akan menjadi lebih cekap dalam menguruskan setiap perkara sebagai contoh
mengulangkaji pelajaran dan dapat membantu mereka lebih fokus dalam melaksanakan kerja itu.
Apabila mereka cekap menguruskan pemikiran mereka sendiri, mereka akan menjadi bijak dalam
mengatur strategi dan langkah dalam menyelesaikan sesuatu aktiviti dan masalah.
Persoalannya, bagaimana mungkin kita dapat memperkenalkan konsep metakognitif ini dengan lebih
bahasa lebih mudah kepada kanak kanak?

bersambung...

Memaknai Sebuah Cerita (2)


Posted by Fazeila Isa | Tuesday, May 1, 20120 comments
...sambungan
Kefahaman dan keupayaan menarik minat membaca dapat terhasil melalui aktiviti koneksi (seperti yang
telah dibincangkan sebelum ini). Selain itu, koneksi yang dilakukan juga berfungsi dalam membantu
kanak kanak memahami material bacaan yang kadang kala mungkin mengelirukan ataupun bacaan yang
sedikit mencabar.
Bagaimanakah hal ini boleh berlaku?
Ini kerana koneksi mendorong kanak kanak untuk menyoal dirinya sendiri untuk mencari persamaan
dalam cerita yang lazim ditemui atau yang tidak pernah dibaca sebelum ini.
Masalah kanak kanak yang kurang gemar membaca salah satu puncanya ialah membaca kelihatan satu
aktiviti pasif selain daripada bahan bacaan yang sukar serta tidak lazim ditemui. Namun, ia boleh menjadi
aktif sekiranya kanak kanak dapat menyelami atau melibatkan diri secara langsung di dalam material
yang dibaca.
Ini dapat dilakukan dengan mengadakan hubungkait antara
teks dan diri sendiri
teks dan teks
teks dan dunia
Dengan melibatkan diri secara aktif dalam proses membaca, pembaca terutamanya dari golongan kanak
kanak akan mudah untuk memberi tumpuan dan berminat meneruskan aktiviti membacanya.

Hubungan Antara Teks dan Diri Sendiri

Membuat hubung kait daripada teks kepada diri sendiri

Dalam koneksi jenis ini, kanak kanak akan cuba mengaitkan sesuatu cerita yang dibaca dengan
kehidupan dirinya sendiri dan pengetahuan terdahulunya atau istilah Inggerisnya "prior
knowledge".Prior knowledge ini termasuklah segala pengalaman, peristiwa terdahulu, perasaan dan
emosi yang pernah dialami sebelum ini.
Contoh koneksi jenis ini ialah, "Cerita ini mengingatkan saya kepada piknik keluarga di tepi pantai tahun
lalu".

Hubungan Antara Teks dan Teks

Membuat hubung kait dari teks kepada teks lain yang lain

Koneksi antara teks dan teks pula bermaksud kanak kanak akan cuba mengaitkan cerita yang sedang
dibaca dengan cerita yang pernah dibaca sebelum ini. Ini bermakna, mereka akan cuba mengaitkan
karakter, latar dan peristiwa di dalam cerita yang sedang dibaca dengan yang pernah dibaca sebelum ini.

Contoh koneksi ini adalah seperti berikut, "Ciri ciri karakter ini sama dengan karakter dari buku yang
pernah saya baca sebelum ini".

Hubungan Antara Teks dan Dunia

Menmbuat hubung kait dari teks kepada dunia.

Koneksi dengan dunia bermaksud hubungkait dilakukan antara teks dan dunia luar, iaitu tidak lagi
terbatas pada pengalaman dan pengetahuan sedia ada dalam diri. Dunia luar yang dimaksudkan adalah
segala peristiwa, sejarah, pengalaman orang lain yang dapat diketahui melalui televisyen, internet, filem,
kartun, suratkhabar, majalah dan sebagainya.
Perbezaan antara koneksi diri sendiri dan dunia adalah koneksi diri sendiri tertumpu kepada diri sendiri
sahaja manakala dunia pula melibatkan aspek yang lebih meluas dan melibatkan orang luar.
Contoh koneksi teks dan dunia ialah, "Saya pernah menonton rancangan tentang situasi yang sama di
dalam buku ini".
Dengan aktiviti ini, minda kanak kanak secara tidak sedar akan menjadi lebih aktif kerana fokus
tertumpu dalam memahami teks dengan mencari koneksi yang berkaitan. Bukan itu sahaja, cerita yang
dibaca akan menjadi lebih mudah diingati.
Bagaimanakah mengajarkan atau menggunakan strategi koneksi ini dengan menggunakan buku
bergambar tanpa perkataan? Akan dibincangkan dalam entri lain "Connection In Progress!!"

Contoh Contoh Soalan "Prompt" (5)


Sebuah buku yang baik adalah buku yang mampu membuatkan seseorang itu tertarik lalu memberikan
seluruh tumpuannya terhadap isi kandungan buku tersebut.
Apabila proses itu terjadi, bermulalah proses yang seterusnya di mana pembaca mula mencari dan
membuat perkaitan. Perkaitan yang dimaksudkan adalah perkaitan antara jalan cerita, watak, latar,
peristiwa atau apa apa sahaja elemen yang terdapat di dalam buku tersebut dengan diri mereka sendiri
dari segi pengalaman terdahulu, kehidupan mereka pada masa itu atau pengetahuan terdahulu.

Buku yang baik adalah buku yang mampu membuatkan si pembacanya "tenggelam" dengan dunianya.

Oleh itu, dalam memilih soalan yang bersesuaian, faktor ini juga perlu diambil kira. Setelah memilih buku
yang mempunyai koneksi dengan diri mereka, maka soalan soalan "prompt" yang ingin dilontarkan
bolehlah menggunakan tema ini juga.
Berikut merupakan contoh contoh soalan yang membawa koneksi kepada pembaca:
Dalam cerita ini, watak manakah yang mengingatkan kamu kepada sesiapa yang dikenali?

Daripada gambar (di dalam buku) ini, apakah perkara yang berjaya menarik perhatian kamu?
Adakah ia mengingatkan kamu kepada sesuatu?

Pada pendapat kamu, apakah perkara yang cuba ingin diketengahkan oleh pelukis buku ini?

Pada pendapat kamu, di manakah bahagian cerita atau plot yang ingin dijadikan titik fokus oleh
pelukis buku ini?
Adakah kamu bersetuju dengan jalan cerita ini? Bagaimana pula dengan penamatnya?
Adakah kamu mempunyai pengalaman yang sama atau hampir sama dengan cerita ini?

Bagaimanakah perasaan kamu ketika membaca keseluruhan cerita/ melihat gambar ini? Adakah
kamu gembira, sedih, marah, bersimpati atau kesemuanya sekaligus?

Mengapakah kamu mempunyai perasaan sedemikian?

Siapakah watak yang paling berjaya menarik perhatian kamu? Mengapakah beliau yang menjadi

pilihan?

Apakah perkara di dalam cerita ini yang paling kamu sukai?

Adakah mana mana watak di dalam cerita ini mempunyai kaitan dengan diri kamu?

Berdasarkan pengalaman kamu sendiri, adakah terdapat mana mana bahagian di dalam cerita ini
yang ingin kamu ubah sekiranya kamu yang menjadi pencerita?
Dengan merangsang cetusan koneksi antara cerita di dalam buku dan pengalaman mereka sendiri melalui
soalan soalan "prompt", kita dapat merangsang minda dan menjana kreativiti mereka.

Contoh Contoh Soalan "Prompt" (4)


Membina Kefahaman Di Samping Menguji Kemahiran Berfikir Tinggi

Buku yang bagus adalah buku yang dapat


merangsang kemahiran berfikir kanak kanak
Seperti di dalam post sebelum ini, terdapat tiga peringkat kemahiran berfikir tinggi di dalam Taxanomy
Bloom. Tiga peringkat tersebut adalah:

Kemahiran Menganalisa

Kemahiran Menilai

Kemahiran Mencipta

Untuk memastikan kefahaman dan mencetus idea idea baru dengan 'mencuit' kreativiti kanak kanak
dalam berfikir peringkat tertinggi, soalan soalan "prompt" berikut amat sesuai untuk ditanyakan. Berikut
adalah contoh contoh soalannya.
Ini adalah gambar yang terakhir di dalam buku ini. Jika cerita ini ada sambungannya, apakah yang
akan berlaku?
Cuba lihat kembali kover buku. Adakah terdapat kaitan antara kover tersebut dengan gambar gambar
yang terdapat di dalamnya? Adakah terdapat persamaan/perbezaan?
Pada pendapat kamu, mengapakah gambar itu digunakan sebagai kover? Adakah ia sesuai?
Melalui gambar gambar di dalam cerita ini, adakah sebarang objek atau perkara yang diulang ulang?
Pada pendapat kamu, mengapakah penulis melakukan demikian/ apakah yang cuba ingin
disampaikan sebenarnya?
Cuba lihat dan fikirkan tajuk buku ini. Bagaimanakah tajuk buku ini menunjukkan adanya kaitan
dengan cerita ini?
Adakah tajuk ini benar benar bersesuaian dengan jalan cerita ini/ adakah tajuk ini benar benar
menggambarkan cerita ini?
Apakah pendapat kamu tentang watak utama cerita ini? adakah kamu menyukainya?
Bahagian manakah yang menjadi kekeliruan atau tidak difahami?
Sebelum kita membaca sebentar tadi, kita telah melakukan ramalan apa yang akan berlaku melalui
kover dan tajuk buku ini. Sekarang, kita telah pun selesai. Adakah terdapat perbezaan/ persamaan
antara ramalan dan cerita sebenar? Apakah perbezaan/ persamaan itu?
Pada pendapat kamu, mengapakah penulis ini memilih tajuk untuk buku ini? Jika kamu diberi peluang
untuk mengubahnya, apakah tajuk lain yang difikirkan juga bagus untuk digantikan?
(setelah kanak kanak memilih tajuk) Mengapakah tajuk itu yang difikirkan bersesuaian? Sebelum
memilih tajuk itu adakah terdapat tajuk tajuk lain yang juga dirasakan bersesuaian? Nyatakan.
Adakah terdapat gambar atau objek di dalam buku ini yang kamu tidak fahami atau yang ingin kamu
persoalkan?
Mengapakah cerita ini berlaku seperti di tempat yang digambarkan dalam buku ini?
Dengan melihat keseluruhan jalan cerita di dalam buku ini, gambar manakah yang paling penting di

dalam cerita ini? Mengapakah gambar itu dipilih?


Berapakah masa yang diambil untuk kejadian di dalam cerita ini berlaku?/ Berapa lamakah cerita ini
berlangsung?
Siapakah yang sebenarnya bertindak sebagai pencerita di dalam cerita ini?
Pada pendapat kamu, mengapakah cerita ini mempunyai kesudahan sebegini?

Contoh Contoh Soalan "Prompt" (3)


Mengfokuskan Elemen Latar Dalam Sesebuah Cerita
Latar sesebuah cerita merupakan salah satu elemen penting dalam sesebuah cerita. Tanpa latar, jalan
cerita akan menjadi kurang sempurna dan ada kemungkinan, imaginasi kanak kanak terhadap cerita
tersebut juga akan tersekat.
Lokasi cerita, cuaca atau musim, tahun cerita itu berlangsung, keadaan sosial dan budaya adalah contoh
contoh elemen latar dalam sesebuah cerita. Kadang kala, dalam sesebuah cerita, elemen latar ini tidak
diberi penekanan kerana fokus hanya diberikan dalam penceritaan karakter dan pembangunan plot.
Sebenarnya, mengkaji latar sesebuah cerita amat baik dalam kita boleh mendedahkan kanak kanak
dengan pelbagai subjek baru meskipun mereka masih kecil lagi. Dengan mengkaji latar cerita, kita boleh
dedahkan mereka dan seterusnya menimbulkan kesedaran tentang perbezaan kebudayaan, warisan,
keadaan sosial sesebuah masyarakat, dan menambah pengetahuan tentang keadaan geografi dan entiti
sesebuah tempat.

Elemen Latar Di Dalam Buku Bergambar Tanpa Perkataan

Menariknya buku berg


ambar tanpa perkataan, contoh
contoh elemen latar yang dinyatakan sebentar tadi boleh menjadi misteri memandangkan ia digambarkan
secara bersahaja, melalui visual sepenuhnya, bukan melalui perkataan.
Sebagai contoh, buku bertajuk Window dari Jeannie Baker ini mempunyai Australia sebagai lokasinya.
Ini dapat dipastikan melalui pemerhatian terhadap latar, di mana ada seekor kangaru liar di luar kawasan
rumah.
Namun begitu, bukan semua kanak kanak berupaya untuk mengesan kehadiran kangaru tersebut lebih
lebih lagi, ia bukanlah sebahagian daripada watak utama cerita. Lebih lebih lagi, figura kangaru itu amat
kecil dan ada kemungkinan, ia boleh terlepas pandang.
Tambahan pula, bukan semua kanak kanak tahu bahawa haiwan seperti kangaru merupakan lambang
negara Australia dan haiwan ini kadang kala boleh dijumpai di kawasan hutan Australia.
Oleh itu, mengajukan soalan "prompt" yang bersesuaian diikuti penerangan fakta atau informasi baru
merupakan satu strategi yang baik untuk merangsang daya pemikiran mereka di samping mendedahkan
mereka perkara perkara baru.
Buku yang menjadi kegemaran ibu bapa di Australia ini juga sering kali digunakan sebagai bahan
pengajaran dan pembelajaran guru guru di sekolah. Antara pengiktirafan yang telah diberikan adalah:
1992 Australian Childrens Bk. Council Picture Book of the Year Award
1992 Young Australians Best Book Award (Picture Books.)
1992 Shortlisted Kate Greenaway Medal UK
1992 Notable Book in the Field of Social Sciences USA

Satu lagi contoh hasil karya Jeannie Baker adalah Mirror, yang telah mendapat pengiktirafan
2011 Children's Book Council of Australia Picture Book of the Year ('Hamlet' also won)
2011 Australian Indie Award Best children's book
2011 The English Association and the UK Literary Association's 4-11 Award: Best Children's Illustrated Book.

Elemen latar menjadi kekuatan jalan cerita buku "dua dalam satu" ini di mana ia memaparkan latar
kehidupan dua orang kanak kanak lelaki yang berbeza lokasi, budaya dan sosial, namun sedikit sebanyak
ada titik persamaan di antara kedua duanya.

Buku "dua dalam satu" karya terbaru Jeannie Baker.


Banyak ilmu ilmu baru boleh dicari gali melalui buku ini dan semua ini boleh dilakukan dengan
mengajukan soalan soalan "prompt" sebagai pencetus.

Contoh Contoh Soalan


Berikut adalah antara contoh contoh soalan "prompt" yang mengfokuskan elemen latar sesebuah cerita.
Terdapat juga soalan yang boleh membawa kepada aktiviti baru untuk dilakukan.
Apakah yang boleh dilihat dari latar belakang (rumah) ini?
Gambarkan cara pemakaian watak/ cuaca/ suasana lokasi cerita ini.
Bagaimanakah keadaan masyarakat di sekeliling di dalam cerita ini?

Berdasarkan pemerhatian latar, cara pemakaian watak dan cuaca, di manakah lokasi cerita ini
berlaku?
Pada pendapat kamu, bilakah/ pada tahun apakah kejadian ini berlaku?
Adakah kejadian ini berlaku di dalam atau di luar negara?
Adakah cerita ini berlaku di dalam atau di luar rumah/bangunan?
Adakah cerita ini berlaku pada masa dahulu atau pada zaman sekarang? Bagaimanakah kamu
mengetahuinya?
(menyelak halaman yang seterusnya) Di manakah pula lokasi cerita ini berlaku? Adakah ia
sama dengan lokasi sebelum ini?
Adakah lokasi ini sama dengan lokasi di kover hadapan buku?
Pernahkah kamu ke tempat sama atau hampir sama seperti yang ditunjukkan di dalam gambar ini?
Ceritakan.
Jika kamu ingin melukiskan kembali tempat tersebut, apakah perkara yang ingin ditambah atau
perbezaan yang akan dilakukan?
bersambung....

Contoh Contoh Soalan "Prompt" (2)


Posted by Fazeila Isa | Wednesday, March 21, 20120 comments
..sambungan
Urutan Penceritaan
Jika objektif kita pada hari itu adalah untuk mengajar urutan cerita kepada kanak kanak, maka soalan
solaan berikut boleh diajukan semasa menggunakan buku bergambar tanpa perkataan ini.
Apabila aktiviti scanning buku tersebut selesai, contoh contoh soalan yang boleh diajukan adalah seperti
berikut (soalan diajukan mengikut urutan):

Apakah yang berlaku pada permulaan cerita ini?


Apakah yang berlaku di pertengahan cerita ini?
Apakah yang berlaku di pengakhiran cerita ini?
Kadang kadang, halaman buku yang sedang diperhatikan mempunyai klu klu tertentu yang boleh
membawa kepada beberapa andaian apa yang akan berlaku selepas itu dan seterusnya.
Terdapat juga halaman yang menunjukkan sesuatu proses/aktiviti yang sedang dilakukan, contohnya

aktiviti memasak. Oleh itu, kita boleh bertanyakan langkah memasak yang seterusnya selepas misalnya
bahan A dimasukkan ke dalam adunan. Contoh soalan:
Pada pendapat kamu, apakah yang akan berlaku/ langkah yang seterusnya?
Jika gambar melibatkan sebuah perjalanan pengembaraan, atau pemandangan, kita boleh bertanyakan:
Ke manakah gambar/ perjalanan/ pemgembaraan ini akan membawa kita?
Untuk lebih menarik lagi, kita boleh menguji kemahiran menganalisa mereka melalui soalan berikut
dengan merujuk pada gambar pertama sekali (gambar di permulaan cerita):
Pada pendapat kamu, apakah yang telah berlaku sebelum gambar/ cerita ini bermula?
Kita juga boleh menguji kemahiran mengingati kanak kanak melalui soalan berikut:
Pernahkah kamu membaca atau mendengar kisah yang mempunyai permulaan/ pengakhiran yang
sama seperti buku ini?
Dengan ini, kanak kanak dapat mengaitkan pengalaman mereka dan pastinya mereka teruja untuk
menceritakan kembali kisah tersebut lebih lebih ia sebuah kisah yang digemari.

Mengfokuskan Elemen Karekter Dalam Cerita

Keupayaan membezakan karekter penting dalam memastikan kefahaman terhadap cerita

Contoh contoh soalan bagi menguji pemahaman dan kemahiran menganalisa karakter yang terdapat di
dalam cerita adalah seperti berikut:

Siapakah (watak) yang terdapat di dalam cerita ini?


Apakah yang watak/ mereka lakukan?
Apakah yang mereka susah
Apakah hubungan yang terdapat di antara mereka/ dua watak tersebut?
Apakah yang dirasakan oleh watak watak tersebut di saat ini? Mengapakah mereka berasa demikian?
Apakah yang difikirkan pula oleh watak watak tersebut? Mengapakah kamu berkata demikian?

Peringatan: Soalan soalan di atas (dan seterusnya) hanyalah sekadar contoh. Setiap soalan yang ingin
diajukan boleh disesuaikan mengikut umur dan tahap kefahaman.

Seni Bertanya Melalui Buku Bergambar Tanpa


Perkataan (1)
Taxanomy Bloom
Sehingga kini, ramai guru guru di seluruh dunia tidak kira daripada peringkat pra-sekolah hinggalah ke
universiti menggunapakai Taxanomy Bloom (TB). TB ini digunakan dari membina rangka kursus/mata
pelajaran, menetapkan objektif pembelajaran sehinggalah dalam menentukan jenis jenis soalan dalam
peperiksaan bersama sama.

Ini adalah kerana 6 tahap yang berbeza terdapat dalam TB dapat dijadikan panduan dalam menguji
sejauh mana kefahaman pelajar dan kemahiran berfikir mereka. 6 tahap atau klasifikasi tersebut
menunjukkan keupayaan berfikir seseorang individu itu adalah dalam:
Mencipta (Kemahiran berfikir tinggi)
Menilai (Kemahiran berfikir tinggi)
Menganalisa (Kemahiran berfikir tinggi)
Mengaplikasikan
Memahami
Mengingati

Seperti mana yang telah dibincangkan sebelum ini, banyak soalan soalan yang
boleh dilontarkan kepada anak dalam membantu dan merangsang mereka
menggunakan buku bergambar tanpa perkataan.
Untuk itu, ibu bapa boleh juga melontarkan soalan berpandukan 6 klasifikasi ini dalam menjalankan
aktiviti membaca buku bergambar tanpa perkataan dan aktiviti aktiviti lain berdasarkan buku tersebut.
Apakah contoh contoh soalan berdasarkan 6 klasifikasi Taxanomy Bloom?

Mencintai Buku Melalui Buku Tanpa Perkataan


Mendidik kanak kanak mencintai buku kadang kala bukan sesuatu tugas yang mudah. Tulisan yang
banyak, kadang kala fontnya kecil, ilustrasi yang sedikit, jalan cerita kurang menarik atau masalah
membaca seperti disleksia antara faktor yang boleh merencatkan tugas mendidik ini.

Mendidik kanak kanak mencintai buku bukan sesuatu yang mudah tetapi juga tidak sukar

Buku tanpa perkataan atau wordless picture book dilihat sebagai salah satu alternatif untuk memupuk
minat terhadap buku di samping dapat merangsang pemikiran dan daya kreativiti kanak kanak.
Bayangkan bagaimana perasaan seorang kanak kanak yang lemah dalam membaca tetapi masih mampu
menceritakan kembali apa yang "dibacanya" dari sebuah buku tanpa perkataan? Pasti self-esteemnya naik
dan gembira kerana akhirnya ada sebuah buku yang mampu difahami dan dibaca berulang kali.
Ini bermakna, buku ini bukan sahaja boleh digunakan oleh ibu bapa di rumah bahkan guru guru di
sekolah juga boleh menggunakannya tidak kira peringkat sekolah rendah, menengah mahupun tadika.

Memilih Buku: Kita Atau Mereka Yang Pilihkan?


Dalam pemilihan buku yang bersesuaian, kita bertanggungjawab dalam menentukan judul, kandungan,
kesesuaian umur dan tahap kesukaran sesebuah buku itu.
Namun, kuasa memilih harus diterapkan pada anak anak sejak kecil lagi. Ini kerana, kita dapat memberi
peluang pada mereka untuk mempraktikkan skil membuat keputusan dan bertanggungjawab atas setiap
keputusan yang telah diambil itu.

Beri peluang pada anak untuk berfikir dengan teliti dalam memilih (gambar hiasan).
Apabila budaya memilih berjaya diterapkan dan si anak kelihatan sudah cekap membuat keputusan,
mereka dibiarkan memilih sendiri tanpa perlu bantuan daripada kita. Jika mereka meminta bantuan,
barulah diberikan pendapat yang bersifat positif dan boleh melontarkan kembali soalan itu kepada
mereka. Contoh,
"Buku yang Shasha pilih ini, nampak bagus dan isinya nampak menarik. Apa pendapat Shasha?"
Kita juga boleh merumuskan dengan ringkas kisah buku tersebut dan bertanyakan kembali kepadanya.
Tugas kita hanya membantu, bukan membuat keputusan untuk mereka.

Sebagai contoh, kanak kanak berusia 6 tahun


ditanyakan tentang pilihannya terhadap buku bergambar tanpa perkataan bertajuk The Red Book.
"Buku ini mengisahkan seorang kanak kanakperempuan yang terjumpa sebuah bukumagik berwarna
merah.
Shasha suka cerita tentang magik dan kanak kanak perempuan?"

The Red Book dari Barbara Lehman.


Dengan cara ini, mereka akhirnya akan kembali membuat penilaian dan keputusan sendiri. Walau
bagaimanapun, kita tidak perlu khuatir sama ada tajuk dan kandungan buku yang dipilih kelihatan terlalu
mudah atau terlalu berat buat mereka. Ini adalah salah satu proses pembelajaran untuk mereka.
Apabila mereka memilih sendiri, kecenderungan untuk menghabiskan buku tersebut adalah lebih tinggi.
Mereka juga akan berasa lebih gembira dalam aktiviti membaca mereka. Mereka akan cenderung untuk
meneruskan aktiviti membaca mereka dari tahun ke tahun kerana melihat membaca itu bukan sesuatu
perkara yang dipaksa bahkan menyeronokkan.
Memilih Buku: Bagaimana mahu dimulakan?

Apabila kita mula memperkenalkan sesebuah buku, beberapa buah buku berlainan judul yang
mempunyai tahap yang sama bolehlah dipilih. Kemudian, buku buku tersebut diberikan kepada anak
anak dan ruang diberikan kepada mereka untuk memilih.
Situasi ini boleh dijalankan ke atas anak anak yang baru mula mengenali buku, baru mula membaca,
masalah membaca, atau kita sendiri ingin menjalankan sesuatu aktiviti berdasarkan objektif tertentu.
Untuk peringkat permulaan, penilaian mereka akan lebih tertumpu kepada kover hadapan seperti
warnanya, corak dan gambarnya.
Buku Yang Senang, Sedang Sedang atau Susah
Terdapat tiga kategori buku untuk anak anak.
Senang Buku kategori ini yang paling lancar dibaca dan paling mudah difahami. Buku ini perlu dalam
membina tahap keyakinan diri dalam membaca. Anak anak sering mengulang bacaannya dan
menjadikannya salah satu buku kegemaran.
Sedang sedang Buku kategori ini kebiasaannya mempunyai plot yang senang difahami dan pada masa
yang sama terdapat sedikit kesukaran. Namun, masih boleh difahami. Kebanyakan buku ini mengandungi
sesuatu maklumat baru bagi mereka.

Susah Buku ini mengundang cabaran buat anak anak untuk difahami. Ini kerana plot atau jalan
ceritanya lebih kompleks dan isi bukunya lebih banyak tahap sukar berbanding mudah. Buku ini juga
mengandungi banyak informasi baru dan kadang kala di luar budaya dan persekitaran mereka.
Ketiga tiga jenis buku ini hendaklah diperkenalkan kesemuanya pada anak anak. Mereka perlu
didedahkan secara terperinci dan bantuan hendaklah diberikan apabila sesebuah buku itu semakin sukar
tahapnya.
Melatih Strategi Memilih Buku
Kita juga amat digalakkan dalam mendidik anak anak strategi dalam memilih buku. Metod menyoal diri
sendiri boleh diperkenalkan dalam membuat penilaian. Sebagai permulaan, soalan soalan bolehlah
diajukan oleh ibu bapa kepada si anak.
Antara soalan yang boleh digunakan dalam strategi ini ialah;

Pernah baca/ lihat buku seperti ini sebelum ini?

Boleh faham jalan ceritanya?

Boleh baca dengan lancar?

Ada rasa keliru dengan mana mana bahagian buku ini?

Bersedia untuk dibantu jika buku itu sukar?

Apabila anak anak sudah mahir, soalan soalan ini akan digunakan oleh mereka sendiri dalam
menentukan jenis kategori buku yang mereka inginkan pada masa itu.
Soalan yang terakhir itu amat penting dalam menentukan sama ada si anak itu bersedia ataupun tidak
dalam mencuba buku baru yang lebih sukar berbanding buku yang mereka biasa gunakan.

Tip Memilih Buku Bergambar Tanpa Perkataan


Sebaik baiknya, buku yang dicari hendaklah bersesuaian dengan umur dan perkembangan mindanya.
Lebih menarik lagi, buku yang dipilih adalah mengikut minat, hobi, dan kecenderungan.
Harus diingati, dalam memperkenalkan apa apa sahaja jenis buku kepada kanak kanak, kita hendaklah
memilih buku yang mudah terlebih dahulu.
Dalam erti kata lain, buku yang dipilih adalah buku di mana kanak kanak dapat membacanya dengan
90% ketepatan.
Dengan ini, kanak kanak dapat menikmati sebuah buku cerita dengan lancar tanpa ada halangan dan
memahami keseluruhan jalan cerita.

Namun begitu, apabila kanak kanak dilihat sudah cekap, buku yang lebih sukar dan kompleks boleh
diperkenalkan.

Antara kedua dua buah buku bergambar tanpa perkataan ini, yang manakah lebih sesuai untuk kanak
kanak kanak berusia 6 tahun?