Anda di halaman 1dari 3

Pengajaran matematik: Pengetahuan pedagogi vs Pengetahuan kandungan

Kesukaran murid-murid dalam matematik merupakan isu utama dalam pendidikan


negara pada masa kini. Dalam kalangan murid, ramai yang merasakan matematik sebagai
sesuatu koleksi hukum-hukum abstrak yang sukar difahami, menjemukan dan jarang
memberi makna secara langsung kepada mereka. Pengajaran dan pembelajaran merupakan
suatu pengalaman, tapi ia jarang diberi penekanan oleh guru. Tambahan pula, kelemahan
guru dalam penguasaan isi kandungan serta kejahilan dalam memilih pendekatan, kaedah
serta teknik terbaik untuk menyampaikan sesuatu konsep kepada pelajar juga merupakan
punca kesukaran murid dalam matematik. Pengkonsepan pengetahuan matematik bagi
seseorang pendidik adalah merupakan aspek penting sebelum mereka mampu membimbing
murid menguasainya (Swafford, et al., 1997).
Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan dua pihak utama, iaitu guru dan
murid. Pada masa dahulu, asas pengetahuan bagi pendidikan guru banyak berfokus kepada
pengetahuan isi kandungan (Shulman 1986). Sejak akhir-akhir ini, pendidikan guru mula
berfokus

kepada

bidang

pedagogi

(Magnusson,

Borko

&

Krajcik

1998).

Walau

bagaimanapun, kejayaan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik banyak


dipengaruhi oleh kedua-dua aspek iaitu pengetahuan pedagogi dan pengetahuan
kandungan. Sehubungan dengan itu, kemampuan guru Matematik dalam mengendalikan
matematik dari aspek pengetahuan pedagogi, pengetahuan kandungan yang mantap,
kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat disesuaikan dengan
tahap penerimaan pelajar amatlah dituntut. Hal ini supaya sesuatu kemahiran atau konsep
bagi sesuatu topik yang diajar dapat dikuasai dan difahami secara bermakna oleh para
pelajar yang memiliki pelbagai gaya pembelajaran. Ini menunjukkan bahawa kefahaman dan
keupayaan guru bukan sahaja bergantung kepada pengetahuan isi kandungan dan
pengetahuan pedagogi tetapi juga bergantung kepada pengetahuan guru berkenaan dengan
pedagogi yang berkaitan dengan subjek Matematik untuk pelajar yang khusus.
Setiap guru Matematik perlu mempunyai kefahaman tentang isi kandungan
Matematik dan kemampuan mengubahsuai isi kandungan Matematik. Hal ini kerana guru
tidak boleh mengajar topik-topik matematik yang mereka sendiri tidak kuasai. Oleh itu, guru
harus memahami dan menguasai kandungan matematik supaya tidak menyampaikan ilmu
yang salah kepada murid-murid. Kebanyakan guru memiliki kefahaman instrumental atau
prosedural berbanding dengan kefahaman relasional atau konseptual. Walaupun mereka
dapat menunjukkan kebolehan yang tinggi dalam penguasaan kemahiran tajuk tersebut,
tetapi masih sukar untuk membuat perkaitan antara elemen-elemen yang terlibat.
Kefahaman instrumental atau prosedural merujuk kepada kebolehan seseorang guru

menerangkan bagaimana untuk memperoleh sesuatu jawapan tanpa mengetahui kenapa


sesuatu langkah, cara, operasi, rumus yang digunakan dalam proses pengiraan. Manakala
kefahaman relasional atau konseptual merujuk kepada guru boleh menerangkan cara
mendapat jawapan dengan sebabnya. Analisis terhadap pengetahuan pedagogi isi
kandungan

menunjukkan

bahawa

guru-guru

matematik

mengamalkan

pendekatan

prosedural dalam cara penyampaian supaya murid-murid dapat menguasai dan memahami
dengan lebih mendalam bukan sekadar menghafal rumus matematik.
Sebagai contohnya, dua orang guru mengajar operasi tambah dalam pecahan. Guru
pertama tidak memberi justifikasi dan menganggap langkah menambah pengangka dengan
pengangka dan menyamakan penyebut dan menolak pengangka dengan pengangka dan
menyamakan penyebut sebagai petua atau kaedah yang perlu diketahui. Keadaan ini
mungkin disebabkan oleh amalan pengajaran yang berasaskan kaedah hafalan dan latih
tubi. Pelajar diminta untuk menghafal petua tersebut tanpa memahami konsep matematik
yang sebenar dan dilatih menggunakannya dalam siri latih tubi. Manakala guru Matematik
kedua memberi justifikasi kepada petua tersebut dengan melakarkan rajah untuk
mewakilinya. Guru kedua ini mempunyai kefahaman prarelasional berhubung dengan
konsep penambahan dan penolakan pecahan yang sama penyebut, di mana mereka telah
menyatakan alasan dan tidak hanya bergantung kepada petua semata-mata. Murid-murid
dapat membina pengetahuan tentang tajuk tersebut dengan mengetahui rasional dan dapat
mengingati untuk jangka panjang. Oleh itu, penguasaan pengetahuan isi kandungan amat
penting dalam pengajaran matematik supaya guru dapat membimbing murid dalam
pembinaan pengetahuan serta dapat mengaplikasi dalam kehidupan seharian.
Selain pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi juga memainkan peranan
penting dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Pedagogi ialah seni
dan juga sains pengajaran yang merangkumi prinsip, kaedah pengajaran, pengurusan bilik
darjah, gaya pembelajaran dan kawalan bilik darjah dalam pendidikan formal. Pengajaran
dikatakan suatu sains kerana perkara yang hendak disampaikan perlu dirancang secara rapi
dengan menggunakan pendekatan, kaedah, dan prinsip tertentu. Pengajaran matematik
yang berkesan, tidak hanya melibatkan proses pemindahan fakta dari guru kepada murid
semata-mata. Pelajar mestilah dilibatkan dalam membina konsep dan pengetahuan
matematik. Kaedah yang telah dirancang dengan baik akan membawa hasil prestasi yang
dikehendaki. Pandangan kay yang mengatakan bahawa There is no single most effective
methode to teach mathematics. Contohnya, terdapat pelajar yang minat belajar matematik
melaui kaedah permainan, ada yang suka belajar melalui perbincangan atau kaedah
tugasan atau projek. Jelaslah bahawa tiada satu kaedah yang khusus dapat menyampaikan
pengajaran matematik dengan lebih berkesan. Malah kaedah pengajaran yang berbeza

mengikut tahap dan minat murid yang menentukan keberkesanan pengajaran tersebut. Jadi,
guru harus memahami isi kandungan dan menyediakan pelbagai kombinasi kaedah supaya
murid dapat melibatkan secara aktif dan juga dapat mengembangkan bakat dan potensi.
Dengan kata lain, guru perlu berfikir cara membina jambatan di antara kefahaman
guru dengan kefahaman pelajar berkenaan isi kandungan yang sama. Untuk membina
jambatan ini, guru perlu memikir secara pedagogikal di mana guru perlu menimbangkan
tentang cara mengajar sesuatu subjek daripada perspektif pelajar, guru sendiri dan isi
kandungan subjek tersebut. Contohnya, guru mengajar topik matematik. Sebagai langkah
pertama, guru harus memahami konsep darab dan menguasainya. Seterusnya, guru perlu
mengaji pengetahuan sedia ada murid. Langkah ketiga ialah guru patut memilih strategi
pengajaran yang sesuai kepada tahap murid dan topik yang akan diajar. Akhirnya, guru perlu
mempunyai pengetahuan tentang kaedah penilaian supaya dapat menilai tahap pencapaian
objektif pengajaran.
Selain itu, kedua-dua pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan
memainkan peranan penting dalam membentuk suatu pengajajaran matematik yang lebih
efektif. Hal ini kerana pengetahuan yang seimbang dalam kedua-dua aspek ini dapat
membantu guru untuk memahami prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
berkesan. Justeru, guru juga dapat memilih kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan
tahap penerimaan murid-muridnya dengan lebih mudah. Pengetahuan yang luas terhadap
pedagogi dan kandungan akan mendorong guru bagi menyediakan bahan bantu mengajar
yang lebih menarik dan bermakna. Guru juga akan berupaya untuk merancang set induksi
yang menarik dan kreatif supaya dapat memulakan pengajaran dan pembelajaranya yang
berjaya menarik minat murid-murid. Lebih-lebih lagi guru juga akan mengajar kepada muridmurid supaya mengamalkan generalisasi atas membuat pemindahan pembelajaran dalam
situasi terkini. Dengan ini guru dapat melibatkan murid- muridnya secara lebih aktif dalam
pembelajaran.
Kesimpulannya, pendidik Matematik bertanggungjawab untuk memastikan para
pelajar memahami sepenuhnya isi kandungan supaya mereka mampu menyelesaikan
masalah yang berkaitan, di samping mengelak daripada berlakunya kesilapan konsep. Untuk
tujuan ini, aktiviti pengajaran haruslah dijalankan secara bermakna dengan memberi
perhatian kepada gaya, masalah dan keperluan pelajar. Matematik akandihayati sebagai
satu subjek yang mudah dan menyeronokkan jika pelajar diberi peluang terlibat secara aktif
dalam aktiviti yang membina kefahaman, sikap dan kreativiti mereka. Kebijaksanaan dan
kecemerlangan guru dalam bilik darjahbergantung kepada pengetahuan dan kemahiran
yang dimiliki, khususnya yang berhubung dengan isi kandungan dan cara penyampaian.