Anda di halaman 1dari 5

TITAS

TUGASAN : Buat satu ulasan video berkenaan dengan topik : Masa Depan Dunia Berbilang
Tamadun: Dialog Tamadun dan Isu-isu Semasa. Ulasan video tersebut dibuat dalam
sekurang-kurangnya empat mukasurat tidak termasuk muka hadapan.

Tajuk video : Dialogue of Civilizations for Successful Global Change


(Link video : https://www.youtube.com/watch?v=IvwH46wBYYA)

Dalam dunia modenisasi yang bergerak dan berkembang dengan canggih dan pesat
sekali ini, pelbagai tamadun-tamadun awal yang wujud semakin ditelan zaman akibat
globabalisasi yang mendominasikan dunia ini. Namun begitu, masih terdapat tamadun seperti
Tamadun Islam, Tamadun Barat dan sebagainya yang masih membentuk sempadan antara
warga dunia. Dengan kewujudan tamadun-tamadun yang berbeza, isu-isu semasa yang timbul
kebanyakannya dapat mengancam keamanan dunia dan pelbagai jenis insiden yang
menjejaskan ketenteraman dunia masih berlaku setiap hari dan dapat dilihat daripada siaran
media. Selain itu, terdapat pelbagai jenis gejala atau pengaruh tertentu yang sanggup
mempengaruhi masyarakat sejagat dunia dan telah menjadikan satu trend yang tidak dapat
dielakkan oleh generasi yang akan datang. Video ini telah menggambarkan pelbagai situasi
yang dialami oleh dunia sekarang dan kesemua isu-isu tersebut hanya akan dapat diselesaikan
melalui dialog tamadun kerana hanya melalui dialog tamadun (Shahran, 2008), masyarakat
dunia dalam sempadan masing-masing dapat memahami keadaan masing-masing dan
berusaha untuk mengekalkan keamanan dunia.
Video ini telah menunjukkan satu forum World Public Forum sebagai platform
untuk menwujudkan dialog antara tamadun dan membolehkan semua pihak dari negara lain
untuk mengeluarkan pandangan masing-masing tentang isu-isu semasa. Pada permulaan
video, pelbagai pihak sanggup mengemukakan masalah-masalah yang dialami dunia kini
seperti pencemaran alam sekitar, senjata nuklear, pembasmian kemiskinan dan sebagainya.
Semua peserta yang menyertai forum tersebut melakukan siasatan tentang isu-isu terkini dan
bersifat proaktif untuk melahirkan satu dunia baru yang aman dan bebas daripada konflik.
Pada pandangan saya, forum tersebut adalah satu medium yang sangat baik dalam
mengaplikasikan dialog antara tamadun. Perbincangan yang dijalankan telah menggalakkan
pertukaran pandangan yang berbeza dan memperoleh informasi-informasi terkini negara
lain.

Hal ini telah membantu negara untuk saling memahami keadaan terkini di negara masingmasing.
Kebanyakan pakar dalam video tersebut telah meluahkan pendapat-pendapat mereka
dan ada sesetengah pakar yang mempunyai pandangan yang sama. Mereka berpendapat
bahawa perkembangan dunia yang pesat mendatangkan kebaikan yang tidak terkira tetapi hal
ini juga mendatangkan kesan-kesan buruk yang tidak dapat dielakkan. Setiap negara akan
mengalami masalah-masalah yang tidak sama, ada pula yang mempunyai konflik sesama
rakyat negara, ada pula yang terdapat konflik dengan negara lain. Perkembangan dunia yang
terlalu pesat menjadikan masalah-masalah tersebut bertambah serius kerana kuasa-kuasa
Barat yang besar sanggup mengambil alih kuasa untuk mendominasikan dunia ini (Mohd
Hazim Shah Abdul Murad, 2011). Sebenarnya, dominasi dan cengkaman segelintir manusia,
selalunya ke atas golongan yang lebih ramai dalam semua bentuk manifestasi budaya,
pemikiran, maklumat, ekonomi, kewangan, teknologi, ketenteraan, dan politik dan hal ini
akan menjadi cabaran terpenting dalam abad ke-21 kerana banyak tindakan dilakukan atas
kepentingan global dan bukanlah untuk kepentingan manusia. Persoalan keadilan perlu
ditekankan kerana dominasi yang meletakkan kuasa di tangan minoriti merupakan
ketidakadilan yang sangat nyata. Hal ini merupakan pengabaian hak dan kesejahteraan
manusia dan mungkin hanya akan dapat diselesaikan melalui dialog tamadun.
Tamadun komtemporari dunia telah mewarisi tradisi, persoalan dan permasalahan
yang timbul melalui sejarah. Pelbagai kepincangan, ketidakadilan dan penindasan amat jelas
dan ketara dalam hubungan antara dunia barat dan dunia Islam. Pada peringkat negeri pula, di
negara kita sebagai contoh, hubungan antara tamadun Melayu, Islam, India dan Cina
kelihatan baik, namun masih wujud rasa curiga dalam kalangan mereka. Dengan kata lain,
banyak usaha diperlukan untuk menjaminkan dialog tamadun dalam peringkat negara apatah
lagi pada peringkat antarabangsa. Dalam video tersebut, juga didapati bahawa demonstrasi
yang dijalankan di negara Mesir telah menyebabkan negara lain sanggup berdemonstrasi
untuk mengeluarkan ketidakpuasan mereka. Kelihatan masyarakat kini telah tidak sabar
dalam mempertahankan kepentingan mereka.
Memandangkan permasalahan yang diwarisi dalam perhubungan, banyak konflik
yang telah berlaku antara negara dan antara tamadun telah meninggalkan kesan yang

2
mendalam kepada rakyat dan generasi baru. Seorang pakar dalam video tersebut, iaitu Oleg
Atkov berpandang bahawa hubungan antara manusia adalah sangat rapuh. Sesekali
berlakunya perselisihan faham dan konflik antara pihak, kebanyakan pihak akan memilih
untuk menggunakan keganasan kerana mereka menganggap kaedah tersebut adalah efektif
dalam menyelesaikan masalah malah bukan setiap pihak akan mencapai dialog tamadun
sebagai langkah untuk mengatasi masalah (Mohd Hazim Shah Abdul Murad, 2011). Hal ini
boleh dikaitkan dengan peristiwa ngeri yang berlaku di Iraq dan kesemua peristiwa kejam
yang melibatkan pembunuhan manusia telah dilakukan oleh satu organisasi pemberontak
jihad yang besar dan amat berkuasa di sesetengah negara Islamic State of Iraq and Al-Sham
(ISIS). Nama organisasi tersebut telah menjadi mimpi ngeri mangsa perlakuan ganas dan
kejam mereka dan masih tidak ada sesuatu pihak yang mampu membanteras aktiviti mereka.
Dalam aspek ekonomi, menurut seorang profesor Princeton University, Encik
Richard Falk dalam video tersebut, masalah ekonomi juga akan dihadapi oleh setiap negara
dan persaingan ekonomi antara negara juga akan mendatangkan kesan yang tidak dapat
disangka sekiranya perhubungan antara negara tidak diuruskan dengan baik dan betul. Fakta
sebenarnya menunjukkan pasaran kewangan oleh para spekulator mata wang akan
merosakkan ekonomi negara maju seperti Jerman, sama juga dengan negara membangun di
Asia seperti Thailand dan Malaysia. Penghormogenan budaya Amerika Syarikat merupakan
satu ancaman sama ada kepada budaya Perancis yang menjadi ciri penting tamadun Eropah
ataupun tamadun Turki. Ini sekali lagi berpunca daripada kesan dominasi yang akan
menjejaskan manusia yang telah saya huraikan sekejap tadi di perenggan awal. Oleh itu,
seluruh masyarakat mesti menentang dominasi tersebut. Mereka mesti membina kesedaran
dan bergerak secara berkumpulan untuk menentang dominasi oleh segelintir manusia tertentu.
Satu syarat yang cukup penting ke arah membina kesedaran ialah melalui sesi-sesi dialog.
Melalui sesi dialog ini,masyarakat Islam dan masyarakat Asia dapat membina satu barisan
bersama untuk menentang dominasi oleh sekumpulan kecil manusia terutama kuasa barat dan
bonekanya.
Selain itu, dari video tersebut, boleh didapati bahawa kebanjiran masalah yang
dihadapi oleh manusia kini merupakan kesan daripada krisis nilai masyarakat dan juga krisis
alam sekitar. Hidup secara harmoni dengan alam sekitar tidak lagi diutamakan akibat pihakpihak tertentu hanya mementingkan manfaat diri sendiri telah menimbulkan isu-isu alam
sekitar. Nilai kasih sayang dan hormat-menghormati yang sudah hilang kekuatan moralnya

3
dan sentiasa tercabar dalam rumah tangga modern juga telah melunturkan ketahanan
hubungan kekeluargaan. Hal ini sanggup menjejaskan masa depan generasi baru dan negara
kerana anak-anak muda merupakan orang yang paling terdedah kepada kesan buruk akibat
perkembangan pesat dunia ini kerana mereka terlalu muda untuk menjaga diri sendiri.
Kejatuhan sesebuah rumahtangga akan memberi implikasi yang ketara atas kehidupan
seseorang anak muda. Dalam konteks negara, hal ini hanya akan merugikan negara kerana
generasi muda merupakan aset yang paling penting untuk menjayakan sesebuah negara.
Pada bahagian pertama dan tengah video, semua pihak dalam video tersebut telah
mengemukakan unsur-unsur dari segi masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh dunia kini.
Bukan itu sahaja, mereka juga bersikap aktif dalam mengeluarkan pandangan mereka tentang
cara penyelesaian masalah yang bermanfaat untuk semua pihak. Dalam bahagian hujung
video tersebut, semua peserta forum juga memberikan pendapat mereka tentang konsep
dialog tamadun yang perlu dipraktikkan oleh setiap manusia yang berada di bumi ini untuk
mencapai kehidupan yang aman dan damai. Kebanyakan mereka menganggap nilai kasih
sayang dan hormat-menghormati adalah unsur yang paling muktamad dan benar untuk
mencapai dialog tamadun. Sekiranya semua warga rakyat memupuk nilai-nilai tinggi
tersebut, dunia ini akan bebas daripada perselisihan faham, konflik, pertengkaran dan
peperangan. Ada beberapa orang pegawai pula berpendapat bahawa dialog tamadun boleh
dicapaikan dengan mengelakkan prejudis terhadap orang lain dan sentiasa mempunyai belas
kasihan terhadap orang di sekeliling kita. Pada pendapat saya, dialog tamadun hanya akan
dicapai sekiranya warga dunia insaf dan sedar akan kepentingan memupuk dialog tamadun
dan sentiasa berniat baik dengan tidak mementingkan diri sendiri.
Kesimpulannya, dunia kita sedang menghadapi banyak masalah dalam pelbagai aspek
seperti ekonomi, politik, alam sekitar, agama, perhubungan antara manusia, dan sebagainya
(Shahran, 2008). Kesemua krisis tersebut akan mendatangkan pertengkaran dan peperangan
sekiranya tidak diselesaikan melalui dialog peradaban antara tamadun. Dialog tamadun yang
efektif memainkan peranan yang amat penting dalam menjamin keselamatan dan keamanan
dunia. Hal ini akan dapat menggembilangkan sesebuah negara dan akan menjamin satu masa
depan yang cerah untuk generasi yang akan datang.

4
Rujukan:
1. Mohd Hazim Shah Abdul Murad, O. B. (2011, April 27). www.scribd.com. Retrieved
Feb 12, 2015, from BAB 6 DEPAN DUNIA BERBILANG TAMADUN: DIALOG
TAMADUNDAN ISU-ISU SEMASA: https://www.scribd.com/doc/54071048/Bab-6Dialog-Tamadun-Dan-Isu-Isu-Semasa
2. Shahran, M. F. (2008, Jan 22). www.mindamadani.my. Retrieved Feb 12, 2015, from
Dialog Antara Agama Dan Peradaban Perspektif Agama Dan Tamadun: http:///isusemasa/item/183-dialog-antara-agama-dan-peradaban-perspektif-agama-dantamadun.html

Anda mungkin juga menyukai