Anda di halaman 1dari 5

BAB 1

PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Modul T 3410 Latihan Industri merupakan satu komponen utama
dalam kurikulum pembelajaran Politeknik Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia (KPTM). Pelajar disyaratkan lulus latihan industri
sebelum diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma
Politeknik KPTM. Sehubungan itu, pelajar akan ditempatkan di
organisasi tertentu selama satu semester bagi mendedahkan mereka
kepada suasana pekerjaan sebenar
Latihan Industri merupakan antara syarat-syarat yang telah
diperuntukkan ke atas setiap pelajar di seluruh politeknik di Malaysia
khususnya

di

Politeknik

Sultan

Abdul

Halim

Muaadzam

Shah

(POLIMAS) bagi penganugerahan Diploma Perancangan Bandar Dan


Wilayah.
Pelajar akan menjalani latihan industri sama ada di sektor
kerajaan ataupun swasta pada semester keempat iaitu selama 20
minggu bagi pelajar yang mengambil kursus diploma. Tujuannya bagi
memberi

peluang

kepada

pelajar-pelajar

politeknik

untuk

mendapatkan pendedahan awal dan membiasakan diri dengan dunia


pekerjaan yang sebenar.
Pelajar akan diberi pendedahan mengenai situasi sebenar dalam
alam pekerjaan yang berkaitan dengan kerja-kerja yang dilakukan
dalam skop bidang perancangan bandar dan wilayah.

Dengan

pengalaman yang telah diberikan, pelajar dapat mempelajari lebih

dekat lagi secara praktikal dan efektif selaras dengan pengetahuan


mereka disepanjang tempoh latihan industri.
Hasil daripada latihan industri ini, Politeknik Sultan Abdul Halim
Muadzam Shah (POLIMAS) kelak akan dapat melahirkan para graduan
yang berkualiti bagi melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih
tinggi atau terus melangkah ke alam pekerjaan seiring dengan
matlamat kerajaan untuk menghasilkan anak didik yang lebih bermutu
dan berkualiti disamping melahirkan tenaga kerja separuh mahir yang
amat diperlukan oleh kakitangan pekerjaan di sektor kerajaan
mahupun swasta.

1.2

Objektif Latihan Industri


Latihan industri ini adalah bertujuan bagi membolehkan para

pelajar mempraktikkan apa telah dipelajarinya secara teori mahupun


praktikal sepanjang berada di politeknik dan mengaplikasikan secara
praktikal semasa menjalani latihan industri . Objektif latihan industri
ini adalah bertujuan:
i.

Membiasakan diri pelajar kepada suasana alam pekerjaan yang

ii.

sebenar.
Membolehkan para pelajar untuk mengaitkan antara praktikal

iii.

dan teori yang dipelajari di kelas.


Menambahkan pengalaman dan pengetahuan para pelajar

iv.

semasa menjalani latihan industri.


Membina
sifat-sifat
berketerampilan

v.

bertanggungjawab dan membentuk keyakinan diri.


Menilai kebolehan pelajar dalam bidang pekerjaan

untuk

persediaan

tamat

pengajian.

menghadapi

alam

pekerjaan

disamping

selepas

vi.

Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik

vii.

sesama pekerja.
Memperkenalkan diri pelajar dari segi kebolehan, kesanggupan

viii.

dan sikap kepada bakal majikan.


Menambahkan ilmu pengetahuan yang tidak mungkin para

ix.

pelajar akan memperolehinya sepanjang berada di politeknik.


Menyediakan laporan latihan industri atau sebarang tugasan
yang diarahkan oleh Politeknik atau majikan

1.3

Objektif Laporan Latihan Industri


Laporan latihan industri yang dikemukakan lazimnya meliputi

latar belakang organisasi dan juga peranannya. Selain itu juga,


laporan latihan industri juga berfungsi sebagai sumber penerangan
berkaitan perkara-perkara yang telah dilakukan oleh pelajar sepanjang
menjalani latihan industri. Di samping itu, laporan latihan industri juga
adalah penting untuk :
i.

Menanamkan sikap bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab

ii.

dalam diri pelajar bagi menyiapkan laporan.


Memberi ruang kepada pelajar untuk bertanyakan dengan lebih
lanjut tentang latar belakang organisasi untuk dimuatkan dalam

iii.

laporan.
Menanamkan sikap bekerjasama antara pelajar dengan para
pekerja

iv.

organisasi

tersebut

terutamanya

ketika

pelajar

mengumpul maklumat berkenaan dengan organisasi tersebut.


Meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk bertanyakan sesuatu
perkara bagi menyiapkan laporan ini terutama sekali apabila
bertanya kepada pihak yang berpangkat tinggi seperti pengurus

v.

mahu pun penolong pengurus syarikat.


Menceritakan atau memberikan maklumat kepada pensyarah
dan juga rakan-rakan berkenaan dengan apa yang telah
dilakukan sepanjang menjalani latihan industri di organisasi
tersebut.

vi.

Mencurahkan segala apa yang telah dipelajari ketika menjalani


latihan di atas kertas kerja sebagai rujukan pada masa akan
datang.

1.4

Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar


Latihan

industri

merupakan

salah

satu

modul

dalam

pembelajaran yang telah diwajibkan kepada setiap pelajar untuk


mengikutinya. Latihan ini mempunyai kepentingan yang tersendiri
bagi setiap pelajar yang telah mengikutinya. Terdapat beberapa
kepentingan yang akan diperolehi oleh pelajar yang mengikuti latihan
ini.

Salah satu kepentingannya ialah pelajar dapat mempelajari

sesuatu

yang

baru

yang

tidak

dipelajari

ketika

di

Politeknik.

Sehubungan itu, apa yang dipelajari ketika di Politeknik adalah


sebahagiannya

sahaja

dan

apabila

menempuh

alam pekerjaan

terdapat banyak lagi perkara yang harus dilakukan bagi menyudahkan


sesuatu kerja yang langsung tidak dipelajari ketika di Politeknik atau
di mana-mana.
Selain itu, dapat membentuk sikap pelajar yang lebih berdikari
ketika berada di alam pekerjaan. Perkara ini adalah demikian kerana
semua kerja yang telah diserahkan oleh ketua harus disiapkan sendiri
tanpa terlalu bergantung kepada rakan sekerja yang lain. Ekoran itu,
rakan sekerja hanya mampu menolong apa yang terdaya sahaja
kerana masing-masing mempunyai kerja atau tugasan yang harus
diselesaikan sendiri.

Seterusnya, dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk


berkomunikasi

dengan

orang

ramai

apabila

kerap

menjalani

perhubungan dengan pihak luar seperti yang dikehendaki oleh pihak


organisasi di samping turut menjadikan para pelajar lebih peka
terhadap isu-isu semasa. Hal ini kerana keadaan di tempat kerja itu
sendiri yang memerlukan mereka untuk mengetahui berkenaan isu-isu
semasa.

Anda mungkin juga menyukai