Anda di halaman 1dari 1

3.

3 Pajak hasil tiang kota kuala kedah


Pada zaman Sultan Abdul Hamid sebelum wujudnya Majlis Negeri dalam tahun 1905, urusan
pentadbiran dalam mengutip hasil-hasil negeri atau perolehannya adalah menerusi pelbagai
pajak yang diberi kepada orang-orang asing terutamanya Cina dan penduduk tempatan.
Antaranya seperti pajak ubi dan tepung ubi kayu, hasil-hasil hutan termasuk kayu-kayuan,
alat-alat timbangan dan sukatan seperti gantang, cupak dan lain-lain. Di pelabuhan Kuala
Kedah pajak hasil tiang untuk menambat perahu, ruang untuk kapal berlabuh dari pelabuhan
juga diperkenalkan yang sebelum itu sistem ini dikendalikan oleh Syahbandar.
Dalam tahun 1897, Pajak Hasil Tiang Kuala Kedah telah diberikan kepada Muhammad
Hassan bin Abdul Rahman untuk tempoh selama dua tahun, pada setahun pemajak dikenakan
sebanyak seribu empat ratus rial.
3.4 Rumah Pelita
Dalam tahun 1891, sebuah rumah api atau dikenali pada waktu itu dengan nama rumah
pelita telah dibina di dalam kota Kuala Kedah. Kos pembinaannya dibiayai oleh kerajaan
Thailand pada zaman pemerintahan King Chulangkorn. Kedah yang waktu itu masih di
bawah naungan Siam telah dikunjungi oleh King Chulangkorn dalam bulan Mei 1890. Ketika
dalam pelayarannya dari Langkawi ke Kota Setar, baginda dapat menyaksikan sekitar
kawasan kota Kuala Kedah waktu itu belum mempunyai rumah api. Di samping
mencadangkan supaya rumah api dibina di dalam kota itu, baginda juga membiayai
pembinaan tambahan untuk istana di Anak Bukit dan juga makam Sultan Ahmad Tajuddin
Mukarram Shah di Langgar yang mangkat dalam tahun 1879.
Sepucuk surat yang ditulis bagi pihak Raja Muda telah dihantar kepada Menteri Luar Siam di
Bangkok mengandungi laporan mengenai pembinaan rumah api tersebut yang hamper siap
dibina oleh tukang-tukang dari Pulau Pinang di bawah penyeliaan Inggeris. Laporan itu juga
menyebutkan masalah yang timbul mengenaitangga naik ke kemuncaknya terpaksa
digantikan dengan besi kerana ruang di dalamnya amat sempit di damoing memohon pihak
Bangkok segera mengirimkan tempat meletak pelita di kemuncaknya agar dapat
dipercepatkan pembinaanya.

Anda mungkin juga menyukai