Anda di halaman 1dari 3

KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA BUIH BERGANDA (i-THINK) TERHADAP

PENCAPAIAN PELAJAR DALAM TAJUK FAKTOR SEPUNYA

SITI NUR BAINI BINTI HUSSIN

Ijazah Sarjana Pendidikan (Matematik)


Fakulti Sains dan Matematik
Universiti Pendidikan Sultan Idris

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan
Tradisi mengajar Matematik tidak banyak berubah sejak dahulu dan pendekatan yang

digunakan juga hampir sama dari segi isi kandungan dan aplikasi yang mengutamakan sesi
aktiviti individu dan kumpulan serta menjadikan sesi berkenaan sekadar mengisi rutin harian
di dalam kelas Matematik. Akhirnya amalan-amalan yang streotaip ini kurang menggalakkan
pelajar berfikir dengan baik di samping kurang penekanan terhadap penggunaan grafik dalam
aktivit-aktiviti Matematik semasa kelas dijalankan. Penggunaan pengurusan grafik sebagai
alat berfikir dalam pengajaran Matematik masih pada tahap rendah di Malaysia dan ini tidak
menggalakkan pelajar untuk lebih kreatif dan kritis (Ab. Fatah, 1994).
Pada masa kini, terdapat seruan atau tuntutan supaya perubahan dilakukan terhadap
strategi pengajaran sedia ada di mana dari pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran
yang lebih berpusatkan pelajar. Ini bermakna, pelajar dituntut untuk lebih aktif dan
mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Demi menyahut seruan ini,
para pendidik perlu mencari idea, teknik atau pendekatan yang lebih baik untuk diaplikasikan
dalam strategi pengajaran mereka. Sistem Pendidikan dan kaedah pengajaran yang berkesan
adalah penting untuk menghasilkan pakar-pakar jurutera yang berkaliber dan memberi
sumbanganyang bermakna demi kemajuan negara.
Menurut Edward de Bono (1976) dalam Norzuliana (2014), kemahiran berfikir
dengan pemikiran yang membawa maksud bukan sahaja menyelesaikan masalah, ia juga
berfikir untuk melihat sesuatu dengan pelbagai pendapat untuk menyelesaikan masalah. Satusatunya cara untuk mengelakkan dari terbentuknya salah faham konsep adalah melalui
perbincangan dan interaksi sesuatu masalah yang dikongsi dalam perbincangan untuk
menyelesaikan masalah.

Anda mungkin juga menyukai