Anda di halaman 1dari 17

Pengenalan

Tahap Hidup Yang Rendah


Taraf hidup umumnya diukur menerusi piawai seperti pendapatan benar (iaitu pendapatan
terlaras inflasi) setiap orang dan kadar kemiskinan. Ukuran-ukuran yang lain seperti ketersediaan
dan kualiti penjagaan kesihatan, ketaksamaan pertumbuhan pendapatan dan taraf pendidikan
juga digunakan. Contoh-contohnya termasuk keupayaan memiliki sesetengah barang atau ukuran
kesihatan seperti jangka hayat. Taraf hidup ialah mudahnya seseorang yang hidup pada sesuatu
masa dan tempat dapat memenuhi keperluan mereka. Gagasan terhadap 'taraf' dapat dibezakan
daripada mutu kehidupan yang mengambil kira bukan sahaja taraf hidup kebendaan tetapi juga
aspek-aspek kehidupan yang tidak begitu ketara seperti masa lapang, keselamatan, sumber
budaya, kehidupan sosial, kesihatan fizikal, isu kualiti persekitaran, dan sebagainya. Cara
mengukur kesejahteraanharus digunakan untuk membuat pertimbangan, dengan ini seringnya
amat bersifat politik dan justera itu, amat berkontroversi. Walaupun dua buah negara atau
masyarkat mempunyai taraf hidup kebendaan yang sama, faktor-faktor mutu kehidupan boleh
menjadikan sesuatu tempat lebih menarik kepada sesesuatu orang atau kelompok berbanding
dengan yang lain.
Bagaimanapun, masih terdapat masalah hanya dengan menggunakan purata berangka
untuk membandingkan taraf hidup kebendaan, berbanding dengan, misalnya, indeks Pareto
(ukuran lebar pendapatan atau pengagihan kekayaan). Taraf hidup pada dirinya bersifat subjektif.
Misalnya, negara-negara yang mempunyai kelas atasan kaya yang amat sedikit dan kelas
bawahan yang amat miskin boleh mempunyai tahap pendapatan min yang tinggi, walaupun
kebanyakan penduduk mempunyai "taraf hidup" yang rendah. Ini mencerminkan masalah
pengukuran kemiskinan yang cenderung juga bersifat relatif dan menggambarkan bagaimana
pengagihan pendapatan boleh menyembunyikan taraf hidup yang sebenar. Sebuah negara sosialis
yang sempurna dengan pendapatan per kapita purata yang sangat rendah akan ditempatkan lebih
tinggi tentang ketaksamaan pendapatan yang lebih rendah, berbanding dengan Negara B dengan
ketaksamaan pendapatan yang lebih tinggi, walau jika lapisan terendah pengagihan penduduk
Negara B mempunyai pendapatan per kapita yang lebih tinggi daripada Negara A. Contoh1

contoh benar terhadap keadaan ini termasuk bekas Jerman Timur berbanding dengan Jerman
Barat serta Korea Utara berbanding dengan Korea Selatan. Dalam setiap kes tersebut, negara
sosialis mempunyai ketaksamaan pendapatan yang lebih rendah (dan oleh itu, ditempatkan lebih
tinggi daripada segi ini), tetapi mempunyai pendapatan per kapita yang lebih rendah daripada
kebanyakan kaunterpart berjiran mereka. Ini dapat dielakkan dengan menggunakan ukuran
pendapatan pada pelbagai persentil penduduk, berbanding dengan menggunakan ketaksamaan
pendapatan yang sungguh bersifat relatif dan berkontroversi.
Tahap hidup dilihat juga dari kualiti hidup sesuatu wilayah. Kualiti hidup meliputi segala
keperluan hidup manusia dalam aspek kepuasan terhadap kebendaan, kesihatan, pendidikan,
keselamatan, kepuasan keselesaan tempat tinggal dalam persekitaran yang bersih dan masyarakat
yang bebas dari permasalahan, dan juga keseronokan kenikmatan dari segi estetika dan
kerohanian. Ringkasnya, ia berkait dengan kesejahteraan am penduduk. Bagi kerajaan termasuk
kerajaan tempatan seperti DBKL, tanggungjawab meningkatkan kualiti hidup yang lebih baik
dengan memastikan keperluan infrastruktur utiliti dan kemudahan masyarakat, institusi untuk
pertubuhan sosial dan urus tadbir yang membenarkan hakhak individu untuk bersuara dan
membuat pilihan pada tahap yang sesuai diwujudkan secukupnya.

Pendapatan Perkapita
Pendapatan per kapita bermakna jumlah wang yang seseorang penduduk akan terima jika
pendapatan negara tahunan dibahagikan kepada setiap penduduk dengan sama rata. Ia biasanya
dilaporkan dalam unit mata wang. Sedangkan pendapatan per kapita biasanya digunakan untuk
membandingkan negara, ia juga digunakan untuk membandingkan kawasan perbandaran di
dalam negara. Untuk membandingkan pendapatan per kapita di dalam sesebuah komuniti,
jumlah pendapatan perseorangan komuniti itu dibahagikan dengan bilangan penduduk.
Pendapatan perkapita juga sering digunakan sebagai penunjuk pembangunan suatu negara untuk
membezakan tahap kemajuan ekonomi antara negara-negara maju dengan negara sedang
membangun. Dengan kata lain selain pendapatan per kapita boleh memberikan gambaran tentang
kadar pertumbuhan kesejahteraan masyarakat di pelbagai negara juga dapat menggambarkan
perubahan corak perbezaan tahap kesejahteraan masyarakat yang sudah terjadi di antara pelbagai
2

negara. Pendapatan per kapita boleh juga diertikan sebagai jumlah dari nilai barangan dan
perkhidmatan rata-rata yang tersedia bagi setiap penduduk suatu negara pada suatu tempoh
tertentu. Pendapatan per kapita diperoleh daripada pendapatan negara pada tahun tertentu
dibahagikan dengan jumlah penduduk suatu negara pada tahun tersebut.
Pendapatan perkapita merupakan indikator terpenting dalam mengukur tahap
kesejahteraan rakyat suatu negara. Sebuah negara dikatakan makmur jika rakyatnya mempunyai
pendapatan per kapita yang tinggi. Namun demikian, tingginya pendapatan perkapita bukan
penentu kemakmuran suatu negara. Walaupun negara itu pendapatan perkapitanya tinggi, namun
jika terjadi perang saudara di dalam negara tersebut, maka tidak dapat disebut sebagai negara
makmur / sejahtera. Karena dengan adanya peperangan banyak menimbulkan kematian,
penderitaan, dan rasa tidak selamat. Ukuran suatu negara makmur atau tidak, berbeza antara
negara satu dengan yang lain. Ukuran kemakmuran antara negara yang maju berbeza dengan
bangsa yang sedang berkembang. Ada yang mengukur berdasarkan tahap pengambilan rata-rata
perseorangan dan berdasarkan pendapatan perkapita, ada yang mengukur berdasarkan tahap
pematuhan keperluan asas seperti sandang, pangan, papan, kesihatan dan pendidikan. Namun
demikian, secara umum kemakmuran suatu negara tidak boleh dilihat hanya dari satu faktor
sahaja, melainkan dengan berbagai hal yang diolah secara bersepadu. Selain itu ukuran
kemakmuran suatu bangsa bersifat kontekstual terhadap keadaan suatu Negara.

Hasil dan Perbincangan


Tahap Hidup Yang Rendah dari Pengaruh Teknologi
Menurut Dr Soedjatmoko, ada 3 masalah yang akan dihadapi oleh umat manusia, iaitu
1. Masalah survival manusia yang semakin lemah
2. Menyangkut pengendalian sains dan teknologi. Kemampuan manusia membangunkan
sains dan teknologi hampir tidak seimbang dengan kemampuannya untuk mereduksi
kesan daripada penggunaan teknologi yang tanpa kawalan
3. Kemiskinan, terutamanya di dunia ketiga. Di Tengah kemajuan sains dan teknologi yang
sedimikian pesat, kemiskinan sepertinya semakin tidak mampu diatasi, walaupun pesat,
kemiskinan sepertinya semakin tidak mampu diatasi. Walaupun disedari bahawa
kemiskinan bukanlah semata mata soal pengeluaran, akan tetapi lebih merupakan
persoalan pengagihan tetapi suatu warna ketidakseimbangan tetap dinampakkan yakni
bahawa keupayaan manusia dalam membangunkan sains dan teknologi tidak seimbang
dengan kemampuaannya dalam mengatasi permasalahan kemiskinan.
Dalam permasalahan yang dikemukakan oleh Dr Soedjatmoko, kami lebih memfokuskan
kepada permasalahan yang ketiga, iaitu permasalahan kemiskinan. Masalah sains dan teknologi
telah memberi dampak yang tidak baik kepada permasalahan kemiskinan, pengembangan sains
dan teknologi yang semakin berkembang tidak bisa mengatasi permasalahan kemiskinan, justeru
sebaliknya, semakin memberi perbezaan pada jurang kemiskinan.
Tahap hidup yang rendah merujuk kepada kemiskinan, dari masalah kemiskinan diatas telah
memberi pandangan bahawa tahap hidup yang rendah boleh berlaku sekiranya kurangnya
pengawalan kepada permasalahan kemiskinan. Sains dan teknologi yang semakin berkembang
pesat menjadi hambatan untuk penanganan kepada kemiskinan. Pemerhatian yang difokuskan
kepada sains dan teknologi mengurangi pemerhatian kepada masalah kemiskinan. Kurangnya
pemerhatian kepada kemiskinan menyebabkan pelbagai masalah wujud, akibat daripada sains
dan teknologi, tahap hidup menjadi semakin rendah kerana pengangguran semakin bertambah
akibat tidak mempunyai skill dan kelayakan tidak sesuai dengan yang di perlukan, produk dalam
negeri kalah saing dengan produk luar negeri, boleh mematikan sektor usaha kecil, kerana

kemunculan produk import dengan harga yang lebih murah dan perkembangan teknologi
menimbulkan jurang sosial terhadap perilaku konsumtif masyarakat.
Perkembangan teknologi yang semakin pesat, mewujudkan pelbagai kemudahan kepada
manusia sehingga manusia merasa segala keperluan keperluan pekerjaan mereka menjadi mudah.
Ini boleh menjadikan tahap hidup menjadi lemah juga, kerana kemudahan yang diberi
menjadikan manusia malas untuk bergerak banyak terutamanya dalam dunia pekerjaan.
Kemudahan yang wujud menyebabkan manusia tidak menyedari dampak yang mereka alami.
Pemerhatian mesti difokuskan pada masalah ini kerana keseimbangan tidak berlaku khususnya
bagi Negara Negara yang kurang maju dan Negara sedang membangun.
Tahap Hidup Rendah di Negara Sedang Berkembang
Pada hampir semua negara berkembang, tahap hidup (levels of living) dari sebahagian
penduduknya sangat rendah. Sebutan rendah itu bukan hanya dalam pengertian global, yakni bila
dibandingkan dengan standard hidup orang-orang di negara kaya, tetapi juga di dalam domesti,
yakni bila dibandingkan dengan hidup gaya hidup golongan elit di negara mereka sendiri. tahap
hidup yang rendah tersebut diwujudkan dalam bentuk jumlah pendapatan yang sedikit,
perumahan yang kurang layak, bekal pendidikan yang minima, atau bahkan tidak ada dan
peluang mendapatkan pekerjaan yang sangat rendah. Negara berkembang antara lain ditandai
dengan rata-rata kehidupan penduduknya yang rendah. Hanya sekumpulan kecil penduduknya
yang mempunyai taraf kehidupan yang mencukupi. Jurang ekonomi antara kumpulan elit dan
kumpulan miskin sangat jauh. Rendahnya tahap kehidupan masyarakat negara membangun ini
dapat dilihat dari tingkat pendapatan perkapita, keadaan perumahan, cara kesihatan, tahap
pendidikan, angka kematian, tingkat harapan hidup, dan tahap rasa putus asa masyarakatnya.
Salah satu indikator negara membangun adalah tahap pendapatan yang relatif rendah apabila
dibandingkan dengan pendapatan yang diterima oleh tiap-tiap penduduk di negara maju.
Penduduk di negara membangun tahap pendapatannya rendah. Oleh kerana itu, standard
kehidupannya juga rendah. Tahap jurang pendapatan penduduknya juga cukup tinggi. Ada
beberapa kumpulan penduduk yang hidupnya makmur seperti para pedagang dan pemilik tanah.
Belum lagi beberapa sumber lombong dan ladang-ladang di negara membangun banyak yang
dieksploitasi oleh pengusaha asing.
5

Sistem ekonomi di negara membangun masih bergantung kepada sektor utama. Sektor ini
tentu belum mampu menyerap tenaga kerja yang umumnya terdapat sangat banyak. Sektor
pertanian dan sektor utama yang lain hanya mampu menyediakan lapangan kerja yang terhad.
Akibatnya, pengangguran akan semakin bertambah.Selain itu, ciri khas lain dari negara
membangun adalah kurangnya kemampuan keusahawanan. Keusahawanan ini masih terhalang
oleh tahap pendidikan dan modal yang rendah, bahkan adat istiadat yang masih kekal yang
menghalang wujudnya kreativiti. Pertambahan penduduk yang pesat ini menjadi satu ciri yang
dimiliki oleh hampir semua negara membangun. Di negara berkembang, biasanya mempunyai
potensi pertumbuhan penduduk yang tinggi. Ada banyak faktor yang menyebabkan tingginya
angka pertumbuhan penduduk. Selain rendahnya tahap pengetahuan penduduk, juga masih
kuatnya pengaruh adat dan tradisi. Pengangguran, kemiskinan, dan rendahnya tahap kesihatan
merupakan kesan negatif dari tingginya pertumbuhan penduduk. Dengan demikian, lengkaplah
kesulitan yang dihadapi negara tersebut, mempunyai penduduk banyak dengan tahap pendapatan
yang rendah.
Di negara membangun akan dijumpai kadar pengangguran yang tinggi. Pengangguran ini
semakin tinggi seiring dengan peningkatan urbanisasi dan pertumbuhan penduduk. Di negara
berkembang, sektor industri kurang berkembang dan sektor lain tidak mampu menampung
jumlah tenaga kerja yang semakin tinggi.
Rendahnya tahap produktiviti merupakan kesan lanjut dari rendahnya tahap kehidupan.
Penyebab rendahnya produktiviti ini antara lain kerana rendahnya kualiti tenaga kerja, kurang
modal, kurang sumber daya alam, etos kerja yang rendah, tahap pendidikan yang rendah, dan
pengurusan yang kurang baik.

2. Bolehkah tahap hidup yang rendah wujud serentak dengan tahap pendapatan per
kapita yang tinggi?

Taraf hidup ialah mudahnya seseorang yang hidup pada sesuatu masa dan tempat serta dapat
memenuhi keperluan mereka. Taraf hidup juga di takrifkan dengan kualiti hidup suatu kelompok
masyrakat dalam satu negara.
Secara umumnya, kualiti hidup melibatkan perubahan dalam masyarakat dan sistemhidup atau
sistem sosial daripada satu keadaan yang yang dianggap tidak memuaskankepada satu keadaan
yang lebih baik. Dengan demikian, kualiti hidup merangkumi bukansahaja pembangunan
ekonomi malahan juga melibatkan pelbagai aspek tertentu yangtidak dapat dipisahkan seperti
aspek sosial, psikologi, kebudayaan, politik dan alamsekitar. Namun begitu, aspek yang paling
utama dalam memberi kehidupan yang berkualiti kepada manusia secara khasnya mengandungi
empat perkara iaitu politik,ekonomi, sosial dan pendidikan(Szalai & Andrews.1980).
Menurut Schmandt danBloomberg(1969)maksud kehidupan dari sudut yang lainialah melibatkan
aktiviti seluruh negara termasuk tabiat individu, pembangunan, sumber suka atau tidak suka dan
pelbagai lagi. Ringkasnya, kehidupan mengubah setiap perkaradan setiap perwatakan sama ada
melibatkan kematian atau kehidupan. Kehidupan jugamenunjukkan kepada setiap perkara yang
hidup dan juga proses kehidupan serta sifatdalam persekitaran. Namun begitu terdapat beberapa
masalah dan kesilapan yang timbuldalam pendefinisian maksud kualiti hidup.
Perkara yang lebih penting apabila berbicara mengenai kualiti hidup ialah adakahkita bercakap
mengenai kualiti hidup seseorang atau kualiti sesebuah negara. Terdapat juga dilema lain iaitu
apakah peringkat kualiti hidup yang tertinggi? Siapa yang bertanggungjawab dalam
meningkatkan kualiti hidup itu sendiri? Apakah yangterkandung dalam perkataan kualiti itu
sendiri? Adakah ia perlu merangkumi kesihatanyang baik, kekayaan yang melimpah ruah,
kekuasaan yang tinggi, kecantikan ataukepandaian?

Jika kita bercerita tentang taraf hidup sedikit merunsingkan untuk kita takrif kerana lebih sukar
difahami banyak orang, namun lebih mudah kita bercerita tentang kualiti hidup kerana tahap
hidup dan kualiti hidup hanya berbeza pada bahasa namun punya makna yang persis sama.
Definisi kualiti hidup
Penilaian kualiti hidup adalah sesuatu yang sukar dan tidak ada definisi yang umumditerima
mengenai kualiti hidup. Pada masa lalu, kebanyakan pengkaji hanya mengirakualiti hidup
manusia berdasarkan satu dimensi sahaja seperti kefungsian fizikal,ekonomi atau kefungsian
seksual. Tetapi, kebanyakan pengkaji kini cuba untuk menambahkan lagi definisi kualiti hidup
(King & Hinds: 2003).
Kualiti hidup atau Quality of life (QOL) merupakan jangka waktu deskriptif yangmerujuk
kepada emosi manusia, sosial dan fizikal yang sihat dan keupayaan merekauntuk berfungsi
dengan tugas biasa dalam kehidupan (Leplege & Hunt: 1997).
Kualiti hidup di Malaysia ditakrifkan sebagai merangkumikemajuan diri, gayahidup yang
sihat,kecapaian dan kebebasan untuk memperolehi pengetahuan danmenikmati taraf hidupyang
melebihi keperluan asasdan psikologiindividu, untuk mencapai tahap kesejahteraan sosial yang
seiring dengan hasrat negara.Apabila sesebuahmasyarakat beralih kepada suasana kehidupan
yang pada amnya lebih baik, maka kualitihidupnya dianggap telah meningkat (Unit Perancang
Ekonomi: 2002).
Memahami kualiti hidup pada hari ini adalah penting dalam penjagaan kesihatandi mana sukatan
kewangan tidak di ambil kira. Kualiti hidup ialah darjah kesejahteraanhidup yang dirasai oleh
seseorang individu atau kumpulan manusia. Kualiti hidup bukanlah konsep yang nyata dan tidak
boleh disukat secara terus. Selain itu, kualiti hidupmengandungi dua komponen. Pertama ialah
dari aspek fizikal termasuklah kesihatan,diet, perlindungan daripada penyakit dan kesakitan.
Komponen kedua ialah psikologisecara semulajadi. Aspek ini termasuklah tekanan,
kebimbangan, kepuasan dan keadaanemosi yang negatif atau positif. Ini adalah mustahil untuk
meramalkan kualiti hidupkhususnya bagi seseorang individu. Gabungan sifat yang ada pada
8

seseorang individu jarang mendorong seseorang individu untuk berpuas hati terhadap orang lain
(Eiser &Morse: 2001). Menurut Varni et. al. (2006) kualiti hidup (QOL) boleh ditakrifkan
sebagai as amultidimensional construct that reflects ones self-perceptions of enjoyment and
satisfaction with life .
Mengikut World Health Organization (1993), kualiti hidup didefinisikan sebagaitanggapan
individu mengenai posisi kehidupan mereka dalam konteks budaya dan sistemdi mana ia
berhubung rapat dengan matlamat, jangkaan, tahap danbeban. Lehman (1983)melihat kualiti
hidup sebagai deria terhadap pengalaman terbaik yang dialami olehindividu di bawah pengaruh
kehidupan masing-masing. Menurut Bigelow et al. (1982),kualiti hidup ialah titik pemisahan di
mana ia menyatukan semua faktor dalam kehidupandi mana kita akan mendapati bahawa
terdapat kekurangan dan kelebihan dalam keinginandan kepuasan.
Renwick (2006) mengatakan kesejahteraan hidup merupakan sesuatu perkarayang menyebabkan
seseorang merasa seronok, bahagia dan merasakan hidupnya amat bermakna. Muhamad Fadhil
(2003) dalam bukunya pula menghuraikan kesejahteraanhidup pada hakikatnya adalah usaha
untuk mengatasi masalah dan meningkatkan kualitihidup manusia sehingga berada dalam
keadaan hidup yang selamat, sihat dan selesa baik secara fizikal, sosial mahupun psikologi.
Berdasarkan satu laporan yang dikeluarkan oleh U. S Deparment of Health and Human Services
(1992), kualiti hidup merupakan nilai yang didasarkan kepada jangkamasa kehidupan yang
dimodifikasikan atau diubah oleh kerosakan, keadaan berfungsi, persepsi dan peluang sosial
yang dipengaruhi oleh penyakit, kecederaan, rawatan dan polisi. Mereka juga mencadangkan
bahawa penilaian umumnya menyumbang ke arahkualiti hidup. Contohnya kefungsian fizikal,
kefungsian emosi atau psikologikal,kefungsian sosial, rungutan fisiologi dan somatikserta
laporan global tentang kualitihidup.
Ferrans (1990) memberi pandangan bahawa kualiti hidup mempunyai beberapa konsepatau isu
yang boleh dikenalpasti dan dibahagikan kepada lima kategori. Kategori-kategoriini
memfokuskan kepada (i) keupayaan untuk hidup dalam kehidupan yang biasa, (ii)kegembiraan

atau kepuasan, (iii) pencapaian ke arah matlamat, (iv) keupayaan untuk mendorong ke arah
kehidupan sosial yang lebih berguna dan (v) kemampuan fizikal danmental.
Kajian yang dilakukan oleh Grant et al. (1994) menekankan keperluan kepadadefinisi pelbagai
dimensi untuk kualiti hidup. Kajian ini talah mengenalpasti kualiti hidupterdiri daripada empat
dimensi atau domain iaitu (i) kesejahteraan fizikal, (ii)kesejahteraan psikologi, (iii)kesejahteraan
sosial dan (iv) kesejahteraan agama.
Menurut satu sumber yang dipetik daripada sebuah laman web, kualiti hidup ialah a term used
to measure well-being.Well-being describes how well people feel about their environment, and
collectively these feelings can be thought of as quality of life. Toassess quality of life, indicators
are used to represent the most important aspects of a persons life (called domains), which
include, for example, housing, education,employment and household finances. Indicators are
used to measure complex phenomena(such as quality of life) and can only provide us with an
indication of the actual quality of life. The individual indicators (and their domains)were
categorized into three broad groups called the social environment, economic environment and
physical environment.The indicator data were compiled, transformed and analyzed to generate
three quality of life maps for each environment, and then combined in a fourth map to show the
overall quality of life.(anon:2004)
Siti Fatimah (2005) pula menjelaskan konsep kesejahteraan hidup atau kualitihidup ini bukan
semata-mata diukur dengan nilaian material sahaja seperti pemilikanrumah, kenderaan, taraf
pendidikan yang tinggi tetapi ianya juga merangkumi aspek-aspek yang tidak berbentuk material
seperti perasaan kasih sayang, kemesraan, rasa belaskasihan antara individu dan sentiasa
berlapang dada.
2.1.0

Kualiti Hidup dalam Konteks Kerja Sosial

Kualiti hidup dalam konteks kerja sosial turut menekankan tentang kesihatan remaja
yangmenjadi fokus yang utama dalam Kementerian Kesihatan dan analisis polisi sosial dan
pengkaji tingkahlaku. Salah satu sebabnya ialah kesedaran tentang perbezaan antarakumpulan
10

umur,mortaliti, dan kadar morbiditi untuk meraka yang berumur 10-25 tahundi negara barat
(Rapheal: 1996).
Terdapat empat perspektif dalam kesihatan remaja iaitu transisi ke alam dewasa , Coping dan
kesejahteraan, ketiadaan mortaliti dan morbiditi dan cara hidup yang sihatuntuk mengelakkan
daripada tingkahlaku yang berisiko. Empat perspektif inimenunjukkan fokus penyelidikan
terhadap remaja (Rapheal: 1996).
1

Kesihatan remaja sebagai transisi kejayaanHavighurst (1953) menyatakan The


developmental task approach identifies task that allow advancement to higher level of
development terdapat sembilan garis kasar dapatdinyatakan di mana setiap satu
memerlukan perolehan tentang beberapa kemahiran, pengetahuan, fungsi dan
tingkahlaku. Tugas perkembangan mungkin berbeza di antaratempat dan masa bersejarah,
mencapai tahap berdikari, menyesuaikan diri kepadakematangan seksual, membina
hubungan kerjasama dengan rakan-rakan, menyediakan perkerjaan yang bermakna dan
mencapai dan mencapai set kepercayaan asas yang kuatdan nilai asas yang muncul. The
development task approach ini mempengaruhi remaja.

Kesihatan remaja sebagai keadaan untk menangani (coping dan kesejahteraan.Ia juga
penting

untuk

memfokuskan

kepada

remaja

sebagai

sesuatu

yang

penting

dalamdiriremaja. Pengkaji telah menyatakan cara remaja menangani masalah dan


sebelumnyaini termasuklah praktis pemerihalan kanak-kanak, ibu bapa dan rakan-rakan,
yang berkerja dan tidak bekerja dan juga kegagalan bersekolah (Conger: 1991) coping
adalah penting semasa remaja kerana masa tersebut berlakunya perubahan yang cepat
padakeadaan personaliti yang melibatkan bermulanya akil baligh dan keupayaan kognitif
yang spesifik dan persekitaran sosial menyebabkan penukaran tanggungjawab dan
pertukaran sekolah.
3

Kesihatan remaja sebagai Absence fizikal dan mental.Definisi tradisional kesihatan


memfokuskan kepada persekitaran dan memberi tumpuanterhadap petunjuk mortaliti dan

11

morbaliti. Definisi tersebut mencadangkan remajamenunjukkan terdapat hubungan


segmen kesihatan dengan populasi (Majlis Carnegiedalam Renwick et al: 1996).

Kesihatan remaja sebagai sebagai kesihatan tingkah laku.Perkembangan definisi tentang


kesihatan fizikal dan mental termasuklah pemkembangankesihatan-penambahan tingkah
laku dan mengelakkan tingkah laku berisiko. Tujuh isukesihatan yang utama untuk
golongan muda telah dikenalpasti: penggunaan tembakau,alkohol, keselamatan jalan
raya, kesihatan seksual, aktiviti fizikal, nutrisi dan healthyweight serta isu bunuh diri dan
kesihatan mental (Schabas: 1992).

Perkara utama yang biasanya dibangkitkan dalam permasalahan HIV dan AIDSmemfokuskan
kepada rawatan dan penyembuhan penyakit ini. Jumlah penduduk duniayang dijangkiti HIV
bertambah dari masa ke masa secara berterusan dan mendadak (All& Fried:1994). Rawatan yang
maju di Eropah dan Amerika Utara menunjukkan jangkahayat bagi pengidap HIV ialah dalam
lingkungan 10 tahun (Mannet al,.: 1994).Perkembangan ini diiringi dengan peningkatan
kesedaran tentang kualiti hidup olehmerekayang mengidap HIV (Friedland, Renwick &
McColl:in press). Isu kualiti hidupadalah penting dan pengidap HIV positif perlu bergaul dengan
masyarakat bagimemperbaiki kefungsian sistem imun mereka (Goodkin etal:1992). Faktor
terbesar yang biasanya mempengaruhi kualiti hidup adalah seperti strategi penyelesaian dan
sokongansosial. Pengetahuan tentang hubungan antara kualiti hidup, penyelesaian dan
sokongansosial

membolehkan

pengidap

HIV

mempunyai

lebih

kesedaran

tentang

penjagaankesihatan dan intervensipemulihan yang memfokuskan kepada nilai kualiti hidup


pesakitHIV (Renwick & Friedland: 1996).
Dalam isu kualiti hidup, penghidap HIV akan berhadapan dengan masa depan yang tidak pasti.
Pengidap HIV tidak tahu bila, apa dan bagaimana keadaan dan tahap kesihatanmereka pada masa
akan datang. Mereka akan berhadapan dengan kemungkinan kematianyang sebenar pada usia
yang muda (All & Fried: 1994). Kehilangan berganda dankeperluan untuk penyesuaian yang
sedang berlaku adalah biasa bagi penghidap HIV.Akibat daripada infeksi HIV, mereka akan
kehilangan gaya hidup dan cara hidup(pekerjaan, rumah dan insurans) (Rabkin et al.: 1993).

12

Dalam kehidupan manusia, tekanan adalah pengalaman biasa dalam kehidupanharian. Namun,
bagi mereka yang mengidap penyakit serius atau mereka yang cacat,tekanan akan memburukkan
lagi keadaan mereka. Individu yang mengidap HIV akan berdepan dengan tekanan yang
berganda. Sokongan sosial dapat menjadi penampankepada kesan negatif tekanan terhadap
kesihatan (Cobb: 1976), walaupun tekanan ituwujud bersama-sama penyakit kronik (DiMatteo &
Hays: 1981).
Lennon et al. (1990) menyatakan sokongan sosial yang memadai menjadi pengantara kepada
kesan-kesan tekanan yang mendatangkan masalah kepada individuyang mengidap HIV kerana
penyakit mereka seringkali memberi kesan buruk kepada jaringan sosial dan sumber sokongan
mereka. Pola sokongan yang berbeza mungkindigabungkan dengan aspek yang berbeza dalam
kualiti hidup. Contohnya kesihatan dankomponen-komponen kualiti hidup mungkin memberikan
pengaruh positif berdasarkan jenis dan tahap sokongan dari menerima kepuasan dengan
komponen-komponen hidup.Tedapat beberapa jenis sokongan sosial yang dikenalpasti seperti
informasi, emosi daninstrumental (Friedland, Renwick & McColl, in press). Intervensi sokongan
sosial telahdigunakan untuk mengurangkan tekanan dan memperbaiki kesudahan seseorang yang
berdepan dengan kecatatan dan penyakit kronik. Namun, hasilnya tidak selalunya
berjaya(Cwikel& Israel: 1987).
Coping merupakan sumber lain seperti sokongan sosial yang memberi kesan positif terhadap
kesihatan dan kualiti hidup. Menurut Fleishman & Fogel (1994), different coping strategies are
associated with different outcomes for person with HIV. Para pengkaji ini melaporkan positive
coping behaviors adalah bergantung kepada tahaptekanan yang rendah. Folkman et al. (1993)
menunjukkan individu yang bolehmenangani masalah mempunyai tahap kemurungan yang
rendah. Coping merupakanfaktor yang bernilai dalam tujuan intervensi untuk mengekalkan dan
nilai kualiti hidup
Selain itu, dalam konteks kerja sosial turut membincangkan kualiti hidup dikalangan orang
kurang upaya yang menjadi mangsa penderaan seksual. Bagi individuyang menjadi mangsa
pelbagai pola tingkah laku deviant seperti penderaan seksual dan pemulihan ia adalah sukar dan
sesetengah kes tersebut sukar untuk diselesaikan.Penderaan seksual boleh menggalakkan
13

Marginality kerana mangsa penderaan seksualmerasakan mereka sukar untuk berintegrasi dalam
masyarakat dan sukar menikmati pengalaman berbanding mereka yang tidak pernah menjadi
mangsa(Nagler: 1996).
Mereka yang telah menjadi mangsa eksploitasi seksual mungkin berpengalamandalam pola
hidup yang panjang yang boleh disifatkan sebagai Anomie (Durkheimian:1951). Kesan yang
rumit dalam anomie digambarkan dalam pelbagai cara untuk membentuk dan menetapkan
hubungan kepercayaan, terutamanya dengan mereka yang berlainan jantina, atau dengan mereka
yang sama jantina. Sesetengah mangsa yang pernah menjadi magsa penderaan berhadapan
dengan kesusuhan untuk memperolehi pendidikan dan pekerjaan. Sesetengah mangsa pula
mendapati ia sukarmencuba untuk terus bekerja kerana mereka percaya bahawa tiada siapa yang
boleh dipercayai. Adamangsa juga merasakan sukar untuk membina hubungan jangka panjang.
Jika hubungandibina, mereka cenderung untuk keluar dari sesebuah hubungan tersebut (Nagler:
1996).
Kebanyakan mangsa yang menjadi mangsa keganasan pada usia muda akan mendapati mereka
sukar berhadapan dengan masyarakat dan persekitaran, pengalaman pendidikandan pekerjaan
yang tidak stabil dan tidak berupaya untuk menjalinkan hubungan yang tetap. Mereka juga
enggan mendakwa orang yang melakukan kejahatan terhadap mereka (Nagler: 1996).
Pendapatan Perkapita
Pendapatan perkapita ialah jumlah nilai satu barang atau jasa rata rata setiap penduduk suatu
negara pada periode tertentu. Perhitungan pendapata perkapita itu sendiri memberi manfaat
kepada
1

Menjadi indikator standar hidup atau kesejahteraan suatu negara dari tahun ke tahun

Menjadi perbandingan tingkat kesejahteraan dan standar hidup antara negara

Menjadi pedoman kebijakan pemerintah dalam meningkatkan ekonomi negara

Sebagai bahan pertimbangan untuk perancangan peningkatan perekonomian di masa akan


datang.

14

Seterusnya definisi Pengertian Pendapatan Perkapita ialah boleh di takrifkan tingkat


kemakmuran suatu negara tidak hanya dilihat dari besar kecilnya GDP atau GNP, karena GDP
atau GNP tidak bisa menunjukkan berapa jumlah penduduk yang harus dihidupi dari GDP atau
GNP tersebut. GNP tinggi yang dimiliki suatu negara bukan suatu ukuran bahwa negara tersebut
telah makmur. Mengapa? Karena bisa saja jumlah penduduk yang harus dihidupi dari GNP
tersebut juga sangat tinggi. Misalnya, GNP Indonesia pada tahun 1999 lebih tinggi daripada
Malaysia, yaitu sebesar 130.600 juta dolar Amerika, sedangkan Malaysia 81.311 juta dolar
Amerika. Akan tetapi, Indonesia tidak lebih makmur dari Malaysia, karena dari GNP tersebut,
Indonesia harus menghidupi 204 juta penduduk, sedangkan Malaysia hanya menghidupi 22 juta
penduduk. Dengan demikian, ukuran yang lebih tepat untuk mengukur kemakmuran (standar
taraf hidup) suatu negara adalah dengan menghitung pendapatan per kapitanya.
Makna pendapatan perkapita
Apakah pendapatan per kapita itu? Pendapatan per kapita adalah pendapatan rata-rata penduduk
suatu negara pada periode tertentu (umumnya satu tahun). Pendapatan per kapita dapat dihitung
dengan menggunakan salah satu rumus berikut.
Ada dua cara untuk menghitung pendapatan per kapita, yaitu berdasarkan harga yang sedang

berlaku dan berdasarkan harga tetap (konstan). Jika kita menghitung berdasarkan harga yang
berlaku maka hasilnya disebut pendapatan per kapita nominal, sedangkan jika dihitung
berdasarkan harga tetap (konstan), hasilnya disebut pendapatan per kapita riil. Pendapatan per
kapita nominal adalah pendapatan per kapita yang tidak memperhitungkan tingkat kenaikan
harga atau inflasi. Sedangkan pendapatan per kapita riil adalah pendapatan per kapita yang sudah
memperhitungkan tingkat kenaikan harga atau inflasi. Misalnya, negara M pada tahun 2000
pendapatan per kapita nominalnya Rp1.000.000,-. Kemudian pada tahun 2001, pendapatan per
kapita nominalnya naik tiga kali lipat menjadi Rp3.000.000,-.

15

Benarkah ini berarti daya beli masyarakat juga telah naik tiga kali lipat? Setelah dihitung,
ternyata pada tahun 2001 daya beli masyarakat tetap seperti pada tahun 2000. Karena pada tahun
2001, walaupun pendapatan per kapita nominal meningkat tiga kali lipat, ternyata hargaharga
juga naik tiga kali lipat. Barang dan jasa yang pada tahun 2000 dibeli dengan harga Rp1.000,kini harus dibayar dengan Rp3.000,-. Itu berarti, kenaikan nominal tersebut tidak menaikkan
kesejahteraan masyarakat. Dengan demikian, pendapatan per kapita riil masyarakat tidak
berubah. Dari uraian di atas dapat kita simpulkan, naik tidaknya tingkat kesejahteraan
(kemakmuran) masyarakat harus dilihat dari pendapatan per kapita riilnya, bukan dari
pendapatan per kapita nominal.
Jadi, berdasarkan definisi dan penjelasan serta pendapat para ahli tentang taraf hidup dan
pendapatan perkapita, persoalan Bolehkah tahap hidup yang rendah wujud serentak dengan tahap
pendapatan perkapita yang tinggi? Jawapannya ialah boleh kerana pendapatan perkapita tidak
memberi pengaruh kepada pendapatan perkapita.

16

17

Anda mungkin juga menyukai