Anda di halaman 1dari 18

PJJ-UUM

1.0

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

PENGENALAN

Dalam percukaian, pembayar cukai dikenakan cukai dalam dua bentuk, sama ada
melalui cukai langsung seperti cukai pendapatan dan cukai jalan atau melalui cukaicukai tidak langsung seperti cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Bagi cukai
langsung, pembayar cukai sudah tentu akan menyedari bahawa mereka sedang
menghadapi beban cukai kerana pembayar cukai dikehendaki mengisytiharkan
pendapatan mereka dan membayar cukai yang sewajarnya kepada kerajaan. Walau
bagaimanapun, bagi cukai tidak langsung, pembayar cukai biasanya tidak sedar
bahawa mereka telah dikenakan cukai bermula amaun cukai yang telah diambil kira
dengan harga jualan.
Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) merupakan salah satu jenis cukai
tidak langsung. GST juga dikenali sebagai cukai nilai tambah (VAT) (Behan &
Jenkins, 2005). Walaupun GST dan VAT mempunyai nama yang berbeza, mereka
mewakili sistem yang sama di mana kos cukai sebenarnya ditanggung oleh
pengguna akhir. Walau bagaimanapun, setiap langkah dalam rantaian bekalan akan
dikenakan cukai dan akan disalurkan kepada kerajaan. Rantaian bekalan juga boleh
menuntut kembali GST yang telah dikenakan ke dalam produk yang dibeli. Menurut
Singh (2007), ia adalah didokumenkan bahawa GST boleh menjadi satu bentuk
cukai tidak langsung yang berkesan. Pada masa ini, banyak negara seperti United
Kingdom, New Zealand, Australia dan Singapura telah melaksanakan GST
Mengikut perancangan awal kerajaan, cukai perkhidmatan dan barangan
(GST) sepatutnya dilaksanakan pada 2007. Bagaimanapun, pelaksanaannya yang
diperkenalkan pada 2005 ditangguhkan kerana dilihat agak tergesa-gesa selain
negara memerlukan sebuah penstrukturan semula cukai yang lebih sistematik.
Malah cadangan untuk mengganti sistem cukai jualan dan perkhidmatan kepada
cukai konsumpsi yang digelar sebagai GST telah diumumkan pada pembentangan
bajet 2005 oleh Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Awalnya ia dicadang untuk dikuatkuasakan bermula 1 hb Januari 2007. Dalam
usaha untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan kerajaan, bajet
2005 mencadangkan penyusunan semula sistem percukaian negara termasuk
mengkaji peruntukan yang disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Ini
1
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

katanya bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih berkesan dan
berupaya menjana hasil negara.
GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada.
Pada masa ini cukai jualan dikenakan ke atas barangan ketika diimport atau di
peringkat perkilangan. Cukai perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan
tertentu termasuk profesional, hotel dan restoran. GST didakwa sebagai sistem
cukai yang lebih komprehensif, efisyen, telus dan efektif. Ia juga diduga akan
menambahkan pendapatan cukai tahunan untuk kerajaan. Perbezaan GST dengan
sistem cukai penggunaan sedia ada hanyalah dari segi skop pengenaan cukai yang
lebih meluas iaitu disemua peringkat pengeluaran dan pengedaran di samping boleh
menuntut kredit cukai ke atas GST yang dibayar ke atas input perniagaan.
Berbanding dengan sistem cukai penggunaan sedia ada, dimana cukai jualan hanya
dikenakan pada satu peringkat pengeluaran iaitu semasa barang-barang tersebut
dikeluarkan daripada kilang atau diimport. Manakala, cukai perkhidmatan pula
dikenakan ke atas perkhidmatan-perkhidmatan tertentu pada peringkat ianya
disediakan kepada pihak pengguna.
Pada 29 November 2009 Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah
dalam kenyataannya telah mendakwa kerajaan akan memperoleh pendapatan cukai
tahunan sebanyak RM 1 bilion dari GST. Beliau berkata sebanyak 143 buah negara
telah melaksanakan GST. Dalam Asean hanya Malaysia, Brunei dan Myanmar yang
belum

memperkenalkannya.

Ditambah

lagi,

dikatakan

GST

akan

dapat

mengurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan individual.


Kini negara jiran yang melaksanakan GST adalah Singapura, Thailand,
Indonesia dan Filipina. Kadar GST yang diguna oleh negara-negara ini waktu ini
ialah Singapura 5%, Thailand 7%, Indonesia 10% (digelar sebagai cukai nilai
tambah VAT) dan Filipina 10%. GST dijangka dilaksanakan 18 bulan selepas
bacaan kedua rang undang-undang pada Mac tahun 2010. Ini bermakna cukai itu
akan berkuatkuasa sekitar Ogos atau September 2011.

2.0

SEJARAH GST
2
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

Berdasarkan artikel The Impacs of Goods and Services Tax ( GST ) on Middle
Income Earnes in Malaysia, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) telah
diperkenalkan di Perancis pada tahun 1950-an dan telah diterima oleh lebih
daripada

120 negara, termasuk

Eropah (EU). Cukai

barangan

semua negara-negara
dan

perkhidmatan (GST)

anggota

Kesatuan

ialah

peratusan

cukai terhadap nilai yang ditambah di setiap tahap pengeluaran. Ia merupakan


perbezaan antara jualan dan kos membeli bahan input .
Terdapat tiga jenis asas terhadap nilai yang ditambah cukai (GST) yang mana ianya
bergantung kepada bagaimana pelaburan dijalankankan dalam asas cukai iaitu jenis
cukai barangan dan perkhidmatan terhadap keluaran dalam Negara kasar
(KDNK), jenis

penggunaan

cukai

barangan

dan

perkhidmatan,

dan jenis

pendapatan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Di bawah jenis Sistem Cukai
Barangan dan Perkhidmatan terhadap keluaran dalam Negara kasar (KDNK), tiada
potongan dibenarkan

untuk pelaburan

modal apabila mengira asas


cukai jualan

yang

cukai. Cukai

mana

boleh

barangan modal. Di bawah jenis

modal dan
tersebut

adalah

susut

nilai

bersamaan dengan

digunakan bagi kedua-dua pengguna dan

Sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan

terhadap penggunaan, pelaburan modal ditolak dari nilai yang ditambah pada tahun
pembelian

dibuat. Cukai

tersebut bersamaan dengan

cukai jualan yang

boleh

digunakan untuk barang-barang pengguna. Di bawah jenis Sistem Cukai Barangan


dan Perkhidmatan terhadap pendapatan , asas cukai tidak termasuk dengan susut
nilai modal.
Hampir semua Negara yang telah menubuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST) sistem menggunakan jenis Sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan
terhadap penggunaan di mana semua belian barangan modal dari firma lain boleh
dipotong dari jualan sebuah syarikat (Shoup, 1990). Bagaimanapun , sesetengah
negara seperti

Argentina, Peru dan Turki telah

menggunakan

Sistem Cukai

Barangan dan Perkhidmatan terhadap pendapatan, dan negara-negara seperti


China, Finland, Maghribi dan Senegal menggunakan Sistem Cukai Barangan dan
Perkhidmatan terhadap keluaran dalam Negara kasar (KDNK).
3
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

3.0

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

APA ITU GST?

Cukai barangan dan perkhidmatan (bahasa Inggeris: goods and services tax, GST)
atau cukai nilai tambah (bahasa Inggeris: value added tax, VAT) ialah sejenis cukai
penggunaan (CT) yang dikenakan ke atas apa sahaja nilai yang telah ditambahkan
kepada sesuatu produk. Berbanding dengan cukai jualan, VAT/GST dilihat sebagai
neutral terhadap bilangan aliran di antara pembuat dan pengguna akhir manakala
cukai jualan dikenakan ke atas nilai setiap peringkat (walaupun di Amerika Syarikat
dan banyak negara lain, cukai jualan dikenakan hanya pada jualan akhir kepada
pengguna akhir, dan satu cukai pengguna hanya kepada pengguna akhir; di sana
tidak terdapat cukai yang dibayar pada peringkat pemborongan atau pembuatan).
Hasilnya adalah melata (cukai-cukai hiliran dikenakan pada cukai-cukai awal/hulu).
VAT ialah sejenis cukai tak langsung, di mana cukai ini dikutip daripada pihak yang
tidak menanggung keseluruhan kos cukai.
GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah.
GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan
yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai. Lazimnya, pembekal atau penjual
boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau
perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan. GST diambil
kira dalam setiap tahap urus niaga. Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan
(dikenali juga sebagai bekalan) merupakan jumlah nilai yang diterima oleh
organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang dicukai.
GST adalah merupakan satu sistem percukaian yang lebih komprehensif,
efektif, telus, efisien dan mesra perniagaan. Diperhatikan GST boleh mengatasi
berbagai kelemahan yang terdapat dalam sistem cukai kepenggunaan sedia ada.
Antara kelemahan-kelemahan yang ketara yang tidak boleh diatasi di bawah sistem
cukai sedia ada adalah seperti kesan cukai bertindih, cukai berganda dan cukai
bertingkat, isu kebocoran dan ketirisan hasil akibat daripada aktiviti pemindahan
harga dan sebagainya. Di samping itu, GST juga dijangka dapat meningkatkan
pematuhan

cukai

dan

lebih

mudah

untuk

ditadbir-urus

berikutan

sistem

pengurusannya adalah berasaskan kepada kaedah self policing. Selain daripada


4
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

itu,

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

pihak peniaga hanya perlu mengemukakan penyata cukai yang ringkas

mengikut format yang disediakan, manakala semua rekod dan dokumen berhubung
dengan transaksi yang berkaitan hanya perlu disimpan di premis syarikat untuk
diaudit oleh juruaudit GST di kemudian hari.
VAT/GST diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice Laur, untuk
mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu
berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak
begitu berkesan. Kini 138 negara melaksanakan Value Added Taxes (VAT)
sementara beberapa negara terutama US, mengenakan cukai jualan, biasanya
cukai pada satu aras sahaja diperingkat runcit. Dalam hamper semua negara cukaicukai ini adalah sama ada penyumbang terbesar atau penyumabang kedua besar
kepada peroleh negara.
Aktiviti yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan.
Organisasi perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal (atau bersetuju untuk
membekal) barangan atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan
mendapat untung atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya,
persatuan atau kelab.

4.0

KADAR GST

Asas percukaian yang lebih meluas serta yang dikenakan pada satu kadar akan
memudahkan kerajaan mengurus dan mentadbir sistem percukaian ini. Ia juga
mudah difahami oleh rakyat berbanding cukai yang dikenakan pada kadar berbeza
bagi perkhidmatan dan barangan yang berlainan.
Kadar GST dicadangkan pada 4% iaitu lebih rendah daripada kadar cukai
jualan (5% dan 10%) dan cukai perkhidmatan (5%) yang dikenakan pada masa
sekarang. Kerajaan mencadangkan kadar GST yang lebih rendah daripada kadar
cukai semasa bagi tujuan mengimbangi impak GST terhadap rakyat dan pengguna
supaya ianya tidak terlalu membebankan rakyat khususnya golongan yang
berpendapatan rendah. Dengan mengenakan GST pada kadar yang lebih rendah,
dijangka pengguna akan mendapat manfaat daripadanya oleh kerana kebanyakan
5
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

barang dan perkhidmatan akan mengalami penurunan harga. Cukai hendaklah


dikenakan dan dilevikan pada kadar yang ditetapkan ke atas pembekalan barang
atau perkhidmatan atau ke atas pengimportan barang dengan merujuk kepada nilai
pembekalan atau pengimportan sebagaimana yang ditentukan. Menteri boleh
mengenakan cukai melalui perintah yang disiarkan dalam Warta iaitu menetapkan
kadar cukai yang akan dikenakan ke atas pembekalan barang atau perkhidmatan
atau ke atas pengimportan barang dan mengubah atau meminda kadar cukai, apaapa perintah yang dibuat.
5.0

SEBAB GST PERLU DILAKSANAKAN

Perlaksanaan GST merupakan salah satu langkah yang diambil oleh kerajaan bagi
menyusun semula sistem percukaian negara supaya ia lebih berkesan, saksama,
efisien dan telus. Malaysia telah mengalami bajet defisit selama 46 tahun. Pada
tahun 2009, bajet defisit dianggarkan sebanyak 7.6%, yang merupakan tertinggi
semenjak tahun 1987.
Pada masa ini, 40% daripada sumber pendapatan negara diperolehi daripada
sektor minyak dan gas. Keadaan ini menunjukkan sumber pendapatan negara yang
agak sempit, dan tidak boleh bertahan dalam tempoh yang panjang. Keadaan di
peringkat sejagat pada ini telah bergerak ke arah sistem percukaian tidak
langsung. GST juga dipandang bagi mengatasi kelemahan yang berlaku dalam
cukai jualan dan perkhidmatan.

6.0

PELAKSANAAN GST

GST adalah cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah pada
setiap peringkat rangkaian pengedaran. Pelaksanaan GST adalah bersifat progresif
memandangkan jangkaan peratusan yang akan dikenakan adalah pada kadar empat
peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan yang dikenakan sekarang.
Pelaksanaan GST mampu mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas
pendapatan

individu

dan

korporat

selain

meningkatkan

hasil

cukai

serta

mengelakkan berlakunya ketirisan dalam menjana pendapatan negara.


6
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

Terdapat beberapa kaedah yang digunakan oleh pihak berkuasa untuk


memungut cukai daripada pembayar cukai. Salah satu kaedah ialah dengan
menggunakan cukai pegangan di mana jumlah yang dibayar kepada seseorang
individu telah di ambil bahagian cukainya oleh pembayar yang kemudiannya akan
menyerahkannya kepada pihak berkuasa, penggunaan cukai pegangan boleh
memastikan kutipan cukai dan pematuhan bagi pihak pembayar cukai. Namun, jenis
aktiviti yang boleh menggunakan cukai pegangan adalah terhad kepada apa yang
telah dibenarkan oleh akta tertentu. Kaedah lain yang boleh di gunakan ialah yang
dikenali sebagai pay-as-you-earn (PAYE). Mengikut kaedah ini, pembayaran upah
atau gaji individu hanya dibuat selepas ditolak jumlah cukai yang ditanggungnya.
Oleh itu, individu itu hanya menerima gaji bersih selepas dipotong cukai.
Pekerja di Malaysia terutamanya yang terdapat dalam sektor awam juga
tertakluk kepada PAYE melalui sistem potongan cukai berjadual. Sejumlah cukai
yang dikira benar berdasarkan jadual yang telah ditetapkan ditolak terlebiah dahulu
dari gaji atau upah yang dibayar. Namun begitu, jumlah cukai yang dipotong bukan
jumlah tanggungan cukai yang sebenar kerana potongan itu dibuat berdasarka
anggaran sahaja. Isu pematuhan cukai timbul apabila pembayar cukai berkenaan
perlu memfailkan borang cukai pendapatannya, mengira semula jumlah sebenar
tanggungan cukainya dan membayar perbezaan antara cukai sebenarnya dengan
cukai yang telah dibayar.
GST adalah dikenakan ke atas semua barang dan perkhidmatan bercukai yang
dikeluarkan di dalam negara termasuk yang diimport. GST hanya boleh dicaj serta
dipungut oleh peniaga yang telah berdaftar di bawah GST. GST yang dipungut ke atas
output perlu diremitkan kepada Kerajaan. Walaupun bagitu, pihak peniaga adalah
dibenarkan untuk menuntut semula kredit cukai input melalui mekanisme dan kaedah
seperti berikut:
i.

GST yang dipungut ke atas output (cukai output) tolak GST yang telah dibayar ke

atas input (cukai input).


ii.

Jika terdapat lebihan, amaun tersebut hendaklah diremitkan kepada Kerajaan

dalam tempoh masa yang ditetapkan.


7
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

iii.

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

Jika terdapat kekurangan, pihak peniaga boleh menuntut pembayaran balik

(refund) daripada Kerajaan.


7.0

GST/VAT DI SINGAPURA

Di Singapura, cukai barangan dan perkhidmatan atau goods and services tax (GST)
merupakan cukai nilai ditambah (value-added tax) berasas meluas (broad-based)
dikenakan

ke

atas

barangan

import

dan

semua

barangan

dan

perkhidmatan kecuali,pertama, jualan dan sewaan hartanah perumahan (tempat


kediaman) dan kedua, perkhidmatan pembiayaan (financial services). Walau
bagaimana pun, barangan yang dieksport dan perkhidmatan antarabangsa kadar
cukainya sifar.Ia adalah cukai berkadar rata (flat rate) berbanding cukai pendapatan
yang kadarnya semakin tinggi bila pendapatan semakin tinggi. Kerana ia cukai ke
atas penggunaan, maka dikatakan ia menggalakkan tabungan. GST dilaksanakan di
Singapura serentak dengan pelaksanaan offset package bertujuan meringankan
kesan negatif GST ke atas isirumah, khasnya yang berpendapatan rendah.
GST diperkenalkan di Singapura pada 1 april 1994, iaitu, 18 tahun yang lalu. Kadar
cukai yang dikenakan pada masa pelancaran ialah 3%. Kadar ini dikekalkan selama
9 tahun bersesuaian dengan janji kerajaan semasa pelancaran bahawa kadar itu
tidak akan diubah sekurang-kurangnya selama 5 tahun. Ia telah dinaikkan secara
beransur-ansur selepas itu - ke 4% pada 1 Januari 2003, 5% pada 1 Januari 2004
dan 7% pada 1 Julai 2007.
Sebelum tahun 1986, kadar cukai pendapatan korporat ialah 40%. Begitu juga kadar
cukai pendapatan perseoragan ianya berkadar menaik dan bagi lingkungan
pendapatan individu tertinggi (top marginal rate) kadarnya ialah 40%.
Kadar ini didapati tidak berdayasaing. Jawatankuasa Ekonomi tahun 1986 telah
mencadangkan supaya Singapura mengubah dasar percukaiannya daripada
pergantungan besar ke atas cukai langsung kepada cukai tidak langsung jika ia
mahu menambahbaik dayasaing antarabangsanya bagi menarik pelaburan,
melestarikan pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan gunatenaga berpendapatan
tinggi. GST adalah cukai tidak langsung berasas meluas. Dengan penduduk tua
semakin besar bilangannya di Singapura, asas cukai (tax base), di negara itu
8
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

dijangka mengecil. Oleh itu GST perlu diperkenalkan bagi mengimbangi asas cukai
langsung (direct tax base) yang semakin mengecil (golongan tua tidak membayar
cukai langsung) dengan cukai tidak langsung.
GST membolehkan beban cukai diagihkan kepada lebih ramai penduduk.
Pengenaan cukai tidak langsung (indirect taxes) melebarkan asas cukai sekaligus
membolehkan cukai dipungut dari lebih ramai penduduk.
Kerana GST pada asasnya adalah cukai ke atas penggunaan bukai ke atas
pendapatan, maka sesiapa yang menggunakan barangan dan perkhidmatan,
mereka kesemuanya tidak kira pendapatan rendah, sederhana atau tinggi, kaya
atau miskin masuk di dalam jaringan cukai ini. Itu sebabnya, GST kadangkala
dikatakan sebagai pukat harimau semua ikan, kecil atau besar, terperangkap
dalam jaring.
Di dalam sistem cukai langsung (cukai korporat dan cukai pendaptan individu),
hanya segolongan tertentu penduduk membayar cukai tetapi di bawah GST, tiada
siapa boleh mengelak dan terkecuali daripada membayar cukai. Ini menyebabkan
pengkritik GST melihat GST sebagai regresif orang miskin, sebagai nisbah kepada
pendapatan mereka, membayar lebih cukai berbanding orang kaya. Penyokong
GST, tanpa menafikan isu regresiviti ini, mencadangkan jalan pembetulan, iaitu,
memastikan agihan cukai yang dipungut dilakanakan dalam cara yang boleh
mengurangkan beban cukai ke atas golongan berpendapatan rendah.
Memang diakui bahawa GST menambahkan beban cukai ke atas isirumah
(household) khasnya yang berpendapatan rendah. Oleh itu, serentak dengan
pengenalan GST, kerajaan Singapura juga memperkenalkan offset package
merangkumi penurunan kadar cukai korporat, kadar cukai pendapatan individu dan
pindahan manfaat langsung kepada isirumah yang layak. Berikut ialah peningkatan
kadar GST dan penurunan serentak kadar cukai korporat dan cukai pendaptan
individu.
7.1
Tarikh

Sejarah Kadar GST/VAT Singapura


Kadar GST

Kadar Cukai

Kadar Cukai

Penurunan

9
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

Kuatkuasa

Korporat

GST

Pendapatan

kadar Cukai

Individu (top

Korporat dan

rate)

Individu

1 April 1994

3%

27%

30%

-3%

2003

4%

26%

29%

-1%

2004

5%

25%

28%

-1%

1 Julai 2007

7%

23%

26%

-2%

Kerajaan Singapura terus menurunkan kadar cukai korporat dan cukai pendapatan
individu, inisiatif yang telah dimulakan sejak tahun 1986. Pada tahun 2010, kadar
cukai korporat di Singapura ialah 17% dan cukai pendapatan individu 20%
(lingkongan pendaptan tertinggi). Kadar cukai efektif adalah lebih rendah.
Apabila kadar GST dinaikkan kepada 7% berkuatkuasa pada 1 julai 2007, kerajaan
Singapura melebarkan offset package dalam bentuk pindahan langsung manfaat,
iaitu, dalam bentuk bayaran tunai (kredit GST, dividen pertumbuhan ekonomi dan
bonus warga emas) dan menambah caruman kepada kumpulan wang simpanan
pekerja (CPF top-up), misalannya menambah caruman kepada akaun pendidikan
selepas menengah (post-secondary education account top-up) dan menambah
caruman bantuan perubatan untuk golongan tua (Medisave top-up for older
Singaporeans).
Juga terangkum di dalam offset package ialah pemberian rebat (di atas caj utiliti dan
penyelengaraan rumah awam) dan melaksanakan program Tambahan Pendapatan
Pekerja (Workforce Income Supplement). Kerajaan Singapura telah menurunkan
kadar cukai bagi golongan berpendapatan rendah dan skop pengecualian cukai
diluaskan.

Cukai

hartanah

juga

diturunkan. Offset

package ini

bertujuan

mengurangkan beban cukai GST ke atas golongan berpendapatan rendah. Dan


pakej ini memang telah berjaya mengurangkan beban cukai ke atas penduduk
Singapura keseluruhannya.
Dilaporkan bahawa hasil daripada pelaksanaan GST serentak dengan offest
package, sistem cukai (mengambilkira semua jenis cukai cukai - pendapatan, cukai
10
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

hartanah, GST dan lain-lain cukai tidak langsung), di Singapura kini cukup progresif
golongan berpendapatan tinggi membayar paling banyak cukai berdasarkan
kepada nisbah cukai kepada pendapatan. 10% isirumah yang paling atas (dari segi
pendapatan) menyumbang 38% dari seluruh cukai yang dipungut dan 20% isirumah
yang paling atas menyumbang 53%. Golongan berpendapatan rendah dan
sederhana pula sebenarnya menerima lebih bayaran pindahan berbanding cukai
yang mereka bayar.
Kajian yang dibuat dalam tahun 2010 mendapati bahawa 84.2% dari jumlah GST
yang dipungut, disumbang oleh orang asing (bukan penduduk) dan 40% isirumah
yang paling atas dan 20 isirumah yang paling bawah pula menyumbang hanya 4%
dari GST yang dipungut.
Bagi Singapura, GST akan kekal kerana pelaksanaan yang serentak dengan offset
package membawa kesan progresiviti, menjamin keseksamaan sistem cukai
(equitability) dan menyediakan sumber yang selesa bagi kerajaan membawa
kebajikan kepada rakyat khasnya golongan berpendapatan rendah.
7.2

Persepsi Terhadap Telaksanaan GST/VAT di Singapura

Progressivity cukai

Sesetengah pengkritik menganggap GST menjadi cukai regresif , bermakna yang


lebih miskin membayar lebih, sebagai peratusan daripada pendapatan mereka,
berbanding orang kaya. Walau bagaimanapun, pembela berhujah bahawa GST
boleh dianggap sebagai cukai berkadar jika pembayaran cukai dinyatakan sebagai
peratusan bukan daripada pendapatan, tetapi penggunaan seumur hidup; simpanan
dan pelaburan adalah cukai tertunda, dan apabila ditukar kepada penggunaan
adalah tertakluk kepada GST. Pendapat lain yang lebih penting untuk dinyatakan
bukan sama ada GST adalah regresif, tetapi adakah GST lebih regresif daripada
cukai tidak langsung alternatif, iaitu, jualan, eksais dan cukai perolehan (bukan cukai
pendapatan kerana itu adalah cukai langsung). Selain itu, mereka berhujah bahawa
apa yang memberi kesan kepada kemiskinan dan keadilan bukan kesan kerana
cukai tertentu, tetapi kesan daripada struktur cukai itu secara keseluruhan, dan
11
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

bagaimana hasil cukai dikenakan secara berulang. Apabila GST digabungkan


dengan cukai progresif , dan pendapatan diagihkan kepada golongan miskin, jumlah
struktur fiskal boleh menjadi progresif.
Untuk mengekalkan sifat progresif daripada jumlah cukai dan pemindahan ke atas
individu,

Singapura

mengurangkan

cukai

pendapatan

ke

atas

golongan

berpendapatan rendah, serta bayaran pindahan langsung dilaksanakan untuk


golongan berpendapatan rendah, menyebabkan beban cukai keseluruhan yang lebih
rendah bagi kebanyakan isi rumah Singapura. Ini termasuk cukai yang lebih rendah
kepada pendapatan, cukai hartanah yang lebih rendah, rebat sewa dan caj
perkhidmatan & penyenggaraan perumahan awam dan subsidi tambahan untuk
kesihatan, pendidikan dan khidmat masyarakat. Hasil daripada pemotongan cukai
pendapatan, pelepasan cukai tambahan dan rebat pada tahun 1994, kira-kira 70%
daripada individu-individu yang digunakan untuk membayar cukai pendapatan yang
tidak lagi diperlukan untuk berbuat demikian.
Kerajaan Singapura telah berhujah bahawa GST adalah cukai yang rata tetapi
merupakan sebahagian daripada sistem keseluruhan fiskal yang sangat progresif:
golongan berpendapatan tinggi membayar sebahagian kecil yang paling tinggi
daripada pendapatan mereka dalam cukai. Apabila semua cukai telah diambil kira
(cukai pendapatan, cukai hartanah, GST dan cukai tidak langsung lain), 10%
daripada isi rumah menyumbang 38% daripada cukai yang dibayar, manakala
bahagian atas 20% menyumbang 53% daripada semua cukai. Sebaliknya, golongan
berpendapatan rendah menerima lebih ketara perubahan daripada cukai yang
mereka bayar. Isi rumah berpendapatan rendah dan isi rumah berpendapatan
sederhana terkesan membayar cukai negatif. Dari tahun 2006 hingga 2010, decile
bawah kedua isi rumah Singapura (ranking oleh pendapatan daripada kerja) telah
menerima pemindahan (bersih daripada semua cukai yang dibayar) yang berjumlah
23% daripada pendapatan mereka, decile ke-5 telah menerima pemindahan yang
diganti cukai yang dibayar, manakala yang berkesan kadar cukai bagi decile utama
ialah 11%. Khususnya, apabila kadar GST dinaikkan daripada 5% kepada 7% pada
bulan Julai 2007, isi rumah di bawah 20% yang terpaksa membayar GST tambahan

12
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

sebanyak $ 370 setahun, tetapi menerima pakej ofset $ 910 setiap tahun, sebagai
tambahan kepada faedah tetap sebanyak $ 1,000 setiap tahun.

Cadangan untuk mengecualikan keperluan asas dari GST

Sesetengah pengkritik berpendapat bahawa keperluan asas seperti makanan dan


penjagaan kesihatan hendaklah dikecualikan daripada GST, untuk membantu isi
rumah berpendapatan rendah. Kerajaan berpendapat bahawa tindakan itu
sebenarnya akan membantu berpendapatan lebih tinggi daripada rakyat Singapura
yang lebih miskin, kerana yang kaya isi rumah biasanya menghabiskan lebih pada
keperluan (sama ada makanan atau penjagaan kesihatan atau keperluan asas lain)
daripada isi rumah berpendapatan rendah. Di samping itu, isi rumah berpendapatan
rendah tidak akan memberi manfaat lebih daripada pengecualian, seperti
perbelanjaan ke atas barangan keperluan merupakan sebahagian kecil daripada
perbelanjaan isi rumah berpendapatan rendah. Sebagai contoh, untuk bahagian
bawah 20% daripada isi rumah, barangan makanan keperluan hanya terdiri daripada
6% daripada jumlah perbelanjaan isi rumah mereka; selepas termasuk semua
barangan makanan yang lain, jumlah itu hanya 15% daripada perbelanjaan mereka.
Jika keperluan itu dikecualikan daripada GST, akan ada keperluan untuk
pengurangan pendapatan melalui kadar GST yang lebih tinggi ke atas barangan dan
perkhidmatan lain, yang isi rumah berpendapatan rendah juga perlu tanggung.
Kerajaan berpendapat bahawa pengalaman negara-negara lain menunjukkan
bahawa pemberian pengecualian akan memutarbelitkan keputusan pengeluaran dan
penggunaan

dan

menyebabkan

proses

perbalahan

dan

sangat

kompleks

menentukan jenis barangan dan perkhidmatan yang mewajarkan pengecualian. Ini


akan meningkatkan pematuhan dan pentadbiran kos untuk perniagaan, dan kos ini
akan disalurkan kepada pengguna.
Di samping itu, pengalaman negara-negara lain telah menunjukkan bahawa
mengecualikan atau mengurangkan GST ke atas barangan tertentu tidak bermakna
penjimatan cukai akan disampaikan kepada pengguna. Oleh itu, GST perlu disimpan
menyeluruh untuk mengekalkan GST rendah dan sistem GST yang mudah,
manakala bantuan secara langsung diberikan kepada berpendapatan rendah melalui
13
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

pemindahan dan subsidi. Di samping itu, kerajaan telah menyerap GST sepenuhnya
untuk semua pesakit subsidi di hospital-hospital dan poliklinik awam sejak GST itu
diperkenalkan pada tahun 1994. GST juga telah diserap untuk semua pesakit
subsidi menerima perkhidmatan penjagaan jangka panjang.

Cadangan untuk mengurangkan kadar GST

Sebagai tindak balas kepada kos sara hidup yang meningkat, ahli-ahli penentang
telah mahu kadar GST yang dikurangkan. Kerajaan Singapura telah berhujah
bahawa mengurangkan kadar GST akan memberi manfaat kepada orang kaya lebih
daripada yang miskin, kerana sebahagian besar daripada GST dikumpulkan
daripada orang asing dan golongan berpendapatan lebih tinggi. Pada tahun 2010,
84.2% daripada semua GST yang dibayar dikumpulkan daripada orang asing dan
atas 40% daripada isi rumah warga Singapura, manakala bahagian bawah 20% isi
rumah terendah menyumbang hanya 4% daripada semua GST yang dibayar.
Kerajaan berpendapat bahawa GST adalah sebahagian teras sistem pengurusan
yang

menyediakan

kemudahan

kepada

golongan

berpendapatan

rendah,

mengurangkan kadar GST akan menjadi mahal dan tidak saksama, dan menjadikan
kerajaan kurang sumber untuk membantu berpendapatan rendah.
8.0

GST/VAT DI UNITED KINGDOM


8.1 Sejarah

Antara Oktober 1940 dan tahun 1973, UK mempunyai cukai penggunaan dipanggil
Cukai Beli, yang dikenakan pada kadar yang berbeza bergantung kepada nilai
barangan. Cukai Pembelian telah digunakan untuk harga borong, pada mulanya
pada kadar 33 13%. Ini telah meningkat dua kali ganda pada bulan April 1942-66 23%,
dan terus meningkat pada April 1943 dengan kadar 100%, sebelum kembali pada
bulan April 1946 kepada 33 13% semula
Pada 1 Januari 1973, UK menyertai Komuniti Ekonomi Eropah dan akibatnya Cukai
Pembelian digantikan dengan Nilai Ditambah Cukai(VAT/GST) pada 1 April 1973.
Pada masa itu kadar VAT/GST ditetapkan (10% ) pada kebanyakan barangan dan
perkhidmatan. Pada bulan Julai 1974, kadar taraf VAT/GST dikurangkan daripada
14
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

10% kepada 8% tetapi diperkenalkan kadar yang lebih tinggi yang baru sebanyak
12.5% untuk petrol dan beberapa barangan mewah. Pada bulan November 1974,
kadar ditambah dua kali ganda lebih tinggi kepada 25%. Namun dikurangkan
kembali kepada 12.5% pada bulan April 1976.
Pada bulan Jun 1979 kadar taraf tetap VAT/GST ditingkatkan dari 8% kepada 15%.
Kadar kekal tidak berubah sehingga tahun 1991, sehinggalah Konservatif Canselor
Norman Lamont meningkatkan kadar daripada 15 % kepada 17.5%. Pada pilihan
raya umum 1992 Konservatif berjanji untuk tidak melanjutkan skop VAT/GST tetapi
pada Mac 1993, Lamont mengumumkan bahawa bahan api dan tenaga, yang
sebelum ini berkadar sifar, akan dikenakan VAT/GST pada kadar 8% dari bulan April
1994 dan 17.5% dari April 1995.
Sebagai tindak balas kepada kemelesetan lewat 2000-an , Canselor Parti Buruh
Alistair Darling mengumumkan pada November 2008 bahawa kadar taraf VAT/GST
akan dikurangkan daripada 17.5% kepada 15% berkuat kuasa 1 Disember 2008.
Pada bulan Disember 2009, Darling mengumumkan bahawa kadar taraf VAT akan
kembali kepada 17.5% berkuat kuasa 1 Januari 2010.
Dalam perjalanan ke pilihan raya umum 2010 terdapat laporan bahawa Konservatif
akan meningkatkan VAT/GST jika mereka mendapat kuasa. Namun parti itu
menafikan laporan tersebut. Berikutan pilihan raya Mei 2010 , Konservatif
membentuk kerajaan campuran dengan Parti Demokrat Liberal . Dalam Bajet 2010,
yang digambarkan oleh PM David Cameron sebagai "bajet kecemasan", Canselor
George Osborne mengumumkan bahawa kadar taraf VAT akan meningkat daripada
17.5% kepada 20% berkuatkuasa daripada 4 Januari 2011.
Sebelum pilihan raya umum 2015 Parti Buruh mendakwa Konservatif akan
meningkatkan VAT kepada 22.5% jika mereka dipilih semula. Pada 25 Mac 2015
Cameron berikrar di Dewan Rakyat bahawa VAT tidak akan meningkat.
8.2

Sejarah Kadar VAT/GST UK


Kadar Standard VAT/GST sejak 1979:

Dari

Untuk

Tarif standard
15
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

18/06/1979

18/03/1991

15%

19/03/1991

30/11/2008

17.5%

01/12/2008

31/12/2009

15%

01/01/2010

03/01/2011

17.5%

04/01/2011

8.3

20%

Persepsi Terhadap GST/VAT

Penentang menyatakan VAT/GST adalah regresif dan dibayar oleh semua pengguna
sama ada mereka kaya atau miskin, muda atau tua. Golongan termiskin juga
berbelanja lebih tinggi daripada pendapatan kerana VAT/GST berbanding kaya.
Laporan Pejabat Kebangsaan Statistik menunjukkan bahawa pada tahun 2009/10
golongan termiskin 20% membelanjakan 8.7% daripada pendapatan kasar mereka
pada VAT/GST manakala terkaya 20% membelanjakan hanya 4.0% daripada
pendapatan

kasar

mereka

pada

VAT/GST.

Begitu

juga,

termiskin

20%

membelanjakan 9.7% daripada pendapatan boleh guna mereka pada VAT/GST


manakala terkaya 20% membelanjakan hanya 5.2% daripada pendapatan boleh
guna mereka pada VAT/GST. Para penyokong VAT/GST menyatakan ianya adalah
progresif, sebagai pengguna yang berbelanja lebih maka akan membayar lebih juga
kepada VAT/GST. Penarafan sifar kepada makanan dan membolehkan perniagaan
untuk menuntut semula VAT/GST input bermakna kerajaan terkesan dalam subsidi
industri makanan. Para pengkritik juga berhujah bahawa VAT/GST adalah cukai dua
kali kepada pengguna. Mereka juga berhujah bahawa VAT/GST adalah cukai tidak
cekap terhutang kepada pengecualian dan banyak konsesi.
16
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

Ia juga boleh dikatakan bahawa, berbanding dengan sebelumnya iaitu Cukai Beli,
VAT/GST telah menggalakkan " throwaway society". Cukai pembelian dikenakan
kadar yang tinggi pada barangan baru (terutamanya barangan mewah) tetapi tidak
memperbaiki perkhidmatan. VAT/GST telah meningkatkan kos pembaikan dan
menggalakkan pengguna untuk menggantikan barangan yang masih boleh dibaiki.
VAT/GST juga meliputi barang terpakai dan tidak menggalakkan penggunaan
semula barangan terpakai dipasarkan semula di pasaran.

9.0

CADANGAN / PENUTUP

Dalam mempertimbangkan kesan-kesan cukai

barangan

dan

perkhidmatan di

Malaysia, hampir kesemua rakyat Malaysia mengabdaian harga barangan pengguna


akan meningkat sebanyak 4%. Berdasarkan artikel The Impacs of Goods and
Services Tax (GST) on Middle Income Earnes in Malaysia, kajian ini menyatakan
bahawa kebanyakan responden bimbang akan kuasa beli mereka terutama bagi
golongan sederhana dan bahawan apabila berlaku peningkatan dalam harga
barangan dan perkhdmatan. Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan
(GST) di Malaysia adalah untuk meningkat kecekapan sistem kutipan cukai kerana
ia menjadi satu sumber utama pendapatan tidak langsung bagi kerajaan.
Kebanyakan orang awam masih tidak yakin tentang bagaimana cukai barangan dan
perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan. Kerajaan seharusnya menggalakkan cukai
barangan dan perkhidmatan (GST) menerusi media supaya orang awam bersedia
untuk menghadapi kesan-kesan yang akan berlaku disebabakan perlaksanaan cukai
barangan dan perkhidmatan (GST). Tambahan pula, disebabkan kekurang maklumat
terhadap perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), orang awam akan
mengandaikan bahawa perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)
hanya akan memberikan keburukan sahaja kepada mereka berbanding kebaikan
seperti kesan terhadap kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
Lantaran itu, kerajaan seharusnya meyakinkan bahawa cukai barangan dan
perkhidmatan

(GST) tidak akan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan

sewenangnya.

Tetapi

jika

harga

barangan

dan

perkhidmatan

meningkat,

kerajaan sepatutnya mempunyai alternatif-alternatif lain untuk mengurangkan beban


17
NO. MATRIK : 222998

PJJ-UUM

GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL

terhadap golongan sederhana dan bawahan seperti mengurangkan kadar cukai


pendapatan atau menambahkan lagi golongan yang

memperleh pengecualian

cukai. Selain itu, berdasarkan kajian di dalam artikel tersebut, dipercayai


kebanyakan responden akan lebih bijak dalam membuat pembelian apabila cukai
barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan.
Selain itu, apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan, pelbagai
kebaikan yang diperolehi berbanding keburukan. Ia dapat di lihat di negara-negara
maju lain seperti United
15%), pengenalan cukai

Kingdom (17.5%)
barangan

dan New

dan

Zealand

perkhidmatan

(12.5%(GST) telah

meningkatkan hasil cukai dan kecekapan mereka.


Namun realitinya setelah GST dilaksanakan di Malaysia mulai 1 April 2015, rata-rata
masyarakat mengkritik terutamanya golongan berpendapatan sederhana apatah lagi
golongan berpendapatan rendah merasakan sangat terbeban dengan sistem
percukaian GST ini akibat kenaikan barangan dan perkhidmatan!!. Maka seharusnya
kerajaan dan pihak berwajib yang prihatin terhadap kebajikan rakyat, wajib mengkaji
semula sistem percukaian baru ini untuk mengurangkan bebanan rakyat marhaen
yang semakin terhimpit bukan hanya mementingkan diri sendiri terutamanya
pemimpin-pemimpin tertinggi yang kaya dan tidak merasa terkesan dengan sistem
percukaian GST ini.

18
NO. MATRIK : 222998

Anda mungkin juga menyukai