Anda di halaman 1dari 8

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

TAJUK 5

5.1.

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES

Sinopsis

Bab ini menjelaskan proses penyelidikan tindakan yang meliputi empat peringkat. disebabkan
penyelidikan tindakan adalah satu proses berputar (cyclic) (lihat rajah 2) semua peringkat itu
haruslah dilihat secara keseluruhan dan juga secara berperingkat-peringkat. proses yang
diterangkan di sini sekadar panduan, sekurang-kurangnya untuk memungkinkan penyelidikaii
kecil-kecilan dijalankan berasaskan tema yang dipilih. proses ini harus juga dilihat dari segi
keupayaannya membawa perubahan yang memerlukan tindakan untuk menyelidik dan
mengubahsuai tindakan.
kerjasama dalam pasukan yang sama minat adalah amat perlu ke arah pembaharuan melalui
pengubahsuaian tindakan dalam proses itu. cara satu-satu kumpulan pengkaji merangka
tindakan kajian boleh saja bermula di mana-mana peringkat, tetapi cara yang lebih teratur
bermula dengan tinjauan. di peringkat inilah, tumpuan tema ditetapkan, sebelum bergerak ke
peringkat perancangan, pelaksanaan dan refleksi.
5.2 Hasil Pembelajaran
Menghuraikan proses melaksanakan kajian tindakan serta masalah yang dihadapi.

5.3 Kerangka
Proses kajian tindakan: Mengenal pasti aspek amalan bagi penambahbaikan
Merancang tindakan
Membina stratergi
Melaksanakan tindakan
Mengumpul data

51

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

Menganalisis data
Membuat refleksi terhadap tindakan (sebelum, semasa dan selepas tindakan)
Merancang kitaran kedua
Mengambil tindakan susulan

5.3.1 Mengenal Pasti Masalah


Langkah utama yang penting dalam penyelidikan tindakan ialah mengenal pasti amalan yang
bermasalah dalam isu bilik darjah yang menjadi perhatian. Contohnya tahap pencapaian jawi di
kalangan pelajar, kemampuan pelajar dalam membaca Al-Quran, minat pelajar keitka belajar
Al-Quran dan pelnbagai masalah yang dikenal pasti oleh guru pendidikan islam ketika
mengajar. Menurut Kemsis dan Mc Taggart, 1982. Guru perlu memilih masalah topik dan
masalah yang merupakan isu yang penting kepada anda sebagai seorang guru. Masalah yang
hendak dipilih perlu masalah yang boleh diselesaikan atau bersifat penambahbaikan kepada
amalan harian. Diharapkan melalui kajian tindakan yang dilakukan dapat memberi kesan atau
impak ke atas pembelajaran murid dan merubah tabiat guru.
Kaedah mengenal pasti masalah, guru perlu membuat pemerhatian, menyoal dan membuat
refleksi tentang keadaan sebenar (seluruh kelas atau sebahagian daripada murid dalam kelas
untuk menyiasat dan mencari jalan penyelesaian masalah yang dihadapi oleh mereka). Dengan
membuat perbandingan tahap pencapaian murid dengan standard pencapaian yang sepatutnya
dicapai seperti mana yang digariskan oleh kementerian pelajaran Malaysia. Untuk itu penyelidik
dicadangkan berkolaborasi dengan rakan guru lain, ketua panatia atau ketua bidang sebelum
melakukan kajian tindakan.
Beberapa soalan terbuka seperti di bawah dapat membantu guru unutk mengenal pasti bidang
serta amalan yang diminati untuk dibuat kajian dalam penyelidikan tindakan.
-

Saya ingin memperbaiki kelemahan atau kekurangan yang terdapat dalam ..

Saya keliru dengan kaedah yang digunakan .

Kebanyakan guru atau murid tidak minat dalam .

Saya ingin tahu lebih lanjut tentang

Buat masa ini bidang yang saya minati ialah

52

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

Saya ingin mencuba menggunakan idea tentang

Idea yang diperolehi itu perlu diubah dalam bentuk soalan kajian. Namun sebelum guru perlu
mengambil kira tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan penyelidikan yang akan
dilaksanakan supaya penyelidikan yang akan dibuat itu bermakna dan berfaedah.
-

Bagaimana untuk saya dapatkan penjelasan

Adakah kajian itu boleh diurus dan disiapkan dalam tempoh masa yang ada?

Adakah melalui kajian ini akan memberikan kefahaman yang mendalam kepada diri
anda?

Adakah anda berpeluang untuk menyebarluaskan hasil kajian tindakan ini?

Adakah isu tersebut ada kaitan dengan amalan anda sebagai seorang guru dan
sebagainya?

Selepas itu barulah soalan-soalan penyelidikan dibina dan dibentuk. Contoh saoalan adalah
seperti berikut:
-

Bagaimana saya membuat murid berasa seronok untuk belajar.

Apakah kaedah yang paling sesuai digunakan unruk mengajar matapelajaran sirah
pendidikan islam sebagai contoh?

Bagaimana pendekatan penjelasan penulisan laporan reflektif memberi kesan ke atas


penulisan dan perasaan murid?

Bagaimana cara untuk memastikan murid sentiasa istiqamah dalam amalan?

Untuk menyelesaikan masalah yang dikenal pasti, sebaiknya dijelaskan tujuan penyelidikan
yang dicadangkan, objektif pelajaran, standard kandungan, peralatan, bahan pelajaran,
kekangan, kekuatan dan bantuan, aktiviti dan jangkaan dalam persekitaran bilik darjah.
Penyataan masalah boleh dinyatakan dalam bentuk latar belakang kajian dan persoalan kajian.
Latar belakang kajian akan menjelaskan tentang seting kerja seperti peranan guru, ibu bapa
dan murid, budaya belajar di sekolah atau dalam kelas dan penulis boleh menyatakan masalah
yang ingin dikaji. Tinjauan literasi dilakukan untuk mendapatkan maklumat daripada penyelidikpenyeludik sebelum ini terhadap isu yang berkaitan masalah yang ingin anda kaji.

53

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

5.3.2 Merancang Tindakan


Setelah penyelidik mengenal pasti masalah dan menetapkan tajuk penyelidikan, penyelidik
perlu melakukan perancangan dengan membina kerangka untuk penyelidikan tindakan. Untuk
Berjaya dalam melakukan sesuatu, perlu ada pada seseorang itu melakukan perancangan yang
rapi sebelum melakukan tindakan. Dapatkan maklumat terlebih dahulu tentang apa
bagaimana kenapa siapa dan bila. Penyelidik boleh meninjau hasil penyelidikan yang
dilakukan oleh penyelidik lain. Dengan ini penyelidik akan memurnikan lagi tajuk dan persoalan
kajian disamping mengenal pasti stratergi yang baru atau rawatan baru yang sesuai dalam
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kerangak kajian ini merupakan tulang belakang dalam
kajian.
5.3.3 Membina Stratergi
Untuk menjawab persoalan yang digariskan, penyelidik perlu membina stratergi yang betul agar
matlamat kajian tercapai. Sebagai contoh, penyelidik ingin mengkaji penglibatan ibu bapa untuk
memastikan murid istiqamah melakukan amalan solat fardhu di rumah. Penyelidik perlu
memikirkan tentang setiap bahagian persoalan.
-

Apakah yang dimaksudkan dengan penglibatan ibu bapa?

Bagaimanakah cara penyelidik mendapatkan respon daripada ibu bapa?

Apakah cara untuk menghubungi ibu bapa?

Bagaimanakah cara untuk mengukur dan menilai data?

Bagaimanakah cara penyelidik mengetahui samaada tindakannya akan memberi kesan


ataupun tidak?

Sudahkah penyelidik mendapatkan kebenaran daripada guru panitia pelajaran dan guru
besar atau pengetua tentang perancangan yang ingin dilaksanakan?

5.7 Melaksanakan Tindakan


Sebelum melaksanakan sesuatu tindakan, penyelidik perlu melakukan persediaan dalam
pelbagai aspek. Antaranya ialah:

54

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

Anda

telah

mendapatkan

kebenaran

daripada

pihak-pihak

berkaitan

dengan

penyelidikan untuk menjalankan aktiviti penyelidikan tersebut.


-

Menyediakan instrument alat untuk mengumpul data.

Cara untuk mengingat semula tindakan yang akan dijalankan.

Cara untuk memastikan ketekalan tindakan.

Kaedah menyimpan data bagi memastikan keselamatannya.

Semasa melaksanakan tindakan, penyelidik sebenarnya sedang mengumpul data. Setiap


perancangan dan persoalan kajian perlu disemak semula. Di samping itu, penyelidik perlu
menerusakan pembacaan bidang yang dikaji. Berkemungkinan akan berlaku perubahan dan
penambahbaikan.
5.3.4 Mengumpul Data.
Pelbagai teknik pengumpulan data boleh digunakan seperti penulisan diari, soal selidik,
ramakan video dan audio, pemerhatian, temu bual dan bukti dokumentasi. Teknik yang menjadi
pilihan bergantung pada soalan-soalan kajian yang ditanyakan. Triangulasi diperlukan untuk
mengelakan berlakunya bias peribadi. Ianya penting ketika membentuk kaedah dalam
mengumpul data. Data perlu mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. Kesahan data
merujuk kepada sejauh mana ianya benar-benar mengukur fenomena spesifik yang diselidiki.
Manakala kebolehpercayaan data pula merujuk kepada ketepatan data yang dikutip seperti
yang dikehendaki dalam kajian.
Penyelidik perlu menetep jangka masa untuk melaksanakan pengumpulan data. Penggunakan
buku log dan jurnal pembelajaran akan membantu membekalkan data yang diperlukan.
5.3.5 Menganalisis Data
Kebanyakan data yang diperolehi melalui penyelidikan tindakan lebih bersifat kualitatif. Ini
bermakna penyelidik mesti menggunakan kebijaksanaannya untuk menganalisis dan membuat
interpretasi maklumat dan data yang dikumpulkan. Proses analisi data kualitatif meliputi
kemahiran membaca secara kritikal, kemahiran mencari hubungan atau perkaitan antara datadata yang diperolehi dan kemahiran menentukan jawapan kepada masalah penyelidikan yang
kompleks.

55

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

Analisis data dilakukan semasa dan selepas data dikumpulkan. Analisis semasa data
dikumpulkan bermula pada interaksi yang pertama bersama responden. Ia melibatkan data
yang dikumpulkan secara tidak formal untuk membuat perbandingan di antara data yang sedia
ada dengan data yang baru serta membantu penyelidik menentukan data manakah yang lebih
penting. Menganalis data selepas ia dikumpulkan akan melibatkan jumlah data yang lebih
banyak dan memerlukan data-data tersebut diurus, ditadbir, dikodkan, dikategorikan mengikut
tema dan corak data tersebut.
5.3.6 Membuat Refleksi Terhadap Tindakan
Penyelidikan perlu memikirkan apakah proses pembelajaran yang dipelajari daripada kajian
yang dijalankan. Catatkan proses tersebut agar dapat dikongsi bersama dengan rakan-rakan
penyelidik, rakan guru, ketua panitia, guru besar dan pihak pentadbir sekolah. Schein (1999)
mengemukakan satu stratergi membuat refleksi melibatkan pemerhatian, reaksi, pertimbangan
dan model intervensi:
a. Pemerhatian: menjelaskan apa yang kita lihat
b. Reaksi: meneroka reaksi emosi terhadap apa yang telah diperhatikan.
c. Pertimbangan: menganalisis, memproses dan membuat pertimbangan berdasarkan
pemerhatian dan perasaan dengan tujuan mengenal pasti apakah perkara yang
didasarkan kepada perasaan dan apakah perkara yang didasarkan kepada anaisis
terhadap peristiwa yang terjadi.
d. Intervensi: merancang pendekatan seterusnya.
5.3.7 Merancang Kitaran Kedua.
Seperti yang telah dijelaskan bahawa kajian tindakan adalah merupakan proses yang
berterusan dan merupakan kitaran berulang. Setelah selesai pusingan pertama penyelidikan,
terdapat kemungkinan untuk menyediakan diri dalam kitaran kedua apabila terdapat isu baru
yang timbul semasa melakukan proses dalam kitaran yang pertama. Cuba penyelidik
menggunakan pendekatan lain hingga penyelidik dapat mencipta inovasi pengajaran yang baru
dan berkesan. Untuk kitaran yang kedua dan seterusnya hendaklah bermula daripada
merancang semula tindaka, melaksanakan tindakan, menganalisis dan membuat refleksi.

56

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

5.3.8 Membuat Tindakan Susulan.


Setelah selesai proses penyelidikan, penyelidik perlu melihat semula data secara objektif sama
ada data-data tersebut menyokong persoalan yang dikemukakan. Jika berlaku perubahan,
adakah perubahan itu signifikan? Sekiranya dapatan yang diperolehi meleset dari jangkaan,
maka penyelidik perlu menjalankan tindakan susulan. Tindakan susulan bertujuan untuk
memperbaiki kesilapan yang berlaku.
5.4 Contoh Penyediaan Kertas Kerja Cadangan Untuk Menjalankan Kajian Tindakan.
Sebelum menjalankan kajian tindakan, penyelidik mesti mendapat kebenaran daripada pihak
pentadbir atau pihak atasan sekolan bagi membolehkan penelidik mendapat sokongan dan
bantuan dalam bentuk perkongsian maklumat, sumbangan teknikal dan kewangan. Berikut
dikemukakan contoh format penyediaan kertas kerja.
I.

Fokus kajian/ masalah kajian.

II.

Menerangkan isu atau masalah yang berlaku dalam bilik darjah.

III.

Maklumat tentang data pelajar yang terlibat dengan masalah tersebut.

IV.

Kemungkinan punca isu dan masalah.

V.

Penyelidik mengemukakan cadangan untuk melakukan penambahbaikan


terhadap amalan di bilik darjah yang hendak dilakukan.

VI.

Soalan kajian.

VII.

Sumber literatur.

VIII.

Reka bentuk kajian

IX.

Subjek kajian.

X.

Pelan tindakan.

XI.

Stratergi pengumpulan data.

XII.

Analisis data.

XIII.

Jadual kerja.

XIV.

Perbelanjaan.

XV.

Sumber rujukan

57

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

SOALAN
Huraikan proses-proses yang perlu dilalui oleh para guru dalam melaksanakan penyelidikan
tindakan.

OLL
Sebelum melaksanakan sesuatu tindakan, penyelidik perlu melakukan beberapa persediaan.
Jelaskan persediaan-persediaan tersebut.

58