Anda di halaman 1dari 18

KENALI UBAT HEMATINIK

Ia adalah suatu keadaan di


mana kekurangan
hemoglobin (Hb) di dalam
sel darah merah
Sel darah
merah/hemoglobin
berfungsi sebagai perantara
yang membawa oksigen

Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu


seluruh badan menjadi hipoksia(kurang
kandungan oksigen) dan kurang tenaga.
Sebagai seorang wanita mengandung, adalah
penting bagi anda untuk mendapatkan ujian
darah bagi menentukan paras hemoglobinnya
semasa lawatan pertama pemeriksaan
kandungan (lawatan antenatal).
Walaupun anda tidak mengalami masalah
anemia pada lawatan pertama, anda masih
berpotensi untuk mengalami keadaan ini
kemudiannya dalam tempoh kehamilan
tersebut.

Kurang mengambil makanan mengandungi


zat besi dan asid folik
Walaupun jumlah pengambilan mencukupi,
sebahagian daripada zat besi dan asid folik
itu diagihkan kepada janin dalam kandungan.
Mengalami kehilangan darah yang berpunca
dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun
darah haid yang terlalu banyak.
Proses pencernaan mungkin mengalami
sedikit perubahan semasa hamil di mana ini
akan menyebabkan berlakunya anemia
Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan
yang banyak berlaku di kawasan Asia,
Mediterranean dan juga Afrika.

Faktor Risiko
Wanita yang mengandung yang tidak dapat
makan dengan baik kerana masalah loya atau
muntah.
Wanita yang mengandung kembar
Sela masa kehamilan yang terlalu rapat.
Pemakanan yang tidak baik - kekurangan
pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak
mengambil ferum dengan cukup adalah lebih
mudah mendapat anemia.
Merokok dan meminum alkohol berlebihan
Sebarang ketidakaturan atau masalah yang
boleh mengurangkan penyerapan zat makanan
Penggunaan ubat-ubat antikonvulsi.

Target Paras Hemoglobin

11-16

g/100mL

Anemia dikesan melalui ujian darah

Paras Hb (g/dl)

Tahap Keterukan
Anemia

< 6.9

Sangat
Teruk
Teruk
Sederhana
Ringan

6.9 < 8.0


8.0 < 9.5
9.5 10.5

Makan pil hematinik


bersama air kosong atau jus
buah-buahan untuk
penyerapan yang optimum
Elakkan makan pil hematinik
dengan air kopi, teh, minuman
berkabonat, minuman
bercoklat dan susu. Minuman

Masa Pengambilan
Pil hematinik digalakkan diambil pada waktu
pagi bersama-sama jus buah-buahan ataupun
air kosong.
Pil hematinik juga boleh diambil pada waktu
malam.
Bagaimanapun pengambilannya mengikut
kesesuaian ibu.
Ambil pada waktu yang sama setiap hari.

Dos Tertinggal
Ambil ubat sebaik sahaja teringat
Jika melebihi 12 jam dari masa sepatutnya,
tinggalkan dos yang terlupa
Tunggu sehingga masa pengambilan dos
seterusnya
Jangan gandakan dos apabila tertinggal, ikut
aturan pemakanan seperti biasa

Kesan Sampingan
Sesetengah ibu mengalami kesan
sampingan seperti
Sembelit
Rasa loya
Pening

Walaubagaimanapun, kesan
tersebut hanya sementara sahaja.

Cara Mengatasi Kesan


Sampingan
Jika sembelit
-minum lebih banyak air dan makan lebih
sayur-sayuran dan buah-buahan.
Jika loya
-makan pil bersama buah atau jus buah.
Jika pening
-berehat seketika selepas makan pil.