Anda di halaman 1dari 6

BISKUT SAMPERIT SUSU

Bahan:
125g susu pekat manis -resepi asal guna 250g (1/2 tin yang beratnya 505g)
125g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik. Nanti biskut berminyak resepi asal 250g
230g tepung jagung Brown and Polson (cap butterfly) - resepi asal 600g. Ku
guna 230g, just nice untuk picit dalam acuan

Cara:
Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang
atau putih gebu (ku guna whisk telur je).
Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek,
kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu
pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam
adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang
dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.
Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. My
experience, 230g just nice untuk picit ke dalam acuan. Resepi asal guna
300g tapi pada saya terlalu keras kalau guna semua. Memadai adunan boleh
dikepal boleh berhenti tambah tepung.
Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau
kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika
dibakar).

Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit
atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.

* kebetulan masa nak godek biskut ni, tepung jagung tak cukup. jadi k.nor
campur dgn sedikit tepung superfine (k.nor tak guna tpg gandum sbb tepung
superfine ni teksturnya lebih halus dari tepung gandum kan..) dan k.nor
kurangkan sket sukatan dari resipi asal dan resipi yg Ana dah edit.
Alhamdulillah.. biskut yg dihasilkan menjadi dgn elok dan kelopak bunganya
tak lepek/benyek. dan tak la terlalu rapuh bila nak pegang :)
* untuk satu adunan penuh (tak ikut sukatan yg Ana dah edit), ni bahan2 yg
K.Nor gunakan:
250gm susu pekat manis
250gm butter
390 tepung jagung
90 tepung superfine

BISKUT FERRERO ROCHER

Bahan-bahan:
250gm butter
80gm gula icing
20gm qroquant/cornfleks hancur
360gm tpg gandum
100gm almond powder
40gm tpg jagung
1/2 sdt esen vanilla
almond nibs secukupnya (utk menyalut biskut)
3bj putih telur (utk melekatkan almond nibs dgn biskut)
coklat masakan secukupnya.(utk menyalut biskut)

Cara-cara:

-putar butter & gula sebati.masukkan qroquant.


-masukkan esen vanilla.
-masukkan tpg gandum,almond powder & tpg jagung. uli sebati.
-panaskan oven suhu 150c.
-bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki.letakkan dlm dulang
pembakar yg sudah dilengser dgn marjerin.
-bakar suhu 150c selama 20-25 minit.
-golekkan biskut yg telah dibakar ke dalam telur putih.kemudian golekkan di
atas almond nibs.
-bakar balik biskut lebih kurang 5 minit.
-cairkan coklat masakan & golekkan biskut dlm coklat & masukkan ke dlm
paper cup.biarkan sejuk & siap utk dihidang...;)

RESEPI BISKUT CREAM CHEESE

BAHAN-BAHAN
500gm butter
250gm cream cheese
200gm gula halus
350gm tepung gandum
500gm tepung jagung
50gm tepung susu
2 biji kuning telur
1 camca teh Vanilla Essence
250gm(keju Cheddar)..diparut utk hiasan

CARA-CARA MEMBUATNYA

1/.Pukul Butter dan gula, masukkan telur kuning & esen vanilla. Pukul Lagi
2/.Masukkan Cream Cheese, tepung susu, dan kedua-dua jenis
tepung(gunakan dulu tepung jagung sehingga habis baru dimasukkan
tepung gandum)
3/.Uli sampai sebati. Terap dengan acuan yang sesuai. Tabur keju yang telah
diparut di atasnya
4/.Bakar sampai masak.

Biskut mazola
Bahan-Bahan:

1 cawan minyak mazola


1 cawan tepung gandum (diayak )
cawan tepung jagung
cawan gula halus
1 cawan kacang tumbuk
1 sudu teh essen vanilla
(untuk mendapatkan hasil kacang tumbuk, kacang tanah hendaklah
digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya serta ditumbuk / dikisar.

Bahan Untuk hiasan

Kuning telur untuk hiasan


Kacang tumbuk kasar secukupnya

Cara-Cara:

1. Campurkan kesemua bahan di atas kecuali minyak. Kemudian gaulkan


hingga sebati
2. Masukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sambil uli adunan hingga
menjadi doh. ( masukkan minyak sedikit demi sedikit )
3. Ambil doh sedikit dan bentukkan menjadi bebola kecil.
4. Letakkan doh tadi di atas dulang pembakar. Lakukan sehingga habis
adunan.
5. Sapu bahagian atas dengan kuning telur.
6. Taburkan kacang tumbuk kasar pada permukaan atasnya.
7. Kemudian bakar selama 20 minit pada suhu 180C.
8. Setelah masak angkat dan biarkan sejuk seketika sebelum simpan di
dalam bekas kedap udara.

CRUNCHY NESTUM COOKIES (BISKUT NESTUM RANGUP)


Bahan-bahan A :
1 cawan tepung gandum - ayak
1 1/2 tsp serbuk penaik - ayak
2/3 - 1 cawan bijirin NESTUM original - dikisar halus (saya guna nestum
Afiya..hehe)
1 cawan bijirin NESTUM original - tak perlu dikisar
Bahan-bahan B :
125 gm butter
1/2 cawan gula kastor (boleh kurangkan 1-2 Tbsp untuk kurangkan sikit rasa
manisnya)
1 tsp esen vanilla
1 biji telur gred A @ B
Bahan-bahan C (untuk hiasan) :
Bijirin NESTUM secukupnya - letakkan di dalam sebiji pinggan
Buah ceri yang dipotong kecil
Cara penyediaan :
Satukan semua bahan A ke dalam sebuah mangkuk. Ketepikan.
Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dengan gula hingga sebati.
Masukkan esen vanilla dan telur dan terus memukul hingga sebati lagi.
Masukkan bahan A ke dalam bahan adunan dan uli hingga membentuk doh
yang lembut. Balut doh dengan plastik pembalut dan simpan ke dalam peti
sejuk selama 20 minit.
Keluarkan adunan dari peti sejuk. Cubit sedikit adunan dan bulat-bulatkan
menjadi bebola. Golekkan bebola-bebola ini di dalam pinggan berisi bijirin
nestum.
Susun bebola-bebola ini di atas dulang pembakar yang telah dilapik dengan
kertas kalis minyak. Tekan sedikit bebola-bebola ini dengan hujung garfu
agar leper sedikit.
Ambil buah ceri dan tekankan di tengah-tengah doh sebagai hiasan.
Bakar biskut di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama
20-25 minit atau sehingga biskut bertukar warna menjadi perang. Sejukkan
biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

SAMPRIT DAHLIA

250g buttercup
50g gula castor
120g susu pekat manis
400g tepung jagung
30g tepung castard
1 sudu teh esen vanilla

Cara2
1. Masukkn butter dn gula ke dlm mangkuk mixer. Pukul sebati.

2. Masukkn susu dn esen vanilla. Pukul sebati.

3. Ayak tepung jagung bersama tepung kastard dn masukkn ke dlm adunan.


Gaul dgn tangan hingga jd doh... dn doh ni SANGAT LEMBUT ye... Klau doh
yg trhasil keras, maknanya smpai kt sini pun step dh tak betul... (pastikn
sukatan betul)

4. Bahagikn doh kpd 2 bhgn. Biar 1 bhgn dgn wrna asal. Letakkn warna
kesukaan dlm 1 bhgn lg... sentiasa ttp doh dgn kain lembab supaya doh x
keras.

5. Blh lah di tekan ats dulang yg tlh d gris.

6. Bakar suhu 160c selama 15 - 20 mnt ikut kesesuaian oven masing2.


Guna api ats dn bwh yee...