Anda di halaman 1dari 40

ETIKA

PROFESIONAL
Mpu 2223

OBJEKTIF
Selepas mempelajari topik ini, pelajar
akan dapat:
1. Memahami konsep profesion dan profesional.
2. Mengenal pasti ciri-ciri khusus profesion.
3. Menghuraikan isu-isu dan penekanan dalam
kajian etika profesional.
4. Mengenal pasti langkah-langkah yang perlu
diambil apabila menghadapi dilema dalam
hal etika.
5. Menyedari
kepentingan
kajian
etika
profesional demi kesejahteraan masyarakat.

PENDAHULUAN
Kajian tentang etika profesional
melibatkan semua isu etika dan nilai
dalam sesuatu bidang profesion dan
tingkahlaku golongan profesional
dalam masyarakat. Dalam menjalani
tugasan harian mereka adakalanya
berhadapan dengan masalah etika
dan nilai yang sukar dan mencabar.

ISU ETIKA
ISU PERTAMA
Seorang doktor muda telah didatangi
seorang perempuan berumur 16 tahun
yang mengandung 3 bulan. Perempuan itu
yang sihat dan belum bersuami itu telah
menjanjikan upah yang lumayan untuk
melakukan pengguguran anak kepada
doktor tersebut. Patutkah doktor tersebut
menunaikan permintaan perempuan itu?

ISU KEDUA
Seorang jurutera awam telah didesak oleh
kontraktor untuk memberikan kelulusan
sijil layak menduduki premis untuk
bangunan sekolah yang telah siap dibina.
Setelah
menjalankan
pemeriksaan
didapati banyak spesifikasi tidak dipatuhi
dan mungkin menimbulkan masalah dari
segi
keselamatan
kelak.
Kontraktor
berkenaan ialah bapa mertua kepada
jurutera tersebut. Wajarkah jurutera itu
berkompromi
untuk
memberikan
kelulusan?

ISU KETIGA
Sebuah syarikat arkitek perumahan
sedang menghadapi masalah
kewangan kerana kurang menerima
kontrak yang besar. Tiba-tiba sebuah
syarikat pembentungan telah
menawarkan kontrak yang agak besar
untuk mereka bentuk sistem
pembuangan najis di sebuah kawasan
perumahan. Patutkah ketua arkitek di
syarkat berkenaan menerima kontrak
tersebut?

ISU KEEMPAT
Sebuah syarikat guaman sedang
mengendalikan kes dua orang kliennya di
tempat dan mahkamah yang berlainan
dan dikendalikan oleh kumpulan peguam
yang berbeza. Dalam kes klien A mereka
akan berhujah berdasarkan pada satu
peruntukan
perundangan,
sementara
dalam kes klien B mereka akan berhujah
menentang peruntukan perundingan yang
sama. Soal ini berlaku kerana kewujudan
konflik kepentingan antara kedua-dua
klien itu. Patutkah syarikat guaman
mewakili kedua-dua kliennya?

ISU KELIMA
Seorang profesor sains komputer di
sebuah universiti telah dihubungi
oleh sebuah agensi keselamatan
kerajaan untuk membina laluan
mengakses komputer lain yang
kodnya
tidak
diketahui.
Ini
melibatkan etika dalam penyelidikan.
Patutkah
Profesor
berkenaan
menerima tugas itu?

ISU KEENAM
Seorang doktor keluarga mendapati bapa
dalam
sebuah
keluarga
menghidap
penyakit
kelamin.
Pesakit
tersebut
meminta
doktor
berkenaan
supaya
merahsiakan
hal
itu
daripada
ahli
keluarganya
kerana
dikhuatiri
pembongkaran
rahsia
itu
akan
merosakkan rumahtangganya. Masalah
obligasi terhadap orang lain. Patutkah
doktor tersebut menasihatkan supaya
semua ahli keluarga berkenaan menjalani
ujian sakit kelamin sedangkan permintaan
tersebut melibatkan obligasi seorang
profesional terhadap pelanggannya.

Kes-kes
tersebut
adalah
antara beberapa isu etika
yang melibatkan golongan
profesional
yang
sering
dibincangkan
dalam
masyarakat.

PROFESION DAN
PROFESIONAL
Secara umum, golongan profesional
terdiri daripada mereka yang terlibat
dalam profesion tertentu seperti:
o
o
o
o

Perubatan (doktor)
Perundangan (peguam)
Kejuruteraan (jurutera)
Perakaunan atau audit (akauntan
juruaudit)
o Seni bina (arkitek)
o Perkomputeran (pakar komputer)

atau

PROFESION DAN
PROFESIONAL
Sehingga kini belum terdapat takrifan profesion dan
profesional yang boleh diterima umum.
Bagaimanapun, perkataan profesion disinonimkan
dengan pekerjaan.
Menjadi profesional dalam sesuatu profesion
bermaksud
seseorang
itu
menganggap
profesionnya sebagai aktiviti yang menjadi
sumber pendapatan tetap.
Maka
timbulah
gelaran
pemain
bole
sepak
profesional , pelumba kereta profesional dsb.
Pelumba kereta amatur dan pemain bola sepak amatur
tidak boleh dianggap sebagai profesional kerana tidak
menjadikan aktiviti ini sebagai sumber pekerjaan.

PROFESION DAN
PROFESIONAL
Menurut Martin dan Schiuzer (1996)
dan Bayles (1981), perkataan profesion
dan profesional hanya boleh digunakan
dalam bidang pekerjaan tertentu yang
memenuhi kriteria khusus seperti berikut:
1) Ilmu pengetahuan ada pengetahuan dari
segi bagaimana dan apa kemahiran yang
sofistikated (knowing-how) dan ilmu teori
(knowing) untuk membuat penilaian dan
melakukan budi bicara.

2) Latihan intensif dan berterusan menjadi


doktor, peguam atau jurutera, seseorang
terpaksa mengikuti kursus yang menawarkan
komponen intelektual di universiti selama 4-6
tahun. Hal ini berbeza sekali dengan tukang
gunting rambut, tukang jahit dan pengikat batu
bata yang tertumpu kepada kemahiran fizikal
atau psikomotor.
3) Perkhidmatan penting untuk masyarakat
doktor (kesihatan), pensyarah (ilmu), peguam
(melindungi hak), jurutera (keselamatan dan
kebajikan),
arkitek
(keselamatan)
dan
sebagainya
yang
amat
diperlukan
bagi
masyarakat itu berfungsi.

4) Badan profesional hampir semua profesion


mempunyai badan profesional yang mewakili
mereka. Badan-badan ini bertanggungjawab
dalam menentukan standard kemasukan
dalam profesion berkenaan, menyediakan
kod etika dan mengawal tingkah laku
ahlinya. Pada masa yang sama badan-badan
ini juga mewakili pihak masyarakat dan
PROFESIONAL
kerajaan. PROFESION
Persatuan Perubatan Malaysia
Doktor
Majlis Peguam Malaysia
Peguam
Lembaga Jurutera Malaysia
Jurutera
Pertubuhan Arkitek Malaysia
Arkitek
Akauntan Institut Perakaunan Malaysia
Kaunselor Persatuan Kaunseling Malaysia

5) Persijilan (Pertauliahan) pengamal


sesuatu profesion perlu mendapat sijil atau
lesen
yang
dikeluarkan
oleh
badan
profesional masing-masing.
6) Bersifat autonomi profesional biasanya
mempunyai autonomi dalam membuat
sebarang
keputusan
penting
dan
penilaian
mengenai
hal-hal
yang
berkaitan dengan profesionnya. Misalnya
seorang doktor membuat penilaian sendiri
tentang prosedur terperinci dalam sesuatu
pembedahan terhadap pesakitnya. Peguam
merangka
sesuatu
kontrak
untuk
pelanggannya.

Lazimnya perkataan profesion dan


profesional
membawa
konotasi
positif dan status yang tinggi tentang
bidang profesion seseorang itu.
Hal ini ada kaitan dengan ilmu dan
kemahiran yang dimiliki di samping
kepentingan
peranannya
dalam
masyarakat. Tidak hairanlah kalau
golongan profesional ini dikatakan
patut mendapat gaji, kemudahan dan
prestij yang tinggi.

TERDAPAT DUA JENIS


PROFESIONAL
profesion
Umumnya j e n i s
dibahagikan kepada dua kumpulan:
1. Profesional perunding
2. Profesional bergaji

dapat

PROFESIONAL BERGAJI

Makan gaji (menerima upah)


seperti pensyarah, penyelidik,
dan jurutera
Tugas atas arahan orang atasan/
institusi
tempat
kerja/mempunyai banyak klien
atau tiada langsung pada satusatu masa
Cabaran kurang kerana segala
sesuatu mesti rujuk orang
atasan/ institusi tempat kerja/
Masalah bayaran, pengagihan
dan hubungan dengan klien
tidak menjadi masalah utama

PROFESIONAL
PERUNDING

Usahawan
(bekerja sendiri)
Bertindak atas
keputusan
sendiri

Cabaran
agak
tinggi
kerana
memiliki
autonomi dalam
segala
keputusan dan

PROFESIONAL PERUNDING
Pada umumnya terdapat tiga (3) ciri utama
profesional perunding:
1) Memberikan perkhidmatan penting
2) Mempunyai monopoli dalam profesion dan
perkhidmatan yang diberikan sebelum
menjadi profesion tertentu, mereka perlu
mendapat lesen yang sah. Pengamal tanpa
lesen dianggap sebagai kesalahan jenayah.
Kadang-kadang monopoli menyebabkan ahli
profesional menyalahgunakan kedudukan dan
keistimewaan bagi kepentingan tertentu.
3) Ahli profesional mendakwa bahawa mereka
dapat mengawal tingkah laku mereka
sendiri
kerana
telah
menjalani
latihan
intelektual dan penilaian secukupnya sebelum

PERHATIAN
Jika sifat monopoli dan mengawal diri
sendiri tidak dilakukan dengan betul,
timbul
kesan
buruk
kepada
masyarakat dan kualiti kehidupan
manusia keseluruhannya.
Dalam menjalankan tugas hariannya
seseorang profesional itu mungkin
menghadapi tekanan daripada
pelbagai
pihak
yang
boleh
menimbulkan isu-isu etika.

PERSEKITA
RAN
GLOBAL
DAN
MASYARAK
AT

KELUAR
GA

BADAN
PROFESIO
NAL

Tekanan yang dihadapi oleh


profesional

KEPENTINGAN KAJIAN ETIKA


PROFESIONAL
Kesan penyalahgunaan kuasa dan
kedudukan
dalam
profesion
profesional kian menjadi-jadi, maka
kajian
etika
profesional
wajar
dilakukan agar:
1) Masyarakat
tidak
hilang
kepercayaan kepada profesional
2) Imej profesion profesional terjejas
3) Profesional tidak terus melakukan
perbuatan tidak beretika

NEGARA
Amerika
Syarikat

Malaysia

BIDANG

MASALAH ETIKA
Kecuaian dalam bidang perubatan telah

Perubata
menyebabkan kematian
n
hingga 98,000 setahun.

44,000

1. 61 kes kecuaian dalam perkhidmatan


perubatan (1986-1990).
2. 1991, 20 kes dibawa ke mahkamah
Perubata
dan bilangan menurun kepada 16 kes
n
pada tahun 1992. mungkin ada kes
yang tidak dilaporkan.

Peguam

Melarikan wang pelanggan (menipu)

Akaunta
nt

Pecah amanah

Jurutera

Memberi sijil lulus bangunan yang


tidak selamat

FAKTOR-FAKTOR PERBUATAN
TIDAK BERETIKA

Pertambahan bilangan ahli


profesional
Contoh : pengamal perubatan
sehingga ke ceruk pedalaman
(selepas DEB dilaksana) persaingan
survival klinik. Prinsip-prinsip
etikamasyarakat
Kebergantungan
dikorbankan.
moden kepada ahli profesional
(teknologi dan perundangan yang
kompleks)
Contoh : jual beli rumah harus
melibatkan peguam, sakit doktor,
perakaunan dan percukaian
akauntan,

MASALAH PENYELESAIAN ETIKA


Terdapat beberapa faktor yang menyumbang
kepada punca kerumitan penyelesaian masalah
etika seperti persekitaran, situasi, dan prinsip
atau kepercayaan yang berbeza.
Tiga (3) faktor yang dikatakan selalu menjadi
punca adalah seperti berikut:
1) Masalah kekaburan tentang pertimbangan
etika atau prinsip yang perlu diamalkan dalam
situasi tertentu. Contoh, menerima hadiah diari
daripada jurujual. Baru mula bekerja dapat hadiah.
Adakah itu dianggap rasuah? Apakah perbuatan itu
akan menimbulkan konflik kepentingan?

2)Alasan yang menimbulkan


konflik. Timbul dua atau lebih
prinsip yang boleh diaplikasi
yang bertentangan antara satu
sama lain. Keadaan disebut
dianggap
sebagai
dilema
moral iaitu satu situasi yang
mempunyai dua atau lebih
obligasi
moral,
tanggungjawab
dan
hak
yang bertentangan antara

BAGAIMANA
MENGHADAPAI DILEMA
1. Kenal pasti faktor etika yang relevan dan
alasan-alasannya.
2. Kumpulkan semua fakta yang berkaitan
dengan faktor etika terlibat.
3. Susun
pertimbangan
etika
mengikut
kepentingan untuk diaplikasikan dalam
sesuatu situasi.
4. Sediakan
tindakan
alternatif
untuk
menyelesaikan masalah dilema tersebut
dan kenal pasti implikasi setiap tindakan
itu.

BAGAIMANA
MENGHADAPAI DILEMA
5. Berbincang dengan rakan untuk
mendapatkan cadangan dan alternatif
tertentu.
6. Buat keputusan secara berhati-hati
dengan mengambil kira semua faktor
etika yang relevan dan faktor-faktor
lain. (langkah terakhir biasanya
dianggap langkah yang paling sukar)

Contoh : Ali berjanji dengan kawan untuk


bertemu, Ayahnya pula sakit. Terpaksa
telefon kawan minta maaf. (agak mudah
diselesaikan)
Tapi dilema yang dihadapi oleh profesional
adalah lebih rumit sekiranya melibatkan soal
hidup atau mati, maruah, kejujuran dan
keadilan. Namun, hal ini dapat diatasi
dengan menggunakan autonomi moral
iaitu
kebolehan
menggunakan
pandangan
moral
yang
sesuai
berdasarkan
asas-asas
nilai
kemanusiaan.

3.Penyelesaian masalah etika


yang
dikaitkan
dengan
perbezaan
individu
dan
kumpulan, mengaplikasi dan
menyeimbangkan prinsip etika
untuk sesuatu situasi. Lagi rumit
sekiranya terpaksa bekerjasama
dalam keadaan yang telah
ditentukan oleh pihak atasan.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN


DENGAN ETIKA PROFESIONAL?
Etika profesional diiktirafkan sebagai suatu
alat kawalan sosial terhadap golongan
profesional yang membolehkan oraganisasi
dan masyarakat mengawasi dan menilai
tingkah laku mereka dari semasa ke semasa.
Tegasnya,
etika
profesional
merupakan
mekanisme kawalan sosial terhadap
golongan profesional daripada pelbagai
bidang profesion. Melalui kawalan
ini,
diharapkan
profesionalisme
dapat
dipertingkatkan.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN


DENGAN PROFESIONALISME?
Profesionalisme bermaksud suatu
tahap daya kecekapan dan rasa
tanggungjawab yang tinggi dalam
melaksanakan
tugas
dengan
sebaik mungkin. Bagi mencapai
tahap ini, komitmen, minat dan
kejujuran amat diperlukan untuk
mendatangkan kepuasan.

ISU KAJIAN ETIKA


PROFESIONAL
Tiga isu utama yang sering dikaitkan
dengan kajian etika profesional
adalah seperti berikut:
1. Memberikan khidmat profesional
yang sama tanpa diskriminasi
berdasarkan
bangsa,
agama,
budaya, jantina, fahaman politik dan
kedudukan sosio-ekonomi.

2. Hubungan antara golongan profesional


dengan
pelanggannya.
Ini
termasuklah
masalah
seperti
mengambil
kesempatan
akibat
kebergantungan
pelanggan,
kerahisaan maklumat, hubungan yang
melampaui batasan dll.
3. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa
akibat
pangkat, kedudukan dan
maklumat tertentu untuk kepentingan
diri sendiri. Eg. Rasuah.

APAKAH YANG DITEKANKAN


SECARA KHUSUS OLEH ETIKA
PROFESIONAL

1. Menjaga
kepentingan
individu,
masyarakat dan alam sekitar secara
berterusan.
2. Mengelakkan daripada berlakunya
konflik antara kepentingan diri
dengan umum (masyarakat).
3. Mengelakkan
penyalahgunaan
kuasa akibat pangkat, kedudukan
dan
maklumat
tertentu
untuk
kepentingan diri sendiri.

KESIMPULAN
Etika profesional cuba menjelaskan peranan
profesion dan tingkahlaku yang patut
diamalkan oleh golongan profesional. Hal
ini kerana golongan profesional sentiasa
berdepan dengan isu-isu etika yang kompleks
menyebabkan mereka berada dalam situasi
dilema dalam memilih sesuatu tindakan.
Dilema ini berpunca daripada prinsip etika
yang kabur, alasan yang membawa
kepada konflik dan perbezaan pendapat.

SESI SOAL JAWAB???


Latihan:

Anda mungkin juga menyukai