Anda di halaman 1dari 2

http://budayawarisan-nasional.blogspot.my/2011/11/perbezaan-rumah-melayunegeri-sembilan.

html

Perbezaan Rumah Melayu Negeri Sembilan dan Rumah Minangkabau

Perbezaan Motif Senibina.

Rumah Minangkabau, masyarakat


Minangkabau biasanya menghias dengan dinding kayu, tiang, dan siling rumah gadang
dengan motif kayu berukiran- ukiran timbul yang mencerminkan dan melambangkan adat
mereka. Motif-motifnya terdiri dari reka bentuk pelbagai bunga berasaskan pada suatu
struktur geometri bawah yang sederhana. Motif-motif yang mirip pada tekstil tenunan
songket Minangkabau, dengan warna-warna dianggap berasalnya dari China. Biasanya, motifmotif tidak menunjuk haiwan atau manusia dalam bentuk realistik, walaupun sesetengah
mewakili haiwan, manusia, atau aktiviti atau kelakuan mereka. Motif-motif ini berasaskan
pada konsep ilmu keindahan (aesthetics ) Minangkabau, yang mana sebahagian dari
pandangan Alam Minangkabau mereka yang jelasannya sentiasa berasas pada alam semula
jadi. Suatu aforisme adat terkenal berkata, 'alam adalah guru kita.Manakala Rumah Melayu
Tradisional Negeri Sembilan mempunyai daya tarikan yang tersendiri dimana setiap binana
dan struktur asas rumah seperti tiang, bumbung, bendul, tingkap dan tangganya dikatakan

dibina dengan mewakili pelbagai maksud yang tersendiri. Senibina rumah berkenaan sering
dikaitkan dengan sifat kreatif masyarakat melayu dan hubungan mereka yang sangaat erat
dengan alam sekitar dan terdapat juga tulisan-tulisan khat.
Perbezaan Konsep ruang serambi

Rumah minangkabau pula tiada langsung konsep serambi, khususnya rumah adat tiada
mempunyai serambi. Ertinya, bila naik sahaja dari tangga, kita terus berada di dalam ruang
rumah yang lapang tanpa apa-apa sekatan. Sedangkan, Rumah Melayu Negeri Sembilan ,
serambi panjang dibahagian hadapan rumah adalah satu kemestian . Ruang ini
mengasingkan hadapan rumah dengan bahagian ibu rumah yang mesti didinding dan diberi
sebuah pintu. Serambi mesti pula dibina lebih rendah dari lantai rumah ibu. Ini amat jelas
dilihat, pada rumah melayu negeri Sembilan.
Perbezaan lantai rumah
Rumah Minangkabau lantainya sama rata di mana-mana bahagian diistilahkan
"seladang"(satu ladang). Ini mungkin sesuai dengan konsep hidup masyarakatnya Berdiri
sama tinggi duduk sama rendah.Rumah Melayu Negeri Sembilan ada beberapa aras ,serambi
lebih rendah dari rumah ibu, begitu juga lantai rumah dapur lebih rendah dari rumah ibu dan
seterusnya lantai ruang dapur masak serta pelantar air semakin rendah arasnya.
Perbezaan letak tangga dan pintu.
Satu lagi perbezaan yang jelas ialah letak tangga dan pintu. Rumah Minangkabau semestinya
berbentuk simetri,tangga hadapan semestinya terletak sama tengah bangunan,menjadikan
bahagian kanan dan kiri rumah itusama ukur, seolah-olah melambangkan ketegasan.
Manakala Rumah Melayu Negeri Sembilan seolah-olah menjadi satu
pantang larang meletakan pintu hadapan di tenggah-tenggah. Tangga dan
pintu hadapan biasanya diletakan di sebelah pangkal serambi atau
sebelah hilir rumah, tidak boleh sama sekali bersetentang dengan pintu
rumah ibu.

Anda mungkin juga menyukai