Anda di halaman 1dari 19

HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

Pendahulan
Menurut Garnham (1985), psikolinguistik ialah “kajian tentang mekanisme mental yang
membolehkan manusia menggunakan bahasa”. Matthews (1997), berpendapat bahawa
bidang ini ialah “kajian bahasa dari sudut psikologi.
Mangantar Simanjuntak (1980), mentakrifkan psikolinguistik sebagai “cabang linguistik
yang bergabung dengan ilmu psikologi untuk menganalisis bahasa dan pertuturan,” iaitu
proses-proses yang berlaku pada waktu seseorang bertutur dan memahami ayat-ayat yang
didengarnya.
Oleh yang demikian, psikolinguistik boleh diertikan sebagai disiplin ilmu yang meneliti
perkara-perkara yang dikaji dalam ilmu linguistik dan psikologi.
Ilmu psikolinguistik dan pemerolehan bahasa saling berkaitan dalam proses pengajaran
guru dalam menyampaikan ilmu terutama dalam pengajaran Bahasa Melayu.
Teori bahasa pula ialah pendapat atau pandangan yang dikemukakan dalam bidang
bahasa. Oleh yang demikian, kita dapat memahami teori huraian bahasa sebagai pendapat
yang memerihalkan teori dalam bahasa, iaitu pandangan atau pemikiran tokoh-tokoh
tentang huraian bahasa.
Menurut Lyons (1994), bahasa ialah nurani. Oleh hal demikian, bahasa tidak diperoleh
secara semula jadi tetapi tumbuh atau menjadi matang secara organik. Kamus Linguistik
(1997), mentakrifkan pemerolehan bahasa sebagai proses pembelajaran bahasa daripada
satu aspek hingga keseluruhannya. Maksudnya, proses seseorang penutur seperti kanak-
kanak menjadi penutur jati bagi bahasa natifnya, atau proses seseorang kanak-kanak
ataupun dewasa menjadi penutur bahasa kedua.
Mangantar Simunjuntak (1987), berpendapat bahawa pemerolehan bahasa ialah proses
yang berlaku di dalam otak seseorang kanak-kanak sewaktu memperoleh bahasa
ibundanya. Dalam bidang psikolinguistik, konsep pemerolehan bahasa selalunya
dikaitkan dengan pembelajaran bahasa pertama.
Pengajaran dan pembelajaran bahasa perlu menggunakan pendekatan teori dan prinsip
pedagogi yang sesuai disamping menggunakan kaedah, starategi dan teknik yang betul
dan berkesan untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran bermakna.
Kajian Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Guru

1
HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

Biodata Guru
Kajian pengajaran dan pembelajaran dijalankan terhadap seorang guru Bahasa Melayu
Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Kopok, Johor Bahru setelah mendapat persetujuan
daripada pihak pentadbiran sekolah. Berikut biodata guru yang dikaji :

1. Nama : Nora @ Suraya Binti Idin


2. No. Kad Pengenalan : 660920-01-5728
3. Umur : 42 tahun
4. Opsyen : Pengajian Melayu
5. Gred Jawatan : DG 32
6. Alamat Sekolah : Jalan Hijrah Utama, Kg. Kopok Baru, Pasir Gudang,
81700 Johor.
7. Pengalaman mengajar : 12 tahun
8. Kelas diajar : 5 Ikhlas
9. Tarikh : 30 Jun 2009
10. Masa : 8.20 pagi – 9.20 pagi
11. Tahun : 5
12. Bilangan Murid : 41 orang
13. Tema : Kegigihan
14. Tajuk : Tangisan kejayaan
15. Fokus Utama : 6.1 Aras 1 Mencari makna perkataan
17. Objektif : Merujuki kamus untuk mencari makna perkataan
18. Sistem Bahasa : Simpulan bahasa
19. Pengisian Kurikulum : Pendidikan Moral - Kerajinan
20. BBM : Video, Petikan, Kad perkataan, kad huruf, lembaran
kerja

2
HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

Dapatan Kajian Pengajaran dan Pembelajaran


a. Apakah pendekatan teori yang digunakan oleh guru tersebut bagi mengajar
sekolah rendah ?
Dari kajian yang dijalankan terhadap pengajaran Cikgu Nora, didapati beliau
menggunakan pendekatan teori Kognitif.Pada beliau pendekatan ini adalah sesuai dengan
murid sekolah rendah.
Menurut ahli-ahli kognitif, “perubahan tingkah laku manusia adalah sejajar dengan
perubahan kognitif”.Ahli-ahli kognitif berpandangan bahawa pengajaran bahasa yang
berteraskan teori-teori kognitif ialah pengajaran yang mementingkan aspek pemahaman
atau perubahan mental.Proses pengajaran hanya akan dianggap berjaya apabila berlaku
perubahan mental dalam diri pelajar, iaitu bertambahnya maklumat yang tersimpan dalam
ingatan jangka panjang.Ahli-ahli kognitif menerapkan kaedah-kaedah pengajaran yang
mementingkan aspek pemahaman atau mengutamakan pemerolehan makna daripada
bahan bacaan..Berikut adalah Pendekatan Teori Kognitif yang digunakan oleh Cikgu
Nora iaitu :
(a). Pembelajaran bermakna
Cikgu Nora telah mengaplikasikan teori ini dengan memulakan set induksi atau
pengenalan pembelajaran pada hari itu dengan mengemukakan persoalan yang bermakna
yang mencambahkan pemikiran murid.Set gambar yang beliau gunakan telah memberi
gambaran bermakna tentang tajuk pembelajaran pada hari itu.

(b). Pembelajaran mudah kepada sukar


Cikgu Nora menggunakan bahan bacaan yang mengandungi ayat yang pendek dan
perkataan mudah.Beliau menggunakan petikan bergambar dan berwarna untuk menarik
minat murid.Kaedah ini tidak memberi tekanan dan bebanan kepada murid ketika
menjalankan aktiviti.Murid akan bermotivasi untuk meneruskan pembacaannya. Begitu
juga dalam membina ayat berdasarkan gambar. Cikgu Nora menggunakan perkataan-
perkataan untuk dikaitkan dengan gambar. Seterusnya murid membina ayat mengikut
kesesuaian gambar. Semasa pengajaran, beliau telah menggunakan petikan untuk
menjelaskan lagi tajuk pembelajaran pada hari itu.Berdasarkan petikan tersebut, beliau

3
HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

meminta murid mencari dan menggariskan ayat-ayat penyata yang terdapat di dalam
petikan tersebut.Kemudian dari ayat-ayat tersebut beliau meminta murid menggariskan
perkataan yang membawa maksud banyak.
Pendekatan yang beliau gunakan bersesuaian dengan pendekatan yang diterapkan oleh
ahli-ahli kognitif iaitu pengajaran membaca bergerak daripada unsur-unsur yang lebih
besar kepada unsur-unsur yang lebih kecil.Pengajaran beliau juga mempunyai unsur-
unsur yang bermakna seperti ayat, frasa dan perkataan.

(c). Kaedah Inkuiri Penemuan


Cikgu Nora menggalakkan murid membaca, kemudian murid perlu menceritakan kembali
apa yang dibaca menggunakan ayat mereka sendiri iaitu tentang kegigihan seorang
kanak-kanak berdasarkan gambar yang dipaparkan. Cikgu Nora telah dapat mencungkil
idea atau pemahaman murid dengan mengemukakan beberapa soalan.Beliau juga
membuat ulasan terhadap jawapan murid dan memberi peneguhan.

4
HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

b. Apakah prinsip pedagogi yang dipegang oleh guru tersebut ?


Dalam pengajaran bahasa, seseorang guru yang baik harus sentiasa memikirkan
kekurangan-kekurangan yang ada pada dirinya dalam usaha untuk menghasilkan
pengajaran yang berkesan dengan pencapaian murid yang maksimum.Ini juga
menggambarkan bahawa guru perlu mempunyai satu prinsip tentang pedagogi
pengajaran.
Prinsip pengajaran bahasa berasaskan aliran Kognitif adalah berhubung dengan teori
pemerolehan bahasa yang juga berkisar kepada enam prinsip yang lebih umum, iaitu:
1. Pembelajaran merupakan proses mental.
2. Semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah dilahirkan
dengan kebolehan semulajadi untuk berbuat demikian.
3. Dalam keadaan normal, kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-
kanak dalam peringkat kematangan yang sama.
4. Dalam huraian bahasa, penyampaian makna lebih diutamakan.
5. Dalam proses pembelajaran, tulisan dan bacaan diutamakan.
6. Kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan tatabahasa disampaikan
secara formal.
Secara keseluruhannya, pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh Cikgu Nora
adalah mengikut prinsip pedagogi aliran Behaviorisme dan aliran kognitif.
Prinsip Behaviorisme menyatakan bahawa pembelajaran sebagai satu perubahan
tingkahlaku yang sesuai dan berlaku dalam diri seseorang individu disebabkan oleh
pengalaman. Ianya menumpukan perhatian kepada aspek tingkah laku manusia yang
boleh diperhatikan dan boleh diukur. Berikut prinsip Behaviorisme yang telah
digunakan oleh Cikgu Nora dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu :
a. Memberi peneguhan
Dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan Cikgu Nora banyak memberi
peneguhan positif kepada murid-muridnya seperti ‘ bagus” dan ‘ baik’. Selain itu tepukan
pada bahu murid juga dilakukan oleh Cikgu Nora sebagai satu penghargaan kepada
murid-muridnya. Prinsip ini dapat memberikan keyakinan dan motivasi kepada murid
untuk meningkatkan pembelajaran mereka.

5
HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

b. Pengulangan dan latihan


Murid-murid di dalam kelas ini telah diberikan pengulangan dan latih tubi dalam bacaan
dan penulisan. Dalam aktiviti penulisan, Cikgu Nora telah memberikan latihan untuk
membina ayat berdasarkan gambar. Bagi bacaan pula, murid membaca secara berulang-
ulang untuk meningkatkan pembacaan mereka.

Prinsip kedua pula ialah prinsip Kognitif. Dalam prinsip ini menyatakan bahawa
pembelajaran adalah proses mental yang aktif untuk mengumpul,menyimpan, mengingat,
dan menggunakan ilmu. Fokus kajiannya ialah terhadap proses minda individu. Cara
individu berfikir tentang situasi, kepercayaannya, jangkaannya dan perasaannya
mempengaruhi cara individu itu belajar.Berikut adalah prinsip kognitif yang digunakan
oleh Cikgu Nora iaitu :
a. Pembelajaran melalui inkuiri penemuan
Dalam langkah 2, Cikgu Nora telah menyuruh murid-murid membuat banding-beza
antara sifat gigih dengan malas melalui paparan gambar. Murid telah diberikan borang
pengurusan grafik ( PG ) untuk membuat banding-beza di dalam kumpulan masing-
masing. Hasil laporan telah disampaikan oleh wakil setiap kumpulan. Secara tidak
langsung murid dapat membuat perbandingan dan penemuan tentang hasil banding-beza
tersebut.

b. Interaksi sosial
Dalam aktiviti kumpulan, Cikgu Nora telah menggalakkan murid-murid berinteraksi
antara satu sama lain untuk mendapatkan maklumat dan berukar-tukar pendapat bagi
mendapatkan jawapan. Secara tidak langsung ini akan memberikan pengalaman kepada
murid-murid untuk berinteraksi dengan lebih baik dan berkeyakinan. Selain itu mereka
juga akan dapat bertukar-tukar pendapat dan maklumat yang diperolehi dikongsi
bersama.

6
HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

c. Apakah pendekatan yang diamalkan dalam pembelajaran bahasa ?


Menurut Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkaitan
dengan proses pengajaran yang diamalkan dalam pembelajaran sesuatu mata pelajaran
supaya sesuai dengan tahap pelajar. .
Dalam pengajaran dan pembelajaran, Cikgu Nora telah menggunakan beberapa
pendekatan iaitu :
Pendekatan Induktif
Pendekatan induktif adalah pendekatan gramatikal yang mendahulukan sesuatu
pengajaran dengan contoh-contoh struktur penggunaan unsur-unsur tatabahasa yang
dipelajari terlebih dahulu sebelum sesuatu kesimpulan dibuat. Antara contoh pendekatan
induktif yang Cikgu Nora gunakan adalah seperti berikut :
a. Cikgu Nora telah menyuruh murid menyatakan beberapa makna perkataan yang
terdapat di dalam petikan seperti ‘mencengkam’, ‘pelawaan’, ‘merobah’, ‘tuisyen’ dan
‘rintangan’. Setelah itu, Cikgu Nora menyatakan maksud perkataan tersebut dan
penggunaannya dalam ayat. Selain itu murid juga diminta untuk membina ayat dengan
menggunakan perkataan-perkataan tersebut.
b. Cikgu Nora meminta murid menyatakan sifat-sifat gigih yang diketahui oleh murid.
Setelah murid-murid memberikan contoh, beliau menerangkan definisi sifat gigih.

7
HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

d. Apakah kaedah yang digunakan untuk memulakan pengajaran bagi mencapai


objektif pelajaran ?
Menurut anthony (1963), kaedah merujuk kepada satu set siri tindakan guru yang
sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran tertentu dalam jangka masa
pendek.Kaedah merupakan cara mendekati sesuatu objektif pelajaran yang penyampaian
langkah-langkahnya berdasarkan susunan yang teliti dan rapi.
Berikut merupakan kaedah-kaedah yang telah digunakan oleh Cikgu Nora dalam
pengajaran beliau.
Kaedah natural
Dalam memulakan pengajarannnya, Cikgu Nora memaparkan video yang menunjukkan
sifat kegigihan seorang kanak-kanak.Penerangan daripada tayangan video itu menjadi
alat untuk menghubungkan makna dan mesej.
Kaedah penglibatan tindak balas fizikal
Semasa memperkenalkan makna perkataan, Cikgu Nora menyebut perkataan-perkataan
yang terdapat di dalam petikan.Murid diminta mencari makna perkataan-perkataan
tersebut.Kemudian beliau menjelaskan makan perkataan tersebut.Hasil daripada
penerangan beliau, murid dapat memahami makna perkataan tersebut.
Kaedah Oral-Aural
Selain itu, Cikgu Nora menggunakan kaedah dengar dan tutur dalam setiap aktiviti
pengajaran dan pembelajarannya. Contohnya murid mendengar penerangan daripada
guru tentang simpulan bahasa dan murid menyebut serta membina ayat. Setiap murid
digalakkan untuk mendengar arahan yang disampaikan dan bertutur untuk
menyampaikan kembali maklumat.
Kaedah Bahasa Komuniti
Cikgu Nora juga menggunakan kaedah ini bagi aktiviti kumpulan. Setiap murid akan
berkomunikasi dan berinteraksi dalam kumpulan kecil. Mereka belajar antara satu sama
lain untuk mendapatkan maklumat. Contohnya membina ayat berdasarkan gambar.
Murid-murid berbincang dalam kumpulan dan melaporkan jawapan.

8
HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

Kaedah Tatabahasa Terjemahan


Cikgu Nora menggunakan kaedah ini untuk menjelaskan cara membina ayat penyata dan
ayat tanya dengan betul beserta penggunaan kata kerja yang betul dalam ayat. Ini penting
supaya murid dapat membuat ayat yang gramatis. Cikgu Hamid juga membantu murid
memurnikan ayat yang tidak lengkap.

9
HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

e. Adakah strategi bahasa yang digunakan oleh guru tersebut sesuai dan apakah
strategi teknik yang boleh digunakan untuk mencapai objektif pelajaran yang
optimum?

Strategi Bahasa dan Strategi Teknik


Strategi bahasa adalah suatu cara atau langkah atau tindakan yang dilakukan untuk
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran bahasa. Dalam pengajaran dan
pembelajaran ini, Cikgu Nora telah menggunakan strategi bahasa yang sesuai mengikut
tahap murid-murid dalam kelas ini. Antaranya ialah :
a. Pendekatan berpusatkan murid
Dalam aktiviti kumpulan, Cikgu Nora sebagai fasilitator manakala murid-murid
berbincang dan berkomunikasi untu mendapatkan jawapan serta melaporkan kepada
kelas.
b. Kepelbagaian teknik
Cikgu Nora menggunakan pelbagai teknik dalam pengajarannya untuk menarik minat
murid mengikuti pembelajaran dan seterusnya menjadikan pembelajaran mereka
bermakna. Antaranya tayangan video, penggunaan gambar dan kad perkataan yang
menarik.
c. Kepelbagaian sumber bahan
Cikgu Nora mempelbagaikan sumber pengajarannya dengan menyediakan petikan cerita,
video, gambar, kad perkataan dan lembaran kerja untuk aktiviti menulis.
d. Penggunaan tatabahasa yang tepat
Cikgu Nora menekankan penggunaan tatabahasa yang tepat dalam pengajaran dan
pembelajarannya. Contohnya penggunaan kata kerja, ayat tanya dan ayat penyata dengan
diberikan contoh-contoh penggunaan yang betul.
e. Penggabungjalinan
Dalam pengajaran dan pembelajaran ini, Cikgu Nora telah menggabungkan beberapa
kemahiran iaitu kemahiran bertutur, membaca dan menulis dengan baik. Setiap
kemahiran ini diajar dengan baik dan berkesan.

10
HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

Strategi teknik pula ialah suatu alat yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif pembelajaran yang optimum.
Antara straegi teknik yang digunakan oleh Cikgu Nora ialah :

a. Teknik soal jawab


Teknik ini sentiasa digunakan oleh Cikgu Nora kepada murid pada setiap langkah
pengajarannya. Interaksi berlaku antara guru dengan murid dan murid dengan
murid.Cikgu Nora akan membantu murid untuk memberi jawapan yang baik serta
membetulkan jawapan yang salah.

b. Penyelesaian masalah
Dalam aktiviti kumpulan, Cikgu Nora telah meminta murid untuk mencari makna
perkataan serta maksud simpulan bahasa. Murid akan melaporkan jawapan dan akan
berkongsi maklumat bersama kumpulan lain.

c. Teknik sumbang saran


Cikgu Nora sentiasa mengadakan sumbang saran dengan murid untuk mendapatkan
maklumbalas terhadap pengajarannya. Antaranya meminta murid menyatakan maksud
simpulan bahasa, memberi contoh ayat penyata dan membina ayat.Dalam aktiviti
kumpulan juga teknik ini digunakan. Setiap murid akan mengeluarkan pendapat sebelum
keputusan dibuat untuk menulis jawapan yang akan dilaporkan.

d. Latih tubi
Dalam aktiviti membina ayat berdasarkan gambar, Cikgu Hamid meminta murid
membina ayat penyata dengan kata kerja yang sesuai, kemudian murid membacanya .
Setelah dimurnikan murid akan menulisnya serta membacanya sekali lagi.

11
HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

f. Kajian terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran


a. Set Induksi ( 5 minit )
Dalam set induksi ini, Cikgu Nora telah menayangkan satu tayangan video yang
memaparkan kegigihan seorang kanak-kanak melalui LCD Projektor.Seterunya beliau
mengaitkan tayangan video itu tadi dengan tajuk pembelajaran ‘Tangisan kejayaan’.
Kekuatan Bahan Bantu mengajar yang digunakan dalam set induksi ini ialah paparan
gambar melalui LCD Projektor . Kebaikan penggunaan kemahiran ICT ini :
i ) Memudahkan pengajaran dan pembelajaran
Guru dapat membuat penerangan dengan mudah.Guru tidak perlu membawa gambar atau
penggunaan kad manila untuk membuat demontrasi.
ii ) Menarik minat dan mencetuskan motivasi murid.
Penggunaan komputer dan LCD ini dapat menarik minat murid dan mencetuskan
motivasi mereka untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran.Mereka akan lebih
memberi tumpuan .

Kelemahan dalam set induksi ini ialah murid tidak memahami dengan jelas berkenaan
dengan sikap yang digambarkan melalui tayangan tersebut kerana sikap yang
digambarkan itu lebih bersifat subjektif.Beliau boleh memulakan pengajaran dengan cara
memaparkan perkataan gigih dan meminta murid menjelaskan makna perkataan itu
berdasarkan fahaman mereka.

b. Langkah 1 ( 15 minit )
Dalam langkah 1 ini, Cikgu Nora meminta murid membaca petikan di dalam buku teks
secara individu yang dipilih secara rawak. Setelah itu murid bersoal jawab berdasarkan
petikan. Kemudian murid diminta mencari maksud lima perkataan menggunakan kamus
secara berpasangan.
Kekuatan yang terdapat dalam langkah 1 ini ialah keupayaan murid membaca petikan
dengan baik dan dapat mencari maksud perkataan dengan menggunakan kamus.

12
HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

Kelemahannya pula tidak semua murid dapat menggunakan kamus dengan baik kerana
terdapat murid yang tidak mempunyai kamus dan murid ini hanya mendengar sahaja.
Bagi aktiviti bacaan pula hanya 2 orang murid sahaja dilibatkan.
Untuk mengatasi masalah ini, Cikgu Nora boleh membuat melakukan aktiviti pengajaran
di pusat sumber dan murid boleh menggunakan kamus yang terdapat di situ. Untuk lebih
menyeronokkan sesi pengajaran dan pembelajaran, Cikgu Nora boleh menjalankan
aktiviti permainan mencari makna perkataan secara kumpulan.

c. Langkah 2 ( 15 minit )
Dalam langkah 2 ini, murid dibahagikan kepada 6 kumpulan . Cikgu Nora memberikan
lembaran aktiviti mencari maksud simpulan bahasa. Setelah itu murid disuruh
menyenaraikan sekurang-kurangnya lima kata tanya yang terdapat dalam petikan. Murid
juga diminta membina ayat daripada kata kerja tersebut. Setelah itu, Cikgu Nora memberi
penerangan tentang kata tanya. Kemudian murid memberi contoh ayat tanya yang
terdapat dalam petikan.

Kekuatan dalam langkah 2 ini ialah murid dapat menjalankan akiviti kumpulan secara
koperatif dan kolaboratif iaitu berbincang dan bertukar-tukar pendapat mengenai
jawapan. Murid juga dapat memberikan contoh kata tanya dengan betul.

Kelemahannya ialah pengagihan kumpulan mengambil masa yang lama dan ahli
kumpulan tidak terdiri daripada pelbagai kebolehan.Dalam kumpulan juga tidak dilantik
ketua, pencatat dan pelapor.Keadaan ini menimbulkan kebisingan.
Bagi mengatasi masalah ini, Cikgu Hamid perlu pastikan setiap murid dalam kumpulan
terdiri dari pelbagai kebolehan dan pastikan mereka melantik ketua, pencatat dan pelapor.
Aktiviti permainan bahasa seperti teka-teki, teka silangkata dan sebagainya boleh
disisipkan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran murid serta menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik dan
menyeronokkan.

13
HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

d. Langkah 3 ( 15 minit )
Cikgu Nora memaparkan kad perkataan dan kad ayat serta memberi contoh ayat tanya
dan ayat penyata. Murid diminta membina ayat tanya dan ayat penyata dengan
menggunakan perkataan yang dipaparkan pada kad perkataan. Setiap kumpulan
melaporkan jawapan. Cikgu Hamid memurnikan jawapan murid.
Murid menulis ayat dalam bentuk perenggan di dalam buku latihan.
Kekuatan dalam langkah 3 ini ialah Cikgu Hamid berjaya membantu sesetengah murid
untuk membina ayat menggunakan kata tanya disamping penggunaan kad perkataan dan
kad ayat yang menarik.
Kelemahannya ialah tidak semua murid dapat membina ayat kerana perkataan yang
diberikan agak sukar pada tahap mereka.Murid yang lemah hanya diam dan membiarkan
murid cerdas memberikan jawapan.

e. Penutup ( 5 minit )
Cikgu Nora sekali lagi menayangkan video dan membuat penyoalan lisan sebagai
pengukuhan.Beliau juga meminta murid menyebut simpulan bahasa yang dipelajari serta
maknanya.Beliau juga memberikan lembaran kerja sebagai aktiviti penulisan.

14
HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

Rumusan temubual
Berdasarkan temubual yang dijalankan selepas pengajaran dan pembelajaran Cikgu Nora
menjelaskan bahawa pengajaran dan pembelajaran bahasa perlu disesuaikan dengan
kaedah, teknik, strategi dan pendekatan . Selain itu pengajaran dan pembelajaran bahasa
melibatkan beberapa aspek iaitu :

a. Penggunaan tatabahasa yang betul dan tepat


Pengunaan tatabahasa yang betul dan tepat amat penting dalam perbualan dan penulisan.
Ini akan dapat membantu murid untuk memantapkan penggunaan tatabahasa mereka
terutama aktiviti membina ayat.

b. Banyak latihan dan pengulangan


Latihan perlu dimaksimumkanmengikut tahap keupayaan murid supaya hasil
pembelajaran dapat mencapai objektif yang ditentukan. Pengulangan dalam setiap
kemahiran dapat membantu muird meningkatkan kefahaman mereka serta dapat
menggunakannya dalam matapelajaran yang lain.

c. Guru perlu memantapkan pengetahuan dalam bahasa


Guru bahasa perlu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bahasa supaya dapat
menghasilkan pengajaran yang berkualiti dan pembelajaran yang bermakna kepada
murid.

d.Pemilihan stategi, kaedah dan teknik yang betul untuk hasil yang berkesan.
Guru bahasa perlu mengambilkira semua aspek ini sebelum, semasa dan selepas
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Guru akan dapat melihat kekuatan , kelemahan
dan cara untuk mengatasi serta meningkatkan pengajaran.

15
HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

e. Perlu ada aktiviti pengukuhan dan pemulihan


Aktiviti pengukuhan amat penting untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
murid. Begitu juga aktiviti pemulihan untuk membantu murid sederhana dan lemah
meningkatkan penguasaan kemahiran mereka. Kadangkala guru kurang mengambil berat
aspek ini disebabkan kekangan masa.

f. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran


Menurut Cikgu Nora, beliau menggunakan ICT apabila mengetahui pengajaran dan
pembelajarannya dipantau. Jika tidak, beliau lebih selesa menggunakan cara tradisional.
Tidak semua murid berminat mengikuti pengajaran dan pembelajaran menggunakan
komputer kerana mereka mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza.

16
HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

Penutup
Kepentingan persediaan pengajaran dan pembelajaran bahasa berdasarkan pendekatan
teori dan prinsip pedagogi yang sesuai dengan murid amat penting bagi guru. Pengajaran
dan pembelajaran ini dapat meningkatkan keyakinan guru mengajar, disamping dapat
membantu guru menilai pembelajaran murid di akhir pengajaran dengan lebih berkesan.
Segala pengetahuan, kemahiran serta nilai yang perlu dikuasai dan diterap kepada murid
perlu digariskan terlebih dahulu dengan jelas.

Aktiviti pengajaran-pembelajaran hendaklah mempunyai perkaitan yang jelas dengan


setiap objektif pengajaran dan isi pelajaran, berasaskan pengetahuan sedia ada murid.
Guru perlu memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid agar
pembelajaran lebih bermakna dan berkesan.

Melalui penilaian yang konsisten dan berterusan, guru dapat mengesan sebarang masalah
pembelajaran yang dihadapi murid, seterusnya mengambil tindakan segera untuk
mengatasinya. Disamping menilai pemahaman murid, guru perlu menganalisis dan
menilai keberkesanan perancangan dan pengajarannya.

17
HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

RUJUKAN
Mohd.Nasar Bin Sukor.et.al. (2006). Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 5. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dr. Adenan Ayob, Dr. Nathesan Sellapan. (2008). HBML3303 Psikolinguistik dan
Semantik. Selangor : Open University Malaysia.
Dr. Ali Mahmood, et.al. (2007 ). HBML1103 Pengenalan Pendidikan Bahasa
Melayu.Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz ( 2004 ). Pedagogi Asas
Pendidikan.Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Lufti Abas. (1975). Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa. (1989). Tatabahasa Dewan Jilid 2 :
Perkataan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2003).
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Hj. Abdul Aziz.(1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan)
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Abdul Aziz Abdul Talib, (1885). Langkah-Iangkah permulaan dalam mengajar kanak-
kanak menulis karangan: Satu Pendekatan, jurnal Dewan Bahasa, No.
31,Bil.lO.
Abdul Jalil Othman. (1989). Rnjukan segera Bahasa Malqysia KBSM. Kuala Lumpur
Berita Publishing Sdn. Bhd.
Awang Sariyan. (1980). Kesalahan umum penggunaan Bahasa Malqysia.Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

18
HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

LAMPIRAN

19

Anda mungkin juga menyukai