Anda di halaman 1dari 20

Pengenalan

Istilah pengurusan seringkali dikaitkan dengan empat aktiviti penting yang


dikenali dengan singkatan POLC. Empat komponen ini adalah Merancang (P
Planning),

Mengelola

(Organizing -

O),

Memimpin

(Leading

L)

dan

Mengawal (Controlling C). Manakala strategi pula boleh kaitkan dengan


rancangan yang disusun kemas dan teratur dalam usaha mencapai matlamat
atau kejayaan sesebuah organisasi (Kamus Dewan, 2007). Dengan kata lain,
pengurusan strategik merupakan aktiviti merancang, mengelola, memimpin
dan mengawal yang disusun secara kemas dan teratur bagi mencapai
matlamat sesebuah organisasi. Konsep pengurusan strategik amat penting
diketahui, difahami dan seterusnya diaplikasi (Bryson 2004; Haberberg dan
Rieple 2001; Thompson 1997) oleh pengurus atau pentadbir di sesebuah
organisasi. Dalam melaksanakan sebarang aktiviti, pengurusan strategik
dilihat sebagai keperluan asas dalam menjamin keberkesanan dan kejayaan
organisasi tersebut. Pengurusan strategic juga dilihat sebagai salah satu
elemen terpenting bagi setiap individu sama ada sebagai pemimpin atau
pengurus di sesebuah organisasi. Pengurusan strategik juga dikenal pasti
sebagai pentas bagi pengurus atau pentadbir untuk mengendalikan programprogram

yang

dilaksanakan

di

organisasi.

Segala

pengetahuan

dan

kemahiran yang dipelajari secara teori, dapat diaplikasikan melalui programprogram berasaskan konsep pengurusan strategik

1.0

DEFINISI PENGURUSAN STRATEGIK

Pengurusan dapat didefinasikan sebagai satu proses perancangan,


penyusunan, pengarahan dan pengawalan dalam sesebuah organisasi bagi
mencapai misi serta visi yang telah ditetapkan. Istilah pengurusan telah
merujuk kepada satu set yang telah direka bentuk bagi meninggikan dan
mengarahkan kerja-kerja dan tugasan yang telah ditentukan (Ahmad Atory
1996). Oleh yang demikian setiap insan merupakan pengurus sama ada
secara langsung atau tidak langsung dan akan terlibat dengan pengurusan
walaupun ia hanya menguruskan hal peribadinya sahaja.
Pengurusan boleh juga boleh di ertikan sebagai cara dan teknik-teknik
yang diguna pakai dalam mengendalikan sesebuah organisasi agar hasilnya
menepati sasaran yang telah ditetapkan. Ia merupakan gabungan beberapa
bahagian organisasi kerja yang mana setiap bahagian akan memainkan
peranan yang sangat penting dalam organisasi.
Oleh

yang

demikan,

proses

pengurusan

merupakan

gabungan

beberapa kegiatan organisasi seperti perancangan, penyusunan, pengarahan


dan pengawalan seterusnya ia membentuk set lengkap yang akan di
gunakan oleh pengurus bagi memastikan setiap misi dan visi sesebuah
organisasi akan berjaya.
Istilah strategik pula berasal dari bahasa Greek Strategos yang boleh
diertikan sebagai Fungsi Seorang Jeneral (Zainal Abidin 2008). Dalam istilah
ketenteraan ia memberi erti kepakaran Seorang Jeneral menggunakan
pelbagai cara dan teknik yang sesuai dalam menangani ancaman musuh.
Dari

sudut

perancangan

pula

strategik

membawa

pengertian,

seseorang pengurus menggunakan beberapa strategi yang berkesan dalam


menguruskan organisasi dan mencari cara dan teknik yang sesuai bagi
mengatasi pesaingnya. Ia meliputi beberapa perkara penting dalam sesebuah
organisasi termasuk misi sesebuah organisasi, objektif perancangan, program
strategi, dan kaedah yang digunakan bagi mancapai matlamat tersebut.
Strategi yang berkesan dan sesuai bagi sesuatu masalah akan dapat
membantu

meningkatkan

produktiviti

sesebuah

organisasi.

Sekiranya

percaturan strategi yang digunakan tidak sesuai dan tidak menepati


kesesuainyya maka ia akan menyebabkan berlaku kerugian, pembaziran
kemunduran sesebuah organisasi.
Perancangan Strategik pula merupakan satu proses perancangan
jangkamasa panjang yang mana organisasi akan menentukan misi dan
objektif dengan sumber-sumber yang dimiliki untuk mencapai misi yang
ditetapkan(Muhamad

Ali

Embi

2003).

Ia

juga

dilihat

sebagai

suatu

penggabungan analisis dalaman yang menilai keupayaan dan kekuatan


sesebuah organisasi dan analisis luaran yang melibatkan analisis peluangpeluang

dan

ancaman-ancaman

yang

boleh

memberi

risiko

kepada

organisasi. Penggabungan ini akan memberikan satu dimensi baru kepada


seseorang pengurus untuk membuat analisis kritikal tentang kekuatan
sesebuah organisasi dan peluang-peluang yang wujud dalam membuat
keputusan.
Pengurusan strategik wujud hasil daripada cetusan perancangan
strategik yang dijalankan dan ianya mempuyai dua komponen utama.
Komponen yang pertama ialah Pengurusan Isu Strategik itu sendiri yang
mana ia merupakan lanjutan daripada Perancangan Strategik. Komponen
yang kedua ialah melengkapkan seseorang eksekutif dengan sifat yang
sentiasa berwaspada dan bersedia dalam menghadapi apa-apa kejadian luar
jangka dalam sesebuah organisasi. Komponen ini turut dikenali dengan
Pengurusan Tak Disangka (Surprise Management). Dengan adanya kedua-dua
komponen ini maka seseorang pengurus akan dapat menangani segala
permasalahan yang timbul dan mampu mengurus sesebuah organisasi
dengan lebih berdaya saing dan maju.
2.0

KEPENTINGAN PERANCANGAN STRATEGIK


Perancangan strategik merupakan aset utama dan ianya memainkan

peranan yang sangat penting dalam pengurusan strategik. Ia merupakan


gambaran atau rangka kerja bagi seseorang pengurus untuk membuat
menjalankan aktiviti pengurusan dalam sesebuah organisasi(Mumtaz Began,
Norasiken, Norhayati, 2002). Perancangan ini juga

membantu seseorang

pengurus untuk membuat penilaian serta keputusan yang berkaitan dengan


halatuju sesebuah organisasi.

Terdapat beberapa kepentingan perancangan strategik di dalam


organisasi yang dapat dikemukakan disini antaranya ialah:
2.1

Pengurusan Yang Lebih Baik


Dengan adanya perancangan strategik, pengurus akan
dapat membentuk suatu konsep yang jelas dan lengkap bagi
sesebuah organisasi. Proses ini akan membantu para pengurus
untuk

menilai

kekuatan

dalaman

serta

kekuatan

luaran

organisasinya dalam menangani cabaran. Dengan perancangan


ini, matlamat serta objektif sesebuah organisasi akan lebih jelas
dan memudahkan pengurus untuk membuat keputusan bagi
mencapai matlamat tersebut.
Sekiranya perancangan strategik tidak dilaksanakan di
dalam sesebuah organisasi, maka kesannya ialah pengurus akan
menghadapi masalah dalam penentuan objektif serta penetapan
matlamat yang harus dicapai oleh organisasi tersebut. Apabila
sesebuah organisasi tidak mempunyai halatuju dan matlamat
yang harus dicapai

maka operasi yang wujud di dalam

organisasi tersebut tidak mengikut landasan yang diharapkan. Ia


akan menyebabkan kegagalan dalam menguruskan sesebuah
organisasi.

Kegagalan

ini

akan

menyebabkan

berlaku

kemerosotan produktiviti sesebuah organisasi dan menyebabkan


organisasi tersebut gagal berdiri sama tinggi dengan organisasiorganisasi lain.
2.2

Bertindak Balas Kepada Perubahan Persekitan


Dengan adanya perancangan strategik pengurus akan
dapat menangani masalah yang tidak dijangka sekiranya
persekitaran berubah. Ini kerana perancangan strategik telah
membantu para pengurus dalam membuat persiapan awal bagi
menangani permasalahan tersebut. Pengurus akan membuat
keputusan berdasarkan situasi terkini untuk keperluan di masa
hadapan.

Contohnya,

sekiranya

situasi

organisasi

dalam

keadaan yang agak perlahan maka pengurus boleh menetapkan


matlamat organisasinya berdasarkan pengalaman masa lalu

yang berkaitan. Walaubagaimanapun, pada masa ini arus


perubahan situasi tidak dapat dijangka dengan tepat kerana
ianya berlaku terlalu pantas mengikut perkembangan zaman
teknologi yang canggih.
Oleh yang demikian para pengurus perlu lebih kreatif
dalam mencatur strategi bagi mengatasi masalah tersebut.
Dengan
timbul

mengandaikan
akibat

permasalahan

perubahan

yang

persekitaran,

mungkin

pengurus

akan
dapat

menyediakan beberapa langkah menangani masalah sebagai


persiapan awal dan dapat mencongak peluang-peluang yang
mungkin wujud dari perubahan persekitarn tersebut.
3.0

ELEMEN-ELEMEN DALAM PERANCANGAN STRATEGIK


Perancangan strategik mempunyai beberapa elemen penting
bagi

memastikan

perncangan

yang

dibuat

bertepatan

dengan

kehendak dan objektif sesebuah organisasi. Kepincangan salah satu


elemen dalam perancangan strategik akan menganggu perjalanan
perancangan ini (Zainal Abidin 1998). Sekiranya perancangan strategik
tidak dapat dilaksanakan maka risiko yang bakal dihadapi oleh
seseorang pengurus akan menjadi bertambah besar. Bahkan ia
mungkin

menyebabkan

berlaku

kemerosotan

dalam

sesebuah

organisasi. Antara elemen-elemen yang wujud dalam perancangan


strategik ini ialah:
3.1

Misi
Setiap organisasi mempunyai misi tersendiri, penetapan
misi sesebuah organisasi akan membantu memandu halatuju
sesebuah organisasi. Pencapaian misi yang ditetapkan oleh
sesebuah organisasi menunjukkan bahawa organisasi tersebut
telah berjaya dan berada di landasan yang diharapkan.
3.1.1 Prinsip Dalam Pernyataan Misi
Terdapat beberapa prinsip yang harus diteliti dalam
membuat peryataan misi. Antaranya prinsip tersebut ialah

mengenal pasti Kekuatan, Kelemahan, Ancaman dan


Peluang (KLAP) dalam sesebuah organisasi. Pengurus
perlu menilai beberapa faktor yang berkaitan dengan
KLAP

agar

pernyataan

misi

sesebuah

organisasi

bertepatan dengan objektif organisasi tersebut.


Selain itu, pernyataan tersebut mestilah mudah
difahami oleh semua orang dan tidak terlau umum dan
tidak terlalu spesifik. Sekiranya pengurus menggunakan
bahasa yang sukar difahami dikhuatiri objektif organisasi
tersebut tidak akan tercapai kerana misi yang dinyatakan
tidak jelas dan mengelirukan. Megikut kajian ahli-ahli
pengurusan, 25 patah perkataan merupakan bilangan
perkataan yang ideal dan mudah diingat oleh para
pekerja dalam menyatakan misi sesebuah organisasi.
Oleh yang demikian, pernyataan misi haruslah ringkas,
padat dan mudah diingati.
Selain
melibatkan

itu

juga,

pernyataan

Pengurus besar

misi

sesebuah

ini

mestilah

organisasi.

Ini

kerana, penglibatan Pengurus Besar dalam pernyataan


misi

akan

membantu

melicinkan

proses

membuat

keputusan dan akan memudahkan sokongan terhadap


perancangan yang dilakukan dalam sesebuah organisasi.
3.1.2 Kepentingan Misi
Misi mempunyai peranan yang tersendiri dalam
sesebuah organisasi. Antaranya ialah, misi sebagai agen
yang mengawal perjalanan sesebuah organisasi di mana
halatuju sesebuah organisasi akan mengikut kehendak
misi yang telah ditetapkan.
Selain itu, peranan misi ialah sebagai rujukan untuk
menentukan sumber yang diperlukan bagi menggerakkan
jentera sesebuah organisasi dan pengagihan sumber
manusia boleh dilaksanakan berdasarkan keperluan misi
sesebuah organisasi. Dengan cara ini pengagihan sumber

manusia akan memenuhi keperluan sesebuah unit dan


dapat mengelakkan pembaziran sumber manusia.
Misi yang dinyatakan juga akan mempengaruhi
cara

seseorang

peuang

yang

pengurus

wujud

di

mengeksploitasi

persekitarannya.

peluangKecekapan

pengurus menggunakan kelebihan ini, akan memberikan


kelebihan

berbanding

pengurus

lain

yang

kurang

berkemampuan dalam bidang ini. Kelebihan ini bukan


sahaja menjamin suatu pengurusan yang baik bahkan
akan

membantu meningkatkan produktiviti sesebuah

organisasi.
3.2

Nilai Strategi
Nilai strategi merupakan salah satu elemen yang
penting dalam perancangan strategik. Ianya dilaksanakan
oleh ahli strategi di dalam sesebuah organisasi. Setiap
strategi yang dirancang akan mengandungi nilai-nilai
yang berbeza berdasarkan beberapa kriteria berikut:
a) Minat
b) Pendidikan
c) Pergaulan
d) Kematangan
e) kemasyarakan
Pada

kelazimannya,

tidak

semua

ahli

dalam

organisasi terlibat dalam penentuan strategi sesebuah


organisasi. Ahli strategi yang terlibat dalam perbincangan
menentukan

halatuju

organisasi

disenaraikan di bawah:
a)

Pengurus Besar CEO

b)

Ahli Lembaga Pengarah

c)

Usahawan

d)

Perancang Korporat

e)

Pengurus Unit Strategi

f)

Pengurus

ialah

seperti

yang

g)
3.3

Perunding

Kelulusan Dan Kebenaran


Sebelum sesuatu perancangan dapat diaplikasikan dalam
sesebuah organisasi, persetujuan untuk mengunakan strategi
tersebut mestilah diperolehi daripada Pengurus Besar. Ini kerana
perlaksanaan strategi tersebut akan melibatkan semua ahli yang
terdapat di dalam sesebuah organisasi samada dari ahli
bawahan sehingga ke pentadbiran.
Sekiranya strategi yang dirancang dipersetujui, maka
pengurus akan menggunakan pendekatan yang terbaik untuk
menyediakan satu pasukan kerja yang memiliki matlamat bagi
mencapai segala objektif yang di gariskan. Pengurus akan
membuat pengarahan kepada penggunaan strategi tertentu
seterusnya membuat pengawalan kepada ahlinya agar sentiasa
mematuhi peraturan dan kehendak organisasi bagi memastikan
segala objektif sesebuah organisasi dapat dicapai dengan
jayanya(Abd Aziz 2003).

4.0

PROSES PERANCANGAN STRATEGIK


Proses perancangan strategik merupakan satu susunan tindakan
yang akan menghasilkan beberapa keputusan strategik dan diikuti
dengan

tindakan

perlaksanaan,

pengawalan

dan

mendapatkan

maklum balas mengenai strategi yang telah digunakan. Mengikut


Zainal Abidin Mohamad (1994), proses perancangan strategik boleh
dikategorikan kepada beberapa peringkat sperti yang dinyatakan di
bawah:
4.1

Analisis Persekitaran Am
Analisis

ini

bertujuan

untuk

mengenal

pasti

keadaan sekeliling yang bakal dihadapi oleh sesebuah


organisasi dari segi ancaman dan peluang yang wujud. Ia
termasuk

analisis

sosiobudaya

setempat

yang

mempengaruhi persekitaran. Selain itu, senario politik

juga dianalisis bagi mengetahui tahap kestabilan negara


serta

penguatkuasaan

undang-undang

negara

yang

meliputi hak-hak pekerja, keselamatan tempat kerja,


kuota sesuatu barangan, pemilihan lokasi pembinaan dan
sebagainya.
Teknologi masa kini juga turut menjadi agenda
utama yang dianalisis kerana perkembangan teknologi
pada hari ini terlalu pantas dan terlalu banyak perubahan
serta peningkatan tahap kecekapan sesebuah organisasi
dengan bantuan alat yang berteknologi tinggi. Produktiviti
telah meningkat berkali ganda dan pengurangan pekerja
juga wujud disebabkan kebayakan kilang menggunakan
mesin dan jentera dengan pengeluaran berskala besar
sedangkan ia hanya memerlukan beberapa orang sahaja
untuk menjalankan operasi tersebut.
Selain itu, analisis kedudukan ekonomi negara juga
penting dalam proses perancangan strategik. Contohnya,
ia berkaitan dengan Keluaran Negara Kasar, kadar cukai,
kadar pinjaman, pendapatan dan perbelanjaan pengguna,
inflasi serta deflasi, lebihan dan kurangan perdagangan
antarabangsa serta devaluasi mata wang dan banyak lagi.
Penekanan terhadap analisis kesan ekologi dan
faktor iklim semasa memungkinkan sesebuah organisasi
yang mengeluarkan barangan bermusim untuk mencari
penyelesaian kepada situasi tersebut. Ancaman ini akan
menjadikan sesebuah organisasi mengalami kerugian
sekiranya

tidak

ada

penyelesaian

alternatif

kepada

masalah tersebut. Pengaruh daripada persekitaran akan


memberikan peluang kepada pengurus atau sebaliknya
menjadi

ancaman

kepada

pengurus

tersebut

dalam

mengendalikan sesebuah organisasi.


4.2Perancangan Senario
Perancangan senaria merupakan peramalan serta
pengandaian kepada sesuatu senario yang mungkin

dihadapi oleh sesebuah organisasi dengan menggunakan


beberapa kaedah antaranya ialah:
4.2.1 Kaedah Rip Van Wingkle
Membuat

ramalan

terhadap

keadaan

persekitaran untuk tempoh masa tiga hingga


lima tahun akan datang dan mengandaikan
pengurus sedang tidur dan akan bangun semula
selepas

waktu

tersebut.

Senario

ini

mengandaikan apakah yang akan terjadi dalam


tempoh masa tertentu dan berusaha membuat
perancangan yang sesuai untuk menanganinya
kelak.
4.2.2 Perancangan Senario Terpimpin
Beberapa
bersidang

individu

dan

yang

berpengalaman

membentangkan

gambaran

tentang persekitaran semasa yang diketahui


umum. Mereka akan mencadangkan beberapa
senario yang lebih baik untuk dibincangkan
bersama.
4.2.3 Perancangan Senario Terarah
Dalam senario ini, didapati ketua sesebuah
organisasi itu sendiri yang akan memaklumkan
perancangan strategik yang diambil berdasarkan
senario yang wujud. Hanya ketua pengurus yang
berpengalaman,

mempunyai

hubungan

meluas

semua

serta

dengan

staf

yang

berwibawa

mampu memberikan ramalannya terhadap senario


yang

diandaikannya.

pengurus

akan

pengurus

sebelum

Pada

kebiasaanya

berbincang

dengan

mengumkan

ketua

penolong

perancangan

strategiknya kepada ahli dalam organisasi.


4.3 Analisis Persekitaran Industri
Analisis persekitaran industri ini dilakukan untuk
meninjau

beberapa

10

komponen

yang

dilihat

dapat

mempengaruhi perkembangan sesebuah organisasi yang


beroperasi dalam pasaran terbuka antaranya ialah:
a) Pembeli
b) Pembekal
c) Pesaing
d) Barang pengganti
e) Kumpulan sasaran
f) Bakal pesaing
g) Buruh
4.4 Analisis Dalaman
Analisis

dalaman

merupakan

analisis

terhadap

maklumat yang diperolehi daripada sesebuah organisasi


itu sendiri. Ia melibatkan kemampuan serta kekuatan
dalaman sesebuah organisasi degan mengambil kira
segala kos operasi, kos tetap, pengurusan , perbelanjaan
latihan, penyelidikan, kedudukan organisai dan sebaginya.
Analisis ini digunakan untuk mencatur strategi yang lebih
sesuai berdasarkan kemampuan sesebuah organisasi.
Antara beberapa bahagian yang terlibat secara langsung
dalam membuat analisis dalaman ialah:
a)

Bahagian Kewanagan

b)

Bahagian Pengeluaran

c)

Bahagian Sumber Manusia

d)

Bahagian Pemasaran

4.5 Penyenaraian Strategi Alternatif


Dalam sesebuah organisasi, terdapat pelnagai latar
belakang pendidikan, pengalaman serta kemahiran yang
dimiliki oleh para pengurus dan pengurus kanan, oleh
yang

demikian,

berkemungkinan

strategi

yang

dikemukakan akan menjadi lebih dari satu strategi.


Semua strategi yang dirasakan sesuai disenaraikan dan di
bawa dalam suatu perbincangan bersama pihak atasan
dan akan memilih stategi yang terbaik dan yang paling
sesuai dengan kemampuan sesebuah organisasi.

11

4.6 Analisis Dan Pemilihan Strategi


Pemilihan sesuatu strategi merupakan sesuatu
proses yang penting dalam menentukan strategi yang
paling sesuai dengan kemampuan organisasi. Analisis
dalam

pemilihan

keputusan

membolehkan

dengan

lebih

yakin

pengurus
dan

membuat

tepat.

Terdapat

beberapa teknik dalam menganalisis strategi sesebuah


organisasi antaranya :
a)

Gambaran senario masa depan

b)

Sinergi dan sumber

c)

Jangka hayat produk

d)

Kleuk Pengalaman

e)

Analisis pulangan modal

f)

Matriks

KLAP

(Kekuatan,

Kelemahan,

Anacaman, Peluang)
g)

Matriks NDTS ( Penilaian Kedudukan dan


Tindakan Strategi)

h)

Matriks pemasaran

4.7 Perlaksanaan Strategi


Dalam melaksanakan sesuatu strategi, pengurus
mestilah

sentiasa

keberkesanan

sesuatu

memantau
strategi.

perjalanan
Terdapat

dan

beberapa

perkara yang perlu diambil kira oleh pengurus dalam


melaksanakan strategi antarnya ialah:
a)

Analisis perubahan

b)

Matlamat Tahunan

c)

Pengurangan halangan terhadap perubahan

d)

Analisi struktur organisai

e)

Analisis budaya organisasi

f)

Analisis pengurus dengan strategi

g)

Analisis penggubalan dasar

h)

Pembahagian sumber

i)

Membina kepakaran sumber manusia

j)

Mengubahsuai operasi

12

k)

Menyemak insentif dan ganjaran

4.8 Pengawalan
Pengawalan
dilakukan

oleh

merupakan

pengurus

bagi

satu

tindakan

mencapai

yang

matlamat

organisaisi. Pengurus mestilah faham dan mengetahui


objektif organisasi dengan jelas bagi memastikan ahlinya
mematuhi segala kehendak dan arahan organisasi. Dalam
melaksanakan kawalan terdapat beberapa langkah yang
boelh digunakan iaitu:
a)

Mengenal pasti prestasi yang perlu diukur

b)

Mengenal pasti piawaian prestasi

c)

Mengenal pasti prestasi sebenar

d)

Membandingkan dengan prestasi sebenar

e)

Melakukan tindakan pembetulan

4.9 Maklum Balas dan Penilaian.


Dengan

adanya

penilaian

dan

maklum

balas

mengenai strategi yang dilaksanakan akan membolehkan


para pengurus membuat pembetulan dan pembaikan
kepada

pengurusan

sesebuah

organisasi.

Pengurus

berpeluang untuk membuat perubahan strategi secara


drastik sekiranya strategi yang telah digunakan tidak
bersesuaian dan tidak mendatangkan keuntungan kepada
organisasi.
5.0

PERLAKSANAAN STRATEGI
Perlaksanan

strategi

merupakan

kesinambungan

daripada

perbincangan sebelum ini iaitu perancangan serta pemilihan strategi


yang

sesuai

kejayaan

dengan

sesebuah

sesebuah

organisasi

organisasi.
bergantung

Walaubagaimanapun,
dengan

perlaksanaan

strategi yang telah dipilih. Sekiranya pengurus telah menetapkan


sesuatu strategi untuk dugunakan namun tidak ada perlaksanaan
terhadap strategi tersebut ia turut menyebabkan kegagalan kepada
sesebuah organisasi.

13

Sesebuah organisasi yang ingin mencapai objektif yang telah


ditetapkan mestilah menjalankan satu proses formulasi sebelum
melaksanakan strategi yang dipilih. Perkaitan antara formulasi dan
perlaksanaan amat ketara kerana kedua-duanya akan menghasilkan
kesan kepada organisasi. Gabungan formulasi dan perlaksanaan telah
mengahsilkan empat keadaan iaitu:
a)

Berjaya
Keadaan

di

mana

sesebuah

organisai

yang

mempunyai gabungan formulasi dan perlaksanaan yang


baik. Keadaan ini membantu kepada produktiviti dan
mengurangkan

risiko

kerugian

dalam

sesebuah

organisasi.
b)

Berpusing ( roulette)
Keadaan
digunakan

ini

agak

wujud

lemah,

apabila
tetapi

formulasi

yang

perlaksanaan

yang

dilakukan adalah baik. Oleh yang demikian ia akan


menyebabkan dua keadaan iaitu perlaksanaan yang baik
akan mengatasi kelemahan formulasi dan akan memberi
gambaran

kepada

pengurus

bahawa

strategi

yang

digunakan kurang sesuai dan mencari strategi yang lebih


baik lagi. Keadaan kedua pula ialah, apabila strategi yang
digunakan tidak berkesan maka formulasi baru akan
dibuat

walaupun

pada

perlaksanaannya

baik.

Ini

berkemungkinan, produktiviti yang dihasilkan tidak begitu


memuaskan. Keadaan ini akan berterusan berpusingpusing sehingga produktiviti yang dikehendaki tercapai.
c)

Sulit
Situasi

ini

wujud

apabila

sesuatu

formulasi

dilakukan dengan sangat baik walaubagaimanapun pada


perlaksanaanya sangat lemah. Ini disebabkan pengurus
hanya menumpukan kepada pembuatan formulasi tetapi
mengabaikan perlaksanaan strategi. Keadaan ini akan
memberikan

kesan

organisasi.

14

yang

negatif

kepasa

sesebuah

d)

Gagal
Keadaan ini wujud akibat kelemahan dari segi
formulasi

dan

kelemahan

Pengurus

akan

halatuju

sesebuah

dari

mengahadapi

segi

perlaksanaan.

kesukaran

organisasi.

membawa

Situasi

ini

akan

menyumbang kepada kegagalan sesebuah organisasi.


Sepatutnya

pengurus

mesti

memberi

keseimbangan

kepada kedua-dua bahagian ini iaitu formulasi

dan

perlaksanaan agar segala objektif yang telah ditetapkan


akan tercapai sepenuhnya.
5.1

Kemahiran Perlaksanaan Strategi


Dalam

perlaksanaan

strategi

terdapat

beberapa

kemahiran yang perlu diketahui iaitu:


5.1.1 Kemahiran Inetraksi
Pengurus harus bijak menggunakan kemahiran ini
bagi

berinteraksi

semasa

menjalankan

aktiviti

pengurusan. Ia bukan sahaja kemahiran mempengaruhi


para pekerja untuk melaksanakan tugas pengarahan serta
pengawalan bahkan ia melibatkan interaksi dalaman
seperti

keupayaan

memahami

situasi

dan

perasaan

pekerja dan mampu mengadakan muzakarah sesama ahli


demi kebaikan organisasi.
5.1.2 Kemahiran Pengagihan
Kemahiran ini merujuk kepada kebolehan seseorag
pengurus untuk membuat jadual tugas dan pembahagian
masa, wang, dan sumber lain dengan cekap. Dengan
kemahiran ini pengurus dapat mengelakkan pembaziran
tenaga

yang

berlebeihan

di

unit

lain

dan

dapat

menyalurkan lebihan tersebut ke unit yang lain.


5.1.3 Kemahiran Pengendalian
Kemahiran ini membolehkan pengurus menangani
permasalahn yang tidak dijangka dengan cepat serta
efektif. Pengurus dapat mengeksploitasi keadaan yang

15

mendesak dengan lebih tenang dan menyelamatkan


kedudukan organisasi.
5.1.4 Kemahiran Mengorganisasi
Kemahiran

ini

memberikan

kelebihan

kepada

pengurus untuk mengatur ahli dalaman dalam


organisasi.

Pengorganisasian

yang

cekap

akan

mengelakkan kecelaruan dalam menjalankan tugas


dan memberikan panduan serta diskripsi tugas
yang jelas kepada para pekerja. Pengurus yang
memeliki
mampu

kempat-empat
mengendalikan

kemahiran

ini

akan

sesebuah

organisasi

dengan cemerlang dan mampu mengatasi segal


masalah yang dihadapi.
6.0

PERANCANGAN STRATEGIK DI MALAYSIA


Perancangan
beberapa

strategik

dokumen-dokumen

di

Malaysia

tertentu.

boleh

Dokumen

dilihat

daripada

tersebut

ialah

Rancangan Pembangunan Malaysia keempat (80) dan kelima (8589)yang mana ianya dilengkapi dengan terminologi seperti objektif
jangka panjang dan strategi melaksanaklannya.
Selain itu, Institut Tadbiran Awam merupakan salah satu badan
yang terawal menguruskan kursus berkaitan dengan perancangan
strategik ini kepada pegawai-pegawai sekitar tahun 80an. Pada ketika
itu amalan perancangan strategik hanya berbentuk teori dan kursus
sahaja dan perlaksanaannya hanya di peringkat percubaan dan
penyelidikan sahaja.
Walaubagaimanapun, perancangan strategik ini sememangnya
sudah berlaku dalam sektor awam dan swasta tetapi secara tidak
langsung

dan

tidak

pernah

dibentangkan

bagaimana

cara-cara

perlaksanaanya secara khusus.


Beberapa
dilalukan

penyelidikan

selepas

tahun

mengenai

80an

perancangan

antaranya

ialah

ini

mula

Han(85)

telah

menerbitkan penyelidikan keatas gunaan teknik, operasi penyelidikan


dalam bank. Siti Maimon juga telah membuat penyelidikan khusus

16

kepada

perancangan

strategik

di

malaysia

dan

beliau

berkemungkinanan orang pertama menjalankan penyelidikan tersebut.


Beliau telah mendapai bahawa amalan perncangan strategik telah
berlaku

dalam

beberapa

syarikat

pada

waktu

itu

dan

beliau

menjadikan syarikat tersebut sebagai responden kepada kajiannya.


Pada tahun 1985, Pelan Induk Perindustrian telah dikeluarkan
bagi menjelaskan dan menerangkan kepada pegawai mengenai
strategi dan objektif jangka masa panjang kerajaan Malaysia.
Secara kesimpulannya, perancangan strategik di negara kita,
diamalkan

secara

rasmi

dalam

organisasi

sekitar

tahun

80an.

Walaubagaimanapun perancangan strategik ini telah pun digunapakai


oleh beberapa agensi kerajaan dan swasta pada awal 60an secara
tidak langsung dan tidak dinamakan dengan perangan strategik pada
waktu itu. Perancangan strategik ini amat penting bagi negara kita
sehingga

dapat

mengekalkan

kestabilan

ekonomi

negara

dan

keharmonian rakyat sehingga ke hari ini.


7.0

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, perancangan strategik didefinasikan
sebagai suatu proses yang di ambil dalam setiap organisasi serta
sistem yang didirikan di dalamnya. Perancangan ini sangat berguna
kepada

pera

pengurus

untuk

menentukan

halatuju

organisasi

berdasarkan objektif yang telah ditetapkan oleh organisai untuk jangka


masa yang panjang.
Sesebuah organisasi yang cemerlang mempunyai satu sistem
pengurusan yang sistematik. Selain itu juga perancangan strategik
yang dilakukan dalam setiap organisasi menjadikan organisasi tersebut
lebih teguh dan mempunyai kredebeliti yang sangat tinggi samada dari
segi produktiviti, cara bakerja, cara menyelesaikan masalah serta
membuat keputusan.
Seharusnya setiap organisasi mengetahui dan mendalamai
sistem perancangan strategik kearah pengurusan organisasi yang lebih
strategik dan lebih berkesan. Walaupun pengunaan perancangan
strategik di negara kita sudah meluas kerana telah dibuktikan dengan

17

peningkatan produktiviti sesebuah organisasi, namun masih terdapat


organisasi yang masih belum mencapai tahap yang cemerlang dari
sudut pengurusannya.
Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab seorag
pengurus untuk memastikan memiliki kriteria lengkap untuk menjadi
seorang pengurus yang hebat dengan mendalami ilmu pengurusan
terutamanya ilmu pengurusan strategik agar produktiviti sesebuah
organisasi sentiasa di tahap yang membanggakan.

BIBLIOGRAFI
Zainal

Abidin

Mohamed

(1998).

Publications & Distributors Sdn Bhd.

18

Pengurusan

Strategik.

Utusan

Dr.

Ahmad

Atory

Hussain

(1996).

Pengurusan

Sumber

Dalam

Organisasi Awam Dan Swasta. Utusan Publications & Distributors Sdn


Bhd.
Lukman Z. Mohamad dan Azmi abdul manaf (2003).Globalisasi di
Malaysia. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Muhamad Ali Embi,(2003). Konsep Asas Pengurusan Sumber Manusia.
(Penggunaan konsep). Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Mumtaz Began Hj Abd Kadir, Norasiken Bakar, Norhayati Ismail, (2002).
Kualiti Dalam Pengurusan Sumber Manusia. Penerbitan Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Noraini Ahmad (2004). Budaya Kerja Cemerlang. Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd
Ab. Aziz Yusof (2003). Mengurus Pasukan Kerja Prestasi Tinggi. Pearson
Malaysia Sdn. Bhd.
http://pkukmweb.ukm.my/~ppa/04kakitgnpencetuskualiti.htm
www.fppsm.utm.my/jurnal/JK7DO6/JK7_Sharifahbaharum.pdf
www.suekainah.blogspot.com/2006/12/pengurusan-sumber-kualitiyang-lazim.html

19

20