Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUCHONG JAYA (B)

LAPORAN PERTANDINGAN BOLA KERANJANG PERINGKAT PETALING PERDANA


Pada 9 dan 10 Februari 2011, SMK Bandar Puchong Jaya (B) telah menyertai
pertandingan keranjang kategori bawah 15 tahun yang diadakan di SMK Batu 8, Puchong.
Sebanyak 12 orang pelajar terlibat dalam pertandingan yang terdiri pada pelajar peralihan
hingga pelajar tingkatan tiga. Guru pengiring bagi pasukan tersebut adalah Cik Khairunnisa
dan Pn. Salasiah.
Pertandingan pertama bermula pada 1.05 petang dan pasukan sekolah bertanding
dengan pasukan SMK Bandar Puchong Jaya (A). Pada separuh masa pertama, kedua dua
pasukan mempunyai skor mata yang sama iaitu 10- 10. Pertandingan pertama ini dimenangi
oleh pasukan sekolah dengan skor mata 28 -23 dan pertandingan pertama tamat pada jam
1.40 petang. Pertandingan kedua pasukan sekolah menentang SMK Seafield yang bermula
pada jam 3.30 petang. Pada separuh masa pertama, kedua - dua pasukan sekolah berjaya
mengumpul skor mata yang sama iaitu 9 -9. Pertandingan kedua ini berjaya dimenangi oleh
pasukan sekolah dengan skor mata 26 25 dan pertandingan tamat pada jam 4.10 petang.
Pertandingan ketiga pasukan sekolah diadakan ditempat yang sama pada 10
Februari menentang SMK Pusat Bandar Puchong. Pada separuh masa pertama, pasukan
sekolah hanya berjaya mengumpul sebanyak 4 mata. Pertandingan ketiga dimenangi
pasukan lawan dengan skor mata 12 - 6 dan pertandingan ketiga tamat pada jam 4.45
petang.
Secara keseluruhan pemain bola keranjang pasukan sekolah mempunyai bakat dan
kemahiran mengawal bola dan strategi yang baik. Namun, pemain pasukan sekolah tidak
mempunyai ketahanan psikologi apabila menentang pasukan SMK Pusat Bandar yang
merupakan johan peringkat daerah tahun lepas. Pada pertandingan ketiga, pasukan sekolah
tidak berjaya menyaingi rentak permainan yang agak pantas dari pihak lawan,menyebabkan
segala strategi permainan tidak dapat diaplikasikan dengan baik. Pertandingan ini dilihat
dapat membantu pasukan sekolah untuk bermain dengan lebih baik pada masa akan
datang.

Laporan disediakan oleh,

.................................................
(KHAIRUNNISA ROSLAN)

12 FEBRUARI 2012

Anda mungkin juga menyukai