Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENDAHULUAN
Belanjawan boleh di definisikan sebagai pernyataan yang diperolehi dan perbelanjaaan yang
diperuntukkan bagi masa hadapan. Ianya digunakan sebagai alat perancang dan pengurusan
sumber-sumber ekonomi negara untuk memenuhi keperluan rakyat. Kenyataan ini
diperkukuhkan lagi oleh Y.A.B Menteri Kewangan Malaysia dengan mentafsirkan belanjawan
dalam konteks negara sebagai satu perancangan ekonomi tahunan yang bertujuan melaksanakan
dasar-dasar sosio-ekonomi Negara seperti dinyatakan dalam rancangan rancangan lima tahun
Malaysia. Dalam konteks ini, belanjawan dilihat sebagai penentu kedudukan ekonomi sesebuah
negara dan ianya juga berupaya memberi kesan kepada aktiviti sektor swasta. Belanjawan
berperanan sebagai alat dasar fiskal dan alat pengurusan. Belanjawan sebagai alat dasar fiskal
berfungsi sebagai peruntukan, agihan dan penstabilan. Manakala belanjawan sebagai alat
pengurusan pula berfungsi sebagai alat mengurus sumber kewangan, dokumen kawalan
belanjawan dan kewangan dan alat pengukur prestasi.

Secara latarbelakangnya, terdapat 3 jenis sistem belanjawan yang diperkenalkan di Malaysia


iaitu;
1. Sistem Belanjawan Tradisional- ianya diperkenalkan sebelum merdeka sehingga tahun 1968.
2. Sistem Belanjawan Program dan Prestasi (SBPP). Ianya mula diperkenalkan padaa tahun
1969.
3. Sistem Belanjawan Diubahsuai (MBS-Modify Budget System). Sistem ini mula diperkenalkan
pada tahun 1990.

Sistem belanjawan diubahsuai mula diperkenalkan pada tahun 1990. Ianya .digubal untuk
mempertingkatkan lagi perlaksanaan SBPP serta memperolehi faedah sepenuhnya.kerana ianya
masih berasakan SBPP. Ianya diubahsuai mengikut amalan dan keperluan rakyat Malaysia. Ianya
dilaksanakan terhadap 3 agensi kem perintis iaitu kesihatan, kebajikan dan kerjaraya.

1.1 Ciri belanjawan diubahsuai :


i) Batas perbelanjaan
Batas perbelanjaan adalah satu jumlah wang yang ditetapkan oleh Perbendaharaan di awal proses
belanjawan tahunan sesebuah agensi dan jumlah ini tidak boleh dilampaui semasa mengemuka
cadangan perbelanjaan bagi dasar-dasar sediada. Setiap cadangan perbelanjaan perlu
dimaklumkan kepada agensi pada akhir tahun sebelum tahun kewangan semasa. Setiap anggaran
bajet untuk aktiviti sediada tidak boleh melebihi siling ini tetapi boleh minta peruntukan
tambahan jika dasar baru atau one offs. Oleh yang demikian, pemeriksaan terperinci tidak lagi
diperlukan untuk anggaran di bawah Batas Perbelanjaan. Dengan adanya batas perbelanjaan
yang ditetapkan, ianya akan memberi faedah kepada agensi yang berkenaan agar ia boleh

merancang dengan lebih baik. Batas perbelanjaan berupaya memperteguhkan disiplin kewangan
bagi sesebuah agensi. Ianya juga kearah pendekatan bajet top-down. Ini dapat diperincikan lagi
dengan formula yang ditetapkan.

Contoh Formula Pengiraan Batas Perbelanjaan


Dasar Sedia Ada tahun 2010 = (Dasar Baru Tahun 2009 Peruntukan Aset Tahun 2009) Dasar
Baru Tahun 2008 Yang Tidak Dilaksanakan +
2% Kenaikan Emolumen Tahun 2009 .

ii) Perjanjian program


Perjanjian Program adalah satu perjanjian yang menetapkan tahap prestasi yang akan dicapai
antara agensi dengan perbendaharaan mengenai input yang akan digunakan untuk menghasilkan
output dan impaknya bagi setiap program/aktiviti. Ia juga merupakan cadangan belanja
mengurus kem dan ianya dijadikan asas untuk mengukur prestasi dan keberkesanan agensi. Jika
tahap prestasi program tidak selaras dengan yang ditetapkan dalam perjanjian, dalam konteks ini
laporan pengecualian hendaklah disediakan sebagai alat pengesanan dan pemantauan. Ini akan
menjadikan agensi lebih bertanggungjawab terhadap prestasi masing-masing, mengenalpasti
lebih awal masalah-masalah pelaksanaan yang mungkin timbul.

iii) Penilaian program


Penilaian program adalah bagaimana agensi akan menilai secara mendalam atas sesuatu
program/aktiviti. Ianya hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun.
Penilaian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan sesuatu program dan aktiviti dari segi
kewangan/peruntukan,sumber kesesuaian/relevan dan impak. Dengan cara ini ianya membantu
pihak pengurusan mendapat maklumat untuk membuat keputusan terhadap perubahan sesuatu
dasar dan penggubalan dasar baru. Di sini penilaian menjadi asas mempertingkatkan
perancangan strategik dan akauntabiliti.
Dalam sistem belanjawan diubahsuai satu perubahan telah dibuat ke atas proses penyediaan
belanja mengurus. Ianya bertujuan untuk menperteguhkan ekonomi negara melalui agihan
sumber yang lebih baik dan teratur, mencapai perbelanjaan seimbang, meningkatkan prestasi
program, memudah dan meningkat akauntabiliti pengurus.

2.0 Prinsip Dalam Sistem Belanjawan Yang Diubahsuai.

1. Lets Manager Manage (Biar Pengurus Mengurus)


Dalam konteks ini, kuasa membuat keputusan perlulah diberikan seberapa praktikal yang boleh
kepada peringkat bawahan. Falsafah Perbendaharaan dalam sistem pengurusan kewangan
belanjawan diubahsuai ialah Biar Pengurus Mengurus. Selaras dengan falsafah ini,
Perbendaharaan telah menurunkan kuasa untuk melakukan perbelanjaan serta agihan dan
pindaan peruntukan baik belanjawan mengurus maupun belanjawan pembangunan.
Perbendaharaan juga telah sedikit sebanyak dan secara bertahap telah melonggarkan pelbagai
syarat dan peraturan pusat berkenaan perbelanjaan. Sekatan ini diionggarkan ataupun dihapuskan
dengan harapan penguruspengurus awam akan dapat mengendalikan pengurusan mereka dengan
cekap dan berkesan tanpa merujuk setiap cadangan untuk persetujuan ke pihak atasan termasuk
Perbendaharaan. Tuntutan akauntabiliti merupakan prasyarat dalam penurusan kuasa bukan
sahaja dalam pengurusan kewangan tetapi juga dalam pengurusan secara keseluruahannya. Tanpa
akauntabiliti, perwakilan kuasa hanya akan merupakan penyerahan kuasa sahaja tanpa
menggariskan apa yang sepatutnya dihasilkan meialui penggunaan kuasa untuk menggunakan
dan agihkan peruntukan yang diberikan kepada sesuatu agensi, program atau aktiviti. Oleh itu
akauntabiliti merupakan sebagaian yang penting dalam sistem penurunan kuasa. Sebagai kembar
Siam, akauntabiliti perlu setara dengan penurunan kuasa. Hanya melalui akauntabiliti
Perbendaharaan akan dapat menjalankan peranan kawalan perbelanjaan dalam konteks
kelonggaran syaratsyarat pusat yang kini mengawal perbelanjaan dan dalam konteks penurunan
kuasa.

2. Kuasa Membuat Keputusan Perlulah Bersesuaian Dengan Peringkat Akauntibiliti.


Konsep akauntabiliti telah wujud sejak beratusratus tahun dahulu dan sejarah awalnya dikesan
pada zaman Aristotle dalam buku The Politics apabila dia mengatakan, Some officials handle
large sums of money: it is, therefore, necessary to have other officials to receive and examine the
accounts. These inspectors must administer no funds themselves. Different cities call them
examiners, auditors, scrutineers and public advocates Mengikut Chambers 20th Century
Dictionary, akauntabiliti bermaksud Liability to give account for something to somebody;
responsibility to fulfill obligation. Kamus Pengurusan Perniagaan Dewan Bahasa dan Pustaka
memberi makna akauntabiliti sebagai kepertanggungjawaban.
Berdasarkan konsep ini terdapat unsur hubungan di antara dua pihak. Satu pihak ialah yang
mewakilkan kuasanya dan pihak kedua ialah yang bersetuju menerima kuasa itu dan
melaksanakannya. Adalah menjadi tanggungjawab pihak kedua untuk melaporkan kembali
kepada pihak yang mewakilkan kuasa cara mana ia telah melaksanakan kuasa itu. Dalam konteks
sektor awam, akauntabiliti ditakrifkan sebagai tanggungjawab individu atau organisasi yang
menjalankan tugas dan tanggungjawb menguruskan sumbersumber awam melalui perwakilan
kuasa. Mereka yang menerima kuasa itu perlu melaporkan balik kepada pihak yang mewakilkan

kuasa segala yang dicapai meialui kuasa yang diterima. Mereka juga adalah akauntable untuk
bagaimana kuasa yang diwakilkan kepadanya digunakan.

2.1 Matlamat Yang Dicapai Dalam Sistem Belanjawan Yang Diubahsuai.


Dengan terlaksana system belanjawan yang diubahsuai, agensi pusat tidak perlu lagi mengawas
secara terperinci perbelanjaan agensi pelaksana dengan terlalu ketat. Kuasa secara autoriti telah
diagihkan kepada agensi pelaksana. Oleh itu, mereka boleh memberi tumpuan kepada
perancangan dan pengukuran prestasi agensi pelaksana.

Agensi pelaksana diberi kuasa yang lebih luas untuk mengurus program dan aktiviti mereka. Ini
membolehksan agensi pelaksana mengenalpasti lebih awal masalah-masalah pelaksana yang
mungkin timbul dan mereka berupaya merangka tindakan sewajarnya untuk diambil. Oleh yang
demikian segala isu yang akan timbul bersangkutan kelewatan untuk melaksakan sesuatu aktiviti
ataupun program oelh agensi pelaksana dapat dielakkan.

Agensi pelaksana mempunyai kebebasan untuk mengambil tindakan sesuai dan segera bagi
melaksanakan program atau aktivi mereka. Ianya berlaku kerana belanjawan diubahsuai adalah
berasaskan kapada konsep let manager manage yang mana kuasa yang lebih luas telah
diberikan pengurusan peringkat bawahan yang melaksanakan program /aktiviti projek untuk
membuat berkaitan dengan program.

Kelonggaran kawalan terperinci .keatas perbelanjaan yang diberikan oleh agensi pusat kepada
agensi pelaksana diturunkan sejauhmana yang boleh kepada pengurusan peringkat bawahan
memepunyai flesibiliti untuk melaksanakan tugas mereka.

Di Malaysia akauntabiliti awam adalah syarat undangundang seperti yang terkandung dalam
Perlembagaan, undangundang dan peraturan dan arahan Perbendaharaan. Peruntukan yang
diagihkan kepada sesuatu agensi, program dan aktiviti merupakan wang awam. Setiap anggota
perkhidmatan awam adalah bertanggungjawab untuk menentukan bahawa wang awam ini
dibelanjakan mengikut apa yang telah dirancang dan dianggarkan mengikut sistem, prosedur dan
peraturan yang ditetapkan. Memandangkan seseorang anggota perkhidmatan awam diamanahkan
dengan wang atau aset awam oleh Parlimen, ia hendaklah mengakaunkan cara penggunaannya
kepada Parlimen dan pihakpihak berkuasa yang lain seperti Perbendaharaan, ketua jabatan dan
pengurus program. Akauntabiliti merupakan jaminan bahawa wang awam adalah diuruskan
dengan cekap.

3.0 Penutup
Melalui penelitian yang dibuat dalam pekeliling-pekeliling berkaitan kewangan, pegawai
pengawal mempunyai peranan yang penting dalam memastikan aspek penyediaan belanjawan
dan perbelanjaan belanjawan itu berkesan. Aspek kawalan wang kerajaan
dipertanggungjawabkan kepada pegawai pengawal yang diberi kuasa untuk membuat penyediaan
belanjawan dan membelanjakan wang tersebut mengikut kaedah-kaedah serta undang-undang
yang telah ditetapkan. Sebagai penjawat awam, pegawai pengawal perlulah mempunyai
pengetahuan serta mengambilkira tentang semua proses dan prosedur kewangan untuk
meningkatkan pengurusan kewangan kerajaan yang cekap dan sistematik. Ketirisan dan
kesilapan dalam penyediaan belanjawan kebanyakannya berlaku apabila penjawat awam yang
merupakan pegawai pengawal tidak memainkan peranan dalam pengurusan kewangan jabatan
dan mengambil bersikap tidak peduli atau sambil lewa dalam aspek kewangan. Kerajaan dalam
hal ini telah memberi peluang kepada pegawai-pegawai kerajaan untuk meningkatkan
pengetahuan tentang kewangan melalui penawaran kursus dan pengemaskinian arahan dari
semasa ke semasa. Pegawai pengawal juga boleh dikenakan tindakan jika berlakunya kesalahan
dan salahlaku dari segi perancangan dan perbelanjaan wang awam bagi memastikan mereka
mengambil tanggungjawab yang sepenuhnya ke atas wang yang diperuntukkan. Pegawai
pengawal perlulah memberi komitmen dalam penyediaan belanjawan kerana ianya dapat
menentukan keberkesanan sesebuah organisasi untuk menggunakan peruntukanyang diluluskan
pada tahun berikutnya. Kajian yang teliti perlulah dibuat untukmemastikan belanjawan yang
disediakan bertepatan dengan permohonan yang diminta. Ini kerana semasa permohonan ini
disediakan, pegawai pengawal telah bersetuju dengan perjanjian program yang akan dirancang
dan seterusnya melaksanakan program tersebut mengikut prosedur serta arahan yang
ditetapkan.Pertimbangan yang sewajarnya haruslah diberikan dalam menentukan keutamaan
program yang hendak dilaksanakan. Oleh yang demikian, nilai integriti dan akauntabiliti adalah
penting ditekankan kepada setiap pegawai yang mengawal kerana ianya adalah asas dalam
pengurusan kewangan jabatan.

Anda mungkin juga menyukai