Anda di halaman 1dari 3

Laporan Kuiz IQ Peringkat Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Tanah Rata.

Pada 16-20 April, diadakan pertandingan Kuiz IQ peringkat sekolah di SJK (T)
Tanah Rata. Seramai 74 murid daripada tahun 3 hingga tahun 6 terlibat dalam
pertandingan ini. Pertandingan ini telah dijalankan mengikut kelas. Pertandingan ini
berbentuk akademik. Tema pertandingan ini adalah “Murid Pintar Sekolah
Cemerlang”.
Kami menjalankan pertandingan Kuiz IQ di bawah Persatuan Bahasa Tamil.
Kami memilih pertandingan kuiz ini kerana pertandingan ini dapat meningkatkan
tahap IQ dalam kalangan murid-murid S.J.K (T) Tanah Rata. Pn. Thavamalar dan
Pn. Krishnammal menjadi penasihat bagi pertandingan kuiz ini. Sambutan yang
diberikan

oleh

warga

sekolah

terhadap

pertandingan

ini

adalah

sangat

menggalakkan.
Pertandingan ini dijalankan selama 3 hari. Pada 18 April, kami melaksanakan
kepada murid-murid tahun 3. Seterusnya, pada 19 April, murid-murid daripada tahun
4 menyertai pertandingan ini. Akhir sekali, pertandingan ini dijalankan bagi muridmurid tahun 5 dan 6. Pertandingan kuiz ini dijalankan selama 30 minit.
Kami memilih 3 orang murid daripada setiap kelas sebagai pemenang.
Pemenang pertandingan kuiz diberikan hadiah pada 23 April semasa perhimpunan.
Guru Besar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Daripada pertandingan kuiz ini, murid-murid meningkatkan pengetahuan am
mereka. Kami dapat menerapkan perasaan cinta akan negara dalam diri setiap
murid. Murid-murid telah melibatkan diri dengan penuh semangat dalam
pertandingan kuiz ini.
Pada keseluruhannya, kami berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan
oleh Guru Besar, guru-guru dan murid-murid SJK (T) Tanah Rata. Kami juga
berterima kasih kepada guru penasihat, Pn. Krishnammal yang banyak memberikan
bimbingan kepada kami dalam melaksanakan pertandingan ini dengan sempurna.

Cameron Highlands. Cameron Highlands. 28 Mac 2012 .Disediakan oleh. _______________ (VIKNESWARI PERUMAL) Setiausaha Pertandingan Kuiz SJK (T) Tanah Rata. _______________ (VANITHA MUNUSAMY) Setiausaha Pertandingan Kuiz SJK (T) Tanah Rata.

Lampiran LAPORAN BERGAMBAR PERTANDINGAN KUIZ IQ PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2012 .