Anda di halaman 1dari 6

Kandungan

Muka
surat

1.0

Pemantauan
1.1 Pendahuluan
1.2 Perancangan Pengajaran
1.3 Pengenalan (Set Induksi)
1.4 Perkembangan
Aktiviti

Pengajaran

dan

Pembelajaran.
1.5 Penutup Pengajaran dan Pembelajaran.
1.6 Interaksi Dalam Bilik Darjah.
2.0

Analisis
2.1 Pendekatan Yang Digunakan Dalam Pengajaran
dan Pembelajaran.
2.2 Teori Pembelajaran

yang

digunakan

Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran.


2.3 Model Pembelajaran yang

digunakan

Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran.


2.4 Aspek
Pengajaran
yang

diperlukan

untuk

penambahbaikan bagi meningkatkan pembelajaran


pelajar termasuk aktiviti guru dan pelajar.
2.5 Pendapat tentang keseluruhan penyampaian
pelajaran.
3.0

Rujukan.

1.0

Pemantauan
1.1 Pendahuluan.
Pengajaran
adalah
pengetahuan,

maklumat,

satu
dan

proses

penyampaian

kemahiran

kepada

ilmu
pelajar.

Pengajaran yang berkesan bolehlah dijelaskan sebagai satu


pengajaran yang berupaya mencapai hasil pembelajaran atau

objektif yang telah dirancang atau setidak-tidaknya dapat


memberikan kefaharnan kepada pelajar.
Melalui penelitian penulis, penelitian telah dibuat terhadap
video bertajuk : Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Malaysia Tahun 3
Nama Guru

: Norlaila binti Saad.

Mata Pelajaran

: Bahasa Malaysia.

Tajuk

: Ayat Majmuk.

Tahun

:3

Bilangan Pelajar : 25 orang pelajar.


Alamat URL

1.2

: https://www.youtube.com/watch?v=5dnRSY3_vc8

Perancangan Pengajaran.

Rancangan pengajaran boleh didefinisikan sebagai rangka kerja


aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru
di dalam bilik darjah atau makmal dalam satu jangka masa tertentu.
Guru

perlu

membuat

perancangan

bagi

sesi

pengajarannya.

Perancangan sebelum memulakan proses pengajaran merujuk


kepada keputusan yang dibuat mengenai mengelola, melaksana
dan menilai pengajaran.
Proses guru membuat keputusan tentang cara memilih dan
menyusun pengalaman pembelajaran yang dapat memaksimumkan
pencapaian serta kepuasaan guru dan juga pelajar. Perancangan

pengajaran merupakan keputusan yang harus dibuat oleh guru


mengenai perkara yang hendak diajar dan bagaimana untuk
diajarkan supaya dapat difahami pelajar.
Terdapat beberapa kepentingan persediaan mengajar dalam
perancangan pengajaran. Di antaranya ialah, ia membolehkan guru
menentukan objektif pengajaran yang sesuai dengan sukatan
pelajaran dan kebolehan pelajar. Selain itu, guru juga dapat
menentukan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
yang sesuai dengan objektif pengajaran serta dapat membantu guru
memilih bahan dan sumber serta aktiviti yang sesuai. Guru juga
dapat memastikan semua isi pelajaran dapat disampaikan kepada
murid dengan baik. Di samping itu, persediaan mengajar dapat
memastikan guru agar tidak menyeleweng dalam pengajaran
Daripada penelitian terhadap video Inovasi Dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Bahasa

Malaysia

Tahun 3. Penulis

dapat

menyimpulkan, bahawa guru tersebut telah membuat perancangan


serta

persiapan

pembelajaran

yang

dimulakan.

baik

sebelum

Terdapat

set

sesi

pengajaran

induksi

di

awal

dan
sesi

pengajaran dan pembelajaran. Diikuti dengan isi pengajaran yang


jelas dan mempunyai penutup serta pengukuhan yang baik dari
guru tersebut. Namun begitu, terdapat juga beberapa kekurangan
yang perlu dibaiki oleh guru tersebut.
Aktiviti

Minit

Set Induksi

0.20 hingga 3.20

Perkembangan

Aktiviti

Pengajaran

dan 3.21 hingga 17.29

Pembelajaran.
Penutup Pengajaran dan Pembelajaran.

17.30

hingga

21.20

1.1

Pengenalan (Set Induksi).

Kemahiran memulakan pengajaran ataupun set induksi adalah


merupakan merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses
pengajaran

dan

pembelajaran.

Set

induksi

digunakan

untuk

memperkenalkan sesuatu pengajaran atau topik baru dalam suatu


pengajaran yang dapat menarik minat murid terhadap apa yang
akan diajar seterusnya. Set induksi juga digunakan untuk membantu
mengenal

pasti

apa

menghubungkaitkannya

yang

dengan

sudah
apa

yang

diketahui
akan

dan

menyusul

kemudian.
Berdasarkan video tersebut, guru telah menggunakan set induksi
berbentuk syair. Di samping itu, beliau turut melakukan komunikasi
dua hala dengan kaedah soal jawab dengan pelajar kelas tersebut.
Tempoh masa yang digunakan oleh guru untuk set induksi adalah
selama 3 minit.
1.2

Perkembangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran.

Guru telah memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran


dengan menunjukkan gambar situasi. Kemudian guru meneruskan
sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menjelaskan bagaimana

menggunakan formula 1H 5W bagi mengembangkan isi sesebuah


karangan menggunakan ayat majmuk.
Guru turut mengaitkan dengan unsur keagamaan dalam sesi
pengajaran. Sebagai contoh adab-adab sebagai tetamu.
1.3

Penutup Pengajaran dan Pembelajaran.

Penutup pengajaran adalah suatu aksi atau penyataan dari guru


yang direka khas untuk menandakan guru akan membawa sesuatu
persembahan kepada satu kesimpulan yang sesuai. Proses penutup
merupakan satu usaha guru secara sedar atau di sengajakan untuk
membantu

pelajar

menyusun

semula

maklumat

yang

telah

dipersembahkan kepada mereka dan akhirnyadapat melihat kaitan


antara maklumat tersebut.
Guru telah menutup sesi pengajarannya dengan nyanyian
sebagai peneguhan kepada pelajaran Bahasa Malaysia pada hari
tersebut. Guru turut memberikan tugasan yang perlu disiapkan di
dalam kumpulan berdasarkan topik yang diajar pada hari tersebut.

1.4

Interaksi Dalam Bilik Darjah.

Komunikasi dan interaksi di dalam bilik darjah adalah penting


dalam usaha mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran
yang efektif. Guru yang tiada kemahiran komunikasi dan interaksi
akan mewujudkan kelas yang tidak kondusif menyebabkan muridmuridnya tidak bermotivasi.

Dalam video ini, guru tersebut telah melaksanakan interaksi dua


hala, iaitu antara guru dengan pelajarnya. Dengan adanya interaksi
dua hala ini, didapati penglibatan murid yang lebih aktif dan
berkesan serta mewujudkan hubungan yang mesra antara guru dan
murid, murid dan murid supaya pembelajaran lebih menyeronokkan

Anda mungkin juga menyukai