Anda di halaman 1dari 3

Punca pembinaan bumbung untuk laluan pejalan kaki di dalam Universiti

Kebangsaan Malaysia
Seperti yang kita ketahui bahawa jumlah pejalan kaki di dalam ukm ialah mempunyai
kapasiti yang tidak sedikit. Tak hanya warga UKM sahaja yang memilih untuk berjalan kaki
tetapi orang-orang yang hanya sekadar melawat terkadang lebih memilih untuk berjalan kaki.
Ada banyak alasan kenapa beberapa di antara individu-individu ini memilih untuk berjalan
kaki di antaranya iaitu untuk menjaga kesihatan tubuh mereka. Merujuk kepada buku yang
diterbitkan oleh Fox E. Sport Psysiology menilai bahwa Manfaat sering berjalan kaki bagi
kesihatan secara am iaitu bagus untuk jantung, mata, tulang, otot, bahkan baik untuk
menyegarkan minda.
Berjalan kaki memang sangat baik untuk Kesehatan tubuh namun masa kita berjalan
itu tak sedikit pun gangguan berbahaya yang mencabar kesihatan tubuh seperti terlalu lama
berada di bawah sinar matahari akan berimpak negatif kepada tubuh kita. Selain itu beberapa
hari terakhir ini sering turunnya hujan asid oleh sebab-sebab tertentu. Oleh itu pembinaan
bumbung untuk laluan pejalan kaki di persekitaran UKM memang amat diperlukan untuk
menjaga kesihatan tubuh setiap individu pejalan kaki di persekitaran UKM.
Berikut ini adalah beberapa ulasan mengenai bahaya sinar matahari yang
mengandungi sinar ultraviolet (UV) dan hujan yang mengandungi asid yang tak berkesan
baik untuk kesihatan.

Bahaya sinar ultraviolet


Tak sama dengan sinar matahari pagi dan sore, kita mesti berhati-hati pada sinar
matahari siang. Sinar ini mengandungi ultraviolet yang berimpak negatif terhadap kulit tubuh
manusia. Mungkin masih aman apabila pendedahan sinar matahari di waktu petang hanya
beberapa saat saja mengenai kulit.
a. Kesan terhadap kulit
Sinaran sinar UV ini ada 3 macam, Sinaran UVA, UVB dan UVC. Sinaran

UVA ini

menyebabkan kulit berkedut, penuaan pra-matang, ruam gatal dan perubahan warna kulit.
Sinaran UVB menyebabkan kerosakan protein di dalam kulit sehingga dapat mengakibatkan
kulit terbakar dan penyakit kanser kulit. Sinaran UVC dapat menyebabkan mutasi pada DNA
yang akhirnya menjadi awal terjadinya kelainan genetik.

b. Kesan terhadap mata


Terlalu lama memerhatikan matahari boleh menyebabkan penyakit katarak. Katarak ini boleh
berkesan kepada kebutaan. Simon Kelly, Dokter pakar mata dari Royal College bahkan
memberikan amaran bahwa memerhatikan terlalu lama sinaran ultraviolet tanpa
menggunakan pelindung mata dapat membakar mata layaknya kulit yang terbakar. Dan boleh
dapat melukai retina.
c. Kesan terhadap rambut
Berdiam diri dibawah sinar matahari di waktu petang tanpa pelindung kepala menyebabkan
rambut rosak. Selain kusam dan kasar, ultraviolet pada sinar matahari siang juga dapat
menyebabkan pigmen rambut berubah warna menjadi merah.
d. Kesan terhadap imun
Sistem Imun Kajian telah menunjukkan bahawa pendedahan UV boleh mengurangkan
pertahanan badan kita terhadap tumor kulit. Sistem pertahanan yang merosot juga boleh
meningkatkan risiko jangkitan virus, bakteria, parasit atau kulat dan mengurangkan
keberkesanan vaksin.
e. Melanoma Malignan
Ia merupakan salah satu jenis kanser yang paling dahsyat dan juga punca utama kematian
akibat kanser kulit. Orang dengan warna kulit cerah, rambut berwarna merah atau cerah,
ambang erythema yang lebih rendah selepas pendedahan sinaran UV yang berterusan, adalah
lebih cenderung kepada kanser kronik ini.

Bahaya Hujan Asid


Dari segi kesihatan, ia memudaratkan golongan tidak kira tua mahu pun muda terhadap
penyakit asma. Bagi kanak-kanak pula fenomena ini boleh menyebabkan batuk, alergi dan
selsema. Gas sulfur dioksida pula adalah merupakan agen kepada beberapa penyakit kepada
manusia seperti sakit dada, tulang, batuk, sakit kerongkong, barah kolon dan barah payu dara.
Selain itu ia menyebabkan berlakunya penyakit kulit, keroskan tisu badan manusia yang
menggunakan bekalan air dari sungai, tasik dan empangan yang terdedah kepada hujan asid.
Air dan hujan asid yang bercampur dengan plumbum, kadmium dan aluminium
berbahaya kepada manusia apabila diminum di mana boleh menyebabkan cirit birit di

kalangan kanak-kanak, gangguan saraf dan membahayakan otak. Aluminium pula boleh
menyebabkan penyakit alzheimer (berkait dengan hilang ingatan)

Rujukan:
Fox E., Sport Physiology, Sounders Collage Publishing, New York, 1979.
International Travel & Kesihatan, WHO 2006
www.dph.gov.my / CDC / childhoodimmunisation
Perubahan Iklim (Climate Change), Rusnani Omar, Dis 2010

Anda mungkin juga menyukai