Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS

HARI PENYAMPAIAN SIJIL & HADIAH 2012

Mengumumkan ketibaan Yang DiPertua PIBG SMK Bawang Assan, En. Embark ak Tani
dengan diiringi Tuan Pengetua, En. Kandou ak Ngadi serta para guru.
-

Hadirin mengambil tempat duduk masing-masing -

Yang berbahagia En. Embark ak Tani selaku Yang DiPertua PIBG SMK Bawang Assan,
Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Bawang Assan, Encik Kandou ak Ngadi, Barisan
Penolong Kanan, Ketua2 Bidang,barisan para guru,ibu bapa,para pelajar dan hadirin yang
dikasihi sekalian.
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Salam Satu Malaysia serta Selamat Datang ke
Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah SMK Bawang Assan tahun 2012.
Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, hadirin diminta berdiri bagi menyanyikan lagu
Negaraku, diikuti dengan lagu Ibu Pertiwiku serta Lagu Sekolah.
-

Nyanyian lagu -

Terima kasih diucapkan kepada semua di atas nyanyian sebentar tadi.

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memuliakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan
memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan
sukacitanya ingin mempersilakan En. Azairudin b. Abd. Aziz untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
-

Bacaan doa

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Azairudin atas bacaan doa sebentar tadi.
Sidang hadirin yang dihormati sekalian, seperti yang kita semua sedia maklum, majlis kita
pada pagi ini bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan di atas pencapaian
cemerlang para pelajar sepanjang tahun 2012, khususnya dalam bidang kurikulum.
Tidak molek, jika ada alu tiada lesungnya
Tidak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tidak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara
Tirai ucapan pada pagi ini dimulakan dengan ucapan daripada wakil pelajar, iaitu adik
Belawan ak Ajeng dari kelas 5A1 selaku mantan Ketua Pengawas SMK Bawang Assan sesi
2011/2012. Majlis dengan ini mempersilakan adik Belawan ak Ajeng bagi memberikan
ucapan beliau.
-

Ucapan wakil pelajar -

Terima kasih diucapkan kepada adik Belawan ak Ajeng di atas ucapan yg cukup bermakna
itu tadi. Semoga kata-kata perangsang yang dituturkan dapat menjadi pemangkin semangat
pelajar-pelajar lain untuk turut sama menggapai kecemerlangan dalam apa jua bidang yang
diceburi.
Seterusnya, marilah kita mendengar pula amanat yang akan disampaikan oleh Tuan
Pengetua SMK Bawang Assan, En. Kandou ak Ngadi. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
-

Ucapan Pengetua

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua di atas ucapan yang cukup ringkas &
pada sebentar tadi.
Baiklah, bagi menyempurnakan upacara perasmian, majlis dengan sukacitanya ingin
menjemput & mempersilakan Yang DiPertua PIBG SMK Bawang Assan, En. Embark ak Tani
untuk memberikan sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan Majlis Penyampaian Sijil &
Hadiah bagi tahun 2012.
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput & mempersilakan.
-

Ucapan Perasmian -

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan perasmian oleh En. Embark ak Tani
sebentar tadi. Semoga apa yang disampaikan oleh beliau akan menyuntik semangat para
pelajar untuk terus menggembleng usaha serta tenaga bagi menggenggam kejayaan yang
lebih gemilang pada masa hadapan.

Hadirin yang dihormati sekalian, sebelum majlis diteruskan dengan lebih lanjut, marilah kita
bersama-sama menyaksikan satu persembahan montaj yang telah disediakan khusus untuk
tontonan semua.
-

Persembahan Montaj -

Untuk pengetahuan para hadirin, persembahan montaj yang cukup menarik sebentar tadi
merupakan hasil ilham kreatif En. Zaharudin b. Mohamed & Cik Norhidayah bt Osman.
Terima kasih diucapkan.
Kini, tibalah kita ke acara yang dinanti-nantikan, iaitu sesi penyampaian sijil dan hadiah.
Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan sukacitanya ingin menjemput Ketua Bidang
Kemanusiaan, Ustazah Noor Laila bt Pauzi bagi mengiringi Kaunselor Sekolah, En. Andrew
Bandang ak Uyong untuk naik ke atas pentas bagi menyampaikan hadiah kecemerlangan.
Dipersilakan.
Acara penyampaian hadiah dimulakan dengan Anugerah Pencapaian Akademik Cemerlang
bagi setiap kelas.
Bagi kelas peralihan, tempat pertama, adik.............................. Tempat kedua pula...............
Bagi kelas 1A, tempat pertama dirangkul oleh.............................., tempat kedua...............
Seterusnya, untuk kategori menengah atas, dimulakan dengan kelas 4 Sains, tempat
pertama dirangkul oleh....................................., tempat kedua.........................
-

Penyampaian hadiah bahagian A -

Terima kasih diucapkan kepada En. Andrew di atas kesudian menyampaikan hadiah
sebentar tadi.
Acara penyampaian hadiah diteruskan lagi dengan anugerah pencapaian cemerlang dalam
setiap mata pelajaran. Dengan ini, majlis ingin menjemput Ketua Bidang Teknik &
Vokasional, En. Daniel Simon untuk mengiringi PK HEM, En. Jarit Jugah bagi
menyampaikan anugerah.
Kita mulakan dengan tingkatan peralihan. Dijemput adik Nyan ak Bilong, pelajar terbaik bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Pendidikan Seni.
Bagi Tingkatan 1, anugerah pencapaian cemerlang dalam setiap mata pelajaran mata
pelajaran akan diberikan kepada seorang pelajar dari setiap kelas.
Bagi Tingkatan 1A, dijemput adik Arrinie ak Munsang, pelajar terbaik dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu dan Pendidikan Sivik..Seterusnya ...........................................
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Jarit di atas kesudian menyampaikan hadiah.
Hadirin sekalian, majlis penyampaian hadiah berhenti rehat seketika bagi memberi laluan
kepada persembahan montaj yang kedua. Mari sama-sama kita saksikan.
-

Persembahan montaj 2

Demikian tadi rangkuman aktiviti & program-program yang telah dijayakan sepanjang tahun
2012.
Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian sijil dan hadiah bagi
sesi yang kedua.
Untuk itu, majlis dengan sukacitanya ingin menjemput sekali lagi Ketua Bidang
Kemanusiaan, Ustazah Noor Laila bt Pauzi bagi mengiringi Penolong Kanan 1, En. Jeffery
Stephen Mikai untuk penyampaian hadiah yang seterusnya.
Acara penyampaian hadiah disambung semula dengan Anugerah Pencapaian Cemerlang
dalam setiap mata pelajaran bagi Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5.
bagi Tingkatan 2, dijemput adik ...............................
Seterusnya, bagi Tingkatan 3, dijemput adik ...............................
Untuk menengah atas, bagi Tingkatan 4, ..............................
-

Penyampaian hadiah bahagian B -

Terima kasih diucapkan kepada En. Jeffery di atas kesudian menyampaikan hadiah
sebentar tadi.
Seterusnya, dijemput pula Ketua Bidang Bahasa, En. Damasus Julian bagi mengiringi
Penolong Kanan Kokurikulum, En. Patrick Gerijeh untuk menyempurnakan upacara
penyampaian hadiah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Berikut merupakan pelajar2 yang menerima anugerah kerja kursus, folio dan juga ujian
SEGAK terbaik.
Bagi Tingkatan 2, dijemput adik.................. dari kelas 2A, penerima kerja kursus terbaik bagi
mata pelajaran sejarah. Seterusnya, .............................
-

Penyampaian hadiah bahagian C (kerja kursus)

Terima kasih diucapkan kepada En. Patrick.


Hadirin sekalian, majlis berhenti rehat sekali lagi bagi memberi laluan kepada persembahan
pelajar di bawah bimbingan Cik Aruna. Mari sama-sama kita saksikan.
-

Persembahan pelajar

Demikian tadi, persembahan tarian oleh para pelajar Tingkatan 1. Terima kasih diucapkan di
atas persembahan yang cukup ceria & berwarna-warni itu tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian, tanpa melengahkan masa, kita teruskan dengan acara
penyampaian sijil dan hadiah bagi sesi yang ketiga.
Dengan ini dijemput Penolong Kanan 1, En. Jeffery Stephen dengan diiringi En. Daniel
Simon untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada ketua tingkatan & penolong ketua
tingkatan bagi setiap kelas.
Bagi kelas peralihan, dijemput adik ...................selaku ketua kelas. Penolong kelas
peralihan,.................. Ketua kelas 1A ....................................
-

Penyampaian hadiah bahagian D (i)

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Jeffery di atas kesudian menyampaikan sijil.
Sekarang dijemput pula En. Madya Madzhi selaku guru penasihat Lembaga Pengawas bagi
mengiringi Penolong Kanan HEM, En. Jarit Jugah untuk penyampaian hadiah yang
seterusnya.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil dan cenderamata untuk pengawas sekolah
sesi 2011/2012. Dengan ini dijemput ............., ...................................................
-

Penyampaian hadiah bahagian D (ii)

Terima kasih diucapkan kepada En. Jarit di atas kesudian menyampaikan sijil. Seterusnya
ialah penyampaian sijil kepada pengawas perpustakaan sesi 2011/2012. Dengan ini
dijemput pula Guru Penasihat Pengawas Perpustakaan, Cik Dara Willliam John bagi
mengiringi En. Patrick Gerijeh untuk penyampaian sijil yang seterusnya.
Barisan pengawas perpustakaan terdiri daripada .......................................
-

Penyampaian hadiah bahagian D (iii)

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Patrick. Seterusnya, bagi menyampaikan sijil
penghargaan kepada para pelajar yang mencapai kehadiran 100% sepanjang sesi
persekolahan 2012, dengan ini dijemput Penolong Kanan 1, En. Jeffery Stephen Mikai bagi
mengiringi Tuan Pengetua, En. Kandou ak Ngadi untuk menyampaikan sijil. Dipersilakan.
Senarai pelajar yang mencapai kehadiran 100% adalah..................................
-

Penyampaian hadiah bahagian D (iv)

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua serta Cikgu Jeffery.


Hadirin yang dikasihi sekalian, kini tibalah kita ke acara kemuncak penyampaian sijil &
hadiah peringkat SMK Bawang Assan bagi tahun 2012. Untuk itu, majlis dengan sukacitanya
ingin menjemput dan mempersilakan Penolong Kanan 1, En. Jeffery Stephen dan Tuan
Pengetua, En. Kandou ak Ngadi serta En. Daniel Simon & Ustazah Noor Laila bt Pauzi bagi
mengiringi Yang DiPertua PIBG SMK Bawang Assan, En. Embark ak Tani untuk
menyempurnakan upacara penyampaian sijil & hadiah. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
Anugerah seterusnya merupakan Anugerah Cemerlang, dianugerahkan kepada pelajarpelajar terbaik dalam bidang akademik.
Anugerah pertama adalah anugerah Pelajar Terbaik PMR 2011. Sebelum itu, mari kita
saksikan montaj ini.
Anugerah Pelajar Terbaik PMR 2011 dianugerahkan kepada .........................
Seterusnya................................

Penyampaian hadiah bahagian E

Terima kasih diucapkan kepada En. Embark ak Tani di atas kesudian menyampaikan sijil &
hadiah sebentar tadi.
-

YDP PIBG, Pengetua & PK 1 stay atas pentas

Bagi menghargai kehadiran dan kesudian Yang DiPertua PIBG, En. Embark ak Tani
menyampaikan sijil & hadiah kepada para pelajar, pihak sekolah telah menyediakan satu
cenderahati istimewa. Dengan ini dijemput Tuan Pengetua, En. Kandou Ngadi dengan
diiringi PK 1, En. Jeffery Stephen untuk menyampaikan cenderahati kepada En. Embark ak
Tani.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
-

Penyampaian Cenderahati

Jutaan terima kasih diucapkan kepada En. Embark ak Tani, Tuan Pengetua serta barisan
Penolong Kanan & Ketua Bidang.
Hadirin yang dihormati sekalian, kita telahpun tiba di penghujung majlis.
Dengan berakhirnya upacara penyampaian cenderahati sebentar tadi, maka berakhirlah
sudah Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah peringkat SMK Bawang Assan tahun 2012.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar yang menerima anugerah pada hari
ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda terus cemerlang dalam bidang
masing-masing di hari yang mendatang. Renungilah kata-kata seorang cendekiawan:
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit,
namun rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
Sebelum tirai majlis dilabuhkan, majlis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua
hadirin di atas kerjasama yang telah diberikan.
Bunga melur di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Kami selaku pengacara majlis, mewakili jawatankuasa kerja Majlis Penyampaian Sijil dan
Hadiah 2012 ingin memohon maaf di atas segala kekurangan,tersalah kata mahupun
tersilap bicara sepanjang majlis berlangsung. Semoga kita berjumpa lagi di masa hadapan.
Wabillahitaufiq Sekian, terima kasih.
-

Para tetamu dan jemputan dijemput untuk menikmati jamuan ringan.


Sesi bergambar bersama para penerima anugerah

Teks disediakan oleh,

Disahkan oleh,

............................................
(NURUL HANIM ISMAIL )
Pengacara MPSH 2012

......................................
(KANDOU AK NGADI)
Pengetua, SMK BA

Anda mungkin juga menyukai