Anda di halaman 1dari 5

Faedah memakai Minyak Wangi

11:59 PM Artikel

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Hari Raya buat semua sahabat bloggers dan pengunjung
setia Reem Doorgift ..InsyaAllah, kita berbicara tentang wangian hari ini.
Wangian memang sangat sinonim dengan wanita.Betul tak??tapi, adakah kita tahu apa tujuan
memakai wangian? Suka2 ke? Sunnah ke? Ape ke? hanya kita je yang tahu tujuan sebenarnya
kita memakai wangian..Kalau dulu kita pakai wangian sebab nak wangi, apa kata lepas ini kita
ubah mind set kepada tujuan memakai wangian adalah suatu daripada sunnah Rasulullah
s.a.w..InsyAllah niat yang baik, mungkin ganjaran yang baik dari Allah..
Setiap muslim diajurkan untuk memakai wangi-wangian khususnya ketika hendak mendirikan
Solat Jumaat atau ketika hendak menghadiri sesuatu Majlis.Rasulullah s.a.w sangat suka
menggunakan wangi-wangian, sehinggakan kilauan minyak di kepala Baginda dapat dilihat
degan jelas.
Bagi lelaki, wangian hendaklah yang tidak bewarna sama ada di dalam atau diluar rumah,
sebagaimana sebuah hadis riwayat Imam al-tarmizi bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda
bermaksud: " wangian lelaki adalah apa yang jelas baunyadan tersembunyi warnanya dan
wangian perempuan adalah apa yang tersembunyi baunya dan nyata warnanya." Ada sesiapa
yang boleh huraikan lebih detai hadis ni?huhu..
So, berbalik kepada Faedah Memakai Wangian adalah:
1) Menyegarkan diri dan merangsang minda.
2) Memberi ketenangan dan ketenteraman jiwa.
3) Wangian sangat disukai Allah, para malaikat , para rasul dan orang soleh. Rasulullah s.a.w
bersabdayang bermaksud:" Empat perkara daripada sunah para rasul ; perasaan malu, memakai
wangian, bersiwak dan bernikah." ( Riwayat al-tarmizi , Ahmad dan al-Baghawi.Hadis Daif)
4) Menghindari daripada syaitan kerana syaitan amat tidak suka bau wangi sebaliknya suka bau
busuk.
5) Wangian melambangkan kebaikan dan bau busuk melambangkan kekejian.
6) Wangian adalah satu sifat surga sebagaimana hadis riwayat Abu Nu'aim daripada Abiu Sufyan
dan Jabir r.a., bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud," Allah s.w.t berfirman kepada
syurga, wangilah untuk penghuni engkau ! Lalu syurga pun bertambah mewangi. Maka
demikianlah bahawa hawa dingin (serta keenakan baunya) yang dirasai manusia (di dunia) kala
dinihari, iaitu sebgaimana juga Allah menjadikan api di dunia dan kepedihannya, juga
kegelisahan dan dukacitanya sebgai peringatan tentang api di akhirat."

Semoga info ini berguna buat semua yang membacanya..Wasalam


Diolah daripada solusi. dan diolah kembali dari : http://nabil-potter.blogspot.com/2010/10/infojumaat-18-faedah-memakai-wangi.html#ixzz24p07I1f6

Personaliti Diri Melalui Haruman Minyak Wangi


Kecantikan 19/09/2014
Oleh: Farhana Fuad

02E612121-768x1024
Gambar: INGimage

Tahukah anda bahawa jenis haruman minyak wangi yang anda gemari juga membawa maksud tentang
personaliti diri anda? Selalunya orang ramai banyak menjadikan cara berpakaian, cara berkomunikasi,
dan apa yang kita lakukan ketika masa lapang dalam mencerminkan diri kita sebenarnya. Namun, dari
segi menghidu haruman minyak wangi anda juga boleh mencerminkan personaliti diri kita.
Ketahui jenis haruman minyak wangi yang boleh mencerminkan diri anda yang sebenarnya.
Haruman: Citrus, lemon dan mandarin.
Personaliti: Seorang yang spontan. Anda seorang yang tidak gemar merancang sesuatu yang tidak pasti.
Namun anda suka akan sesuatu yang berlaku dalam kehidupan anda seharian dan hanya ambil peluang
yang datang dengan tiba-tiba.
Haruman: Floral, segar, dan manis.
Personaliti: Seorang yang romantik. Anda seorang yang suka akan momen yang romantis bersama
kekasih atau pasangan anda. Bunga ros, puisi dan nota cinta menjadi kegemaran anda.
Haruman: Bumi, kayu-kayuan dan menusuk.
Personaliti: Anda seorang yang sayang pada alam semulajadi. Anda lebih selesa jika anda berada di luar
dan dikelilingi alam semulajadi dan hutan.
Haruman: Haruman yang unik, sofistikasi dan urban.
Personaliti: Anda merupakan seorang yang konfiden pada diri anda. Orang sekeliling anda seakan
terpegun apabila melihat anda. Sebarang halangan dan cabaran, anda sanggup tempuhinya dengan
keberanian kerana anda seorang yang betul yakin dan konfiden.

Haruman: Haruman yang bersih dan segar.

Personaliti: Anda seorang yang ada semangat kesukanan. Sama ada anda gemar akan ke gim atau anda
seorang atlet sukan, anda suka akan melakukan aktiviti-aktiviti kesukanan seperti berlari, dan work-out.

Minyak Wangi Dan Personaliti


Fesyen 07/10/2013

Memilih haruman buat dipakai setiap hari adalah sesuatu yang mungkin sukar untuk dipilih oleh
sesetengah orang. Bukan setakat aromanya yang mampu membuatkan orang keliling berasa selesa malah
bersesuaian dengan personaliti seseorang itu.

Minyak-Wangi-Dan-Personaliti-katty-perry-purr
Gambar: KATY PERRY PURR wangian yang cukup menggambarkan selebriti terkenal ini. Percikan nota
utamanya seperti nektar buah pic dan epal membangkitkan sensasi aura feminim dan ceria

Personaliti: Feminin
Jenis Haruman: Bunga-bungaan
Haruman yang di ekstrak dari bunga melambangkan kelembutan dan sifat merendah diri seseorang.
Disesuaikan gaya keseluruhan dengan helaian motif bunga dengan haruman jenis ini mampu menambat
hati lelaki yang menghidunya.

Minyak-Wangi-Dan-Personaliti-CK-one-summer
Gambar: CK ONE SUMMER wangian yang menyegarkan ini harus dibawa kala berbulan madu, aroma
seakan akua memberikan kesegaran berpanjangan

Personaliti: Elegan
Jenis Haruman: Akuatik
Seorang wanita yang mempunyai impian yang besar dalam hidupnya. Bersemangat dalam apa jua yang
dilakukan, intelektual dan bersahaja.
Personaliti: Sofistikated dan Chic
Jenis Haruman: Hijau
Wanita yang gemar mengenakan bauan yang segar ini sukakan sedikit drama dalam hidupnya. Haruman
jenis ini mempunyai baunya yang tersendiri dan mampu menghilangkan stres.
Personaliti: Klasik dan Berkeyakinan
Jenis Haruman: Sitrus
Si pemakai haruman jenis sitrus membawa diri mereka sebagai seorang yang elegan dan mempunyai
keyakinan yang sangat tinggi. Wanita yang suka bauan sitrus mempunyai sisi kecantikan yang klasik.

Minyak-Wangi-Dan-Personaliti-Boss_Nuit
Gambar: BOSS NUIT POUR FEMME kemewahan haruman pic putih dan viotel dapat menghangatkan
romantis buat pasangan

Personaliti: Seksi
Haruman: Oriental

Pemakaian haruman oriental membangkitkan rasa seksi si pemakai.


Personaliti: Periang
Haruman: Gourmand
Aromanya yang cukup memikat dan menyenangkan membuatkan si pemakai sentiasa ceria dan ketawa
dalam kehidupan seharian.