Anda di halaman 1dari 11

CIRI-CIRI TASAWWUR

ISLAM
ICSB112
KUMPULAN 6
USTAZAH SYAFAWATI
BT SALIHAN

RABBANIYAH
Islam bukan agama ciptaan manusia. Setiap ciptaan
manusia mempunyai kelemahan, keterbatasan dan
terpengaruh oleh faktor-faktor tempat, masa,
budaya, warisan, watak dan hawa nafsu. Maksud
Rabbaniyyah ialah bahawa seluruh alam, peraturan
serta sistem yang terkandung di dalam Islam
merupakan ciptaan Allah dan digubal olehNya.
Allah sebagai pencipta, pentadbir dan pemilik alam
dan seluruh makhluk. Tidak ada satupun sistem
Islam ini direka atau digubal oleh manusia.
Penerimaan manusia akan hakikat Rabbaniyyah ini
akan mendorongnya melaksanakan seluruh tuntutan
Islam ini dengan penuh gembira, senang, redha,
jujur dan ikhlas

SYUMULIAH
Syariat Islam itu suatu sistem yang syumul
mencakupi semua urusan hidup yang menggariskan
manusia jalan iman, menerangkan dasar-dasar
aqidah, menyusun hubungan manusia dengan
Tuhannya, memerintah bersihkan jiwa, dan
mengatur hubungan manusia sesama manusia.
Islam merupakan agama yang lengkap dan
sempurna karena di dalam Islam mencakup akidah
yang tercermin dengan syahadatain dan rukun iman.
Islam juga mencakup ibadah yang tercermin dengan
shalat, zakat, puasa dan haji.

Alamiyyah(Sejagat)
Alamiyyahbermaksud Islam
merupakan agama yang universal,
tidak terikat dengan masa, tempat
dan ruang. Malah, Islam sesuai
untuk semua manusia, setiap
bangsa dan tidak terbatas pada
masa-masa tertentu.

Waqiyyah(Realistik)
Al-Waqiiyyah boleh didefinisikan sebagai
realiti dan kebenaran. Ia melibatkan ajaran
Islam yang bersifat praktikal sesuai dijadikan
amalan di dalam kehidupan manusia. Sebarang
kemusykilan dan permasalahan serta
persoalan yang berlaku sepanjang proses
kehidupan manusia akan dapat diselesaikan
mengikut kaedah Islam bergantung kepada
keadaan dan kesesuaian realiti sebenar. Maka
Islam itu dilihat sebagaifleksibel dalam
menyelesaikan semua kemusykilan yang
timbulbergantung kepada keadaan.

INQILABIYYAH
Inqilabiyyah: tertegaknya Islam atas kejatuhan
jahiliyyah. Yakni tidak akan tertegaknya Islam
seandainya jahiliyyah bermaharajalela dan
tidak dihapus secara total. Islam bukan boleh
ditempel-tempel dan diselit-selitkan pada celahcelah jahiliyyah. Islam bukan agama yang boleh
bertoleransi dengan Jahiliyyah. Islam tak boleh
ambik separuh dan separuh lagi bagi chance
untuk Jahiliyyah. Tertegaknya Islam adalah
atas keruntuhan jahiliyyah itu sendiri.

AL- THABAT WA AL- MURUNAH

Perkataan al- Thabat bermaksud tetap dan mantap. AlMurunah pula bermaksud anjal, boleh dilentur,
menerima perubahan dan boleh disesuaikan.
Ini menunjukkan bahawa kedua-dua unsur tersebut
terdapat dalam tasawur Islam yang bermaksud Islam
itu bersifat al- Thabat tetapi dalam masa yang sama
bersifat al- Murunah.
Dalam erti kata lain, ia bersifat tetap dan mantap
tetapi boleh dilentur serta tidak berubah tetapi boleh
disesuaikan. Kemantapan dalam tasawur Islam
bermaksud kemantapan pada tujuan dan matlamatnya.
Kelenturan pula pada cara pendekatan.
Tetap pada prinsip asal dan hukum-hukum Qatinya
tetapi lembut dan mudah dilentur pada ranting-ranting
dan cabangnya. Kukuh dan istiqamah pada urusanurusan dengan Allah.

Wasatiyyah(Kesederhanaan
)
Wasatiyyahialah elemen yang sangat penting
dalam Islam. Islam menolak semua unsur
ekstremisme dalam kehidupan manusia.
Ummah wasatiyyah akan menjadi saksi ke atas
ummah manusia keseluruhannya bagi
menentukan keadilan dan kesaksamaan sejagat.
Ummah tersebut berupaya meletakktan sistem
nilai pada tempat yang sepatutnya, juga mampu
memberi pandangan serta memperbetulkan
keadaan dengan benar : ini benar dan yang ini
salah.

Tawazun(Keseimbangan)
Tawazunbermaksud ajaran Islam
memberikan perhatian yang
seimbang kepada semua aspek
kehidupan manusia; dari segi
individu dan masyarakat, rohani
dan jasmani, kebendaan dan
kerohanian serta dunia dan akhirat.

Tuntutlah

ilmu sejak
dari buaian hingga
liang lahat

SEKIAN TERIMA KASIH