Anda di halaman 1dari 8

semakin meningkat statistiknya.

Gejala ini ibarat duri dalam


daging. Apakah yang dimaksudkan dengan jenayah? Apakah
faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah ini?
Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan? Di manakah
hilangnya nilai-nilai kemanusiaan kita? Mengapakah segala
iktibar yang telah dijalankan selama ini gagal mencari jalan
penyelesaian untuk menangani masalah ini? Apakah
penyelesaian yang terbaik untuk membanteras masalah sosial
ini? Adakah gejala ini merupakan kebiasaan dalam golongan
masyarakat kini? Apapun alasannya, gejala jenayah ini wajib
dibanteras dengan segera agar tidak berleluasa sekali gus
menjamin kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Perbandaran
Seiring dengan kepesatan perbandaran, wujud pelbagai masalah
di bandar seperti perlakuan jenayah. Penumpuan pembangunan
sosial dan ekonomi di bandar menyebabkan wujudnya
ketidakseimbangan pembangunan di bandar. Akibatnya timbul
masalah penghijrahan penduduk dari kawasan sekitar bandar
atau dari luar bandar ke bandar. Penghijrahan penduduk
penduduk ini akan meningkatkan jumlah penduduk di bandar
melalui peningkatan kadar kelahiran. Situasi ini akan memberi
tekanan ke atas kapasiti penyerapan gunatenaga, kesesakan
serta persaingan kemudahan asas di bandar. Selain itu,
kebanyakan yang berhijrah adalah golongan miskin dan
menganggur. Desakan hidup serta ketidakmampuan memenuhi
matlamat keperluan hidup menyebabkan golongan ini terlibat
dalam kegiatan jenayah.

Sikap Masyarakat yang individualistik


Hubungan keluarga dan kejiranan yang renggang di kalangan
penduduk dan sikap penduduk yang tinggal di kawasan
perumahan yang individualistik. Jika kita lihat keadaan jenayah di
kampung, kenapakah kadar jenayah di kampung adalah rendah
berbanding dengan kawasan bandar, ini adalah kerana sikap
perpaduan dan saling bantu-membantu masih wujud di kalangan
mereka tetapi berlainan di bandar terutamanya di kawasan elit,
tahap individualistik begitu tinggi. Ini dengan dengan sendirinya
mengecilkan ruang interaksi untuk membina satu jambatan
kemasyarakatan. Tahap mengambil tahu antara satu dengan lain
berada pada tahap yang rendah. Suatu masa dulu telah
diwujudkan Rukun Tetangga di taman-taman perumahan tetapi
kini kewujudan Rukun Tetangga seperti tidak wujud lagi. Pada
hal ini adalah satu mekanisme untuk meningkatkan keakraban
seterusnya mengambil tahu apa yang berlaku dalam lingkaran
masyarakat.
Kehadiran Warga Asing dan Pendatang Tanpa Izin
Mengikut Freedom House, sehingga 30 September 2006,
terdapat 1.9 juta orang pekerja asing yang bekerja secara sah di
Malaysia. Kementerian Sumber Manusia pula menyatakan
pekerja asing yang bekerja secara sah ini sebahagian besar
berasal dari Indonesia (64%), Nepal (10%), India (7%), Burma
(5%), Vietnam (5%), Bangladesh (3%), Pakistan dan Filipina (1%)
serta Negara lain termasuk China (4%). Pada masa yang sama
dianggarkan lebih daripada 2 juta orang pekerja asing yang
bekerja secara haram dan dikategori sebagai PATI.

Tidak dinafikan kehadiran warga asing ini akan membawa


bersama budaya negatif dari negara asal dan mempengaruhi
cara hidup dan budaya mereka ketika berada di negara orang.
Kanak-kanak PATI yang terabai tanpa penjagaan kedua ibubapa
juga boleh menyumbang kepada penglibatan mereka dalam
jenayah.Ambil saja contoh kehidupan kanak-kanak PATI yang
boleh ditemui di Pasar Besar Kota Kinabalu, Sabah, mereka
terdedah dengan gejala yang kurang sihat seperti menghidu gam,
menghisap rokok, mencuri dan bergaduh. Apakah kesan jangka
panjang terhadap kanak-kanak PATI yang dibiar terus terlibat
dengan aktiviti kurang
sihat ini? Bukan tuduhan, tetapi
peningkatan kadar jenayah dalam kalangan pendatang asing
tentu saja berkait rapat dengan proses hidup pendatang asing ini
semasa mereka kanak-kanak. Malah secara tidak langsung juga
tingkah laku negatif kanak-kanak PATI boleh mempengaruhi
kanak-kanak warga tempatan disekelilingnya. Mengikut
perangkaan tangkapan kes jenayah terhadap warga asing
seramai 25% atau 361 yang terlibat dalam kes jenayah yang
dilaporkan di negeri Sabah bagi tempoh Januari hingga Jun 2009.
(Rujuk jadual 4)
Pengaruh dadah
Pengambilan dadah juga mempengaruhi penjenayah dan
kebanyakan dadah yang popular sekarang adalah jenis sintetik
yang cara pembuatan menggunakan bahan kimia yang tidak
berkualiti. Rangsangan dadah ini menyebabkan penggunanya
hilang kawalan dan menjadi lebih berani. Keberanian ini yang
mendorong kepada perlakuan jenayah. Bagi penagih-penagih
tegar, mereka akan sentiasa memerlukan dadah dan untuk
mendapatkan bekalan yang berterusan, bagi penagih yang tidak

mempunyai sebarang pekerjaan dan datang dari keluarga yang


miskin, penagih ini rela melakukan jenayah asalkan giannya
dapat dilepaskan.

Kelemahan Pengkuatkuasaan
keadilan jenayah.

undang-undang

dan

sistem

Sebagai manusia biasa, kita tidak lari dari membuat kesilapan


dan tidak dapat dinafikan bahawa di dalam setiap Jabatan
terdapat kelemahan dalam
menguatkuasa undang-undang.
Manusia sekarang semakin bijak, dan pihak penguatkuasa perlu
mendapat kerjasama daripada masyarakat untuk mengetahui
trend terkini atau modus operandi yang digunakan oleh
penjenayah bagi memastikan jenayah dapat dibendung.
Kelemahan dalam sistem keadilan jenayah perlu dikaji dari masa
ke semasa selari dengan perubahan era globalisasi. Selain itu,
hukuman yang dijatuhkan ke atas penjenayah yang telah
disabitkan dengan sesuatu
kesalahan jenayah, perlulah lebih
berat iaitu setimpal dengan kesalahan yang
dilakukan dan
bagi penjenayah tegar, pembebasan dengan jaminan mahkamah,
sementara menanti tarikh perbicaraan perlu dikaji semula kerana
dari kajian kebanyakan penjenayah yang dibebaskan atau yang
keluar dari penjara akan
melakukan semula kesalahan
yang sama.

Kurang kesedaran masyarakat dalam pencegahan jenayah

Dari kajian, kebanyakan kes jenayah yang melibatkan jenayah


harta benda dilakukan oleh penjenayah kerana dapatnya
peluang. Masyarakat sendiri yang telah menciptakan peluang ini
dengan tidak mengambil langkah-langkah keselamatan yang
sepatutnya terhadap harta benda mereka. Contohnya,
kebanyakan kes pecah kereta berlaku kerana kecuaian mangsa
sendiri yang telah meninggalkan kenderaan mereka dalam
keadaan lupa dikunci atau mendedahkan harta-harta seperti beg
tangan, laptop, cermin mata dan sebagainya pada pandangan
umum

PENGLIBATAN REMAJA DALAM JENAYAH


Jenayah bukan soal mudah dan boleh dipandang remeh. Banyak
faktor boleh mengakibatkan berlakunya jenayah dan banyak
kesan negatif yang berlaku juga disebabkan oleh jenayah.
Persoalannya sekarang siapa yang melakukan jenayah ini?
Jawapannya, pasti di kalangan masyarakat sendiri dan siapakah
mereka ini? Sudah tentu golongan ini pernah melalui zaman
kanak-kanak, remaja hinggalah dewasa. Kajian seterusnya perlu
dibuat terhadap faktor yang mempengaruhi berlakunya jenayah di
kalangan remaja.
Tidak dinafikan sejak kebelakangan ini negara kita sering
dikejutkan dengan kejadian jenayah yang membabitkan golongan
remaja. Contohnya kes yang dilaporkan di Sandakan, Sabah,
mayat bogel Siti Nadirah Budah yang berusia lima tahun ditemui
tertanam dalam paya dan suspek yang terlibat berumur 17 tahun.
Walaubagaimanapun, kes itu bukanlah kes
yang melibatkan

remaja yang paling muda memandangkan pada tahun 2000,


seorang lagi budak
lelaki berusia 12 tahun di dakwa di
mahkamah kerana merogol dan membunuh Nor Shuhada Burak
yang baru berusia 6 tahun. Apakah yang mendorong golongan
muda ini melakukan
jenayah? Nampaknya remaja semakin
ganas serta berani melakukan pelbagai perbuatan yang
bercanggah dengan norma masyarakat dan undang-undang
negara. Mana perginya peranan ibubapa, pihak sekolah, rakan
sebaya dan media massa dalam mendidik golongan muda ini dan
apakah yang akan terjadi jika dibiarkan saja golongan ini tanpa
bimbingan? Apa pula yang akan berlaku kepada negara kita nanti
kerana golongan muda inilah yang akan menjadi teras kepada
kepimpinan negara?
Institusi Keluarga
Seorang ahli antropologi, George Peter Murdock mentakrifkan
bahawa keluarga adalah satu kelompok sosial yang tinggal di
bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan
ekonomi dan menambah zuriat. Faktor kepincangan keluarga dan
taraf sosio-ekonomi sesebuah keluarga akan mencorak
kehidupan seorang kanak-kanak. Kegagalan ibubapa sendiri
untuk membetulkan kepincangan anak-anak mereka akan
menyebabkan anak-anak ini tidak lagi menghormati mereka.
Menurut James Becker, ketidakseimbangan disiplin sesebuah
keluarga akan menyebabkan anak-anak tidak dapat mewujudkan
pengawalan diri yang sempurna dan ini akan menjejaskan
ketahanan diri remaja. Selain itu, dalam dunia yang serba moden
ini, masyarakat yang inginkan kemewahan akan menjadi semakin
individualistik dan materialistik. Masyarakat moden tidak lagi
menerima suratan takdir dan mereka percaya bahawa usaha
mereka boleh membawa
kebaikan. Jika dibanding dengan
masyarakat tradisional, masyarakat moden mempunyai cita-cita
tinggi, mereka mahukan prestij, gaji tinggi dan barang-barang

untuk kepuasan diri. Apabila


anak- anak akan terbiar dan
ibubapa yang sibuk dengan
remaja akan membantah
mendapatkan perhatian.

kedua-dua ibubapa keluar bekerja,


tidak mendapat perhatian daripada
kerja masing-masing. Dengan ini,
dengan cara tersendiri untuk

Terdapat kajian tentang hubungan di antara latar belakang


keluarga yang tidak stabil dengan kerosakkan akhlak di kalangan
anak-anak muda.Kebanyakan
remaja yang datang dari
keluarga bermasalah dengan taraf sosio ekonomi yang rendah
adalah antara faktor utama remaja terjebak dalam kancah
masalah disiplin atau lebih teruk lagi jenayah
6.

Kesimpulan

Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat moden berhubung


kait dengan etika dan peraturan sosial. Dalam mewujudkan
masyarakat yang beretika, langkah yang wajar ialah kerjasama
daripada semua lapisan masyarakat itu sendiri. Masyarakat yang
beretika mempunyai tanggungjawab sosial dan moral yang kukuh
dalam membanteras pelbagai bentuk jenayah. Jika tidak, lunas
etika yang lemah boleh menyebabkan wujudnya krisis dan dilema
dalam masyarakat kerana kecenderungan pihak tertentu untuk
melakukan jenayah pastilah sukar dibendung. Jenayah akan
terus meningkat dan menjadi lebih kritikal sekiranya etika tidak
menjadi tunjang pembinaan masyarakat dan negara.
Masalah jenayah yang mengancam masyarakat dan
negara tidak boleh dibanteras tanpa kerjasama semua pihak.

Keberkesanan sistem perundangan juga penting demi


membanteras fenomena tersebut. Undang-undang memberi
kuasa kepada pihak berwajib seperti polis dan pasukan
keselamatan, untuk membantu dalam melindungi masyarakat dan
negara daripada ancaman sebarang bentuk jenayah. Undangundang perlu memberi lebih banyak kuasa kepada polis untuk
melaksanakan tanggungjawab mereka demi kesejahteraan
rakyat.
Pengukuhan kuasa juga membolehkan pihak yang berwajib ini
bertindak dengan lebih tegas bagi mengatasi masalah jenayah,
khususnya jenayah yang melibatkan pihak yang mempunyai
pengaruh termasuk wang, kuasa, dan kedudukan yang tinggi.
Kerjasama polis dan masyarakat setempat merupakan konsep
pemuafakatan bijak yang berkesan dan sesuai dengan konsep
membebaskan masyarakat dan negara daripada jenayah.

Anda mungkin juga menyukai