Anda di halaman 1dari 23

KOMSAS Tingkatan 4

Cerpen : Ibu dan Ceper

RMN SMK Kamil

IBU DAN CEPER


Karya : Shahnon Ahmad

Sinopsis

Penulis (aku) mencintai Sungai Ceper seperti dia mencintai ibunya


sendiri. Penulis menggambarkan ibunya sangat rajin kerana dia bergerak dan
aktif di mana-mana sahaja dia berada seperti di baruh untuk menajak dan
menyisir selut, memikul gemal padi, menanam benih-benih, mengejar burung
yang cuba memakan padi, menuai padi masak dan menjunjung gemal-gemal
padi yang masak ke dalam jelapang. Semasa kecil, aku digambarkan sering
bersama-sama rakan untuk turun ke lubuk bagi meragau ikan atau bermain
acilut dengan gembiranya. Ibu sangat rajin kerana dia akan turun dari rumah
selesai sahaja sembahyang subuh. Ibu rajin bersawah, menetak mengkuang,
bergotong-royong memasak di tempat kenduri rumah jiran atau menziarahi
orang yang meninggal.

Apabila hujan turun tanpa henti, air Sungai Ceper digambarkan naik
menenggelamkan sawah padi penduduk kampung. Ibu sangat marah akan
Sungai Ceper kerana menenggelamkan sawah padinya. Bapa gemar memikat
burung ketitir sehinggakan ibu marah kerana bapa masih ingin pergi memikat
ketitir walaupun padinya habis ditenggelamkan air. Setiap kali bapa pulang
daripada memikat ketitir, dia akan membawa pulang sama gadung. Apabila
Sungai Ceper kering kerana kemarau, sawah padi penduduk kampong juga
mati. Kini, ibu dan bapa penulis sudah tiada dan penulis sudah berkahwin,
beranak dan bercucu. Namun Sungai Ceper masih wujud walaupun airnya
kurang jernih dan arusnya tidak deras kerana pencemaran. Ikan-ikan yang
terdapat di dalam air sudah tidak dapat dilihat lagi kerana air yang keruh.

Penulis (aku) terkenangkan ibu yang terjatuh di dalam baruh dan


terpijak tunggul sehingga ibu menjadi lumpuh. Ibu sudah tidak boleh
bergerak, cuma mata dan mulut ibu sahaja yang galak seperti Sungai Ceper.
Mujurlah aku berkahwin dengan gadis kampung yang tidak kekok turun ke
sawah untuk menggantikan tempat ibu. Bapa pula sudah tidak berdenak
ketitir lagi lantaran tua namun hanya boleh menjaga cucu dan memicit badan

1
KOMSAS Tingkatan 4

Cerpen : Ibu dan Ceper

RMN SMK Kamil

ibu sahaja. Aku teringat pada suatu hari aku menjerit marah apabila terpaksa
memangku ibu agak lama kerana ibu ingin membuang air besar tetapi tidak
keluar-keluar. Ibu sangat sedih lantas aku menyesal lalu memohon maaf
daripada ibu kerana sebenarnya aku tidak sedar bertindak sedemikian. Aku
juga teringat ibu yang meninggal dunia dalam keadaan aman tanpa menempuh
banyak kerumitan.

Aku sudah lama melihat Sungai Ceper yang tercemar dengan bangkai
ayam, itik, biawak, ular, babi dan lain-lain lagi yang menyebabkannya tercemar
dan berbau busuk. Aku juga teringat pada suatu malam, ayah jatuh
tersungkur lalu meninggal dunia. Kini, aku dan isteriku sudah tua dan tidak ke
sawah lagi. Kami hanya mampu menjaga cucu-cucu sahaja kerana anak-anak
kami pula yang ke sawah mengambil alih tugas kami. Namun begitu Sungai
Ceper sudah hilang serinya dan boleh dikatakan sudah ‘mati’ seperti ibu.

2
KOMSAS Tingkatan 4

Cerpen : Ibu dan Ceper

RMN SMK Kamil

Tema

Kepentingan ibu sebagai tonggak keluarga yang gigih serta


bersemangat dalam kehidupan dan kepentingannya sama dengan sungai yang
menjadi sumber air kepada manusia dan tumbuh-tumbuhan.

Ibu ialah lambing kekuatan dan kegigihan keluarga yang


berusaha mencari rezeki. Kegigihan ibu bersawah banyak bergantung kepada
Sungai Ceper yang berfungsi sebagai sumber air kepada tanaman. Hubungan
langsung ibu dan sungai akhirnya semakin renggang apabila ibu sakit dan
Sungai Ceper pun ‘sakit’ kerana pencemaran.

3
KOMSAS Tingkatan 4

Cerpen : Ibu dan Ceper

RMN SMK Kamil

Persoalan

1. Kegigihan seorang perempuan yang memikul tanggungjawab sebagai


isteri dan bergelar ibu dalam usahanya menyara kehidupan harian
keluarga.
Ibu mampu melakukan semua kerja rumah tangga, bersawah,
mencari sumber rezeki tambahan dan juga berfungsi dalam
masyarakat.

2. Kepentingan sungai kepada kehidupan manusia.


Sungai Ceper yang deras dan jernih menjadi sumber kepada manusia
untuk bersawah, meragau ikan dan mandi-manda. Airnya penting
untuk pesawah padi seperti ibu dan anak-anak kampung.

3. Sifat tidak bertanggungjawab manusia.


Sungai Ceper tercemar teruk apabila manusia membuang segala
macam sampah hingga sungai itu semakin cetek dan tidak berdaya
membawa sampah yang ada di dalamnya.

4. Persoalan kasih sayang.


Kasih sayang aku kepada ibu dan sungai, sumber air dan rezeki di
kampungnya. Aku sangat mencintai Sungai Ceper, sama seperti
mencintai ibu yang bersusah-payah membesarkannya dengan tabah.

5. Ketabahan anak yang menjaga kebajikan ibunya yang telah tua.


Aku menjaga ibu yang lumpuh dan tidak boleh bergerak. Aku
menyesal dan memohon maaf daripada ibu setelah berkasar
sehingga menyebabkan ibu bersedih.

4
KOMSAS Tingkatan 4

Cerpen : Ibu dan Ceper

RMN SMK Kamil

Watak dan Perwatakan

IBU

1. Serba boleh, cergas dan cekap bekerja


Ibu boleh melakukan sesuatu kerja dengan cepat bermula selepas
subuh sehingga hampir maghrib, malah ibu melakukan semua jenis
kerja.

2. Rajin dan bertanggungjawab


Ibu rajin membuat pelbagai kerja, menggunakan tulang empat
keratnya, tanpa bantuan suaminya yang menjadi kaki burung. (halaman 100)

3. Tidak suka berleter dan akur dengan sikap suaminya


Ibu tidak pernah bising walaupun suaminya tidak langsung
membantunya bersawah dan tidak mengendahkan hal ehwal keluarga.
Hal ini demikian kerana suaminya kaki burung.

4. Wanita yang tabah


Walaupun Sungai Ceper telah menyebabkan padi yang ditanami ibu
musnah, ibu tidak berputus asa malah apabila keadaan pulih, ibu
bersawah lagi agar keluarganya tidak terus-terusan makan ubi gadung.

5. Bermasyarakat
Walaupun ibu sibuk bekerja, ibu tidak lupa terlibat dalam hal-hal
kemasyarakatan. Ibu akan pergi ke majlis kenduri-kendara dan
menziarahi orang yang meninggal. (halaman 100)

6. Sensitif
Ibu cepat terasa dan terluka. Ibu menangis ketika ‘aku’ menjerit kuat
sewaktu ibu sedang buang air besar. (halaman 100)

7. Beliau lumpuh setelah terlanggar tunggul kayu. Kecelakaan yang dialaminya


kekal sehingga beliau meninggal dunia.

5
KOMSAS Tingkatan 4

Cerpen : Ibu dan Ceper

RMN SMK Kamil

Watak dan Perwatakan

‘AKU’

1. Penyayang
‘Aku’ ialah anak yang penyayang kerana sentiasa mengingati ibunya
walaupun telah 40 tahun ibu meninggal dunia. ‘Aku’ amat menyayangi
kedua-dua ibu bapanya.

2. Bertanggungjawab
‘Aku’ anak yang ada rasa tanggungjawab. ‘Aku’ dan isterinya
meneruskan kerja-kerja bersawah setelah ibunya lumpuh dan bapanya
tidak kuat lagi. ‘Aku’ juga bertanggungjawab menjaga ibunya yang
lumpuh dan bapanya yang telah tua.

3. Mengenang dan menghargai jasa ibu


‘Aku’ mengenang dan menghargai susah payah ibu bekerja untuk
membesarkan anak-anak. Rasa penghargaan jelas kerana ‘aku’ sentiasa
mengingati setiap liku dan apa-apa sahaja yang dilakukan oleh ibunya.

4. Anak tunggal dalam keluarga.

5. ‘Aku’ mewarisi pekerjaan keluarga sebagai pesawah

6. ‘Aku’ sudah berumah tangga dan beroleh dua orang anak serta sudah bercucu.

6
KOMSAS Tingkatan 4

Cerpen : Ibu dan Ceper

RMN SMK Kamil

Watak dan Perwatakan

AYAH

1. Suami yang kurang bertanggungjawab kerana tidak turun ke sawah untuk


menyara kehidupan keluarga.

2. Suka membuang masa dengan hobi memikat burung ketitir.

3. Ayah hanya menjalankan tanggungjawab membantu keluarga setelah didesak


oleh isteri.

4. Beliau berikhtiar mencari sumber makanan lain apabila padi sawah tidak
mendatangkan hasil iaitu dengan membawa balik gadung setiap kali mendenak
ketitir.

5. Ayah seorang yang penyayang. Misalnya ayah membantu menjaga cucu dan
memicit isterinya yang sakit.

6. Ayah meninggal dunia akibat jatuh tersungkur di kepala tangga.

7
KOMSAS Tingkatan 4

Cerpen : Ibu dan Ceper

RMN SMK Kamil

LATAR TEMPAT

1. Sungai Ceper

1. Tempat penduduk kampung, termasuk ibu mendapat sumber air.


2. Sawah mendapat sumber pengairan.
3. Sumber binatang mendapat minuman
4. Tempat spesies akuatik/habitat spesies ikan dan udang.
5. Tempat pembuangan sampah sarap oleh manusia yang tidak bertanggungjawab
sehingga sungai tercemar.
6. Pernah kering kerana dilanda kemarau berpanjangan.
7. Air semakin kering dan tidak mengalir.

2. Sawah

1. Tempat ibu mencari rezeki.


2. Semasa banjir, padi musnah.
3. Semasa kemarau, sawah kering dan padi mati. Ikan di sawah juga mati.
4. Tempat ibu terjatuh kerana terpijak tunggul lama.
5. Tempat ‘aku’ dan isterinya mencari rezeki dan meneruskan tugas ibu.
6. Tempat bapa cuba menyelamatkan padi tetapi tidak berdaya melawan arus.
7. Tempat anak-anak ‘aku’ meneruskan hidup setelah ‘aku’ tua.

8
KOMSAS Tingkatan 4

Cerpen : Ibu dan Ceper

RMN SMK Kamil

3. Rumah Ibu

1. Tempat tinggal ibu, bapa dan ‘aku’.


2. Tempat ibu berehat pada waktu malam setelah penat sehari-harian bekerja.
3. Tempat ibu tinggal semasa lumpuh dan tidak boleh bergerak lagi.
4. Tempat bapa menghabiskan masa tuanya, menjaga ibu yang lumpuh dan
menjaga cucu.
5. Tempat ibu menangis dan terluka ketika ‘aku’ menjerit semasa ibu lama
membuang air besar.
6. Tempat ibu menghembuskan nafas terakhir dengan tenang dan aman.
7. Tempat ayah meninggal setelah terjatuh dan pengsan di kepala tangga.

LATAR MASA

9
KOMSAS Tingkatan 4

Cerpen : Ibu dan Ceper

RMN SMK Kamil

1. Masa kini

1. ‘Aku’ telah tua, ada anak yang telah besar dan sudah bercucu. Semasa ini ibu
dan ayah telah tiada. Sungai Ceper telah tercemar teruk kerana sampah
sarap dan alirannya hamper terhenti. Sungai Ceper masih ada tetapi sungai
ini terlalu cetek, air telah hamper kering dan tidak lagi digunakan oleh orang
ramai.

2. Masa Lalu

1. Sepuluh tahun lalu setelah ibu terjatuh, lumpuh dan meninggal. Ibu tidak
dapat bergerak lagi. Kerja-kerja di sawah diteruskan oleh ‘aku’ dan isterinya.
Ayah telah tua dan tidak berketitir lagi. Sejak ibu lumpuh, Sungai Ceper juga
seperti ‘lumpuh’.

2. Empat puluh tahun lalu, ibu masih muda dan ‘aku’ teruna. Sungai Ceper
mengalir deras, mengairi sawah, menjadi lubuk ikan, tempat penduduk
mandapatkan sumber air dan memperoleh sumber makanan iaitu ikan. Sungai
Ceper pernah banjir dan kering kerana kemarau. Ibu pula mengusahakan
sawah dan amat cekap bekerja serta melakukan pelbagai pekerjaan. Bapa
pula menjadi kaki burung sehingga tidak membantu ibu dan menyerahkan
tugas menyara dan hal keluarga kepada ibu. Ibu marah dengan Ceper yang
menyebabkan padinya musnah dan tidak menjadi. Ibu tidak menggunakan
Ceper lagi setelah Ceper kering dan berbau busuk. Ibu menggunakan telaga.

LATAR MASYARAKAT

10
KOMSAS Tingkatan 4

Cerpen : Ibu dan Ceper

RMN SMK Kamil

Masyarakat Kampung
Mereka menjadi pesawah padi dan petani yang bergantung hidup
kepada alam sebagai sumber untuk memperoleh makanan.

Masyarakat yang rajin berusaha tanpa jemu


Ibu ialah lambing masyarakat yang rajin berusaha walaupun usahanya
musnah disebabkan Sungai Ceper tetapi dia masih terus berusaha
bersawah padi setelah semuanya pulih.

2. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab


Mereka membuang sampah ke tempat yang tidak sepatutnya sehingga
Sungai Ceper tercemar teruk. Bapa juga lambing masyarakat yang
tidak bertanggungjawab sebagai ketua keluarga kerana asyik
berketitir.

3. Masyarakat yang perihatin


‘Aku’ ialah masyarakat yang prihatin dan sentiasa memerhatikan setiap
gerak dan liku Sungai Ceper dan kehidupan ibunya. ‘Aku’ prihatin akan
nasib sungai yang semakin hari semakin tercemaR.

NILAI MURNI

1. KASIH SAYANG

11
KOMSAS Tingkatan 4

Cerpen : Ibu dan Ceper

RMN SMK Kamil

Kasih sayang ‘aku’ kepada Sungai Ceper dan ibunya terlihat melaluui
kenangannya kepada sungai itu dan ibunya. Setiap pergerakan sungai
dan ibunya tidak lekang daripada ingatannya.

2. KEGIGIHAN
Ibu cekal dan gigih berusaha walaupun tanpa bantuan suaminya yang
suka berketitir dan langsung tidak mengendahkan hal keluarga. Ibu
terus gigih berusaha menanam padi setelah padinya musnah akibat
banjir.

3. BERTANGGUNGJAWAB
‘Aku’ merupakan anak yang bertanggungjawab menjaga dan membantu
orang tuanya bekerja. ‘Aku’ juga menjaga ibu yang lumpuh dan tidak
dapat bergerak.

4. BERDIKARI
Ibu berupaya membuat kerja-kerja bersawah dan kerja-kerja lain
bersendirian tanpa bantuan suaminya yang suka berketitir. Ibu juga
membuat semua kerja rumah dan segala urusan keluarga diserahkan
bulat-bulat kepada ibu.

5. BERSYUKUR
‘Aku’ berterima kasih dan mengenang budi ibunya dengan menjaga
ibunya semasa ibunya lumpuh. ‘Aku’ bersyukur dengan kewujudan dua
sumber yang berharga dalam kehidupannya iaitu ibunya dan Sungai
Ceper walaupun kedua-dua sumber ini telah ‘mati’. Pada suatu ketika
dahulu, kedua-duanya menjadi nadi dan tonggak kehidupan.

6. KESABARAN
Ibu terpaksa bersabar melayani kerenah suaminya yang kurang
memberikan perhatian terhadap kebajikan keluarganya.

PENGAJARAN

12
KOMSAS Tingkatan 4

Cerpen : Ibu dan Ceper

RMN SMK Kamil

1. Kita hendaklah menyayangi ibu bapa yang telah tua dan sakit.
‘Aku’ menyayangi, menghargai dan menyanjung jasa ibu. ‘Aku’ menjaga
ibu yang lumpuh dan tidak dapat bergerak.

2. Kita mestilah menyayangi dan menghargai alam sekitar.


Sungai Ceper penting dan memberi sumbangan kepada kehidupan
penduduk kampung. Malangnya sungai itu telah dicemari.

3. Ketua keluarga mesti bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga.


Bapa menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab kerana membiarkan
ibu yang membuat kerja-kerja bersawah sedangkan bapa hanya suka
berketitir.

4. Kita hendaklah rajin dan gigih melakukan sesuatu pekerjaan.


Ibu gigih dan rajin berusaha dengan bersawah, mencari mengkuang dan
sebagainya untuk menambahkan rezeki keluarga.

SOALAN-SOALAN PEMAHAMAN

13
KOMSAS Tingkatan 4

Cerpen : Ibu dan Ceper

RMN SMK Kamil

1. Apakah yang ’aku’ cintai sama seperti ’aku’ mencintai ibu?

2. Apakah yang dilakukan oleh ibu di baruh?

3. Apakah ’aku’ lakukan dengan rakan-rakan di Sungai Ceper?

4. Apakah kesan jika Ceper mengamuk?

5. Mengapakah ibu mengamuk terhadap Ceper?

6. Mengapakah ibu marah akan bapa?

7. Mengapakah ‘aku’ dan keluarga makan gadung ketika itu?

8. Apakah kesan musim kemarau di kampung ’aku’?

9. Mengapakah Sungai Ceper tidak sesuai untuk mandi lagi?

10. Mengapakah ibu berbaik dengan telaga?

11. Apakah keadaan Ceper selepas ibu dan bapa aku meninggal?

12. Bagaimanakah ibu mula lumpuh?

13. Mengapakah ’aku’ dapat menggantikan ibu untuk bekerja di sawah?

14. Apakah yang mampu dilakukan oleh bapa setelah tua?

15. Mengapakah ’aku’ menjerit kuat pada suatu hari?

16. Mengapakah ’aku’ menyesal?

17. Apakah objek yang dapat dilihat di dalam Ceper kini?

18. Bagaimanakah bapa meninggal?

14
KOMSAS Tingkatan 4

Cerpen : Ibu dan Ceper

RMN SMK Kamil

19. Siapakah yang turun ke sawah setelah ’aku’ dan isteri tua?

20. Apakah persamaan ibu dengan Ceper pada akhir cerpen?

SOALAN-SOALAN KBKK

15
KOMSAS Tingkatan 4

Cerpen : Ibu dan Ceper

RMN SMK Kamil

1. Bagaimanakah ’aku’ dapat membalas jasa-jasa ibu?

2. Bagaimanakah cara untuk mengelakkan pencemaran sungai?

3. Bagaimanakah kerajaan dapat membantu penduduk kampung seperti di


kampung ’aku’?

4. Adakah wajar seseorang anak desa memilih calon isteri atau suami juga
dari desa?

5. Sekiranya anda anak kepada petani, bagaimanakah anda dapat


membantu keluarga anda keluar dari kepompong kemiskinan?

LATIHAN PENGUKUHAN

16
KOMSAS Tingkatan 4

Cerpen : Ibu dan Ceper

RMN SMK Kamil

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Ibu terus lumpuh dan tidak boleh bergerak lagi. Hanya mata ibu dan mulut
ibu yang rancak bergerak seperti arus Ceper pada usia yang lebih muda. Semenjak
itu bapa tidak berdenak ketitir lagi meskipun keliling rumah masih tersangkut
sangkar-sangkar ketitir yang berbagai-bagai bentuk.

Itulah zaman menderita yang amat pedih bagi kami sekeluarga. Aku sudah
kahwin waktu itu dan sudah pun memperoleh dua orang anak. Mujur juga aku peroleh
isteri anak kampung yang tidak pantang turun ke sawah dan tidak takut pada lintah
dan pacat. Kami berdualah menggantikan tempat ibu.

Meskipun bapa sudah tidak lagi menjadi kaki burung ketitir, bapa sudah agak
tua dan tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Bapa hanya berada di rumah makan dan
tidur saja. Sikit-sikit boleh juga jaga cucu dan picit-picit tubuh ibu, tetapi bapa
sebenarnya sudah dimakan tua waktu itu.

(Dipetik daripada ’Ibu dan Ceper’ oleh Shahnon Ahmad


dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Berikan maksud rangkai kata ’menderita yang amat pedih’ berdasarkan


petikan. (2 markah)

ii. Apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menyembuhkan penyakit


lumpuh yang dialami oleh ibu? (3 markah)

iii. Jelaskan satu nilai murni daripada petikan dan dua nilai murni lain
daripada keseluruhan cerpen. (3 markah)

17
KOMSAS Tingkatan 4

Cerpen : Ibu dan Ceper

RMN SMK Kamil

JAWAPAN

SOALAN-SOALAN PEMAHAMAN

1. Apakah yang ’aku’ cintai sama seperti ’aku’ mencintai ibu? (m/s 99)
Sungai Ceper

2. Apakah yang dilakukan oleh ibu di baruh? (m/s 99)


Ibu berada di baruh untuk menajak dan menyisir selut, memikul
gemal padi, menanam benih-benih padi, mengejar burung yang
hendak memakan padi, menuai padi dan menjunjung gemal-gemal
padi masuk ke dalam jelapang.

3. Apakah ’aku’ lakukan dengan rakan-rakan di Sungai Ceper? (m/s 100)


Bersorak dengan penuh tenaga sambil turun ke lubuk untuk
meragau ikan atau bermain acilut.

4. Apakah kesan jika Ceper mengamuk? (m/s 102)


Banjir akan menenggelamkan sawah padi penduduk kampung
menyebabkan padi musnah.

5. Mengapakah ibu mengamuk terhadap Ceper? (m/s 102)


Padinya mati.

6. Mengapakah ibu marah akan bapa? (m/s 102)


Masih hendak pergi berdenak ketitir walaupun padinya ditenggelami
air.

7. Mengapakah ‘aku’ dan keluarga makan gadung ketika itu? (m/s 103)
Padi habis musnah.

8. Apakah kesan musim kemarau di kampung ’aku’? (m/s 103)

18
KOMSAS Tingkatan 4

Cerpen : Ibu dan Ceper

RMN SMK Kamil

Padi mati.

9. Mengapakah Sungai Ceper tidak sesuai untuk mandi lagi? (m/s 103)
Airnya tohor dan berbau busuk.

10. Mengapakah ibu berbaik dengan telaga? (m/s 103)


Air Sungai Ceper sudah tohor.

11. Apakah keadaan Ceper selepas ibu dan bapa aku meninggal? (m/s 105)
Airnya kurang jernih.

12. Bagaimanakah ibu mula lumpuh? (m/s 105)


Terjatuh di dalam baruh lalu terpijak tunggul.

13. Mengapakah ’aku’ dapat menggantikan ibu untuk bekerja di sawah?


(m/s 106)
’Aku’ beroleh isteri juga anak kampung yang tidak kekok ke
sawah.

14. Apakah yang mampu dilakukan oleh bapa setelah tua? (m/s 106)
Menjaga cucu dan memicit-micit badan ibu.

15. Mengapakah ’aku’ menjerit kuat pada suatu hari? (m/s 106)
Terlalu lama memangku ibu yang hendak membuang air tetapi tidak
keluar-keluar najisnya.

16. Mengapakah ’aku’ menyesal? (m/s 106)


Aku menjerit kepada ibu sehingga ibu menangis.

17. Apakah objek yang dapat dilihat di dalam Ceper kini? (m/s 107)

19
KOMSAS Tingkatan 4

Cerpen : Ibu dan Ceper

RMN SMK Kamil

Bangkai ayam, itik, biawak, ular, babi, ikan yang sudah busuk
berulat dan pelbagai bahan yang tidak berguna lagi.

18. Bagaimanakah bapa meninggal? (m/s 107)


Jatuh tersungkur di kepala tangga sehingga pengsan dan meninggal
dunia.

19. Siapakah yang turun ke sawah setelah ’aku’ dan isteri tua? (m/s 108)
Anak-anakku.

20. Apakah persamaan ibu dengan Ceper pada akhir cerpen? (m/s 108)
Kedua-duanya telah mati.

20
KOMSAS Tingkatan 4

Cerpen : Ibu dan Ceper

RMN SMK Kamil

JAWAPAN

SOALAN-SOALAN KBKK

1. Bagaimanakah ’aku’ dapat membalas jasa-jasa ibu? (KBKK)


Meneruskan usaha ibu, menjaga ibu dengan baik, tinggal bersama-
sama ibu.

2. Bagaimanakah cara untuk mengelakkan pencemaran sungai? (KBKK)


Mengadakan gotong-royong membersihkan sungai, Jabatan Alam
Sekitar mengadakan pemantauan di kawasan sungai, meletakkan
papan tanda yang melarang penduduk membuang sampah ke dalam
sungai.

3. Bagaimanakah kerajaan dapat membantu penduduk kampung seperti di


kampung ’aku’? (KBKK)
Membina infrastruktur, memberi pendedahan tentang cara
pertanian moden, membeli hasil tanaman padi penduduk kampung.

4. Adakah wajar seseorang anak desa memilih calon isteri atau suami juga
dari desa? (KBKK)
Wajar, kerana saling memahami, cara hidup yang sama, masing-
masing sudah biasa dengan persekitaran tempat tinggal.

5. Sekiranya anda anak kepada petani, bagaimanakah anda dapat


membantu keluarga anda keluar dari kepompong kemiskinan? (KBKK)
Belajar bersungguh-sungguh, mencari pekerjaan yang lebih
mempunyai masa depan di bandar, mengusahakan pertanian secara
moden.

21
KOMSAS Tingkatan 4

Cerpen : Ibu dan Ceper

RMN SMK Kamil

JAWAPAN

LATIHAN PENGUKUHAN

i. Berikan maksud rangkai kata ’menderita yang amat pedih’ berdasarkan


petikan. (2 markah)

-sengsara yang amat perit

ii. Apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menyembuhkan penyakit


lumpuh yang dialami oleh ibu? (3 markah)

-membawa ibu berjumpa doktor pakar


-merawat secara perubatan tradisional
-membawa ibu berjumpa pakar urutan tradisional (fisioterapi)
-memberi suntikan semangat

iii. Jelaskan satu nilai murni daripada petikan dan dua nilai murni lain
daripada keseluruhan cerpen. (3 markah)

Dalam petikan:
-Nilai rajin- aku dan isteri sanggup turun ke sawah
-Nilai kasih sayang-bapa menjaga cucu-cucunya
-Nilai tolong-menolong-bapa menolong ibu dengan memicit-micit
badannya.

Dalam keseluruhan cerpen:


-Nilai cinta akan alam sekitar-aku sayang akan Sungai Ceper seperti
sayang akan ibunya.
-Nilai rajin-ibu rajin bekerja di sawah

22
KOMSAS Tingkatan 4

Cerpen : Ibu dan Ceper

RMN SMK Kamil

23