Anda di halaman 1dari 11

SAINS DALAM TAMADUN MESIR

PURBA
Tamadun Mesir Purba - muncul sejak 3000S.M. -

sangat bergantung kepada aliran Sungai Nil,


kerana air sungai itu menjadi nadi kehidupan
mereka.

Matematik
Bermula sejak 2100 S.M lagi
Orang Mesir Purba menulis pada tembok batu, daun lontar

papirus (sejenis rumput yang tumbuh di tebing Sungai Nil),


tembikar, kayu dan juga kulit
Tiada angka sifar
Tidak tahu sistem angka perpuluhan
Ada maklumat mengenai angka pecahan tp agak ganjil
kerana angka pembilangnya hanya terdiri daripada angka 1
sahaja
Sudah boleh mengira luas segi empat, luas bulatan, isi
padu kubus, silinder dan sfera.

Aritmetik agak mudah dan melibatkan operasi

tambah, tolak, darab dan bahagi


Guna aritmetik untuk membuat pengiraan asas
seperti mengira jumlah buruh atau membahagi
catuan makanan
Orang Mesir Purba juga diketahui sebagai orang
yang memulakan ilmu geometri
Boleh mengukur luas kawasan yang berbentuk
segi empat, segi empat bujur dan juga bulatan.

Astronomi
Kalendar Mesir dibuat berdasarkan bulan (qamari)
Ada 12 bulan setahun. Setiap bulan sama ada 29

atau 30 hari dan 354 hari setahun


Setiap dua atau tiga tahun, orang Mesir Purba
akan menambah satu bulan supaya selari dengan
musim

Kalendar sebegini menyusahkan, lalu mencari

kalendar lain yang lebih sesuai


Ukur jumlah hari setahun, dengan mencacak
sebatang tiang tegak ke bumi. Mereka tahu
bayang tiang berubah-ubah mengikut edaran
musim, dan jumlah hari setahun didapati dengan
menghitung berapa hari yang diperlukan untuk
bayang-bayang tiang itu kembali ke tempat
asalnya.

Konsep jam masa juga telah wujud dalam

tamadun Mesir Purba


Kiraan satu hari - daripada permulaan naik
matahari pagi hingga naik matahari keesokan
harinya
Waktu malam dibahagikan kepada 12 waktu atau
jam, mengikut edaran bintang
Waktu siang dibahagi kepada 12 waktu mengikut
perjalanan matahari

Tamadun Mesir Purba tidak fikir sangat mengenai

bentuk alam
Ada kepercayaan wujud alam lain selain alam ini,
iaitu alam hidup selepas mati

Perubatan
Anggap segala penyakit disebabkan oleh gangguan hantu

dan syaitan - untuk sembuhkan pesakit maka hantu atau


syaitan yang mengganggu perlu dihalau guna jampi
mantera pengubatan paling baik ialah halau hantu
dengan memakai tangkal azimat - peringkat kemudian
barulah muncul penggunaan ubat untuk menyembuhkan
penyakit
Terdapat sekitar 700 jenis ubat daripada jenis untuk
mengubati gigitan ular hingga kepada ubat sakit demam.
Bahan ubat-ubatan pula terdiri daripada ramuan bahanbahan seperti darah biawak, telinga dan kuku babi, anggota
badan keldai, singa dan lain-lain.

Mengambil berat tentang penjagaan kesihatan sebagai

langkah untuk mencegah penyakit cth orang lelaki Mesir


Purba amalkan berkhatan untuk mencegah penyakit
kelamin
Antara penyakit yang dihidapi - batuk kering, karang,
campak, lumpuh, gila babi, apendiks dan penyakit gigi
berlubang
Salut emas pada gigi untuk menjaganya
Amalkan berpuasa kepada percaya bahawa makanan yang
dimakan berlebih-lebihan boleh menyebabkan penyakit

Satu bidang ilmu yang lebih maju bagi tamadun

Mesir Purba - cara menyimpan mayat


Proses awet mayat - bahagian tubuh yang mudah
reput dibuang, dan hanya kulit serta bahagian
yang tahan sahaja dibiarkan tinggal mayat
direndam dalam bahan kimia sebelum dibalut dan
disimpan dalam piramid.

Orang Mesir Purba tidak peduli tentang anatomi

dan fisiologi tubuh manusia


Buktinya - mereka tidak memahami fungsi anggota
badan dengan baik cth urat saraf (pembuluh
darah) dikatakan membawa angin dan bendalir
buangan cth hati dan perut dikatakan sebagai
pusat akal fikiran
Tahu fungsi jantung sebagai pusat pergerakan
organ-organ badan.

Anda mungkin juga menyukai