Anda di halaman 1dari 2

Seperti hari-hari biasa kelas 6 Putrajaya tidak pernah sunyi dengan hilai tawa dan keletah penghuni

kelasnya. Berada di dalam kelas tersebut tertautnya ukhwah tiga sahabat berbeza kaum dan agama.
Insyirah, Devi dan Ai Ling telah bersahabat baik semenjak mereka menginjak ke tahun 1 lagi. Bertapa
eratnya silaturrahim antara mereka
Dalam leka mereka menyiapkan kerja yang cikgu Ramly berikan walaupun berdendangkan dengan
hingar bingar rakan sekelas, tiba-tiba Devi mencelah.
Minggu depan negara kita akan sambut merdeka kan? Apa ya tema merdeka kita tahun ini?

Eh, eh... Devi itu pun awak tak tau ka? Tema merdeka negara kita tahun ini Sehati Sejiwa.
Macam kita bertiga maa.. sebab itu kita jadi sahabat sejati sampai sekarang. Kita semua rakyat
Malaysia mesti ada ini semangat sehati sejiwa. Kita ada pelbagai bangsa. Melayu, Cina, India,
Bumiputera. Kalau kita tidak sehati sejiwa macam mana negara kita mau aman ma.... Terang Ai
Ling dengan panjang lebar.
Insyirah tersenyum lebar dengan penerangan Ai Ling itu. Dia akui Ai Ling adalah murid yang paling pintar
di dalam kelas mereka. Namun sikap Ai Ling yang sentiasa merendah diri dan sedia berkongsi ilmu yang
diketahuinya amat disenangi bukan sahaja Insyirah dan Devi malah seluruh warga kelas 6 Putrajaya.
Tema merdeka tahun ini amat sesuai dengan keadaan negara kita sekarang. Perpaduan antara kaum
dan masyarakat Malaysia sudah semakin rapuh. Tengok saja dalam tv, ada saja perbalahan atau
pergaduhan yang melibatkan antara kaum. Sedih rasanya. Tambah Insyirah.
Amma.. Ya la Insyirah, Ai Ling. Saya pun tidak suka tengok rakyat kita bergaduh. Kita semua
kan rakyat Malaysia. Buat apa mahu gaduh-gaduh.
Apa yang diperkatakan oleh Devi itu ada kebenarannya dalam realiti masyarakat majmuk Malaysia masa
kini. Jika diselusuri susur galur sejarah semasa proses menuntut kemerdekaan, semua masyarakat
majmuk Malaysia tidak kira pemimpin waima rakyat jelata, bersama membantu menghulurkan
sumbangan ikhlas kepada Tunku. Semuanya untuk membiayai kos perjalanan ke Kota London berjumpa
dengan Ratu England.
Tetapi sekarang, semua masyarakat bersatu dalam ertikata yang berbeza. Mereka mengikut fahaman
politik dan perkauman tertentu sahaja. Melayu dengan masyarakatnya, Cina dan India dengan
masyarakatnya dan masing-masing dengan ideologi dan kepentingan sendiri.

Eh, Insyirah awak termenung apa tu?. Tiba-tiba Ai Ling menyapa sambil menepuk bahu
Insyirah. Menghentikan terus lamunannya.
Tak ada apa-apa lah, cuma terfikir kenapa kita boleh saja duduk bersama, bincang bersama, bergurau
dan berkongsi segala masalah kita. Tapi di luar sana tak macam ni. Kenapa ye?
Ai Ling dan Devi buntu. Apa yang diperkatakan oleh Isyirah itu ada betulnya. Mereka bertiga boleh
berkawan baik selama hampir 6 tahun dan berkongsi segala kisah suka dan duka bersama. Tapi apa yang
mereka lihat dan dengar sama ada di dada akhbar, corong radio atau kaca televisyen adalah sebaliknya.

Entahlah Insyirah, saya pun tidak tahu kenapa ini boleh berlaku. Tapi keluarga kita bertiga
tetap rapat dan selalu datang ziarah maa.. itu sudah menunjukkan hubungan kita dan keluarga
kita masih baik macam dulu. Sapa Ai Ling secara berseloroh untuk kembali menceriakan Insyirah.
Betul apa yang awak kata tu Ai Ling, saya pun suka keluarga-keluarga kita tetap rapat seperti dulu. Tapi
jika kita dan keluarga kita sahaja yang masih erat hubungan silaturrahimnya atau hanya sebahagian
rakyat Malaysia sahaja ini tidak memadai. Negara kita akan jadi huru-hara. Awak nak tragedi 13 Mei
1969 berlaku lagi sekali?. Insyirah semakin emosi apabila teringatkan tragedi rusuhan kaum terbesar
dalam sejarah negara itu.
Mana kan tidak Insyirah terganggu emosinya, ayahnya ialah salah seorang anggota polis yang
ditugaskan untuk mengawal dan membanteras rusuhan pada masa itu. Ayahnya sering kali bercerita
kepada Insyirah betapa getirnya keadaan negara terutamanya di Kuala Lumpur pada ketika itu. Setiap
kali itu juga lah air mata Insyirah pasti mengalir keluar.
Ai Ling dan Devi mengangguk tanda faham apa yang dimaksudkan oleh Insyirah itu. Mereka juga tidak
mahu tragedi 13 Mei itu berlaku lagi sekali di negara ini.
Semangat merdeka dan semangat sehati sejiwa perlu ada dalam diri kita semua sebagai rakyat
Malaysia. Secara spontan mereka bertiga mengungkapkan kata-kata yang sama.

Mereka bertiga ketawa namun dalam hati tetap mengharapkan Malaysia kekal aman juga keharmonian
dan rasa hormat antara kaum kekal utuh selamanya.
Malaysiaku sehati sejiwa

Anda mungkin juga menyukai