Anda di halaman 1dari 11

JENIS-JENIS SENDI

Sendi adalah tempat pertemuan antara tulang-tulang atu antara kartilej dengan tulang.
Jenis-jenis sendi dibahagikan berdasarkan fungsi dan struktur. Dari segi fungsi, sendi
terbahagi kepada tiga jenis iaitu sendi yang tidak boleh digerakkan ( sinatosis), sendi
yang boleh digerakkan (amfiartrosis) dan sendi yang boleg bergerak bebas ( diartosis).

JENIS-JENIS SENDI BERDASARKAN FUNGSI:

JENIS-JENIS SENDI BERDASARKAN STRUKTUR


Struktur sendi sangat mempengaruhi fungsinya. Semakin rapat hubungan pada titik
pertemuan semakin kuat sendi tersebut agak terbatas atau terhad. Sebaliknya, sendi
yang semakin longgar hubungan pada titik pertemuan, semakin banyak pergerakan
yang boleh dilakukan. Namun begitu, sendi seperti ini mudah mengalami dislokasi atau
terkehel.
Pergerakan sendi, ditentukan oleh kelenturan tisu perantaraan yang mengikut
tulang serta kedudukan ligamen, otot dan tendon.

JENIS SENDI

Sendi Fibrous

SRUKTUR

CONTOH

-Pada sendi fibrous tulang bercantum

-Sutur antara tulang-tulang

dengan tisu fibrous atau kartilej

tengkorak

secara tetap. Sendi ini tidak

-Antara gigi dengan

membenarkan sebarang

maksila dan mandible

pergerakkan.

-Antara tibia dengan fibula

-Tulang artikulasi berada dalam


kedudukan rapat.
-Terikat oleh lapisan nipis tisu-tisu
penghubung berfiber.
-Terikat oleh ligamen.

Sendi
Cartilagenous

-Pada sendi cartilagenous tulang-

-Simfisis pubis lengkungan

tulang disambung dengan kartilej atau

pelvis

diikat oleh ligamen. Jenis sendi ini

-Antara tulang vertebra

hanya membenarkan pergerakan

-Sendi antara vertebra

terhad.
-Hujung tulang dihubung dengan
kartilej.
-Cakera fibrokartilej sebagai
penghubung
-Sendi sinovial diselaputi oleh

Sendi lesung

Sendi sinovial

membran sinovial yang merembeskan

- Sendi bahu, sendi pinggul

cecair sinovial bagi melicinkan

Sendi engsel

pergerakan sendi untuk membantu

-Sendi siku dan lutut

memelihara sel kartilej dan

Sendi kondil

mengurangkan kedan geseran antara

- Sendi di pergelangan

dua tulang. Jenis sendi ini

tangan

membenarkan pergerakan berlaku

dan pergelangan kaki

secara bebas antara tulang-tulang.

- Sendi antara metakarpal


dan
metatarsal
Sendi pangsi/paksi

-sendi lesung

- sendi pelana

- Sendi antara ulna dan


radius
- Sendi antara atlas dan
tengkorak
Sendi gelungsur

-Sendi kondil

-Sendi Paksi

(Condyloid Joint)

(Pivot Joint)

-Sendi antara tulang tarsal


-antara tulang karpal
- sendi antara klavikel dan
sternum
- antara kartilej tulang
rusuk
kedua hingga ketujuh dan

-Sendi Engsel
(Hinge Joint)

-Sendi Gelungsur

sternum
Sendi pelana
-Sendi pada bahagian
bawah ibu jari tangan

JENIS-JENIS PERGERAKAN

Terdapt dua posisi rujukan bagi pergerakan

iaitu kedudukan biasa dan kedudukan

anatomi. Kedudukan biasa merujuk kepada subjek berdiri dalam keadaan lurus dan
tegak dengan kedua-dua kaki rapat. Kedudukan tangan pula rapat ke sisi dan tapak
tangan menghala ke badan.
Kedudukan anatomi pula merujuk kepada subjek berdiri dalam keadaan lurus
dan tegak dengan kedua-dua tapak tangan ke hadapan. Kedua-dua belah kaki pula
terbuka menghala ke kanan dan kekiri.
Kedudukan anatomi merupakan kedudukan yang terbaik untuk mendapatkan
satu pusat sebagai panduan bagi menjelaskan jenis-jenis pergerakan
i.

Pergerakan Linear
Pergerakan linear ialah pergerakan yang berlaku secara mendatar kehadapan atau
kebelakang dan ke kiri dan ke kanan pada arah dan kelajuan yang sama. Sebagai
contoh, pergerakan gelungsur. Pergerakan ini terbahagi kepada dua iaitu
pergerakan rektilinear dan kurvelinear.
(i) Pergerakan rektilinear
- pergerakan melibatkan sesaran menegak atau mendatar.
Contoh pergerakan rektilinear

(ii) Pergerakan kurvelinear


- pergerakan melibatkan sesaran melengkung.
Contoh pergerakan kurvelinear

ergerakan rektilinear adalah jenis pergerakan linear yang melibatkan sesaran


mengikut landasan yang lurus. Pergerakan kurvelinear pula adalah jenis
pergerakan yang melibatkan sesaran mengikut landasan yang melengkung.
ii.

Pergerakan Putaran
Pergerakan putaran adalah pergerakan yang melibatkan semua bahagian objek
bergerak mengikut lengkuk bulatan mengelilingi satu pusat atau paksi putaran.
Pergerakan pronasi dan supinasi merupakan pergerakan unik putaran pada
bahagian lengan.

ROTASI

iii.

Pergerakan Bersudut
Pergerakan bersudut merupakan suatu pergerakan yang berkeadaan lurus tetapi
masih bersudut. Pergerakan ini melibatkan seluruh bahagiannya bergerak dari satu
kedudukan ke kedudukan lain. Antara pergerakan bersudut ialah fleksi, ekstensi,
abduksi, aduksi, dan sikumduksi.

iv.

Pergerakan Khusus
Pergerakan khusus ialah pergerakan yang tiada taranya pada satu atau dua sendi
saja. Antara pergerakan khusus ialah inversi, eversi, depresi, dorsi-fleksi dan
plantar-fleksi.

SISTEM OTOT
Manusia direka bentuk untuk bergerak. Pergerakan tubuh badan berlaku sebagai
hasil gabungan sistem ragka dan otot. Kajian menunjukkan bahan rekaan bentuk
struktur sendi dan sokongan yang tegar menyebabkan pergerakan dapat dilakukan.
Pergerakan dihasilakan oleh pengucupan dan pemanjangan otot. Otot rangka
meragkumi beberapa komponen.
FUNGSI-FUNGSI OTOT
Otot bukan sahaja digunakan menghasilkan pergrakan tetapi otot juga berfungsi
untuk mengenalkan postur, menstabilkan sendi dan menghsilkan haba.

Menghasilkan pergerakan
Semua pergerakan badan kita dihasilkan oleh pengucupan otot. Pengucupan otot
rangka membolehkan kita berjalan, berenang dan mengangkat barang. Otot rangka
juga membolehkan kita berupaya bertindak dengan pantas mengikut perubahan
yang berlaku disekeliling. Otot rangka juga membolehkan kita melakukan berbagaibagai ekspresi muka seperti tersenyum dan bermasam muka.
Mengekalkan postur
Kombinasi saling tindakan otot-otot rangka yang berlainan membolehkan kita
mengekalkan postur badan seperti berdiri, duduk dan menundukkan kepala apabila
menulis. Fungsi ini berlaku secara berterusan supaya kita dapat mengekalkan
kedudukan badan tersebut.
Menstabilkan sendi
Semasa melakukan pergerakan, otot rangka juga menstabilkan sendi-sendi
terutama pada pergerakan yang melibatkan banyak sendi. Sebagai contoh , lakuan
dalam sukan memanah.

Menghasilkan haba
Tenaga digunakan unutk pengucupan otot, malaupun bagaimanapun, sebahagian
besar daripada tenaga ini tidak digunakan untuk tujuan tersebut sebaliknya
terbebas sebagai haba.
JENIS-JENIS OTOT
Terdapat tiga jenis tisu otot iaitu tisu otot rangka , iaitu tisu otot licin dan tisu otot
kardiak. Tisu-tisu otot ini berbeza dari segi struktur sel, lakasi, fungsi dan bentuk
kawalan yang boleh dikenakan ke atasnya.

Otot rangka
Otot rangka melekat pada tulang dan meliputi tulang rangka. Fiber otot rangka
merupakan sel otot yang terpanjang, mempunyai jalur yang jelas dan terkawal.
Walaupun otot rangka dikawal oleh sistem saraf tetapi jenis otot ini sahaja yang
dapat dikawal secara sedar. Otot rangka juga bertanggungjawab bagi semua
pergerakan badan.

Halaju pengucupan fiber otot rangka bergantung kepada jenis fiber sama ada
fiber sentak cepat atau fiber sentak lambat. Fiber sentak cepat digunakan untuk
pergerakan yang cepat. Manakala fiber sentak lambat digunakan untuk pergerakan
yang lebih perlahan. Sebagai contoh, pelari pecut 100 meter mempunyai peratus
fiber sentak cepat yang tinggi berbanding dengan pelari maraton.
Otot licin
Otot licin terdapat pada dinding organ visceral seperti perut, pundi kencing dan
saluran penafasan. Fungsi otot ini ialah menggerakkan cecair atau bahan-bahan di
dalam saluran-saluran yang terdapt di dalam badan. Otot licin tidak berjalur dan
dikawal oleh sistem hormon, bahan kimia dan regangan.
Halaju pengucupan fiber oto licin adalah sangat perlahan dan kekal. Keadaaan
ini disebabkan oleh fiber-fiber otot licin di dalam tisu otot visceral terikat kuat dan
membentuk satu jaringan yang berterusan. Apabila satu fiber otot licin dirangsang,
impuls akan terus bergerak ke fiber lain dan kontraksi berlaku dalam bentuk
gelombang ke fiber-fiber yang berdekatan.

Otot kardiak
Otot kardiak hanya terdapat pada dinding jantung sahaja. Kontraksi otot kardiak
pada jantung membolhkan jantung mengepam darah ke seluruh badan melalui
salur darah. Otot kardiak berjalur seperti otot rangka tetapi otot ini di luar kawal.
Pengucupan otot kardiak adalah perlahan dan dikawal oleh perentak jantung,
kelajuan boleh bertambah apabila dirangsang oleh sisitem saraf dan sistem
endokrina.

PERBANDINGAN ANTARA OTOT RANGKA DENGAN OTOT LAIN

Anda mungkin juga menyukai