Anda di halaman 1dari 27

2010

SOALAN
GEOGRAFI
KERTAS 2 STPM
1997 - 2009
DISEDIAKAN OLEH:
EN.ALIMIEN BIN MUDA
SOALAN SOALAN INI DIPECAHKAN MENGIKUT TEMA DAN
TAJUK

LEEMING
FELDA JERANGAU
1/1/2010
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LANDAS 21820 AJIL,
HULU TERENGGANU, TERENGGANU.

GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA

DISEDIAKAN OLEH:
EN.ALIMIEN BIN MUDA

TAJUK: PENDUDUK DAN SUMBER

1. STPM 97/1
Jadual: Kepadatan penduduk bagi negeri-negeri di Malaysia pada tahun 1993.

Negeri Kepadatan Penduduk


(orang per kilometer persegi)
Johor 119
Kedah 151
Kelantan 85
Melaka 334
Negeri sembilan 113
Pahang 31
Perak 97
Perlis 248
Pulau pinang 1117
Sabah 26
Sarawak 14
Selangor 318
Terengganu 66
WPKL 5257
WP Labuan 636
MALAYSIA 58

a) Berdasarkan jadual, lukis satu peta choropleth pada Peta 1 untuk menunjukkan kepadatan
penduduk bagi negeri-negeri di Malaysia pada tahun 1993. [10m]
b) Mengapakah kepadatan penduduk di pantai barat Semenanjung Malaysia lebih tinggi berbanding
dengan negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, Sarawak, dan Sabah. [8m]
c) Huraikan kesan kepadatan penduduk yang tinggal di sesuatu kawasan terhadap sumber alam.
[7m]

2. STPM 97/2
a) Mengapakah Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing dari negara-negara jiran? [13m]
b) Jelaskan kesan kemasukan pekerja asing tersebut terhadap persekitaran bandar-bandar utama di
Malaysia [12m]

3. STPM 98/1
a) Tunjukkan bagaimana kadar pertumbuhan penduduk sesebuah negara dihitung. [5m]
b) Jelaskan faktor-faktor yang telah mempengaruhi pertumbuhan penduduk dunia yang pesat sejak
tahun 1950 [12m]
c) Huraikan kesan utama pertumbuhan penduduk yang pesat di sesebuah negara terhadap sumber
alam negara berkenaan. [8m]

ALIMIEN MUDA:SMK LANDAS HULU TERENGGANU 2


4. STPM 99/1
a) Huraikan maksud dan jenis-jenis sumber alam. [10m]
b) Dengan merujuk kepada satu jenis sumber alam di sesebuah negara Asia Pasifik, bincangkan
faktor-faktor yang mempengaruhi penerokaan dan penggunaan sumber alam tersebut. [15m]

5. STPM 99/2
Jadual: Kadar Kelahiran Kasar, Kadar Kematian Kasar, dan
Kadar pertambahan semulajadi penduduk Semenanjung Malaysia, 1931-1995.

Kadar bagi setiap 1000 penduduk Tahun


1931 1947 1957 1965 1975 1985 1995
Kelahiran Kasar 43.0 43.0 43.3 36.7 31.4 31.3 26.2
Kematian Kasar 31.0 19.4 12.4 7.9 6.5 5.5 4.4
Pertambahan semulajadi 12.0 23.6 30.9 28.8 24.9 25.8 21.8

a) Dengan menggunakan maklumat dalam jadual, lukiskan sebuah rajah yang sesuai tentang arah
alir perubahan kadar kelahiran kasar, kadar kematian kasar dan kadar pertumbuhan smj
penduduk Malaysia pada tahun 1931 hingga tahun 1995. (10M).
b) Berdasarkan rajah, jelaskan arah alir pertambahan penduduk semulajadi Semenenjung Malaysia
pada tahun 1931 hingga tahun 1995. (15M).

6. STPM 99/5
Jadual: Migrasi dalaman sebagai peratusan daripada jumlah penduduk
mengikut kumpulan umur dan jantina di Malaysia pada tahun 1995.
Kumpulan Umur Lelaki Perempuan Jumlah
(tahun)
1-14 3.0 3.2 3.1
15-24 5.5 5.9 5.7
25-34 6.2 4.9 5.6
35-44 3.3 2.4 2.8
45-64 1.6 1.4 1.5
65 dan lebih 0.9 1.1 1.0

a) Berdasarkan jadual, lukiskan sebuah rajah yang sesuai untuk menunjukkan migrasi dalaman di
Malaysia pada tahun 1995. (10M)
b) Berdasarkan rajah, jelaskan mengapa migrasi dalaman tersebut bercorak demikian. (9M)
c) Nyatakan jenis-jenis migrasi dalaman yang berlaku di Malaysia. (6M)

7. STPM 00/1
a) Huraikan maksud penduduk optimun. (5M)
b) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi berlakunya migrasi penduduk dalam sesebuah negara.
(10M)
c) Terangkan kesan kurang penduduk yang berlaku di Malaysia. (6M)

ALIMIEN MUDA:SMK LANDAS HULU TERENGGANU 3


8. STPM 00/2
Jadual: Struktur umur dan jantina penduduk Malaysia, 1997.
Kumpulan Umur Lelaki Perempuan
0-9 2612 2455
10-19 2357 2225
20-29 2017 1876
30-39 1653 1584
40-49 1168 1111
50-59 684 656
60-69 386 414
70 dan lebih. 206 261

a) Berdasarkan jadual, lukiskan rajah yang sesuai untuk menggambarkan struktur umur dan jantina
penduduk Malaysia bagi tahun 1997. (10M)
b) Berdsarkan rajah,
i. Jelaskan ciri-ciri penduduk Malaysia. (8M)
ii. Huraikan kesan-kesan ciri kependudukan tersebut terhadap keadaan sosial dan ekonomi di
Malaysia. (7M)

9. STPM 01/1
Rajah Model Peralihan Demografi
Rajah 1 menunjukkan peringkat-peringkat demografi di sesebuah negara.
Rajah 1: Peringkat-peringkat peralihan demografi

a) Huraikan peringkat-peringkat peralihan demografi tersebut (12M)


b) Jelaskan bagaimana peringkat-peringkat peralihan demografi tersebut dapat mengambarkan
tahap pembangunan di sesebuah negara. (13M)

ALIMIEN MUDA:SMK LANDAS HULU TERENGGANU 4


10. STPM 02/1
Jadual: Jumlah penduduk dan keluasan tiap-tiap negeri di Malaysia pada tahun 1996.
Negeri Penduduk Keluasan
(‘000) (Km persegi)
Johor 2 496.2 18 986
Kedah 1 515.9 9 426
Kelantan 1 411.1 14 983
Melaka 576.5 1 650
Negeri Sembilan 797.9 6 643
Pahang 1 213.9 35 965
Perak 2 083.3 21 005
Perlis 213.2 795
Pulau Pinang 1 209.9 1 031
Sabah 2 454.8 73 620
Sarawak 1 919.3 124 449
Selangor 2 909.7 7 956
Terengganu 948.4 12 955
WPKL 1 358.9 243
WP Labuan 67.9 91

a) Berdasarkan jadual,
i. Hitung kepadatan penduduk negeri-negeri di Malaysia pada tahun 1996 (5M)
ii. Peta Koroplet (12M)
b) Jelaskan mengapa kepadatan penduduk di WPKL lebih tinggi berbanding dengan negeri-
negeri lain di Malaysia pada tahun 1996. (6M)

11. STPM 03/1


Jadual : Keluasan Tanah Pertanian,Bilangan Penduduk dan
Keluaran Bijirin Negara-negara Terpilih di Asia Pasifik
Negara Luas tnh p’tanian Bilangan Keluaran bijirin
(000 km²) penduduk setahun (000 tan
(juta) matrik)
China 9561.0 1218.0 430100
Filifina 300.0 71.9 15183
Indonesia 1904.6 188.3 60090
Kampuchea 181.0 10.7 3560
Korea Selatan 99.3 45.2 6676
Laos 236.8 4.8 1462
Malaysia 329.8 21.2 2110
Mynmar 676.6 44.7 21378
Thailand 513.1 60.0 26426
Vietnam 331.7 65.3 27996

Berdasarkan jadual:
a) Hitung keluaran bijirin setahun perkapita bagi setiap negara tersebut. [6M]
b) Hitung kepadatan penduduk bagi negara-negara tersebut. [6M]
c) Huraikan corak taburan penduduk dan keluaran bijirin di negara-negara berkenaan. [13M]

ALIMIEN MUDA:SMK LANDAS HULU TERENGGANU 5


12. STPM 04/1
a) Nyatakan 3 jenis sumber alam yang boleh diperbaharui dan 3 jenis yang tidak boleh
diperbaharui. [5m]
b) Jelaskan mengapa sumber alam yang boleh diperbaharui memerlukan pemeliharaan dan
pemuliharaan. [8M)
c) Huraikan langkah-langkah yang telah dijalankan oleh Malaysia untuk mengawal pencemaran
alam sekitar akibat eksploitasi sumber alam. [12M]

13. STPM 04/2


Jadual 1 menunjukkan penduduk di wilayah-wilayah terpilih dunia dari tahun1900 hingga 1990.
Jadual 1: Penduduk di Wilayah-wilayah Terpilih di Dunia 1900-1990 (juta org)
Wilayah Tahun
1900 1930 1950 1970 1990
Afrika 120 155 200 344 648
Amerika Latin 63 109 163 283 448
Amerika Utara 81 135 167 228 276
Asia 915 1072 1376 2056 3108
Eropah 423 532 576 705 786

a) Berdasarkan jadual 1,lukiskan graf garis untuk menunjukkan pertambahan penduduk di wilayah-
wilayah terpilih dunia dari tahun 1900 hingga tahun 1990. [8]
b) Berdasarkan graf garis yang anda lukis pada soalan (a),
i) Nyatakan wilayah yang mengalami pertambahan penduduk yang paling pesat. [2]
ii) Huraikan mengapa berlakunya pertambahan penduduk yang pesat di wilayah tersebut. [6]
c) Pilih sebuah negara di Asia. Jelaskan kesan pertambahan penduduk yang pesat terhadap sumber
alam di negara tersebut? [9]

14. STPM 05/1


Jadual 1 menunjukkan kadar kelahiran pendudukdi negara terpilih
di Asia Tenggara pada tahun 1954 dan tahun 1996.
Negara Kadar kelahiran
(per 1000 penduduk)
1954 1996
Brunei 52.9 25.0
Kemboja 51.0 38.2
Indonesia 52.0 27.3
Malaysia 44.1 25.5
Myanmar 43.0 28.8
Filipina 50.0 31.2
Singapura 45.5 13.4
Thailand 46.0 18.1
Vietnam 38.0 2839
a) Berdasarkan jadual 1, kenal pasti tiga buah negara yang mengalami penurunan kadar kelahiran
paling ketara dari tahun 1954 hingga 1996. (3m)
b) Huraikan sebab-sebab berlakunya penurunan kadar kelahiran di negara-negara Asia Tenggara.
(10m)
c) Jelaskan kesan pertambahan penduduk terhadap sumber alam di negara-negara Asia Tenggara.
(12m)

ALIMIEN MUDA:SMK LANDAS HULU TERENGGANU 6


15. STPM 06/1
Jadual 1 menunjukkan jumlah penduduk dan keluasan setiap negeri di Malaysia pada tahun 2000.

Jadual : Jumlah penduduk dan keluasan setiap negeri di Malaysia pada tahun 2000.
Negeri Penduduk Keluasan
(km per segi)
Johor 2,565,701 18,986
Kedah 1,572,107 9,426
Kelantan 1,289,199 14,983
Melaka 602,867 1,650
Negeri Sembilan 830,080 6,643
Pahang 1,231,176 35,965
Perak 2,030,382 21,005
Perlis 198,335 795
Pulau Pinang 1,225,501 1,031
Sabah 2,449,389 73,620
Sarawak 2,012,616 124,449
Selangor 3,947,527 7,956
Terengganu 879,691 12,955
WPKL 1,297,526 243
WP Labuan 70,517 91

a) Berdasarkan jadual 1, lukis peta koroplet yang menunjukkan kepadatan penduduk mengikut
negeri di Malaysia pada peta 1 yang disediakan pada halaman 7. (10m)
b) Merujuk kepada negara Malaysia, jelaskan lima kesan terhadap sumber alam akibat tumpuan
penduduk di sesebuah kawasan. (15m)

16. STPM 07/01


a) Apakah yg dimaksudkan dengan migrasi antarabangsa? (3m)
b) Nyatakan empat contoh aliran migrasi a/b pada masa ini. (4m)
c) Huraikan faktor yang menggalakkan migrasi a/b pada masa ini. (10m)
d) Jelaskan kesan migrasi a/b pada masa ini terhadap negara penerima. (8m)

17. STPM 07/02


a) Apakah yg dimaksudkan dengan kadar pertumbuhan penduduk?
b) Huraikan ciri penduduk sebuah negara dalam konteks model peralihan demograf NSM. (10m)
c) Jelaskan masalah kependudukan yg dihadapi oleh sesebuah NSM. (10m)

18. STPM 08/1


(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pola taburan penduduk? (5m)
(b) Huraikan faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia. (10m)
(c) Jelaskan kesan taburan penduduk yang padat dan tidak padat terhadap eksploitasi sumber alam di
Malaysia. (10m

19. STPM 08/2


(a) Nyatakan satu contoh sumber alam yang terdapat dalam setiap kompenen alam sekitar biosfera,
litosfera, hidrosfera, dan atmosfera. (4m)
(b) Huraikan mengapa sumber air permukaan yang bersih penting kepada kehidupan manusia. (8m)

ALIMIEN MUDA:SMK LANDAS HULU TERENGGANU 7


(c) Jelaskan bagaimana pertumbuhan penduduk yang pesat di sesebuah kawasan boleh menjejaskan
bekalan sumber air bersih di kawasan berkenaan. (13m)

20.STPM 09/1
a) Apakah yang dimaksudkan dengan penduduk sebagai sumber manusia? (5m)
b) Huaraikan faktor yang mempengaruhi kualiti sumber manusia di sesebuah negara. (10m)
c) Bagaimanakah penduduk di sesebuah kawasan boleh mempengaruhi perubahan alam sekitar
fizikalnya? (10m)

21. STPM 09/2


Jadual di bawah menunjukkan bilangan penduduk di bandar utama terpilih di Malaysia pada tahun
1991 dan 2000.

Bandar Bilangan penduduk ('000)


Tahun 1991 Tahun 2000
Kuala Lumpur 1145 1306
Johor Bahru 442 642
Alor Setar 164 186
Kota Baharu 235 252
Seremban 193 291
Kuantan 202 289
Ipoh 469 536
Kangar 49 54
Shah Alam 158 314
Kuala Terengganu 228 256

a) Berdasarkan maklumat dalam jadual di atas, hitung peratusan perubahan bilangan penduduk bandar
terpilih di Malaysia antara tahun 1991 dengan tahun 2000. (5m)
b) Kenal pasti bandar yang mengalami peratusan perubahan bilangan penduduk tertinggi, dan jelaskan
faktor yang mempengaruhinya. (10m)
c) Huraikan kesan pertumbuhan penduduk bandar yang pesat terhadap alam sekitar bandar. (10m)

STPM 2010 ????????

a)…………………………………………………………………………………………………..

b)………………………………………………………………………………………………….

c)………………………………………………………………………………………………….

TAJUK: PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK ALAM SEKITAR


(PERTANIAN)

1. STPM 99/3
a) Jelaskan mengapa sumbangan sektor pertanian kepada KDNK kasar dan tenaga buruh merosot
semenjak tahun 1970. (15m)
b) Mengapakah sektor pertanian penting di Malaysia. (10m)

2. STPM 00/4
Pilih satu sistem pertanian di sebuah Negara Asia Tenggara.

ALIMIEN MUDA:SMK LANDAS HULU TERENGGANU 8


a) Huraikan ciri-ciri dan masalah-masalah yang dihadapi oleh system pertanian
tersebut. (13m)
b) Jelaskan kesan pertanian terhadap sumber alam dan persekitaran fizikal di Negara tersebut. (12)

3. STPM 06/2
a) Apakah yang dimaksudkan dengan industri asas tani? (5m)
b) Dengan merujuk kepada negara Malaysia,
i. Jelaskan lima kepentingan industri asas tani dalam memajukan sektor pertanian, (10m)
ii. Huraikan lima kesan perkembangan industri asas tani terhadap alam sekitar fizikal kawasan
luar bandar. (10m)

4. STPM 08/3
(a)
(i) Apakah yang dimaksudkan dengan bioteknologi pertanian? (5m)
(ii) Huraikan kebaikan penggunaan bioteknologi pertanian terhadap sektor pertanian pada masa ini. (8m)
(iii) Jelaskan mengapa sektor pertanian di Malaysia perlu terus dimajukan. (12m)

STPM 2010????

a)………………………………………………………………………………………………………….

b)………………………………………………………………………………………………………….

c)………………………………………………………………………………………………………….

PERIKANAN
1. STPM 97/4

Berdasarkan contoh-contoh di mana-mana Negara Asia Pasifik,


a) Jelaskan mengapa pentingnya aktiviti perikanan laut dalam (12m)
b) Huraikan masalah-masalah yang dialami dan yang ditimbulkan oleh aktiviti tersebut. (13m)

2. STPM 01/5
Jadual: Tangkapan ikan laut mengikut peralatan di Malaysia, 1987- 1990 (tan)
Tahun 1987 1988 1089 1990
peralatan
Pukat tunda 44561 444139 503515 576223
Pukat tarik 225716 189641 172608 189019
Puka hanyut 60961 64741 75366 87019
Lain-lain 47037 39504 39052 36109

a) Hitungkan peratus perubahan jumlah tangkapan ikan mengikut peralatan antara tahun 1989
dengan 1990. (5m)
b) Graf garis : jumlah tangkapan ikan laut mengikut peralatan (10m)
c) Huraikan usaha-usaha yang dijalankan untuk memajukan sektor perikanan di Malaysia. (10m)

3. STPM 02/2
Malaysia
a) Jelaskan mengapa kegiatan akuakultur semakin penting di Negara ini. (13m)
b) Bincangkan 3 kesan positif dan 3 kesan negetif akibat penggunaan teknologi moden dalam
kegiatan perikanan negara ini. (12m)

ALIMIEN MUDA:SMK LANDAS HULU TERENGGANU 9


4. STPM 04/3

Dengan merujuk sebuah Negara di Asia Pasifik,


a) Jelaskan mengapa aktiviti perikanan pinggir pantai dijalankan dengan pesat di negara tersebut
(12)
b) Huraikan masalah-masalah yang dihadapi bagi memajukan aktiviti perikanan pinggir pantai dan
langkah-langkah yang diambil untuk mengatasinya (13m)

5. STPM 07/03
a)
i) Nyatakan lima kawasan perikanan laut di Malaysia. (5m)
ii) Huraikan kepentingan industri perikanan kepada pembangunan ekonomi di Malaysia. (10m)
iii) Jelaskan bagaimana aktiviti pembangunan di pinggir pantai boleh menjejaskan sumber perikanan
laut di Malaysia. (10m)

6. STPM 09/3
Jadual di bawah menunjukka jumlah pengeluaran akuakultur terpilih di Malaysia pada tahun 2002,
2004, dqn 2006.

Tangki simen 980 1 671 1 867


Kandang 402 395 383

i) Berdasarakan maklumat dalam jadual dinatas, lukis graf garis untuk menunjukkan jumlah pengeluaran
akualkultur terpilih di Malaysia pada tahun 2002, 2003, dan 2006. (9m)

ii) Huraikan lima kepentingan akuakultur kepada pembangunan negara. (10m)

iii) Jelaskan tiga masalah yang dihadapi dalam memajukan aktiviti akuakultur di Malaysia. (6m)

STPM 2010????

a)…………………………………………………………………………………………………………

b)…………………………………………………………………………………………………………

c)…………………………………………………………………………………………………………

ALIMIEN MUDA:SMK LANDAS HULU TERENGGANU 10


PERHUTANAN

1. STPM 97/5
a) Mengapakah hutan masih dianggap sebagai sumber ekonomi yang penting bagi negara-negara di
Asia Tenggara. (15m)
b) Bincangkan kesan penyahhutanan terhadap aspek kepelbagaian biologi di negara-negara
berkenaan (10m)

2. STPM 02/7
Dengan merujuk sebuah Negara Asia Tenggara
a) Nyatakan 4 jenis hasil daripada sumber hutan yang terdapat di negara tersebut (5m)
b) Jelaskan mengapa penyahhutanan berlaku di negara tersebut (8m)
c) Huraikan langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan hutan yang telah dilaksanakan oleh
kerajaan Negara tersebut (12m)

3. STPM 05/2
Dengan merujuk kepada sebuah negara di Asia Tenggara,
a) Jelaskan mengapa aktiviti pembalakan dijalankan dengan giat di negara tersebut (9m)
b) Jelaskan kesan aktiviti pembalakan terhadap alam sekitar fizikal di negara tersebut (8m)
c) Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa untuk mengurangkan kesan
aktiviti terhadap alam sekitar fizikal di negara tersebut. (8m)

STPM 2010???

a)………………………………………………………………………………………………………….

b)………………………………………………………………………………………………………….

c)………………………………………………………………………………………………………….

PERLOMBONGAN

1. STPM 98/4
Dengan merujuk sebuah negara di Asia Tenggara yang telah anda kaji
a) Nyatakan galian-galian yang dilombong di negara itu .(5m)
b) Huraikan sumbangan aktiviti perlombonagan kepada ekonomi dan penduduk negara itu . (10m)
c) Jelaskan kesan negatif aktiviti perlombongan terhadap alam sekitar fizikal negara berkenaan
(10m)

2. STPM 00/4
Pilih sebuah negara di Asia Pasifik,
a) Huraikan sumbangan aktiviti perlombongan petroleum kepada pembangunan sosial dan ekonomi
di kawasan sekitar. {12m}
b) Jelaskan kesan pengeluaran pelbagai sumber tenaga terhadap alam sekitar .{13m}

ALIMIEN MUDA:SMK LANDAS HULU TERENGGANU 11


3. STPM 03/4

Jadual : Pengeluaran Beberapa Jenis Mineral di Malaysia pada Tahun 1993 dan 1997

Jenis mineral Pengeluaran (tan metrik)


1993 1997
Bijih timah 10,338 5,070
Tembaga 100,129 80,675
Bijih besi 245,849 258,587
Kaolin 209,562 187,411
Petroleum 30,583 33,327
mentah

a) Berdasarkan jadual,lukiskan sebuah graf bar yang sesuai untuk menunjukkan perubahan
pengeluaran beberapa jenis mineral di Malaysia pada tahun 1993 dan 1997.{11m}
b) Berdasarkan graf bar yang anda lukis pada soalan (a),huraikan sebab-sebab berlakunya
perubahan dalam pengeluaran mineral di Malaysia pada tahun 1993 dan 1997 .{6m}
c) Jelaskan kesan-kesan industri perlombongan petroleum dan gas asli terhadap alam sekitar fizikal
di Malaysia .{8m}

4. STPM 06/3
Berdasarkan sebuah negara Asia Tenggara yang anda pilih,
a) Huraikan 4 ciri utama aktiviti perlombongan petroleum dan gas asli di negara berkenaan. (9M)
b) Jelaskan 5 kepentingan petroleum dan gas asli sebagai bahan mentah kepada aktiviti
perindustrian di negara berkenaan. (10m)
c) Nyatakan 3 kesan aktiviti perlombongan petroleum dan gas asli terhadap alam sekitar fizikal
negara berkenaan. (6m)

5. STPM 09/3 @
i) Nyatakan tiga mineral sumber tenaga (3m)
ii) Huraikan sumbangan industri perlombongan sumber tenaga kepada pembangunan ekonomi di
Malaysia. (12m)
iii) Jelaskan bagaimana aktiviti perlombongan dan pemprosesan mineral sumber tenaga menjejaskan
kualiti alam sekitar di Malaysia. (10m)
STPM 2010?????

a)…………………………………………………………………………………………………………

b)…………………………………………………………………………………………………………

c)…………………………………………………………………………………………………………

PERINDUSTRIAN]
1. STPM 97/3

ALIMIEN MUDA:SMK LANDAS HULU TERENGGANU 12


a) Apakah faktor-faktor yang menjanakan perkembangan pesat sector industri pembuatan di negara-
negara Asia Pasifik pada masa ini .{12m}
b) Mengapakan negara-negara Asia Pasifik perlu bekerjasama untuk terus meningkatkan kemajuan
di sektor industri pembuatan .{13m}

2. STPM 98/2
Jadual:Malaysia – KDNK mengikut sektor bagi tahun 1990 dan tahun 2000

Sektor KDNK
1990 2000
Pertanian,perhutanan dan perikanan 14829 20820
Perlombongan 7668 8910
Perkilangan 21381 58010
Pembinaan 2788 5470
Perkhidmatan 33465 70720
Jumlah 80151 136930
a) Hitung peratusan sumbangan setiap sektor ekonomi kepada KDNK kasar .{5m}
b) Pilih sektor yang paling pesat berkembang,dan jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi
perkembangan sektor berkenaan .{12m}
c) Huraikan kesan perkembangan sektor berkenaan terhadap kualiti alam sekitar Malaysia. (8m)

3. STPM 99/4
Pilih sebuah Negara di Asia Tenggara
a) Huraikan ciri-ciri umum perkembangan industri perkilangan di negara tersebut.[12m]
b) Nyatakan kepentingan sektor perkilangan dalam kemajuan ekonomi negara tersebut.[5m]
c) Huraikan 4 daripada langkah-langkah yang telah di ambil bagi mengimbangkan taburan industri
perkilangan di negara tersebut.[8m]

4. STPM 01/6
Jadual:Nilai eksport mengikut sektor di Malaysia
Pada tahun 1980,1992, dan 1998(RM juta)

1980 1992 1998


Pertanian 11505 15999 15987
. Perlombongan 92147 12408 14529
Perkilangan 6319 70932 229436

a) Berdasarkan jadual,lukis graf bar tang sesuai untuk membandingkan nilai eksport mengikut
sektor di Malaysia pada tahun 1980,1992, dan 1998. [10m]
b) Berdasarkan graf bar yang telah anda lukis pada soalan (a).
i)Nyatakan pola perubahan eksport mengikut sektor pada tahun 1980,1992, dan 1998. [5m]
ii)Jelaskan sebab-sebab berlakunya perubahan yang ketara dalam sektor perkilangan.[10m]

5.STPM 02/3
Pilih sebuah negara di Asia Tenggara,
a) Huraikan kelebihan yang terdapat di negara tersebut yang memberi sumbangan terhadap sektor
industri pembuatan. [8m]
b) Jelaskan mengapa wujud penumpuan industri pembuatan di kawasan-kawasan tertentu di negara
tersebut. [10m]

ALIMIEN MUDA:SMK LANDAS HULU TERENGGANU 13


c) Nyatakan kesan yang dialami oleh penduduk di kawasan yang menjadi tumpuan pembuatan
tersebut itu .[7m]

6.STPM 04/4
Dengan merujuk contoh-contoh di Malaysia,
a) Jelaskan mengapa program penyebaran keluar industri perkilangan dari kawasan-kawasan maju
ke kawasan-kawasan kurang maju dilaksanakan. [10m]
b) Nyatakan jenis-jenis industri perkilangan yang menjejaskan kualiti alam sekitar. [6m]
c) Huraikan langkah-langkah yang telah di ambil oleh Malaysia untuk mengurangkan percemaran
alam sekitar akibat industri parkilangan .[9m]

7. STPM 06/4
Jadual 2 menunjukkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mengikut industri asal bagi negara
Malaysia pada tahun 2000.

Jadual 2: KDNK Malaysia mengikut industri asal pada tahun 2000.


Industri asal RM (juta)
Pertanian, perhutanan, ternakan, dan perikanan 18,154
Perlombongan dan kuari 13,907
Pembuatan/Perkilangan 69,867
Pembinaan 6,996
Perkhidmatan 109,734
JUMLAH 218,658
a) Berdasarkan jadual 2, lukis satu caratai pai untuk menunjukkan sumbangan setiap industri asal
kepada KDNK Malaysia pada tahun 2000. (10m)
b) Nyatakan 6 jenis industri perkhidmatan di Malaysia. (3m)
c) Jelaskan 6 kepentingan industri perkhidmatan kepada ekonomi Malaysia. (12m)

8. STPM 2007/04
a) Jelaskan mengapa industri pembuatan di Malaysia cenderung untuk bertumpu di bandar raya
utama dan kawasan sekitarnya sahaja. (10m)
b) Nyataka jenis industri yg sesuai ditempatkan di kawasan luar bandar di Malaysia. (5m)
c) i) Huraikan kesan aktiviti perindustrian terhadap persekitaran fizikal. (6m)
ii) Apakah cadangan anda untuk mengurangkan kesan aktiviti perindustrian terhadap persekitaran
fizikal? (4m)
9.STPM 09/4
a) Nyatakan tiga produk industri kecil dan sederhana (IKS) di Malaysia. (3m)
b) Mengapakah IKS menjadi semakin penting di Malaysia. (12m)
c) Huraikan masalah yang dihadapi dalam memajukan IKS di Malaysia (10m)

STPM 2010???

a)…………………………………………………………………………………………………………

b)…………………………………………………………………………………………………………

c)…………………………………………………………………………………………………………

ALIMIEN MUDA:SMK LANDAS HULU TERENGGANU 14


PERKHIDMATAN

1. STPM 97/6
a) Mengapakah Bandar-bandar besar memerlukan system pengangkutan awam yang cekap (13m)
b) Apakah kesan kemajuan system pengangkutan tersebut terhadap lingkungan pengaruh bandar
(12m)

2. STPM 00/6
Dengan merujuk sebuah negara di Asia Pasifik yang telah anda kaji,
a) Jelaskan bagaimana industri pelancongan dimajukan di negara tersebut (12m)
b) Huraikan kesan –kesan positif dan negetif pewrkembangan industeri pelancongan terhadap
negara tersebut (13m)

3. STPM 02/4
Dengan merujuk mana –mana negara di Asia tenggara ,
a) Nyatakan 3 kawasan perlancongan (3)
b) Pilih satu kawasan perlancongan yang telah anda nyatakan pada soalan (a),huraikan ciri-ciri
tarikan di kawasan perlancongan tersebut (7)
c) Jelaskan sumbangan sektor perlancongan dalam membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi
di sesebuah negara (9)
d) Berikan cadangan anda bagaimana sektor pelancongan ditempat anda dapat di majukan (6m)

4. STPM 03/2
a) Jelaskan faktor-faktor geografi fizikal yang mempengaruhi perkembangan pesat industri
pelancongan di rantau Asia Pasifik.[9m]
b) Terangkan sumbangan sektor pelancongan kepada sektor ekonomi sesebuah negara.[8m]
c) Huraikan masalah-masalah yang ditimbulkan oleh sektor pelancongan terhadap persekitaran
fizikal dan manusia sebuah negara.[8m]

5. STPM 03/6

a) Berdasarkan peta, nyatakan jenis-jenis jalan perhubungan yang boleh digunakan oleh penduduk di
kawasan Muara Biru.[4m]
b) Berdasarkan peta,jelaskan halangan-halangan utama yang boleh menyebabkan jaringan jalan raya
yang baik sukar dibina di kawasan Muara Biru. (13m)
c) Huraikan masalah sosial dan ekonomi yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Muara Biru akibat
kekurangan kemudahan pengangkutan. (8m)

ALIMIEN MUDA:SMK LANDAS HULU TERENGGANU 15


6. STPM 04/7
Jadual 3 menunjukkan kemasukan pelancong dari negara ASEAN dan negara-negara lain ke
Malaysia dari tahun 1980-2000

Jadual 3:Bilangan Kemasukan Pelancong dari Negara ASEAN dan


negara-negara lain ke Malaysia dari tahun 1980-2000
Negara asal pelancong Bilangan pelancong (000)
1980 1985 1990 1995 2000
Negara ASEAN 1616.9 2449.0 5461.2 5467.5 8325.0
Negara-negara lain 683.1 651.0 1938.8 2032.5 4175.0

a) Berdasarkan jadual 3,lukiskan graf bar bagi menunjukkan jumlah kemasukan pelancong dari
negara-negara ASEAN dan negara-negara lain ke Malaysia dari tahun 1980-2000[10]
b) Pilih sebuah negara ASEAN, huraikan faktor-faktor yang menggalakkan perkembangan industri
pelancongan di negara tersebut.[8]
c) Huraikan kesan pembangunan industri pelancongan terhadap penduduk di kawasan sekitarnya.[7]

5. STPM 05/3
Jadual 2 menunjukkan komposisi perbelanjaan pelancong di Malaysia pada tahun 2000.

Jadual 2: komposisi perbelanjaan pelancong di Malaysia pada tahun 2000.


Item Perbelanjaan
RM Juta Peratus
Penginapan 30009.4 32.8
Membeli belah 2119.4 23.1
Makanan dan Minuman 1789.4 19.5
Pengangkutan domestik 1073.5 11.7
Lawatan ke tempat yang menerik 385.3 4.2
Hiburan 458.7 5.0
Lain-lain 339.5 3.7
Jumlah 9174.9 100.0

a) Berdasarkan jadual 2, lukis cartai pai yang menunjukkan komposisi perbelanjaan pelancong di
Malaysia pada tahun 2000. (7m)
b) Jelaskan bagaimana pengangkutan domestik boleh menggalakkan aktiviti pelancongan di
Malaysia. (10m)
c) Huraikan kesan aktiviti pelancongan di kawasan tanah tinggi terhadap alam sekitar fizikal. (8m)

6. STPM 05/4
a) Apakah yang dimaksudkan dengan ketersampaian tempat sesebuah kawasan? (5m)
b) Jelaskan kesan ketersampaian tempat yang rendah terhadap kedudukan socialekonomi penduduk
sesebuah kawasan. (10m)
c) Jelaskan kepentingan pengangkutan jalan raya dalam pembangunan luar Bandar. (10m)

7. STPM 08/4

ALIMIEN MUDA:SMK LANDAS HULU TERENGGANU 16


(a) Jelaskan mengapa pengangkutan udara semakin penting di rantau Asia Pasifik. [12]
(b) Merujuk kepada sebuah Negara di asia tenggara, jelaskan bagaimana pengangkutan udara dapat
mempengaruhi pembangunan ekonomi Negara tersebut. [13]

STPM 2010????

a)…………………………………………………………………………………………………………

b)…………………………………………………………………………………………………………

c)…………………………………………………………………………………………………………

TAJUK: TRANFORMASI DESA DAN PEMBANDARAN

1. STPM 97/7

Jadual :Bilangan penduduk bandar di wilayah-wilayah utama dunia dari tahun 1950 hingga 2025
Wilayah Tahun
1950 1970 1990 2025
Afrika 32.9 981.8 228.9 957.9
Amerika Latin 67.7 162.9 325.5 662.1
Amerika Utara 106.1 1967.2 206.8 297.8
Asia 230.8 494.5 927.5 2399.9
Eropah 289.9 441.0 577.9 758.6

a) Berdasarkan jadual, lukis graf garis untuk menggambarkan trend pertambahan penduduk luar
bandar di wilayah-wilayah utama dunia dari tahun 1952-2025. [8m]
b) Berdasarkan graf yang telah anda lukis,jelaskan perbezaan trend pembandaran antara wilayah-
wilayah tersebut. [10m]

2. STPM 98/3

a) Apakah yang dimaksudkan dengan bandar raya primat? [5m]


b) Dengan memberikan contoh-contoh,jelaskan masalah-masalah utama yang dihadapi oleh
penduduk bandar raya primat. [12m]
c) Huraikan punca-punca utama pencemaran udara di kawasan bandar raya primat. [8m]

ALIMIEN MUDA:SMK LANDAS HULU TERENGGANU 17


3. STPM 99/7
Jadual: Indeks pencemaran udara dan saiz penduduk bandar
di beberapa buah bandar di Malaysia pada 20 Oktober 1997

Bandar Saiz Penduduk Purata indeks pencemaran udara harian


8.00am 11.00am 5.00pm
Kangar 43834 17 18 19
Seberang Perai 164444 39 41 43
Klang 56401 60 62 69
Kuala Lumpur 468841 71 75 72
Melaka 368379 101 99 97
Alor Setar 1145342 217 214 204
Ipoh 113752 111 116 115
Johor Baharu 441703 87 89 87
Jerantut 15811 56 49 50
Kota baharu 234581 57 56 55
Kuching 277905 601 612 581
Kota Kinabalu 160184 24 25 27
Nota : Indeks Pencemaran Udara
0-5 : Baik
51-100 : Sederhana
101-200 : Tidak Sihat
201-300 : Sangat Tidak Sihat
301-400 : Berbahaya
a) Bincangkan pengaruh saiz penduduk bandar terhadap tahap pencemaran udara di bandar-bandar
di Malaysia. [15m]
b) Jelaskan kesan pencemaran udara terhadap penduduk bandar. [10m]

4. STPM 00/7
Peta: Taburan bandar-bandar di Asia Tenggara
a) Berdasarkan pada peta, namakan 5 bandar di Asia Tenggara yang mempunyai penduduk lebih
daripada 1 juta orang. [5m]
b) Mengapakah penduduk tertumpu di bandar-bandar utama Asia Tenggara. [10m]
c) Ulaskan masalah alam sekitar yang dihadapi oleh bandar-bandar besar akibat daripada penduduk
yang terlalu ramai. [10m]

5. STPM 01/3
a) Apakah yang dimaksudkan dengan konurbasi bandar? [5m]
b) Jelaskan sebab-sebab kewujudan fenomena konurbasi bandar di Asia Tenggara. [10m]
c) Huraikan masalah-masalah akibat kewujudan fenomena konurbasi bandar tersebut. [10m]

6. STPM 02/5
a) Apakah yang dimaksudkan dengan proses pembandaran? [5m]
b) Dengan merujuk kepada sebuah negara di Asia Tenggara,jelaskan mengapa bandar baru perlu
ditubuhkan. [10m]

ALIMIEN MUDA:SMK LANDAS HULU TERENGGANU 18


c) Huraikan kesan-kesan yang dialami oleh penduduk yang tinggal di kawasan yang sedang
mengalami proses pembandaran yang pesat di sebuah negara di Asia Tenggara. [10m]

7. STPM 03/5

Jadual : Bilangan penduduk beberapa buah bandar


terpilih di Semenanjung Malaysia pada tahin 1997

Bandar Bil. Penduduk (‘000)


Alor Setar 164
Ipoh 488
Klang 368
KL 1145
Seremban 193
Melaka 113
Johor Baharu 441
Kuantan 201
Kuala Terengganu 228
Kota Bharu 234

a) Berdasarkan jadual,lukiskan sebuah peta simbol berkadar yang sesuai untuk menunjukkan saiz
penduduk bandar terpilih di Semenanjung Malaysia pada tahun 1997 . {12m}
b) Berdasarkan peta yang anda lukis pada soalan (a) , jelaskan mengapa saiz penduduk bandar di
sesetengah kawasan lebih besar berbanding dengan kawasan lain. {7m}
c) Huraikan kesan yang timbul akibat proses perbandaran yang pesat terhadap persekitaran fizikal
bandar-bandar di Malaysia . {6m}

8. STPM 04/05
Jadual 2 menunjukkan KDNK perkapita bagi negeri-negeri di Malaysia pada tahun 1995.

Jadual 2:KDNK perkapita bagi negeri-negeri di Malaysia pada tahun 1995.

Negeri KDNK perkapita


(RM)
Johor 5661
Kedah 3447
Kelantan 2207
Melaka 4784
Negeri Sembilan 4956
Pahang 4222
Perak 4330
Perlis 3700
Pulau Pinang 6304
Sabah 5195
Sarawak 4920
Selangor 8454
Terengganu 7804
WPKL 9495

ALIMIEN MUDA:SMK LANDAS HULU TERENGGANU 19


a) Berdasarkan jadual 2,lukiskan peta koroplet untuk menunjukkan KDNK per kapita bagi negeri-
negeri di Malaysia pada tahun 1995 .{9m}
b) Berdasarkan peta koroplet yang anda lukis pada (a),jelaskan mengapa wujud ketakseimbangan
pembangunan antara negeri-negeri di Malaysia .{8m}
c) Huraikan bagaimana program pembangunan sosioekonomi yang dilaksanakan telah dapat
memajukan kawasan luar bandar di Malaysia .{8m}
8. STPM 05/5
Dengan merujuk kepada wilayah Asia Pasifik,

a) Nyatakan tiga buah bandar raya metropolitan (3m)


b) Nyatakan mengapa Bandar raya metropolitan tersebut mengalami pertumbuhan penduduk yang
pesat. (12m)
c) Huraikan masalah-masalah persekitaran fizikal yang dialami oleh Bandar raya metropolitan
tersebut akibat pertumbuhan penduduk yang pesat. (10m)

9. STPM 06/5
Jadual 3 menunjukkan bilangan penduduk Bandar-bandar utama di Malaysia pada tahun 1991 dan
tahun 2000.

Jadual 3: Bilangan penduduk Bandar-bandar utama di Malaysia


pada tahun 1991 dan tahun 2000.
Bandar utama Penduduk (‘000)
1991 2000
Ampang Jaya 290 475
Geogertown 220 181
Ipoh 469 574
Johor Bahru 442 631
Klang 368 632
Kota Bharu 235 252
Kota Kinabalu 160 305
Kuala Lumpur 1145 1298
Kuala Terengganu 228 255
Kuantan 202 289
Kuching 278 424
Petaling Jaya 351 438
Sandakan 157 275
Seremban 193 291
Shah Alam 158 320
Subang Jaya 79 423
Taiping 200 199
Tawau 125 214
Berdasarkan Jadual ,
a) Senaraikan 8 buah Bandar utama mengikut bilangan penduduk secara hierarki pada tahun 1991
dan tahun 2000. (8m)
b) Huraikan 3 faktor yang mempengaruhi proses pembandaran yang pesat di Lembah Klang. (12m)
c) Nyatakan 5 masalah persekitaran fizikal yang berlaku akibat proses pembandaran yang pesat.
(5m)

10. STPM 07/5


a) Takrifkan tranformasi desa. (5m)
b) Huraikan faktor yg mempengaruhi tahap pembangunan sesebuah kawasan l/b di Malaysia. (10m)

ALIMIEN MUDA:SMK LANDAS HULU TERENGGANU 20


c) Jelaskan bagaiman aktiviti ekonomi desa boleh menjejaskan kualiti alam sekitar. (10m)

11. STPM 07/6

Jadual di bawah menunjukkan aras pembandaran negeri-negeri di Malaysia pada tahun 2000.

a) Berdasarkan maklumat dlm jadual di atas, lukis satu gambarajah yg sesuai yg dapat
menunjukkan aras pembandaran bagi negeri-negeri di Malaysia pada tahun 2000. (10m)
b) Jelaskan mengapa aras pembandaran negeri-negeri di Malaysia berbeza. (10m)
c) Nyatakan lima masalah persekitaran fizikal akabat proses pembandaran yg pesat dan tidak
terkawal di Malaysia. (5m)

STPM 08/3 (atau)


(b) (i) apakah yang dimaksudkan dengan pembangunan? (5m)
(ii) Jadual di bawah menunjukkan KDNK per kapita beberapa negara di asia Tenggara pada tahun
1978 dan 1999.
KDNK per kapita KDNK per kapita
Negara (US Dollar) (US Dollar)
1978 1999
Indonesia 360 580
Loas 100 280
Malaysia 1090 3400
Filifina 510 1020
Singapura 3290 29610
Thailand 490 1960
Vietnam 170 370
Berdasarkan jadual di atas, lukis gambarajah yang sesuai untuk menunjukkan KDNK per kapita
bagi negeri-negeri di Asia Tenggara pada tahun 1999. (10m)
(iii) Mengapakah KDNK per Kapita berbeza antara negara-negara di Asia Tenggara? (10m)

ALIMIEN MUDA:SMK LANDAS HULU TERENGGANU 21


12. STPM 08/6
(a) Namakan tiga jenis bandar. [3]
(b) Huraikan peranan bandar dalam membantu pembangunan di Malaysia.[10]
(c) Jelaskan masalah yang dihadapi oleh sesebuah bandar sebagai akibat proses pembandaran yang
pesat. [12]

13. STPM 09/6


a) Pada peta asia Tenggara yang disediakan , tandai dan namakan tiga bandar raya primat di Asia
Tenggara. (3m)
b) huraikan faktor yang mempengaruhi pembentukan bandar raya primat. (10m)
c) Jelaskan impak bandar raya primat terhadap penduduk dan alam sekitarnya. (12m)
STPM 2010???

a)…………………………………………………………………………………………………………

b)…………………………………………………………………………………………………………

c)…………………………………………………………………………………………………………

TAJUK:GLOBALISASI DAN KERJASAMA SERANTAU


STPM 97/3 RUJUK TAJUK PERINDUSTRIAN

1. STPM 98/5
Terdapat sebuah pakatan kerjasama antara negara-negara di rantau Asia Tenggara.
a) Sebutkan nama pakatan kerjasama itu dan negara-negara yang menganggotainya. [5]
b) Mengapakah pada pendapat anda,negara-negara tersebut perlu bekerjasama antara satu sama lain.
[20]

2. STPM 99/6
a) Mengapakah pakatan segi tiga pertumbuhan ditubuhkan di rantau Asia Tenggara. [13]
b) Huraikan secara ringkas empat program kerjasama pakatan segi tiga pertumbuhan yang telah
dilaksanakan. [12]

3. STPM 00/6
Jadual: nilai perdagangan antara negara-negara ASEAN
(juta US$) pada tahun 1990 dan 1996
Negara 1990 1996
Brunei 1131 1700
Indonesia 4420 12600
Malaysia 16509 37200
Filipina 2198 7000
Singapura 23605 72200
Thailand 7764 19900
jumlah 55627 150600

a) Berdasarkan jadual, lukiskan graf bar untuk menunjukkan nilai dagangan antara negara-negara
ASEAN pada tahun 1990 dan 1996. [10]
b) Berdasarkan graf bar yang telah anda lukis pada soalan (a), huraikan keadaan perdangan antara
negara-negara ASEAN pada tahun 1990 dan1996. [6]
c) Jelaskan tiga halangan yang dihadapi oleh negara-negara ASEAN untuk meningkatkan
perdagangan. [9]

ALIMIEN MUDA:SMK LANDAS HULU TERENGGANU 22


4. STPM 01/7
a) Dengan menggunakan peta, label dan namakan tiga pakatan segi tiga pertumbuhan di ASEAN.
[6m]
b) Pilih satu pakatan segi tiga pertumbuhan yang telah anda namakan pada soalan (a), dan huraikan
kelebihan bandingan setiap wilayah yang terlibat dalam pakatan tersebut. [9m]
c) Berdasarkan pakatan segi tiga pertumbuhan yang telah anda pilih pada soalan (b),huraikan
aktiviti yang dijalankan secara kerjasama di wilayah-wilayah tersebut. [10m]

5 STPM 02/6
Jadual: nilai perdagangan malaysia dengan negara asean pada tahun 1996.
Negara Import (AS$ juta) Eksport (AS$ juta)
Indonesia 782.0 655.0
Filipina 271.0 536.0
Singapura 5347.0 8156.0
Thailand 1352.0 1842.0
JUMLAH 7752.0 11189.0

a) Berdasarkan jadual,
I. hitung peratusan bagi eksport dan import Malaysia dengan negara ASEAN pada tahun
1996 [5m]
II. lukiskan carta pai untuk membandingkan nilai eksport dan nilai import Malaysia dengan
negara ASEAN pada tahun 1996.Lengkapkan carta pai anda dengan tajuk dan petunjuk.
[14m]
b) Nyatakan tiga faedah yang diperolehi oleh Malaysia hasil daripada penglibatannya dalam
pakatan ASEAN. [6m]

6. STPM 05/6
a) Apakah yang dimaksudkan dengan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)? (6m)
b) Namakan 4 negara yang melaksanakan AFTA pada peringkat awal penubuhannya. (4m)
c) Huraikan faedah dan masalah penyertaan Malaysia dalam AFTA. (15m)

7. STPM 07/7
a) Apakah yg dimaksudkan dengan globalisasi ekonomi? (5m)
b) Huraikan mengapa kerjasama ekonomi serantau diperlukan. (10m)
c) Huraikan kesan positif dan negatif globalisasi ekonomi. (10m)

8. STPM 08/7
(a) Namakan 5 syarikat multinasional di malaysia, dan nyatakan aktiviti utama syarikat tersebut. [5]
(b) Jelaskan bagaimana syarikat multinasional yang anda pilih dalam(a) diatas menyumbang kepada
pembangunan sesebuah Negara.[10]
(c) huraikan kesan negative yang diterima oleh sesebuah Negara membangun sebagai akibat dasar
pembangunan yang terlalu bergantung pada syarikat multinasional. [10]

9. STPM 09/7
a) Apakah yang dimaksudkan dengan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) (5m)
b) Huraikan perbezaan ciri keanggotan antara APEC dengan Pertubuhan Negara-Negara Asia
Tenggara (ASEAN). (10m)
c) Jelaskan bagaimana APEC dapat memberikan manfaat kepada negara anggotanya. (10m)

ALIMIEN MUDA:SMK LANDAS HULU TERENGGANU 23


STPM 2010????
a)…………………………………………………………………………………………………………

b)…………………………………………………………………………………………………………

c)…………………………………………………………………………………………………………

TAJUK:DAMPAK ALAM SEKITAR DAN PENGURUSAN

1. STPM 98/8
a) Apakah yang di maksudkan dengan pembangunan berterusan (lestari).[5M]
b) Jelaskan bagaimana pembangunan pertanian boleh menjejaskan alam sekitar fizikal di satu-satu
kawasan tropika lembab.[10M]
c) Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan-kesan negetif
pembangunan pertanian terhadap alam sekitar.[10M]

2. STPM 01/4
a) Apakah yang di maksudkan dengan kemerosotan kualiti sumber air.[5M]
b) Jelaskan bagaimana aktiviti pembangunan ekonomi telah menyebabkan kemerosotan kualiti sumber
air.[10M]
c) Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah kemerosotan kualiti air.[10M]

3. STPM 04/6
a) Terangkan bagaimana kegiatan ekonomi boleh menyebabkan berlakunya pemanasan global.[8M]
b) Jelaskan kesan-kesan pemanasan global terhadap alam sekitar fizikal dan manusia.[10M]
c) Huraikan langkah-langkah bagi mengurangkan masalah yang berpunca daripada pemanasan
global.[7M]

4. STPM 05/7 Dengan merujuk kawasan pembangunan tanah tinggi di Malaysia,


a) Nyatakan 4 jenis aktiviti ekonomi yang dijalankan. (5M)
b) Jelaskan kesan negetif aktiviti ekonomi tersebut terhadap persekitaran fizikal kawasan setempat.
(10m)
c) Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi kesan negatif tersebut. (10m)

5. STPM 06/7
a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan alam sekitar? (6m)
b) Jelaskan 5 langkkah perundangan alam sekitar yang dijalankan di Malaysia. (10m)
c) Huraikan bagaimanakah masyarakat boleh melibatkan diri dalam penjagaan alam sekitar. (10m)

6. STPM 07/8
a) Apakah yg dimaksudkan dengan pembangunan lestari? (5m)
b) Huraikan prinsip-prinsip utama pembangunan lestari. (10m)
c) Huraikan usaha yg dijalankan oleh Malaysia untuk mencapai matlamat pembangunan lestari.
(10m)

7. STPM 08/7
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan? [5]
(b) Huraikan mengapa pemeliharaan dan pemuliharaan sumber alam menjadi semakin penting pada
masa ini. [10]
(c) Jelaskan langkah pemeliharaan dan pemuliharaan sumber alam yang dilaksanakan di Malaysia.
[10]

ALIMIEN MUDA:SMK LANDAS HULU TERENGGANU 24


8. STPM 09/8
a) Apakah yang dimaksudkan dengan kemerosotan kualiti sumber air. (5m)
b) Jelaskan bagaimana proses pembandaran yang pesat di bandar utama di Malaysia telah menyebabkan
kualiti sumber air. (10m)
c) huraikan bagaimana kemerosoyan kualitinsumber air ini dapat diatasi. (10m)

STPM 2010????

a)…………………………………………………………………………………………………………

b)…………………………………………………………………………………………………………

c)…………………………………………………………………………………………………………

TAJUK: KAJIAN LUAR

1. STPM 97/8
Melalui perhatian anda di lapangan
a) Huraikan aktiviti ekonomi di kawasan itu. [8m]
b) Jelaskan kesan aktiviti ekonomi tersebut terhadap kualiti alam sekitar di kawasan itu. [9m]
c) Cadangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan kemerosotan kualiti alam
sekitar di kawasan itu. [8m]

2. STPM 98/7
Berdasarkan satu kajian luar bagi mana-mana kawasan yang telah anda lakukan,
a) Terangkan bagaimana kajian luar itu dijalankan [5m]
b) Pilih satu jenis kegiatan manusia,dan huraikan bagaimana kegiatan tersebut mengakibatkan
perubahan terhadap alam sekitar fizikal kawasan itu. [12m]
c) Huraikan langkah-langkah yang telah dan boleh diambil untuk mengurangkan kesan negatif
kegiatan manusia di kawasan itu. [8m]

3. STPM 99/8
Dengan berdasarkan kajian luar bagi mana-mana satu kawasan yang telah anda lakukan,
a) Pilih satu kegiatan ekonomi dan sediakan satu laporan kajian tentang bagaimana kegiatan
tersebut telah mengakibatkan perubahan alam sekitar fizikal kawasan tersebut. [16m]
b) Kenal pasti langkah-langkah yang telah dan yang boleh diambil untuk
mengurangkan kesan-kesan negatif yang berlaku di kawasan tersebut. [9m]

4. STPM 00/8
Berdasarkan kajian luar di sebuah kawasan luar bandar yang telah anda jalankan
a) Huraikan corak perubahan landskap budaya di kawasan tersebut yang sedang mengalami proses
perindustrian yang pesat. [15m]
b) Jelaskan kesan proses perindustrian yang pesat di kawasan itu terhadap alam sekitar fizikal dan
manusia. [10m]
c) Huraikan kesan pertumbuhan penduduk bandar yang pesat terhadap kualiti udara bandar-bandar
di wilayah tersebut. [7m]

5. STPM 01/8
Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di suatu kawasan pelancongan,
a) Huraikan bukti-bukti yang menjadikan kawasan tersebut menjadi tarikan pelancong [9m]
b) Jelaskan kesan aktiviti pelancongan terhadap alam sekitar fizikal di kawasan tersebut [8m]

ALIMIEN MUDA:SMK LANDAS HULU TERENGGANU 25


c) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak berkuasa untuk mengatasi masalah
pencemaran kawasan tersebut[8m]

6. STPM 02/8
Berdasarkan pemerhatian yang telah anda jalankan di satu kawasan pertanian,
a) Nyatakan ciri-ciri kegiatan pertanian yang dijalankan di kawasan tersebut [9]
b) Jelaskan bagaimana faktor-faktor fizikal dan kemanusian mempengaruhi pertanian dikawasan
tersebut [8]
c) Huraikan dampak kegiatan pertanian terhadap persekitaran fizikal dikawasan tersebut [8]

7. STPM 03/8
Berdasarkan kepada satu kajian luar yang telah anda jalankan bagi mana-mana kawasan,
a) Pilih satu kegiatan ekonomi primer dan tuliskan laporan tentang sumbangannyn tehadap
pembangunan ekonomi kawasan berkenaan. [13m]
b) Kenalpasti kesan-kesan kegiatan ekonomi primer yang anda pilih pada soalan (a)terhadap alam
sekitar dan cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya. [12m]

8. STPM 04/8
Berdasarkan pemerhatian yang telah anda lakukan di sebuah bandar kecil
a) Huraikan aktiviti perniagaan yang terdapat di bandar tersebut [9m]
b) Tuliskan laporan tentang taraf kebersihan persekitaran fizikal di bandar tersebut.(8m)
c) Nyatakan langkah-langkah yang telah dialami oleh pihak berkuasa tempatan untuk mengatasi
kebersihan persekiran fizikal di bandar tersebut. [8m]

9. STPM 05/8
Berdasrkan kajian lapangan yang telah anda jalankan di suatu kawasan pertanian,
a) Nyatakan nama kawasan dan kaedah kajian lapangan itu. (5m)
b) Bincangkan peranan aktiviti pertanian dalam kegiatan ekonomi kawasan tersebut. (10m)
c) Huraikan langkah-langkah yang dijalankan oleh penduduk setempat untuk memulihara
persekitaran fizikal kawasan tersebut. (10m)

10. STPM 06/8


Berdasarkan satu kajian lapangan yang telah anda jalankan di sebuah kawasan bandar yang berhampiran
dengan tempat kediaman anda.
a) Nyatakan nama kawasan dan kaedah kajian yang anda jalankan. (5m)
b) Jelaskan bagaimana aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kawasan tersebut menjejaskan kualiti
alam sekitar setempat. (12m)
c) Cadangkan 4 langkah yang sesuai untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di
kawasan tersebut. (8m)

11. STPM 07/3 (atau)


b) Berdasarkan kajian luar yg telah anda lakukan di sebuah kawasan perindustrian,
i) namakan kaw perindustrian yg dikaji, (1m)
ii) huraikan lima aktiviti perindustrian di kaw kajian, (10m)
iii) nyatakan kaedah kajian yg anda gunakan untuk mendapatkan data tentang ciri-ciri aktiviti
perindustrian tersebut, dan (2m)
iv) jelaskan kepentingan aktiviti perindustrian itu kepada penduduk di kawasan kajian. (12m)

ALIMIEN MUDA:SMK LANDAS HULU TERENGGANU 26


12. STPM 08/5
Merujuk kepada sebuah bandar kecil di Malaysia yang telah anda kaji,
(a)Lukis satu peta lakar yang menunjukkan taburan pelbagai jenis aktiviti ekonomi yang dijalankan
disepanjang jalan raya utama di bandar tersebut, [7]
(b)Huraikan peranan bandar kecil tersebut dengan menyatakan kaedah penyelidikan yang digunakan,
[12]
(c)Huraikan impak alam sekitar yang timbul sebagai akibat aktiviti ekonomi di Bandar kecil yang
telah anda kaji itu. [6]

13. STPM 09/5


Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di sebuah kawasan desa yang sedang mengalami
perubahan,
a) Namakan kawasan kajian anda. (1m)
b) Nyatakan tujuan kajian anda, (2m)
c) Huraikan kaedah kajian yang digunakan untuk mencapai tujuan kajian anda, (2m)
d) Jelaskan empat bukti yang menunjukkan bahawa kawasan desa tersebut telah mengalami
kemajuan, (8m)
e) Huraikan tiga kesan transformasi desa terhadap alam sekitar fizikal kawasan kajian , dan (6m)
f) Huraikan tiga langkah bukan perundangan untuk mengatasi kesan terhadap alam sekitar fizikal
kawasan kajian. (6m)

STPM 2010????

a)…………………………………………………………………………………………………………

b)…………………………………………………………………………………………………………

c)…………………………………………………………………………………………………………

ALIMIEN MUDA:SMK LANDAS HULU TERENGGANU 27

Anda mungkin juga menyukai