Anda di halaman 1dari 6

BAHAGIAN 1: PENDAHULUAN

Nama Penulis: K.G. Tregonning.


Tajuk Buku /Bab dalam Buku /Artikel: Ocean Trade As A Vital Role Factor In The
Economic And Political Well Being Of The States Of Southeast Asia.
Nama Buku /Jurnal: Philippine Historical Review.
Halaman: 279 halaman.
Tahun penerbitan: 1970.
Penerbit :Dewan Bahasa dan Pustaka.
ISBN :983-62-1274-4.

BAHAGIAN 2: ULASAN BUKU / JURNAL


2.1. Abstrak
Buku

ini

ditulis

bertujuan

untuk

mengkaji

dan

menganalisis

mengenai

perkembangan sejarah maritim di Asia Tenggara. Perkembangan sejarah maritim


di Asia Tenggara kurang diberi penekanan dalam konteks penulisan sejarah Asia
Tenggara yang lebih memfokuskan kepada aspek perdagangan dan perkapalan.
Justeru itu kajian ini, akan memberikan penumpuan secara mendalam keatas
peranan pelabuhan dalam perkembangan sejarah maritim di Asia Tenggara.
Selain itu, kajian ini juga menerangkan secara terperinci mengenai kesan
perubahan teknologi perkapalan serta corak perdagangan ke atas pembangunan
infrastuktur

pelabuhan

Singapura

sejajar

dengan

perubahan

teknologi

perkapalan dan corak perdagangan. Ini membolehkan ia bersaing dengan


pelabuhan-pelabuhan lain yang terdapat di Asia Tenggara dan Timur jauh serta
muncul sebagai salah sebuah pelabuhan entrepot yang utama di rantau Asia
Tenggara.

2.2 Ulasan bab dalam buku / artikel dalam jurnal


Kelebihan pelabuhan Singapura
a. Kedudukan yang strategik
Sejak awal abad ke-19 lagi Singapura sering dikenali sebagai sebuah
pelabuhan laut dalam yang menjadi tumpuan pelbagai jenis kapal perdagangan.
Kedudukannya yang strategik antara jalan perdagangan China dqn tndia
menyebabkan ia menjadi satu tempat perhentian yang turut disinggahi oleh
kapal-kapal dari pelbagai destinasi. Antaranya termasuklah deri Tanah Melayu,
Siam, Celebes, Bali, kepulauan yang berhampiran, dan Eropah. Dalam masa
yang sama, terdapat juga pelabuhan-pelabuhan laut dalam yang lain di Asia
Tenggara seperti Batavia, Sabang, Surabaya dan Tanjong Priok di Indonesia,
Bangkok di Thailand, Rangoon di Myanmar dan Manila di Filipina.
b. Barang dagangan dalam jumlah yang banyak
Dalam tempoh 122 tahun, 1819 sehingga tahun 1941, Singapura telah
berusaha untuk mewujudkan sebuah pelabuhan laut dalam yang berperanan
sebagai pelabuhan entrepot yang utama di rantau Asia Tenggara. Sebahagian
besar daripada hasil dagangan di rantau Asia Tenggara dieksport ke pelabuhan
Singapura untuk diproses sebelum dieksport semula ke negara-negara lain di
dunia. Dengan kelebihan ini Singapura berjaya mengenepikan pelabuhanpelabuhan lain yang menjadi saingannya seperti pelabuhan-pelabuhan milik
Belanda seperti Sabang, Batavia, Tanjong Priok dan Surabaya.
c. Teknologi yang canggig dalam pembinaan pelabuhan Singapura
Kelengkapan infrastruktur pelabuhannya yang lengkap seperti dermaga dan
limbungan

serta

rangkaian

sistem

pengangkutan

yang

cekap.

Kesemua

infrastruktur ini hanya tertumpu di bahagian darat. Selain itu, kemajuan dalam
penambakan

pantai

dengan

menggunakan

kaedah

seperti

pengorekan

(dredging) yang dilakukan oleh jentera pengorek membolehkan perkembangan


pelabuhan Singapura menjadi lebih pesat dan maju. Terdapat empat kawasan
utama di mana kerja-kerja pengorekkan dilaksanakan di kawasan pelabuhan
Singapura. Pertama ialah di Sungai Singapura, kedua di pinggir pantai Singapura
yang berpaya dan berlumpur, ketiga, di kawasan beting-beting pasir di laut dan

yang keempat, di kawasan di mana terdapat banyak terumbu karang dan batu
karang. Kesemua kawasan di atas kemudian membentuk pelabuhan Singapura
yang wujud pada hari ini

BAHAGIAN 3: KRITIKAN SUMBER


3.1 Kekuatan Sumber
Penulisan ini amat jelas penerangannya mengenai kehebatan dan peranan yang
dimainkan oleh Singapura sebagai sebuah pelabuhan yang paling agung dalam
sejarah maritime di Asia Tenggara. Kebanyakkan penulisan mengenai pelabuhan
Singapura ini dijelaskan dengan pelbagai bukti yang kukuh tentang kewujudan
dan kelebihan yang dimiliki oleh pelabuhan ini. Tambahan lagi penulisan ini juga
ditulis oleh pegawai-pegawai Inggeris yang pernah berkhidmat di Singapura ini.
Sebagai contoh John Crawfurd yang merupakan pegawai Inggeris pernah
berkhidmat di Singapura memperincikan tentang Singapura melalui bukunya
yang berjudul Crawfurd`s History of the Indian Archipelago yang menerangkan
mengenai kedudukan Singapura yang strategik dan menjadi penghubung
kepada lima buah laut utama yang terdiri daripada Lautan China yang
terbentang antara Borneo dan Semenanjung Tanah Melayu. Kedua ialah Lautan
Jawa, ketiga ialah Lautan Banda yang terbentang antara kawasan Celebes di satu
pihak, Booroe dan Ceram di satu pihak yang lain dan rangkaian pulau-pulau di
timur dan timur laut. Manakala lautan yang keempat pula adalah melibatkan
Lautan Celebes yang menghubungkan Celebes dan Borneo sehingga ke selatan
dan barat. Seterusnya ke Mindanao dan kumpulan pulau di Sulu di utara. Lautan
kelima pula dan yang terakhir dibentuk oleh Sulu, Borneo, Palawan dan bahagian
barat daya Filipina dan Mindanaoyang dikenali sebagai Mindoro atau lautan Sulu.
Malahan, penulisan ini juga tidak melibatkan hanya pandangan daripada
pihak sarjana barat sahaja tetapi pihak sejarawan tempatan juga menerangkan
mengenai kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh Singapura sebagai pelabuhan
yang sangat maju dalam sejarah maritim Asia Tenggara. Tambahan lagi
penulisan ini dapat dijadikan panduan kepada pengkaji-pengkaji baru untuk
menyelidik dan menjalankan kajian yang lebih mendalam mengenai pelabuhan
Singapura.

3.2 Kelemahan Sumber


Antara kelemahan-kelemahan yang terdapat didalam penulisan ini ialah, penulis
tidak menjelaskan mengenai masalah-masalah yang dihadapi dalam proses
membangunkan pelabuhan Singapura sehingga pelabuhan ini menjadi sebuah
pelabuhan yang hebat. Sebelum projek membangunkan pelabuhan Singapura ini
dilakukan pihak British menghadapi masalah dengan keadaan persekitaran
Singapura yang berpaya dan mempunyai kedalaman yang cetek menyebabkan
pihak British terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk membina
infrastruktur dan menjadikan pelabuhan Singapura sebagai sebuah pelabuhan
entrepot yang maju.
Disamping itu, kajian ini juga hanya menyentuh mengenai pelabuhan
Singapura sahaja. Tanpa menjelaskan mengenai kerajaan-kerajaan awal yang
terbentuk dikawasan Singapura ini. Malahan penulisan ini juga bersifat bias
dimana hanya menceritakan sumbangan pihak Inggeris dalam membangunkan
pelabuhan Singapura ini. Padahal sebelum kedatangan pihak British telah
terdapat Kerajaan Melayu yang telah berusaha memajukan kawasan Singapura
yang dahulunya dikenali sebagai Temasik. Namun akibat daripada campur
tangan British menyebabkan pihak Kerajaan Melayu tidak dapat memajukan
kawasan tersebut.
Malahan, kajian ini banyak melibatkan penggunaan sumber sekunder
seperti buku, ensiklopedia, jurnal dan sebagainya serta hanya menggunakan
sedikit sahaja sumber primer. Penggunaan sumber sekunder mungkin akan
menyebabkan

karya ilmiah ini menjadi bias iaitu hanya mementingkan

seseorang pihak atau organisasi yang pernah mentadbir kawasan Singapura


tersebut.
Seterusnya, penulisan ini juga tidak menjelaskan secara terperinci
mengenai kesan yang diterima oleh masyarakat tempatan yang menetap dari
segi aspek maritim. Dimana penulisan ini hanya menerangkan secara terperinci

mengenai faktor-faktor kejayaan yang dikecapi oleh pelabuhan Singapura yang


ditadbir oleh pihak Inggeris.

RUMUSAN
Kesimpulannya, Singapura hanya merupakan Salah sebuah pulau kecil
yang terdapat di kepulauan archipelago. Selain daripada pelabuhan
Singapura, terdapat pelabuhan-pelabuhan laut dalam yang lain di Asia
Tenggara terutama yang terletak di pentas Sunda. Antaranya termasuklah
pelabuhan Batavia dan Surabaya yang terletak di Pulau Jawa, lndonesia.
Di Tanah Melayu sendiri, Melaka dan Pulau Pinang juga terlebih dahulu
muncul sebagai sebuah pelabuhan sebelum pembukaan pelabuhan
Singapura pada tahun 1819. Namun dengan kehebatan yang dimiliki oleh
Singapura menyebabkan pelabuhannya dapat menandingi kehebatan
pelabuhan-pelabuhan yang lain.

Anda mungkin juga menyukai