Anda di halaman 1dari 1

Ruj.

Kami

: CBA5044/PIBG/10/15(5)

Tarikh

: 16 Jun 2015

Kepada:

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN KOMPUTER
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk pengetahuan pihak tuan, Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya
kekurangan sumber kewangan untuk menampung pembelian komputer bagi tujuan menjalankan tugastugas berkaitan persatuan.
3. Sehubungan dengan itu, Saya selaku Yang Dipertua Persatuan memohon jasa baik tuan untuk
menyumbangkan komputer kepada persatuan kami. Kami juga berharap komputer tersebut dilengkapi
mesin pencetak untuk memudahkan kami melakukan kerja-kerja seperti penerbitan.
4. Semoga permohonan kami ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya dan sumbangan yang
diberikan amatlah kami hargai. Kerjasama dan keperihatinan yang diberikan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BERTEKAD GEMILANG , PRESTASI DIUTAMAKAN
Saya yang menurut perintah,

_________________________
(SABRI BIN MOHAMAD)
Yang Dipertua ,
Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG),
Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya,
Pekan ,Pahang.
Sk fail PIBG
Sekolah