Anda di halaman 1dari 23

AAEA 2305

KAJIAN MASYARAKAT CINA

SOALAN 4
KEBUDAYAAN

MAHUA

MEMILIKI

KEUNIKANNYA

YANG

TERSENDIRI. BINCANGKAN.
APAKAH PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH PERSATUANPERSATUAN

CINA

(HUATUAN)

DALAM

KEBUDAYAAN MAHUA?

NAMA PENGAJAR: DR THOCK KER PONG


NAMA PELAJAR: LO YIH LIAN (TEA 070049)
YAP MEI KEE (TEA070136)

PEMANDIRIAN

Pengenalan
Kebudayaan adalah hasil karya manusia dalam usahanya
mempertahankan hidup, mengembangkan keturunan dan meningkatkan taraf
kesejahteraan dengan segala keterbatasan kelengkapan jasmaninya serta
sumber-sumber alam yang ada disekitarnya. Kebudayaan boleh dikatakan
sebagai perwujudan tanggapan manusia terhadap tantangan-tantangan yang
dihadapi

dalam

proses

penyesuaian

diri

mereka

dengan

lingkungan.

(http://kuliah.dinus.ac.id/edi-nur/mbbi/bab3.html10.9. 2008)
Sebagaimana yang diketahui, Malaysia adalah sebuah masyarakat
majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh sebab itu, budaya yang
beraneka menyebabkan rakyat di Malaysia saling mempengaruhi antara satu
sama lain.
Kebudayaan Mahua adalah sejenis kebudayaan Tionghua dari negara
China ke Malaysia dan kemudiannya berbakar umbi di Malaysia serta mengalami
proses percampuran dan menyesuaikan kebudayaan di Malaysia. Selain itu,
Masyarakat Cina dikenali sebagai Huatuan dalam kalangan orang Cina dan
terkenal dengan budaya berpersatuan.
Secara umumnya, kajian ini akan memperkenalkan keunikan kebudayaan
Mahua dan peranan yang dimainkan oleh persatuan-persatuan Cina(Huatuan)
dalam pemandirian kebudayaan Mahua melalui pelbagai aspek.

Latar Belakang kebudayaan Mahua


Kebudayaan adalah penting kepada semua bangsa. Bak ada kata:
kebudayaan adalah jiwa bangsa . Pada beratus-ratus tahun dahulu, golongan
Cina telah berhijrah ke Tanah Melayu dan bekerja di situ. Walaupun orang Cina
di Malaysia berasal dari China tetapi melalui

enam ratus tahun telah

menyebabkan mereka berhijrah dan menetap di Malaysia. Sebagaimana yang


diketahui, orang cina Malaysia mempunyai perasaan yang mendalam terhadap
kebudayaan. Oleh itu, setelah abad-19, golongan Cina mula menyedari bahawa
betapa pentingnya untuk memperkembangkan dan memajukan kebudayaan
sendiri.

Sejarah Kebudayaan Mahua


Walaupun Malaysia adalah sebuah masyarakat majmuk yang

terdiri

daripada kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India, tetapi dalam aspek politik
terikat oleh UMNO iaitu Ketuanan Melayu. Dalam keadaan ini boleh
membuktikan kesusahan perkembangan kebudayaan Mahua. Setelah berlaku
Peristiwa 13 Mei 1969 lagi menyukarkan perkembangan kebudayaan Mahua.
Pada tahun 70-an, Malaysia mengamalkan Polisi Kebudayaan Negara
menyebabkan kebudayaan Mahua dipinggirkan. Dalam keadaan ini, masyarakat
Cina telah perubahan pemikiran serta aktif dalam perkembangan kebudayaan
sendiri.
Pada tahun 1971, Polisi Kebudayaan Negara mengamalkan tiga objekif
iaitu harus mementingkan kebudayaan orang asli, kebudayaan negara boleh

menerima kebudayaan kaum lain sekiranya kebudayaan itu mempunyai elemenelemen yang sesuai dan kepentingan Islam sebagai pembentukkan kebudayan
negara. (Asas Kebudayaan Kebangsaan, 1973: vii) Hal ini telah menyebabkan
kerajaan tidak menyokong kebudayan orang Cina dan tidak mengizinkan orang
Cina memperkembangkan kebudayaan sendiri. Keadaan ini sehingga tahun
1981 telah mengalami perubahan iaitu maysarakat Cina mula memandang
serius terhadap Polisi Kebudayaan Negara.
Kali pertama mengadakan aktiviti tentang kebudayaan orang Cina adalah
pada 27 March tahun 1983, kemudian mengumumkan Resolusi Kebudayaan
dan juga menerima Memorandun Budaya Negara. Keadaan ini telah
menyebabkan persatuan-persatuan Cina menubuhkan 15 Huatuan untuk
mengumpulkan tenaga orang Cina. Oleh itu, orang Cina melaksanakan aktivitiaktiviti untuk melindungi kebudayaan. Sebagai contohnya, Pesta Kebudayaan
Cina, Dana Kebudayaan, sekolah persendirian cina dan sebagainya. Dengan
keadaan ini, kebudayaan Mahua mempunyai keunikan sendiri.

Definisi kebudayan Mahua


Pada tahun 1997 , Malaysia Dewan Tionghua telah merangka Rangka
Kebudayaan Cina (Quan Guo Huatuan Wen Hua Zong Gang Ling). Menurut
Malaysia Dewan Tionghua, kebudayaan Mahua telah mengalami proses
penyebaran kebudayaan Tionghua dari negara China ke Malaysia dan

kemudiannya berbakar umbi di Malaysia serta mengalami proses percampuran


dan penyesuaian kebudayaan di Malaysia. Definisi ini telah membuktikan
kebudayaan Mahua bukan semata-matanya kebudayaan Tionghua, malahan ia
adalah satu kebudayaan yang istimewa di mana orang Cina di Malaysia akan
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Keunikan kebudayaan Mahua


Masyarakat

Cina

di

Malaysia

amat

memandang

serius

dengan

kebudayaan sendiri. Justeru itu, bolahlah dikatakan masyarakat Cina lebih


mementingkan dan ingin mengekalkan kebudayaan sendiri jika berbanding
dengan negara lain terutamanya negara di Asia Timur. Walaupun kebudayaan
Mahua mengalami pelbagai halangan kerajaan, tetapi halangan ini telah
menyebabkan masyarakat Cina lagi degil untuk memperkembangnya. Pada
tahun 1983, masyarakat Cina telah melancarkan Revolusi Kebudayaan tahun
1984 pula telah mengadakan Pesta Kebudayaan Cina. Pada tahun 1985 juga
telah menubuhkan Malaysian Chinese Resource and Research Centre
(MCRRC) dan pada masa yang sama telah menyistiharkan Peristiharaan
Bersama Pertubuhan tahun 1988 menubuhkan Dana Kebudayaan dan
sebagainya. Kesemua aktiviti ini telah menunjukkan ketabahan kebudayaan
Mahua.

Organisasi Kebudayaan Mahua


Menurut Dr. Thock Ker Pong, struktur kebudayaan dibahagikan kepada
enam jenis iaitu persatuan, agama, pendidikan, perayaan, surat khabar dan
majalah serta kekeluarga orang Cina.
Di Malaysia, persatuan orang Cina berkembang dengan pesat. Maklumat
yang dinyatakan sehingga pada tahun 2000 di Pusat Pendaftaran Malaysia telah
menunjukan masyarakat Cina mempunyai 8775 buah persatuan orang Cina. (Sin
Chiew, 12. 3. 2000)
Biasanya,
pertubuhan

persatuan

orang

Cina

dibahagikan

kepada

Huiguan,

pendidikan, persatuan kebudayaan, persatuan pemuda dan lain-

lain. Persatuan agama orang Cina adalah tempat sembahyang bagi orang Cina.
Manakala peranan pertubuhan pendidikan adalah mengembangkan bahasa cina
melalui sekolah pendirian cina untuk mengekalkan bahasa Cina.
Surat khabar dan majalah Cina pula adalah mempergunakan bahasa Cina
untuk melaporkan dan memberi maklumat yang lebih banyak kepada persatuan
Cina agar orang ramai mengetahui tentang pergerakan,aksi-aksi serta berita
yang terbaru dalam sosial terutamanya sosial Cina. Di samping itu, perayaan
atau adat resam orang Cina
Kesemua

perkara

yang

masih dikekalkan dalam keluarga orang Cina.

dinyatakan

ini

adalah

cara

masyarakat

Cina

mengekalkan kebudayaan Cina atau lebih dikenali sebagai kebudayaan Mahua.

Dari segi dalaman dan kehidupan seharian orang Cina


Sejak dahulu, orang Cina telah mengamalkan nilai kegigihan dalam
kehidupan harian. Sebagai contohnya, walaupun persatuan-persatuan Cina
dihadkan oleh kerajaan, tetapi suasana ini menyebabkan orang Cina lebih degil
untuk memperkembangkannya.
Selain itu, orang Cina boleh menerima kebudayaan lain seperti
kebudayaan orang Melayu, India malahan kebudayaan barat. Gabungan budaya
ini setelah diadaptasi dan diaplikasikan dalam komuniti Cina dan akhirnya telah
melahirkan suatu kebudayaan yang baru. Dengan ini, Kebudayaan Mahua
merupakan satu contoh yang paling nyata dalam kehidupan seharian kita.
Kebudayaan Mahua pada awal tahun adalah dibawa dari negara China dan
pada ketika itu adalah dikenali sebagai kebudayaan Tionghua. Apabila
kebudayaan Tionghua dibawa ke Tanah Melayu dan kemudiannya berakar umbi
di Malaysia, ia telah mengalami proses percampuran dan menyesuaikan
kebudayaan di Malaysia. Keadaan ini telah membuktikan orang Cina mempunyai
sikap terbuka.
Biasanya, orang Cina mempunyai sikap keadilan atau dikenali Zheng Yi.
Pada tahun 1981, kerajaan Malaysia megamalkan Polisi Kebudayaan Negara
menyebabkan orang Cina melaksanakan aktiviti-aktiviti dan menubuhkan
persatuan-persatuan tertentu untuk melindungi kebudayaan sendiri.
Sebagai kesimpulannya, kehidupan seharian orang Cina di Tanah Melayu
yang membawa kebudayaan dari negara Cina telah mengadaptasi dan

menggabungkan dengan budaya-budaya di Malaysia terutamanya budaya


Melayu dan akhirnya mencipta keunikan kebudayaan Mahua.

Memperkembangkan kebudayaan pemikiran orang cina


Orang Cina sangat mementingkan penilaian moral seperti taat setia, kasih
sayang, kesopanan dan kesusilaan. Jadi, mereka telah menyalurkan penilaianpenilaian ini dalam kehidupan seharian. Penilaian ini merupakan keistimewaan
orang cina. Sebagai contohnya, persatuan-persatuan Cina memberi banyak
sunbangan kepada masyarakat terutamanya adalah bersatupadu dalam
masyarakat cina.

Mementingkan pendidikan Cina


Walaupun di Malaysia mempunyai banyak masalah yang berkaitan
dengan pendidikan orang Cina tetapi masyarakat Cina masih mementingkan
perkembangan pendidikan orang Cina. Mahua sentiasa menyokong sekolah
persendirian Cina serta membantu pendidikan bahasa ibuda iaitu bahasa Cina
dan menuntut mempertingkatkan status sekolah persendirian cina. Selain itu,
Mahua Wenji iaitu kesusasteraan Mahua adalah satu cara yang menggalakkan
dan mengembangkan bahasa Cina. Dalam kesusasteraan Mahua ini, penulispenulis yang dilahirkan di tanah air ini telah mempersembahkan dan
memperkenalkan kebudayaan Mahua yang diamalkan oleh bangsa Cina
Malaysia dalam karya-karya mereka dalam siri kesusasteraan Mahua.

Mementingan perhubungan antara kaum lain


Kebudayaan Mahua sentiasa mengalakkan interaksi di antara pelbagai
kaum. Misalya, persatuan-persatuan Cina mengharap dan menyerahkan saling
menghormati dalam pelbagai kaum. Hal ini dapat mengelakkan kesalahfahaman
antara pelbagai kaum.
Dengan mempunyai kelima-lima ciri keunikan kebudayaan Mahua, orang
Cina dapat mempelajari bahasa ibunda dan mengekalkan adat resam sendiri.
Selain itu, juga boleh menyebarkan nilai yang baik kepada masyarakat Cina.

Latar Belakang Huatuan


Masyarakat Cina dikenali sebagai Huatuan dalam kalangan orang Cina
dan terkenal dengan budaya berpersatuan. Sebenarnya, kewujudan pelbagai
persatuan Cina dalam masyarakat Cina berkait rapat dengan sejarah awal
kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu.
Menurut Dr Thock Ker Pong, pada abad ke-19, orang Cina menghadapi
pelbagai rintangan dan kekangan dalam kehidupan seharian. Mereka terpaksa
hidup di bawah pemerintahan penjajahan British yang asing. Tambahan lagi,
mereka tidak berkemampuan bertutur dengan orang Melayu. Maka dalam
keadaan demikian, mereka terdesak bersatu padu untuk mendapatkan
keselamatan dengan menubuhkan satu persatuan.
Pada awal-awal tahun, sejarah Huatuan boleh dibahagi kepada empat
tahap, iaitu tahap permulaan, perkembangan dalaman, perkembangan luaran
dan perkembangan kematangan.

Tahap permulaan adalah pada tahun 1673-1800. Pada waktu ini, Huatuan
berperanan sebagai orang pertengahan untuk menyelesai masalah yang
dihadapi oleh orang Cina dan berkhidmat demi orang Cina.
Tahap perkembangan dalaman adalah pada tahun 1980 hingga tahun
1889. Pada waktu ini, pelbagai jenis Huatuan didirikan. Perhubungan antara
Huatuan juga semakin rapat. Tujuannya ialah menguatkan operasi dalaman
keseluruhan Huatuan. Pada tahun 1889, oleh disebabkan Huatuan disiasat dan
diperhentikan sementara, ini telah memberi peluang Huatuan memasuki ke
tahap ketiga, iaitu tahap perkembangan luaran.
Tahap perkembangan luaran bermula pada tahun 1890 hingga tahun
sebelum peperangan dunia kedua. Pada masa itu, negara Cina menghadapi
banyak masalah. Orang Cina di Malaysia membimbang dengan keadaan di
negara Cina. Justeru itu, perhubungan dengan Negara Cina menjadi kian rapat.
Selain itu, perkembangan perniagaan orang Cina di Tanah Melayu dengan
bangsa lain mengakibatkan perhubungan antara kaum juga semakin rapat. Pada
masa itu, pelbagai jenis Huatuan mula bersatu-padu dan berhubung antara satu
sama lain dari masa ke semasa. Fenomena ini telah mengakibatkan
perkembangan negara semakin maju, bilangan Huatuan bertambah, jenis
Huatuan menjadi semakin banyak dan Huatuan juga bertukar menjadi lebih
berdemokrasi.
Pada tahap kematangan, iaitu selepas peperangan dunia kedua,
kebudayaan orang Cina di Tanah Melayu semakin nyata. Selepas kemerdekaan,
orang Cina telah mendapat kewarganegeraan dan menjadi bangsa Cina. Pada

waktu ini, bangsa Cina berusaha bekhidmat untuk negara dan semua bangsa
Cina. Di samping itu, Huatuan juga terus melindungi hak-hak bangsa Cina. Pada
masa itu, Huatuan juga berusaha untuk memperbaikan hubungan antara kaum
Cina dengan kaum-kaum yang lain.
Perkembangan Huatuan pada masa kini menjadi semakin matang.
Struktur dalaman organisasi juga menjadi lebih complicated. Justeru itu,
peranan Huatuan secara keseluruhannya boleh dikatakan lebih sempurna dan
kepelbagaian.

Definisi Huatuan
Huatuan merupakan pertubuhan-pertubuhan Cina dalam bahasa Cina dan
ia mengambil berat tentang segala aspek kehidupan masyarakat Cina. Pada
tahun 1996, Huatuan ditubuhkan dan diiktirafkan dibawah Akta Persatuan
Malaysia( ). Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli utama dalam
persatuan adalah terdiri daripada bangsa Cina.
Huatuan ialah istilah kolektif yang merangkumi pertubuhan-pertubuhan
Cina dari jenis dialek, kerabat, dewan perniagaan, dewan perhimpunan,
kebudayaan dan pendidikan. Pertubuhan-pertubuhan ini diasaskan di beberapa
peringkat untuk memberi kebajikan, perkhidmatan dan perlindungan kepentingan
kepada ahli-ahlinya dan masyarakat Cina secara umum.
(Huatuan: Kumpulan Berkepentingan Cina Dalam Politik Malaysia,2001:2)
Persatuan Cina pada masa lampau adalah terdiri daripada sekumpulan
orang Cina yang datang dari Negara Cina. Mereka kebanyakannya adalah kuli

yang dijual ke Tanah Melayu. Mereka ingin mandapat kehidupan yang lebih baik.
Dengan mempunyai idea yang sama dan juga merupakan sekumpulan orang
asing pada masa itu, mereka mencadang dan mendirikan Huatuan.
Justifikasi Huatuan adalah berdasarkan kebajikan ahli-ahli, iaitu:
1. Melalui pertubuhan persatuan, segala kebajikan ahli boleh dijaminkan.
2. Melalui pertubuhan persatuan, setiap ahli boleh saling bantu-membantu.

Peranan Huatuan dalam perkembangan negara

1. Mengumpul keseluruhan tenaga ahli untuk menjaga kebajikan


bangsa Cina
Pada masa dahulu, bangsa Cina adalah datang dari negara China dan
kebanyakkannyan adalah datang secara beramai-ramai. Dengan ini,
mereka hendaklah bantu membantu antara satu sama lain. Dengan cara
ini, kehidupan baru akan menjadi lebih terjamin dan sejagat. Justeru itu,
persatuan-persatuan Cina (Huatuan) ditubuhkan. Dengan penubuhan
Huatuan, banyak aktiviti boleh dianjurkan di samping itu juga boleh
mencapai matlamat atau tujuan semua bangsa Cina.

2. Sebagai orang pertengahan untuk menyelesaikan masalah dan


menjadi tongkat semangat bangsa Cina
Bangsa

Cina

merupakan

satu

bangsa

yang

mangambil

berat/

mementingkan kampung halaman. Keadaan ini telah mmberi peluang

kepada

bangsa

Cina

untuk

menubuhkan

Huatuan.

Huatuan

ini

berperanan sebagai orang pertengahan untuk mengatasi masalah yang


dihadapi oleh bangsa Cina. Selain itu, mereka juga bertanggungjawab
untuk menjaga kestabilan sosial supaya mengelakkan perasaan tidak
puas hati antara bangsa.

3. Memegang prinsip konfucianisme iaitu semangat taat setia


Kebudayaan Cina mementingkan taat setia, kasih saying, berpegang
pada janji dan keharmonian. Kesemua yang dinyatakan adalah penting
untuk meningkatkan keperibadian dan akhlak seseorang. Manakala dalam
acara

pemilihan

pemimpin,

Huatuan

memegang

prinsip

memilih

seseorang yang berakhlak dan berkebolehan. Dengan berdasarkan


prinsip ini, pemimpin yang terpilih akan bertanggungjawab untuk
menghebohkan/memperluaskan

semangat

Konfucianisme

dan

kebudayaan Cina.

4. Mengembangkan pendidikan bahasa Cina


Bangsa Cina sejak dahulu telah mengamalkan satu peribahasa yang
bermakna tidak kira sendiri hidup betapa susah payah, mestilah memberi
pendidikan

kepada

generasi

yang

baru.

Jadi,

Huatuan

sangat

mementingkan pendidikan Cina. Mereka sentiasa menyumbangkan


semangat kecintaan, kewangan dan kebendaan untuk menyokong dan
memperluaskan perkembangan pendidikan Cina.

5. Menerus dan mengembangkan kebudayaan Cina


Tokong, Persatuan Peniagaan Cina, persatuan-persatuan Cina yang lain
serta pendidikan kebudayaan telah mempertingkatkan tahap kebudayaan
Cina. Sebagai contoh, tarian singa, kaligrafi, taiji, opera dan sebagainya
telah menaruh tenaga baru dalam kebudayaan Cina. Kebudayaan Cina
pada masa kini masih diperkembangkan dengan baik.

6. Sebagai jambatan antara pihak kerajaan dan penduduk


Huatuan merupakan satu jambatan antara pihak kerajaan dengan
penduduk dan ia berperanan untuk menyampaikan mesej daripada pihak
kerajaan kepada rakyat jelata. Secara kontroversi, Huatuan juga
bertanggungjawab

untuk

menyampaikan

perasaan

orang

ramai

terutamanya bangsa Cina kepada pihak kerajaan. Dengan ini, barulah


masalah dapat diselesaikan. Selain berperanan sebagai penyelesai
masalah, Huatuan juga bertanggungjawab membantu bangsa Cina untuk
mendapat manfaat bangsa.

Bagaimana Huatuan Mengukuhkan Kebudayaan Mahua?


Huatuan amat penting dalam masyarakat Cina sejak zaman dahulu. Ini
adalah disebabkan ia berperanan sebagai pelindung dan pejuang hak untuk
melindungi kepentingan dan kebajikan masyarakat Cina. Di samping itu,

Huatuan juga membuat tuntutan terhadap kumpulan lain dalam masyarakat demi
perkembangan

masyarakat

Cina

terutamanya

dari

segi

kebudayaan

( Kebudayaan Mahua ).

Peranan 15 Huatuan dan Gabungan Dewan-dewan Perhimpunan Cina


Malaysia serta Fungsi <Memorandum Budaya Negara>
Untuk melindungi kebudayaan Mahua, Huatuan telah mengambil
beberapa langkah. Salah satu langkah ialah Huatuan melancarkan aksi-aksi
melindungi kebudayaan masyarakat Cina. Pada masa itu, satu kumpulan
dinamakan 15 Huatuan merupakan pemimpin dalam pergerakan ini. Mereka
telah menghantar <Memorandum Budaya Negara> pada 30 March 1983. Ini
merupakan satu penamatan bagi pergerakan kali pertama. Demi meneruskan
perlindungan kebudayaan Mahua setelah pergerakan tamat, 15 Huatuan pada
12 Disember 1983 telah menubuhkan Ahli Jawatankuasa Budaya Cina (Quan
Guo Huatuan Wen Hua Gong Wei Yuan Hui). Jawatankuasa ini dipimpin oleh
pemimpin-pemimpin masyarakat Cina di mana mereka bertanggungjawab untuk
melaksanakan Resolusi Kebudayaan dan kebudayaan Mahua yang dinyatakan
dalam <Memorandum Budaya Negara>. Dengan ini, ahli jawatankuasa tersebut
menyeru Gabungan Dewan-dewan Perhimpunan Cina Malaysia mengadakan
Pesta Kebudayaan Cina bukan sahaja yang menggalakkan melaksanakan
kewajipan menyebar dan mengekalkan kebudayaan Cina tetapi juga sebagai
satu tanda peringatan bagi Resolusi Kebudayaan.

Pesta Kebudayaan Cina kali pertama diadakan pada tahun 1984 dan
penganjurnya ialah Dewan Perhimpunan Cina Selangor. Manakala pada tahun
1986, penganjur Pesta Kebudayaan Cina ke-3 iaitu Dewan Perhimpunan Cina
Perak telah menghadapi masalah dalam proses penyediaan pesta ini. Justeru
itu, Ahli Jawatankuasa Penasihat Kebudayaan Cina Pesta telah ditubuhkan.
Objektifnya ialah mengatasi masalah yang dihadapi dalam proses penyediaan
dan mengumpul elit-elit dari seluruh negara supaya kebudayaan Cina dapat
dikekalkan secara turun-temurun. Pada tahun yang sama, AJK penasihat telah
membuat keputusan untuk memperluaskan pertubuhan penasihat agar dapat
menarik lebih banyak elit dari arena yang berlainan menyertai pertubuhan untuk
mempertingkat

taraf

kebudayaan.

(Conference

on

Malaysia

Chinese

Contributions and National Progress,2008:6)

Pesta Kebudayaan Cina


Pesta Kebudayaan Cina dianjurkan setiap tahun sejak tahun 1984. Faktor
utama pesta ini dianjurkan tiap-tiap tahun adalah disebabkan kebudayaan Cina
digugatkan oleh kebudyaan Melayu pada masa tersebut. Keadaan ini telah
membawa perasaan kebimbangan kepada komuniti Cina.
Pada tahun 1988, aktiviti-aktiviti tentang Dana Kebudayaan Cina telah
ditubuhkan. Ajk-ajk Pesta Kebudayaan Cina ke-5 pada masa itu telah
mengadakan aktiviti seorang seringgit dan menyeru komuniti Cina menyokong
aktiviti-aktiviti ini. Oleh disebabkan mendapat balasan/sambutan yang baik,
Dewan Perhimpunan Cina Selangor telah menubuhkan satu Ahli Jawatankuasa

Kewangan untuk menguruskan tabung kewangan ini. Pada masa yang sama,
Ahli Jawatankuasa Penasihat Kebudayaan Cina telah mencadang dan membuat
persediaan

untuk

menganjurkan

aktiviti

yang

dinamakan

Persembahan

Kebajikan Kebudayaan Elit atau lebih dikenali sebagai Jing Ying Wen Hua Yi
Yan. Akhirnya aktiviti ini telah berjaya diadakan dan budaya Cina juga dapat
diperkembangkan ke seluruh negara. Manakala wang kebajikan yang terdapat
melalui aktiviti ini telah dimasukkan dalam Dana Kebudayaan.
Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan telah berjaya mendapat sambutan yang
baik

dari

masyarakat

Cina.

Justeru

itu,

kebudayaan

Cina

pesat

diperkembangkan terutamanya di kalangan pemuda-pemudi. Pada 12 Jun tahun


1988, pertubuhan bagi Gegendang 24 telah didirikan. Pada Pesta Kebudayaan
Cina ke-6, persembahan Gegendang 24 diperkenalkan kepada masyarakat
umum. Akhirnya, persembahan Gegendang 24 diterima oleh seluruh negara dan
sekali lagi telah membuktikan bahawa dengan melalui Pesta Kebudayaan Cina,
kebudayaan Cina/ kebudayaan Mahua dapat diperkembangkan.
Kini, kebudayaan Cina telah menjadi satu pewakil bagi komuniti Cina.

Pendidikan
Dari segi pendidikan, sekolah Cina sangat penting dalam komuniti Cina.
Hal ini disebabkan oleh sekolah Cina boleh membekalkan satu peluang yang
memperlajari bahasa ibunda serta mengekalkan kebudayaan sendiri. Hua Jiao
Jie iaitu kebudayaan pendidikan adalah satu perayaan yang diadakan setiap
tahun untuk peringatan pemimpin Huatuan Lim Lian Yu.

Penyebaran dan perkembangan kebudayaan orang cina harus menaruh


kepada pendidikan Cina. ( Lim Lian Yu )
Sekolah Cina bukan sahaja mengekalkan kebudayaan Cina malahan
mewakili komuniti Cina di Malaysia. Justeru itu, pihak yang berniat buruk yang
ingin merosakkan identiti komuniti Cina akan dibantah oleh masyarakat Cina
terutamanya Lim Lian Yu. Oleh kerana mempunyai semangat Lim Lian Yu,
pendidikan Cina dapat dikekalkan.
Selain itu, Sekolah Persendirian Cina juga merupakan satu langkah yang
pemandirian kebudayaan Mahua. Sekolah Persendirian Cina merupakan salah
satu jenis pilihan sekolah lanjutan bagi pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina. Sekolah Persendirian Cina memainkan peranan penting dalam masyarakat
Cina. Ia bertanggungjawab untuk memajukan bahasa ibunda iaitu bahasa Cina
secara berterusan dan memikul beban untuk menyebarkan dan mengekalkan
kebudayaan bangsa Cina.
Pada tahun 1967, Dong Jiao Zong mencadang untuk menubuhkan
Universiti Persendirian Cina. Dengan ini, bahasa Cina akan menjadi bahasa
pengantar dalam universiti. Objektifnya adalah memberi peluang kepada pelajar
terutamanya pelajar Sekolah Persendirian Cina yang tidak dapat memasuki
universiti tempatan ke universiti persendirian agar mewujudkan lebih banyak
peluang kepada mereka. Akhirnya, Dong Jiao Zhong berjaya memohon dan
menubuhkan Universiti Persendirian Cina yang dinamakan Kolej Nanfang
pada tahun 1988. Dalam Kolej Nanfang, sistem penyebaran pendidikan Cina
menjadi semakin sempurna.

Semangat Lim Lian Yu dan Dong Jiao Zhong telah membantu orang Cina
di Malaysia mendapat mempelajari bahasa ibunda di samping itu mengekalkan
kebudayaan Mahua.

Pertubuhan-pertubuhan Cina
Pertubuhan Cina atau Huatuan terdiri daripada pelbagai jenis persatuanpersatuan Cina. Antaranya persatuan-persatuan yang penting dalam komuniti
Cina ialah Dewan Perhimpuan Cina Selangor (DPCS), Gabungan pertubuhan
Cina

Malaysia

(GPSM),

Gabungan

Dewan-dewan

Perniagaan

dan

Perindusturian Malaysia (ACCCIM), Dewan Perniagaan Kuala Lumpur dan


Selangor, dan Dong Jiao Zhong. Persatuan-persatuan ini merupakan ciri penting
Huatuan dalam perkembangan kebudayaan Cina(kebudayaan Mahua). Selain
itu, persatuan-persatuan ini juga mempunyai satu ciri yang unik iaitu berperanan
sebagai suara pelindung untuk masyarakat Cina dalam bidang-bidang yang
tertentu. Sebagai contoh, ACCCIM memperjuangkan kepentingan ekonomi
masyarakat Cina, Dong Jiao Zong pula memperjuangkan kepentingan
pendidikan Cina. Walaupun demikian, objektif persatuan-persatuan ini pada
akhirnya adalah menitikberatkan tentang segi perkembangan dan pengekalan
kebudayaan Cina.

Dong Jiao Zong


Pada tahun 1951, Gabungan Persatuan-persatuan Guru-guru Sekolah
Cina Malaysia (JiaoZong) telah ditubuhkan dan pada tahun 1954 pula telah

menubuhkan Gabungan Persatuan-persatuan Lembanga Pengurus Sekolah


Cina Malaysia (DongZong). Pembentukan kedua-dua buah persatuan ini adalah
untuk mengesyorkan pemansuhan sistem vernakular (sekolah Cina dan Tamil)
dan menggantikannya dengan jenis sekolah kebangsaan pada 1951. Oleh sebab
kedua-dua buah pertubuhan ini memperjuangkan pendidikan Cina dan
mempunyai haluan serta pendirian perjuangan yang sama, maka ia selalu
dikenali secara kolektif sebagai DongJiaoZong. (Thock Ker Pong, 2001: 6)

Kongres Kebudayaan Cina


Pada

tahun

1971,

kerajaan

melaksanakan

Dasar

Kebudayaan

Kebangsaan (DKK) dan program ini telah menimbulkan bantahan masyarakat


Cina.

Keadaan

ini

sehingga

pada

tahun

1983,

pergerakan

Huatuan

menganjurkan Kongres Kebudayaan Cina di Pulau Pinang. Pemimpin-peminpin


Huatuan menyediakan Memorandum Kebudayaan Kebangsaan untuk meminta
agar pembentukan kebudayaan kebangsaan harus bercirikan kemajmukan
budaya dan berasaskan budaya unggul berbagai-bagai kaum di negara ini.
( Memorandum Kebudayaan Kebangsaan, 1983: 40)
Malaysian Chinese Resource and Rearch Centre(MCRRC) adalah penting
bagi menjalankan penyelidikan tentang sumbangan dan masa depan masyarakat
Cina dalam pembangunan negara. MCRRC telah menghasilkan sebuah
dokumen penting yang dipanggil Perisytiharan Bersama Pertubuhan-pertubuhan
Cina Malaysia 1985 (PBPCM). Dokumen ini menyatakan kehampaan dan
kebimbangan

masyarakat

Cina

terhadap

dasar-dasar

kerajaan

yang

mengutamakan kaum bumiputera dan ini seterusnya menghakis hak-hak bukan


Melayu dalam bidang politik, ekonomi, sosial, budaya, bahasa dan pendidikan.
( Perisytiharan Bersama Pertubuhan-pertubuhan Cina Malaysia, 1985: 1)
Melalui kerjasama antara pertubuhan-pertubuhan Cina dan pergerakanpergerakan yang diambil oleh Huatuan, kebudayaan Mahua dapat dikekalkan
sampai hari ini. Dengan ini, sebagai bangsa Cina kita haruslah berbangga
dengan sumbangan-sumbangan pemimpin-pemimpin masyarakat Cina. Selain
itu, kita juga harus mengambil berat dengan kebudayaan Cina di Malaysia yang
unik ini dan bertanggungjawab mengamalkan dan menyebarkannya dalam
kehidupan seharian kita.

Kesimpulan
Kebudayaan Mahua mempunyai keunikan yang tersendiri. Ia merupakan
gabungan budaya Tionghua dan budaya di Malaysia atau Tanah Melayu sebelum
kemerdekaan. Selepas berpuluh-puluhan tahun, kebudayaan Mahua masih
dikekalkan pada hari ini dan masih diperkembangkan oleh Huatuan dan pihak
yang tertentu. Walaupun demikian, aktiviti-aktiviti yang dianjurkan beberapa
tahun terdekat ini nampaknya tidak begitu nyata mengandungi unsur-unsur
budaya Cina walaupun ia bertujuan memperkembangkan kebudayaan Cina.
Sebenarnya, sebagai seorang bangsa Cina generasi baru, pemudapemudi haruslah mengambil berat tentang perkembangan budaya sendiri
semasa menerima budaya lain seperti budaya barat. Huatuan berperanan
mengukuhkan kebudayaan Cina sementara itu setiap bangsa Cina juga

bertanggungjawab memikul beban untuk menyebarkan budaya sendiri yang


istimewa dan unik ini dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Budaya merupakan jiwa bangsa. Budaya juga merupakan akar bangsa.
Demi mengekalkan budaya keunikan komuniti Cina iaitu kebudayaan Mahua,
marilah mengamal dan memperkembangkannya.

Bibiografi

Pergetian Kebudayaan.(n.d). Retrieved September 10,2008, from


http://kuliah.dinus.ac.id/edi-nur/mbbi/bab3.html
Thock, K.P. (2001). Huatuan: Kumpulan Berkepentingan Cina Dalam Politik
Malaysia.
Thock, K.P. (2007). Conference on Malaysian Chinese Contributions and
National Program.
Liu Shi, Lai, G.F., Lu, Z.Y. (1998). <Perhimpunan Resolusi Pemikiran
Kebudayaan Cina>. Kuala Lumpur: Gabungan Dewan-dewan Perhimpunan Cina
Malayia.
Thock, K.P. (2007). Persatuan Cina Nadi Kebudayaan Mahua. Kuala Lumpur:
Dewan Budaya.
Tan, A.C., Ling, L.L. (1995). <Dana Kebudayaan Cina + Majalah Bulanan Bu
Fei Jiang He Shi Liu>. Kuala Lumpur: Malaysian Chinese Resource and Rearch
Centre(MCRRC).

Anda mungkin juga menyukai