Anda di halaman 1dari 40

1.

0 PENGENALAN
Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsann (FPK) dalam (Choong, 2009), pendidikan di
Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Bagi merialisasikan FPK dan menghadapi globalisasi pendidikan, Kementerian


Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil langkah proaktif memperkasa sekolahsekolah kebangsaan melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP)
2006-2010.

Dalam

konteks

ini,

seseseorang

guru

bertanggungjawab

untuk

meningkatkan prestasi murid dalam pelajaran dan menghasilkan modal insan kelas
pertama. Justeru, guru hendaklah mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran ( P&P). Pembelajaran akan berjalan dengan
lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang
bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid
(Mohamad Johdi, 2007).
Terdapat empat strategi pengajaran pembelajaran yang perlu difahami dan dikuasai
oleh seseorang guru (Noriati A. Rashid ,2009). Pertama, strategi pengajaran
berpusatkan guru di mana guru mengawal keadaan dan berperanan sebagai ketua.
Dengan

kata

lain,guru

bertanggungjawab

sepenuhnya

menentukan

objektif

pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran


bagi muridnya.
Strategi yang kedua adalah strategi pengajaran yang berpusatkan murid. Strategi ini
memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran murid dan memberi peluang

kepada murid untuk menentukan jenis pengetahuan dan meneroka sesuatu ilmu yang
baru.
Ketiga, strategi pengajaran berasaskan bahan yang mana guru menyampaikan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan banyak bahan seperti buku,blokblok binaan,komputer dan lain-lain bagi meningkatkan pemikiran kritikal dan mental.
Strategi keempat ialah pengajaran berasaskan tugasan. Dalam strategi ini, guru
melibatkan murid dalam aktiviti atau tugasan yang memberikan peluang kepada murid
untuk mengaplikasikan apa yang dipelajarinya. Dengan kata lain, strategi ini
menekankan kolaborasi antara guru dan pelajar dalam mempelopori sesuatu perkara
atau topik secara penyempurnaan projek atau tugasan.
Sehubungan dengan itu, diharapkan semua guru sentiasa memilih strategi dan kaedah
pengajaran pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan
berkesan. Dengan cara ini, ia dapat membantu murid untuk mendapat pencapaian yang
cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam kehidupan
sehariannya. Secara tidak langsung, ia dapat melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan seterusnya dapat
merealisasikan Wawasan 2020.
Bagi mengetahui dengan meyeluruh tentang strategi pengajaran pembelajaran, dua
strategi akan dikupas dan dibincangkan dalam tajuk berikutnya iaitu strategi pengajaran
berpusatkan murid dan strategi pengajaran berasaskan tugasan.
2.0 STRATEGI PENGAJARAN BERPUSATKAN MURID
Dewasa ini, strategi pengajaran berpusatkan murid telah banyak digunakan oleh para
guru semasa meyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran bahkan telah menjadi
tren utama dalam inovasi kurikulum seluruh dunia.

Noriati (2009) mendefinisikan strategi pengajaran berpusatkan murid sebagai


pengambil alihan tugas atau tanggungjawab daripada guru oleh murid semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Strategi ini melibatkan murid secara aktif dalam sesuatu
aktiviti yang dijalankan seperti yang dinyatakan oleh (Orlich et al.,2007) dalam Noriati
(2009).
Dalam strategi ini, guru hendaklah memastikan murid-murid belajar sesuatu dan
membina pengetahuan mereka sendiri melalui aktiviti yang dilakukan. Esah (2003)
menyatakan bahawa guru hendaklah mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi
pembelajaran semasa menyediakan aktiviti untuk mereka.
Selain itu, strategi ini juga dapat meningkatkan penglibatan murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kemahiran berfikir, menambahkan
keyakinan diri, menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat,
menggalakkan murid membina ilmu dan mewujudkan suasana kerjasama dalam
kalangan murid (Shahabuddin,2007).
Strategi pengajaran berpusatkan murid mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Antaranya
adalah seperti yang dinyatakan oleh Noriati (2009) iaitu murid lebih minat dalam
pelajaran, melibatkan komunikasi dua hala, kepimpinan bercorak demokratik, membina
kreativiti murid dan pembelajaran bercorak pengarahan kendiri.
Menurut Amaljaya (2009), aktiviti yang dijalankan mengikut strategi pemusatan murid
menjadikan murid lebih member fokus dalam proses pembelajaran. Strategi ini adalah
lebih sesuai apabila maklumat tidak dapat disampaikan dengan berkesan melalui
strategi pemusatan guru dan apabila matlamat pengajaran merangkumi kemahiran
kreatif dan kritikal (Noriati,2009).
2.1

KAEDAH

PENGAJARAN

YANG

BERSESUAIAN

DENGAN

BERPUSATKAN MURID SERTA TEORI-TEORI YANG BERKAITAN


2.1.1 Kaedah Pengajaran Perbincangan

STRATEGI

Mengikut Gauthier (2001) dalam Noriati (2009), perbincangan merupakan satu proses
aktif yang melibatkan guru dan murid dalam persekitaran pembelajaran. Bond (2001)
menegaskan bahawa dalam perbincangan ini, murid akan menjadi lebih aktif
(Noriati,2009).
Bagi menggalakkan penyertaan aktif murid dalam aktiviti pembelajaran, aktiviti
berkumpulan perlu diadakan supaya murid dapat berinteraksi sesama mereka sewaktu
perbincangan-perbincangan yang dijalankan (Shahabuddin et.al. , 2007).
Abd. Ghafar (2003) menjelaskan bahawa dalam kaedah ini, guru hendaklah
memastikan murid sentiasa berminat untuk mengikuti pembelajaran. Guru-guru perlu
menggalakkan para pelajar berfikir untuk lebih menghasilkan daya pemikiran yang lebih
kreatif, inovatif dan menghasilkan idea yang bernas.
Kaedah pengajaran perbincangan kumpulan ini termasuk dalam model pembelajaran
koperatif. Noriati (2009) menjelaskan bahawa pembelajaran secara koperatif yang
dipelopori oleh Slavin (2005) adalah merupakan pembelajaran aktif yang berupaya
mengubah suatu situasi pembelajaran yang pasif kepada suatu yang dinamis serta
berpusatkan murid. Noriati (2009) menjelaskan bahawa terdapat empat prinsip
pembelajaran koperatif iaitu kebergantungan positif, interaksi bersemuka, penglibatan
seimbang dan akautabiliti individu.
Arends(2001) dalam Noriati(2009) menjelaskan

bahawa

kaedah perbincangan

digunakan oleh guru untuk mencapai tiga objektif pengajaran iaitu meningkatkan
pemikiran dan membantu murid membina kefahaman kandungan; merangsang
penglibatan; serta membantu murid menguasai kemahiran komunikasi dan proses
pemikiran.
Menurut Noriati (2009) lagi, terdapat empat elemen penting yang perlu diberi
penekanan sewaktu seseorang guru ingin menggunakan kaedah perbincangan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran iaitu matlamat dan objektif P&P, saiz kumpulan,
susunan bilik dan pemilihan topik yang ingin dibincangkan.
Terdapat 5 teknik utama dalam pembelajaran koperatif. Pertama, Penyiasatan
Berkelompok (Group Investigation). Dalam teknik ini, setiap ahli kumpulan akan
melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah untuk mendapatkan maklumat. Ini
memerlukan murid mengenalpasti suatu topik yang disiasat, merancang serta
menjalankan penyiasatan. Semua maklumat yang telah diperolehi akan dianalisis
dengan cara terperinci untuk dipersembahkan dalam bentuk yang kreatif dan menarik.
Kedua, teknik Student Team Achievement Division (STAD). Dalam teknik ini, muridmurid perlu berada dalam kumpulan kecil dan menggunakan lembaran kerja untuk
menguasai suatu cabang pengetahuan. Mereka saling membantu antara satu sama lain
melalui tutorial, kuiz atau perbincangan kumpulan.
Ketiga, teknik Jigsaw. Setiap kumpulan akan menghantar ahli untuk membentuk
kumpulan pakar. Ahli-ahli dalam kumpulan pakar akan membincangkan sebahagian
bahan akademik (yang telah disediakan oleh guru). Selepas itu, semua ahli kumpulan
pakar tadi akan kembali ke kumpulan asal masing-masing untuk berkongsi
pengetahuan mereka dengan rakan sekumpulan. Motif utama dalam Jigsaw ialah setiap
murid dalam satu kumpulan akan menjadi pakar dalam topik tertentu dan
bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada rakan sekumpulan tentang apa yang
telah mereka pelajari.
Teknik keempat ialah Team-Accelerated Instruction (TAI). Ia merupakan pendekatan
secara menyeluruh di mana pelajar mempunyai kebebasan bertindak dan guru boleh
membentuk kelas heterogeni. Pelajar yang mempunyai latar belakang yang berbeza
ditentukan kepada kumpulan yang heterogenus. Ini bertujuan untuk memberi peluang
kepada

murid

yang

rendah

pencapaian

supaya

dapat

meningkatkan

pencapaiannya seiring dengan murid lain yang mempunyai pencapaian tinggi.

tahap

Teknik kelima ialah Team Games Tournament (TGT). Dalam teknik ini, guru perlu
memberitahu pelajaran yang berkaitan sama ada dalam bentuk syarahan, demonstrasi
atau pertunjukan visual. Pelajar berbincang mengenai bahan yang disampaikan oleh
guru. Kemudian pelajar akan bekerja mengikut lembaran kerja yang disampaikan oleh
guru untuk menguasai konsep. Pelajar akan bermain suatu permainan berbentuk
pertandingan di dalam bilik darjah.
Dalam kaedah perbincangan, terdapat dua teknik yang boleh digunakan iaitu teknik
Putaran Giliran (Round Robin) dan teknik Meja Bulat (Round Table). Dalam teknik
Putaran Giliran, setiap ahli dalam kumpulan akan mengutarakan pendapat masingmasing secara lisan mengikut putaran giliran mereka Matlamatnya adalah untuk
memberikan setiap ahli peluang mengemukakan idea masing-masing sambil menerima
dan menolak idea yang lain secara diplomasi. Melalui teknik ini berlakulah proses
bertukar-tukar idea dan pandangan agar idea yang diperuntukan itu akan menjadi lebih
jelas dan bermakna.
Manakala teknik Meja Bulat pula, ahli kumpulan dapat berkongsi maklumat secara
bergilir-gilir dalam mencurahkan idea yang dibincangkan. Setiap ahli memerlukan
tambahan idea untuk melengkapkan tugasan. Aktiviti berkongsi maklumat ini dapat
dilaksanakan oleh ahli dalam kumpulan agar perkara yang dibincangkan itu
menghasilkan satu idea yang sangat bermakna. Melalui penurunan idea tersebut,
setiap ahli digalakkan untuk membaca dan menyemak hasil tugasan mereka agar
tugasan mereka mantap dan bermakna.
2.1.2 Aplikasi Kaedah Pengajaran Secara Perbincangan Dalam Subjek Bahasa Melayu
Tahun 6.
Kaedah perbincangan kumpulan amat bersesuaian diaplikasikan dalam P&P bagi mata
pelajaran bahasa Melayu terutamanya dalam bahasa Melayu penulisan untuk murid
Tahun 6 di bawah tajuk penulisan karangan yang bertemakan isu alam sekitar.

Guru akan memulakan sesi pengajaran dengan memberikan set induksi yang dapat
menarik minat murid-murid untuk meneruskan aktiviti P&P. Contohnya, selepas
memberi salam, guru meminta murid-murid memeriksa sampah di bawah kerusi
masing-masing dan meminta mereka mencuci dan membuang sampah yang
berdekatan dengan mereka. Selepas itu, guru mengucapkan tahniah dan memberikan
pujian kepada murid-murid atas kesudian mereka membuang sampah tersebut.
Kesannya, emosi murid akan berada dalam gembira dan bersemangat untuk
meneruskan P&P. Menurut teori pelaziman klasik J.B. Watson (1878-1958) dalam
Noriati (2009), emosi kanak-kanak dapat dibentuk melalui proses pelaziman. Jadi,
pembentukan emosi yang positif sebelum memulakan P&P amatlah penting bagi
memastikan murid-murid bersedia untuk meneruskan pembelajaran.
Seterusnya, guru mengaitkan perbuatan murid tadi dengan kepentingan menjaga alam
sekitar serta menceritakan senario yang berlaku di Malaysia tentang masalah
pencemaran alam sekitar.
Kemudian, guru membentuk beberapa kumpulan kecil. Katakan guru membentuk 6
kumpulan kecil iaitu kumpulan A,B,C,D,E dan F. Setiap kumpulan perlu melantik
seorang ketua kumpulan. Guru juga digalakkan untuk memilih ketua kumpulan kerana
guru lebih tahu akan kebolehan murid-muridnya. Pembentukan kumpulan boleh dibuat
melalui bulan kelahiran, saiz kasut, dan sebagainya.
Setiap ketua kumpulan diminta mengambil kad soalan daripada guru. Sebanyak tiga
soalan yang berbeza dikemukakan dan ini bermakna dua kumpulan akan mendapat
soalan yang sama.
Selain itu, guru juga membekalkan sehelai kertas mahjong dan dua batang marker pen
bagi setiap kumpulan. Mereka akan mencatatkan segala isi perbincangan di atas kertas
mah-jong tersebut dengan menggunakan pengurusan grafik seperti peta minda, jadual,
carta

alir

dan

sebagainya.

Dalam kad soalan tersebut, murid-murid dikehendaki membincangkan tentang puncapunca pencemaran, kesan-kesan pencemaran dan langkah-langkah yang yang perlu
diambil bagi menangani masalah tersebut. Dalam kumpulan tersebut, murid-murid perlu
menyumbangkan idea masing-masing. Mereka boleh menggunakan teknik Meja Bulat
atau Putaran Giliran. Bagi memudahkan perbincangan kumpulan, guru boleh
menetapkan teknik yang akan digunakan oleh setiap kumpulan.
Apabila murid berbincang dan mengemukakan idea, mereka biasanya akan
mengeluarkan pendapat mereka berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada
mereka. Hal ini berkait rapat dengan teori pembelajaran konstruktivisme yang dipelopori
oleh

Jean

piaget

(yang

dikenali

sebagai

Konstruktivisme

psikologi/

individu/kognitif/kognitif)dan Lev Vygotsky (yang dikenali sebagai konstruktivisme


sosial).
Menurut Lev Vygotsky dalam dalam Noriati (2009), dalam sesi perbincangan, hubungan
sosial berjaya diwujudkan seterusnya individu saling membina pengetahuan baru.
Penglibatan dengan orang lain member peluang kepada murid untuk menilai dan
meningkatkan pengetahuan diri.
Ketika sesi perbincangan, guru perlu bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan
yang

lain

untuk menegaskan

perkara-perkara

yang

perlu

dibincangkan dan

mengarahkan perbincangan sentiasa menghala ke arah perkara yang betul. Dengan


kata lain, guru bertindak sebagai fasilitator untuk membantu dan membimbing muridmurid untuk mengeluarkan idea masing-masing.
Guru perlu menetapkan masa perbincangan kumpulan bagi memastikan mereka tidak
melakukan perbincangan dengan main-main dan berbual tentang perkara-perkara yang
tidak berkaitan. Setelah tamat perbincangan guru hendaklah meminta setiap kumpulan
untuk melaporkan isi-isi perbincangan. Guru memberi peneguhan positif melalui pujian
kepada semua murid kerana memberikan komitmen sepenuhnya dalam perbincangan.

Peneguhan yang diberikan oleh guru ini termasuk dalam teori pelaziman operan B.F.
Skinner. Mengikut Skinner, peneguhan boleh dibahagikan kepada dua iaitu peneguhan
positif dan peneguhan negatif. Menurut Baldwin dan Baldwin (2001) dalam Noriati
(2009), peneguhan positif menjadi rangsangan kepada tingkah laku seterusnya
manakala peneguhan negatif ialah peneguhan yang diberikan memungkinkan tingkah
laku diteruskan apabila rangsangan yang tidak selesa disingkirkan.
Hasil perbincangan boleh dicatatkan di papan tulis. Guru perlu membuat perbincangan
semula dengan murid-murid bagi memilih isi-isi dan idea-idea yang bernas. Bagi
mengakhiri P&P ini, guru mengarahkan murid-murid untuk menjalankan aktiviti
penulisan karangan berdasarkan isi-isi yang telah dibincangkan. Murid boleh
menyiapkan esei ini di rumah dan perlu dihantarkan pada keesokan harinya.
2.2 IMPLIKASI KAEDAH PENGAJARAN DENGAN PEMBELAJARAN
Kaedah ini memberi impak yang amat baik terhadap perkembangan pendidikan masa
kini. Hal ini demikian kerana, kaedah perbincangan ini menekankan aspek penglibatan
murid berbanding kaedah tradisional yang berpusatkan guru.
Kaedah perbincangan ini dapat merangsang minda murid-murid. Melalui kaedah ini,
murid akan berusaha untuk memberikan idea dan pandangan serta melibatkan diri
secara aktif dalam pembelajaran. Dengan kata lain, kaedah ini dapat mengubah diri
murid daripada pasif kepada lebih aktif. Penglibatan murid-murid secara aktif dalam
proses pembelajaran membolehkan minda mereka berkembang.
Pembelajaran secara koperatif dapat meningkatkan kemahiran sosial antara murid.
Mengikut pendapat Shahabuddin et.al.(2007), kaedah koperatif ini dapat memupuk sifat
penyayang, kerjasama, hubungan yang erat antara murid dan sebagainya. Kaedah ini
menggalakkan murid-murid mengajar sesama sendiri dan bantu-membantu antara satu
sama lain dalam kumpulan seterusnya dapat mengukuhkan hubungan persahabatan
antara murid-murid.

Selain itu, kaedah perbincangan membolehkan pelajar meningkatkan kefahaman dan


berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah. Hal ini demikian kerana, murid-murid
akan cuba membuat perbincangan yang rapi dalam kumpulan mereka. Apabila semua
murid memberikan pandangan, maka pemahaman mereka terhadap sesuatu topik yang
dibincangkan akan meningkat dan memudahkan untuk mereka meyelesaikan sesuatu
masalah.
Implikasi yang negatif dalam kaedah ini adalah disiplin sesetengah murid menjadi tidak
terkawal semasa sesi perbincangan. Hal ini dapat mengganggu murid-murid yang lain
yang memberi fokus kepada isi perbincangan.
3.0 STRATEGI PENGAJARAN BERASASKAN TUGASAN
Menurut Sharifah (1986), strategi pengajaran berasaskan tugasan telah dikemukakan
oleh Professor William Heard Kilpatrick ( 1871-1965 ) yang mana telah diubah suai
daripada kaedah penyelesaian masalah John Dewey. Strategi ini merupakan suatu
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pesat berkembang dalam zaman moden
ini.
Noriati (2009) menjelaskan bahawa dalam strategi ini, guru melibatkan murid dalam
aktiviti atau tugasan yang memberikan mereka peluang untuk mengaplikasikan apa-apa
yang dipelajari. Dalam menghasilkan aktiviti menggunakan strategi ini, guru perlu
mengambil kira beberapa kriteria. Pertama, aktiviti yang dipilih mesti berfokus kepada
matlamat utama topik yang ingin diajar. Kedua, guru perlu mempelbagaikan aktiviti
berdasarkan matlamat pengajaran. Ketiga, guru hendaklah memastikan aktiviti yang
dirancang membuka ruang dan peluang kepada murid untuk berinteraksi dan membuat
refleksi. Keempat, guru perlu memastikan setiap aktiviti perlu dipersembahkan dan
dipantau

bagi

menghasilkan

P&P

yang

berkesan.

Kajian John Brodi (2008) menunjukkan strategi pengajaran berasaskan tugasan mampu

meningkatkan keyakinan dan motivasi murid seterusnya menjadikan murid lebih aktif
dalam P&P. Bagi menjadikan proses P&P lebih bermakna, guru perlu menegaskan
tujuan-tujuan dan objektif-objektif pembelajaran berdasarkan aktiviti yang bakal
dilakukan supaya murid-murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Apabila
murid mula melaksanakan aktiviti dan tugasan, guru boleh memantau kemajuan dan
member bantuan jika perlu. Di akhir tugasan, guru perlu membuat sesi perbincangan
dan refleksi dengan murid tentang tugasan yang telah dijalankan.
3.1

KAEDAH

PENGAJARAN

YANG

BERSESUAIAN

DENGAN

STRATEGI

PENGAJARAN BERASASKAN TUGASAN SERTA TEORI-TEORI YANG BERKAITAN


3.1.1 Kaedah Simulasi
Kaedah simulasi adalah sesuai digunakan dalam P&P berteraskan strategi pengajaran
berasaskan tugasan. Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi
sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan
masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Ia merupakan satu
situasi

yang

diwujudkan

untuk

menyerupai

keadaan

sebenar

dengan

cara

menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasisituasi yang benar-benar wujud di dalam keadaan yang terkawal.
Menurut Noriati (2009), untuk mencapai hasil pembelajaran, murid perlu melalui
tugasan dalam simulasi serta membentuk konsep dan kemahiran yang diperlukan
dalam pencapaian sesuatu aspek atau bidang.
Terdapat beberapa ciri kaedah simulasi. Pertama, simulasi merupakan satu
pembelajaran melalui pengalaman. Murid belajar daripada kesilapan dan berpeluang
untuk meningkatkan diri dalam situasi yang berikutnya. Kedua, dalam kaedah simulasi,
peranan murid agak luas, kerana peserta bukan sahaja dikehendaki memegang
peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka perlu berbincang dan memberi
sumbangan kepada perserta-perserta bagi membuat keputusan. Ketiga, murid

dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem yang berkaitan, membuat


keputusan

dan

menyelesaikan

masalah

yang

dihadapi.

Menurut Joyce et al. (2002) dalam Noriati (2009), model simulasi mengandungi empat
fasa iaitu orientasi, latihan peserta, proses simulasi dan perbincangan. Fasa orientasi
merupakan fasa guru mengemukakan topik yang ingin diajar, menerangkan konsep
dalam simulasi serta memberikan gambaran umum tentang aktiviti dalam simulasi.
Dalam fasa kedua, murid akan diperkenalkan tentang peraturan, peranan murid,
prosedur, cara mendapat skor serta matlamat simulasi. Guru akan mengagihkan
peranan kepada setiap murid supaya mereka mengetahui peranan mereka.
Murid-murid akan mula melakukan simulasi dalam fasa yang ketiga. Pada fasa ini, guru
akan bertindak sebagai pengadil dan jurulatih. Guru juga boleh memberhentikan proses
simulasi buat seketika bagi mendapatkan maklum balas daripada murid, menilai
prestasi dan memperjelas salah tanggapan yang berlaku semasa proses simulasi.
Selepas murid-murid menjalankan proses simulasi, guru hendaklah membuat
perbincangan bersama murid tentang hasil pembelajaran dan refleksi daripada hasil
aktiviti yang telah dijalankan. Ini adalah merupakan fasa yang keempat.
3.1.2 Aplikasi Kaedah Simulasi Bagi Mengajar Subjek Bahasa Melayu Tahun 6.
Katakan seorang guru yang ingin mengajar subjek bahasa Melayu tahun 6 dalam tajuk
penulisan karangan jenis cerita. Pertama, guru akan memberikan salam kepada muridmurid dan mengambil kedatangan murid-murid. Guru bertanyakan khabar dengan
murid-murid dan meminta mereka bersedia untuk meneruskan pembelajaran.
Guru meminta semua murid untuk datang ke hadapan untuk mengambikkertas undian
kumpulan yang terdiri daripada nombor 1 hingga 6. Kemudian, guru memberitahu murid
supaya berada dalam kumpulan mengikut nombor yang mereka dapat. Cara

pembahagian kumpulan ini membantu murid untuk berinteraksi antara satu sama lain
bagi mencari ahli kumpulan masing-masing.
Kumpulan yang berjaya dibentuk dahulu diberi pujian dan hadiah oleh guru manakala
kumpulan yang terakhir yang dapat dibentuk dikenakan denda untuk menyanyikan
sebuah lagu. Melalui cara ini, murid akan bersemangat untuk meneruskan
pembelajaran. Peneguhan dan hukuman yang diberikan oleh guru ini amat berkait rapat
dengan teori pelaziman operan B.F. Skinner. Dalam teori Skinner, peneguhan
dibahagikan kepada dua iaitu peneguhan positif dan negatif. Hukuman juga
dibahagikan kepada dua iaitu hukuman beri dan hukuman tarik.
Hukuman beri mengurangkan kemungkinan tingkah laku diulangi hasil daripada
rangsangan yang diberikan manakala hukuman tarik mengurangkan kemungkinan
tingkah laku diulangi hasil daripada rangsangan yang selesa ditarik balik (Noriati, 2009).
Dalam kes tadi, kumpulan terakhir yang dapat dibentuk dikenakan hukuman beri iaitu
mereka terpaksa menyanyikan sebuah lagu.
Proses pengajaran diteruskan dengan perlantikan seorang ketua bagi setiap kumpulan.
Pemilihan ketua kumpulan adalah berdasarkan tarikh lahir. Murid yang paling tua
automatik dilantik menjadi ketua. Kemudian, ketua kumpulan diminta untuk mencabut
kad tugasan daripada guru. Dalam kad tersebut tercatat situasi-situasi yang perlu
dilakonkan oleh murid bagi setiap kumpulan.
Dalam masa yang ditetapkan, murid-murid perlu berbincang antara ahli kumpulan
tentang watak-watak yang yang diperlukan. Guru perlu memastikan semua murid
terlibat dalam aktiviti perbincangan ini.
Kemudian, setiap kumpulan diminta melakonkan situasi-situasi yang dikehendaki dalam
kad tugasan tadi dalam bentuk simulasi. Kumpulan yang tidak terlibat semasa simulasi
dikehendaki mencatat idea-idea yang dikeluarkan oleh kumpulan yang melakukan
simulasi. Proses ini diulang kepada kumpulan yang lain pula.

Selepas simulasi tamat, guru memberikan pujian bagi membangkitkan semangat muridmurid. Guru membuat refleksi bersama pelajar tentang aktiviti yang telah dijalankan.
Di akhir pengajaran, guru meminta murid menulis satu karangan berbentuk cerita
berdasarkan mana-mana simulasi yang telah dilakukan oleh setiap kumpulan. Guru
menetapkan supaya murid-murid menyiapkan tugasan ini di rumah dan murid
dikehendaki menghantar karangan ini pada keesokan harinya.
3.2 IMPLIKASI KAEDAH PENGAJARAN DENGAN PEMBELAJARAN
Pertama, kaedah simulasi membolehkan murid menggunakan bahasa dengan lebih
berfungsi dan memberi murid peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan
berkesan. Hal ini demikian kerana dalam kaedah simulasi, semua murid perlu
memberikan idea secara verbal.
Kedua, kaedah simulasi membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif.
Kaedah simulasi membolehkan murid berbincang dan berfikir secara kreatif, analisis
dan kritis. Kaedah simulasi ini juga dapat membantu pelajar mempertingkatkan
kemahiran mereka seperti kemahiran menjawab, dimana para pelajar akan memberi
pendapat, cadangan, bantahan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
4.0

RUMUSAN

Dalam menghadapi arus globalisasi dalam dunia pendidikan ini, guru perlu bersiap
sedia dengan ilmu pengetahuan dan mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran
bagi menjadikan suasana kelas lebih menarik seterusnya dapat menghasilkan P&P
yang

berkesan.

Strategi pengajaran yang berpusatkan murid perlu diberi keutamaan sewaktu


menjalankan P&P agar murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif. Kaedah
perbincangan adalah sangat sesuai dijalankan kerana kaedah ini melibatkan semua

murid untuk memberi pandangan dan idea seterusnya dapat membina hubungan sosial
dalam kalangan murid.
Selain itu, strategi pengajaran berasaskan tugasan juga tidak boleh diabaikan. Hal ini
demikian kerana strategi ini dapat member peluang kepada murid untuk mengaplikasi
apa-apa yang dipelajari oleh mereka. Kaedah simulasi perlu dilaksanakan oleh guru
bagi memberikan peluang kepada murid-murid untuk melakonkan mengikut situasi
hampir sama dengan situasi yang sebenar. Di samping itu, kaedah simulasi dapat
menjana kreativiti pemikiran murid dan memantapkan kemahiran berbahasa.
5.0

CADANGAN

Sebagai seorang guru, haruslah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan Oleh itu,
perancangan guru seharusnya lebih kreatif dari segi mengadakan pelbagai kemudahan
dan sumber rujukan supaya aktiviti P&P menjadi lebih bermakna dalam mendorong
proses P&P menjadi lebih sempurna.
Dalam proses membentuk kumpulan, guru perlu mempelbagaikan cara untuk
membahagikan kumpulan supaya murid-murid dapat merasai pengalaman bersama
murid-murid yang lain.
Selain itu, guru perlu mengambil kira aspek kesesuaian tempat sekiranya ingin
menjalankan

kaedah

simulasi

agar

murid-murid

berasa

selesa

semasa

mempersembahkan simulasi mereka.


Bagi memastikan disiplin murid sentiasa terkawal, guru hendaklah memberitahu murid
supaya berbincang dalam keadaan yang tidak mengganggu murid-murid yang lain
sebelum mengarahkan murid melakukan sesuatu aktiviti. Sekiranya murid masih dalam
keadaan bising, guru perlu bertindak cepat untuk member amaran kepada murid yang
membuat
RUJUKAN

bising.

Jurnal

Mohamad Johdi Hj. Salleh (2007). Guru Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai
Objektif Persekolahan Sekolah Rendah: Perspektif Guru Besar : Seminar Penyelidikan
Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang.
John Brodi (2009). Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek: Satu Kajian Kes
Teaching

School,IPTAR

Jabatan

Buku

Ilmu

Pendidikan,

IPTAR
:

Abd. Ghafar M.D (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Esah Sulaiman (2003). Modul Pengajaran: Asas Pedagogi. Skudai, Johor Bahru:
Universiti Teknologi Malaysia.
Shahabuddin Hashim,Dr.Rohizani Yaakub & Mohd.Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi:
Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur : PTS Professional
Publishing Sdn.Bhd.
Noriati A. Rashid,Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah .(2009). Murid dan Alam
Belajar.Shah Alam:Oxford Fajar Sdn Bhd.
Sharifah Alwiyah Alsagoff (1983). Ilmu Pendidikan : Pedagogi (edisi pertama). Kuala
Lumpur : Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd.
Syed Ismail & Ahmad Subki (2008). Budaya dan Pembelajaran. Penerbit Multimedia
Sdn.

Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kuala


Lumpur.
Choong Lean Keow. (2009). Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia Untuk Kursus
Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Subang Jaya : Kumpulan
Budiman Sdn.Bhd.
Internet

Amaljaya. (2009, May 06). Teaching Strategies. Retrieved Ogos 24, 2010, from Info
Pendidik Guru: http://amaljaya.com/guru/2009/05/06/teaching-strategies/

Karangan Jenis Cereka / Pengalaman / Melengkapkan Cerita


1 Karangan jenis ini berbentuk cerita. Soalan jenis ini lazimnya meminta calon memulakan atau
menyudahkan sesuatu cerita. Sedutan peristiwa yang diberikan pada awal atau akhir cerita
mestilah dijadikan PANDUAN untuk melengkapkan cerita kamu itu. Soalan haruslah dianggap
sebagai suatu masalah yang harus kamu tangani dan selesaikan di akhir cerita. SEMUA
persoalan harus dijawab dan SETIAP watak yang dikenalkan harus dikembangkan.
2 Biasanya sesuatu karangan haruslah mempunyai unsur-unsur seperti:
a) WATAK
b) LATAR TEMPAT
c) LATAR MASA
d) PERKEMBANGAN CERITA --> PERISTIWA, AKIBAT KEJADIAN, PLOT ATAU JALAN
CERITA
e) PENYUDAH
f) PENGAJARAN
3 Setiap isi cerita harus mempunyai kaitan antara satu sama lain.
4 Plot untuk karangan jenis cereka mempunyai TIGA tahap yang utama, iaitu tahap permulaan,
klimaks/suspens, dan penyelesaian.
5 PENTING!! Dalam peperiksaan, karanglah cerita yang menarik dan memberi kesan serta
kreatif. NAMUN, JANGAN MENULIS tentang plot-plot yang TIDAK LOGIK dan berunsur
cerita LUCAH atau HANTU. Kamu tidak akan mendapat markah yang tinggi dari segi ISI.
6 Teknik penulisan memainkan peranan yang penting dalam karangan jenis ini. Seelok-eloknya

masukkan unsur-unsur ketegangan, dialog, diari, imbas kembali, imbas ke hadapan dan
sebagainya supaya cerita anda tidak membosankan pembaca.
7 Untuk menjadikan cerita kamu lebih istimewa dan berkesan, pelbagaikanlah penggunaan ayat
dalam karangan kamu
.8 Selain itu, gunakanlah unsur-unsur bahasa yang kreatif seperti kiasan,peribahasa, dialog dan
bahasa berbunga untuk menimbulkan gaya bahasa yang menarik dan sesuai dengan isi cerita.
Kamu juga boleh menggunakan deria untuk menambahkan keberkesanannya karangan kamu
seperti karangan jenis gambaran.
9 Jika boleh, selitkan nilai-nilai murni dan yang memberikan pengajaran kepada pembaca.
Contoh Soalan
Jam di dinding menunjukkan hampir pukul 9.30 pagi. Pada hari Ahad begini lazimnya kami
sekeluarga pergi berjalan-jalan. Namun, ketika duduk bersarapan di meja makan, aku
keseorangan. Hatiku tertanya-tanya manatah perginya ahli keluarga yang lain? Aku terus
menyapu seri kaya pada sekeping roti lalu menyuapnya ke mulut. Air kopi panas yang
disediakan oleh Mak Munah kuhirup perlahan-lahan. Mulakan perenggan seterusnya untuk
menyambung cerita anda berdasarkan perenggan di atas.
Rangka Jawapan
Isi Sebentar kemudian kelihatan kakak keluar dari bilik tidurnya aku bertanyakan ayah dan ibu
serta adik-adik yang lain kakak hanya tersenyum simpul memberitahu mereka telah keluar
awal pagi tadi hatiku memberontak kerana tidak diajak bersama malah, aku turut berasa
hairan apa yang menggelikan hati kakak sehingga dia tidak habis-habis tersenyum sendirian.
Aku menghabiskan masa membaca novel di dalam bilik jam sudah pun menunjukkan pukul
2.30 petang hatiku panas tidak terkira memikirkan tindakan mereka meninggalkan aku
bersendirian di rumah bersama kakak puas aku memujuk kakak supaya membawa aku
berjalan-jalan pelbagai alasan yang diberikan aku terpaksa beralah.
Aku mula naik angin apabila mereka tidak pulang-pulang walaupun sudah petang aku
mengetuk pintu bilik kakak dengan kuat perasaan marahku tidak lagi mampu disembunyikan
kakak meminta aku bersabar aku tidak peduli sama ada dia bawa aku keluar berjalan-jalan
atau aku akan merajuk sepanjang hari kakak akur dengan permintaanku aku tersenyum
girang.
Penutup
Menaiki teksi menuju ke sebuah bukit kelihatan sebuah hotel tersergam di atas puncak bukit itu
dalam kawasan yang terjaga rapi aku mengingatkan kakak bahawa makanan di hotel mahal
kakak masih belum bekerja aku ketawa besar apabila dia mengatakan dia telah menang loteri
pintu hotel terbuka luas satu sorakan kedengaran seluruh ahli keluargaku berada di situ

rupa-rupanya mereka telah menempah beberapa meja untuk meraikan hari jadiku aku terkedu sambil memeluk ayah dan ibu, air mata kegembiraan mengalir di pipiku.

PANDUAN MENGARANG / MENULIS


Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau
kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :
A. Pengenalan
B. Isi-isi dan
C. Penutup
A. Pengenalan
Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan
kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak
tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan
itu.
Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat.
Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam
pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah
bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.
B. Isi
Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat
isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi
hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain.
Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaikbaiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiaptiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih
panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan
oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain.
Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi
yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari

karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak
membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku
cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri.
Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang
sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.

Panduan mencari isi-isi berdasarkan peta minda:


Cara terbaik mencari isi adalah dengan menggunakan kaedah membuat peta minda.
Kemukakan pertanyaan kepada diri anda dan fikirkan jawapannya sama ada menerusi
logik akal atau berdasarkan bahan rujukan seperti buku, majalah, surat khabar,
ensiklopedia atau kamus bagi fakta. Antara lima pertanyaan paling utama dan popular
ialah:
Apa?
Siapa?
Bila?
Mengapa?
Di mana?
Bagaimana?
C. Penutup
Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti
karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada
pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan.
Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu
perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau
tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan.

CARA-CARA MENGARANG / STRATEGI MENULIS


1. Sebelum menulis perkara yang dilakukan seperti di bawah :

a. Memilih tajuk atau soalan 1 (a) atau 1 (b) dan soalan 2


Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi.
Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat.
Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai
Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan

Bagaimana hendak memahami kehendak soalan supaya tidak terkeluar daripada tajuk?
Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti contoh-contoh di bawah:
CONTOH 1:
Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan sebuah karangan mengenainya.
CONTOH 2:
Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan laporan mengenainya untuk
dimuatkan dalam majalah sekolah.
Komen: Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya berbeza. Soalan
satu merupakan karangan biasa , manakala soalan 2 berformat.
Tips: Adalah lebih baik jika adik semua menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi
kata kunci dalam soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau terkeluar
daripada tajuk sebenar.

b. Menyusun rangka karangan


Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi
Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin.
Susun isi mengikut urutan kepentingannya.
Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai.
Isi penting jangan diulang-ulang

c. Menulis karangan
Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih

dalu satu perenggan.


Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan
contohnya. Bahagian-bahagian karangan yang ideal:
1. Perenggan Pendahuluan
2. Perenggan isi pertama dengan contoh berkaitan isi pertama
3. Perenggan isi kedua dengan contoh berkaitan isi kedua
4. Perenggan isi ketiga dengan contoh berkaitan isi ketiga
5. Perenggan isi keempat dengan contoh berkaitan isi keempat
6. Perenggan Penutup

Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan
tulisan.

d. Menyemak karangan
Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika ada

tulisan anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan,
struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.
Baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.

e. Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan


4 minit mencari isi
24 minit menulis karangan
2 minit menyemak semula karangan
Jumlah = 30 minit

.0 PENDAHULUAN
Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu selalunya tidak menyeronokkan dan
biasanya membosankan murid. Keadaan ini berlaku kerana teknik pengajaran guru
yang tidak dapat menarik perhatian murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran
dan pembelajaran. Guru tidak menggunakan bahan bantu belajar untuk menarik
minat murid dan guru biasanya mengggunakan teknik yang konvensional (cara
lama) dan tidak berpusatkan murid.
Oleh sebab itu, guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran
yang lebih menarik dengan mengaplikasikan teknik-teknik seperti improvisasi, main
peranan, teater bercerita, permainan bahasa dan bercerita. Teknik yang
dicadangkan ini juga berpusatkan murid dan menggalakkan mereka menggunakan
bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid dalam menjalankan aktiviti di
dalam kelas.
Pemilihan teknik haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti gaya
pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang
hendak disampaikan, tahap pencapaian murid, persekitaran pembelajaran, nilai dan
sikap yang ingin dipupuk.

2.0 TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu
hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M.
Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang
digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu
mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di
mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan
bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Teknik yang
dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan
pendekatan yang dianuti.
Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah.
Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat
komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. Tujuan sesuatu
teknik yang guru aplikasikan di dalam bilik darjah ialah
untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian, serta membangkitkan
rasa ingin tahu murid akan sesuatu tajuk atau isi pelajaran yang akan dan

sedang dilaksanakan.
2.1 TEKNIK IMPROVISASI
2.1.1 Pengenalan Improvisasi
Improvisasi ialah aktiviti lakonan spontan dalam situasi yang tidak dirancang. Ia
boleh mengisahkan sesuatu kejadian atau situasi dalam kehidupan harian atau
imaginasi. Murid berperanan mencipta dialog dan melakukan sesuatu aksi secara
spontan mengikut arahan yang ditetapkan atau berdasarkan daya imaginasi atau
kreativiti mereka sendiri.
Aktiviti improvisasi dapat menjadi satu latihan untuk meningkatkan daya imaginatif
dan kreatif murid dalam menggunakan bahasa yang baik dan berkesan. Aktiviti ini
juga dapat melatih murid sentiasa bersedia memberikan tindak balas spontan
apabila diperlukan. Improvisasi juga dapat meningkatkan daya penghayatan murid
agar lebih peka terhadap objek, situasi dan peranan yang ditentukan.

2.1.2 Langkah-langkah Improvisasi


i. Guru memberi rangsangan samada berdasarkan situasi, objek watak, petikan
cerita atau gambar.
ii. Murid diberi masa untuk berbincang dalam kumpulan kecil.
iii. Setelah murid benar-benar yakin , barulah mereka dikehendaki beraksi di
hadapan kelas.
iv. Guru tidak perlu menyedarkan murid mengenai penonton kerana ini untuk
membentuk keyakinan murid beraksi.
v. Ahli kumpulan sebaiknya ditukar ganti supaya pergaulan social murid lebih luas.
vi. Guru perlu membimbing murid dengan bijak tanpa mematahkan minat mereka
untuk berimprovisasi.
2.2 TEKNIK MAIN PERANAN
2.2.1 Pengenalan Main Peranan
Main peranan merupakan satu situasi yang melibatkan murid memegang sesuatu
peranan, sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain, dan kemudian
bertindak atau beraksi sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang telah
ditentukan. Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ambil peranan atau
sosiodrama yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan dikelolakan
dalam situasi kumpulan.
Main peranan sebagai individu lain memerlukan murid memainkan peranan
berdasarkan tokoh, pekerjaan , kedudukannya dalam masyarakat atau pertubuhan
tertentu. Oleh kerana peranan yang diberikan berbeza dari pengalamannya yang
sebenar, para murid hendaklah diberi peluang menyediakan atau mendapat
maklumat yang lengkap tentang peranan tersebut sama ada melalui pembacaan

atau membuat rujukan kepada sumber-sumber tertentu. Di samping itu, guru boleh
juga menyediakan maklumat tersebut mengikut keperluan.

2.2.2 Langkah-langkan Main Peranan


i. Guru mewujudkan satu situasi yang bermasalah yang disediakan
ii. Guru menerangkan secara ringkas mengenai objektif lakonan, watak-watak yang
terlibat dalam situasi itu dan tempoh berlakon
iii. Guru memilih murid-murid yang berminat menjadi pelakon-pelakon.
iv. Murid-murid dikehendaki memikirkan dan mengemukakan cara penyelesaian
masalah yang timbul dalam situasi .
v. Guru berbincang dengan murid tentang prestasi pelakon-pelakon dan cara
menyelesaikan masalah
vi. Guru membimbing murid-murid membuat rumusan.

2.3 TEKNIK TEATER BERCERITA


2.3.1 Pengenalan Teater Bercerita
Melalui teater bercerita, teknik ini melibatkan beberapa orang murid yang membaca
skrip sesebuah cerita di hadapan kelas. Teater bercerita mengutamakan
penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka sahaja. Murid dapat
memahami, menghayati dan merasakan cerita itu seolah-olah sedang berlaku di
hadapan mereka. Murid lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti
yang dijalankan.
Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik.Teater Bercerita
melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon.
Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak dalam
cerita tersebut. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu. Murid
lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru. Teknik ini sesuai untuk
genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik. Melibatkan seorang pencerita dan
digabungkan dengan beberapa orang pelakon.
2.3.2 Langkah-langkah Teater Bercerita.
i. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu.
ii. Murid diberi peluang membaca cerita terlebih dahulu.
iii. Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.
iv. Murid akan menyampaikan cerita, dan murid lain beraksi mengikut watak dalam
cerita tersebut.
v. Guru dan murid memberi ulasan berdasarkan aktiviti teater bercerita tersebut.

2.4 TEKNIK PERMAINAN BAHASA


2.4.1 Pengenalan Permainan Bahasa
Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik
permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid
memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran
berbahasa murid antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis.
Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu
daripada peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Teknik
ini juga adalah satu strategi pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap
pencapaian murid. Permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk
bergembira semata-mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan
pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada murid mengaplikasikan
kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Permainan bahasa
merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan ada hubung kaitnya
dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung.
2.4.2 Langkah-langkah Permainan Bahasa
i. Secara Berkumpulan
Permainan bahasa boleh dilaksanakan dalam kumpulan-kumpulan kecil.. Bilangan
ahli dalam satu-satu kumpulan adalah penting dalam menentukan kelancaran
permainan. Jika bilangan murid dalam sesebuah kelas terlalu ramai, guru
hendaklah membahagikan murid dalam banyak kumpulan.
ii. Secara Berpasangan
Aktiviti berpasangan merupakan satu bentuk gerak kerja yang efektif dalam
melibatkan penyertaan murid. Permainan bahasa secara berpasangan boleh
memberikan lebih banyak peluang latihan mendengar dan bertutur. Guru lebih
mudah untuk mengawal pasangan murid.
iii. Secara Individu
Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. Cara ini biasanya
dilakukan untuk murid yang pintar dan cerdas serta telah menyiapkan tugas yang
diberikan oleh guru dalam sesuatu masa tertentu.

2.5 TEKNIK BERCERITA


2.5.1 Pengenalan Bercerita
Bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina
kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat
dan perhatian murid. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan
tatabahasa dapat disampaikan.
Bercerita juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis dikalangan murid. Teknik Bercerita merupakan salah satu
pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana
cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid.
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik
persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan
yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak
menimbulkan kebosanan.
Teknik bercerita bertujuan untuk mencernakan daya kreatif dan imaginasi murid.
Selain itu ia dapat melatih murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan
bahasa terutamanya kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur. Guru yang
menggunakan teknik ini boleh menggalakkan murid berkomunikasi dengan
berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan ekspresi atau mimik muka mereka.
2.5.2 Langkah-langkah Bercerita
i. Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat muridmurid.
ii. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
iii. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
iv. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
v. Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurangkurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
vi. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
vii. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain
Bahan Bantu Mengajar.
viii. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan
aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

3.0 TEKNIK IMPROVISASI


3.1 Pengenalan Improvisasi

Menurut Kamus Dewan ( edisi keempat) improvisasi bermaksud perihal (perbuatan)


melaksanakan atau membuat sesuatu tanpa persediaan awal,secara spontan, atau
dengan menggunakan bahan-bahan yang ada sahaja.
Improvisasi sering dilaksanakan dalam pendidikan. Teknik ini digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, khususnya pengajaran bahasa.
Melalui aktiviti improvisasi kanak-kanak diransang untuk berinteraksi secara
spontan berdasarkan simulasi yang diwujudkan oleh guru. Kanak-kanak juga
digalakkan membina dialog sendiri serta mencipta situasi yang difikirkan sesuai
dengan ransangan yang disediakan. Melalui improvisasi juga, daya imiginasi dan
kreativiti kanak-kanak dicerna secara maksimum.
Teknik improvisasi ialah teknik lakonan spontan yang dilakukan dengan aksi dan
dialog dibina sendiri oleh pelakon/ murid. Teknik ini memerlukan murid mencipta
satu idea baru berdasarkan idea yang sedia ada melalui kreativiti tersendiri.
Improvisasi memerlukan murid mempunyai imaginasi dan kreativiti yang tinggi.
Menurut Som Hj. Nor (1994), Improvisasi membawa maksud bertindak balas
secara spontan terhadap situasi yang tidak dijangka. Improvisasi boleh dijalankan
berdasarkan situasi, gambar, watak dan petunjuk.
Tujuan utama improvisasi adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa,
unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka,
gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa
atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk
menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Murid
bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.
Improvisasi dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran
kepada murid, di samping dapat menyuburkan sahsiah murid.

3.2 PENDEKATAN IMPROVISASI


3.2.1 Bersedia menghadapi ketidaksempurnaan
Guru perlu bersedia menghadapi ketidaksempurnaan bila mana murid melakonkan
sesuatu aksi yang tidak lengkap, tidak tersusun dari a-z dan terhenti berlakon. Jika
keadaan ini berlaku, maka guru perlu bijak menyusun semula aksi dan dialog
murid. Apa yang penting ialah bagaimana murid dapat mengabungkan idea dengan
arahan atau rangsangan yang diberikan oleh guru secara spontan.
3.2.2 Tidak perlu pentas yang sempurna

Improvisasi tidak memerlukan dilaksanakan dengan pentas yang sempurna atau


keperluan teater yang konvensional kerana kita bukan meminta murid
mementaskan sesebuah teater, tetapi sekadar mewujudkan idea.

3.2.3 Menyediakan saranan


Guru selaku pembimbing perlu menyediakan saranan atau rangsangan untuk
menjana idea murid dalam improvisasi.
3.2.4 Tidak perlu penonton
Murid tidak perlu disedarkan tentang kehadiran penonton yang formal. Langkah ini
demi membentuk keyakinan murid. Ini kerana, murid yang belum biasa beraksi
dihadapan kelas, mereka akan mudah gelabah jika aksi atau lakonan mereka
dipertontonkan. Setelah murid benar-benar berasa yakin, barulah dimulai dengan
perbincangan atau pasca nilai. Komen atau teguran yang positif perlu diberikan.
Guru juga boleh meminta murid lain di dalam kelas memberi komen berdasarkan
aksi spontan rakan mereka.

3.2.5 Aktiviti berkumpulan


Guru hendaklak menggalakkan muridmurid berkerja secara kumpulan dengan
natural. Ahli kumpulan sebaiknya ditukar ganti supaya pergaulan social murid lebih
luas.
3.2.6 Bijak melayani permintaan
Guru perlu bijak dan bersedia melayani permintaan kumpulan murid tanpa
mematahkan minat mereka untuk beraksi secara spontan.

3.3 PERANAN IMPROVISASI

3.3.1 Meningkatkan daya imaginasi


Daya imaginasi murid dapat ditingkatkan kerana teknik ini dapat mencerna atau
mencampah daya pemikiran murid ke tahap yang optimum. Improvisasi ini juga
dapat menggalakkan kemahiran berfikir murid dengan lebih kreatif dan kritis.
meningkatkan daya kreativiti mereka dan merangsang otak mereka untuk lebih
berfikir
3.3.2 Merangsang kemahiran berbahasa
Guru dapat menggalakkan murid untuk berkomunikasi dengan berkesan di samping
dapat membantu murid meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata dalam
kalangan murid. Teknik improvisasi terbukti dapat merangsang kemahiran
berbahasa murid kerana teknik ini menuntut murid berdialog secara spontan.
Dengan ini, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa terlebih dahulu sebelum
berupaya menuturkan dialog mereka. Murid berupaya menggunakan bahasa secara
pragmatik iaitu bahasa yang bermakna mengikut konteks. Murid juga boleh
menggunakan bahasa secara spontan dengan lebih bermakna bersesuaian dengan
situasi. Aktiviti seperti ini, walaupun berjalan seperti dalam keadaan yang tidak
formal , pasti dapat membantu menambahkan kemahiran berbahasa murid.
3.3.3 Mewujudkan suasana menyeronokkan.
Aktiviti improvisasi terbukti dapat mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran
yang menyeronokkan dan bersahaja kerana melibatkan watak-watak dalam
kalangan murid. Murid berupaya mengasah bakat terpendam mereka dengan
berkalaborasi sesama ahli kumpulan dalam suasana yang ceria dan terkawal.
Berlakon merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh pelajar kerana ia
dijalankan dalam bentuk bermain dan bersukaria. Mereka diberi peranan untuk
berkata-kata secara bebas, melahirkan pandangan dan pendapat , bergaya dan
beraksi sesama sendiri, berhibur dengan telatah dan gaya rakan-rakan sebaya,
melibatkan diri , bekerja bersama-sama dan sebagainya.
3.3.4 Pembelajaran kolaboratif
Pengaplikasian teknik improvisasi boleh membentuk pembelajaran murid secara
kolaboratif kerana selalunya watak yang diberikan perlu dilakonkan bersama ahli
dalam kumpulan masing-masing. Apabila murid membiasakan diri dengan cara
bekerjasama, saling bergantung antara satu sama lain untuk memperoleh ilmu,
mereka akan berkembang untuk menjadi murid kolaboratif.

3.3.5 Pengurusan masa


Pengurusan masa yang cekap dapat diterapkan melalui aktiviti improvisasi. Murid
diberikan masa yang tertentu untuk mereka menunjukkan aksi secara spontan.
Mereka perlu cekap bertindak menyusun strategi berdasarkan watak atau situasi
yang diberikan dalam jangkamasa yang telah ditetapkan guru.
3.3.6 Meningkatkan keyakinan diri
Improvisasi memerlukan murid beraksi di hadapan murid-murid lain. Ini secara
tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan murid semasa melakonkan watak
masing-masing. Ia juga dapat memberi satu suntikan motivasi untuk mereka terus
beraksi dan ini akan membentuk pembinaan sahsiah yang positif ketika berhadapan
dengan khalayak penonton.

3.4 AKTIVITI IMPROVISASI


3.4.1 Improvisasi berdasarkan situasi
Satu situasi diberikan kepada murid secara individu, pasangan atau kumpulan.
Murid diminta melakonkan situasi yang diberi secara spontan.
teknik ini boleh dijalankan untuk semua peringkat umur atau aras kebolehan
walaupun situasi yang sama.
contoh 1 : Situasi di sebuah kedai mainan kanak-kanak . Suatu malam semua
mainan (patung orang, arnab, beruang dan lain-lain) bercakap sesama mereka.
Arahan: berbual sesama sendiri supaya pelajar lain dapat meneka siapakah anda?
contoh 2 : seorang murid baru pindah ke sekolah anda dan ditempatkan di kelas
anda. Pada waktu rehat, semua pelajar ke kantin dan tempat permainan.
Bagaimana anda semua melayaninya?
3.4.2 Improvisasi berdasarkan gambar
Gambar diberikan atau dipamerkan kepada murid-murid dengan meminta murid
menyediakan skrip secara spontan. Murid dibenarkan berbincang di dalam
kumpulan atau secara individu.
3.4.3 Improvisasi berdasarkan petikan cerita
Petikan cerita atau insiden tertentu dalam cerita yakni aksi kaku di mana murid

dikehendaki melakonkan aksi berdasarkan plot. Matlamat menggunakan petikan


adalah untuk menguji kefahaman murid dengan penghayatan isi kandungannya.

3.4.4 Improvisasi berdasarkan objek


Teknik menggunakan objek tertentu bagi merangsang pelajar bertutur dan
melakukan sesuatu. Contoh objek yang boleh diganakan adalah seperti anak
patung, surat khabar dan kostum.
3.4.5 Improvisasi berdasarkan tokoh/watak
Watak cerita binatang boleh digunakan seperti watak Sang Kancil atau tokoh seperti
Hang Tuah.
3.4.6 Improvisasi berdasarkan bunyi
Bunyi-bunyi seperti lagu instrumental untuk menjana bayangan minda, lagu dengan
lirik boleh diadaptasi melalui teknik ini.
3.5 JENIS-JENIS IMPROVISASI
Peter Moore ( 1998 ) menyarankan enam jenis aktiviti improvisasi untuk kanakkanak mengikut peringkat umur. Aktiviti tersebut adalah seperti yang berikut:
3.5.1 Permainan Bebas ( Free Play )
Permainan bebas sesuai untuk kanak-kanak prasekolah dan tahap 1. Guru sediakan
peralatan atau objek, sediakan situasi/ persekitaran yang tertentu dan galakkan
kanak-kanak bermain secara bebas dengan dipantau oleh guru.
Guru bolehlah menciptakan senario atau cerita berdasarkan peralatan tersebut.
Peringkatkan permainan dengan objek yang lebih bermakna dan berwatak seperti
anak patung/ boneka, dan kostum yang dapat menyarankan perwatakan tertentu.

3.5.2 Improvisasi Spontan ( Spontaneous Improvisation )


Guru sediakan bahan ransangan tertentu untuk kanak-kanak memberikan tindak
balas secara spontan berdasarkan kesesuaian denagn situasi yang diberikan. Murid-

murid dibantu dan digalakkan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan,


mendengar serta mengamati pendapat orang lain.
Guru juga harus membantu dan menggalakkan kanak-kanak melakukan tugas
secara kolaboratif, berfikir secara kreatif dan imaginatif serta melahirkan idea, dan
membina idea baru berdasarkan idea orang lain.
Namun begitu perlu dingatkan bahawa improvisasi spontan bukan bertujuan untuk
membuat persembahan. Perkara utama ialah menggalakkan perkongsian idea,
melibatkan luahan perasaan, interaksi antara watak serta prosedur terhadap
resolusi sesuatu situasi yang dihadapi.
3.5.3 Improvisasi Verbal ( Verbal Improvisation )
Kanak-kanak digalakkan untuk mencipta monolog ( soliloquise ) dan dialog
berdasarkan petikan dialog dalam sesebuah cerita. Murid juga boleh
menyambungkan dialog tersebut untuk menggambarkan situasi yang difikirkan
sesuai seperti memujuk, merayu, mengarahkan, memohon sesuatu, dan
seumpamanya dengan ekspresi dan gaya pengucapan yang sesuai. Aktiviti ini dapat
dilaksanakan secara individu ( monolog / soliloquise ), berpasangan atau
berkumpulan.
3.5.4 Main Peranan ( Role Play )
Dalam aktiviti ini, murid hendaklah berpura-pura menjadi seseorang yang lain dan
berlainan dengan dirinya. Mereka diberikan peranan tertentu dan meminta kanakkanak memikirkan cara (dia) untuk beraksi dan memberikan respons terhadap
sesuatu situasi.
Untuk menghayati watak yang diberikan, murid perlu dilatih untuk melakukan
justifikasi terhadap watak dengan mengemukakan beberapa soalan seperti nama
penuh watak, umur ,latar belakang keluarga, pekerjaan, sikap dan tingkah laku,
hobi atau minat, keadaan kesihatan, dan pelbagai kemungkinan tentang peribadi
watak yang di lakonkan. Disamping itu murid perlu digalakkan untuk, menulis
diskripsi watak, melukis potret, dan membuat kostum dan memilih props yang
sesuai untuk kegunaan watak.
Guru boleh memiilih peranan berdasarkan watak daripada orang persekitaran
murid, cerita rakyat, cerita yang pernah dibaca di dalam kelas, drama atau filem
yang pernah ditonton serta berdasarkan gambar.
3.5.5 Improvisasi Terlatih ( Rehearsed Improvisation )

Improvisasi ini berbeza dengan yang lain kerana improvisasi ini menggalakkan
kanak-kanak membuat persembahan. Kanak-kanak diberi tajuk, tema, atau situasi
tertentu untuk dibincangkan dan menghasilkan sesuatu persembahan.
Murid diberikan tempoh masa untuk perbincangan kumpulan dan selepas
berbincang mereka diminta mementaskan hasil perbincangan tersebut.
3.5.6 Improvisasi Selari ( Parallel Improvisation )
Improvisasi berdasarkan situasi sebenar atau yang telah benar-benar diketahui
untuk meneroka isu-isu baru.
Contohnya menggunakan pengalaman membuat persiapan untuk bercuti seperti
menyediakan pakaian dan sebagainya dan menggunakan pengalaman tersebut
untuk persiapan sekumpulan saintis yang hendak mengadakan ekspedisi.

3.6 PENGEMBANGAN IDEA IMPROVISASI


Alex Osborn (1963) telah menyarankan tujuh cara mengembangkan idea;
3.6.1 Diubah
Mengubah senario dalam cerita seperti dalam cerita Si Tanggang, andai jika
Tanggang tidak derhaka kepada ibunya, adakah dia dan ibunya akan hidup
bersama-sama hingga akhir hayat. Begitu juga seperti mengubah serita Batu Belah
Batu Bertangkup, Melor dan Pekan telah mengejar ibunya hingga ke gua Batu
Belah. Andaikan Melor dan Pekan dapat masuk ke dalam gua tersebut, adakah
mereka Berjaya bertemu dengan ibu mereka?
3.6.2 Dikecilkan
Watak boleh dikecilkan seperti watak manusia menjadi kecil, hidup dalam habitat
serangga seperti karya Honey! I Shrunk The Kids dan Rama-Rama karya Syed
Ali Syed Hassan.
3.6.3 Dibesarkan
Gambaran atau situasi diberikan seperti murid berada dalam dunia zaman
dynasour. Apakah yang akan murid lakukan untuk m,enghadapi ancaman dynasour
tersebut?
3.6.4 Digantikan
Watak-watak dalam cerita teladan kanakkanak boleh digantikan seperti
menggantikan watak Sang Kancil digantikan dengan watak baru yang difikirkan
lebih cerdik.
3.6.5 Disusun semula
Sesebuah karya disusun semula mengikut kesesuaian pada era sekarang seperti
cerita Anak Buluh Betong diganti dengan Cucu Bluh Betong.
3.6.6 Diterbalikkan

Cerita atau watak cerita diterbalikkan seperti contoh:


i- Bagaimanakah kalau Pak Pandir cerdik?
ii- Ibu Bawang Putih tidak menjadi ikan kaloi?
iii- Mat Jenin mencapai cita-citanya?
3.6.7 Digabungkan
Menggabungkan beberapa idea atau senario atau cerita menjadi sebuah cerita
baru.

4.0 PENGAPLIKASIAN TEKNIK IMPROVISASI DALAM PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
4.1 Rancangan Pelajaran Harian Tahun 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU


Tarikh : 1Julai 2010
Masa : 11.00 pagi 12.00 tengahari ( 60 minit )
Tahun : 4 Bestari ( 30 murid : 18 lelaki dan 12 perempuan)
Tema : Cerita Teladan
Tajuk : Monyet Yang Pintar
Pakej/ Modul : Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis.
HPU : 2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang
didengar, ditonton,dibaca atau dialami
5.0 Membaca kuat dengan kelancaransebutan, intonasi
dan gaya pembacaan yang sesuai
11.0 Membuat ulasan tentang bahan yangdidengar, ditonton

atau dibaca

HPK : 2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayatserta sebutan dan
intonasi yang baik, jelas dan teratur.
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul
dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
11.3 Mengulas karya bukan sastera yang mudah secara
umum dari aspek tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran
dan gaya bahasa.
HHP : Aras 3 (i) Mempersembahkan cerita dengan sebutan,intonasi
dan penghayatan yang sesuai.
Aras 1 (i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera
dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Aras 1 (ii) Mengenal pasti perwatakan dalam teks.
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat;
1. Mempersembahkan improvisasi di hadapan kelas dengan gaya, sebutan dan
intonasi yang sesuai.
2. Membaca petikan yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
3. Menulis 5 watak dan perwatakan dalam borang grafik yang diberikan.
Pengisian Kurikulum :
Sistem Bahasa :
i) Sebutan dan intonasi :ganas, mempersembahkan,
ayat penyata
ii) Tatabahasa : Simpulan Bahasa
iii) Kosa Kata : ganas, sampuk, menyerah, herdik
Kemahiran Bernilai Tambah
i) Kecerdasan Pelbagai : Kecerdasan Linguistik, Kecerdasan
Interpersonal, Kecerdasan Kinestetik Badan,
ii) Kemahiran Berfikir :Menyatakan sebab dan alasan
iii) Kajian Masa Depan
iv) Pembelajaran Konstruktivisme
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran : Pendekatan Berpusatkan Murid
Kemahiran generik : Kemahiran Belajar
Penekanan Konsep 5P
i) Penggabungjalinan : kemahiran bertutur, membaca, menulis
ii) Penyerapan ilmu : Sains; Nilai murni : baik hati, kerjasama
iii) Pemulihan : Membaca petikan dialog dengan sebutan dan

intonasi yang betul


iv) Pengayaan : Mengecam dan menulis simpulan bahasa
berserta maksud yang terdapat dalam petikan.
v) Penilaian : Mengisi borang grafik
Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :
i) Bahan Multimedia :LCD, CD
ii) Bahan Bercetak :Lirik Lagu, petikan, lembaran kerja
iii) Bahan Maujud : buah pisang, topeng binatang
Pengetahuan Perlu Ada :
i) Murid pernah membaca kisah haiwan teladan.
ii) Murid boleh menulis ayat majmuk.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Langkah dan Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Set Induksi
(5 minit) 1. Kotak Ajaib
2. Teka-teki;
rasanya manis sedap sekali,
berkulit kuning banyak khasiat,
tumbuh subur di tepi kali,
dibuat kuih dibuat lepat. Guru membacakan teka-teki kepada murid.
Bersoal jawab dengan murid. Jawapan ada dalam kotak ajaib tersebut.
Guru memberikan jawapan dan menunjukkan buah pisang seterusnya mengaitkan
dengan isi pelajaran pada hari ini.
Kemahiran belajar(mentafsir maklumat)
Langkah 1
(8 minit) Petikan cerita;
Monyet Yang Pintar
(Lampiran A) Murid diberikan petikan.
Murid membaca petikan dengan gaya dan intonasi yang betul.
Guru meminta beberapa orang murid membaca petikan dengan kuat.
Murid lain mendengar dan member komen mengenai intonasi dan nada.

SP:Koperatif

PP(Berpusatkan murid)

Langkah 2
(10 minit) Pengembangan idea Improvisasi;
1. Improvisasi Verbal
( Verbal Improvisation )
Sambung dialog
2. Improvisasi Main Peranan ( Role Play )
Watak binatang dalam petikan
Murid murid dibahagikan dalam kumpulan 5 orang.
Murid dikehendaki
berbincang dan menetapkan setiap seorang satu watak binatang tersebut.
Murid dibenarkan mereka sendiri dialog dengan meramalkan cerita atau
menambahkan watak dalam cerita tersebut.
Guru memberi bimbingan mengenai struktur ayat (dialog) yang dicipta murid.
PP(Berpusatkan murid)

SP:Koperatif dan Kolaboratif


KBT
-Verbal linguistik

SP:Kontek luar

Nilai: kerjasama
Langkah 3
(25 minit) Persembahan improvisasi
Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat persembahan dengan setiap

seorang mewakili watak binatang.


Murid dalam kumpulan lain dikehendaki memerhati setiap watak dalam
improvisasi murid tadi.
Guru memberi komen dan meminta murid lain juga memberi pandangan mereka
mengenai watak dan perwatakan.
KB
(mempersembah-kan maklumat)
Langkah 4
( 7 minit) Latihan 1
Melengkapkan borang grafik (Lampiran B)
Menulis watak dan perwatakan
Pengayaan
- mengecam dan menulis simpulan bahasa
Guru mengedarkan borang grafik.
Murid diminta mengisi borang grafik tersebut berdasarkan watak dan perwatakan
yang terdapat dalam teks dan juga dari improvisasi kumpulan.
Guru berbincang dengan murid jawapan yang tepat. KB(menyatakan sebab dan
alasan)

Penutup
( 5 minit ) Lagu pisang goreng
(Lampiran C)
Murid menyanyikan lagu pisang goring
Guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran serta menekankan kepada
aspek nilai yang terdapat semasa aktiviti hari ini. KG;TMK

5.0 PENUTUP
Improvisasi patut dilaksanakan pada pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
sekolah rendah kerana ia ternyata membolehkan kita melatih murid-murid
menajamkan sensitiviti mereka, meningkatkan kefahaman dan amalan terhadap
nilai murni masyarakat dan budaya mereka, mananamkan jati diri bangsa, serta
memperkembangkan daya imaginasi, kreativiti, konsentrasi, yakin diri serta

kemahiran berkomunikasi.
Dengan menggunakan teknik ini, selain memberikan peluang kepada murid untuk
berlakon secara spontan ia juga dapat menggalakkan murid untuk berkomunikasi
dengan berkesan di samping dapat membantu meningkatkan penguasaan
perbendaharaan kata mereka
Dalam proses penglibatan mereka dalam teknik improvisasi, guru boleh juga
memupuk nilai-nilai murni melalui penghayatan cerita dan memperkembangkan
sikap positif terhadap pembacaan. Nilai-nilai murni yang boleh dipupuk seharusnya
berkaitan dengan cerita yang mereka lakonkan di mana murid dengan sendirinya
sedar akan akibat segala perbuatan yang mereka lakukan. Jadi mereka akan lebih
berfikr terlebih dahulu sebelum mula membuat sebarang keputusan.