Anda di halaman 1dari 20

PPP6014

KEPIMPINAN PENDIDIKAN
ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 SOROTAN JURNAL MENGENAI


TEORI KEPIMPINAN TRANSFORMASI
2.0 RINGKASAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN

3 -12
13 - 20

Hubungan kepimpinan Transformasi guru besar


dengan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
di sekolah rendah daerah Port Dickson, Zon B.
3.0 RUJUKAN
Kriteria
A. Pernyataan
Masalah

21
JURNAL 1

Amalan

Kepimpinan

Transformasi

Pengetua

Dan

Hubungannya Dengan Kepuasan Kerja Guru.


Menurut Alimuddin (2010) transformasi tersebut akan melibatkan
beberapa perubahan daripada segi kurikulum dan sistem peperiksaan
sekolah. Pengetua perlu menggunakan kebijaksanaan kepemimpinan
mereka untuk mengelakkan tekanan dan bebanan kerja ke atas guru
serta memberikan mereka kepuasan kerja.
Menurut Rahimah, 2005 Kepemimpinan sekolah sentiasa berhadapan
dengan tekanan yang berterusan dalam meningkatkan standard dan
penambahbaikan sekolah. Hal ini kerana sekolah merupakan agen yang
1

penting dalam pembinaan generasi masa depan.


Objektif

Objektif

Utama

ialah

untuk

mengkaji

amalan

kepemimpinan

transformasi pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru


pendidikan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan (Integrasi) dalam
Daerah Hulu Langat, Selangor.
Objektif

Khusus

ialah

untuk

mengenal

pasti

tahap

amalan

kepemimpinan transformasi pengetua, mengenal pasti tahap kepuasan


kerja guru pendidikan khas dan mengenal pasti hubungan di antara
amalan kepemimpinan transformasi pengetua dengan kepuasan kerja
Soalan kajian

guru.
Adakah amalan kepimpinan Transformasi pengetua mempengaruhi
kepuasan kerja guru ?

B. Kerangka
kajian

Pengaruh
kepimpinan
Transformasi
C. Ringkasan
kajian
Literatur

Kepuasan kerja
guru

Menurut Abdul Ghani (2005), pengamalan gaya atau amalan


kepemimpinan transformasi oleh pengetua berkeupayaan meningkatkan
prestasi guru (perlakuan warga organisasi) dan sikap guru (komitmen
guru).Menurut Koh (2008), Kepemimpinan transformasi, pengetua
sekolah yang cemerlang akan membangunkan minda guru-guru melalui
keupayaan kepimpinan guru-guru iaitu merujuk kepada penglibatan
meluas dan berketerampilan dalam tugas-tugas memimpin. Menurut
Jazmi

(2009), Pengetua perlu mengamalkan gaya

kepimpinan

Transformasi kerana ia melibatkan perhubungan kemanusiaan yang


lebih tinggi.
Menurut Abdul Rahim(2007), ketidakpuasan kerja berlaku disebabkan
faktor diskriminasi, pilih kasih, beban kerja, amalan tidak sihat, keadaan
tempat kerja, tidak dapat menyesuaikan diri dan ganjaran serta prospek.
Menurut Woo (2007), sifat penyelia yang mesra, berbudi bahasa, cerdas,
bersabar dan berhati-hati semasa menjalankan tugas turut memberi
kepuasan kepada guru.
2

D. Ringkasan
Methodologi

Sampel kajian adalah guru-guru terlatih yang sedang mengajar di lapan


buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (Integrasi) di bawah
pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, Selangor. Seramai
87 orang guru pendidikan khas dilibatkan dalam kajian ini. Borang soal

E. Analisis Data

selidik digunakan sebagai instrumen pengumpulan data.


Analisis data dilakukan secara diskriptif dan inferensi. Analisis
kekerapan dan peratusan digunakan untuk menjelaskan profail
responden.
Purata dan sisihan piawai digunakan untuk menjelaskan tahap amalan
kepimpinan transformasi pengetua dan tahap kepuasan kerja guru
pendidikan khas.
Ujian korelasi digunakan untuk melihat hubungan antara amalan
kepimpinan transformasi pengetua dan tahap kepuasan kerja guru
pendidikan khas.
Ujian ANOVA dan Chi Square digunakan untuk melihat perbezaan
amalan kepimpinan transformasi pengetua: pengalaman mengajar dan

F. Ringkasan
Dapatan
Utama
G. Cadangan
Kajian

lokasi sekolah.
Analisis korelasi menunjukkan hubungan antara amalan kepemimpinan
transformasi pengetua dengan kepuasan kerja guru adalah rendah.
Penambahbaikan pentadbiran kepimpinan sekolah akan meningkatkan
pencapaian prestasi yang baik dalam kalangan guru yang berterusan
pada masa akan datang.

Kriteria

A. Pernyataan
Masalah

JURNAL 2 : Budaya sekolah, Kepimpinan Transformasi dan Pencapaian


Akademik Pelajar.
Kajian ini bertujuan memenuhi dua aspek utama dalam memperkasakan
SK iaitu, aspek budaya sekolah dan kepimpinan sekolah.
Kajian ini meneliti hubungan budaya sekolah dengan kepemimpinan

Objektif

Soalan
kajian

B. Kerangka
kajian

transformasional dan pencapaian akademik pelajar sekolah rendah.


Kajian ini meneliti hubungan budaya sekolah dengan kepemimpinan
transformasional dan pencapaian akademik pelajar sekolah rendah
Sejauhmanakah Budaya sekolah dan kepimpinan Transformasi
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.
P
E
N
G
E
T
U
A

Pengaruh Ideal
Tahap

Pertimbangan
Individu

Tinggi

Rangsangan
Individu

Sederhana
Rendah

Motivasi
berispirasi

Mengikut

Schein

(1990),

kepemimpinan

transformasional

boleh

membantu bagi mencorak dan mengekalkan budaya yang dikehendaki


C. Ringkasan
kajian
Literatur

oleh organisasi.
Menurut Bass & Avilio , 1992, kepemimpinan transformasional dan
budaya organisasi sebagai pelengkap untuk memahami keberkesanan
sesebuah organisasi.
Kajian korelasi ini melibatkan 657 orang guru dan 141 guru besar
sekolah daripada 141 buah sekolah di negeri Kedah.

D. Ringkasan
Methodologi

Instrumen Budaya Sekolah dan Multifactor Leadership Questionnaire


(MLQ5x) digunakan sebagai instrumen kajian.

E. Analisis
Data

temu bual berstruktur melibatkan empat orang guru besar dan 16 orang

guru penolong
Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 15.
Statistik deskriptif dengan menggunakan min dan sisihan lazim
digunakan.
Kaedah korelasi Spearman digunakan untuk menguji hubungan antara
budaya sekolah dan kepemimpinan transformasional dengan pencapaian
4

akademik.
Ujian Wilks Lamda digunakan untuk mengenal pasti perbezaan budaya
sekolah dan kepemimpinan transformasional mengikut pencapaian

F. Ringkasan
Dapatan
Utama

akademik
Wujudnya hubungan yang positif dan signifikan antara budaya sekolah
dengan dimensi kepemimpinan guru besar bagi dimensi transformasional
(r= .53, p < .05)
Nilai alpha Cronbach bagi kedua-dua instrumen melebihi 0.9 yang
menunjukkan

G. Cadangan
Kajian

kedua-dua

soal

selidik

tersebut

mempunyai

kebolehpercayaan yang tinggi.


Penambahbaikan pentadbiran kepimpinan sekolah akan meningkatkan
pencapaian prestasi yang baik dalam kalangan guru yang berterusan pada
masa akan datang.

Kriteria

JURNAL 3 : Amalan Kepimpinan Transformasi Guru Besar dan Pengetua


Dua buah sekolah di Daerah Batu Pahat, Johor

A. Pernyataan
Masalah

Kepimpinan transformasi yang diamalkan oleh guru besar dan pengetua


mendorong guru-guru mengubah nilai dan sikap mereka supaya
mempunyai komitmen terhadap misi dan visi pendidikan.
Mengenal pasti empat komponen kepimpinan transformasi iaitu
karismatik, pertimbangan individu, stimulasi intelek dan inspirasi
motivasi

Objektif

Mengenal pasti perbezaan persepsi guru terhadap jantina terhadap


amalan kepimpinan transformasi pengetua dan guru besar.
Mengenal pasti perbezaan persepsi guru terhadap kaum terhadap amalan
kepimpinan transformasi pengetua dan guru besar.
Sejauhmanakah Kepimpinan transformasi yang diamalkan oleh guru

Soalan
kajian

besar dan pengetua mendorong guru-guru mengubah nilai dan sikap


mereka supaya mempunyai komitmen terhadap misi dan visi pendidikan.

B. Kerangka
kajian

C. Ringkasan
kajian
Literatur
D. Ringkasan
Methodologi
E. Analisis
Data
F. Ringkasan
Dapatan
Utama

Pengaruh Ideal

P
E
N
G
E
T
U
A

Pertimbangan
Individu
Rangsangan
Individu

Tahap
Tinggi
Sederhana
Rendah

Motivasi berispirasi

Menurut Burns (1978), Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan


transformasi boleh mengubah sikap individu daripada mementingkan diri
sendiri kepada kepentingan kelompok
Seramai 76 orang responden dari dua buah sekolah dari daerah Batu
Pahat.
Instrumen ialah soal selidik dan data mentah dianalisis melalui SPSS.
Perbezaan persepsi guru mengikut jantina terhadap komponen
pertimbangan individu adalah signifikan iaitu sig = 0.040
Komponen lain tidak signifikan.
Skor min :
Komponen karismatik 4.019
Komponen pertimbangan individu 3.762
6

Komponen simulasi intelek - 3.845


Komponen Inspirasi motivasi - 3.991
Komponen simulasi intelek - menggalakkan komunikasi dua hala
Komponen inspirasi motivasi Guru besar mengalakkan guru bekerja
G. Cadangan
Kajian

bersungguh-sungguh.
Penambahbaikan gaya kepimpinan transformasi akan mengubah sikap
individu.

Kriteria
A. Pernyataan
Masalah

Jurnal 4 : Tahap amalan kepimpinan transformasi dalam kalangan


pengetua Sekolah Menengah Bandar Tangkak
Kepimpinan transformasi perlu membawa perubahan dalam sikap dari
kesedaran melalui pembangunan intelek.
Untuk mengenal pasti amalan kepimpinan transformasi di kalangan
Pengetua Sekolah Menengah.
Mengenal pasti amalan kepimpinan transformasi mengikut dimensi

Objektif

pengaruh ideal, pertimbangan individu, rangsangan individu dan


motivasi berinspirasi.
Mengenal pasti perbezaan persepsi guru mengikut jantina, umur, kaum
dan pengalaman mengajar.
1. Apakah tahap amalan kepimpinan transformasi dalam kalangan pengetua
sekolah menengah bandar Tangkak?
2. Apakah tahap amalan kepimpinan transformasi mengikut dimensi

Soalan
kajian

pengaruh yang ideal, pertimbangan individu, rangsangan intelek serta


motivasi berinspirasi terhadap amalan kepimpinan transformasi?
3. Apakah perbezaan persepsi guru mengikut jantina, umur, kaum dan
pengalaman mengajar?

B. Kerangka
kajian

P
E
N
G
E
T
U
A

Pengaruh Ideal
Pertimbangan
Individu

Tahap
Tinggi

Rangsangan Individu

Sederhana

Motivasi berispirasi

Rendah

Kajian Button (2003) menunjukkan bahawa perubahan yang dibawa


melalui kepimpinan transformasi dilihat lebih demokratik, adil serta
C. Ringkasan
kajian
Literatur

mampu meningkatkan komitmen serta penglibatan individu.


kepimpinan transformasi mampu membawa kepada peningkatan
produktiviti (Leithwood, 1992).
Menurut Hoy dan Miskel (2005) model kepimpinan transformasional
dilihat paling sesuai diimplementasi oleh pemimpin sekolah.
Sampel 178 orang guru dari 3 buah sekolah.

D. Ringkasan
Methodologi

Instrumen yang digunakan ialah soal selidik (Multifactors Leadership


Questionaire (MLQ)
8

E. Analisis
Data
F. Ringkasan
Dapatan
Utama

Nilai kebolehpercayaan alpha Cronbach .9575


Tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua-pengetua sekolah
menengah bandar Tangkak adalah tinggi.
Semua dimensi kepimpinan transformasi yang dikaji juga menunjukkan
nilai min yang tinggi.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan persepsi
amalan kepimpinan transformasi yang signifikan dalam kalangan
pengetua berdasarkan jantina, umur, dan pengalaman mengajar namun

G. Cadangan
Kajian

Kriteria

terdapat berbezaan yang disignifikan berdasarkan kaum responden.


Impak tingkah laku pemimpin transformasi di kalangan sekolah
menengah.

JURNAL 5 : IMPAK TINGKAH LAKU KEPIMPINAN TRANSAKSI DAN


TRANSFORMASI DAN PENGETUA DENGAN TINGKAH LAKU KERJA

A. Pernyataan
Masalah

GURU-GURU.
Dalam usaha

meningkatkan daya pengeluaran, kerajaan pernah

melancarkan kempen Kepimpinan Melalui Teladan pada bulan Mac


9

1983.
Matlamat kempen ini dijalankan adalah untuk melahirkan kakitangan
awam yang menghayati nilai-nilai murni kepimpinan, mengamalkan

Objektif

perilaku mulia kepimpinan


mengenalpasti impak tingkah laku kepimpinan pengetua dengan
kepuasan kerja guru dan komitmen guru terhadap sekolah.
Sejauhmanakah kepimpinan guru besar mempengaruhi kepuasan kerja

Soalan kajian

B. Kerangka
kajian

guru ?
K
E
P
I
M
P
I
N
A
N

Tingka laku
kepimpinan
guru besar

Kepuasan

guru
Komitmen
guru
terhadap
sekolah.

Menurut Dastoor ,1999, Kepimpinan tranformasi mampu menyelesaikan


masalah pengikut ketika menghadapi keadaan yang penuh ketidakpastian
C. Ringkasan
kajian
Literatur

dan ketidaktentuan.
Menurut Leithwood ( 1993) dan Abdul Ghani Kanesan Abdullah (1996)
menyarankan supaya paradigma kepimpinan sekolah harus memberi
penekanan

kepada

kepimpinan

transformasi

kerana

ia

mampu

menyelesaikan masalah melalui komunikasi terbuka dan menggalakkan


perkongsian idea.
pengumpulan data terdiri dari :
D. Ringkasan
Methodologi

Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ) oleh Bass,


Minnessota Satisfaction Questionnaire (MSQ) oleh
Cook, Hepworth, Wall dan Warr (1981) dan,
Organizational Commitment Ouestionnaire (OCQ)oleh Allen dan Meyer.

E. Analisis Data

Statistik deskriptif digunakan untuk menghuraikan demografi subjek


kajian.
Statistik infrensi iaitu regresi pelbagai digunakan untuk menghuraikan
impak tingkah laku kepimpinan pengetua ke atas kepuasan kerja guru

F. Ringkasan

dan komitmen guru terhadap sekolah.


Kepimpinan transaksi dan tingkah laku kepimpinan transformasi
10

Dapatan
Utama

pengetua mempunyai impak yang signifikan kepada kepuasan kerja guru


dan komitmen guru terhadap sekolah.
Tingkah laku kepimpinan transformasi pengetua didapati hanya dimensi
karisma sahaja yang memberi impak kepada kepuasan kerja guru dan

G. Cadangan
Kajian

komitmen guru terhadap sekolah


Penambahbaikan ke atas tingkah laku kepimpinan transformasi dapat
meningkatkan kepuasan guru terhadap kerjayanya.

Hubungan kepimpinan Transformasi guru besar dengan keberkesanan


pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah daerah Port Dickson,
Zon B.

1.0 Pengenalan

11

Kepimpinan adalah satu konsep yang sukar dan kompleks kerana ia tidak terikat dengan
penghasilan dan pengekalan arahan tetapi ia menghasilkan perubahan. Sejak dahulu lagi
individu yang dikenali sebagai pemimpin didapati berjaya mencipta perubahan dalam
pelbagai cara dengan tujuan bagi mempengaruhi orang lain dan melaksanakan sesuatu. Di
sekolah Guru besar atau pengetua menjadi pemimpin yang bertanggungjawab untuk
merancang, mengatur dan memimpin pentadbiran sekolah.
Gaya kepimpinan transformasi di kalangan guru besar di lima buah sekolah rendah
daerah Port Dickson berupaya untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
yang berkesan. Timbalan Perdana Menteri Muhyidin Yasin, 2009 mengatakan bahawa guru
perlu kreatif dan inovatif dalam sistem penyampaian Pengajaran dan Pembelajaran supaya
menjadi menarik dan menyeronokkan. Hal ini berupaya meningkatkan keberkesanan proses
Pengajaran dan Pembelajaran yang dilaksanakan. Sesungguhnya guru perlu berusaha ke arah
pembentukan warga negara yang tinggi nilai profesionalisme, taat setia, bertanggungjawab,
berakhlak dan berketerampilan.
Berhubung dengan keadaan melahirkan guru yang berinovasi, guru besar memainkan
peranan yang penting. Guru besar yang mengamalkan gaya kepimpinan transformasi sentiasa
menggalakkan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut peredaran masa.
Salah satu matlamat Wawasan 2020 adalah mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya
bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan
didukung oleh nilai etika paling tinggi. Untuk menjayakan Wawasan 2020, tanggungjawab ini
terletak pada guru besar di peringkat sebagai pengelola dalam kegiatan proses belajar
mengajar. Guru besar mempunyai kuasa yang mutlak untuk mengarahkan kegiatan belajar
agar mencapai tujuan pembelajaran.
2.0 Pernyataan masalah

12

Banyak kajian telah membuktikan bahawa kepimpinan transformasi di kalangan guru


besar dan pengetua mampu membawa perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kepimpinan transformasi berupaya membawa perubahan dalam sikap guru, budaya sekolah,
iklim sekolah dan membantu mentransformasikan pembelajaran abad ke-21.
Menurut Alimuddin (2010) transformasi tersebut akan melibatkan beberapa
perubahan daripada segi kurikulum dan sistem peperiksaan sekolah.
Robiah Sidin (2000) menekankan bahawa kunci kepada perkembangan pendidikan
tinggi di Malaysia had ini ialah melalui peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Dunne, R. & Wragg, T., ( 1994 ), pengajaran berkesan bermaksud seorang pengajar
atau guru yang harus memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam mengenai sesuatu ilmu
pengetahuan serta mempunyai kemahiran atau teknik profesional yang tinggi.

Mereka

berpendapat pengajaran berkesan menuntut guru untuk memahami isi kandungan sesuatu
mata pelajaran dan memiliki ilmu pengetahuan mengenai topik dan perkara yang hendak
diajar serta perlu menyiapkan diri dengan kemahiran tertentu dari aspek pengurusan kelas,
menyoal soalan, penerangan yang jelas dan pemantauan proses pembelajaran.
Shahril ( 2004 ) mendefinisikan pengajaran berkesan sebagai kebolehan dan
kemampuan guru untuk menyampaikan maklumat pengajaran dengan baik dan juga berkesan.
Secara tidak langsung dapat memotivasikan murid mencapai kejayaan. Kepimpinan guru
besar dan pengetua memainkan
Berdasarkan persoalan di atas, isu utama dalam kajian ini bertujuan untuk mengkaji
keberkesanan gaya kepimpinan transformasi ke atas proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Kajian ini juga mengenal pasti perkaitan antara gaya kepimpinan transformasi
dengan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah di daerah Port Dickson
dari Zon B.

13

3.0 Tujuan dan objektif kajian


Bahagian ini akan membincangkan objektif-objektif yang diwujudkan bagi menjawab
persoalan kajian sebelum ini. Ini meliputi objektif umum dan objektif khusus bagi kajian ini.
3.1 Objektf umum
Objektif umum kajian ini adalah untuk mengenal pasti kewujudan gaya kepimpinan
transformasi di kalangan guru besar dalam memberi kesan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah rendah daerah Port Dickson.
3.2 Objektif khusus
I.
Mengenal pasti hubungan gaya kepimpinan transformasi dengan keberkesanan
II.
III.

pengajaran dan pembelajaran.


Mengenal pasti hubungan gaya kepimpinan transformasi dengan sikap guru.
Mengenal pasti hubungan gaya kepimpinan transformasi dengan budaya

IV.

sekolah.
Mengenal pasti hubungan gaya kepimpinan transformasi dengan kemudahan

V.

infrastruktur.
Mengenal pasti perbezaan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

VI.

berdasarkan sikap guru.


Mengenal pasti perbezaan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

VII.

berdasarkan budaya sekolah.


Mengenal pasti perbezaan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

berdasarkan kemudahan insfraktruktur.


4.0 Soalan kajian
I.
Adakah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dipengaruhi oleh gaya kepimpinan
II.
III.
IV.

transformasi?
Adakah sikap guru mempunyai hubungan dengan gaya kepimpinan transformasi?
Adakah budaya sekolah mempunyai hubungan dengan gaya kepimpinan transformasi?
Adakah kemudahan infrastruktur mempunyai hubungan dengan gaya kepimpinan

V.
VI.
VII.

transformasi?
Adakah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berbeza disebabkan sifat guru?
Adakah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berbeza disebabkan budaya sekolah?
Adakah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berbeza disebabkan kemudahan
infrastruktur?

14

5.0 Kerangka kajian

Sikap guru
Budaya sekolah
Infrastruktur

Gaya
kepimpinan
Transformasi

6.0

Keberkesanan
pengajaran
dan
pembelajaran

6.0 Teori-teori berkaitan pemboleh ubah bebas dan bersandar


Dalam kajian ini sikap guru, Budaya sekolah, Infrastruktur dan kepimpinan transformasi
dikenali sebagai pemboleh ubah bebas dan bersandar. Beberapa teori berkaitan pemboleh
ubah telah dikenal pasti.
Menurut Hasniatul Aini (2012), guru sebagai satu bidang professional yang
mempunyai citra yang baik dalam sesuatu masyarakat dan boleh menjadi teladan atau amalan
kepada masyarakat di sekelilingnya.
Menurut Ruhani binti Mat Min (2009), Budaya sekolah dan iklim sekolah merujuk
kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di sekolah
yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan
keselamatan pelajar di sekolah.
Menurut Hedges, Laine, Greenwalds (1994) dan Tribus (1996), sumber-sumber
sesebuah organisasi seperti sumber kewangan, peralatan komputer dan kemudahan
kemudahan lain mempunyai pertalian yang rapat dalam menentukan standard dan pencapaian
sesebuah sekolah dalam akademik mahupun kokurikulum.
15

7.0 Dapatan-dapatan kajian lepas


Menurut Abdul Ghani (2005), pengamalan gaya atau amalan kepemimpinan
transformasi oleh pengetua berkeupayaan meningkatkan prestasi guru (perlakuan warga
organisasi) dan sikap guru (komitmen guru). Menurut Koh (2008), Kepemimpinan
transformasi, pengetua sekolah yang cemerlang akan membangunkan minda guru-guru
melalui keupayaan kepimpinan guru-guru iaitu merujuk kepada penglibatan meluas dan
berketerampilan dalam tugas-tugas memimpin.
Menurut Jazmi (2009), Pengetua perlu mengamalkan gaya kepimpinan Transformasi
kerana ia melibatkan perhubungan kemanusiaan yang lebih tinggi. Sikap guru memberi kesan
kepada kepada pengajaran dan pembelajaran. Kepimpinan Transformasi membimbing guru
ke arah kecemerlangan sekolah dan guru akan memberi keutamaan kepada kepentingan
sekolah ke arah mencapai visi sekolah.
Mengikut Schein (1990), kepemimpinan transformasi boleh membantu bagi
mencorakkan dan mengekalkan budaya yang dikehendaki oleh organisasi. Menurut Bass &
Avilio , 1992, kepemimpinan transformasi dan budaya organisasi sebagai pelengkap untuk
memahami keberkesanan sesebuah organisasi. Budaya sekolah memainkan peranan penting
dalam usaha mewujudkan Pdp yang cemerlang . Guru besar yang mengamalkan kepimpinan
transformasi akan sentiasa berusaha membawa perubahan dalam pentadbirannya.
Menurut Burns (1978), Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan transformasi
boleh mengubah sikap individu daripada mementingkan diri sendiri kepada kepentingan
kelompok. Sikap guru turut mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Kepimpinan

transformasi

mampu

membawa

perubahan

dalam

kemudahan

infrastruktur yang sedia ada di sekolah. Kemudahan Fizikal seperti susunan kerusi meja,
bilangan kerusi meja yang mencukupi, keluasan ruang, cahaya , sumber tenaga elektrik yang
16

mencukupi, penyediaan komputer merupakan kemudahan infrastruktur yang penting dalam


membentuk suasana pembelajaran yang kondusif , memberangsangkan penjanaan idea dan
mempengaruhi sikap murid terhadap pengajaran. Kemudahan infrastruktur yang moden
seperti penggunaan komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran berbanding Pengajaran
dan Pembelajaran yang masih menggunakan kaedah pengajaran yang lama memberi impak
yang lebih mendalam keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran yang cemerlang.

8.0 Jenis kajian


Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif yang menggunakan maklumat dan data yang
akan diperolehi melalui soal selidik. Pengumpulan data melalui soal selidik adalah kajian
deskriptif. Kajian deskriptif digunakan untuk menentukan pengaruh kepimpinan transformasi
terhadap pembentukan budaya sekolah, sikap guru dan kemudahan infrastruktur sekolah.
Selain itu, dapatan kajian akan menentukan pengaruh kepimpinan transformasi terhadap
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sekolah melalui pembentukan budaya sekolah,
sikap guru dan kemudahan infrastruktur

9.0 Populasi dan sampel

Pengertian populasi adalah keseluruhan subjek yang terdapat di dalam sesuatu


kumpulan. Dalam kajian ini, populasi adalah sepuluh buah sekolah di Daerah Port Dickson
Zon B, Negeri Sembilan tidak kira sama ada sekolah SK, SJK(C) dan SJK(T). Penyelidik
akan memilih seramai lapan orang guru pada setiap sekolah yang terpilih.
Kaedah pemilihan ini dapat memastikan para guru tersebut tidak banyak perbezaan
terutama dari segi pemahaman terhadap hubungan antara gaya kepimpinan transformasi
dengan keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Rendah di Daerah Port
17

Dickson Zon B. Responden kajian ini adalah terdiri daripada guru-guru yang berbangsa
Melayu, Cina dan India tanpa mengira kaum, tanpa berdasarkan had umur dan jantina.

10.0

Instrumen kajian
Dalam kajian ini, soal selidik digunakan sebagai data kuantitatif untuk mengumpul

maklumat. Maklumat yang dikumpulkan melalui soal selidik akan dianalisis melalui sistem
SPSS untuk mengenal pasti kecenderungan kepimpinan transformasi dengan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.

11.0

Kaedah kutipan data


Dalam proses pengumpulan data, penyelidik telah menggunakan sumber data yang

bersesuaian dengan kajian ini. Terdapat dua sumber utama dalam proses pengumpulan data
iaitu data primer dan data sekunder. Data primer (data mentah) adalah kaedah pengumpulan
data yang diperolehi sendiri oleh penyelidik untuk diuji dapatan hipotesisnya. Sumber data
primer yang perolehi dalam kajian ini adalah maklumat yang dikumpul sendiri oleh
penyelidik menerusi eksperimen (ujian) dan kajian lapangan (temu bual, soal selidik dan
pemerhatian).
Oleh kerana sumber data bagi kajian ini, penyelidik memperolehi data melalui soal
selidik terhadap para guru. Para guru yang terpilih sebagai responden ialah guru-guru yang
terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran di Daerah Port Dickson Zon B, Negeri Sembilan
akan menjawab semua item yang terdapat dalam borang soal selidik.
12.0

Kaedah data analisis

18

Jenis analisis akan digunakan untuk menguji hipotesis atau persoalan kajian. Ujian
hipotesis dan regresi akan digunakan untuk mengenal pasti signifikan antara pemboleh ubah
bersandar dengan pemboleh ubah bebas dalam kajian ini.

RUJUKAN
1. Alimuddin Mohd Dom. (2010). Transformasi pendidikan bermula.
http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com [1 November 2011].
2. Dunne R., & Wragg T. (1994). Effective Teaching: Routledge: London.
3. Habib Ismail & Zaimah Ramli(2012). Amalan Kepimpinan Transformasi Pengetua
dan Hubungannya Dengan Kepuasan Kerja Guru Transformational Leadership
Practices of Principals and its Relationship to Teacher Satisfaction.Universiti
Kebangsaan Malaysia.
4. Hasniatul Aini. (2012). Sikap Profesional Keguruan. Diperolehi pada 1 Mei 2015
daripada

http://hasnia-profesikeguruan.blogspot.com/2012/01/sikap-profesional-

keguruan.html
5. Jazmi Md Isa. (2009). Gaya kepemimpinan pengetua dan kepuasan kerja guru: kajian
perbandingan antara SMKA dengan SMK. Tesis Sarjana. Universiti Utara Malaysia.
6. Koh Lee Lee. (2008). Kepimpinan transformasi terhadap perubahan komitmen guru di
beberapa buah sekolah di daerah Petaling. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.
7. M. Al-Muz-Zammil B. Yasin & Nazri Bin Mahmood.2010. Amalan Kepimpinan
Transformasi Guru Besar Dan Pengetua Dua Buah Sekolah Di Daerah Batu Pahat,
Johor. Universiti Teknologi Malaysia.
8. Nursuhaila Binti Ghazali (2007). Tahap amalan kepimpinan Transformasional dalam
kalangan pengetua sekolah menengah bandar Tangkak,Johor. Tesis Sarjana
.Universiti Teknologi Malaysia.
19

9. Pillai, R. & William, E. A. (2004). Transformational leadership, selfefficacy, group


cohesiveness, commitment, and performance. Journal of Organizational Change
Management, 17(2), 144159.
10. Robiah Sidin (2000). Pembangunan, pendidikan dan wanita: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
11. Ruhani binti Mat Min. (2009). Budaya sekolah: Implikasi terhadap proses
pembelajaran secara mengalami. Diperolehi pada

1 Mei 2015 daripada

http://www.management.utm.my/academic-guide/doc_view/23-budaya-sekolahimplikasi-terhadap-proses-pembelajaran-secara-mengalami-.html
12. Shahril Marzuki. (2000). Ciri-ciri kepemimpinan guru besar yang berkesan yang
dapat menghadapi cabaran dan harapan pada abad ke 21. Jurnal Pengurusan dan
Kepemimpinan Pendidikan, 10(2), 117.
13. Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad(2010). Keberkesanan
Penggunaan Alat

Bantu Mengajar Berbantukan Komputer Dalam Pengajaran

Dan Pembelajaran Subjek kemahiran Hidup (KH) Di Sekolah Menengah


Kebangsaan Agama Kedah, Alor Star, Kedah.
14. Yaakob Daud dan Yahya Don.(2012).
Transformasional

dan

Pencapaian

Budaya

Akademik

Sekolah,

Pelajar.

Kepemimpinan

School

cultures

Transformational Leadership and studentss Academic achievement. Universiti Utara


Malaysia.

20

Anda mungkin juga menyukai