Anda di halaman 1dari 14

KAEDAH MENGHIAS

AKUARIUM

SEKOLAH RENDAH

Bahan-bahan yang diperlukan untuk


memasang sebuah akuarium

Lampu
akuarium
Tangki
akuarium

Kabinet
atau kaki
akuarium

Bahan-bahan yang diperlukan untuk


memasang sebuah akuarium

Tunggul kayu, Batu,


pasir sungai, pasir halus
dan pelbagai tumbuhan
akuatik

LANGKAH-LANGKAH
MENGHIAS
AKUARIUM

Bubuh satu lapisan pasir sungai atau


pasir untuk akuarium (substrat)
dengan ketebalan lebih kurang 1
hingga 1 inci. Pasir yang berwarna
gelap adalah lebih sesuai kerana
ikan akan selesa dengan

Tanam tumbuhan akuatik yang


berdaun panjang (Vallisneria sp)
dengan membenamkan bahagian
akarnya ke dalam substrat pada
bahagian belakang akuarium.

Hiaskan dengan beberapa ketul batu yang


dikutip dari sungai atau dibeli dari kedai
akuarium pada bahagian tengah akuarium
atau bahagian lain supaya menghasilkan
sususan yang menarik.

Letakkan beberapa ketul tunggul kayu


yang telah dibersihkan. Tunggul kayu
boleh dikutip dari kawasan tanah gambut
atau dibeli terus dari kedai akuarium.
Tunggul kayu perlu direndam selama 2
hingga 3 minggu sebelum digunakan.

Sebagai tambahan letakkan pula tunggul


kayu yang mengandungi tumbuhan akuatik
di atasnya. Tambahkan juga dengan hiasan
tumbuhan akuatik lain untuk menghasilkan
satu hiasan yang menarik

LANGKAH-LANGKAH
MENYEDIAKAN
TUNGGUL KAYU
DENGAN TUMBUHAN
AKUATIK

Tunggul kayu adalah satu media penanaman tumbuhan akuatik


yang baik untuk tumbuhan akuatik. Sediakan tumggul kayu dan
beberapa tumbuhan akuatik. Jenis tumbuhan yang sesuai ialah
seperti paku pakis yang dikenali sebagai Java fern.

Lekatkan tumbuhan itu pada tunggul kayu dan ikat


menggunakan benang kapas yang berwarna hijau.

Tunggul yang telah siap dilekatkan tumbuhan akuatik boleh terus


diletakkan di dalam akuarium. Tumbuhan ini akan berakar dan
melekat terus pada tunggul kayu selepas sebulan.

Selepas seminggu dan semua sistem dalam


akuarium setabil barulah ikan-ikan yang telah
dikenal pasti sesuai di masukkan di dalam akuarium

Danio makan
di bahagian permukaan air

White cloud mountain makan di bahagian tengah


akuarium

Corydoras makan di
bahagian bawah
akuarium

Golden barb makan di


bahagian tengah dan bawah
akuarium

Akuarium yang telah lengkap dipasang sangat cantik dan sesuai


diletakkan di pelbagai sudut sebagai hiasan dalaman di rumah kita.

GAMBAR-GAMBAR HIASAN TUMBUHAN AKUATIK DI DALAM


AKUARIUM DIAMBIL SEMASA PERTANDINGAN MENGHIAS AKUARIUM
OLEH SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH ANJURAN KERAJAAN NEGERI
SELANGOR DAN JABATAN PERIKANAN.