Anda di halaman 1dari 2

AKU SEBUAH BASIKAL

Aku ialah sebuah basikal yang berjenama Dorris. Aku dilahirkan di sebuah
kilang yang terdapat di Selangor Darul Ehsan. Pada suatu hari, aku telah
dihantar ke sebuah kedai basikal di Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Aku dihantar ke Petaling Jaya dengan menggunakan lori kecil. Kedai itu
dikenali sebagai JIMMY SHOP SDN BHD. Di sini, aku dipamerkan kepada orang
ramai. Ranai pelanggan yang tertarik dengan kelebihanku tetapi mereka tidak
mampu untuk membeliku kerana aku dijual dengan harga yang mahal, iaitu
RM300.
Pada suatu hari, seorang bapa bersama anak lelaki yang 10 tahun telah
membeliku. Dia membayar duit kepada penjual lalu membawa aku pulang ke
rumahnya. Aku telah diberikan kepada anak lelakinya itu tadi yang bernama
Kevin.
Kevin selalu menggunakan aku ke sekolah dan bersiar-siar di sekitar
taman permainan yang berdekatan. Aku juga selalu dibawa bersiar-siar di tepi
pantai pada hari minggu. Aku berasa sangat bangga kerana dapat berkhidmat
kepada tuanku. Aku juga dijaga dengan begitu baik sekali. Setiap hari, aku
dibersihkannya setelah digunakan.
Setelah beberapa tahunkemudian, badan-badanku telah berkarat. Cat di
badanku juga telah tiada. Aku tidak secantik dulu lagi. Kini aku telah ditempatkan
di bangsal kereta ayah Kevin. Di sinilah aku menghabiskan sisa-sisa hidup aku
sebagai sebuah basikal.

BAGAI KACANG LUPAKAN KULIT


Peribahasa merupakan kelompok kata yang mempunyai maksud yang
tersendiri dan digunakan sejak zaman dahulu lagi. Salah satu peribahasa yang
popular ialah bagai kacang lupakan kulit. Peribahasa ini bermaksud seseorang
yang melupakan orang yang pernah berjasa kepadanya.
Sha ialah anak yatim piatu. Dia telah kehilangan kedua-dua orang tuanya
dalam satu nahas jalan raya. Pada waktu itu, Sha masih kecil lagi. Pakcik dan
makciknya telah mengambilnya sebagai anak angkat mereka.
Walaupun hidup mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang, namun mereka berusaha untuk menyekolahkan Sha. Mereka terpaksa
bersusah-payah menyediakan segala keperluan Sha di sekolah.
Kerajinan serta kecekapan Sha telah membuahkan hasil. Dia telah
berjaya melanjutkan pelajaranya ke menara gading. Setelah mendapat ijazah,
dia memohon biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara.
Dua tahun berlalu, dia kembali ke tanah airnya. Dia telah mendapat
jawatan sebagai Timbalan Pengarah di sebuah syarikat besar. Semenjak itu, Sha
berasa segan untuk mendedahkan asal-usulnya dan bersikap sombong. Dia juga
tidak melawat keluarga angkatnya yang telah tua dan tenat di kampung. Dia
tidak mengenang jasa dan titik peluh mereka kepadanya.
Sikap Sha yang bagai kacang lupakan kulit ini amat memilukan hati
ibubapa angkatnya itu. Kita tudak harus bersikap sedemikian kerana kita
dianggap sebagai penderhaka.