Anda di halaman 1dari 25

1. Pengenalan.

llmu perlu dihayati dan diamalkan lebih-lebih lagi ilmu yang berkaitan dengan ibadah
dan akhlak Islam. Ini kerana ia melibatkan dosa dan pahala. Pepatah Arab ada
menyebutkan bahawa ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah. Kajian ini
membincangkan penghayatan ibadah solat dalam kalangan pelajar Politeknik Sultan
Syed Sirajuddin, Arau Perlis .
Antara objektif kajian ialah meneliti sejauh manakah penghayatan ibadah
solat dalam kalangan pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis dan
hubungannya antara amalan gaya hidup pelajar. Kajian ini juga bertujuan
mengenalpasti faktor-faktor yang menghalang kepada penghayatan ibadah solat di
kalangan mereka. Dalam menjalankan penyelidikan ini, kaedah kepustakaan dan
lapangan digunakan . Data-data yang terkumpul dianalisis dan ditafsirkan.
Hasil kajian mendapati bahawa penghayatan ibadah solat dalam kalangan
pelajar-pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis pada keseluruhannya
adalah baik tetapi memerlukan penambahbaikan yang berterusan. Sebagai contohnya
solat fardu, walaupun ia dilaksanakan secara kerap tetapi tidak dilaksanakan pada
awal waktu dan secara bersendirian sahaja. Kajian juga menunjukkan para pelajar
kurang mengamalkan ibadah sunat seperti solat sunat qabliah dan ba'diah sedangkan
ibadah sunat mempunyai kedudukan yang besar dalam melengkapkan ibadah fardhu.
2. Pernyataan masalah.
Solat merupakan asas kekuatan diri seseorang Muslim. Individu Muslim itu mudah
terjebak dalam gejala sosial seperti berzina, merempit, menonton video lucah dan
aktiviti keruntuhan sosial yang lain sekiranya mengabaikan solat. Kesan pengabaian
solat seperti yang dinyatakan di atas jelas berlaku secara berleluasa dalam kalangan
remaja dan masyarakat Islam hari ini.
Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT bahawa solat merupakan benteng
diri seseorang Muslim daripada perlakuan keji dan mungkar. Firman Allah SWT yang

maksudnya: Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada


perbuatan keji dan mungkar (Surah Al-Ankabut, ayat : 45). Ayat di atas menjelaskan
bahawa tanpa ibadat solat, seseorang itu akan mudah terjebak dengan perbuatan keji
dan mungkar.
Mahasiswa merupakan golongan remaja juga mudah terdedah dengan pelbagai
gejala sosial. Ini bermakna apabila mahasiswa tidak melaksanakan ibadah solat atau
mengabaikan solat, mereka seolah-olah mendedahkan diri kepada pengaruh gejala
sosial ini. Pada hakikatnya, terdapat kalangan mahasiswa di institusi pengajian tinggi
yang tidak menunaikan solat. Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas berdasarkan
kehadiran mahasiswa untuk melaksanakan ibadah solat di Masjid Politeknik Tuanku
Syed Sirajuddin, Arau Perlis yang rendah. Ini secara tidak langsung menggambarkan
amalan solat dalam kalangan mereka juga masih rendah.
Berdasarkan laporan yang diperoleh daripada Pengerusi Masjid Politeknik
Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis didapati penyertaan pelajar terhadap programprogram yang dianjurkan oleh pihak masjid kurang mendapat sambutan dalam
kalangan pelajar disamping itu penghayatan solat dalam kalangan pelajar juga masih
pada tahap yang rendah. Berdasarkan hal ini, adalah penting untuk diteliti kebenaran
kenyataan tersebut dan seterusnya menjelaskan punca kekurangan jumlah pelajar
yang hadir mengimarahkan masjid terutama di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,
Arau Perlis.
Pengimarahan masjid merupakan perkara penting dalam membendung gejala
sosial. Masjid yang berfungsi sebagai tempat ibadah, tempat pendidikan dan dakwah,
serta pelbagai program masjid dapat berperanan membendung gejala sosial (Asmak
dan Zulekha, 2004). Masjid yang ramai jemaah dan makmur dengan pelbagai aktiviti
melambangkan masyarakat Islam sekitarnya adalah masyarakat berilmu, berakhlak
dan bermoral.

Kekuatan

Islam

terletak

pada

sistem

sosial

yang

dibina

dalam

masyarakat.Membangunkan masyarakat adalah dengan membangunkan kekuatan


material dan kerohanian. Sementara kekuatan rohani tercermin melalui pengimarahan
masjid yang berteraskan iman, taqwa dan petunjuk Allah (Shukri dan Mohamad
Khadafi, 2004). Namun, kebanyakan masjid sekarang tidak berfungsi dengan baik
sebagai tempat ilmu dan dakwah. Di sesetengah tempat, masjid terus dikunci kerana
aspek keselamatan. Masjid seolah-olah dibudayakan sebagai tempat kunjungan orangorang tua sahaja (Hasni dan Abdullah, 2004) dan hak golongan agamawan
sematamata (Mohd. Ghazali Abdul Aziz, 2001). Ekoran daripada kekurangan
pengimarahan masjid, aktiviti yang berkaitan dengan masjid juga kurang mendapat
sambutan. Fenomena kekurangan jamaah ini bukan sahaja berlaku di masjid-masjid di
bandar dan di kampung tetapi juga di masjid institusi pengajian tinggi termasuk
masjid di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis.

3. Objektif kajian.
i.
Mengenalpasti tahap penghayatan ibadat solat dan pengimarahan masjid
ii.

dalam kalangan pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis.


Melihat perbandingan tahap penghayatan solat di antara pelajar lelaki dan
perempuan di kalangan pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau

iii.

Perlis.
Melihat perbandingan tahap pengimarahan masjid di antara pelajar yang

iv.

berasal dari bandar dan luar bandar.


Melihat perbandingan tahap penghayatan solat dan tahap pengimarahan masjid
di antara pelajar mempunyai pengetahuan tentang Islam yang baik dan

v.

sederhana.
Meneliti hubungan penghayatan ibadat solat dan pengimarahan masjid dengan

gaya hidup pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis.


4. Persoalan kajian.

i.

Sejauhmanakah penghayatan solat dan pengimarahan masjid dalam kalangan

ii.

pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis.


Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap penghayatan solat di antara
pelajar lelaki dan perempuan di kalangan pelajar Politeknik Tuanku Syed

iii.

Sirajuddin, Arau Perlis.


Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengimarahan masjid di

iv.

antara pelajar yang berasal dari bandar dan luar bandar.


Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap penghayatan solat dan tahap
pengimarahan masjid di antara pelajar mempunyai pengetahuan tentang Islam

v.

yang baik dan sederhana.


Adakah terdapat hubungan antara gaya hidup pelajar dengan penghayatan
solat dan pengimarahan masjid.

5. Hipotesis kajian.
1. Ho 1: Tahap penghayatan solat dan pengimarahan masjid dalam kalangan
pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis adalah rendah.
2. Ho 2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap penghayatan solat di
antara pelajar lelaki dan perempuan di kalangan pelajar Politeknik Tuanku
Syed Sirajuddin, Arau Perlis.
3. Ho 3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengimarahan masjid di
antara pelajar yang berasal dari bandar dan luar bandar.
4. Ho 4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap penghayatan solat dan
tahap pengimarahan masjid di antara pelajar mempunyai pengetahuan tentang
Islam yang baik dan sederhana.
5. Ho 5: Tidak terdapat hubungan antara gaya hidup pelajar dengan penghayatan
solat dan pengimarahan masjid.
6. Penganalisaan Data
Kaedah diskriptif dan inferensi digunakan bagi menganalisis kajian ini. Bagi tujuan
menghuraikan data secara umum analisis diskriptif akan digunakan. Kesemua data
premier dalam kajian ini dianalisis dengan menggunakan program Statistical
Packages For Social Science (SPSS) Windows versi 20.0. Bagi menghurai dan
4

menerangkan demografi responden dan mengenalpasti tahap penghayatan ibadat solat


dan pengimarahan masjid di kalangan pelajar PTSS maka statistik diskriptif diguna
pakai.

Kaedah inferensi juga dilakukan ke atas beberapa item khususnya untuk

menjelaskan perbandingan dan hubungan antara pembolehubah. Selain itu ujian


kebolehpercayaan digunakan untuk menilai tahap kemantapan instrumen.
Ujian Kebolehpercayaan
Hasil ujian kebolehpercayaan di Jadual 1 menunjukkan kajian ini mempunyai tahap
yang baik.
Reliability Statistics
Cronbach's

N of Items

Alpha
.753

16 Statistics
Reliability
Cronbach's

N of Items

Alpha
.750

15

Reliability Statistics
Cronbach's

N of Items

Alpha
.782

Item
Penghayatan solat
Pengimarahan Masjid
Pengamalan Gaya Hidup

10

Cronbachs Alpha
0.753
0.750
0.782

Jadual 1

Demografi
Kajian yang dijalankan melibatkan 50 orang pelajar Politeknik Tuanku Syed
Sirajuddin, Perlis yang mana 25 orang (50%) adalah lelaki dan 25 orang (50%) adalah
pelajar perempuan. Daripada jumlah ini 14 orang (28%) adalah pelajar dari Jabatan
Kejuruteraan Elektrik, 12 orang (24%) dari pelajar Jabatan Perdagangan, 11 orang
(22%) adalah dari Jabatan Reka Bentuk dan Komunikasi Visual, 10 orang (20%)

adalah dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan seramai 3 orang (6%)
pelajar adalah dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Kebanyakkan daripada
responden ini berada dalam semester dua di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin iaitu
seramai 20 orang (40%) daripada jumlah responden yang menjawab soal selidik, 12
orang (24%) di semester 3, 6 orang (18%) di semester 6, 6 orang (12%) di semester 5
dan 3 orang (6%) dari semester 1. Di dapati seramai 37 orang (74%) adalah dari latar
belakang Sekolah Menengah Kebangsaan, manakala 10 orang (20%) dari latar
belakang Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional dan seramai 3 orang (6%) dari
Sekolah Menengah Agama. Sekiranya dilihat pada latar belakang keluarga, seramai
27 orang (54%) responden dari bandar dan 23 orang (46%) responden dari luar
bandar. Kajian ini juga melihat kepada kemahiran responden dalam membaca AlQuran, di dapati seramai 34 orang (68%) pelajar berada pada tahap sederhana dalam
kemahiran membaca Al-Quran, 14 orang (28%) berada pada tahap baik dan terdapat 2
orang (4%) pelajar yang berada pada tahap yang lemah. Disamping melihat kepada
latar belakang kemahiran membaca Al-Quran, kajian ini turut melihat kepada
pengetahuan responden terhadap pengetahuan tentang Islam. Daripada hasil kajian
dapat dilihat seramai 27 orang (54%) pelajar pada tahap sederhana, 21 orang (42%)
pada tahap baik dan seramai 2 orang (4%) pelajar berada pada tahap yang lemah.

Jantina
Frequency

Percent

Valid Percent

Cumulative
Percent

Lelaki
Valid

25

50.0

50.0

50.0

Perempuan

25

6 50.0

50.0

100.0

Total

50

100.0

100.0

Jadual 2

Jabatan
Frequency

Percent

Valid Percent

Cumulative
Percent

Valid

JKM

6.0

6.0

6.0

JKE

14

28.0

28.0

34.0

JRKV

11

22.0

22.0

56.0

JTMK

10

20.0

20.0

76.0

JP

12

24.0

24.0

100.0

Total

50

100.0

100.0

Jadual 3

Semester
Frequency

Percent

Valid Percent

Cumulative
Percent

Valid

Sem 1

6.0

6.0

6.0

Sem 2

20

40.0

40.0

46.0

Sem 3

12

24.0

24.0

70.0

Sem 5

12.0

12.0

82.0

Sem 6

18.0

18.0

100.0

50

100.0

100.0

Total

Jadual 4

Latar Belakang Sekolah


Frequency

Percent

Valid Percent

Cumulative
Percent

Valid

Sekolah Menengah
Kebangsaan
Sekolah Menengah Agama

37

74.0

74.0

74.0

6.0

6.0

80.0

Sekolah Menengah Teknik


dan Vokasional
Total

10

20.0

20.0

50

100.0

100.0

100.0

Jadual 5

Latar Belakang Keluarga


Frequency

Percent

Valid Percent

Cumulative
Percent

Valid

Bandar

27

54.0

54.0

54.0

Luar bandar

23

46.0

46.0

100.0

Total

50

100.0

100.0

10

Jadual 6

Kemahiran membaca Al-Quran


Frequency

Percent

Valid Percent

Cumulative
Percent

Jadual 7

Valid

Baik

14

28.0

28.0

28.0

Sederhana

34

68.0

68.0

96.0

4.0

4.0

100.0

100.0

100.0

Lemah
Total

50

11

Pengetahuan Tentang Islam


Frequency

Percent

Valid Percent

Cumulative
Percent

Valid

Sederhana
Lemah
Total

21

42.0

42.0

42.0

27

54.0

54.0

96.0

4.0

4.0

100.0

50

100.0

100.0

12

Jadual 8

Objektif 1: Mengenalpasti tahap penghayatan ibadat solat dan pengimarahan masjid


dalam kalangan pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis.

Jika dilihat kepada jawapan responden didapati bahawa tahap penghayatan solat dan
pengimarahan masjid menunjukkan skor min yang tinggi di mana skor min bagi tahap
penghayatan solat ialah 2.6275 di mana nilai mediannya ialah 2.5625. Manakala skor min
bagi tahap pengimarahan masjid pula ialah 2.8280 di mana nilai median ialah 2.8000.
Analisis ini menunjukkan bahawa tahap tahap penghayatan ibadat solat dan pengimarahan
masjid dalam kalangan pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis adalah tinggi.

Statistics
TPSLT
50

50

Mean

2.6275

2.8280

Median

2.5625

2.8000

2.50a

3.20

.37775

.57429

Valid

TPIM

Missing

Mode
Std. Deviation

Jadual 9

13

Objektif 2: Melihat perbandingan tahap penghayatan solat di antara pelajar lelaki dan
perempuan di kalangan pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis.
Independent Samples Test
Levene's Test for

t-test for Equality of Means

Equality of Variances
F

Sig.

df

Sig. (2-

Mean

Std. Error

95% Confidence

tailed)

Differenc

Differenc

Interval of the

Difference
Lower

Equal variances
TPS assumed
LT

.005

.943

Equal variances

-.046

-.046

not assumed

48
47.74
7

Upper

.963

-.00500

.10795

-.22204

.21204

.963

-.00500

.10795

-.22207

.21207

Jadual 10
Berdasarkan kepada analisis ujian T-Bebas yang dijalankan menunjukkan bahawa tidak
terdapat perbezaan yang signifikan diantara min skor pelajar lelaki dan perempuan. Ini
bermakna H adalah ditolak dan H diterima.

Objektif 3: Melihat perbandingan tahap pengimarahan masjid di antara pelajar yang


berasal dari bandar dan luar bandar.

Independent Samples Test

14

Levene's Test for

t-test for Equality of Means

Equality of Variances
F

Sig.

df

Sig. (2-

Mean

Std. Error

95% Confidence

tailed)

Differenc

Differenc

Interval of the

Difference
Lower

Equal variances
TPI

assumed

Equal variances

2.835

.099

-.766

-.745

not assumed

48
38.66
2

Upper

.448

-.12528

.16365

-.45432

.20376

.461

-.12528

.16822

-.46564

.21508

Jadual 11
Berdasarkan kepada analisis ujian T-Bebas yang dijalankan menunjukkan bahawa tidak
terdapat perbezaan yang signifikan diantara min skor pelajar yang berasal dari bandar dan
luar bandar. Ini bermakna Ho adalah ditolak dan H1 diterima.

Objektif 4: Melihat perbandingan tahap penghayatan solat dan tahap pengimarahan


masjid di antara pelajar mempunyai pengetahuan tentang Islam yang baik dan
sederhana.

Independent Samples Test


Levene's Test for

t-test for Equality of Means

Equality of Variances
F

Sig.

df

Sig. (2-

Mean

Std. Error

95% Confidence

tailed)

Differenc

Differenc

Interval of the

Difference
Lower

Equal variances
TPS assumed
LT

Equal variances
not assumed

.009

.926

.984

.983

46
42.95

15

Upper

.330

.10747

.10917

-.11228

.32722

.331

.10747

.10929

-.11294

.32789

Jadual 12
Berdasarkan kepada analisis ujian T-Bebas yang dijalankan menunjukkan bahawa tidak
terdapat perbezaan yang signifikan di antara min skor pelajar yang mempunyai pengetahuan
tentang Islam yang baik dengan sederhana dengan tahap penghayatan solat. Ini bermakna Ho
adalah ditolak dan H1 diterima. Ujian ini juga menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai
pengetahuan tentang Islam yang sederhana dan baik tidak berbeza dalam melaksanakan
ibadah solat di PTSS.

Independent Samples Test


Levene's Test for

t-test for Equality of Means

Equality of Variances
F

Sig.

df

Sig. (2-

Mean

Std. Error

95% Confidence

tailed)

Differenc

Differenc

Interval of the

Difference
Lower

Equal variances
TPI

assumed

Equal variances
not assumed

1.698

.199

.465

.485

46
45.76
2

Upper

.644

.07937

.17051

-.26386

.42259

.630

.07937

.16371

-.25021

.40894

Jadual 13
Manakala bagi analisis ujian T-Bebas yang dijalankan untuk tahap pengimarahan masjid
dengan pelajar yang mempunyai pengetahuan tentang Islam juga menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan di antara min skor pelajar yang mempunyai pengetahuan tentang
Islam yang baik dengan sederhana dengan tahap pengimarahan masjid. Ini bermakna Ho
adalah ditolak dan H1 diterima. Ujian ini juga menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai

16

pengetahuan tentang Islam yang sederhana dan baik tidak berbeza dalam penyertaan aktiviti
pengimarahan masjid di PTSS.

Objektif 5: Meneliti hubungan penghayatan ibadat solat dan pengimarahan masjid


dengan gaya hidup pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis.

Correlations
TPSLT

Jadual 14
Hasil ujian Korelasi

Pearson Correlation
TPSLT

.418**
.003

Pearson Correlation
TGH

signifikan di antara

Sig. (2-tailed)
N

wujudnya

TGH

Sig. (2-tailed)

50

50

.418**

menunjukkan
hubungan

yang

.003

50

50

kedua-dua

pembolehubah ini. Ini bermakna tahap tahap penghayatan ibadah solat mempengaruhi gaya
hidup pelajar. Hubungan ini dalam bentuk positif ini menunjukkan semakin tinggi tahap
penghayatan solat maka semakin baiklah tahap gaya hidup pelajar.

17

Correlations
TPIM
Pearson Correlation
TPIM

Sig. (2-tailed)

.095
.509

TGH

TGH

50

50

Pearson Correlation

.095

Sig. (2-tailed)

.509

50

50

Jadual 15
Manakala hasil ujian Korelasi antara tahap pengimarahan masjid dengan gaya hidup
menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara kedua-dua pembolehubah
ini. Ini bermakna tahap tahap pengimarahan masjid tidak mempengaruhi gaya hidup pelajar.
Aktiviti di Pusat Islam tidak memberi kesan dalam mempegaruhi gaya hidup pelajar di PTSS.

Kesimpulan.
Berdasarkan hasil analisis kajian menunjukkan bahawa penghayatan ibadah solat dalam
kalangan pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin masih rendah. Analisis min
menunjukkan pelajar-pelajar PTSS masih ramai yang tidak menunaikan solat fardhu
sepenuhnya. Hasil kajian juga mendapati bahawa sebahagian besar pelajar PTSS tidak
menjadikan amalan solat sebagai suatu kemestian. Berdasarkan keseluruhan kenyataan di atas
dapat dirumuskan bahawa pelajar PTSS secara umumnya masih tidak mengambil berat aspek
penghayatan ibadah solat. Hal ini mungkin disebabkan faktor latar belakang keluarga yang
kurang didikan agama, kesibukan aktiviti dalam kampus, teknologi media, kurang bimbingan
agama, persekitaran dan rakan-rakan yang mempengaruhi pengabaian solat dalam kalangan
pelajar.

18

Kenyataan ini bertepatan dengan kajian M. Salleh (1985) yang menjelaskan faktor
persekitaran dan pegangan agama yang lemah merupakan penyebab pengabaian solat dan
meyumbang kepada keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kini. Kajian Ahmad Kilani et.
al (2004) juga mengaitkan aspek disiplin dengan pengabaian solat. Individu yang kurang
berdisiplin akan mudah mengabaikan solat. Ini bermakna solat boleh membentuk disiplin diri
yang tinggi dalam kalangan remaja dan pelajar.
Kajian oleh Aswati Hamzah (2007) mendapati faktor persekitaran sosial yang tidak
membina seperti pengaruh media massa dalam menyebarluaskan budaya hidup glamor,
budaya hiburan, nilai-nilai hidup materialistik menjadi penyumbang utama terhadap
keruntuhan moral dalam kalangan mahasiswa. Selain itu, faktor yang melibatkan kekeliruan
minda, kerapuhan pegangan agama dalam kalangan masyarakat umum khususnya generasi
muda dan sikap negatif terhadap jaringan komunikasi dalam masyarakat juga menyebabkan
keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat Islam. Kekurangan kemahiran dan
pengamatan intelektual yang kurang tajam menjadikan mereka mudah goyah dan tidak dapat
membuat pertimbangan yang jelas dan tepat apabila berhadapan dengan perkembangan
semasa, akibatnya, akhlak pelajar Islam menjadi semakin merosot (Abd. Kadir Ariffin, 2003).
Berdasarkan dapatan kajian, pelajar PTSS didapati mengamalkan gaya hidup yang
kurang bersosial, lebih suka menyendiri dan

tidak suka bergaul. Hal ini menyebabkan

mereka tidak mahu terlibat dalam aktiviti kerohanian dan aktiviti yang dianjurkan di masjid.
Ini bermakna pelajar PTSS lebih mengamalkan gaya hidup menyendiri dengan melayari
internet dan

bermain permainan video. Gaya hidup ini lebih membimbangkan jika pelajar

PTSS melayari laman-laman sesawang yang tidak bermoral. Hal ini akhirnya akan memberi
kesan pada pengimarahan masjid yang memerlukan mereka bergaul dengan orang ramai atau
pelajar lain. Keadaan ini sebenarnya turut disumbangkan oleh persekitaran sosial

19

masayarakat dan kemunculan era globalisasi yang menggalakkan pelajar berkelakuan


sedemikian.
Kajian Eliade, M. dalam Lutpi Ibrahim (1993) menyebutkan persekitaran sosial
dapat mengajar seseorang ke arah kebaikan atau sebaliknya menjadi penggalak kepada
kemaksiatan. Impak faktor persekitaran ini dikaitkan dengan kemunculan era globalisasi yang
dikatakan membawa gelombang perubahan besar dalam kehidupan masyarakat dunia hari ini.
Hal ini telah dibayangkan 30 tahun lalu oleh Alvin Toffler dalam bukunya Future Shock
(1970). Toffler (1970) menjelaskan bahawa perubahan pesat yang dialami tidak sahaja
melanda dalam aspek teknologi, pengetahuan, gaya hidup, kemajuan ekonomi, malahan yang
membimbangkan ialah keruntuhan institusi sosial akibat perubahan nilai- nilai baharu yang
membawa kepada kejutan budaya. Hal ini berlaku kepada masyarakat maju juga dalam
kalangan masyarakat membangun (Toffler, 1970). Impak globalisasi seperti global village,
berfikir secara global bertindak secara lokal, world class, strive for excellence, telah
kelihatan dalam masyarakat PTSS. Pelbagai ideologi serta konsep baharu yang menjanjikan
berlakunya rombakan besar dalam sistem nilai masyarakat seluruhnya telah dirasai
kehadirannya (Abd. Rahman Embong, 2002). Ideologi-ideologi baharu dan asing ini
menyerap masuk dalam sistem budaya masyarakat Islam melalui pelbagai cara terutamanya
dalam bentuk hiburan seperti televisyen, internet, filem-filem dari luar negara, bahan-bahan
bacaan dan lain-lain (Ismail Ibrahim, 1999).
Kajian Hanipah Hussin (2001) turut mengakui bahawa kebebasan mengakses dan
memilih maklumat melalui laman-laman web terus diberi ruang dan menjadi punca kepada
ketidakpedulian masyarakat terhadap persekitaran. Senario ini telah melahirkan sikap
mementingkan kebebasan individu dan menolak amalan dan cara hidup masyarakat yang
sedia ada. Kebebasan dalam dunia tanpa sempadan ini dikhuatiri akan melahirkan
masyarakat PTSS yang bersifat abstrak dan tidak mempunyai rasa bertanggungjawab

20

terhadap perkara yang dikongsi. Impak yang kritikal ialah berlakunya

pencairan

prinsip

agama, adab dan norma kehidupan sesuatu komuniti yang melenyapkan nilai-nilai
etika dan estetika sesuatu bangsa.

Cadangan
Berdasarkan keputusan dan perbincangan yang berpandukan objektif kajian, berikut adalah
cadangan dan langkah-langkah yang perlu diambil:
1) Ke arah meningkatkan tahap penghayatan ibadat solat dalam kalangan pelajar, kajian
ini mencadangkan hal-hal berikut:
a) Para pelajar adalah dicadangkan

mengikuti

siri

modul

khas

bagi meningkatkan kecintaan kepada Allah dan tanggungjawab sebagai hamba


khususnya

dalam

ibadat

solat.

Secara

terperincinya,

modul-modul

dicadangkan adalah seperti berikut:


i. Kesedaran diri sebagai hamba: merujuk kepada latihan yang bertujuan
untuk meningkatkan keyakinan diri terhadap Allah sebagai Pencipta.

21

ii.

Kecintaan kepada pencipta: merujuk kepada latihan bertujuan untuk

iii.

mengukuhkan kecintaan kepada Allah melalui ibadat solat.


Kemahiran diri sebagai khalifah: merujuk kepada latihan bertujuan

membentuk kemahiran diri sebagai pengurus dan pemimpin.


b) Mencadangkan kepada pihak Pusat Islam untuk memperbanyakkan bahan
penerbitan berkaitan kecintaan terhadap solat kepada pelajar.
c) Mencadangkan kepada pengurusan PTSS agar menubuhkan halaqah al-Quran
dalam kalangan pelajar. Hal ini bertujuan untuk membolehkan pelajar
menguasai bacaan al-Quran. Orang yang selalu membaca al-Quran, jiwanya
tenang dan sentiasa memelihara solat.
2) Tahap pengimarahan masjid dalam kalangan pelajar juga didapati masih rendah. Oleh
yang demikian kajian ini mencadangkan hal-hal berikut:
a) Penjadualan kehadiran ke masjid mengikut Kolej Kediaman Pelajar dengan
penyertaan semua pelajar PTSS. Penjadualan ini hendaklah dilakukan
khususnya pada waktu maghrib dan isyak sekurang-kurangnya sekali
seminggu.
b) Menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan kerohanian pelajar. Pusat kegiatan
kerohanian ini akan berfungsi menyelaras semua kegiatan berbentuk
kerohanian dalam kalangan pelajar.
c) Mempelbagaikan program-program berbentuk sosial dan sukan di perkarangan
masjid.
3) Banyak faktor-faktor luaran yang mempengaruhi penghayatan ibadat solat dan
pengimarahan masjid dalam kalangan pelajar. Berdasarkan dapatan kajian, para
pelajar

PTSS mengamalkan gaya hidup yang tidak suka bersosial, lebih suka

menyendiri, tidak suka bergaul dan suka melayari internet. Oleh itu kajian ini
mencadangkan:
a) Menggalakkan penglibatan pelajar dalam program-program berbentuk sosial
dan sukan di perkarangan masjid.
b) Mengadakan kursus-kursus kemahiran hidup di masjid seperti kelas memasak,
kelas jahitan dan kelas menggubah bunga.
c) Mewujudkan kemudahan ruang salun yang berasingan bagi lelaki dan wanita.
22

Penutup

Daripada perbincangan yang dibuat, menunjukkan bahawa isu penghayatan solat dan
pengimarahan masjid dalam kalangan pelajar PTSS bukanlah satu isu yang boleh dipandang
ringan. Isu ini patut diambil berat oleh semua pihak terutamanya oleh pihak pengurusan
tertinggi politeknik. Namun begitu isu ini sebenarnya bertitik tolak dari asuhan dan didikan
ibu bapa sejak dari usia kanak-kanak lagi. Penekanan berkaitan solat sebagai perkara utama
dan wajib dalam kehidupan seorang muslim hendaklah ditekankan dari peringkat kanakkanak sehinggalah dewasa.
Secara keseluruhannya kajian ini membincangkan isu penghayatan solat dan
pengimarahan masjid dalam kalangan pelajar politeknik. Hasil kajian secara menyeluruh
didapati para pelajar politeknik tidak menitikberatkan amalan solat dalam kehidupan mereka.
Hasil daripada pengabaian solat, masjid dan surau- surau menjadi lapang dan kosong setiap
kali waktu solat fardhu mahupun ketika program kuliah-kuliah agama diadakan.
Perbincangan dalam kajian ini juga mencadangkan peranan dari pelbagai pihak di
universiti iaitu pihak pengurusan tertinggi, Pusat Islam, Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan
pensyarah. Dengan pengabungan tenaga dari pelbagai pihak ini diharap dapat menyelesaikan

23

isu ini dan seterusnya dapat mengembalikan kegemilangan masjid sebagai pusat kegiatan
umat Islam.

Rujukan:Asmak Ali dan Zulekha Yusoff. (2004). Masjid dan Peranannya dalam Membendung
Gejala Sosial. Dalam Asmadi Naim dan Mohd Yusnaidi Md Sabri (ed.), Prosiding
Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid (pp.325-336), Sintok: Pusat
Islam, Universiti Utara Malaysia.
Aswati Hamzah. (2007). Satu Kajian Skema Taakulan Akhlak Dalam Kalangan Pelajar
Melayu. Tesis Doktor Falsafah (tidak diterbitkan), Pulau Pinang: USM.
Hamka. (1982). Tafsir al-Azhar. Singapura: Pustaka Nasional.
Hasni Othman dan Abdullah Abdul Ghani. (2004). Pengurusan dan Pengimarahan Masjid di
Perak. Dalam Asmadi Naim dan Mohd Yusnaidi Md Sabri (ed.), Prosiding Seminar
Kebangsaan Pengurusan Masjid (pp.325-336), Sintok: Pusat Islam, Universiti Utara
Malaysia.
Lutpi Ibrahim. (1993). Antologi pemikiran Islam. Kuala Lumpur: Hizbi.
Mohammad Salleh. (2007). Terapi Solat Tahajjud. Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn Bhd.
Mohd Ghazali Abdul Aziz. (2001). Isu-Isu Pengurusan Masjid negeri Pahang. Berita JAIP
al-Wehdah, bahagian 1, Januari 2001.

24

Shukri Ahmad dan Mohammad Khadafi Rofie.(2004). Memasjidkan Masyarakat dan


Memasyarakatkan Masjid. Dalam Asmadi Naim dan Mohd Yusnaidi Md Sabri (ed.),
Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid (pp.300-308), Sintok: Pusat
Islam, Universiti Utara Malaysia.
Toffler, Alvin. (1970). Future Shock. New York: Random House.

25

Anda mungkin juga menyukai