Anda di halaman 1dari 19

PERKEMBANGAN SERTA PENGARUH KESULTANAN MELAYU MELAKA SEBAGAI

TERAS TAMADUN MALAYSIA


1.0 PENDAHULUAN
Melaka diasaskan pada tahun 1400 oleh Parameswara yang merupakan seorang
putera raja berasal dari Palembang, Sumatera. Ketika itu, Palembang berada di
bawah

naungan

kerajaan

Majapahit.

Parameswara

telah

cuba

untuk

membebaskan Palembang daripada Majapahit tetapi gagal. Setelah gagal,


Parameswara telah melarikan diri ke Temasik.,iaitu nama lama Singapura
bersama kaum keluarga dan pengikutnya.
Pada waktu itu, Singapura di perintah oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani
yang dilantik oleh Raja Siam. Gabenor tersebut telah memberikan layanan yang
baik kepada Parameswara tetapi Parameswara telah membunuh Gabenor itu
beberapa hari kemudian dan mengisytiharkan dirinya sebagai Pemerintah
Temasik dan pulau-pulau di sekelilingnya. Akibatnya, Siam telah mengatur
rancangan untuk menyerang Temasik. Parameswara telah bertindak melarikan
diri ke Muar kerana merasakan dirinya tidak selamat. Dari Muar, Parameswara
telah meneruskan perjalanannya ke utara melaui Sening Ujung dan Bertam.
Akhirnya Parameswara telah sampai di sebuah perkampungan nelayan di Kuala
Sungai Bertam dan mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka.
Menurut cerita sewaktu Parameswara sedang memburu, tiba-tiba seekor
pelanduk putih dengan gagahnya menendang anjing baginda hingga jatuh ke
laut. Baginda terpegun dengan peristiwa ganjil itu lantas berpendapat bahawa
tempat itu sangat sesuai untuk dijadikan tapak negeri. Mengikut kepercayaan
orang Melayu pada zaman itu, kejadian ganjil seumpama itu melambangkan
permulaan

suatu

pekerjaan

yang

akan

menghasilkan

kejayaan. Baginda

memerintahkan supaya sebuah negeri dibuka dan negeri itu dinamakan Melaka,
mengambil sempena nama pokok tempat baginda sedang berteduh ketika
berlakunya peristiwa ganjil itu.
2.0 ISI UTAMA / HURAIAN ISI
2.1 Perkembangan Melaka

Raja Iskandar Shah (Parameswara) mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh
anaknya,Sultan Megat Iskandar Shah 1414-1424, Baginda kemudian digantikan
dengan putera baginda, Sri Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran
"Sultan Muhammad Shah, Melaka" (1424-1444). Pada kemangkatannya dalam
tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya dari isteri kedua baginda
Puteri Rokan, Raja Ibrahim. Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah oleh
sepupu Puteri Rokan, orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah
membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".
Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki
takhta pada tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Syah" (14451456) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri.
Pendakwah-pendakwah
Melayu seperti

Islam

dihantar

Jawa, Borneo dan Filipina.

oleh

Sultan

ke

Sebahagian

seluruh Kepulauan

besar

penduduk Asia

Tenggara pada ketika itu beragama Hindu.


Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka.
Serangan pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445,
tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh
dari Muar. Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan kedua pada 1456 yang
diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya
menewaskan mereka dan kali ini, dengan mudah. Selepas dua kekalahan di
darat dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu
Melaka. Tun Perak telah dijadikan Bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka
Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang
kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.
Gugusan Kepulauan Melayu seperti yang kita sedia maklum sangat terkenal
kerana ia dikatakan sebagai jalan perdagangan yang utama dunia. Kegiatan
perdagangan bukanlah perkara baru bagi penduduk di Melaka.

Kegiatan

perdagangan merupakan warisan dan penerusan tradisi kegiatan ekonomi orang


pribumi yang telah berjalan sejak zaman awal Kerajaan Melayu Langkasasuka
dan Srivijaya, iaitu dari abad ke-7 hingga abad ke-13.

Gugusan Kepulauan

Melayu telah menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari India, Arab dan China
sejak dari abad pertama lagi.[1] Sumber-sumber bertulis china, India, Arab dan
Yunani membuktikan bahawa kegiatan perdagangan di rantau ini berkembang
dengan pesat sebelum kebangkitan Kerajaan Melayu Melaka. Di antara pusatpusat perdagangan yang muncul di Kepulauan Melayu berdasarkan sumber-

sumber berikut iaitu sumber dari China Tun Sun, Tan Chu-Li, Pan-Pan, sumber
Yunani(Ptolomy)-Takola, Kole dan Sabaria, sumber India-Takola, Kataha, Kalagam,
Tambaralinga dan sumber Arab-Kalah, Qalqullah dan Tiyumah.
Selepas Kerajaan Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan
baru menggantikan Srivijaya pada abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai
kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin
berkembang pesat. Kedudukan Melaka yang strategik menjadikannya sebuah
pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal.[2] Melaka yang pada mulanya
merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih
peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh srivijaya. Kejayaannya
menarik tumpuan perdagangan dari srivijaya ini telah mengangkat martabat
Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa
besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap
dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden.

Melaka

sebenarnya telah mula berkembang dengan pesat di bawah pemerintahan


Parameswara.
Di bawah pemerintahan Parameswara, Melaka telah menjadi sebuah
pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan awal abad
ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah-ratus di
mana

ia

berfungsi

sebagai

pintu

kepada

negeri-negeri

rempah

untuk

memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duerte Barbosa


yang berkata, sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai dunia(He
who is lord of Malacca has his hand on the throat of venice).[3]
Tindakan Parameswara mengawal Selat Melaka yang menjadi faktor
terpenting bagi survival ekonomi dan keutuhan Melaka. Pasukan laut terbabit
terdiri daripada orang Laut di sekitar selat Melaka yang menjadi tulang belakang
kekuatan tentera laut Melaka. Kedudukan dan peranan "kelautan' dari segi
politik, ekonomi dan ketenteraan kian menonjol di beberapa tahap awal abad ke15. Senario Perkembangan Perdagangan di Melaka.[4]
Setelah 3 tahun Melaka dibuka oleh Parameswara, penduduk Melaka
yang berasaskan perikanan hanya berjumlah kira-kira seribu orang dan telah
meningkat berkali ganda kepada hampir 6000 orang. Ini ditambah pula dengan
kepesatan Melaka sebagai pusat perdagangan yang menjalankan pelbagai
perdagangan barangan enterport seperti buah Pala, kain, batik, hamparan, bulu

burung, cengkih, kayu dan cendana.

Melihat kepada kepesatan ini, pihak

pentadbir Melaka telah menyediakan pelbagai kemudahan dengan tujuan untuk


menarik minat lebih banyak lagi kapal-kapal dagang berdagang di Melaka.
Kapal-kapal dagangan ini akan dikenakan cukai sebanyak 6 peratus dan perahu
orang peribumi pula hanya 3 peratus.

Melaka juga terkenal dengan pusat

pelabuhan yang mementingkan keselamatan, pentadbiran yang teratur, dan


cekap dalam mengendalikan pasaran kosmopolitan. [5]
2.2 Kedudukan Geografi Yang Strategik Di Perairan Selat Melaka.
Melaka menjadi terkenal sebagai pusat perdagangan kerana faktor
kedudukan

geografinya

yang

strategik.

Melaka

terletak

ditengah-tengah

perjalanan perdagangan Timur dan Barat yang menjadi tumpuan pedagangpedagang asing seperti China, India, Arab dan Kepulauan Melayu sendiri.
[6] Angin Monsun Barat Daya dan Timur Laut juga membantu pedagangpedagang China dan India untuk pergi ke Melaka. Kedudukan Melaka yang
strategik

membolehkannya

berfungsi

sebagai

pelabuhan

dan

tempat

persinggahan bagi kapal-kapal dagangan yang berulang alik melalui Selat


Melaka.[7] Antara barang dagangan yang boleh didapati di Melaka adalah sutera
dan porselin dari China, kain dari Gujerat serta Coromandel di India, kapur barus
dari Borneo, cendana dari Timor, buah pala dan bunga cengkih dari Molucas,
emas dan lada hitam dari Sumatera serta timah dari Tanah Melayu.
Pelabuhan Melaka terlindung dari tiupan angin dan jauh dari hutan paya
bakau. Pintu pelabuhannya sangat dalam dan luas untuk membolehkan kapalkapal besar masuk berlabuh.[8] Selain itu, terdapat rangkaian hubungan dengan
daerah pedalaman kerana sungai Melaka membuka jalan kepada jalan dagang
seberang Semenanjung iaitu kawasan pengangkutan iaitu penarikan yang
bersambung ke Jalan Muar-Pahang sehingga membawa ke kawasan yang kaya
dengan emas di Ulu Pahang. Melaka merupakan sebuah tempat yang strategik
kerana kedudukannya yang terletak di Selat Melaka menjadikannya sebuah
negeri yang kaya dengan sumber asli. Melaka kaya dengan hasil hutan seperti
kayu gaharu, kapur barus dan rotan. Kekayaan hasil pertanian seperti rempah
ratus, teh, beras dan lain-lain. Hasil-hasil laut seperti Kowri (matawang), kerang
dwi katup, tiram dan lain-lain.
Selain itu, Melaka juga kaya dengan hasil perlombongan seperti emas,
bijih timah, bijih besi, antimoni dan lain-lain. Kedudukan Melaka yang strategik

di Selat Melaka menjadikannya pusat tumpuan pedagang-pedagang asing dari


negara lain. Kelangsungan kepesatan sesuatu perdagangan amat memerlukan
sistem pemerintahan dan pentadbiran yang cekap, teratur dan stabil.[9]
Kebanyakan

kerajaan

di

gugusan

kepulauan

Melayu

mempunyai

sistem

pentadbiran dan pemerintahan yang tersusun. Melaka contohnya mempunyai


sistem pentadbiran yang cekap iaitu dengan wujudnya sistem pembesar empat
lipatan dan sistem perundangan seperti undang-undang laut Melaka. Sistem ini
dapat melicinkan serta mengekalkan keamanan dan memajukan perdagangan di
pelabuhan Melaka.
Iklim juga berperanan dalam perkembangan Melaka sebagai pusat
perdagangan yang penting di Nusantara.

Kedudukan Melaka yang strategik

membolehkannya menerima tiupan dua jenis angin iaitu angin Monsun Timur
Laut dan angin Monsun Barat Daya. Kedua-dua angin ini bertiup selama 6 bulan
mengikut giliran tahunan.[10] Oleh yang demikian, pedagang-pedagang dari
Barat dan Timur tidak pernah bertembung dengan tiupan angin yang berlainan
musim tadi. Keadaan inilah yang dapat mengelakan agar tidak berlakunya
masalah lalulintas kerana perjalanan sesebuah kapal dari Timur mahupun Barat
adalah ditentukan oleh kedua-dua angin tersebut. Keistimewaan tiupan angin di
Selat Melaka menyebabkan para pedagang menjadikan Melaka sebagai tempat
persinggahan dan tempat untuk meletak barang dagangan di gudang untuk
diniagakan apabila pedagang lain tiba di Melaka pada musim monsun yang satu
lagi. Sultan (Raja Iskandar Shah) juga telah menyediakan segala kemudahan
sama ada berbentuk fizikal atau material di pelabuhan entrepot.[11]
Kepesatan perdagangan di Melaka terbukti melalui catatan pedagang
berbangsa portugis, Tom Pires mengatakan bahawa setiap tahun terdapat
sekurang-kurangnya 100 buah kapal besar dan kira-kira 30 hingga 40 buah kapal
kecil yang tiba di pelabuhan Melaka. Dikatakan juga pelabuhan Melaka begitu
besar sehingga boleh menampung hampir dua ribu buah kapal dalam satu-satu
masa. Tempoh masa yang sibuk di Melaka adalah di antara bulan Mac dan
Disember.[12] Hal ini kerana, Selat Melaka akan menerima perubahan tiupan
angin monsun yang membolehkan kapal-kapal dagangan belayar.

Dalam

tempoh ini, Melaka akan menerima ketibaan kapal-kapal dagangan dari Asia
Timur dan Timur; manakala dari bulan Mei hingga September pula merupakan
giliran pedagang-pedagang dari Jawa dan Timur Nusantara berdagang di
Melaka.

2.3 Hubungan luar Kerajaan Melaka yang telah menjamin keselamatanya.


Kedudukan Melaka yang strategik di Selat Melaka juga telah mewujudkan
hubungan diplomatik dengan China dan Jawa. Melaka juga telah mengambil
inisiatif dengan menjalankan hubungan diplomatik dengan kuasa luar dan besar
dan salah satunya adalah China (1403-1433). [13]
Dalam aspek keselamatan, Melaka bernasib baik kerana telah mendapat
perlindungan daripada negeri China.

Keadaan ini wujud berikutan daripada

kerajaan Melaka yang terpaksa mempersembahkan 40 tahil emas kepada Siam,


jika tidak keselamatan Melaka akan terancam. Pada masa itu, kerajaan Melaka
belum lagi mempunyai kekuatan yang setaraf dengan Siam. Tindakan Siam
tersebut juga adalah berikutan pembunuhan Temagi iaitu wakil pemerintah Siam
di Singapura yang mana beliau telah dibunuh oleh Parameswara.

Berita

mengenai perkembangan pelabuhan Melaka tersebut akhirnya samapai juga ke


negara China.[14]

Oleh yang demikian, Maharaja Yung-Lo yang merupakan

Maharaja China pada ketika itu telah menitahkan Laksamana Yin Cheng pergi ke
Melaka. Pada tahun 1405, utusan dari China iaitu Laksamana Yin Cheng telah
datang ke Melaka dan ini memberi peluang kepada Parameswara untuk
menangani masalah dengan Siam. Melaka melalui Parameswara berharap dapat
menfaatkan pengaruh China yang merupakan negara terkuat di Asia pada masa
itu untuk membela kedaulatannya.[15]
Perhubungan di antara Melaka dan China semakin utuh pada tahun 1405
iaitu selepas utusan rombongan kerajaan Melaka tiba di ibu Negara China, di
mana Maharaja Ming telah memberi pengiktirafan kepada Parameswara sebagai
raja Melaka dan juga dianugerahi Cap Kempal, sepasang kain sutera berkerajaan
dan payung berkerajaan. Apabila Siam telah bertindak menyerang Melaka dan
merebut Cap Kempanya, Maharaja Ming telah menghantar Zheng He Ke ke Siam
untuk menghalang persengketaan Siam dan Melaka. Pada akhir tahun 1407,
kerajaan Melaka sekali lagi menghantar utusan dari Melaka pergi ke negara
China iaitu dengan mengikut kapal Laksamana Cheng Ho yang singgah di Melaka
dalam perjalanan balik ke negara China. Dalam utusan tersebut, Parameswara
telah menyatakan mengenai pencerobohan Melaka oleh Siam. Oleh yang
demikian, Maharaja China telah memberi amaran kepada kerajaan Siam supaya
tidak mengganggu dan menceroboh Melaka lagi.

Pada tahun 1409, Laksamana Cheng Ho tiba di Melaka dengan membawa


dikri Maharaja China sebagai lambang menaikkan taraf Melaka menjadi sebuah
kerajaan. Di samping itu juga, Melaka turut mengadakan hubungan diplomatik
dengan pihak kerajaan Jawa bagi mengatasi masalah kekurangan bahan
makanan.

Pertambahan bilangan penduduk yang ramai mendorong Sultan

Mahkota Iskandar Syah untuk menghantar duta ke Jawa untuk berbaik-baik


dengan pemerintah Jawa yang baru iaitu Vikramarvaddhana (1389-1429).
Melaka juga mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Pasai iaitu
melalui kegiatan perdagangan.[16] Salah satu daripada sebab Parameswara
membuat hubungan ini adalah untuk memperkenalkan Melaka kepada dunia luar
bagi mengukuhkan kedudukan mereka di samping itu juga untuk mendapatkan
barangan dagangan.
2.4 Kepentingan Pelabuhan Melaka Sebagai Sebuah Pelabuhan Penting Pada
Abad Ke-15 dan Awal Abad Ke-16.
Fungsi Melaka sebagai sebuah pelabuhan enterport (pusat pengumpulan
barang-barang

dagangan

dan

menguruskan

penyebaran

bahan-bahan

ke

pelbagai tempat dan dijadikan sebagai perantaraan pedagang dari Timur dan
Barat) telah menjadikan Melaka sangat terkenal.

Peranan Melaka sebagai

pelabuhan entreport ini juga telah merangsang pemerintah Melaka untuk


menyediakan

kemudahan-kemudahan

perniagaan.[17] Pemerintah

(Sultan)

perdagangan
telah

dan

pentadbiran

menyediakan

kemudahan-

kemudahan di pelabuhan seperti tempat menginap, tempat perniagaan, gudang,


sistem sukatan dan timbangan yang standard, kemudahan membaiki kapal dan
lain-lain kemudahan yang diperlukan oleh para pedagang yang singgah
berdagang di Melaka. Di Melaka, Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi (saudagar yang
menghantar

dan

menyebarkan

barangan dagangan)

menguruskan

hal-hal

perdagangan. Matawang logam digunakan dalam semua urusniaga.


Sebagai sebuah pelabuhan yang terkenal di perairan Selat Melaka di
mana kawasan tersebut terdapat banyak kegiatan perlanunan, adalah penting
bagi kerajaan Melaka untuk menjaga keselamatan para pedagang. Oleh yang
demikian, bagi menjaga keselamatan para pedagang luar di Selat Melaka Orang
Laut telah direkrut untuk bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kawasan
perairan untuk membanteras kegiatan perlanunan.[18] Mereka mengawal jalanjalan laut supaya selamat daripada ancaman dan serangan lanun. Kedudukan
Selat Melaka yang strategik memudahkan usaha untuk menjaga perairan di Selat

Melaka. Orang Laut sentiasa memberikan taat setia dan sokongan ketenteraan
kepada pemerintah Melaka. Kerjasama yang erat di antara pihak pemerintah
Melaka dan Orang Laut telah berjaya mengatasi kegiatan lanun yang mengganas
di sepanjang perairan Selat Melaka.[19] Apabila keselamatan terjamin, para
pedagang bebas melakukan aktiviti perdagangan dengan Melaka. Parameswara
menjadikan Orang Laut sebagai sebahagian daripada institusi dan sistem
kerajaan Melaka.
melindungi

Orang Laut mengakui kedaulatan Parameswara dan akan

keselamatannya.

Manakala,

Parameswara

pula

melindungi

kehormatan dan kebajikan mereka. Orang Laut dijadikan sebagai sebahagian


besar daripada angkatan Laut Melaka dan merupakan sumber tenaga yang
paling penting untuk menjaga keamanan di samping menggalakkan pedagangpedagang asing ke pelabuhannya.[20]

2.5 Kepentingan Melaka sebagai sebuah pusat penyebaran Islam.


Sebelum kedatangan agama Islam ke Melaka, masyarakat Melaka
menganut fahaman animisme dan Hinduisme. Islam mula muncul di Melaka pada
tahun 1414 apabila Parameswara memeluk Islam setelah berkahwin dengan
puteri dari Pasai. Pengislamannya diikuti oleh pengislaman penduduk Melaka
secara beramai-ramai. Proses pengislaman ini mencapai ke puncaknya pada
zaman

Kesultanan

Melayu

Melaka

sekitar

pertengahan

abad

ke-15.

[21] Kedatangan Islam telah meletakkan Kesultanan Melayu Melaka menerajui


sebuah empayar Melayu Islam yang berjaya membina sebuah tamadun.
Akhirnya, Melaka muncul sebagai sebuah pusat penyebaran Islam yang
terpenting di gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke-15. Tinjauan jelas
menunjukkan bahawa kedatangan Islam ke Melaka telah membawa pengaruh
dan sumbangan yang meluas dalam perkembangan Kesultanan Melayu Melaka,
meliputi setiap aspek budaya masyarakatnya.
Islam di

Melaka telah

Justru, perkembangan agama

mempengaruhi sistem pentadbiran,

perundangan,

ekonomi, bahasa dan kesusasteraan, pendidikan dan lain-lain lagi.


Dari segi sistem pentadbiran, sumbangan Islam yang paling nyata ialah
tertubuhnya sebuah Kerajaan Melayu-Islam di Nusantara pada abad ke-15.
Melaka muncul sebagai sebuah negara Melayu yang berpandukan akidah Islam
dengan menjadikan Raja Sultan sebagai pemerintah tertinggi negara. Agama
Islam

dijadikan

agama

rasmi

Melaka

pada

tahun

1446,

iaitu

semasa

pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.[22] Ini menjadikan Islam sebagai agama


utama yang dilindungi dan dikembangkan di Melaka. Sebagai sebuah kerajaan
Melayu-Islam, penekanan pentadbiran adalah pada unsur-unsur kemelayuan,
keislaman dan kesultanan. Dalam konteks ini, sultan selaku pemimpin dan
penaung

kepada

rakyat,

baginda

memegang

amanah

Allah

SWT.

bagi

menjalankan kuasa tertinggi memerintah negara secara adil dan saksama demi
kesejahteraan

rakyat

dan

keharmonian

negara. Teks

Melayu

lama

yang

memperkatakan tatanegara seperti kitab Bustanus-Salatin ,


Tajus-Salatin

,...

Hukum

Kanun

Melaka

jelas

memperkatakan

bahawa

pemerintahan raja-raja hendaklah berdasarkan lunas-lunas ajaran Islam,bukan


sahaja syariah atau hukumnya, tetapi juga dari segi tatasusilanya...[23]
Hasil

daripada

pengaruh

agama

Islam,

nasab

raja-raja

Melaka

dihubungkan pula dengan Iskandar Zulkarnain, dan daripada perkahwinan


mereka ini lahirnya nasab keturunan raja-raja Melayu. Dengan itu, golongan raja
bukan sahaja terus dipertuankan seperti dahulu, bahkan menjadi lebih dihormati
kerana keturunannya yang mulia itu. Pemerintah mulai dianggap sebagai
pemimpin rakyat mengikut konsep sultan dalam tradisi Islam. Pentadbiran
Melaka dalam aspek-aspek tertentu turut dipengaruhi oleh sistem pentadbiran
Islam. Menurut catatan dalam Sejarah Melayu, memandangkan Melaka di bawah
pimpinan tokoh Islam, maka beberapa amalan dalam institusi pentadbirannya
juga

berlunaskan

Islam.

Ini

terbukti

apabila

amalan

musyawarah

dan

bermuafakat telah diamalkan antara raja yang memerintah dengan para


pegawai dan pembesar Melaka.[24] Raja tidak memerintah secara bersendirian
dan

keputusan

raja

adalah

secara

kolektif.Dalam

pentadbiran

Melaka,

Bendahara, Temenggung, Syahbandar, Laksamana, Tun Bija Sura, dan Tun Utama
memainkan peranan sebagai penasihat kepada Sultan Melaka.
Hukum Islam juga terpancar melalui sistem perundangan Melaka.
Undang-undang Melaka atau Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut
Melaka banyak berlandaskan undang-undang Islam.[25] Selepas pemerintahan
Sultan Megat Iskandar Syah, proses rasionalisasi telah berlaku terhadap undangundang tradisi menyebabkan perhukuman Islam menjadi sebahagian besar
intipati Undang-undang Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Malah,
peranan kadi dalam sejarah perundangan Melaka juga amat dipentingkan, yakni
dalam memelihara undang-undang tersebut. Raja atau sultan bertindak sebagai
penaung undang-undang.[26]

Dengan penerimaan agama Islam, Melaka semakin menjadi tumpuan


saudagar
Islam. Melaka menjadi sebuah pelabuhan perdagangan yang sungguh terkenal,
sehingga mengatasi kerajaan di pantai timur Sumatera seperti Haru, Jambi, Pedir
dan Samudera-Pasai. Menjelang pertengahan kurun ke-15, Melaka berkembang
menjadi kuasa dan empayar kelautan yang agung dan gagah. Sesungguhnya
agama

Islam

telah

menjadi

suatu

tenaga

yang

kuat

yang

mendorong

kemunculan serta perkembangan Melaka sebagai sebuah empayar kelautan


yang agung. Dalam melaksanakan urusan perniagaan, undangundang berjual
beli yang diamalkan di Melaka adalah juga berlandaskan undang-undang Islam.
Umpamanya, Islam melarang amalan riba atau keuntungan berlipat kali ganda
daripada

pusingan

membataskan

sifat

modal
tamak

yang
atau

sebenarnya.

Hukum

kecenderungan

ini

adalah

mengambil

untuk

keuntungan

berlebihan dan pembeli pula dapat dilindungi. Muamalat Islam berhubung


dengan soal tersebut ada terkandung dalam Fasal 30 Hukum Kanun Melaka.
Seterusnya, hukum Islam ada mensyaratkan supaya semua maklumat atau butir
hutang dicatatkan dengan disaksikan oleh dua orang lelaki. Ini bertujuan untuk
mengelakkan kesulitan dan perbalahan pada masa depan. Barang-barang yang
diperniagakan mestilah barang-barang yang suci, berguna dan bukan barangan
haram. Fasal 30 Hukum Kanun Melaka ada menentukan barang-barang yang
boleh diperniagakan serta yang dilarang oleh Islam seperti arak, babi, anjing dan
tuak.48 Amalan membayar zakat turut diperkenalkan di Melaka. Amalan ini
mewujudkan hubungan yang erat sesama umat Islam dalam kalangan rakyat.
Semua ciri tersebut merupakan ciri-ciri ekonomi Islam seperti yang disarankan
dalam al-Quran.[27]
Kedatangan agama Islam telah memperkenalkan abjad Arab (tulisan Jawi)
sebagai bahasa persuratan di Melaka. Di samping digunakan dalam penulisan
kitab agama, seperti kitab Duril-Mazlum, tulisan Jawi juga digunakan bagi
penulisan yang lain, seperti surat menyurat diraja, watikah, hukum kanun, surat
peribadi dan karya sastera. Malah boleh dikatakan bahawa semua penulisan
yang dilakukan dalam kerajaan Melaka adalah dalam tulisan Jawi.
Oleh sebab itu, naskhah asal yang ada kaitan dengan empayar Melaka
seperti Sejarah Melayu, Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Melaka ditulis
dalam tulisan Jawi. Sesungguhnya, Islam telah menyumbangkan perkembangan
minda serta intelektual terhadap golongan elit dalam masyarakat, apabila tulisan

Jawi diperkenalkan di Melaka.[28] Seterusnya, bidang lain yang menerima


pengaruh besar seiring dengan pengenalan tulisan Jawi ialah bahasa dan
kesusasteraan Melayu. Sumbangan agama Islam dalam pembentukan dan
perkembangan bahasa sangat ketara, iaitu meningkatkan tarafnya sebagai alat
pengucapan

intelektual

dan

sekali

gus

sebagai

bahasa

perantaraan

di

Nusantara. Sebelum kedatangan agama Islam, belum ada sebarang bahasa yang
layak memainkan peranan yang penting ini. Kedatangan agama Islam memberi
ruang untuk bahasa Melayu muncul sebagai bahasa pengantar, bahkan sebagai
bahasa sarjana dan para cendekiawan yang terkemuka.[29]
Bahasa Melayu bukan sahaja menjadi bahasa pengantar dalam bidang
kesusasteraan tetapi juga dalam bidang perbincangan falsafah. Tegasnya,
bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi yang dibawa oleh Islam telah
menjadi bahasa ilmu di kalangan orang Melayu. Justeru itu, jelas agama Islam
telah

memperkukuhkan

kedudukan

perkembangan ilmu di Melaka.

bahasa

Melayu

sebagai

wadah

Sejajar pengangkatan taraf bahasa Melayu

sebagai bahasa ilmu, kedatangan agama Islam turut memperkenalkan banyak


istilah

baharu

yang

diambil

daripada

bahasa

Arab

atau

Parsi

bagi

memperkayakan lagi perbendaharaan bahasa Melayu. Bahasa Melayu banyak


meminjam daripada perkataan Arab, misalnya, pondok, maaf, batin, nafas,
syukur, zalim, nikmat, salam dan kafir. Pemerintah Melaka selepas kedatangan
agama Islam mula memakai gelaran yang melambangkan ciri-ciri Islam sama
ada daripada pengaruh budaya Parsi, Mesir atau Arab. Gelaran Syah yang
dipakai oleh raja-raja Melaka bermakna Raja dalam bahasa Parsi, manakala
istilah Sultan adalah daripada bahasa Arab.[30] Aspek perkembangan ini juga
dapat dilihat secara jelas apabila merujuk kitab serta karya sastera zaman
Melaka, iaitu Sejarah Melayu yang mempunyai tajuk asalnya dalam bahasa Arab,
iaitu Sulalatus Salatin. Begitulah juga buku-buku seperti Bustanul Salatin, Tajus
Salatin dan Tuhfat-an-Nafis.
Keterbukaan perdagangan di Selat Melaka juga telah menyebabkan
Melaka secara tidak langsung menjadi pusat penyebaran agama Hindu-Buddha
dan agama Islam. Tambahan lagi dengan kedudukannya yang sangat strategik
di perairan Selat Melaka yang mana dapat memudahkan kemasukan banyak
bangsa yang menganut pelbagai agama. Melaka juga telah memainkan peranan
dalam proses penyebaran agama-agama ini. Pengaruh ketiga-tiga agama yang

kuat ini menyebabkan tarikan lebih banyak pedagang-pedagang asing yang


masuk ke Melaka untuk memperdagangkan barangan mereka.[31]
Srivijaya dan Majapahit merupakan empayar beragama Hindu-Buddha di
Nusantara. Kedua-dua negeri ini merupakan pusat perkembangan agama
Buddha membantu mengembangkan kegiatan perdagangan dengan India dan
China. Melaka merupakan empayar Islam, secara tidak langsung ianya dapat
menarik pedagang-pedagang Islam.[32] Kejayaan Melaka dalam memainkan
peranannya sebagai sebuah pelabuhan enterport baru dapat dilihat dalam tiga
bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang dagangan, mejadi
pusat pengantaraan dimana Melaka menjadi tempat pertemuan di antara para
pedagang asing dari Timur dan Barat termasuk juga pedagang dari Nusantara
dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa dari Melaka
ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun begitu
pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya.[33]

Hal ini kerana,

Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi
nadi yang mana dapat menggerakkan seluruh kegiatan pemerintahan dan
rakyatnya sehingga kini.

2.6 Pengaruh Nilai & Budaya Zaman Kesultanan Melayu Melaka Terhadap
Perkembangan Politik Kontemporari

Perkembangan politik sesebuah negara tidak mungkin terlepas daripada sejarah


yang pernah terlukis di bumi tersebut. Sejarah merupakan pustaka rujukan,
gedung kajian bagi memperoleh panduan dan pedoman dalam mendepani
cabaran masa mendatang. Sejarah yang tidak dirujuk dan dibiarkan terus
tenggelam dalam dimensi masa boleh mengundang musibah. Sesebuah negara
itu mungkin kembali menghadapi masalah yang sama seperti apa yang pernah
dihadapi oleh rakyatnya yang terdahulu. Lebih malang lagi sekiranya masalah
itulah yang dahulunya pernah membawa titik noktah kepada kegemilangan
tamadun bangsa tersebut. Begitu juga dengan Malaysia, negara kita. Sekiranya
sejarah penjajahan selama 446 tahun itu tidak cukup untuk membangunkan
bangsa ini daripada lena yang panjang, mungkin kesedihan penduduk Melaka
saat jatuh ke tangan Portugis pada 1511 melarat hingga ke beberapa generasi
lagi.

Sulalat al-Salatin(Perteturun Segala Raja-Raja) atau Sejarah Melayu karya Tun


Seri Lanang membentangkan sejarah masyarakat Melayu era Kesultanan Melayu
Melaka.

Seawal

penemuan

Melaka

oleh

Parameswara

hingga

ke

saat

kepincangan pemerintahan Sultan Mahmud Syah, sultan terakhir negeri Melaka.


Gaya penyampaiannya yang lebih berbentuk naratif membolehkan aspek nilai
dan budaya masyarakat zaman itu diamati.[34]
Pada pandangan saya, beberapa permasalahan timbul apabila kita cuba
mengaitkan nilai-nilai yang pernah diamalkan sepanjang zaman Kesultanan
Melayu Melaka dengan perkembangan politik kontemporari. Nilai yang wujud
dalam budaya, politik dan ekonomi pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
wujud atas beberapa faktor yang tidak lagi ada pada Malaysia di era sesudah
merdeka. Contohnya kedudukan Melaka sebagai salah sebuah pusat peradaban
(centre of civilization) di Nusantara, status bahasa Melayu sebagai Lingua
Franca, keterbatasan perhubungan oleh faktor geografi dan masa, serta nilai
Islam dalam politik. Malaysia berdiri di atas runtuhan kota Melaka dengan
sejarah hitam penjajahan selama beberapa kurun yang telah meninggalkan
impak signifikan terhadap perubahan nilai dan paradigma masyarakatnya.
Perkembangan politik hari ini adalah hasil respons terhadap cabaran Malaysia
sebagai negara multi-bangsa yang sedang membangun di bawah bayangbayang Barat dan pelbagai ancaman seperti neokolonialisme (globalisasi,
hedonisme dll.) serta asimilasi budaya.

Semua

sedia

maklum

tentang

kedudukan

Melaka

yang

strategik

telah

mengangkatnya menjadi pusat peradaban terkenal di seluruh Nusantara hatta


dunia pada ketika itu. Kedudukan istimewa dan struktur pentadbiran empayar
kesultanannya telah menjadikan Melaka dipandang tinggi oleh lain-lain negara
yang singgah berdagang. Kedudukannya di atas hierarki peradaban tamadun ini
menjadikan Melaka lebih selamat daripada ancaman pengaruh asing. Nilai
budaya, politik, ekonomi dan sosial adalah nilai Melayu Islam Melaka. Banyak
yang

belajar

daripada

Melaka

akan

gaya

pengurusan

dan

pentadbiran

jajahannya yang meski luas namun teratur dan stabil. Mengagumi dan
mencontohi yang lebih maju dan berjaya adalah fitrah manusia. Sebaliknya,
Malaysia pasca era kolonialisme banyak terkesan dengan Barat. Sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen, raja berperlembagaan juga terkesan
dengan Barat. Suruhanjaya Perlembagaan Reid yang diketuai oleh Lord Reid

mengambil modul dan model yang ada di Barat lalu disesuaikan dengan realiti
tempatan. Great Britain antara negara demokrasi yang diambil menjadi contoh
pembentukan Malaysia. Melaka dahulu banyak dipandang, Malaysia banyak
memandang. Standard pembangunan dan kemajuan yang dikejar oleh Malaysia
juga banyak ditetapkan oleh badan-badan dunia yang kebanyakannya berpusat
di Barat. Baik kelayakan untuk bergelar negara maju mahupun kualiti dalam
sistem perkhidmatan. Bukanlah saya ini seorang yang anti-Barat. Tetapi ingin
saya memperlihatkan betapa kiblat dunia sudah beralih arah sebanyak 180
darjah! Dahulu Melaka di timur jadi pujaan, kini negara-negara di Barat dijadikan
kayu ukuran. Masakan nilai-nilai budaya, politik, ekonomi dan sosial dahulu dapat
banyak mempengaruhi kancah politik negara semasa? Budaya Melaka dahulunya
banyak dieksport, budaya Malaysia kini banyak diimport.

Malaysia

cuba

bangkit

dan

membangunkan

negara

dengan

adunannya

sendiri(sungguhpun acuannya ada pengaruh luar). Tetapi keterikatan Malaysia


dengan dunia luar tidak boleh tidak telah memberi kesan kepada perangkaan
polisi dan perjalanan sistem pentadbiran dalam negara. Sebagai contoh, kita
boleh membanding bezakan sistem ekonomi zaman Kesultanan Melayu Melaka
dengan Malaysia pasca merdeka. Perubahan ketara kepada struktur sistem
ekonomi dunia dapat dilihat dengan pertukaran sistem mata wang. Daripada
perdagangan yang menggunakan sistem barter, Melaka melangkah ke hadapan
apabila memperkenalkan syiling emas bermula di era pemerintahan Sultan
Muzaffar Syah. Lain-lain sistem mata wang turut diguna pakai seperti jongkong
timah, manik, dan cangkerang cowrie untuk melancarkan urusan perniagaan.
Perdagangan juga dibatasi oleh faktor geografi. Pedagang hanya dapat
menggunakan laluan darat, seperti denai penarikan, dan laluan air seperti
sungai dan laut untuk tujuan perniagaan. Masa yang diambil untuk bergerak dari
satu kawasan ke kawasan yang lain juga amat panjang. Keadaan ini punya
perbezaan yang sangat signifikan dengan sistem ekonomi kontemporari yang
telah punya penyelarasan sistem mata wang kertas, transaksi ekonomi daripada
pelbagai sumber; darat, laut, udara mahupun ruang maya(internet) dengan
kepantasan berhubung yang disingkatkan masanya hingga kurang daripada 109 saat! Batasan geografi dan masa bukan lagi penghalang. Kerajaan dahulu
cukup dengan hanya menugaskan Syahbandar untuk menguruskan hal-hal
berkaitan urusan ekonomi, tidak lagi mungkin bagi zaman ini. Beberapa

kementerian berportfolio besar seperti Kementerian Ekonomi, Kementerian Asas


Tani dan Perniagaan, Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan serta
Kementerian Perdagangan dan Perindustrian punyai perkaitan secara langsung
dan tidak langsung dalam urusan ekonomi negara.
Dengan perubahan yang begitu drastik dan ketara daripada pelbagai aspek,
perkembangan politik Malaysia pasca merdeka dalam melakar polisi ekonomi
negara tidak boleh rigid dan pasif. Semua polisi kini adalah respons kepada
cabaran yang tidak wujud di era Kesultanan Melayu Melaka. Namun, jika kita
mengambil sudut pandang berbeza, pengaruh itu tetap ada. Melaka punya
sistem ekonomi dan matawangnya sendiri. Sistem itu tetap ada hari ini, cuma
kandungannya sudah berubah.

Status bahasa dunia atau Lingua Franca yang kini dimiliki oleh Bahasa Inggeris
juga merupakan cabaran yang tidak wujud di masa dahulu. Bahasa jiwa bangsa.
Maka, dengan keberadaan status ini pada bahasa Inggeris(bahasa Inggeris
adalah bahasa utama dunia hari ini) yang juga bahasa milik Barat, budaya dan
nilai-nilai Barat turut diimport masuk ke dalam negara secara tidak langsung.
Melaka dahulu gah dengan kegemilangan bahasa Melayu. Maka aspek nilai dan
budaya masih kuat terikat dengan nilai dan budaya Melayu-Muslim. Dek kerana
bahasa Inggeris sudah mengambil alih kedudukan bahasa Melayu, ikatan itu
menjadi semakin longgar. Lingua Franca hari ini tidak hanya menguasai bahasa
hubungan diplomatik, perdagangan atau urusan-urusan rasmi di peringkat
antarabangsa sahaja, ia juga digunakan dalam media massa, baik elektronik
mahupun yang bercetak. Lambakan bahan bacaan, filem dan muzik dalam
Bahasa Inggeris contohnya telah banyak memberi kesan dan perubahan kepada
pola pemikiran dan aksi masyarakat Malaysia pasca merdeka. Hinggakan isu
bahasa dalam dasar pendidikan negara masih menjadi perdebatan hingga ke
saat ini. Persoalan tentang nilai dan kedudukan Bahasa Melayu di kalangan
masyarakat juga menimbulkan banyak tanda tanya.

Keadaan ini tidak pernah dialami oleh kerajaan Melaka suatu ketika dahulu tetapi
dihadapi oleh kerajaan negara hari ini. Namun, respons terhadap isu ini
merupakan respons terhadap cabaran semasa yang banyak dipengaruhi nilai
masa lampau. Nilai untuk mempertahankan keagungan nilai, budaya dan bahasa

Melayu bagi sesetengah pihak yang dapat melihat dan menjangkakan implikasi
penggunaan bahasa asing dalam pengajaran subjek-subjek teras.

Tidak

dinafikan, sungguhpun ada golongan yang cuba mempertahankan bahasa


Melayu,

golongan

ini

seakan

terpencil

dan

kecil

bilangannya.

Persepsi

masyarakat sudah berubah. Bahasa Inggeris menjadi prasyarat kemasukan ke


kebanyakan pusat pengajian tinggi dan punyai nilai kompetitif yang tinggi dalam
pasaran pekerjaan semasa. Tidak pula sebanding dengan bahasa Melayu.
Walaupun

kedudukannya

tinggi

dalam

perlembagaan,

sebagai

bahasa

Kebangsaan, dan diangkat menjadi bahasa rasmi dalam setiap agensi kerajaan,
realiti penggunaannya masih terbatas. Keindahan bahasa Melayu juga semakin
pudar kerana rata-rata masyarakat hari ini selesa menggunakan bahasa rojak
apabila berbicara. Bagaimana mahu generasi mendatang mempelajari nilai dan
budaya yang diwarisi sedari zaman gemilang kesultanan Melayu Melaka? Apatah
lagi pula mahu membawa pengaruhnya kepada perkembangan politik semasa?

Tanggungjawab institusi Raja-Raja Melayu yang dahulunya mentadbir negara kini


dipegang oleh kuasa legislatif kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya. Nilai
ketaatan kepada sultan yang tidak berbelah bagi pernah dianuti dan dipuji oleh
masyarakat Melayu dahulu hingga wujud sultan yang megah dengan konsep
daulat dan tulah. Sewenang-wenangnya melakukan apa yang disukai nafsu
serakah. Dalam buku Sejarah Melayu, cerita tentang Tun Fatimah yang
kehilangan ayahnya kerana dibunuh sultan (sungguhpun tanpa kesalahan) cukup
untuk kita renungkan. Sudahlah begitu, diri Tun Fatimah pula terpaksa menerima
sultan si pembunuh sebagai suami (lantaran
kecantikannya).

Apa

yang

lebih

sultan yang tertarik kepada

menyedihkan

tiada

yang

bangkit

memperjuangkan keadilan, menegakkan kebenaran pada ketika itu. Sultanlah


pemerintah, sultanlah undang-undang, sultanlah kebenaran. Isu ini dibangkitkan
hanya setelah lama sultan Melaka kehilangan takhta. Setelah dunia berubah
memandang kekuasaan semata-mata bukanlah kekuatan, harta dan kedudukan.
Minda sekarang ini menjadi aset utama.
Isu tentang kekebalan institusi beraja daripada undang-undang pernah seketika
mengheret Tun Dr. Mahathir keluar daripada parti UMNO. Namun nilai sudah
berubah. Sejarah panjang telah melahirkan manusia yang mahukan keadilan
sejagat. Salah perlu dinafikan. Benar perlu dipertahankan. Kesannya, hari ini
sukar untuk kita dapati golongan yang boleh bertindak sesuka hati. Biarlah

namanya sultan atau perdana menteri, jika berada di tempat yang salah,
kebenaran akan datang mengadili.
Tidak dinafikan terdapat juga coretan cerita tentang pemimpin yang adil di
sepanjang rentetan sejarah Melaka. Pemimpin dan pegawai yang saksama ditaati
dan disanjungi. Namun nilai ini nilai manusiawi. Tidak bermakna disebabkan oleh
wujudnya golongan terdahulu yang menghormati pemerintah adil maka apa
yang berlaku pada hari ini adalah pengaruh daripada peristiwa tersebut. Hal ini
tidak berkait secara langsung kepada perkembangan politik semasa. Mana-mana
manusia normal daripada mana-mana bangsa di mana-mana penjuru dunia
sekalipun akan punya perasaan yang sama. Menghormati yang adil dan
saksama. Kecuali bagi mereka yang egois sentiasa, gila kuasa serta tamak
haloba.
Nilai yang diamalkan dalam urusan pentadbiran negara zaman Kesultanan
Melayu Melaka dengan Malaysia juga berbeza kesan daripada kewujudan kontrak
sosial antara kaum ini. Selain daripada kedudukan sultan yang berlainan dalam
hierarki pemerintahan, konsep perkongsian kuasa juga baru diimplementasikan.
Menteri-menteri kabinet terdiri daripada pelbagai bangsa dan hal ini memerlukan
nilai toleransi yang tinggi antara semua pihak agar kerjasama terbaik dapat
menghasilkan kerja terbaik dalam urus-tadbir negara. Kementerian-kementerian
yang wujud mengikut keperluan semasa juga membezakan antara dahulu
dengan sekarang. Nilai masyarakat yang telah berubah, seperti status kaum
wanita

membawa

kepada

kewujudan

Kementerian

Pembangunan

Wanita,

Komuniti dan Keluarga. Semua ini adalah perkembangan politik semasa dalam
mendepani cabaran semasa.
Nilai

Islam

dalam

politik

juga

berbeza

antara

kedua-dua

zaman

yang

diperbandingkan. Undang-Undang Laut & Undang-Undang Melaka yang pernah


diguna pakai oleh kerajaan Melaka berdiri atas peruntukan undang-undang
Islam; hukum had, qisas, dan takzir. Contohnya dalam fasal 48 dan 30 kedua-dua
undang-undang ini ada menyebut tentang hukuman yang akan dikenakan
kepada pesalah zina seperti yang digariskan dalam peruntukan hukum had
Islam. Fasal 5 Undang-Undang Melaka mengambil hukum qisas; kesalahan bunuh
dibalas bunuh dan hukum takzir pula terdapat pada fasal 5 Undang-Undang Laut
dengan

peruntukan

Pengamalan

hukum

takzir

kepada

Islam

ini

orang

menyeluruh.

yang

terlibat

Namun,

dengan

Malaysia

hutang.

tidak

lagi

menggunakan undang-undang berdasarkan peruntukan hukum-hakam Islam

sepenuhnya.

Malaysia

sebaliknya

punya

peruntukan

undang-undang

berasingan; sivil dan syariah. Banyak kes jenayah diadili dengan hukuman sivil.
Hukum syariah hanya terbatas dalam hal-hal perkahwinan dan perceraian.
Perbandingan ini jelas memperlihatkan akan perbezaan yang wujud dalam
pengamalan Islam dalam politik dahulu dan sekarang.

3.0 PENUTUP / RUMUSAN


Melaka telah mencapai zaman kegemilangannya selepas kejatuhan Majapahit
iaitu kira-kira pada tahun 1414 masihi. Pada ketika itu, Melaka telah diperintah
oleh Sultan Muzaffar Syah. Baginda telah berjaya meluaskan kuasanya di negeri
sekitar Melaka.

Ekspedisi peluasan kuasa ini telah membantu menjadikan

Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan yang terpenting di gugusan


Kepulauan Melayu pada abad ke 15 dan awal abad ke 16. Sejak pengasasannya,
Melaka

telah

menyebabkan

mempunyai
Melaka

sistem

muncul

pentadbiran

sebagai

sebuah

yang

tersusun.

empayar

yang

Faktor

ini

terkenal.

Kedudukan Melaka yang strategik iaitu di Selat Melaka telah mendorong kepada
perkembangan perdagangan di gugusan Kepulauan Melayu.
Kepesatan perdagangannya telah menarik minat kuasa Barat iaitu
Portugis di bawah pimpinan Alfonso De Alburqueque untuk menakluki Melaka
pada tahun 1511.

Keagungan dan kemasyhuran Melaka sebagai pusat

perdagangan pada awal abad ke-15 dan awal abad ke-16 memang tidak dapat
dinafikan. Keagungan empayar perdagangan Melaka mulai merosot setelah
Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Setelah itu, Acheh telah
menggantikan peranan Melaka sebagai pusat perdagangan yang maju di
gugusan Kepulauan Melayu.
Secara ringkasnya, perbincangan ini telah menunjukkan bahawa nilai dalam
budaya, ekonomi, politik mahupun sosial dalam zaman Kesultanan Melayu
Melaka mempunyai pengaruh terhadap perkembangan politik kontemporari
tetapi tidak secara langsung. Nilai-nilai dalam masyarakat berubah dengan
berubahnya beberapa faktor yang disebutkan sepanjang perbincangan ini. Nilai
yang diamalkan Malaysia adalah respons pemerintah kepada stimulus semasa.
Nilai yang terbentuk di kalangan masyarakat hari ini banyak terkesan dengan
penjajahan yang begitu lama. Hasilnya, ada nilai-nilai yang pernah hidup dalam
masyarakat dahulu kini telah berkubur tanpa nisan.

Anda mungkin juga menyukai