Anda di halaman 1dari 9

Apa Itu Produktiviti

Produktiviti adalah keupayaan untuk menghasilkan output daripada satu set input yang
diberikan mengukur kecekapan dan keberkesanan dalam penggunaan sumber
( seperti pekerja, teknologi, sistem dan pengurusan dan lain-lain ) secara optimum dan
menukar input kepada output berguna.

Produktiviti mengukur jumlah output yang boleh dihasilkan dengan input yang diberikan
pada mana-mana tempoh masa tertentu atau teknologi. Produktiviti adalah nisbah
output yang dihasilkan kepada input digunakan. Ia boleh dinyatakan oleh formula:

Produktiviti yang lebih tinggi menunjukkan kecekapan dan keberkesanan penggunaan


input yang menyumbang ke arah kos yang lebih rendah dalam menjalankan perniagaan
dan pada masa yang sama mewujudkan standard taraf hidup yang lebih baik dan
meningkatkan daya saing.

Untuk memahami lebih lanjut mengenai produktiviti sila tonton video ini:

Perbezaan pandangan tentang Produktiviti :

Keperluan Untuk Mengukur Produktiviti

Aktiviti pengukuran produktiviti merupakan satu instrumen yang digunakan untuk memantau tahap produktiviti dan mengaitkan
petunjuk kepada objektif strategik yang lain dalam sesebuah organisasi. Sistem pengukuran produktiviti membolehkan organisasi
untuk menyediakan anggaran yang lengkap dan tepat berkaitan kecekapan keseluruhan dan sasaran tahap produktiviti yang
dicapai.

Pengukuran produktiviti kualitatif membolehkan syarikat memantau perkembangan,


memberikan maklum balas, menilai prestasi pengurusan dan menetapkan objektif
produktiviti yang boleh diukur. Satu pengukuran produktiviti yang boleh dilihat dan telus
dapat membantu organisasi untuk mewujudkan kesedaran dan menyediakan maklumat
penting yang boleh dicapai untuk memantau prestasi dan membantu mengenalpasti
isu-isu yang memerlukan perhatian pengurusan.

Pengukuran produktiviti membolehkan syarikat mengenalpasti tahap produktiviti


ataupun

prestasi

dan

memberi

ganjaran

kepada

pekerja

sewajarnya.

Walaubagaimanapun, adalah penting untuk mengenalpasti pendekatan yang berbeza


dalam pengukuran produktiviti berdasarkan keperluan kepada objektif yang berbezabeza. Ia juga memudahkan proses mengintegrasikan pengukuran produktiviti ke dalam
organisasi dalam tempoh seperti belanjawan, perancangan dan pengawalan.
Free Joomla 2.5 Extensions Joomla module Joomla

Kaedah Meningkatkan Produktiviti

Pada asasnya, terdapat lima cara untuk meningkatkan produktiviti iaitu:

a) Pengurangan Kos

Kaedah ini menunjukkan bahawa sesebuah syarikat boleh mengurangkan kos pengeluaran dengan mengurangkan jumlah
input tetapi mengekalkan jumlah output. Sebagai contoh, sebelum ini dengan 10 unit input, syarikat berjaya menghasilkan
1000 unit output. Melalui kaedah ini, syarikat boleh menghasilkan 1000 output dengan hanya 9 unit input.
b) Mengurus Pertumbuhan

Di bawah kaedah ini, syarikat boleh menguruskan pertumbuhan dengan meningkatkan jumlah output lebih daripada jumlah
input. Sebagai contoh, jika input meningkat sebanyak 10%, pengeluaran perlu ditingkatkan sebanyak 20 %.

c) Kerja Secara Bijak

Di bawah kaedah ini, syarikat boleh meningkatkan jumlah output tanpa mengubah jumlah input. Ini menunjukkan bahawa
syarikat mampu memotivasikan pekerja-pekerja untuk meningkatkan produktiviti dalam penggunaan input secara berkesan.
d) Tujuan Menurunkan

Kaedah ini menunjukkan bahawa syarikat mengurangkan input sebanyak 20 %, tetapi hanya mengurangkan output sebanyak
10 % . Ini menunjukkan bahawa, syarikat telah meningkatkan produktiviti pekerja-pekerja.
e) Kerja Secara Effektif

Kaedah ini menunjukkan bahawa syarikat mampu meningkatkan produktiviti secara drastik disebabkan output meningkat
walaupun input berkurangan.
Free Joomla 2.5 Extensions Joomla module

Kepentingan Produktiviti

Mengapa produktiviti penting untuk negara?


1.

Produktiviti adalah berkaitan bagaimana manusia menggabungkan sumbersumber yang ada untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan. Untuk negara pula, ia
lebih kepada mewujudkan lebih banyak daripada sumber yang sedia ada seperti bahanbahan mentah, buruh, kemahiran, modal, peralatan, tanah, harta intelek, keupayaan
pengurusan dan modal kewangan. Dengan pemilihan yang tepat, peningkatan
pengeluaran, nilai tambah dan pendapatan yang lebih tinggi boleh dicapai daripada
setiap jam bekerja.

2.

Semakin tinggi produktiviti sesebuah negara, semakin tinggi taraf hidup dan lebih
banyak pilihan yang boleh dipilih untuk mencapai kehidupan yang lebih sejahtera.
Kesejahteraan boleh ditingkatkan melalui beberapa perkara seperti kesihatan dan
pendidikan; jalan raya dan infrastrukur yang berkualiti; komuniti yang lebih selamat;
memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan; dan meningkatkan tahap
persekitaran yang lebih baik.

Mengapa produktiviti penting untuk syarikat?


1.

Produktiviti membantu syarikat menetapkan matlamat dan mewujudkan


kesedaran :

1.

a.

Tetapkan matlamat keseluruhan produktiviti untuk syarikat anda

b.

Meningkatkan kesedaran dan komitmen daripada kakitangan

2.

Produktiviti membolehkan anda tahu di tahap mana anda berada:

a.

Menilai prestasi semasa syarikat anda

b.

Mengenalpasti jurang dan bidang yang perlu diperbaiki

3.

Produktiviti merancang hala tuju syarikat :

a.

Menetapkan sasaran dan merangka strategi

b.

Melaksanakan tindakan-tindakan tertentu

4.

Produktiviti memantau dan mengukuhkan prestasi syarikat:

a.

Akaun untuk pihak berkepentingan

b.

Mengenalpasti jurang dan tempat yang perlu diperbaiki

c.

Menggabungkan usaha dan ganjaran untuk memotivasikan pekerja.

Mengapa produktiviti penting kepada pekerja?


1.

Faedah kepada pelanggan


Produktiviti di tempat kerja sering diterjemahkan kepada interaksi dan khidmat
pelanggan yang baik, di mana menjadi kunci kepada kepuasan pelanggan.
Kebanyakan syarikat yang tinggi produktivitinya di seluruh dunia menggunakan faedah

ini dengan menarik pelanggan yang setia menggunakan produk tersebut. Dengan
adanya pelanggan tetap ini, secara tidak langsung ianya akan berkongsi kepada orang
lain tentang produk yang digunakan. Ini membantu syarikat meningkatkan pemasaran
dan produktiviti syarikat.

2.

Syarikat
Pekerja sendiri adalah satu pelaburan oleh syarikat dan sama seperti mana pelaburan
yang lain, yang mana ianya menghasilkan pulangan yang sihat atau memberi feadah
kepada syarikat. Oleh itu, pekerja yang sangat produktif membolehkan syarikat dapat
mencapai matlamatnya dari pelaburan yang mereka lakukan.

3.

Sumber tenaga kerja atau pekerja


Syarikat yang mempunyai produktiviti tinggi akhirnya akan berjaya dan insentif perlu
disediakan kepada pekerja. Ini termasuklah, kenaikan upah, bonus, dan insuran
perubatan dan sebagainya. Ianya juga akan memberikan motivasi kepada pekerja dan
menawarkan mereka lebih banyak peluang pekerjaan kerana syarikat tersebut
berkembang.
Free Joomla 2.5 Extensions

BAGAIMANA MENGAITKAN PRODUKTIVITI DENGAN UPAH


1. Produktiviti bermaksud output dibahagikan dengan input. Sekiranya produktiviti
meningkat, pertambahan gaji yang diterima merupakan insentif untuk pekerja
terhadap peningkatan produktiviti.
2. Upah dan produktiviti adalah saling berkait rapat. Semakin produktif seseorang
pekerja itu maka semakin tinggi upah yang akan diperolehinya.
3. Melalui PLWS, peningkatan upah yang seiring dengan produktiviti yang lebih tinggi
boleh meningkatkan daya saing syarikat.

4. Produktiviti memberi kesan yang positif kepada pekerja. Pekerja digalakkan untuk
lebih produktif dan menunjukkan prestasi yang lebih baik dan sebagai ganjarannya
mereka akan menerima insentif yang adil daripada syarikat di atas usaha mereka.
5. Produktiviti yang tinggi akan membentuk situasi menang-menang diantara pekerja
dan majikan dan kerjasama yang terjalin itu boleh meningkatkan lagi prestasi
syarikat.
6. Upah mewakili sebahagian besar elemen yang penting dalam hubungan pekerjaan
dan ianya mempunyai kepentingan yang sama pada majikan, pekerja dan kerajaan
kerana:
a.
a. Di pihak majikan, ia mewakili sebahagian besar dari kos operasi dan
menjadi semakin penting untuk produktiviti pekerja dan daya saing
syarikat serta juga boleh mempengaruhi keupayaan majikan untuk
menggaji dan mengekalkan tenaga kerja yang berkualiti;

b. Di pihak pekerja pula, ia merupakan asas kepada taraf kehidupan dan


boleh menjadi ukuran terhadap nilai perkhidmatan dan produktiviti yang
diberikan;
dan

c. Di pihak kerajaan pula, ia boleh memberi kesan terhadap aspek


kestabilan makro-ekonomi seperti pekerjaan, inflasi, kuasa beli dan
pembangunan sosio-ekonomi secara umum

Anda mungkin juga menyukai