Anda di halaman 1dari 7

PEMBAHAGIAN MAD

MAD ASLI

Mad Asli ialah Mad yang terjadi dengan sebab Huruf Mad. Ia juga dikenali
dengan Mad Tabi'ie.

Mad Asli terjadi apabila :

Huruf Alif yang didahului dengan huruf yang berbaris atas.

Huruf Wau sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris


hadapan.

Huruf Ya' sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris bawah.

Perhatian: Dalam riwayat Hafs terdapat tujuh kalimah yang diakhiri


dengan Alif dan dibaca panjang dengan kadar 2 harakat ketika waqaf
sahaja sedangkan ketika wasal kalimah-kalimah ini dibaca dengan pendek
tidak bermad.

MAD FAR'IE

Mad Far'ie dibaca lebih daripada kadar Mad Asli. Kadar harakatnya mengikut
jenis Mad.
Mad ini terbahagi kepada beberapa bahagian:

1. Mad Wajib Muttashil


2. Mad Jaiz Munfashil
3. Mad 'Aridh Lissukun

4. Mad Badal
5. Mad 'Iwadh
6. Mad Laiin
7. Mad Tamkin
8. Mad Farqi
9. Mad Shilah Qashirah
10.Mad Shilah Thowilah
11.Mad Harf
12.Mad Lazim Harf Mukhaffaf
13.Mad Lazim Harf Mutsaqal
14.Mad Lazim Kilmi Mukhafaff
15.Mad Lazim Kilmi Mutsaqal

1) MAD 'ARIDH LIL SUKUN

Dinamakan Mad 'Aridh Lil Sukun kerana terdapat sukun yang mendatang
selepas huruf Mad ketika waqaf.

Dibaca 2 harakat kerana pada asalnya ia adalah Mad Asli, dibaca 4


harakat (iaitu martabat pertengahan bagi kadar Mad) kerana seumpama
berhimpun dua huruf sukun serta meraikan keadaan asal dan dibaca 6
harakat kerana menyerupai Mad Lazim.

2) MAD BADAL

Mad Badal ialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam satu
kalimah dan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad.

Ia dinamakan dengan Mad Badal kerana Huruf Mad tersebut adalah


gantian daripada Hamzah.

Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut baris huruf
Hamzah pertama untuk meringankan bacaan. Mad Badal terjadi dalam 4
keadaan:

Mad Badal yang terjadi ketika permulaan dan wasal.

Mad Badal yang terjadi ketika wasal sahaja.

Mad Badal yang terjadi ketika waqaf sahaja.

Mad Badal yang terjadi ketika memulakan bacaan dengannya sahaja


(ibtida').

Kadar bacaannya adalah 2 harakat.

3) MAD 'IWAD

Berlaku ketika wakaf pada akhir kalimah yang berbaris dua di atas kecuali
pada huruf Ta' Marbutah.

Ia wajib dibaca dengan kadar 2 harakat kerana ia adalah Mad Tabi'ie yang
terjadi kerana waqaf.

4) MAD JAIZ MUNFASHIL

Mad Jaiz Munfashil terjadi apabila Huruf Mad bertemu Hamzah dalam dua
kalimah iaitu ketika wasal sahaja.

Dinamakan Mad Jaiz Munfashil kerana sebahagian daripada Imam-imam


Qiraat membolehkan ianya dibaca lebih daripada kadar Mad Asli dan
dinamakan Munfashil kerana Huruf Mad dan Hamzah berada di dalam dua
kalimah yang berasingan.

Kadar harakatnya harus dibaca 4 atau 5 harakat. Mad Jaiz Munfashil ada
dua keadaan dalam al-Quran berdasarkan kepada kaedah Resam alQuran:

Mad Jaiz Munfashil Haqiqi iaitu kelihatan jelas terpisah antara Huruf
Mad dan Hamzah dalam dua kalimah yang berpisah antara
keduanya.

Mad Jaiz Munfashil Hukmi iaitu tidak kelihatan secara jelas Huruf
Mad dan Hamzah berpisah dalam dua kalimah. Ia seolah-olah dalam
satu kalimah. Keadaan ini berlaku pada dua situasi :

Ya' al-Nida' (kata seruan) apabila selepasnya ada kalimah yang


dimulai dengan Hamzah.

Ha' Lil Tanbih apabila selepasnya terdapat Isim Isyara.

5) MAD LIIN

Mad Liin terjadi apabila Huruf Liin bertemu dengan sukun yang mendatang
ketika waqaf sahaja.

Ia boleh dibaca dengan kadar harakat 2, 4 dan 6.

Dinamakan Mad Liin kerana ia terjadi pada Huruf Lin dan boleh dibaca
dengan kadar 2, 4 dan 6 kerana ia sebahagian daripada Mad 'Aridh Lil
Sukun

6) MAD SILAH QASIRAH

Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir.

Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah,
sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat
huruf yang berbaris.

Mad Silah Qasirah ialah mad yang terdapat pada ha' dhomir iaitu selepas
ha' tidak ada hamzah qat'ie.

7) MAD SILAH TOWILAH

Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir.

Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah,
sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat
huruf yang berbaris.

Untuk mengenali Mad Silah Towilah, kita cuma perlu memerhatikan


selepas ha' terdapat Hamzah Qat'ie :

Anda mungkin juga menyukai