Anda di halaman 1dari 3

SAYONARA JAHILIYYAH

Seorang mukmin tidak sekali-kali rela untuk hidup dan mati kecuali dalam iman yang
dikecapinya itu. Tidak terlintas di hatinya ketika melafazkan kalimah iman melainkan
ia juga merupakan ikrar daripadanya untuk meninggalkan jahiliyyah dan kekufuran
.buat selama-lamanya
:Hakikat ini boleh dirasai daripada hadis Rasulullah s.a.w (yang bermaksud)
Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, maka dia memperolehi kemanisan iman:
Allah dan rasulNya lebih dikasihi olehnya daripada selain keduanya, dan dia tidak
mengasihi seseorang melainkan kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada
kufur sebagaimana dia benci untuk dilontarkan ke dalam api. [Riwayat al-Bukhari]
Dua golongan berbeza
Perbezaan antara mukmin dan bukan mukmin banyak ditonjolkan di dalam ayat-ayat
:Allah, antaranya ialah (yang bermaksud)
orang-orang yang kafir serta menghalangi (manusia) dari jalan Allah, Allah (Bagi )
sia-siakan amalan mereka. Sedangkan (bagi) orang-orang yang beriman dan
beramal soleh serta beriman dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
dan itulah kebenaran dari Tuhan mereka, Allah mengampunkan dosa-dosa mereka
dan memperbaiki keadaan mereka. Yang demikian itu kerana orang-orang kafir
mengikuti (perkara-perkara) yang salah dan orang-orang yang beriman mengikuti
kebenaran dari Tuhan mereka. Demikianlah Allah membuat kepada manusia contoh
perbandingan bagi mereka. [Muhammad: 1-3]
Perbezaan ini bukan sahaja terletak kepada pegangan akidah tetapi juga perbezaan
dari sudut ubudiah, amalan, akhlak, matlamat hidup, persoalan yang menjadi
.perhatian mereka dan juga manhaj hidup yang diamalkan oleh mereka
Meninggalkan jahiliyyah
Justeru itu, setiap mukmin tidak cukup untuk mengaku bahawa dia beriman dengan
Allah s.w.t dan RasulNya sahaja, bahkan menjadi kewajipannya untuk membentuk
diri dan kehidupannya dengan manhaj Islam. Dia mestilah meninggalkan jahiliah
secara total. Ini adalah kerana Islam tidak menerima sebarang percampuran antara
.keduanya
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam ugama Islam
sepenuhnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya
syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu. [Al-Baqarah: 208]
:Meninggalkan jahiliah ini secara ringkasnya perlu dilak-sanakan dengan
Akidah yang sejahtera (1
Setiap muslim perlu memastikan akidah yang dipegang olehnya adalah benar-benar
sejahtera, bersih daripada sebarang kekurangan mahupun penambahan. Kebersihan
akidah merupakan titik pemisahan utama antaranya dengan jahiliyyah. Akidah yang
sejahtera dapat dicapai dengan berpegang kepada pegangan tauhid yang
.didatangkan oleh Rasulullah s.a.w
Bertitik tolak daripada akidah ini akan terbina tasawwur imaniah, amal dan akhlak
mukmin. Mukmin akan membebaskan dirinya daripada pengabdian kepada selain
Allah dalam apa jua bentuk, di samping akan lahirlah amal solih dan usaha yang
.tidak pernah mengenal putus asa dalam usahanya untuk meninggikan kalimah Allah

Ibadah yang sahih (2


Al-Fudhail bin Iyadh ketika menerangkan firman Allah s.w.t (yang bermaksud):
...Untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya [Al.Mulk: 2] berkata: Yang paling ikhlas dan yang paling betul amalannya

Dia terus menerangkan: Amalan sekiranya dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak
betul, ia tidak diterima. (Begitu juga) sekiranya ia betul tetapi tidak dilakukan dengan
ikhlas, ia juga tidak diterima, sehinggalah amalan itu dilakukan dengan ikhlas dan
betul... Maksud amalan yang dilakukan dengan ikhlas ialah yang dilakukan kerana
.Allah dan amalan yang betul ialah yang dilakukan mengikut Sunnah
:Beliau kemudiannya membaca firman Allah (yang bermaksud)
Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya,
hendaklah ia mengerjakan amal soleh, dan janganlah ia mempersekutukan
sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya. [al-Kahfi: 110] - [Al-Iman al-Haq, Dr.
Ali Jarishah, m.s 42]
Akhlak yang murni (3
Akhlak merupakan salah satu lambang pemisahan mukmin daripada jahiliyyah.
Banyak ayat Allah dan Hadis yang menggesa mukmin meninggalkan akhlak-akhlak
.jahiliyyah, antaranya tabarruj al-jahiliyyah, asobiah dan lain-lain
Tiada contoh akhlak terbaik bagi mukmin melainkan Rasulullah s.a.w. Mukmin
mestilah menghiasi dirinya dengan akhlak terpuji yang dibawakan oleh kitab Allah
dan rasulNya. Ini tidak dapat dicapai dengan hanya pembacaan semata-mata tetapi
.memerlukan kepada mujahadah dan latihan yang berterusan
Kamu (umat Muhammad) adalah sebaik umat yang dilahirkan bagi manusia,
(kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara marufdan melarang daripada
segala perkara mungkar serta kamu pula beriman kepada Allah. [Ali Imran: 110]
Manhaj hidup yang lurus (4
Tokoh penyair, Lubaid berkata: Ketahuilah bahawa setiap sesuatu yang selain daripada Allah adalah batil
Muhaddith, Maimun bin Zahran pula memberi amaran: Jauhilah segala hawa yang
.dinamakan dengan bukan Islam
Inilah amaran kepada mukmin seluruhnya agar tidak tertipu dengan segala yang
bukan Islam walau bagaimana sekalipun bentuk dan tarikh kemunculannya, kerana
ia tidak lebih daripada hawa nafsu yang diperangi oleh Islam. Amaran ini menjadi
.asas pegangan mukmin berkaitan manhaj hidupnya
Al-Imam as-Syatibi ketika menerangkan firman Allah (yang bermaksud): Dan ia
tidaklah memperkatakan (Al-Quran) itu mengikut hawa nafsu. Tidaklah apa yang
dikatakan itu melainkan wahyu yang diwahyukan (kepada-nya). [An-Najm: 3-4]
:berkata
Allah telah menghadkan sesuatu kepada dua perkara: Wahyu iaitu syariat dan
Hawa. Tiada lagi jenis yang ketiga selain daripada kedua-duanya [Al-Muwafaqat:
2/121]
Mukmin hanya mempunyai dua pilihan syariat atau hawa yang menyesatkan.
.Menjadi kewajipan-nya untuk hidup di atas manhaj Islam dan syariatnya sahaja
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka
hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari
Islam), kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang
demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa. [Al-Anam: 153]
Wala yang benar (5
Allah s.w.t telah menghadkan wala mukmin kepada tiga pihak sahaja iaitu:
Sesungguhnya wali (penolong) kamu hanyalah Allah dan RasulNya serta orangorang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang
mereka ruku (tunduk menjunjung perintah Allah). [Al-Maidah: 55]
Dia juga melarang mukmin menyerahkan walanya kepada bukan mukmin: Wahai
orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan
dari kalangan kamu menjadi orang yang dipercayai... [Ali Imran: 118]

Dr. Ali Abdul Halim Mahmud [Tarbiah an-Nasyi al-Muslim] memberi beberapa
:pengertian wala iaitu
Al-Qurb (mendekati) Al-Nusrah (menolong) Al-Mahabbah (mencintai) Berasaskan pengertian ini, setiap mukmin perlu berusaha mendekatkan dirinya
.kepada Allah, rasulNya dan mukminin, membantu dan mencintai mereka
:Beberapa contoh perlaksanaan wala
a) Wala kepada Allah
.Mentajarrudkan diri kepada Allah, tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu *
Allah lebih dicintai olehnya daripada dirinya dan segala-galanya (keluarga, tempat *
tinggal, harta benda dsb.)
Merujuk kepada Allah dalam setiap keinginan, tindakan dan diamnya; ketika *
.berseorangan mahupun ketika bersama orang lain
.MentaatiNya dan beriltizam dengan syariat yang dibawa oleh RasulNya *
Mengimani bahawa manhajNya adalah satu-satunya manhaj yang benar dan tidak *
mungkin ditukar ganti, seterusnya berjuang dan berusaha merealisasikannya dalam
.segenap kehidupan
.Meletakkan ghayah matlamat dalam segala usahanya kerana Allah *
b) Wala kepada Rasul
Oleh kerana Rasul s.a.w adalah selaku utusan kepada Allah s.w.t maka walanya
.dilaksanakan sama dengan wala kepada Allah
c) Wala kepada mukminin
Menjadikan akidah sebagai asas ikatan (bukan keturunan, warna kulit, negara, *
.kepentingan ekonomi, sosial atau politik)
Tiada toleransi dalam masalah akidah dan peraturan hidup antara mukmin dan *
.bukan mukmin. Toleransi hanya wujud dalam masalah muamalat individu
Mengambil berat hal ehwal mukminin serta membantu mereka menghadapi *
.permasalahan mereka dan tipu daya musuh Islam
.Mencintai mukminin kerana Allah selagi mana mereka di dalam ketaatan Allah *
Menyeru maruf dan mencegah mungkar serta meninggalkan majlis di mana *
.maksiat sedang dilakukan
.Bekerjasama dalam perkara takwa dan kebaikan *
Membantu memperkuatkan sof mukmin di samping berusaha melemah dan *
.menghapuskan sof jahili
Sekiranya perkara-perkara ini dapat dilakukan oleh mukmin, terlaksanalah
tuntutan iman yang dipegang olehnya. Jahiliyyah yang berleluasa kini akan
.menerima nasib yang sama dengan jahiliyyah 14 kurun yang lalu