Anda di halaman 1dari 9

Pembedahan Kosmetik Dari Pandangan Islam

Sudah menjadi fitrah manusia dan sifat semulajadinya; suka akan kecantikan dan ingin kelihatan
cantik. Oleh itu, Islam tidak melarang umatnya daripada berhias dan mencantikkan diri,
selagimana ia tidak melampaui batasan syariat.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Wahai anak cucu Adam! Pakailah perhiasanmu
(pakaianmu yang bagus) pada setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, tetapi jangan
melampaui batas. Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.
Katakanlah (Muhammad): Siapakah yang mengharamkan perhiasan milik Allah yang telah Dia
sediakan untuk hamba-hamba-Nya dan rezeki yang baik-baik? Katakanlah: Semua itu untuk
orang-orang beriman dalam kehidupan dunia, dan khusus (buat mereka) pada hari kiamat.
Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu untuk orang-orang yang mengetahui (al-Araf: 3132).
Namun, persoalannya sekarang; adakah menjalani pembedahan plastik untuk menjadi cantik
dibenarkan dalam Islam? Adakah mencantikkan diri melalui pembedahan plastik dianggap
melampaui batasan syariat?
Jawapannya; tidak semua pembedahan plastik yang dibuat untuk mencantikkan diri dianggap
melampaui batasan syariat. Pembedahan plastik yang tidak melampaui batas dibenarkan dalam
Islam. Hanya pembedahan plastik dengan tujuan menjadi cantik yang melampau sahaja yang
diharamkan dan dilarang dalam Islam demi mejaga kebajikan dan kemaslahatan manusia itu
sendiri.
Malah, pembedahan plastik ini sebenarnya adalah suatu proses kecantikan yang sudah
berkembang sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi. Antara bentuk pembedahan plastik yang
jelas dibenarkan sejak zaman Nabi s.a.w. ialah mana-mana bentuk rawatan kecantikan untuk
menghilangkan aib daripada badan dan wajah akibat kemalangan atau penyakit atau yang wujud
sejak lahir.
Contohnya membuat hidung daripada emas dan perak untuk menggantikan hidung yang telah
cacat, seperti yang dilakukan oleh seorang sahabat yang bernama Arfajah bin Asad r.a. Hidung

beliau telah cacat ketika peperangan, maka beliau telah membuat hidung daripada perak, lalu
keluar bau yang kurang menyenangkan, maka Nabi s.a.w. pun bersabda: Kenapa kamu tidak
menggunakan hidung daripada emas? (riwayat at-Tirmizi).
Manakala, bentuk rawatan kecantikan yang dilarang sejak zaman Nabi s.a.w. ialah mana-mana
bentuk rawatan kecantikan melampau yang mengubah ciptaan Allah s.w.t. dan menipu manusia.
Antara contoh rawatan kecantikan yang dilarang ini ialah perbuatan melukis tatu pada badan,
membuang bulu roma yang tidak menimbulkan aib, merenggangkan gigi dan apa-apa bentuk
rawatan kecantikan yang membawa kepada pengubahan ciptaan Allah s.w.t. dan penipuan.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Allah melaknat orang yang membuat tatu dan orang yang
meminta dibuat tatu, orang yang membuang bulu roma dan orang yang meminta bulu roma
dibuang, serta orang yang menjarangkan gigi untuk kelihatan cantik (secara melampau) yang
mengubah ciptaan Allah (riwayat Muslim).
Disebabkan pembedahan plastik pada hari ini sudah semakin moden dan canggih, maka amat
penting untuk kita mengetahui apakah bentuk pembedahan plastik moden yang dibenarkan
dalam Islam? Dan apakah pula bentuk pembedahan plastik melampau yang diharamkan dalam
Islam? Jawapan kepada persoalan ini boleh dilihat daripada segi tujuan dan kesan pembedahan
plastik ini.
1. Pembedahan plastik yang tidak melampau yang dibenarkan dalam Islam.
Tujuan pembedahan plastik ini adalah untuk mencantikkan mana-mana bahagian badan akibat
kemalangan, penyakit, atau yang disebabkan oleh kecacatan sejak lahir.
Misalnya; telinga yang terlalu besar yang diluar kebiasaan, hidung yang senget, terlebih jari
tangan atau kaki, bibir yang sumbing, dan apa-apa keaiban yang terdapat pada muka dan badan
yang menarik perhatian ramai lalu menyebabkan seseorang merasa malu dan hilang keyakinan
diri.
Oleh itu, sekiranya seseorang dilahirkan dalam keadaan bibir yang sumbing misalnya, maka
Islam membenarkannya untuk menjalani pembedahan plastik bagi mencantikkan bibir. Begitu

juga, bagi wanita yang mengidap kanser payudara lalu payudaranya terpaksa dibuang, maka
Islam membenarkan wanita ini untuk menjalani pembedahan plastik untuk menggantikan
payudaranya. Malah, sekiranya berlaku kemalangan yang menyebabkan muka seseorang
melecur, maka Islam membenarkannya menjalani pembedahan plastik untuk mencantikkan
bahagian muka yang melecur.
Asas kepada bentuk pembedahan plastik yang dibenarkan dalam Islam ini ialah:
1. Pembedahan plastik ini bertujuan untuk kembali kepada fitrah asal ciptaan Allah s.w.t. yang
sememangnya cantik dan indah, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya,
Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (at-Tin: 4).
2. Pembedahan plastik ini juga memberi kesan yang positif kepada pesakit dengan
menghilangkan rasa segan dan tekanan perasaan akibat kecacatan yang dialami.
3. Pembedahan plastik ini ialah suatu bentuk pembaikpulihan serta pengubatan, dan bukannya
suatu bentuk pengubahan kepada ciptaan Allah s.w.t. Sebagaimana orang yang demam diberi
ubat demam untuk pulih, begitulah juga orang yang mengalami kecacatan akibat kemalangan,
atau penyakit, atau sejak lahir dipulihkan dan diubati melalui pembedahan plastik ini.
Oleh itu, seseorang yang ingin menghilangkan kecacatan dan keaiban (akibat kemalangan,
penyakit, atau yang disebabkan oleh kecacatan sejak lahir) melalui pembedahan plastik, pesakit
mestilah memastikan bahawa pembedahan yang akan dijalani selamat, tidak membahayakan diri,
serta tidak memberikan kesan yang lebih buruk berbanding dengan apa yang dihadapinya
sekarang.
Begitulah luasnya rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. kepada hamba-hamba-Nya. Dia yang
Maha Pengasih dan Penyayang membenarkan pembedahan plastik ini bagi memastikan
ketenangan hidup manusia agar kita tidak merasa tertekan dengan kecacatan dan keaiban yang
dialami.
Namun begitu, amat penting untuk diingati bahawa sebarang keaiban yang berlaku secara
semulajadi dan tidak dianggap sebagai suatu bentuk penyakit oleh pakar perubatan, maka Islam

melarang sama sekali untuk kita menjalani pembedahan plastik bagi menghilangkan keaiban
tersebut.
Contohnya, apabila muka kita berkedut akibat proses penuaan, maka kita tidak dibenarkan
menjalani pembedahan plastik untuk menghilangkan kedutan tersebut. Begitu juga, apabila
payudara seorang wanita mengendur akibat usia yang semakin meningkat, maka Islam
melarangnya daripada menjalani pembedahan plastik terhadap payudaranya. Ini kerana
perbuatan menghilangkan keaiban akibat proses semulajadi melalui pembedahan plastik
termasuk dalam pembedahan plastik bahagian kedua yang melampau dan tidak dibenarkan
dalam Islam.
2. Pembedahan plastik yang melampau yang tidak dibenarkan dalam Islam.
Antara bukti luasnya rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t maka Dia telah mengharamkan
pembedahan plastik melampau yang memberikan kesan negatif yang besar terhadap manusia itu
sendiri.
Firman-Nya yang bermaksud: Katakanlah (Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku hanya
mengharamkan segala perbuatan keji yang terlihat dan yang tersembunyi, perbuatan dosa,
perbuatan melampau tanpa alasan yang benar, dan perbuatan menyekutukan Allah dengan
sesuatu sedangkan Dia tidak menurunkan alasan untuk itu, dan (Dia mengharamkan) kamu
membicarakan tentang Allah dengan apa yang tidak kamu ketahui (al-Araf: 33).
Pembedahan plastik dianggap melampau disebabkan dua keadaan:
Pertama, apabila tidak terdapat sebarang kecacatan atau keaiban pada diri seseorang yang
diiktiraf oleh pakar perubatan, namun seseorang itu tetap melakukan pembedahan plastik ini.
Kedua, apabila keaiban yang berlaku adalah akibat proses penuaan yang berlaku secara
semulajadi, dan seseorang itu menjalani pembedahan plastik demi menghilangkan tanda-tanda
penuaan.
Dengan kata lain, sekiranya keaiban yang terjadi bukan disebabkan kemalangan, penyakit, atau
yang disebabkan oleh kecacatan sejak lahir, maka hukum menjalani pembedahan plastik ini

adalah haram sama sekali. Ini kerana, pengharaman ini mempunyai hikmah dan rahsianya yang
tersendiri.
Asas kepada pengharaman pembedahan plastik yang melampau ini ialah:
1. Pembedahan plastik dijalankan dengan melukakan anggota badan seseorang, jadi sebarang
bentuk perbuatan yang melukakan anggota badan pada asalnya adalah haram.
2. Pembedahan plastik ini mengubah ciptaan Allah s.w.t.
3. Pembedahan plastik ini merupakan satu bentuk penipuan.
Antara contoh pembedahan plastik haram yang semakin banyak dilakukan adalah seperti
pembedahan plastik untuk memancungkan hidung, menegangkan kulit, membesarkan payudara,
menukar warna kulit, menukar jantina, dan sebagainya
Sayang sekali, pada zaman yang semakin moden ini, ramai yang lupa bahawa adalah mustahil
bagi manusia untuk kekal muda dan cantik di dunia yang sementara ini. Syaitan telah
membisikkan cita-cita dalam hati manusia untuk menjadi cantik dengan cara yang diharamkan
oleh Allah s.w.t. Maka, bertambah ramai manusia yang amat mementingkan kecantikan luaran
sehingga banyak wang dibazirkan demi menjalani pembedahan plastik yang diharamkan oleh
Islam, yang mengubah ciptaan Allah s.w.t., yang menipu dan membohongi diri sendiri dan orang
lain.
Iblis dan syaitan telah menipu mereka sebagaimana yang digambarkan dalam al-Quran yang
bermaksud:
dan syaitan berkata: dan aku pasti akan mengambil bahagian tertentu daripada hamba-hambaMu, dan aku pasti akan menyesatkan mereka, dan membangkitkan angan-angan kosong dalam
diri mereka, dan pasti aku akan menyuruh mereka memotong telinga-teling binatang ternak, dan
aku pasti akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah (lalu mereka akan mematuhinya).
Barang siapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindung selain Allah, maka sesungguhnya dia
telah menderita kerugian yang nyata. Syaitan itu terus-menerus memberikan janji-janji kosong

kepada mereka dan membangkitkan angan-angan dalam diri mereka, padahal tidak ada yang
dijanjikan oleh syaitan itu melainkan penipuan semata-mata (an-Nisa: 118-120).

Berikut merupakan penjelasan Imam An-Nawawi untuk membezakan antara pembedahan


kecantikan yang dibolehkan dan yang diharamkan:
Dalam menjelaskan hadith Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam:
"Allah melaknat wanita-wanita yang mentatu dan yang meminta untuk ditatukan, yang mencukur
(menipiskan) alis (bulu kening) dan yang meminta dicukur, yang mengikir gigi supaya kelihatan
cantik dan merubah ciptaan Allah." [Riwayat Muslim No:3966.]
Imam An-Nawawi rahimahullah menjelaskan sebagai berikut:
"Al-Washimah" adalah wanita yang mentatu. Iaitu melukis belakang telapak tangan, pergelangan
tangan, bibir atau anggota tubuh lainnya dengan jarum atau sejenisnya sehingga mengeluarkan
darah lalu diletakkan dengan tinta/ dakwat untuk diwarnai. Perbuatan tersebut haram hukumnya
bagi yang mentatu ataupun yang minta untuk ditatukan. Sementara "An-Naamishah" adalah
wanita yang menghilangkan atau mencukur bulu wajah.
Adapun "Al-Mutanammisah" adalah wanita yang meminta dicukurkan. Perbuatan ini juga haram
hukumnya, kecuali jika tumbuh janggut (seperti lelaki- pent.) atau misai pada wajah wanita
tersebut, dalam hal ini dia boleh mencukurnya. Sementara "Al-Mutafallijat" adalah wanita yang
menjarangkan giginya, biasa dilakukan oleh wanita-wanita tua atau dewasa supaya kelihatan
muda dan lebih indah. Karena jarak renggang antara gigi-gigi tersebut biasa terdapat pada gadisgadis kecil. Apabila seorang wanita sudah beranjak tua giginya akan membesar, sehingga ia
menggunakan kikir untuk mengecilkan bentuk giginya supaya lebih indah dan agar kelihatan
masih muda.

Perbuatan tersebut jelas haram hukumnya baik yang mengikir ataupun yang dikikirkan giginya
berdasarkan hadith tersebut di atas. Dan tindakan itu juga termasuk merubah ciptaan Allah,
pemalsuan dan penipuan. Adapun sabda nabi: "Yang mengikir giginya supaya kelihatan cantik"
maknanya adalah yang melakukan hal itu untuk mempercantik diri. Sabda nabi tersebut
menunjukkan bahawa yang diharamkan adalah yang meminta hal itu dilakukan atas dirinya
dengan tujuan untuk mempercantik diri. Adapun bila hal itu perlu dilakukan untuk tujuan
perubatan atau karena cacat pada gigi atau sejenisnya maka hal itu dibolehkan, wallahu a'lam.
[Syarah Shahih Muslim karangan Imam An-Nawawi]
Suatu permasalahan yang perlu ditekankan di sini ialah para ahli medik yang melakukan
pembedahan kecantikan tersebut biasanya tidak membezakan antara keperluan yang
menimbulkan bahaya dengan keperluan yang tidak menimbulkan bahaya. Yang menjadi
kepentingan mereka hanyalah mencari keuntungan harta, dan memberi kepuasan kepada pesakit
dan pengikut hawa nafsu, materialistik dan penyeru kebebasan. Mereka beranggapan setiap
orang bebas melakukan apa sahaja terhadap tubuhnya sendiri. Ini jelas sebuah penyimpangan.
Karena pada hakikatnya jasad ini adalah milik Allah, Dia-lah yang menetapkan ketentuanketentuan berkenaan dengannya sekehendakNya. Allah telah menjelaskan kepada kita cara-cara
yang telah diikrarkan Iblis untuk menyesatkan bani Adam, di antaranya adalah firman Allah:
"
"Dan aku akan suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu mereka benar-benar mengubahnya.
Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah,
maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang nyata." [An-Nisa' 4:119]
Ada beberapa pelaksanaan pembedahan kecantikan yang diharamkan karena tidak memenuhi
ketentuan-ketentuan syariat yang disepakati dan kerana termasuk mempermainkan ciptaan Allah
serta bertujuan mencari keindahan dan kecantikan semata, misalnya memperindah payu dara
dengan mengecilkan atau membesarkannya atau pembedahan untuk menghilangkan kesan
ketuaan, kedutan kulit, mencantikkan bentuk wajah dan anggota tubuh lain tanpa sebarang sebab
yang selari dengan syariah.

Dalam hal ini syariat tidak membolehkannya. Karena tidak ada keperluan yang darurat untuk
melakukan hal itu. Hal itu dilakukan semata-mata untuk mengubah dan mempermainkan ciptaan
Allah sesuai dengan hawa nafsu dan syahwat manusia. Hal itu jelas haram dan terlaknat
pelakunya. Dan juga karena termasuk dalam dua perkara yang disebutkan dalam hadith di atas,
iaitu hanya ingin mempercantik diri dan mengubah ciptaan Allah.
Dr.Muhammad Muhammad Al-Mukhtar Asy-Syinqiithi menyebutkan:

- -
. .
Ditambah lagi pembedahan kecantikan sperti itu banyak mengandungi unsur penipuan dan
pemalsuan. Demikian juga suntikan dengan zat-zat yang diambil secara haram dari janin yang
gugur, yang mana perbuatan tersebut merupakan kejahatan yang besar, dan kesan samping serta
mudharat lainnya yang timbul akibat operasi kecantikan sebagaimana dijelaskan oleh pakarpakar perbuatan.
[Dr.Muhammad Muhammad Al-Mukhtar Asy-Syinqiithi, Ahkamul Jirahah]
Berdasarkan penjelasan ini, dapat kita simpulkan bahawa apabila kecacatan atau kekurangan
yang ada pada diri termasuk dalam kategori darurat (seperti karena kemalangan dan penyakit)
yang menyukarkan diri atau menyebabkan kesukaran yang lain yang mungkin terjadi, bukan
dilakukan untuk mempercantik diri semata-mata tanpa sebarang alasan yang selari dengan syara',
maka pembedahan plastik/ kecantikan tersebut boleh dilakukan inysa Allah.

Rujukan
Internet
http://ummunuh.blogspot.my/2011/08/pembedahan-plastik-perubatan-atau.html
Internethttp://hirayusopa.wordpress.com/2008/09/24/apakah-bedah-plastik-itu/
http://www.scribd.com/doc/16793385/Teknologi-dalam-islam
http://www.oddee.com/item_96587.aspx
http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=
News&file=article&sid=11795&newlang=mas
http://cikwiduri.wordpress.com/2008/06/25/botox-braces-susuk/
http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=283
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2007&dt=1021&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm
Buku ilmiahPlastic Surgery or Other Operations to fix a Disfigurant or Deformation is Permissible,
(page347)Islamic

Fatawa Regarding Women/Published

by Darussalam Publishers

&

Distributors-1996/1417HEnsiklopedia

Fiqah

Wanita

Muslimah(m/s

321,322,323)/Berlian

Bhd/OlehSyeikh Abu Malik dan Kamal bin As-Sayid Salim

Publications

Sdn