Anda di halaman 1dari 1

NIAT MANDI WAJIB

Niat mandi wajib secara ringkasnya adalah Sengaja aku mandi wajib kerana Allah
Taala. Lafaz niat yang lain Nawaitul ghusla lirafil hadatsil akbari janabati fardlal
lillaahi taaalaa (Artinya: Sengaja aku mandi wajib untuk menghilangkan hadas
besar dan mandi wajib kerana Allah Taala). Niat yang penting kita meniatkan karena
Allah, tidak mesti diucapkan dalam bahasa Arab kalau kita belum bisa.
Untuk perempuan yang mandi wajib kerana hadas haid niat mandi wajibnya
adalah Sengaja aku membersihkan hadas haidkerana Allah Taala. Sedangkan
untuk yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah Sengaja aku membersihkan
hadas nifas kerana Allah Taala.
Niat mandi wajib hendaklah diucapkan apabila mulai mengenakan air ke bagian
anggota mandi.Bila niat dilafalkan setelah seseorang telah membasuh anggota
badannya, mandi wajibnya tidak sah dan dia mesti mengulang kembali niatnya
ketika memulai membasuhkan air ke seluruh anggota badannya. Begitupun jika
seseorang berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah dan dia
harus mengulang kembali niatnya sambil membasuhkan air ke seluruh anggota
badannya.
Orang yang tidak berniat mandi wajib tidak memenuhi rukun mandi wajib dan
dengan itu tidak boleh dikatakan telah melakukan mandi wajib. Dia hanya sekadar
mengerjakan mandi biasadan masih terikat dengan larangan yang dikenakan untuk
orang yang berhadas besar.

Anda mungkin juga menyukai