Anda di halaman 1dari 3

Teks Pengerusi Majlis Sambutan Ambang Merdeka

Yang berusaha, Tuan Syed Sulaiman bin Syed Ariffin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Taman Molek, Yang dihormati Puan Rosni binti Ghani, Pen Kanan Kurikulum, Yang
dihormati Encik Sahak bin Mohd Don, Pen Kanan HEM, Puan Hajah Rokiah binti Md Isa,
Pen Kanan Kokurikulum, rakan-rakan guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia.


Dengan limpah kurnia dan izinNya, dapatlah kita sama-sama berkumpul pada pagi Isnin
ini.
Irama beralun gendang dipalu,
langkah diayun berpasang-pasangan,
55 tahun telah berlalu,
Malaysia megah menyambut kemerdekaan.
55 tahun, Janji ditepatibegitulah tema kemerdekaan Malaysia pada tahun ini.
Hadirin sekalian,
Sedar tak sedar negara kita, Malaysia, kini sudah menjangkau usia 55 tahun. Banyak
perubahan maju yang boleh kita nampak terhadap negara ini dari semasa ke semasa.
Namun, kita harus akui kejayaan dan tranformasi yang kita kecapi hari ini bukanlah datang
dalam sekelip mata. Tetapi, hakikatnya ia berlaku atas usaha gigih pemimpin-pemimpin
terdahulu yang banyak berkorban jiwa dan raga.
Sempena hari kemerdekaan yang akan disambut pada tahun ini, saya berharap agar kita
semua dapat menghayati erti sebenar kemerdekaan yang kita kecapi hari ini.
Hadirin sekalian,
Jika kita imbas semula sejarah kemerdekaan Tanah Melayu, negara kita mungkin tidak
boleh merdeka kalau rakyatnya sendiri tak bersatu-padu. Dasar pecah dan perintah oleh

penjajah telah menyebabkan rakyat berpecah-belah. Melayu sama Melayu, Cina sama Cina
dan India sama India.
Tapi atas perjuangan Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambanthan
kita semua disatukan. Maka wujudlah bangsa 1Malaysia yang ada pada hari ini.
Justeru, bangsa 1Malaysia yang melata di muka bumi Malaysia inilah yang mampu
membentuk ke mana hala tuju Malaysia. Sehubungan itu, sebagai rakyat Malaysia, kita
perlu memainkan peranan penting untuk mempertahankan kemakmuran, keharmonian, dan
keselesaan, yang sedia ada sekarang.
Murid-murid sekalian
Jika kita lihat, pelbagai perubahan dari segi pembangunan, teknologi telah kita lalui. Kita
semestinya bersyukur dengan kemerdekaan negara kita. Negara Malaysia aman, damai
dan bebas daripada sebarang ancaman dan jajahan seperti Palestin.
Bagi memberkati majlis perasmian ambang merdeka ke-55 pada hari ini, dijemput Ustaz
___________________________ untuk membacakan doa. Dipersilakan.
Alhamdulillah semoga kita, mendapat keberkatan, sepanjang hayat. Bagi meneruskan atur
cara pada pagi ini, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu Bangsa Johor, dan Ke
Puncak Jaya
Hadirin sekalian, untuk meneruskan majlis pada pagi ini, saya bagi pihak majlis
mempersilakan ________________________________________________________
Mengetuai bacaan ikrar.
dunia belajar erti merdeka sejati
mempelajari dan menerima segala perbezaan
merdeka mentafsir hidup
tanpa paksaan kuasa
kita tawarkan dunia menaja kemanusiaan
dan bukan alat peperangan
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan laporan guru bertugas pada minggu lepas.
Terima kasih.
Sebelum saya teruskan dengan acara perasmian, dengan ini saya menjemput Cik Rosliana
binti Rosli selaku penyelaras program sambutan kemerdekaan untuk menyampaikan
sepatah dua kata.

Terima kasih. Diharap murid-murid yang berminat untuk menyertai aktviti yang
dirancangkan dapat memberikan komitmen yang baik.
Bagi melengkapkan majlis kita pada pagi ini, dipersilakan Tuan Syed Sulaiman bin Syed
Ariffin , Guru Besar SK Taman Molek untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan
Majlis Sambutan Ambang Merdeka Yang ke-55.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Syed Sulaiman bin Syed Ariffin atas ucapan
perasmian itu tadi.
Sebelum mengakiri majlis pada pagi ini, diminta semua hadirin berdiri supaya kita samasama dapat menyanyikan lagu Janji Ditepati, Jalur Gemilang dan Tanggal 31, dan
Negaraku.
Akhir kata, tamatlah sudah majlis kita pada pagi ini. Sekali lagi syabas dan tahniah kepada
warga SK Tmn Molek kerana dapat sama-sama meraikan majlis sambutan ambang
kemerdekaan ini.
Degupkanlah Jantung Kita
Nyatakanlah Dalam Hati
Kita Berbangga Menjadi Rakyat Malaysia
Marilah Kita Bertepuk Tangan
Memberi Sokongan 55 Tahun Kemerdekaan
Terima kasih