Anda di halaman 1dari 33

Kajian Komsas

(Novel)

6:20
NAMA : AMAL FARAHNAZ BT
ADI SATRIA
KELAS :
NO. KP : KP 141134

Isi Kandungan
1. Sinopsis.
2. Inti Pati Bab
3. Tema..
4. Persoalan
5. Watak dan Perwatakan
6. Latar..
7. Plot.
8. Gaya Bahasa.
9. Nilai ..
10.Pengajarran..

Sinopsis
Kisah ini berlaku dalam tempoh satu minggu. Bermula pada pukul 6:20
pagi hari Isnin sehinggalah pada hari Ahad dan semuanya diceritakan
oleh seorang gadis berusia 19 tahun yang bernama Nur Sukma Haji
Syaqir.
Kisah berkisar tentang pengalaman pelik dan misteri yang dilalui oleh
Sukma. Setiap pagi tepat pukul 6:20 pagi, muncul tetamu-tetamu misteri
di hadapan pintu pagar mewah milik keluarganya di Taman Megah.
Mulanya, hadir seorang wanita tua membawa bakul rotan berisi buah
manggis, kemuadian datang seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang
berbadan kurus dan tidak terurus. Kesokannya pula, muncul dua ekor
anak kucing jenis Burman dan akhir sekali seorang kanak-kanak lelaki
yang berusia lingkungan lima tahun berdiri di hadapan pintu pagar rumah
Sukma. Sukma tidak sempat mengenali tetamu-tetamu misteri itu.
Peristiwa yang berlaku mula berlegar dalam fikiran Sukma dan
meresahkan hatinya. Sikap ibu Sukma yang dahulunya merupakan seorang
yang berkarisma dan berkerjaya tetapi setelah dua tahun berhenti kerja
kerana masalah kesihatan berubah menjadi seorang yang mudah risau,
suka memikirkan hal-hal negatif dan begitu bimbang akan keselamatan
suami dan anak tunggalnya itu. Aya Sukma pula ialah wakil rakyat yang
agak baru di daerah mereka tinggal. Beliau begitu prihatin dan
menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugas sehingga tidak menyedari
wujudnya permasalahan series di depan matanya sendiri.
Sukma masih menuntut di universiti berdekatan dengan daerah tempat
tinggalnya dan dia mengambil jurusan Sains Politik. Sukma merupakan
mahasiswa cemerlang di universiti tersebut serta berkawan baik dengan
Teja, Alvin, dan Jerry yang merupakan teman sekuliahnya. Sukma dan
rakan-rakannya mempunyai teman bernama Rafiq Mustaqeem yang
berdarah kacukan Melayu, Turki, dan Inggeris yang baru pulang dari
Amerika Syarikat serta menyambung pengajian dalam bidang yang sama
dengan mereka..

Sikap dan perubahan Jerry merisaukan Sukma. Melalui Jerry, Sukma


mendapat tahu tentang wujudnya sebuah kelab muzik ekstrem yang
dikenali dengan nama WX2. Kelab itu dianggotai oleh sekumpulan
remaja yang memiliki fahaman baru dan mereka selalu berkumpul
bersama-sama dalam 'ruang sepi' . Sukma bimbang apabila kawan
-kawannya mendapat tahu bahawa Jerry mengikuti kumpulan
undergroundtersebut. Sikap ingin tahu dan rasa prihatin terhadap
gejala sosial remaja sepertinya membuatkan Sukma berusaha mencari
jawapan tentang Kelab WX2 dan juga pencariannya tentang tetamu
misteri jam 6.20 pagi.

Sukma juga perlu berhadapan dengan rakannya yang dikenali sejak kecil
dan merupakan kenalan lama ayahnya, iaitu Iskandar yang turut
menuntut di universiti yang sama. Kemewahan Iskandar membuatkan
dia bersikap angkuh dan mudah menyinggung perasaan orang lain
termasuk Sukma, namun dalam diam Iskandar begitu mengagumi
Sukma dan menyukai gadis itu. Iskandar juga ahli kumpulan 'ruang sepi'
dan apabila Sukma mendapat tahu, dia mengecam serta mendesak
Iskandar supaya membongkar aktiviti sebenar kumpulan 'ruang sepi' itu,
namun Iskandar begitu mempertahankan ruang itu dan menafikan
segala tanggapan songsangSukma.

Dalam masa yang sama, misteri orang yang datang di hadapan rumahnya
pada pukul 6.20 pagi terbongkar satu persatu. Bagai menarik lapisan
halus sebiji bawang, begitulah satu persatu perkaitan tetamu misteri
dengan diri Sukma dan keluarganya serta perkaitan dengan Kelab WX2
terbongkar. Segala rahsia berantaian di daerah tersebut kembali
tertumpu kepada Sukma dan bagaikan Sukma sahaja yang mampu
meleraikan dan menyelesaikan segala kekusutan, kepincangan di dalam
daerah yang luarannya tampak sempurna dan permai belaka.

Sukma yang belajar memahami sejarah keluarganya juga memahami


kenyataan masalah semasa yang sedang merebak dalam kalangan
remaja hari ini. Apabila rahsiadibongkar oleh tetamu pada pukul 6.20
pagi, Sukma akan lebih mengenali latar sejarah ibunya yang juga tidak
diketahui oleh ayah Sukma sendiri. Ibunya begitu berahsia tanpa
diketahui sebab beliau bersikap demikian.

Sukma berani mencabar Iskandar dan Jerry yang sudah berada


dalam kumpulan 'ruang sepi'.Alasan mencari kebebasan dan
hak memilih sebagai remaja, dipatahkan dengan
kebijaksanaan ilmu yang dimiliki oleh Sukma. Sukma akhirnya
meyakinkan Jerry dan Iskandar bahawa pilihan mereka itu
adalah salah dan kumpulan tersebut boleh memesongkan
pegangan diri golongan generasi muda. Kumpulan itu perlu
dihapuskan sebelum merebak dalam kalangan generasi muda.
Apabila Sukma memperoleh satu persatu jawapan yang dicari,
wujud pula kenyataan menyakitkan yang perlu diterima oleh
Sukma. Dia mendapat kepastian tentang perkaitan ibunya
sebagai petualang dan pemimpin 'ruang sepi' di daerah
mereka itu. Semuanya berpunca daripada pengaruhbudaya
dan pemikiran Barat yang boleh menyesatkan cara hidup
remaja dan lebih berbahaya boleh menyesatkan akidah
mereka.
Sukma kecewa akan sikap ibunya. Apabila ayahnya mendapat
tahu akan hal tersebut, beliau juga tidak menyangka bahawa
isterinya mempunyai kuasa dan pengaruhyang begitu besar
untuk melakukan rusuhan yang dicetuskan dalam kalangan
generasi muda. Dengan bantuan jiran Sukma yang juga
seorang pegawai polis, iaitu Ros dan bantuan daripada
Iskandar yang telah sedar akan kesilapannya, akhirnya pihak
berkuasa berjaya mematahkan agenda kumpulan tersebut
yang didapati menyalahgunakan dadah dan bahan kimia yang
mampu mempengaruhi fikiran anak muda dan mengawal
tindakan mereka supaya akur kepada arahan pemimpin
walaupun boleh meragut nyawa mereka sendiri.
Pada bab terakhir novel ini, barulah kita tahu bahawa semua ini
ialah cerita Sukma semasa membuat pengakuan sebagai saksi
di hadapan hakim , peguam, dan para juri . Ketika itu,Sukma
bercakap bagi pihak ibunya yang sedang terlantar koma di
hospital akibat terkena tembakan semasa operasi pihak
berkuasa berhadapan dengan kumpulan anak muda yang
mahu merusuh.
Sukma bersyukur kerana segala sangkaan terhadap ibunya selama

Inti Pati Bab


Bab 1 Isnin

Seorang perempuan tua (nenek) tiba-tiba muncul tepat jam


6:20 Subuh Isnin di hadapan pintu pagar rumah Tuan Haji
Syakir.Sukma, anak Tuan Haji Syakir ingin membuka pintu pagar
rumah tetapi dihalang oleh ibunya, Puan Delia atas alasan tidak
mengenali
perempuan
tua
tersebut.Sukma
yang
tidak
mengendahkan
nasihat
ibunya
terus
membuka
pintu
pagar.Malangnya, perempuan tua tersebut sudah tiada.Keadaan
ini menimbulkan tanda tanya kepada Sukma sehingga dia tidak
dapat menumpukan perhatian pada kuliah kegemarannya iaitu
Tamadun Islam Melalui Seni Bina yang diajar Profesor Darul.
Bab 2 Selasa

Pada jam 6:20 pagi Selasa, seorang lelaki muda muncul di


hadapan pintu pagar rumah Tuan Haji Syakir.Sukma dihalang oleh
ibunya daripada membuka pintu pagar kerana tidak pernah
berjumpa dengan lelaki tersebut atau berhutang apa-apa
dengannya.Tanpa
menghiraukan
amaran
ibunya,
Sukma
membukapintu pagar tetapi lelaki tersebut sudah tiada.Sukma
bertanyakan tentang lelaki tersebut kepada ayahnya dan Haji
Rashid.Mereka berpendapat mungkin lelaki tersebut tinggal
berdekatan dengan kawasan tempat perumahan mereka dan
berhasrat untuk menyatakan masalahnya.Di kawasan rehat kuliah,
Sukma dan Teja berkenalan dengan seorang anak muda bernama
Rafiq iaitu seorang pelajar baharu yang tinggal dan belajar di
Washington sebelum itu.Dalam pada itu, Sukma tertanya-tanya
siapakah diri Rafiq sebenarnya dan sebab dia tiba-tiba
memperkenalkan diri seolah-olah ingin bersahabat atau Sukma
dilanda perasaan.
Bab 3 Rabu

Sukma menunggu kehadiran tetamu 6:20 di balkoni kamar


namun dia disindir oleh ibunya.Ibunya menyatakan bahawa Sukma
kelihatan resah dan mencadangkan agar Sukma berjumpa dengan
kaunselor.Di pintu pagar, muncul 2 ekor kucing jenis Burman iaitu
seekor berwarna hitam dan seekor berwarna putih.Namun kucing
itu menghilang ketika Sukma membuka pintu pagar.Ayah Sukma
mengajak Sukma ke Majlis Sumbangan Amal Persatuan Kraf Wanita
Daerah yang kemungkinan dihadiri juga oleh Iskandar, kawan

Bab 4 Rabu Malam

Sukma yang mengikut ayahnya ke majlis melibatkan orang


kampung dan ahli persatuan telah bertemu dengan Ehsan berusia 3
tahun yang menghidap penyakit jantung dan penyakit kulit.Di majlis
tersebut juga, Sukma bertemu dengan Rafiq dan Iskandar .Sukma
tidak suka bercakap dengan Iskandar kerana Iskandar suka
menyalahkan pentadbiran, merendahkan orang lain, suka melihat
sesuatu dari sudut yang songsang dan suka meniru gaya
barat.Ketika di majlis itu juga, Sukma ternampak perempuan tua
(nenek) yang muncul di pintu pagar rumahnya pada 6:20 subuh Isnin
tetapi tidak berkesempatan berjumpa dengannya.
Bab 5 Khamis

Jam 6:20 pagi Khamis, seorang kanak-kanak lelaki berusia 5


tahun berdiri di pintu pagar Tuan Haji Syaqir.Sebaik ternampak
kanak-kanak lelaki tersebut, Sukma bergegas ke arahnya untuk
bertanya soalan.Kanak-kanak tersebut ketakutan dan melarikan
diri.Ibu memarahi Sukma kerana membuka pintu pagar disebabkan
dia bimbang akan keselamatan Sukma.Di bilik kuliah, Alvin
bertanyakan sebab Jerry berada di Kelab WX2.Sukma dan Teja
tertanya-tanya tentang kelab tersebut kerana mereka tidak pernah
mendengar tentangnya.Alvin menerangkan bahawa kelab tersebut
ialah kelab hiburan yang mengandungi muzik metal ekstrem dan ahli
kelabnya sentiasa berkumpul di dalam bilik yang dipanggil ruang sepi
bagi mendalami ilmu mencari realiti.Sukma dan rakan-rakannya
berkumpul kerana mencari bahan kajian isu peperangan dan
penindasan melanda dunia.Jerry memberitahu Sukma tentang Kelab
WX2 dan menyatakan Iskandar juga terlibat dalam kelab tersebut.
Bab 6 Khamis Malam

Sukma memberitahu ayahnya tentang kemunculan tetamu


misteri pada jam 6:20 di depan pintu pagar rumah mereka.Sukma
meminta ayahnya mencari tetamu tersebut untuk mengetahui sebab
mereka hadir ke rumah mereka.Ibu mengatakan bahawa Sukma
stres dan mencadangkan kepada ayahnya supaya membawa Sukma
pergi melancong.Teja mengajak Sukma ke Kafe Flora iatu kafe milik
ibu saudaranya, Su Ani yang berkonsepkan tradisional.Di sana,
mereka berkenalan dengan ahli kumpulan Waris Cinta iaitu
sekumpulan 30 orang anak muda dari Sarawak yang mengadakan
persembahan tarian tradisi.Sukma bertukar-tukar pandangan dengan
Reny tentang seni tradisi.Sukma menyatakan bahawa dia ialah guru
zapin yang mengajar tarian zapin kepada kanak-kanak berusia 5
hingga 12 tahun di kawasan perumahannya.

Bab 7- Jumaat

Jam 6:20 pagi, Sukma menunggu di bangku rehat berdekatan pintu


pagar rumahnya untuk menemui kanak-kanak yang pernah muncul
sebelum itu.Kanak-kanak tersebut lapar dan Sukma mengajaknya
masuk ke rumah untuk memberinya makanan.Nama kanak-kanak itu
ialah Aim.Ibu memarahi Sukma kerana membawa kanak-kanak
tersebut masuk ke rumah.Aim yang terdengar suara ibu melarikan diri
keluar.Apabila Sukma ingin mencari Aim, dia terserempak dengan Pak
Rashid.Sukma mengajak Pak Rashid mencari Aim di kawasan sekitar
perumahannya.Apabila tidak menemui Aim, mereka pulang ke
rumah.Ros menyapa Sukma dan bertanya sebab dia bergegas keluar
dengan Pak Rashid.Sementara itu, ibu mencari jawapan tentang
kerisauan yang melanda Sukma.Ibu beranggapan Sukma banyak
berubah dan merahsiakan sesuatu daripadanya.Sukma menduduki
peperiksaan untuk kuliah Profesor Darul.Selepas peperiksaan, Sukma
dan rakan-rakannya berbincang tentang istilahterrorism.Rafiq pula
menegur Jerry yang kelihatan seperti tidak cukup tidur.Rafiq
memberitahu bahawa dia dan Alvin ternampak Jerry dan mengetahui
aktiviti yang dilakukannya semalam.
Bab 8 Jumaat Petang

Sukma, Teja, Alvin dan Rafiq menunggu kedatangan Jerry yang ingin
berjumpa dengan mereka di belakang rumah kedai tidak jauh dari Kelab
WX2 pada jam 6.00 petang namun Jerry tidak muncul sehingga 6.20
petang.Di seberang jalan, Sukma ternampak anak muda yang pernah
muncul di pintu pagar rumahnya.Sukma pergi ke arah lelaki tersebut
untukmendapatkan penjelasan tentang kehadiran dia di hadapan pintu
pagar rumahnya namun lelaki tersebut terpinga-pinga sahaja.Rafiq
pula menarik Sukma untuk bergerak ke arah Jerry yang dilihatnya di
pintu Kelab WX2 bagiberjumpadengannya. Jerry menyatakan dia
tidak dapat bercakap dengan mereka tetapi berjanji untuk berjumpa
dengan mereka pada malam itu.Sukma keliru tentang kewujudan Kelab
WX2 yang boleh mendapat lesen perniagaan sedangkan kelab tersebut
mengajarsatu fahaman yang meragukan.Iskandar pula muncul di
Kelab WX2 dan mempersoalkan kehadiran Sukma dan Rafiq di
situ.Sukma menyatakan bahawa dia mengetahui tentang WX2 dan
ruang sepi.Iskandar memujuk Sukma supaya balik ke rumah tetapi
Sukma berkeras ingin masuk ke Kelab WX2.Akhirnya hanya Iskandar
yang memasuki kelab dan Sukma hanya memerhatikannya.

Bab 9 Jumaat Malam

Sukma resah memikirkan tetamu misteri 6:20, Jerry yang


menghadapi krisis diri, Kelab WX2 dengan ruang sepi yang menjadi
tarikan kepada anak muda dan Iskandar yang berkelakuan
pelik.Rafiq mengajak Sukma untuk berjumpa di Kafe Flora untuk
berbincang tentang Jerry dan beberapa perkara lain.Ketika ingin
keluar rumah, Ros menegur Sukma lantas menawarkan diri untuk
menghantar Sukma ke Kafe Flora. Di dalam kereta, Ros menyatakan
bahawa dia ingin menjenguk Kelab WX2 dan mengingatkan Sukma
supaya berhati-hati.Sukma berjumpa dengan Rafiq dan Rafiq
memberitahu bahawa dia mengenali lelaki yang pernah muncul di
pintu pagar rumah Sukma pada Selasa lalu.Lelaki tersebut ialah
Abang Aim iaitu pekerja di ladang ayahya tetapi telah menghilang
enam bulan lalu.Walau bagaimanapun, Abang Aim telah berjumpa
dengan ayahnya untuk meminta maaf dan menceritakan
masalahnya pada minggu lalu. Sukma meminta Rafiq untuk
membawanya bertemu dengan Abang Aim bagi merungkaikan
misteri tetamu 6:20. Rafiqjuga memberitahu bahawa Jerry telah
datang berjumpa dengannya dan Alvin.Jerry menyatakan bahawa
Kelab WX2 tidak berbahaya dan ruang sepi adalah tempat remaja
berkumpul, berbincang dan berbual. Walau bagaimanapun Sukma
mengesyaki
Rafiq
tidak
menceritakan
hal
sebenar
kepadanya.Rafiq
menjelaskan
bahawa
dia
tidak
dapat
menceritakan hal sebenar kerana tidak dibenarkan oleh Jerry.
Akhirnya, Sukma dan Rafiq mengambil keputusan untuk ke rumah
Jerry tetapi mereka berjumpa dengan Jerry yang berpakaian serba
hitam di dalam bas yang dinaiki oleh mereka.Selepas berhenti,
Sukma bertanya tentang penampilan Jerry yang berubah itu.Jerry
menjelaskan bahawa hidupnya kosong dan segala aturan hidupnya
ditentukan oleh ibu dan bapanya.Jerry menyatakan dia bergembira
apabila berada di Kelab WX2 kerana dia bebas bersuara dan
membuat pilihan.
Bab 10 Sabtu

Sukma bertemu dengan perempuan tua (nenek) yang muncul di


pintu pagar rumahnya pada pagi Isnin lalu.Sukma bertanya
tentang asal usulnya.Nenek tersebut memberitahu bahawa rumah
Sukma panas dan meminta Sukma menyejukkannya.Sukma juga
diminta untuk meredakan suasana yang tidak aman di dalam
rumah.Sukma manjadi hairan dengan pesanan nenek itu.Sukma
berjumpa dengan Teja. Rafiq dan Alvin di Kafe Flora.Kedatangan
mereka disambut oleh Reny.Reny memberitahu bahawa dia
mengenali Iskandar dan juga mengetahui tentang ruang sepi di
Kelab WX2.Sukma ke Kelab WX2 dan memasukinya.Setelah
melihat di sekeliling kelab, Sukma mendapati bahawa kelab

Bab 11 Sabtu Lagi

Sukma berjumpa dengan Iskandar di Kelab WX2.Sukma berasa agak


terkejut dengan sikap Iskandar yang begitu ramah dengannya
berbanding dengan sebelum ini.Iskandar seronok menceritakan
tentang aktiviti yang dijalankan di kelabnya itu, bukan sahaja
mendendangkan lagu-lagu bahkan terdapat juga persembahan wayang
kulit yang diundang khas dari Kelantan.Sukma berasa hairan kerana
tidak mengetahui kehadiran WX2 di situ.Sambil menurunkan kerusi dari
atas meja, Iskandar dan Sukma bercerita tentang rakan mereka yang
bernama Reny dan misi kelab mereka.Sukma berlegar-legar di ruang
kelab itu dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kelab
tersebut terutama sikap Iskandar yang mula menampakkan keganjilan
apabila Sukma bertanyakan tentang Jerry.Reny tiba-tiba muncul dan
memohon maaf kepada Sukma.Sukma terus mendesak rasa ingin
tahunya
tentang
fungsi
kelabnya
itu
kepada
Reny
dan
Iskandar.Iskandar menyakinkan Sukma bahawa kelab tersebut
hanyalah ruang untuk perdebatan dan perkongsian idea.
Bab 12 Sabtu Siang

Sukma berjumpa Aim (kanak-kanak) di Kedai Runcit Ah Leong.Sukma


mendapatkan penjelasan daripada Aim sebab-sebab kedatangannya
pada waktu Subuh di rumah Sukma.Aim merupakan anak yatim piatu
dan cucu kepada Nenek.Aim melewati rumah Sukma pada Subuh hari
itu kerana ingin mengikuti neneknyake pasar untuk berniaga buahbuahan.Sukma mengajak Aim ke rumahnya.Teja dan Rafiq telah
menunggu di rumah Sukma.Teja menanyakan tentang Kelab WX2
kepada Sukma.Sukma menjelaskan bahawa keadaan kelab tersebut
berbeza dengan yang diceritakan oleh Alvin dan Jerry.Teja juga pernah
dua kali memasuki kelab tersebut.Dia inginmendapatkan kepastian
daripada Sukma tentang ruang sepi kelab itu.Ruang sepi itu merupakan
tempat yang penting bagi kumpulan yang dianggotai Iskandar dan
rakan-rakannya.Kewujudan ruang sepi itu begitu menjadi tanda tanya
kepada Sukma.Sedang mereka berbincang, ibu Sukma balik ke rumah
bersama-sama pemandu kereta mereka iaitu Pak Rashid.Sukma
meminta Teja membawa Aim ke biliknya.Rafiq meminta izin
pulang.Sukma berusaha membawa Teja dan Aimkeluar dari biliknya
tanpa pengetahuan ibunya setelah mendapat pandangan daripada
bapanya.Namun begitu, apabila mendapati Aimtertidur di dalam
biliknya, Sukma hanya meminta Teja pulang dahulu.Sukma cuba
mendapatkan penjelasan daripada Pak Rashid tentang ibunya yang
sering keluar pagi-pagi hari.Namun, Pak Rashid tidak memberitahu apaapa dan hanya meminta Sukma mencari jawapannya sendiri tetapi dia
sedia membantu.

Bab 13 Sabtu Petang

Selepas solat Asar, Sukma turun ke tingkat bawah untuk meninjau


situasi sebelum membawa Aim keluar dari biliknya.Ketika itu juga
ibunya memanggil Sukma dan menunjukkan buku yang dibelinya
untuk Sukma.Buku itu menceritakan tentang cara-cara
menangani tekanan.Sukma tidak menyenangi cara ibunya yang
menyangka dia mengalami tekanan jiwa.Tuan Haji Syaqir cuba
menenangkan keadaan dengan menanyakan masalah Sukma dan
meminta Sukma memohon maaf kepada ibunya nanti.Sukma
berjanji akan meminta maaf dengan ibunyaatas sikapnya
tadi.Sukma lebih tertarik untuk berbincang dengan ayahya
tentang masalah remaja yang berlaku kini.Akan tetapi Tuan Haji
Syaqir meminta Sukma mendapatkan keterangan lanjut daripada
Kak Ros.Sukma tahu ayahnya telah melaksanakan pelbagai
program kepada remaja di tempatnya namun begitu ada yang
tidak diketahui oleh Tuan Haji Syaqir tentang wujudnya ideologi
yang mempengaruhi pemikiran remaja tersebut.
Bab 14 Sabtu Malam

Aim membawa Sukma, Teja dan Rafiq ke rumahnya untuk bertemu


dengan Abang Aim.Menurut Rafiq,Abang Aim tinggal di sebuah
pondok di belakang rumah Tuk Siak.Ayah Rafiq telah menawarkan
pekerjaan kepadanya tetapi dia menolaknya.Ketika Abang Aim
berjumpa dengan ayah Rafiq, dia telah diberikan wang sebanyak
RM 500.00 walaupun Abang Aim menolak.Masyarakat di situ tidak
suka kepada Abang Aim kerana dikatakan menghidap AIDS.Abang
Aim menasihati Sukma supaya berhati-hati dan memintanya
membongkar rahsia yang menyelubungi rumahnya.Tiba-tiba,
Iskandar datang untuk menjelaskan tentang ruang sepikepada
Sukma.Sukma pula mendapatkan kepastian daripada Iskandar
tentang kehilangan Jerry.Iskandar sendiri tidak mengetahui ke
mana Jerry menghilang sebaliknya dia menerangkan kebebasan
membuat pilihan dalam hidup.Sukma beranggapan bahawa
kebebasan memilih haruslah yang positif dan bukannya yang
menghancurkan hidup sendiri.Sukma meninggalkan rumah Abang
Aim
dan
menghantar
Aim
(kanak-kanak)
ke
rumah
neneknya.Sukma meminta maaf daripada nenek kerana
terlambat menghantar Aim pulang. Nenek seorang bidan dan
pengasuh kepada Sukma pada masa lalu. Nenek menceritakan
keadaan kelahiran Sukma dan Puan Delia yang sakit dan dia
sendiri menjaga Sukma selama 2 bulan. Nenek juga memberitahu
tentang cucunya yang hampir seusia Sukma meninggal dunia
kerana demam panas. Sukma juga mendapati gambarnya yang
ketika berusia 4 bulan ada tergantung di rumah nenek itu.Semua
yang diceritakan oleh nenek dan jam 6:20 menjadi tanda tanya

Jerry menangis atas kesilapan yang dilakukannya. Sukma memujuk dan


meminta Jerry menceritakan semua yang telah berlaku. Jerry hanya
meminta Rafiq dan Sukma menghantarnya pulang kerana dia telah
lama
meninggalkan
rumahnya.
Selepas
menghantar
Jerry
pulang,Sukma dan Rafiqpergi ke rumah Abang Aim untuk
mendapatkan penjelasan tentang Kelab WX2. Sukma telah bersedia
mendengar segala penjelasan daripada Abang Aim. Menurut Abang
Aim, dia tidak menyuruh nenek dan cucunya pergi ke rumah Sukma
pada pukul 6:20 pagi yang lalu. Ayah Sukma juga tidak tahu apa-apa
yang telah berlaku. Anggota kelab itu sangat ramai dan mereka
sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk memastikan agendadan
perancangan mereka terhasil.Mereka sangat cekap sehingga boleh
menghilangkan segala bukti yang ada. Pengikut kumpulan ini juga
terdiri daripada 80% remaja berusia antara 15 hingga 21 tahun.
Mereka terdiri daripada pelajar yang cemerlang. Mereka tidak
mengganggu Sukma kerana menghormatiibunya Puan Delia.Sukma
pulang ke rumah dan diberitahu oleh ayahnya bahawa Kak Ros ingin
berjumpa dengannya. Sukma cuba mendapatkan sokongan serta
pendapat ayahnya tentang Kelab WX2. Dia berusaha meyakinkan
ayahnya supaya mengambil tindakan terhadap kelab itu dan ibunya
Puan Delia.Iskandar tiba-tiba datang ke rumah Sukma dan meminta
Sukma tidak melakukan apa-apa kerana mereka ramai serta berada di
serata tempat. Menurut Iskandar, mereka membunuh secara psikologi.
Namun begitu, Sukma telah bertekad untuk melaporkan kepada Kak
Ros yang merupakan anggota polis. Dia juga meminta Kak Ros
mendapatkan segala maklumat tentang kegiatan kumpulan itu
daripada Jerry dan Iskandar.
Bab 16 Ahad

Iskandar datang untuk berjumpa dengan Sukma tetapi telah


didahului oleh Puan Delia, ibu Sukma.Prasangka kepada ibunya
semakin kuat kerana sikap ibunya yang kelihatan seperti merahsiakan
sesuatu. Nenek dan Aim (kanak-kanak) datang ke rumah
Sukmauntuk menunjukkan kubur anaknya iaitu ayah Aim yang mati
kerana
menanyakan
kebenaran.Sukma
cuba
mendapatkan
penjelasan daripada nenek tentang ibunya yang terlibat dalam
kumpulan tersebut. Titisan air mata nenek seperti membenarkan apaapa yang telah diterangkan oleh Abang Aim.Sukma pulang ke rumah
dan mendapati ibunya telah keluar dengan menggunakan kereta
ayahnya. Sukma mengajak Kak Ros ke Kelab WX2 dan meminta
ayahnya melaporkan kepada pihak berkuasa. Sukma menjelaskan
segala yang telah berlaku dan siapa ibunya yang sebenar kepada
ayahnya.

Bab 17 Ahad Pagi

Pada pagiAhad, Teja dan Rafiq telah menungguSukma di


hadapan Kelab WX2. Kak Ros dan Sukma serta rakan-rakannya telah
memasuki premis Kelab WX2 tetapi tidak menemui sebarang maklumat
yang mencurigakan. Jerry telah datang untuk berjumpa Sukma dan
memberitahu bahawa dia bersama-sama keluarganya akan pergi dari
daerah itu, tetapi Sukma meminta Jerry memberikerjasama dengan
membuat keterangan sebagai saksi nanti. Jerry menceritakan bahawa
sasaran kumpulan itu amat besar. Mereka mewujudkan fahaman baharu
yang bermatlamatkan kekuasaan. Setiap ahli kumpulan telah ditentukan
pilihan, kebebasan dan kehidupan yang bakal diperoleh oleh mereka.
Mereka juga disuntik dengan cecair yang berwarna merah yang dikenali
sebagai Pati 1 bagi memastikan aktiviti mempengaruhi pemikiran
mereka lebih mudah dijalankan. Menurut Jerry lagi, terdapat juga
suntikan yang lain digunakan untuk mereka bertindak lebih ganas
kerana hilang kewarasan dan ditekan oleh depresi yang keterlaluan.
Suntikan ini diberi kepada mereka yang ingkar dan cuba membongkar
rahsia pergerakan mereka.Semua ini telah dialami oleh Abang
Aim.Menurut Jerry lagi, Kelab WX2 itu adalah ruang sepi dan bukan
sekadar kelab hiburan semata-mata.
Bab 18 Ahad Petang

Rafiq datang bertemu Sukma untuk memberitahu bahawa Iskandar


telah memberi maklumat tentang tempat kumpulan Kelab WX2
berkumpul iaitu di bangunan biru di hujung daerah itu. Mereka akan
memulakan aktiviti mereka pada malam itu di bandar raya. Bilangan
mereka sangat ramai. Mereka akan membuat rusuhan. Rafiq telah
melaporkan
kepada
Kak
Ros
tentang
perancangan
tersebut.Iskandartiba-tibadatang dan memberitahu kepada Sukma
bahawa dia telah sedar akan kesilapan yang telah dilakukannya dan dia
berjanji membantu Sukma menyelesaikan masalah tersebut. Sukma
menasihati Iskandar agar menghindari aktivis seperti itu.Mereka
meneruskan perancangan berdasarkan maklumat yang diberi oleh
Iskandar. Pihak berkuasa juga telah sampai ke tempat yang diberitahu.
Beberapa jam kemudian, pihak polis telah berjaya membuat tangkapan
terhadap ahli-ahli kumpulan tersebut.
Bab 19 Hari Ini

Sukma berasa bersalah kerana mengesyaki ibunya terlibat dalam


kumpulan itu. Sebenarnya, Puan Delia ialah perisik kerajaan yang
menganggotai kumpulan WX2 untuk mengetahui dengan lebih
mendalam teori dan pemikiran yang cuba diserapkan oleh anasir yang
menyerang secara senyap. Puan Delia telah tercedera dan koma di
hospital akibat terkena tembakan ahli kumpulan itu semasa operasi.

Tema
Jati diri remaja yang diuji dengan anasir Barat dan pengaruh kemodenan.
Jati diri yang eguh akan melahirkan pewaris yang bijak dan terarah serta
mempunyai nilai moral dan keperibadian tinggi. Kekuatan jati diri remaja
yang dibina dalam novel ini dapat dilihat melalui watak Nur Sukma Hj
Syaqir dan Rafiq Mustaqeem. Begitu juga hadirnya watak-watak lain
seperti watak Iskandar, Teja, Alvin, dan Jerry. Jati diri remaja yang
dibimbing akan menghasilkan insan yang prihatin terhadap keadaan
sekeliling, perasaan kasih sayang sesama keluarga, serta memupuk
persahabatan tanpa mengira bangsa dan agama

Persoalan
Dedikasi terhadap tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.
Contohnya, Haji Syaqir, iaitu ayah kepada Sukma merupakan wakil rakyat
berdedikasi terhadap tugasnya. Beliau terlibat dalam kerja amal
membantu penduduk yang memerlukan bantuan dan sentiasa prihatin
terhadap masalah yang dihadapi oleh mereka. Begitu juga dengan ibu
Sukma, iaiyu Puan Delia yang suatu ketika dahulu merupakan seorang
pemimpin wanita yang disegani dan dihormati di tempat kerja kerana
kerajinan dan dedikasinya dalam menjalankan tugas.

Rasa curiga dan perasaan ingin tahu yang menebal dalam diri
Contohnya, Sukma terkeesan dengan kejadiran tetamu-tetamu misteri yang
tidak dikenali muncul di hadapan pintu pagar rumahnya pada pukul 6:20
pagi. Pencarian yang berpunca daripada rasa curiga itu membawa
Sukma menemukan kisah silam keluarganya yang mempunyai tragedi
yang tersendiri dan kini berkaitan dengan segala yang berlaku di
daerahnya itu.

Ketidaksefahaman antara generasi tua dengan generasi muda


Contohnya, Sukma dan ibunya sering berselisih pendapat kerana ibunya
sentiasa memikirkan hal yang tidak baik akan berlaku kepada anaknya.
Sebaliknya, Sukma melihat ibunya terlalu suka merungut, berfikiran
negatif, dan mementingkan nama serta taraf sebagai isteri wakil rakyat
semata-mata. Jerry pula tertekan kerana dia merasakan ibu bapanya
asyik mengongkong hidupnya sementara ibu bapa Jerry hanya
mahukan yang terbaik untuk kejayaan hidup anak mereka.


Nilai persahabatan yang kukuh akan melahirkan rasa
ingin membantu dalam apa-apa jua keadaan.
Contohnya, Sukma berusaha mahu membebaskan Jerry
daripada pengaruh
negatif akibat
kemunculan kelab WX2. Sementara itu, Rafiq tidak sampai hati dan
bimbang mahu meninggalkan Sukma sendirian ketika menunggu
Jerry di luar kelab WX2 lalu dia menunggu Sukma di sekitar
kawasan tersebut. Rafiq dan Teja turut sama membantu Sukma
mendapatkan maklumat tentang tetamu-tetamu misteri.

Pengorbanan yang dilakukan demi melaksanakan tugas


yang telah diamanahkan.
Contohnya, ibu Sukma sanggup merahsiakan tugas berat yang
sedang digalasnya daripada pengetahuan orang lain termasuk
suami dan anak kesayangannya. Lelaki bernama Ain dicemuh
masyarakat kerana menyangka dia lelaki yang jahat kerana
menghidap penyakit AIDS sedangkan dia dianiaya dan diberi dadah
yang menjadi punca dia menghidap penyakit tersebut.

Kesakitan dan kesusahan hidup terubat dengan adanya


orang yang dikasihi.
Contohnya, nenek yang menjaga cucunya yang kecil bernama
Aim, reda menghadapi segala ujian dan hidup dalam serba
kekurangan kerana cucunya yang semakin membesar dan bijak itu
begitu menyayanginya. Kanak-kanak yang bernama Ehsan pula
begitu tabah meneruskan kehidupan bersama-sama dengan
keluarga dan masyarakat yang prihatin terhadap dirinya meskipun
dia menderita penyakit jantung dan kulit yang series.

Bersedia memaafkan kesalahan mereka yang tersayang


dan menerima kembali kehadiran mereka dengan hati yang
terbuka.
Contohnya, Sukma berasa bersalah terhadap tuduhan yang
telah dilemparkan terhadap ibunya sedangkan ibunya telah banyak
berkorban demi tugas malah
menerima kembali ibunya sengan
penuh rasa kasih sayang. Ibu dan ayah Jerry yang mulanya terkejut
akan perubahan anak mereka yang terlibat dalam Kelab WX2, telah
menerima Jerry dengan hati yang terbuka apabila Jerry sedar akan
kesalahannya dan dengan hati yang terbuka apabila Jerry sedar
akan kesalahannya dan kembali ke pangkuan mereka.

Pengaruh budaya dan cara berfikir dari luar dapat


membuatkan remaja tersalah membuat pilihan
hidup.
Contohnya, muzik Black Metal yang terdapat dalam Kelab
WX2 mempengaruhi cara remaja berpakaian dan
menunjukkan citra atau imej budaya Barat seperti cara
Jerry berpakaian di luar kampus. Muzik dan segala
maklumat daripada internet begitu mudah mempengaruhi
pemikiran remaja apabila wujudnya ajaran baru yang
disampaikan terutamanya tentang makna kebebasan
hidup dalam mengejar kemodenan seperti yang diajarkan
dalam ruang sepi Kelab WX2.

Watak dan Perwatakan


a)
b)

Watak utama dalam novel ini ialah Nur Sukma Haji Syakir.
Watak sampingan terdiri daripada Rafiq Mustaqeem, Haji
Syaqir, Puan Delia, Teja, Jerry, Alvin, Haji Rasyid dan lain-lain

Nur Sukma Haji Syaqir (Watak Utama)

Merupakan anak tunggal Haji Syaqir dan Puan Delia.


Berusia 19 tahun.
Bertubuh kurus dan sederhana tinggi.
Berpenampilan kemas dan cantik.
Mahasiswa peringkat diploma dalam jurusan Sains Politik
di sebuah Institusi Pengajian Tingii Awam Malaysia. Dia
tidak tinggal di asrama kerana jarak antara kampus dengan
rumahnya tidak jauh.
Mempunyai teman rapat bernama Teja dan mereka telah
berkawan sejak di bangku sekolah menengah lagi. Temantemannya yang lain ialah Alvin, Jerry dan Rafiq Mustaqeem.
Sukma dikenal sebagai mahasiswa yang aktif dan cemerlang
dalam akademik. Dia sering menyuarakan pendapat yang
bernas mengikut topik yang diajarkan semasa kuliah begitu
juga sewaktu perbincangan dalam kumpulan bersama-sama
dengan rakan- rakannya.
Sukma mempunyai karisma sebagai seorang pemimpin dan
dia tidak pernah kenal erti putus asa. Dia tidak sanggup
membiarkan kawannya, Jerry terus bergelumang dalam perkara
negatif malah dia tidak pernah jemu menasihati Jerry agar kembali
ke pangkal jalan.
Sukma lebih rapat dengan ayahnya berbanding dengan
ibunya. Buktinya, Sukma boleh berbincang dan berbual dengan
baik ketika bersama-sama dengan ayahnya, sebaliknya apabila
bersama ibunya, mereka sering bertengkar dan berselisih pendapat.
Kadang kala Sukma begitu naif akan realiti masalah sosial
remaja. Buktinya, dia seorang sahaja yang masih belum
mengetahui kewujudan
Kelab WX2, sedangkan kawan-kawannya termasuk Rafiq yang
baru pulang ke Malaysia telahpun mengetahui perkara tersebut.

Pantang dicabar dan tidak mudah mengalah. Dia berusaha


bersungguh-sungguh untuk mencari jawapan terhadap
kemunculan tetamu-tetamu misteri di hadapan pintu pagar
rumahnya pada pukul 6:20 pagi.
Bijak berkata-kata, tidak terlalu cepat mengikut emosi,
serta mampu mengimbangkan nilai akal dengan perasaan.
Meskipun terkejut dan berasa marah apabila melihat penampilan
Jerry, Sukma masih dapat mengawal emosinya dan mmampu
memberikan kata-kata nasihat serta peringatan kepada sahabat
baiknya itu supaya tidak memilih jalan .
Amat prihatin, mudah tersentuh dan berhati lembut. Dia
terharu melihat ketabahan Ehsan, kanak-kanak yang menderita
penyakit jantung dan kulit yang series.
Mudah berkecil hati terutamanya jika ada sesiapa yang
berbohong dengannya lebih-lebih lagi teman-teman
rapatnya. Sukma berkecil hati dengan Teja apabila dia
mendapat tahu bahawa Teja juga telah mengetahui tentang
kewujudan Kelab WX2 tetapi tidak pernah menceritakann hal itu
kepadanya sebelum ini.

Rafiq Mustaqeem (Rafiq)

Teman baharu dan teman sekuliah Sukma serta


menyambung pengajian bidang yang sama dengan
Sukma.
Berpenampilan segak dan tampan.
Berusia 19 tahun.
Seorang anak tunggal.
Berdarah kacukan Melayu, Timur Tengah dan
Inggeris. Ayahnya berbangsa Melayu manakala ibunya
berbangsa Turki dan mereka terdiri daripada golongan berada.
Tinggal di Washington sejak kecil dan kini pulang ke
Malaysia atas urusan kerja ayahnya. Dia tinggal di kawasan
kejiranan yang sama dengan Sukma, iaitu di Taman Megah.
Sebelum mengenali Sukma, dia pernah terserempak dengan
Sukma ketika sedang berbasikal di kawasan kejiranan tersebut.
Berjati diri yang kukuh. Walaupun dibesarkan di Barat, namun
dia tidak lupa akan budaya Timur malah ibu bapanya
memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak
tunggal mereka itu.

Mahasiswa cemerlang semasa menuntut di sebuah


universiti di Amerika dahulu. Dia telah diminta oleh Prof.
Darul untuk menjelaskan topik pelajaran yang telahpun
depelajarinya ketika di sana dan ternyata
persembahannya mendapat pujian Prof. Darul serta
teman-temannya
Berpewatakan sederhana dan seorang yang merendah
diri. Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang berada, namun
Rafiq sentiasa bersikap sederhana. Dia tetap merendah diri
ketika Prof. Darul mengatakan bahawa dia merupakan pelajar
terbaik di universitinya sebelum ini.
Rafiq begitu tertarik akan keperibadian Sukma. Dia
sentiasa mengambil berat tantang Sukma dan selalu membantu
gadis itu.
Tenang dan tidak bertindak secara terburu-buru. Apabila
Sukma hilang sabar dan marah akan perubahan Jerry,
Rafiq lebih bersikap tenang dan rasional menghadapi
situasi tersebut.

Iskandar (Is)

Kawan lama Sukma.


Berumur 19 tahun.
Belajar di universiti yang sama dengan Sukma.
Berasal daripada keluarga yang berada.
Suka bergaya, agak sombong dan berlagak.
Iskandar begitu yakin dengan dirinya sendiri sehingga
memperlekehkan orang lain. Dia tidak pernah
menghiraukan perasaan orang lain yang tersinggung dengan
sikapnya.
Sering bercakap sinis. Dia terlalu berlagah dengan Sukma
malah tidak pernah sependapat dengan gadis itu.
Merupakan ahli penting dalam Kelab WX2.
Iskandar begitu menjaga rahsia Kelab WX2. Dia berusaha
sedaya upaya memujuk Sukma agar tidak masuk campur
dengan urusan Kelab WX2.
Mengambil berat tentang Sukma. Dia bimbang akan
keselamatan Sukma yang mahu menyiasat aktiviti sebenar Kelab
WX2.

Haji Syaqir (ayah)

Ayah Sukma dan suami kepada Puan Delia.


Merupakan wakil rakyat di daerah tempat tinggalnya.
Berusia dalam lingkungan 50-an.
Masih segak, tegap, cergas, sihat dan sentiasa berfikiran
positif.
Amat rapat dengan anaknya, Sukma. Walaupun sibuk dengan
tugas, beliau masih meluangkan masa dengan bertanyakan
perkembangan anak tunggalnya itu.
Suka menolong orang. Dia sentiasa menolong dan prihatin
terhadap kesempitan serta kesusahan masyarakat di sekelilingnya.
Seorang pemimpin berkarisma tinggi. Dia amat
bertanggungjawab dalam memastikan tugas yang diamanahkan
kepadanya dapat dilunaskan dengan sebaik-baiknya.
Bukanlah seorang yang terlalu tegas terutama sekali dengan
isterinya. Beliau memberikan sepenuh kepercayaan kepada
isterinya,
Puan Delia kerana yakin akan kejujuran isterinya itu
sama ada di dalam rumah mahupun sewaktu di luar rumah.

Puan Delia (Ibu)

Ibu kepada Sukma dan isteri Haji Syaqir.


Berusia lingkungan 40-an dan masih kelihatan cantik.
Suri rumahtangga sepenuh masa setelah berhenti kerja 2
tahun lepas atas nasihat doktor kerana menghidap darah
tinggi yang series.
Ketika bekerja dulu, Puan Delia dikenal sebagai seorang
yang lemah lembut, sederhana, dan dihormati kerana
kebijaksanaannya. Menjalankan tugasnya dengan amanah,
teliti dan berdisiplin.
Setelah berhenti kerja, Puan Delia berubah menjadi seorang
yang cepat susah hati, terlalu menjaga gerak-geri ahli
keluarganya .
serta sentiasa pesimis terhadap orang di sekelilingnya.
Memegang pada janji. Beliau terpaksa menembunyikan statusnya
sebagai perisik kepada sebuah unit khas negara dan tugasnya adalah
menyamar sebagai orang penting dalam Kelab WX2 semata-mata
demi menyelamatkan jati diri anak bangsa.

Jerry

Salah seorang kawan baik Sukma di universiti.


Sebaya dengan Sukma (19 tahun)
Berbangsa Cina dan merupakan rakan sekuliah Sukma.
Sangat mudah terpengaruh oleh perkara baru. Dia
begitu cepat menerima apa-apa yang disampaikan
oleh Kelab WX2 tanpa membuat penilaian baik atau
buruk perkara itu.
Kurang keyakinan diri dan hatinya agak lemah. Dia gentar
apabila berhadapan dengan Sukma yang sentiasa
mendesaknya dengan bertanyakan ke mana hilangnya diri Jerry
yang sebenar setelah dia mengikuti Kelab WX2.
Berpakaian gaya Black Metal dan Gothic apabila di luar
kampus. Dia memakai seluar dan baju kulit berwarna hitam,
mengenakan celak yang agak tebal manakala kukunya
diwarnakan hitam serta wajahnya pucat akibat solekan bedak
putih yang tebal.

Teja

Merupakan kawan baik Sukma sejak di bangku sekolah


menengah.
Berusia 19 tahun dan sekarang pula menjadi teman
sekuliah Sukma.
Gadis yang manis, lincah dan agak nakal. Gayanya comel
dan mencuit hati.
Sangat setia dalam persahabatan dan begitu mengambil
berat tentang Sukma.
Mengagumi keperibadian dan kebijaksanaan Sukma.
Selalu mendapatkan tunjuk ajar daripada Sukma
kerana dia menghadapi sedikit masalah untuk
memahami pelajarannya.
Seorang yang penakut. Dia mengetahui tentang
kewujudan Kelab WX2 tetapi dia tidak berani berterus
terang kepada Sukma kerana bimbang Sukma akan
mengadukan hal tersebut kepada ayahnya, Haji Syakir.

Alvin

Kawan baik Sukma dan rakan sekuliah Sukma.


Berusia 19 tahun. Berbangsa Serani.
Suka mengambil tahu hal kawan-kawannya.
Lebih akrab dengan Jerry.
Suka berterus terang. Dia terus bertanya kepada Jerry
apabila pernah ternampak kelibat Jerry di Kelab WX2
semata-mata untuk mendapatkan kepastian deripada
sahabatnya itu sendiri.
Mahasiswa yang rajin mengulang kaji pelajaran. Dia sering
mengikuti perbincangan secara berkumpulan bersamasama dengan Sukma dan rakan-rakannya yang lain.
Mengetahui kewujudan Kelab WX2. Dia menjelaskan
aktiviti kelab itu kepada Sukma dan dia juga
mengetahui tentang ruang sepi yang menjadi
tempat anak-anak muda sebaya mereka mendalami
ilmu mencari realiti.

Haji Rasyid

Bekerja sebagai pemandu peribadi ayah dan ibu


Sukma.
Berperwatakan tenang dan begitu cekap melakukan
kerjanya.
Seorang yang berpengalaman malah dia merupakan
orang lama di daerahnya tempat tinggalnya. Dia
mengenali orang yang telah lama tinggal di situ.
Banyak menyimpan rahsia ayah dan ibu Sukma. Dia
pernah memberitahu Sukma bahawa ibu Sukma, Puan Delia
mempunyai tugas yang amat penting.

Tetamu misteri 1 (nenek tua)

Berusia 60 tahun.
Tetamu misteri yang muncul di hadapan pintu pagar
rumah Sukma pada pukul 6:20 pagi denagn membawa
bakul berisi buah manggis.
Pernah menjadi bidan yang menyambut kelahiran Sukma.
Dia juga pernah rapat dengan ayah dan ibu Sukma suatu
ketika dahulu.
Seorang yang penyanyang. Dia menjaga cucunya yang
bernama Aim dengan penuh perhatian dan kasih sayang.
Seorang yang penyabar. Dia menerima kematian anaknya
dengan reda.
Hidup dalam serba kekurangan. Dia menyara kehidupannya
dengan menjual buah-buahan.

Tetamu misteri 2 (Lelaki bernama Aim)

Berusia lingkungan 30-an.


Berkulit agak gelap, berbadan kurus, dan kelihatan tidak
terurus.
Pernah bekerja di ladang ayah Rafiq. Dia merupakan
pekerja yang rajin dan menjadi orang epercayaan ayah
Rafiq.
Aim menghidap AIDS akibat perbuatan orang yang tidak
mahu rahsia Kelab WX2 terbongkar.

Tetamu misteri 3 (Budak Aim)

Berusia 5 tahun. Anak yatim piatu. Dipelihara oleh


neneknya semenjak kematian ayahnya.
Kanak-kanak yang bijak. Dia pernah berbicara ketika Sukma
terserempak dengannya di sebuah kedai runcit.
Amat menggemari roti kosong. Ketika Sukma menjumpainya,
Aim sedang asyik menikmati makanan kegemarannya itu.
Seorang cucu yang taat. Dia mengikuti apa sahaja perintah
neneknya yang menyuruhnya berdiri di hadapan pintu pagar
rumah Sukma walaupun dia tidak tahu tujuan neneknya
menyuruhnya
berbuat demikian.

Reny

Kenalan baru Sukma. Dia berkenalan dengan Sukma ketika


membuat persembahan tarian tradisi bersama-sama dengan
kumpulannya, Waris Cinta.
Berketurunan Iban. Dia kelihatan agak lasak tetapi lemah
lembut dan berbudi bahasa.
Anak yang rajin. Dia banyak membantu keluarganya.
Juga ahli Kelab WX2 dan di situlah dia mengenali
Iskandar.

Ros

Ros ialah Pegawai Polis yang berumur lingkungan 30-an.


Ditugaskan
untuk menyiasat Kelab WX2.
Jiran yang tinggal bersebelahan dengan rumah Sukma.
Seorang wanita yang cekal dan tabah. Dia tinggal seorang
diri sejak kematian ibunya dua tahun lalu manakala
ayahnya pula sudah lama meninggal dunia ketika dia
masih berusia belasan tahun.
Seorang wanita yang berkeyakinan tinggi. Dia amat yakin
dengan
segala tindakan yang dilakukannya.
Seorang yang penyayang. Dia sentiasa mengambil berat
tentang Sukma yang sudah dianggapnya seperti adik
kandungnya sendiri.

Profesor Darul

Pensyarah Sukma. Beliau mengajarkan pengajian


Tamadun Islam.
Seorang yang peka terhadap sekelilingnya terutamanya
keadaan para pelajarnya. Beliau dapat mengesan bahawa
Sukma tidak menumpukan perhatian terhadap penerangan yang
diberikan sewaktu kuliah dijalankan.

Latar
Latar Tempat

Kawasan bandar di sebuah daerah di Semenanjung Malaysiaberlakunya peristiwa misteri yang akhirnya merungkai segala
persoalan yang membelenggu hidup Sukma.
Banglo mewah milik Haji Syakir di Taman Megah- peristiwa
kedatangan tetamu-tetamu misteri pada pukul 6:20 pagi. Taman
Megah juga merupakan kwasan tempat tinggal Rafiq dan Ros.
Kampus Fakulti Sains Politik- tempat Sukma dan rakan-rakannya
menimba ilmu dan berdiskusi tentang bidang pengajian yang diambil
oleh mereka.
Kelab WX2- sebuah kelab remaja yang dikunjungi golongan
remaja dan juga pelancong. Di dalamnya terdapat ruang
sepi yang mengumpulkan remaja yang dipengaruhi oleh
suatu fahaman baru.
Kafe Flora- tempat Sukma sering bertemu denagn rakan-rakannya.
Di sini juga Sukma berkenalan dengan Reny, salah seorang penari
kumpulan Waris Cinta yang berasal daripada kaum Iban.
Rumah nenek Aim- Aim tinggal bersama-sama dengan neneknya
sejak ayahnya meninggal dunia dan di sini juga tempat Sukma, Teja,
dan Rafiq bertemu dengan nenek Aim yang menceritakan serba
sedikit tentang kaitannya dengan keluarga Sukma.
Kedai runcit Ah Leong- Sukma terjumpa budak bernama Aim yang
pernah datang ke rumahnya.
Warung nasi Pak Alias- Reny berterus terang dengan Sukma
tentang dirinya yang sebenar dan tujuan dia berada di daerah itu.
Rumah Ros- Sukma pergi ke rumah Ros untuk memberitahu
maklumat tentang Kelab WX2.
Rumah Ehsan- Sukma mengikuti ayahnya menghadiri Majlis Malam
Amal Persatuan Kraf Wanita daerah tempat tinggalnya dan di situlah
dia berjumpa denagn Ehsan, iatu kanak-kanak yang menghidapi
penyakit kronik.
Rumah Tok Siak- Sukma bertemu denagn lelaki bernama Aim yang
telah muncul di hadapan rumahnya sebelum ini dan mengetahui
kisah sebenar lelaki tersebut.
Bangunan biru di hujung daerah- tempat berkumpulnya pengikut
kumpulan WX2 untuk memulakan rusuhan dan di bangunan itulah
pihak kuasa ,menyerbu dan mematahkan serangan kumpulan
tersebut.

Latar Masa

pada zaman moden dan kisah ini berlangsung hanya


selama 7 hari, iaitu seminggu. Bermula dari hari Isnin dan
berakhir pada hari Ahad. Dua minggu kemudian, Sukma
muncul pada bab akhir untuk memberikan keterangan
sebagai saksi di mahkamah berkenaan kisah yang telah
berlaku.
Kisah cerita ini berlaku, Sukma berusia 19 tahun dan masih
menuntut di sebuah universiti dalam tahun 2 peringkat
diploma.
Pada waktu pagi - Tetamu-tetamu misteri muncul pada pukul
6:20 pagi di hadapan pintu pagar kediaman Sukma dan
keluarganya.
Pada waktu petang- Sukma ternampak lelaki dewasa yang
pernah datang ke rumahnya pada awal pagi berhampiran dengan
Kelab WX2 ketika sedang menunggu kedatangan Jerry.
Pada waktu malam- Kelab WX2 beroperasi dan ketika inilah para
pengunjung terutamanya golongan remaja berkumpul di ruang
sepi

Latar Masyarakat

Masyarakat yang mengutamakan kasih sayang dalam


menjaga ikatan kekeluargaan agar hidup sejahtera.
Contohnya, ikatan kasih sayang antara Sukma dan ibu bapanya
tetap utuh walaupun mereka diuji dengan dugaan yang amat
berat.
Masyarakat yang bertanggungjawab. Contohnya, Haji Syaqir
menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan penuh dedikasi
dan bertanggungjawab terhadap amanah yang dipikulnya.
Masyarakat yang gigih berusaha dan mementingkan
pendidikan. Contohnya, Sukma merupakan mahasiswa cemerlang
dalam pengajiannya. Begitu juga dengan Rafiq yang begitu
bersungguh menjalankan setiap tugasan yang diberikan oleh
pensyarah. Teman Sukma
yang lain seperti Teja, Jerry dan Alvin juga menunjukkan
keperibadian mahasiswa yang rajin dan fokus terhadap
pelajaran mereka,

Masyarakat yang mengambil berat dan prihatin terhadap


orang tersayang. Contohnya, ibu Sukma sentiasa mengambil tahu
tentang keadaan anak tunggalnya itu walaupun sikapnya
menimbulkan salah faham, namun semuanya itu adalah disebabkan
oleh perasaan yang dan prihatin. Tok Siak membantu lelaki bernama
Aim atas rasa prihatinnya terhadap keadaan Aim ketika dia dalam
kesusahan. Sukma sedaya mungkin mahu membantu Jerry dan
memastikan Jerry selamat dan tidak tersalah membuat keputusan.
Maysarakat di daerah tersebut prihatin akan kesusahan Ehsan yang
menghidap penyakit kronik lalu mereka mengadakan majlis amal
untuk mengutip sumbangan untuk membiayai kos perubatan kanakkanak itu.
Masyarakat yang terpengaruh oleh sesuatu perkara baru
yang datang dari luar. Contohnya, Iskandar, Reny< dan Jerry
adalah antara golongan remaja yang mengikuti satu fahaman baru
yang diajarkan dan disampaikan melalui Kelab WX2. Mereka tidak
menyedari bahawa fahaman yang datang daripada pengaruh Barat
itu ternyata salah dan terpesong daripaad jalan yang benar.

Binaan Plot

Disusun secara kronologi melalui penceritaan semula oleh watak


utamanya, Sukma.
Bahagian permulaan, pembaca diperkenalkan dengan watak
Sukma yang menyedari kemunculan tetamu misteri di hadapan
pintu pagar rumahnya pada hari Isnin,, tetat pukul 6:20 pagi. Sukma
berasa hairan dan tertanya-tanya tujuan kedatanagn tetamu misteri
itu, namun niatnya untuk mendekati tetamu misteri tersebut telah
dihalang oleh ibunya< Puan Delia yang bimbang akan keselamatan
keluarga mereka.
Bahagian perkembangan, pada hari-hari seterusnya, rumah
Sukma masih didatangani oleh tetamu-tetamu misteri tersebut.
Dalam masa yang sama, Sukma bimbang akan sahabat baiknya,
Jerry yang diketahuinya telah mengikuti Kelab WX2.
Bahagian perumitan, Sukma datang ke Kelab WX2 dan dia mahu
Jerry keluar dari situ tapi niatnya dihalang oleh Iskandar. Sukma juga
telah bertemu dengan seorang daripada tetamu misteri yang datang
ke rumahnya. Ternyata dua perkara tersebut saling berkaitan antara
satu dengan yang lain.

Konflik pertama, nerlaku pada hari Khamis, Sukma sempat


berjumpa dan menegur salah seorang tetamu misterinya, iatu
seorang tetamu misterinya, iatu seorang kanak-kank berusia 5
tahun. Sungguhpun begitu, Sukma tidak sempat memperoleh
lebih banyak maklumat daripada kanak-kanak tersebut kerana
kanak-kanak itu melarikan diri setelah mendengar suara ibu
Sukma.
Konflik kedua, berlaku apabila Reny berterus terang kepada
Sukma tentang penglibatannya dalam Kelab WX2 dan dia
mengenali Iskandar melalui kelab itu sejak setahun yang lalu.
Sukma bertindak memasuki kelab tersebut pada waktu siang
untuk melihat sendiri keadaan kelab yang dikatakan menjadi
tumpuan golongan remaja sebayanya.
Bahagian klimaks, pada petang hari Ahad operasi
membanteras rusuhan yang ingin dilancarkan oleh golongan
remaja Kelab WX2 di beebrapa buah lokasi tertentu. Sukma
berhadapan dalam kelompok rusuhan itu sebagai salah
seorang pemimpin utama. Sukma dan ayahnya, Haji Syaqir
berasa sedih dan kecewa, namun mereka tetap bimbang akan
keselamatan orang yang tersayang.
Bahagian peleraian, berpusat paad bab akhir novel ini.
Persoalan yang selama ini berlegar-legar dalam fikiran Sukma
telah terjawab. Sukma menceritakan peristiwa yang berlaku
sepanjang seminggu di hadapan semua orang di saksi
mahkamah. Dia juga bercakap sebagai bagi pihak ibunya yang
koma akibat terkena tembakan ketika operasi membanteras
rusuhan tempoh hari. Ibu Sukma bukanlah pengkhianat
negara, sebaliknya beliau telah ditugaskan menjadi ejen
perisik pihak berkuasa yang bertanggungjawab menumpaskan
Kleab WX2 dari dalam. Hakikatnya, ibu Sukma ialah wira
negara dan beliau menjadi kebanggan anaknya dan suaminya.

Teknik Plot

Nilai

Pengajaran

Anda mungkin juga menyukai