Anda di halaman 1dari 14

Adat Resam

KEPELBAGAIAN BANGSA MALAYSIA Malaysia mepunyai pelbagai kaum dan adat


resam,antara kaum yang utama ialah kaum melayu,cina,dan india Kepentingan
adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak
dapat dinafikan. Adat yang merangkumi seluruh aspek bermula dari kelahiran,
perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat
di Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh
sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat
tersebut.
ADAT RESAM MASYARAKAT MELAYU
Adat resam kelahiran Wanita yang mengandungkan anak sulung akan
menjalankan upacara melenggang perut oleh seorang bidan .Adat ini juga
dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung
Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini
dilakukan kepada wanita yang mempunyai kandungan berusia dalam lingkungan
tujuh atau lapan bulan.Adat ini dijalankan untuk membuang geruh atau
kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi
membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.Bidan akan menyambut bayi
dengan jampi serapah dan daun sirih akan disemburkan kepada bayi itu. Selepas
bayi dibersihkan, tali pusat bayi akan dipotong dengan menggunakan sembilu
buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit. Di sesetengah tempat
tali pusat dipotong menggunakan cincin emas. Lazimnya tali pusat bayi akan
tertanggal dalam tempoh seminggu dan adat cuci lantai atau adat naik buai
akan diadakan.Adat ini sebaiknya dilakukan pada hari isnin dan khamis .Adat
cukur rambut ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkanl dan
kebiasaannya Kenduri nasi kunyit dan doa selamat akan diadakan pada hari
tersebut.Upacara naik buai bermaksud bayi tersebut akan diletakkan di dalam
buaian yang menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan
bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahanlahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga, nazam atau marhaban akan
dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Seterusnya bunga telur dan bunga
rampai akan dihadiahkan kepada kumpulan ini.

Adat merisik juga dipanggil meninjau atau menengok.Tujuan adat ini dilakukan
bagi memastikan si gadis masih belum berpunya kerana islam melarang
meminang tunangan orang.Tujuan utama adat ini dilakukan bagi menyelidik latar
belakang si gadis dan selalunya dijalankan oleh suadara mara terdekat pihak
lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya.Pihak si gadis akan mempertimbangkan
dahulu lamaran sebelum membuat apa-apa jawapan.Adakalanya semasa
merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa
cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh
untuk peminangan. pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk
menghantar satu rombongan peminangan. Urusan peminangan akan dilakukan
oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan
tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi. Saudara-mara kedua-dua belah
pihak akan berunding untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk
adat bertunang pula. Di samping itu, perbincangan juga akan diadakan
berkenaan dengan hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang untuk
upacara bertunang untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan
persiapan semasa majlis pertunangan kelak. Upacara ini akan dimulakan dengan
wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan dan
menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Pantun sering digunakan dalam
upacara ini bertujuan untuk memeriahkan majlis.Acara kemuncak majlis
pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri
dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan
atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah
pertunangan tersebut. Semasa majlis perkahwinan,pengantin lelaki akan diarak
dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar dari rumah
penanggak menuju ke rumah pengantin perempuan. Kedatangan rombongan
pengantin lelaki akan disambut dengan taburan beras kunyit. Pengantin
perempuan akan menyambut kedatangan pengantin lelaki dan kemudiannya
pasangan pengantin akan dibawa ke halaman rumah dan duduk di tempat khas
yang sediakan. Pada kebiasaannya, persembahan pencak silat atau juga
dipanggil menyembah pengantin akan diadakan. Selepas itu, pengantin akan
akan dibawa naik ke rumah untuk adat bersanding pula. Di sesetengah tempat,
pengantin lelaki terpaksa melalui beberapa halangan di hadapan tangga, di
muka pintu atau di atas pelamin untuk mendapatkan pengantin perempuan.
Oleh itu wakil pengantin lelaki perlu membayar tebus pintu atau tebus
pelamin.Semasa adat bersanding diadakan, adat menepung tawar turut
dilakukan. Para tetamu dan jemputan yang hadir juga akan diberi bunga telur
pada hari tersebut.

Semasa Kematian
Apabila berlaku kematian, keluarga si mati akan memberitahu kepada tok imam
agar kematian itu dapat dimaklumkan kepada saudara mara dan jiran tetangga
di sekitar kawasan itu.Mayat akan ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan
sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya
pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada. Orang
yang menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Pada
kebiasaannya di hadapan mayat itu, diletakkan sebuah tempat bara dan
kemenyan akan dibakar. Mayat tersebut juga perlu dikebumikan secepat yang
mungkin.Mayat dimandikan oleh tukang mandi mayat barsama ahli keluarga
dengan tertib dan cermat. Jenazah akan di kapankan dengan cara membalut
badan mayat dengan kain putih dan dipakaikan celak dan dibubuh kapur barus.
Sebagai penghormatan terakhir, ahli keluarga terdekat dan muhrim dibenarkan
mengucup mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada tubuh jenazah.
Mayat seterusnya disembahyangkan samada di rumah atau di masjid.Sebelum
jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil atau waris si mati akan
memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati jika
selama hayatnya beliau pernah berbuat dosa terhadap seseorang. Wakil tersebut
juga akan meminta supaya mana-mana hutang si mati yang masih belum

dijelaskan agar dapat dihalalkan ataupun si penuntut boleh menuntutnya pada


waris si mati. Sebelum keranda diusung, ahli keluarga terdekat akan lalu
sebanyak tiga atau tujuh kali dibawah keranda tersebut supaya mereka tidak
terasa rindu pada si mati.Jenazah akan dikebumikan dan upacara membaca
talkin akan dijalankan oleh tok imam berserta doa, air akan disiram di atas kubur
si mati dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki sehingga habis. Kemudian
bunga rampai pula ditabur .Kenduri arwah dan doa selamat akan diadakan oleh
keluarga si mati selepas jenazah selamat dikebumikan. Ia diadakan pada hari
pertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh empat atau keseratus hari
ADAT RESAM MASYARAKAT CINA.
Masyarakat cina mempunyai banyak pantang larang seperti tidak dibenarkan
melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan
mengalami kecacatan, mengawal tingkah laku dan mereka juga digalakkan
bekerja supaya mudah bersalin dan Sebarang konflik atau perselisihan perlu
dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan.Masyarakat
cina melarang member nama semasa mengandung dan tidak digalakkan terlalu
kerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai
sifat yang manja. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang
sama sekali makan makanan yang tajam seperti nenas dan mangga serta tidak
digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan
membuatkan ibu sukar untuk bersalin.
Selepas Lahir
Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama
empat puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi
masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai
kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin
dan untuk mengeringkan tali pusat. Dari segi pemakanan, masyarakat Cina
menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada beras yang diperam dalam
masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan
lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat
mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin disamping
menguatkan semula tenaga.
Memberi Nama
Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga.
Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanaksaudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri.Nama
yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang kekayaan,
kemewahan dan kesejahteraan. Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan
matematik iaitu angka yang terhasil tidak bertentangan dan seelok-eloknya
sepadan. Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang
yang sama berat dan mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu
serta saling melengkapi.

Adat resam perkahwianan

Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati dan
ingin mengetahui keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Cara
merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki
akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis
atau mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai
saudara mara lain. Tradisi makan bersama ini dapat mengeratkan perhubungan

di antara kedua belah keluarga.Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan


latar belakang keluarga masing-masing adat meminang akan dijalankan.
Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan
perkara-perkara berkaitan perkahwinan dan majlis pertunangan akan dijalankan
selepas itu. Majlis pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia
hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut.
Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan
kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki
berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara
bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan.Si gadis berkenaan
akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama
gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Tukang tilik
akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang
dan dicatat pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Setelah
mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua
keping nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak
berkahwin. Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat
yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu.
Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin
perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan
di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan
barang hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan, sejumlah besar
wang tunai akan diberi. Beserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga
pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat
dengan pengantin perempuan.
Majlis Perkahwinan
Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut
tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari
perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal
pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun
selama seratus hari. Pengantin akan memakai pakaian yang diperbuat daripada
kain sutera dan disulam benang emas. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna
putih, merah atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu
kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan
kesedihan. Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting
dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai
maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan
pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan
untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan
pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki.
Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam
iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada
di rumah, dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa
ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin,akhir sekali, sebagai bukti
perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat
perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.

Adat resam kematian

Selepas mayat dimandikan,mayat akan disapu dengan minyak wangi dan


disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di
alam akhirat. Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang
cantik. Lazimnya pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari
perkahwinan. Oleh itu adalah menjadi kewajipan masyarakat Cina menyimpan
pakaian perkahwinan untuk dipakai sewaktu meninggal dunia. Kemudian mayat
akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir
menarik mengikut status si mati. Ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat
handai dikehendaki menangis atau meratapi pemergian si mati. Tangisan ini
perlu dilakukan dengan kuat dan diselitkan dengan kata-kata yang menunjukkan
si mati telah membuat banyak jasa apabila si mati diletakkan di ruang tamu
sehinggalah diusung ke kawasan perkuburan. Ada juga segelintir masyarakat
Cina yang melupuskan hutang piutang si mati dengan alasan untuk
mententeramkan si mati agar tidak disoal di alam akhirat kelak. Tangisan ahli
keluarga terutama ibu bapa atau saudara yang lebih tua lebih baik dan ini
digalakkan dalam masyarakat Cina. Selain itu masyarakat Cina juga akan
mengupah lebih ramai untuk menangisi si mati. Tangisan ini seolah-olah
menggambarkan kesedihan keluarga dan sahabat handai terhadap kematian itu.
Tangisan akan berlanjutan sehingga mayat dikebumikan. Semasa mengiring
mayat dari rumah ke kawasan perkuburan, pelbagai jenis lagu akan
mengiringinya. Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai
baju berwarna hitam. Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi warna merah yang
dikatakan mempersenda si mati dan keluarganya. Baju yang berbunga juga
dilarang dalam upacara kematian tersebut. Pakaian ahli keluarga si mati adalah
seperti jubah hitam yang lengkap dengan topi. Kemudian mereka akan memakai
baju jejaring yang diperbuat daripada jut atau sabut. Baju ini dipakai di bahagian
luar baju hitam. Ketika mayat diusung dengan menggunakan lori khas, beberapa
kertas yang disalut logam akan dicampak sepanjang sepanjang perjalanan.
Mengikut kepercayaan masyarakat Cina cara ini adalah untuk memastikan roh
boleh berjalan pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut.
ADAT RESAM MASYARAKAT INDIA
Adat resam kelahiran

Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India dimana ia akan dicatat
dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Sebaik
sahaja bayi dilahirkan, sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi
mengenai agama Hindu akan membisikkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis
mantera Tuhan di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong. Bayi yang baru
dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. Minyak
savvennai yang merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu
juga kadangkala digunakan untuk kecantikan dan supaya bayi tidak diserang
sebarang penyakit.Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu
dan disapu ke mulut bayi akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem
penghadaman dan membantu tumbesaran bayi tersebut. Bayi yang dilahirkan di
hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujuh dan
sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke
rumah upacara aalati dilakukan untuk mengelak bala atau sebarang malapetaka
dariapada berlaku.Ibu dan bayi akan diasingkan dari ahli keluarga dan orang luar
dilarang melawat kecuali untuk tujuan perubatan selama dua minggu. Amalan
mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India.
Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan
lidah. Upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita
nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi seorang yang berguna. Sebaik
sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan..
Upacara pemujaan dilakukan dengan membersihkan sekeliling rumah dan
memasang lampu minyak di keliling rumah. Bahan-bahan persembahan juga
disediakan seperti kari ayam betina, telur rebus, ikan kering dan sebagainya.
Bayi kemudiannya dimasukkan ke dalam buaian dan namanya diumumkan pada
orang ramai. Saudara mara yang hadir akan memberi pelbagai hadiah dan
upacara diakhiri dengan jamuan dan upacara sembahyang bagi mendoakan
kesejahteraan bayi. Dalam peringkat merisik, selalunya maklumat mengenai
gadis tersebut diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga
secara tidak langsung menerusi sahabat-handai dan saudara mara. Ada kalanya
orang tengah yang dipanggil tirumana taragar akan membantu dalam kerja-kerja
merisik. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen
perkahwinan yang berdaftar. Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai
Thairumanam Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu
tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk
menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak
Hindu. Diantara yang masih diamalkan oleh masyarakat Hindu iaitu Tina
poruttam/Natcattira poruttam, Kana poruttam, Mahentira poruttam, Pentiikka
poruttam, Yooni poruttam, Raasi poruttam, Raasiyaati paati poruttam, Vaiya
poruttam, Racau poruttam dan Veetai poruttam. Kunjungan Ke Rumah Pengantin
Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk
melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali
sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat bakal
isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun
bilangan tersebut ramai. Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana,
buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang
ini dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk

mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan akan menerima


hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan orang
yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-barang
tersebut.
Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan
menghidang air minuman. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang
melihat pengantin perempuan dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin
perempuan perlu melayani para tetamu yang bertandang termasuklah bakal
suami. Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan. Kali ini pengantin
perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat India, adat pen paarttal juga
bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal pengantin lelaki. Ikat janji atau
niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil
lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil
dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bungabungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil
perempuan. Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa
kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut.
Sekiranya bapa salah seorang bakal pengantin telah meninggal dunia,
perbincangan akan diadakan dengan saudara-mara. Sekiranya kedua-dua belah
pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji.
Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan
persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya
perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda
ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan
taambuulam matrutal. Kemudian mereka akan membincangkan mengenai hari
perkahwinan dan tentang belanja untuk pengantin perempuan, kad jemputan
dan sebagainya. Kemudian upacara niccayam akan dilakukan dan lazimnya akan
dijalankan dengan bertukar-tukar kalungan bunga. Kad jemputan memainkan
peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini
dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna
perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah
dicetak disapu dengan

serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian. Beberapa keping kad


jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk dibawa
bersembahyang (arccanai). Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang

ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini
dinamakan sebagai paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah
pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan begitulah
sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan diberikan sebagai tanda
jemputan perkahwinan secara rasmi. Thaali atau tjirumaangalyam merupakan
lambang suci perkahwinan yang dikalungkan oleh pengantin lelaki di leher
pengantin perempuan.. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan
hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana,
kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Ini adalah
untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat
thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan diletakkan di
tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali.

Pihak pengantin adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan yang dilakukan


oleh pembuat thaali. Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini
dinamakan sebagai thaalippadaiyal. Dalam upacara itu bubur manis dan nasi
manis disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk pasangan pengantin. Secara
umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Adat mukuurtta kaal
akan diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk
menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan
ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal. Majlis perkahwinan dimulakan dengan
upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lainlain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil
sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan. Upacara Kanggenam iaitu
menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari
sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan
keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan. Upacara perkahwinan
dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga
hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara
menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat
daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan
seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai
memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi
buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin. Antara adat yang
dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji
kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke
dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu
bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang.
Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak

tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas.
Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.
Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia. Kepala mayat dihadapkan ke
arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang
dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan
berhampiran si mati. Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai simbol
ketenangan jiwa si mati. Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati
sebelum disembahyang.mayat akan dibalut dengan menggunakan kain dan
kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling
diletakkan di atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut
dan lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas. Air mawar direnjis dan
mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang dibakar supaya tidak berbau.
Gambar-gambar yang tergantung diterbalikkan dan barang-barang perhiasan
dibawa keluar dari ruang tamu. Lagu-lagu suci seperti teevaaram, tiruvaasakam
dan seumpamanya dinyanyikan serta diimainkan sehingga ke tanah perkuburan.
Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang
tamu atau halaman rumah. Kaum lelaki yang mempunyai hubungan
kekeluargaan dengan si mati sahaja boleh membawa air dalam jumlah yang
ganjil. Air tersebut diperolehi dari sungai, perigi atau sumber-sumber air yang
lain, kecuali air paip. Buyung yang berisi air akan ditutup dengan menggunakan
kain dhoti untuk mengelakkan habuk memasuki air tersebut. Kaum wanita pula
akan menyambut air tersebut yang digunakan untuk memandikan mayat.
Sebelum dimandikan, minyak dan araippu digunakan untuk disapukan pada
kepala sebagai mandian terakhir. Sapuan minyak ini dilakukan oleh ahli keluarga
dan diikuti oleh saudara mara terdekat. Belakang tapak tangan digunakan untuk
menyapu minyak ini dan bukannya menggunakan tapak tangan sebagaimana
lazimnya. Mayat seterusnya dimandikan oleh orang yang telah berumur. Selepas
dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat
perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki.
Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya
sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci
perkahwinan hanya boleh ditanggal oleh seorang isteri setelah suamiya
meninggal dunia, si isteri akan duduk di sebelah si mati dan dijirus dengan
sebuyung air semasa mayat suaminya dimandikan. Kemudian bunga akan
dikalungkan pada leher balu dan kemudian bunga tersebut dikalungkan pada si
mati. seterusnya seorang wanita yang sudah berusia dan mempunyai hubungan
kekeluargaan akan memegang tangan si mati sambil mengalungkan kalungan
bunga ke leher balu dan proses ini dilakukan sebanyak tiga kali. Balu tersebut
dikehendaki meletakkan kalungan bunga ke dalam dulang yang berisi minyak,
bunga dan susu yang dibawa oleh seorang perempuan lain. Ini dilakukan seolaholah menunjukkan si suami membuangkan thaali dari leher balu. Thaali itu
seterusnya akan dimasukkan ke dalam dulang dan disimpan dalam
rumah.Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke
dalam keranda. Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau.
Kemudian ke dalam mulut mayat akan dimasukkan sedikit makanan sebagai

menandakan pemberian terakhir dan inilah yang dinamakan vaaikkarisi.


Sebelum beras dimasukkan ke dalam mulut mayat, beras akan diarak dari kiri ke
kanan. Duit syiling yang diletakkan di dalam dulang yang sama dibalut dengan
kain putih. Ini dilakukan oleh kaum perempuan sahaja.
Upacara vaaikkarisi akan dilakukan oleh kaum lelaki di tanah perkuburan pula,
justeru itu kaum perempuan amat dilarang turut serta ke tanah perkuburan.
Sekiranya si mati mempunyai cucu atau cicit, mereka dikehendaki memegang
neippantam. Neip bermaksud minyak sapi dan pantam adalah obor. Beberapa
batang kayu kecil akan dibalut di bahagian hujung dengan menggunakan kain
yang disapu dengan minyak sapi dan dinyalakan. Cucu atau cicit tersebut
dikehendaki mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali. Pada
masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan. Keranda akan ditutup dan diangkat
untuk dibawa ke tanah perkuburan, pada masa yang sama ucapan tenna
adudaiya shinanee pottri disebut beberapa kali sebagai menandakan upacara
tersebut telah direstui oleh tuhan. Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi mayat
mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda penghormatan. Kollic catti
bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api. Periuk tersebut diangkat
dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan
diikat pada periuk. Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak
ataupun bapa. Anak sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia
dan anak bongsu untuk ibu. Seseorang yang membawa kollic catti mengiringi
mayat. Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut. Ini
menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut yang
baru tumbuh. Ada juga yang mencukur janggut atau misai sebagai
menggantikan rambut. Pada masa yang sama sebuah nyiru diisikan dengan
bahan-bahan seperti padi goreng, biji sawi dan bijan. Sepanjang perjalanan,
bahan-bahan tersebut ditabur dan setiap bahan-bahan tadi mempunyai
perlambangan yang tersendiri. Mayat orang India akan diusung ke tanah
perkuburan dengan menggunakan pengusung. Apabila tiba di tanah perkuburan,
pengusung perlu membayar duit kepada penyelenggara sebagai upah mengorek
liang lahad. Keranda akan digerakkan beberapa kali sebelum menghampiri liang
lahad. Pergerakan dimulakan dengan dengan mengubah bahagaian kaki ke
kubur dan kemudian bahagian kepala. Ini adalah seperti pergerakan bayi yang
berada di dalam kandungan. Oleh itu si mati dipercayai berada di dalam perut
Dewi Bumi. Kemudian keranda diletakkan bersebelahan dengan kubur bagi
mayat yang dikebumikan atau diletakkan di atas kayu api unyuk dibakar. Duit
syiling dimasukkan ke dalam dhoti dan diletakkan di antara kaki mayat, lalu
diambil oleh pengurus kubur sebagai tanda keizinan mayat dikebumikan. Setelah
itu upacara sembahyang dilakukan oleh semua yang berada di situ. Pembawa
Kollic catti atau buyung dikehendaki mengelilingi mayat sebanyak tiga kali
mengikut arah jam. Kemudian diikuti oleh pengurus mayat yang akan menebuk
kollic catti dengan menyebut 'sorkam seer, kaiulaasam seer' berulang kali. pada
pusingan ketiga, pembawa kollic catti berada di hadapan mayat dan duduk
melutut tetapi tidak menghadap mayat. Kemudian tiga batang kayu yang
menyala dibakar dan disusun ke tanah satu persatu.

Upacara ini dilakukan untuk mengurangkan kesedihan keluarga si mati. Setelah


mayat dikebumikan, satu bentuk manusia akan dilukis di atas kubur. Satu lubang
akan dibuat di bahagian kepala dan susu akan dicurahkan pada lubang tersebut.
Ada juga yang memasukkan bijirin ke lubang tersebut. Selesai upacara tersebut,
semua yang hadir perlu ke rumah si mati untuk upacara penyempurnaan adat
pengebumian sebelum balik ke rumah. Rumah akan dibersihkan sebaik sahaja
mayat dibawa ke kubur. lampu minyak dinyalakan dibekas tempat pembaringan
mayat dan selepas itu ahli-ahli keluarga dikehendaki mandi untuk membersihkan
diri selepas upacara pengebumian dijalankan. Makanan yang terdiri daripada
sayur-sayuran atau haiwan yang tidak berdarah akan dihidangkan untuk ahli-ahli
keluarga si mati. Sebaldi air akan diletakkan di hadapan rumah dan lampu
minyak sentiasa dinyalakan. selain itu debu suci dan garam disertakan.
Kemudian ahli-ahli keluarga dikehendaki menyentuh garam dan menyapu pada
dahi sebelum masuk ke dalam rumah. Air yang berada di dalam baldi digunakan
untuk mencuci kaki dan selepas itu berakhirlah sudah upacara pengkebumi.
Pembawa kollic catti hendaklah mandi di sungai atau kolam dan kemudian
barulah boleh masuk ke rumah. Ini adalah menunjukkantamatnya upacara kollic
catti.
Abu mayat akan dikumpulkan pada keesokan hari. Susu terlebih dahulu disiram
pada abu mayat untuk menyejukkan bara api. Kemudian abu bahagian kepala
dimasukkan ke dalam sebuah periuk , manakala abu yang lain dimasukkan ke
dalam periuk yang berasingan. Abu yang telah dimasukkan ke dalam periuk akan
disembahyangkan oleh ahli keluarga. Terdapat dua cara dalam pengurusan abu
mayat di kalangan masyarakat India, iaitu samada abu mayat ditanam atau
dimasukkan ke dalam kain kuning dan dilepaskan ke laut. Masyarakat India akan
akan berkabung selama lapan atau enam belas hari.Sekiranya mereka
berkabung selepas lapan hari kematian, saudara-mara dan sahabat-handai akan
berkumpul di rumah si mati dengan membawa pelbagai jenis juadah tradisional
termasuklah sayur-sayuran dan buah-buahan. Semua ini dibawa untuk
dipersembahkan kepada si mati. Gambar atau potret si mati diletakkan di atas
almari atau dinding dan kemudian dikalungkan dengan bunga yang menarik. Di
sisi gambar tersebut pula dinyalakan lampu minyak dan bunga ditabur.
Kemudian upacara sembahyang dimulakan dengan meminta Tuhan supaya
melindungi si mati. pada masa yang sama nyanyian lagu-lagu suci dimainkan.
setelah itu makanan dihidangkan kepada para tetamu.
Berkabung pada hari keenam belas pula dipanggil sebagai karumaati iaitu hari
bersembahyang. Sebuah khemah yang lengkap dengan kerusi didirikan. Potret si
mati dihias dengan cantik dan seorang pedanda dijemput untuk upacara
sembahyang. Batu-bata diikat dengan benang dan dibalut dengan kain merah
dan dimasukkan ke dalam periuk. Kemudian batu tersebut dibasahkan dengan
air, susu, air kelapa muda dan air mawar. Upacara basahan batu-bata itu
dinamakan sebagai kal niruttutal atau upacara mendirikan batu. Pada masa yang
sama lagu-lagu suci dimainkan. Upacara sembahyang dilakukan sebanyak tiga
kali. Setiap kali sembahyang, makanan dihidangkan kepada para tetamu.
Sembahyang yang pertama dilakukan pada pukul sebelas malam. Sembahyang
yang kedua dilakukan pada pukul dua belas malam dan yang ketiga pada awal

pagi. Hari berikutnya pedanda mengambil rumput dan membuat bentuk seperti
keranda. Rumput akan dibakar dan mentera serta doa dibaca, bertujuan agar roh
si mati sentiasa dalam keadaan tenang dan aman. Selesai upacara
bersembahyang, pedanda akan dibayar dengan upah berbentuk wang ringgit,
sayur-sayuran dan buah-buahan. Dengan ini, berakhirlah upacara karumaati.

Anda mungkin juga menyukai