Anda di halaman 1dari 12

EVOLUSI PEMIKIRAN PENGURUSAN

1.0

ZAMAN PROTO SEJARAH


Kajian arkeologi membuktikan bahawa tamadun yang terawal di India iailah Tamadun

lembah Sungai Indus. Tamadun ini juga dikenali sebagai Kebudayaan Harappa (Basham,
1969:15). Istilah Harappa merujuk kepada salah satu daripada dua Bandar utama yang terkenal di
lembah Indus. Menurut Farmer ,L.,at al. (1977) ,tamadun ini bermula pada tahun 2350 S.M dan
berakhir pada tahun 1750 S.M. dari segi lokasinya, Lembah Sungai Indus, terletak di bahagian
barat laut India dan Pakistan. Lokasi ini dikelilingi oleh Pantai Makran dan pergunungan
Baluchistan di Barat, Punjab dang gurun Rajasthan di Timur dan Wilayah Kutch Kathiawar dan
Gujerat di Tenggara. Di situlah terletaknya dua buah Bandar utama iaitu Mohenjo-Daro dan
Harappa. Menurut Farmer ,L.,at al. (1977) ,Di samping itu juga terdapat lebih 70 buah
petempatan yang meliputi kawasan seluas setengah juta batu persegi

Zaman proto-sejarah di India bermula lebih kurang pada tahun 3,000SM di Lembah
Sungai Indus. Penemuan-penemuan tinggalan arkeologi di kawasan Harappa (di daerah

Montgomery, Punjab) yang bermula pada tahun 1872 dan di Mohenjo-daro (di daerah Larkana,
Sind) pada tahun 1921 menunjukkan masyarakat Lembah Sungai Indus telah mencapai suatu
tahap tamadun yang tinggi termasuk dalam bidang pertanian, pertukangan dan organisasi. Di
Mesopotamia, dijumpai barang-barang buatan Harappa (2,400-2,300SM) dan mi membuktikan
serta menyakinkan kita tentang perdagangan antarabangsa yang telah berlangsung ketika itu
antara dua kawasan peradaban. Budaya Lembah Sungai Indus meliputi kawasan Punjab, Sind,
utara Rajasthan dan kawasan Kathiawar di barat India. Penemuan-penemuan arkeologi di
Harappa, Mohenjo- daro, Lothal, Kalibangan dan Dholavira di Lembah Sungai Indus
menunjukkan bahawa India (tamadun Indus) juga merupakan perintis dalam pembentukan
peradaban-peradaban dunia seiring dengan kemunculan tamadun Mesopotamia (Sumeria),
tamadun Mesir dan tamadun Cina.
Melalui kaedah arkeologi, carigali-carigali menunjukkan bahawa penduduk Lembah Sungai
Indus memiliki kemahiran dalam perancangan bandar dan peraturan kesihatan. Mengenai
perancangan bandar, kota-kota itu mempunyai jalan yang lebar (9-34 kaki) dan lurus serta
panjangnya setengah batu untuk digunakan bagi trafik beroda dan orang jalan kaki. Jalan-jalan
ini pula mengandungi lorong-lorong yang penuh sesak dengan rumah-rumah. Setiap lorong
mempunyai kolam awam dan kebanyakan rumah mempunyai kolam dan tempat mandinya
tersendiri. Kota mempunyai sistem saluran yang sungguh tersusun. Bangunan-bangunan
perusahaan dan perdagangan serta rumah-rumah tukang, pekedai dan rumah-rumah orang kaya
boleh diasingkan dari runtuhan itu. Rumah-rumah dibina dengan batu bata yang dibakar dan asas
bangunan dibina di bawah tanah. Perancangan bandar yang rapi, bekalan air yang mencukupi
dan sistem saluran yang baik memungkinkan kita membuat andaian bahawa wujudnya
kewibawaan sivik yang tinggi. Ini juga terlihat pada tiang- tiang lampu di jalan raya dan sampah
sarap seperti tembikar yang pecah dijumpai dalam lubang jauh dari kota. Mengenai
penduduknya, ujian-ujian terhadap penemuan tengkorak manusia membuktikan wujudnya empat
jenis ras di Mohenjo-daro dan dapat disimpulkan penduduknya merupakan masyarakat
kosmopolitan. Penemuan-penemuan seni ukir juga menunjukkan pergaulan atau interaksi antara
pelbagai bangsa.

Penemuan alatan membajak yang banyak menunjukkan aktiviti pertanian 2iusahakan secara
besar-besaran. Gandum, beras dan barii dijumpai dari runtuhan dan daging lembu, kambing, ikan
dan sebagainya merupakan bahan- bahan makanan. Hanya menerusi penemuan patung-patung,
mohor-mohor, tangkal dan dari objek-objek kecil dapat kita menemui unsur-unsur budaya lmbah
Sungai Indus. Beberapa patung yang ditemui di Lembah Sungai Indus menggambarkan konsep
Dewi Ibu dan Dewa Shiva diamalkan. Dewa Shiva nisembah bukan sahaja dalam bentuk patung
tetapi juga dalam bentuk lingo, (si mbol rakaman cahaya agung).
Dari mohor-mohor terdapat tanda-tanda kapal tanpa tiang kapal dengan kelasi yang
menunjukkan penduduk Mohenjo-daro biasa mengenali kapal-kapal dan benda-benda yang sama
dijumpai di Mesopotamia yang memungkinkan kita membuat kesimpulan tentang hubungan
rapat dengan luar negeri. Mohor-mohor juga menggambarkan tulisan-tulisan Indus yang
disifatkan sebagai logosillabik piktograf). Mereka menggunakan beberapa simbol untuk
menandakan burung, manusia, ikan dan sebagainya. Contohnya seperti menandakan sikat,
menandakan daun, menandakan ikan atau bintang dan sebagainya.
Mohenjo-daro adalah salah satu situs dari sisa-sisa permukiman terbesar dari
Kebudayaan Lembah Sungai Indus, yang terletak di propinsi Sind, Pakistan.
Dibangun pada sekitar tahun 2600 SM, kota ini adalah salah satu
permukiman kota pertama di dunia, bersamaan dengan peradaban Mesir
Kuno, Mesopotamia dan Yunani Kuno. Reruntuhan bersejarah ini dimasukkan
oleh UNESCO ke dalam Situs Warisan Dunia. Arti dari Mohenjo-daro adalah
Bukit orang mati. Seringakali kota tua ini disebut dengan Metropolis Kuno
di Lembah Indus.
Mohenjo-daro terletak di Distrik Larkana sekitar 28 km dari Larkana and 107
km dari sukkur. 27o 19 30.36 Bujur Utara and 68o 08 08.77 Bujur Timur.
Benda-benda yang ditemukan: huruf, bangunan, perhiasan, alat rumah
tangga, permainan anak-anak yang sudah dihiasi berbagai seni gambar dan
seni ukir yang indah, mereka telah mengenal biantang: gajah, unta, kerbau,
anjing. Berdasarkan benda-benda yang ditemukan di Mohenjodaro, maka
dapat disimpulkan bahwa peradaban Lembah Sungai Indus di Mohenjodaro
sudah sangat tinggi.
Menurut penentuan karbon 14, keberadaan kedua kota ini seharusnya adalah
antara tahun 2000 hingga 3000 sebelum masehi, lagi pula kota Harappa
mengekskavasi perkakas batu 10 ribu tahun lampau. Luasnya kurang lebih
25 km persegi.

Harappa ialah sebuah kota di Punjab, timur laut Pakistan sekitar 35 km


tenggara Sahiwal. Kota ini terletak di bantaran bekas Sungai Ravi. Munculnya
peradaban Harappa lebih awal dibanding kitab Veda, saat itu bangsa Arya
belum sampai India. Waktunya adalah tahun 2500 sebelum masehi, bangsa
Troya mendirikan kota Harappa dan Mohenjondaro serta kota megah lainnya
didaerah aliran sungai India. Kota modernnya terletak di sebelah kota kuno
ini, yang dihuni antara tahun 3300 hingga 1600 SM. Di kota ini banyak
ditemukan relik dari masa Budaya Indus, yang juga terkenal sebagai budaya
Harappa. Harappa memiliki lay-out kota yang sangat canggih.
Benda-benda yang ditemukan: arca-arca, patung (terra cotta) yang diukir
seperti bentuk wanita telanjang dengan dada terbuka. Ukiran itu member
makna bahwa ibu merupaka sumber kehidupan; alat dapur dari tanah liat,
periuk belanga, pembakaran dari batu keras (masih kuat sampai sekarang);
sebuah patung pohon disamping dewa (gambaran kesucian pohon bodhi
tempat Sidharta menerima wahyu) beberapa ratus tahun kemudian; arcaarca yang melukiskan lembu yang menyerang harimau; lembu yang
bertanduk, sebagai gambaran bahwa mereka sangat mensucikan binatang.
Hal ini tampak ketika masyarakat India mensucikan sapi sampai sekarang.
Masyarakat yang bermukim di kedua kota kuno ini diketahui telah mengenal
sistem saluran air bawah tanah yang sempurna dengan menggunakan bata.
Puing-puing menunjukkan Mohenjodaro dan Harappa merupakan sebuah
kota yang mempunyai rancangan bangunan di sekeliling ruang lingkup
tertentu, kurang lebih menggunakan bahan yang sama, segalanya sangat
teratur, bahwa pada 3000 SM, orang-orang membangun kota dengan skala
yang sedemikian memperlihatkan tingginya peradaban mereka.
Jalan-jalannya lurus sehingga membentuk blok-blok pemukiman berbentuk
segi empat. Sudah ada sistem pembuangan sampah dan air limbah. Inilah
kota pertama yang menujukan tanda-tanda pembangunan yang berencana.
Barat kota adalah pusat religius, politik, dan pendidikan. Petani tinggal di luar
tembok kota dekat perladangan. Kelompok miskin menempati pinggir kota
tetapi masih berada di dalam tembok. Pedagang dan seniman tinggal di
dekat pusat kota, sedangkan bangsawan, agamawan, dan punggawa
kerajaan menempati wilayah pusat.
Puing-puing menunjukkan Harappa merupakan sebuah kota yang
mempunyai rancangan bangunan disekeliling ruang lingkup tertentu, kurang
lebih menggunakan bahan yang sama, segalanya sangat teratur, bahwa
pada tahun 3000 sebelum masehi, orang-orang membangun kota dengan
skala yang sedemikian, memperlihatkan tingginya peradaban mereka. Kedua
kota ini hilang pada tahun 1750 sebelum masehi, kira-kira dalam waktu 1000
tahun kebelakang, didaerah aliran sungai India tidak pernah ada lagi kota

yang demikian megahnya, namun pada 500 tahun lampau, ketika bangsa
Arya datang menginvasi, kebudayaan Harappa sudah merosot.

1.0

PENGURUSAN PRESAINTIFIK

Ilmu pengurusan telah muncul setelah negara-negara Eropah Barat dan Amerika dilanda revolusi
perindustrian sekitar awal abad ke-20. Terdapat dua orang tokoh yang meng :
1.

Robert Owen ( 1771 1858 )

Pada tahun 1800, Robert Owen telah bekerja sebagai pengurus permintalan kapas di New
Lanark, Scotlandia. Pada masa itu, keadaan dan hidup para pekerjanya sangat buruk dan daif.
Kebanyakan pekerjanya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur lima atau enam tahun dan
waktu bekerja adalah tiga belas jam sehari. Beliau tidak pernah mengatakan bahawa berjuang
untuk melakukan perubahan ke atas dasar kemanusiaan semata-mata. Beliau berpendapat

bahawa dengan memperbaiki keadaan pekerja maka pengeluaran dan keuntungan dengan
sendirinya akan meningkat.
Owen menekankan faktor yang terbaik dalam menanamkan modal adalah pada pekerja.
Beliau telah menumpukan perhatiannya pada penggunaan faktor produktiviti tenaga kerja.
Di samping melakukan penambahbaikan yang menyeluruh , Owen menetapkan sejumlah
prosedur kerja khusus yang membawa peningkatan produktiviti. Sebagai contoh, pekerjaan
seorang pekerja dinilai secara terbuka setiap hari. Owen percaya bahawa penilaian terbuka ini
bukan hanya membolehkan para pengurus mengetahui permasalahan, tetapi juga memberikan
kebanggaan dan mendorong persaingan secara sihat. Dalam organisasi kita masa kini, kebiasaan
memfokuskan angka-angka jualan dan pengeluaran adalah berdasarkan pada prinsip psikologi
yang sama.
Itulah pemikiran pengurusan presaintifik daripada Robert Owen. Daripada pengalaman
beliau sebagai seorang pengurus , Owen mampu memberikan sumbangan bagi perkembangan
pemikiran pengurusan yang sistematik dan mampu menyelesaikan masalah pengurusan di
sekitarnya.

2.

Charles Babbage ( 1792 1871 )

Charles Babbage adalah seorang Profesor Matematik dari Inggeris yang menaruh
minatnya dalam bidang pengurusan. Charles Babbage telah mengembangkan ciptaan mesin kira-

kira (calculator) sejak tahun 19600-an lagi. Beliau telah memajukan bidang perkomputeran
dalam bidang hardware dengan penemuan sebuah difference engine dalam perkiraan matematik.

Fokus dan minatnya dalam bidang pengurusan ini lebih terarah dalam hal pembahagian
kerja (devision of labour), yang mempunyai beberapa elemen , iaitu :
a.

Waktu yang diperlukan untuk belajar dari pengalaman-pengalaman yang baru.

b.

Berlaku pembaziran waktu apabila seseorang pekerja berpindah daripada satu pekerjaan
ke pekerjaan lain dan kemudian dapat menyesuaikan kembali pada pekerjaan barunya
sehingga dapat meningkatkan mutu dan keterampilan untuk menjadi pakar dalam
pekerjaannya itu

c.

Kecekapan akan bertambah kerana seseorang pekerja bekerja terus menerus dalam
tugasnya.

d.

Pekerja menjadi pakar kerana tertumpu pada satu bidang pekerjaan sahaja.
Charles Babbage memiliki konsep pemikiran yang berbeza dengan prinsip-prinsip

pengurusan Robert Owen. Beliau berpendapat bahawa dengan mengaplikasikan prinsip-prinsip


ilmiah pada proses kerja dapat meningkatkan produktiviti dari segi sumber tenaga kerja dan
menurunkan kos pengeluaran. Keadaan ini dijanakan kecekapan dan pengalaman terhadap suatu
bidang oleh setiap pekerja sehingga pekerjaan tersebut dapat dilakukan secara efektif dan
berkesan..

2.1

PENGURUSAN SAINTIFIK
Pengurusan saintifik merupakan pendekatan yang menekankan kajian saintifik bagi

meningkatkan kecekapan pekerja dan meningkatkan produktiviti organisasi. Setiap organisasi


sememangnya mementingkan pengeluaran. Setiap organisasi pula berusaha mengenal pasti caracara meningkatkan pengeluaran dan mengurangkan pembaziran. Di sini kita akan
membincangkan beberapa penyumbang tokoh terawal dalam pendekatan pengurusan ini seperti
Frederick Winslow Taylor, Frank dan Lilian Gilbreth dan Henry L. Gantt.

2.1.1 Frederick Winslow Taylor (1856-1915)

Teori ini dipelopori oleh Frederick Winslow Taylor (1856-1915) yang terkenal dengan teknik
pengurusan saintifik. Beliau juga digelar Bapa Pengurusan Saintifik. Beliau berasal dari
Amerika Syarikat. Beliau mula bekerja dalam industri besi sebagai perintis mesin dan
berjaya menjadi Pengurus Besar untuk Syarikat Besi Bethlehem pada tahun 1898. Teori
beliau adalah untuk mengkaji perhubungan di antara pekerja dan tugas yang dibentuk untuk
dilaksanakan oleh pekerja tersebut. Beliau perupakan pengurus pengeluaran yang
kemudiannya menjadi perunding dan mengajar pengurus-pengurus lain bagaimana untuk
melaksanakan teknik pengurusan saintifik.
Taylor percaya bahawa jika masa dan usaha

yang dilakukan oleh pekerja dalam

pengeluaran seunit barangan dapat dikurangkan dengan meningkatkan pengkhususan dan


pembahagian kerja maka proses pengeluaran akan menjadi bertambah cekap.Beliau
menjelaskan bahawa bidang pengurusan perlu dilihat sebagai suatu bidang sains yang
mempunyai sistem organisasi yang baik dan prinsip-prinsip pengurusan yang tetap dan jelas,
bukannya sekadar bergantung pada pengamalan idea-idea yang kurang mantap. Beliau juga
percaya pekerja yang cekap akan membantu meningkatkan pengeluaran dan produktiviti.

Antara pendapat lain Taylor, objektif utama pengurusan adalah untuk memaksimumkan
kekayaan majikan yang boleh digunakan untuk meningkatkan taraf hidup pekerja. Sekiranya

pengurusan dapat ditingkatkan , pekerja harus diberikan ganjaran ataupun bonus. Untuk
tujuan ini, beliau telah memperkenalkan kaedah pembayaran upah mengikut jumlah keluaran
atau kadar-keluaran. Taylor juga menekankan konsep kepentingan dua pihak iaitu antara
majikan dan juga pekerja.
Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan dan pemerhatian yang dilakukan, beliau telah
mengenalpasti empat prinsip dalam meningkatkan kecekapan di tempat kerja:

Prinsip 1 : Mengkaji cara bagaimana pekerja bekerja dan mencari jalan cara yang
terbaik dalam melaksanakan tugas tersebut.
Untuk mencari cara terbaik yang boleh digunakan dalam melaksanakan tugas, Taylor
mengkaji beberapa cara bagaimana pekerja melaksanakan tugas. Salah satu kaedah yang
digunakan ialah kajian time and motion study di mana masa melaksanakan kerja akan
direkodkan dan cara melaksanakan kerja tersebut juga akan diperhatikan. Dengan cara itu
beliau dapat mencari cara yang terbaik dengan masa yang paling singkat.

Prinsip 2 : Pengkhususan kerja


Setelah mendapat cara yang terbaik dalam melaksanakan tugas, Taylor menekankan pula
kepada pengkhususan kerja di mana kerja-kerja dibahagikan dan setiap pekerja akan
melaksanakan kerja yang lebih sedikit dan lebih rutin. Kaedah ini banyak digunakan dalam
industri pembuatan dan pengeluaran.

Prinsip 3 : Pengambilan pekerja yang mempunyai kemahiran dan keupayaan dalam


melaksanakan tugas.
Bagi meningkatkan pengkhususan kerja, Taylor percaya pekerja mestilah memahami
tugas yang akan mereka lakukan dan perlu dilatih untuk melaksanakan tugas tersebut.
Pekerja-pekerja yang tidak berkemampuan akan ditukarkan kepada kerja-kerja yang mampu
dilaksanakan oleh mereka.
Prinsip 4 - Sistem pembayaran gaji yang adil

Untuk menggalakkan pekerja bekerja pada prestasi yang paling tinggi, Taylor
mencadangkan supaya pekerja diberi insentif yang lebih baik. Mereka sepatutnya diberi
bonus dan sedikit imbuhan jika dapat menunjukkan prestasi yang baik.

Prinsip Pengurusan Saintifik yang diperkenalkan oleh Taylor telah membawa kejayaan
yang memberangsangkan

iaitu apabila Schmidt, seorang pekerja pengangkat besi berjaya

mengangkat 47.5 tan besi sehari berbanding dengan 12.5 tan sehari semasa beliau mula-mula
bekerja dahulu. Keupayaan Schmidt untuk mengangkat prestasi kerjanya hampir 300% kali
ganda didorong oleh pengamalan 4 prinsip Pengurusan Saintifik dan kaedah uapah mengikut
kadar keluaran yang dinyatakan sebelum ini.

2.1.2 Frank Bunker Gilbreth dan Lilian Gilbreth (1868-1924)

Pengikut kepada idea pengurusan saintifik yang diperkenalkan oleh Taylor merupakan
pasangan suami isteri Frank dan Lilian. Sejarah Frank Gilbreth bermula dengan kerjayanya
sebagai penyusun bata. Beliau mempunyai perniagaannya sendiri. Manakala Lilian Gilbreth
adalah isteri beliau yang merupakan pakar dalam bidang psikologi industri. Pasangan ini
telah menjalankan kajian mengenai pergerakan semasa bekerja. Mereka menganggap
pergerakan semasa bekerja akan mengganggu tumpuan seseorang terhadap kerjanya.
Frank dan Lilian telah mencadangkan suatu idea yang hampir sama dengan idea yang
dikemukakan oleh Taylor bagi meningkatkan kecekapan pekerja. Mereka turut memberi

sumbangan terhadap pergerakan kerja

dalam kajian time and motion study". Kajian

pergerakan menekankan kepada aspek pengurangan pergerakan kerja kepada pergerakan


yang paling asas. Tujuan mereka adalah untuk:
a. menganalisa setiap pergerakan yang dilakukan oleh pekerja dalam melaksanakan satusatu tugasan dan masa yang di ambil.
b. mencari cara yang terbaik untuk melaksanakan tugas tersebut dan membuang mana-mana
pergerakan yang tidak diperlukan supaya tugas dapat dibuat dengan lebih cekap dengan
masa dan tenaga yang lebih kurang.
Di samping kajian kepada pergerakan kerja, pasangan Gilbreth juga mengkaji mengenai
keletihan di tempat kerja. Mereka mendapati ciri-ciri fizikal di tempat kerja boleh menyumbang
kepada tekanan kerja dan seterusnya menyebabkan keletihan dan ini akan mempengaruhi
prestasi. Kajian yang dilakukan oleh pasangan ini telah memberi kesan yang besar kepada bidang
pengurusan terutama dalam industri pengilangan. Sebagai contoh kilang pemasangan kereta di
mana pekerja dibahagikan kepada bahagian-bahagian tertentu seperti pemasangan tayar, tingkap,
peralatan, badan, kusyen dan sebagainya. Setiap pekerja akan mengkhusus kepada kerja masingmasing dan mereka akan mahir dalam bidang tersebut dan masa juga akan dijimatkan.

2.1.3 Hendry Laurance Gantt (1861-1919)

Gantt merupakan rakan kerja Taylor di Syarikat Besi Bethlehem. Beliau kurang setuju
dengan idea Taylor kerana hanya memberi perhatian secara individu dan bukannya dalam
usaha menggalakkan peningkatan produktiviti dalam kalangan pekerja. Akhirnya, Gantt telah

memperkenalkan suatu sistem pembayaran upah yang membolehkan pekerja menerima upah
harian jika mereka dapat menghasilkan jumlah keluaran minimum yang telah ditetapkan. Ini
bermakna pekerja yang menghasilkan jumlah keluaran melebihi jumlah minimum yang
ditetapkan adalah layak diberikan bonus. Antara cetusan ideanya adalah :
a.

Kerjasama antara pengurus dan pekerja untuk mencapai tujuan bersama.

b.

Mengadakan pendekatan ilmiah terhadap sumber tenaga kerja.

c.

Membayar upah pekerja dengan menggunakan sistem bonus.

d.

Penggunaan arahan kerja yang terperinci dan jelas.

Idea Gantt ini mulai mendapat sambutan apabila memperkenalkan Carta Gantt. Carta
Gantt merupakan suatu alat perancangan masa bagi melaksanakan projek-projek
pembangunan. Carta ini dapat digunakan untuk membandingkan jumlah masa yang telah
dirancang untuk menyempurnakan sesuatu aktiviti dengan jumlah masa yang sebenar yang
diambil untuk menyempurnakan aktiviti tersebut.

BIBLIOGRAFI
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_perkembangan_komputer
Sumber: http://kafeilmu.com/charles-babbage-1792-1871-seri-tokoh-menejemen/

Anda mungkin juga menyukai